Khamis, 18 November 2010

MANUSIA AKHIR ZAMAN DIBERI SAKIT 'WAHAN' TAKUT MATI DAN CINTAKAN DUNIA...YANG BETUL ITU FIRMAN ALLAH DAN HADIS...YANG TAK IKUT... CAKAPNYA MERAPU...

Kurang patriotik: Bekas tentera bidas Zahid Hamidi
Joseph Sipalan
Nov 18, 10
11:25am


Apabila Laksamana (B) K Thanabalasingam bersetuju menjadi panglima tentera laut negara yang pertama, tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiaannya kepada negara akan dipersoalkan.

Beliau yang mengetuai operasi tentera laut dan dipertanggungjawab melindung keselamatan Malaysia daripada pelbagai ancaman antara tahun 1960-an hingga 1970-an terguris dan tergaman apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata masyarakat bukan Melayu kurang semangat patriotik kerana tidak berminat menyertai angkatan tentera.

“Saya tak faham, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat... saya telah melalui banyak perkara dan saya tidak peduli siapa yang berkata demikian, ia menguris perasaan saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan saya bercadang untuk mati di sini,” kata Thanabalasingam.

Veteran tentera berusia 75 tahun itu memegang jawatan tertinggi tentera laut selama sembilan tahun satu bulan sebelum bersara pada Januari 1977 berkata tidak pernah timbul kurang patriotik di kalanagn bukan Melayu dalam mempertahankan negara.

Beliau mengimbas zaman mudanya ketika bersama rakan-rakannya berbangsa Melayu berjuang bersama tanpa mengira mereka dalam tentera laut, darat, udara ataupun pasukan polis - menghalau kebangkitan komunis selama tiga dekad daripada 1950-an hingga ia berakhir pada 1989, perjuangan semasa mempertahankan Malaysia semasa Konfrontasi dengan Indonesia daripada 1963 hingga 1966.

Konfrontasi

“Malah semasa konfrontasi, banyak pertempuran di Selat Singapura dan Selat Melaka. Ketika itu, dua pegawai saya dianugerahkan pingat PGB (Panglima Gagah Berani), iaitu anugerah paling tinggi untuk keberanian kerana meletupkan Operasi Komando Kor Indonesia (KKO) semasa kami diserang.

“Seorang pegawai berbangsa India yang kemudiannya bersara sebagai laksamana pertama, manakala seorang lagi berbangsa Serani juga bersara sebagai laksamana pertama. Mengapa mereka diberi PGB? Kerana keberanian ketika bertugas,” katanya dengan nada marah bercampur kesal.

Bagi Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh pula, beliau lebih lantang dalam bidasannya dan menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai “tidak adil, bodoh dan rasis”.

Goh, 65, berkata sebelum sesiapa menuduh bukan Melayu tidak rela berkhidmat dengan angkatan tentera, mereka, khususnya pemimpin negara perlu menunjukkan teladan tentang apa yang mereka perkatakan itu.

“Dia (Zahid) menyalak pada pokok yang salah... jika awak bercakap mengenai patriotisme, saya ada satu soalan; adakah anak-anak menteri kita menganggotai angkatan tentera? Jika tidak, hujah yang sama terpakai untuk mereka, kenapa hanya mensasarkan orang Cina?

"Saya ditembak dua kali oleh pengganas komunis di Betong di sempadan Thai-Malaysia. Saya nyaris terbunuh lebih dari satu kali tetapi tidak pernah kecut. Jika siapa-siapa yang persoalkan semangat patriotik saya, saya marah,” kata veteran tentera yang telah berkhidmat 35 tahun untuk negara itu.

Kedua-dua pegawai tentera kanan itu setuju bahawa isu kurang anggota bukan Melayu dalam angkatan tentera bukan kerana kesetiaan mereka tetapi lebih menjurus kepada cabaran di dunia moden ini.

Thanabalasingam berkata golongan buka Melayu lebih mengambil berat berhubung prospek kerjaya mereka. Ini kerana persepsinya ialah golong bukan Melayu seringkali diketepikan apabila peluang kenaikkan pangkat dalam pasukan tentera itu.

Naik pangkat

“Hari ini, orang ramai lebih berminat dengan kerjaya. Sekarang ini, mereka sertai tentera dan bukan hanya ikut arahan sahaja. Mereka mahu lihat apa peluang mereka, bolehkah gaji mencukupi bagi sara keluarga, beri pendidikan kepada anak-anak.. besarkan mereka dengan selesa.

“Jika keadaannya betul, mereka akan sertai. Angkatan tentera mesti membuktikan mereka menjanjikan masa depan dan prospek yang baik kepada anggotanya serta tiada diskriminasi dalam kenaikkan pangkat atau mengikuti kursus khas di luar negara,” katanya.

Goh berkata angkatan tentera juga gagal menangani persepi bahawa bangsa seseorang anggota diambil kira semasa proses kenaikkan pangkat.

"Terdapat elemen kebenaran dalam kenyataan itu, kecuali awak berkata semua orang Cina yang menyertai angkata tentera tak bagus. Ini tidak benar kerana kebanyakan mereka bagus dan cekap tetapi mereka tinggalkan angkatan tentera kerana peluang naik pangkat tidak cerah.”

Goh, yang dinaikkan pangkat ke Brig Jen pada 1997 – tiga tahun sebelum beliau bersara - berkata antara sebab lain kurangnya askar bukan Melayu dalam ketenteraan negara adalah kerana sebahagian besar Angkatan Tentera Malaysia diwakili oleh Rejimen Askar Melayu Diraja.

"Tiada seorang pun bukan Melayu boleh menganggotainya. Tiada Cina, India, Iban atau mana-mana bangsa boleh sertai rejimen ini. Awak mesti jadi Melayu (untuk menyertai RAMD).

“Saya tidak tahu banyak mana rejimen seumpama itu, tetapi andaikan ia mewakilinya 50 peratus daripada tentera negara, cuma ada peluang 50 peratus lagi kepada bangsa-bangsa lain dan ini pula kebanyakannya dalam bahagian perkhidmatan dan sokongan tentera,” katanya.

Namun menurut, Thanabalasingam beliau yakin rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan bersatu dan menawarkan diri mempertahankan negara jika keselamatan Malaysia terancam.

“Jika kita berperang hari ini, saya akan tawar diri melakukan apa yang terdaya, walaupun saya kini berjalan menggunakan tongkat, ramai juga akan buat demikian untuk mempertahnkan negara,” katanya


'Projek pendidikan seks menunggu dibaham kroni'
Nov 18, 10 11:29am

PAS mendakwa rancangan kerajaan melaksanakan pendidikan seks bermula di sekolah rendah pada tahun hadapan lebih sebenarnya lebih berorientasi perniagaan.

Ketua penerangannya Idris Ahmad mendakwa, parti Islam itu menganggap usaha itu lebih kepada "membela kroni Umno-BN" melalui projek percetakan buku dan alat bantu mengajar.

"PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda, iaitu sejak sekolah rendah," katanya.

"Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian."

Menurut Idris (kiri), kerajaan sepatutnya mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca punca pemzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem dan "majalah lucah".

Idris membandingkan langkah memperkenalkan pendidikan seks di sekolah rendah itu dengan Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang projek berkaitan didakwa diberikan kepada kroni.

"Kemudian mereka buat-buaaat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka dikemukakan supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk (projektor) LCD dan notebook hampir RM6 bilion.

"Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula," kata Idris.

Sambil mempertikaikan keprihatinan pemimpin Umno dan BN terhadap isu akhlak, Idris terus menyindir kerajaan yang dalam masa sama bercadang mewujudkan hab hiburan malam.

"Bukankah ini idea Pak Pandir namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun," tambah Idris



Dr Khir bayar tunggakan cukai banglonya
Joseph Sipalan
Nov 17, 10
4:48pm


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, semalam telah membayar sekitar RM11,000 kepada Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA), setelah diberikan notis untuk menyelesaikan cukai taksiran banglo mewahnya yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit di Shah Alam.

Seorang pembantu kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mohd Noor menafikan berita kononnya kediaman kontroversi milik Khir itu telah disita oleh MPSA berikutan kegagalannya menjelaskan cukai taksirannya.

“Rumahnya tidak disita; beliau cuma diberikan notis untuk menyelesaikan bayaran tertunggak selama enam penggal (dua penggal setahun) cukai taksiran rumahnya semalam. Beliau diberi seminggu untuk berbuat demikian tetapi saya percaya beliau telah menjelaskan bayaran tertunggak itu,” kata pembantu itu ketika dihubungi.

Akhbar Berita Harian hari ini menyiarkan laporan banglo milik Dr Khir di Sekysen 7 Shah Alam menjadi tumpuan MBSA menyerahkan notis sita rumah selepas bekas Menteri Besar itu dikatakan tidak menjelaskan penilaian bagi rumahnya sejak tiga tahun lalu.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Dr Khir sebagai berkata, beliau tidak menerima sebarang notis daripada MBSA sejak kebelakangan ini, malah ketika notis sita rumah itu diserahkan, beliau tiada di rumah ketika itu.

"Saya sudah menyelesaikan bayaran ini. Ia hanya kes terlepas pandang dan saya harap ia tidak dijadikan isu," katanya kepada Berita Harian.

Laporan itu kemudian diperbesarkan oleh akhbar Cina yang mendakwa kediaman Dr Khir telah disita selepas beliau gagal menjelaskan bayaran cukai taksirannya itu.

Banglo itu menjadi isu selepas didedahkan kos pembinaannya termasuk pengambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar bernilai kira-kira RM24 juta.

Bekas menteri besar itu bagaimanapun telah menafikan jumlah itu dan sebaliknya menjelaskan ia menelan perbelanjaan RM3.5 juta




Bantahan paksa konsert Namewee di Kuantan dibatal
Nov 18, 10 9:38am

Pertunjukan penyanyi rap kontroversi, Namewee yang dijadual Sabtu ini di sebuah pusat hiburan di Kuantan dibatalkan apabila mendapat bantahan banyak pihak.

Pemilik pusat hiburan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia berlaku akibat salah faham.

Beliau berkata pengelola pertunjukan berkenaan sebelum ini datang menemuinya untuk menyewa premis berkenaan bagi pertunjukan seorang artisnya.

"Dia menawarkan harga yang tinggi, saya pun tidak tanya siapa artis itu," katanya.

Wong berkata beliau hanya menyedari artis berkenaan ialah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee setelah kain rentang pertunjukan itu digantung di premisnya, Isnin lalu.

Lebih 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Pahang membantah pertunjukan individu yang pernah mencetuskan kontroversi mempermainkan lagu Negaraku dalam sebuah laman web pada 2007 selain menghasilkan klip video yang mencerca guru serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Wong berkata beliau juga dinasihatkan polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) supaya membatalkan pertunjukan itu.

Tinjaun Bernama mendapati pemilik pusat hiburan terbabit telah mempamerkan kain rentang memberitahu pembatalan pertunjukan berkenaan.

Sementara itu di Temerloh, Pergerakan Pemuda Umno Pahang membantah sekeras-kerasnya pertunjukan itu kerana bimbang akan mencetuskan perkara tidak diingini.

Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimmi Samat berkata bantahan itu bukan bersifat perkauman, tetapi bagi menjaga keamanan kerana sebelum ini pemuda terbabit pernah menguris perasaan rakyat negara ini.

"Kita mahukan penghibur yang baik, bersih dan berakhlak mulia yang boleh menjadi idola kepada semua kaum," katanya



Pindaan perlembagaan BN timbulkan keresahan
S Pathmawathy
Nov 18, 10
10:08am


Cadangan supaya perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dikatakan tidak mendapat sokongan sebahagian besar pemimpin parti komponen gabungan itu.

Sumber yang rapat dengan gabungan itu memberitahu Malaysiakini bahawa cadangan berkenaan dimasukkan dalam draf pindaan dan telah diserahkan kepada 13 parti komponen BN pada awal tahun ini untuk pertimbangan mereka.

"Apa gunanya menjadi presiden parti? Ia tidak masuk akal. Kalau macam itu, lebih baik presiden bubarkan semua parti komponen dan jadikan BN sebagai satu parti.

“Amalan sekarang adalah bagi presiden parti mencadangkan nama calon, walaupun keputusan muktamad di tangan ketua BN.

"Tetapi sekarang hak ini mahu dirampas dan kuasa diberikan kepada satu orang sahaja,” kata sumber itu.

Isu berkenaan menjadi 'duri dalam daging' dan semakin mendesak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memikirkan sama ada untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun depan.

Namun menurut sumber itu lagi, Najib kemungkinan besar akan melengkapkan penggalnya sebagai perdana menteri sebelum membubarkan parlimen.

Selain itu, perjanjian perkongsian kuasa bagi memastikan pengerusi BN berkuasa penuh, sumber itu berkata ada juga cadangan supaya BN yang selama ini membuat sebarang keputusan secara konsensus menggantikannya dengan undi majoriti.

Isu-isu berkenaan akan dibincangkan pada konvensyen BN minggu depan selain mencari jalan menyuntik semangat baru selepas kekalahan teruk mereka pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Ia dijadualkan pada 28 November ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

"Mengikut perlembagaan BN, semua 13 parti komponen, masing-masing dikehendaki menghantar tiga perwakilan. Justeru, akan ada 45 hingga 50 perwakilan yang akan hadir membuat keputusan berkenaan.”

Menurut sumber itu lagi, pindaan ke atas perlembagaan mesti pertamanya diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan BN - yang akan dijadualkan kemudian - sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

Katanya lagi, pemimpin utama parti juga akan menghadiri mesyuarat pengurusan BN pada Jumaat ini yang akan dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Perdana Menteri mahu mandat baru - kerana beliau baru ambil-alih daripada Abdullah dan tidak dilantik oleh rakyat.

"Bagaimanapun besar kemungkinan isu mengenai pilihan raya umum tidak akan dibincangkan pasa mesyuarat itu. Tetapi kita mungkin, buat pertama kalinya membincangkan cadangan pindaan perlembagaan itu,” kata sumber itu lagi.

Tambahnya, ramai yang berpendapat lebih banyak perlu dilakukan untuk parti-parti kecil di kalangan gabungan BN.

"Mereka beri kami (kereta) Kancil tetapi menjangkakan kami bertindak seperti BMW," rungutnya


PM: Pandangan Anwar 'suara sumbang minoriti'
Nov 17, 10 3:44pm

Datuk Seri Najib Razak berkata pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia adalah satu suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

Perdana Menteri berkata pandangan ketua pembangkang itu merupakan "satu suara sahaja tetapi suara yang minoriti".

"Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita... bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya.

"Dan (pandangan Anwar) tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar, yang mendakwa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lalu, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

Tak perlu raikan 13 Mei

Mengenai cadangan sesetengah pihak berhubung kolum Cuit Utusan Malaysia baru-baru ini, yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan, Najib berkata tidak perlu untuk menjadikan peristiwa itu sebagai hari yang perlu diperingati.

"Tidak perlu sebab 13 Mei ini kita jadikan satu peristiwa dalam lipatan sejarah sebagai iktibar, sebagai sempadan untuk kita supaya ia tidak berulang," katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini, mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedia menimbangkan cadangan untuk menjadikan peristiwa hitam 13 Mei sebagai hari yang diperingati.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kerajaan belum lagi menerima cadangan atau memikirkan soal itu.

- Bernama



Ezam puji Zaid pula, terus bidas Anwar
Regina Lee
Nov 17, 10
5:12pm


Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor mendendangkan lagu yang berlainan rentak dan nada sekarang.

Meskipun, liriknya yang menghentam bekas mentor dan bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap sama tetapi kini bidasannya kepada bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, sebelum ini telah bertukar menjadi rentak puji-pujian.

Sambil menyifatkan Zaid - yang juga bekas Penyelaras Pakatan Rakyat sebagai “pemimpin yang ikhlas dan jujur seperti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Abdul Razak", Ezam berkata hakikatnya tiada tempat untuk kejujuran di PKR.

"Zaid benar-benar mahu melihat satu simbol tunggal bagi Pakatan. Tetapi tidak bagi Anwar. Dia seorang penipu,” kata Ezam, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu sebelum meninggalkan PKR pada 2006 dan menyertai semula ke Umno dua tahun kemudian.

"Saya kenal Zaid. Saya tahu Zaid buka pemimpin besar, dia ada masalahnya. Tetapi orang ramai boleh lihat kejujuran. Dan sekarang, orang ramai boleh lihat apa yang sudah hilang dari parti itu.

"Tiada lagi dedikasi, komitmen dan kejujuran dalam PKR. Apabila Zaihid sertai PKR, semua orang menggantung harapan tinggi kepadanya. Tetapi sekarang, dia pun meninggalkan parti itu.,” kata Ezam pada ceramah bertajuk "Keadilan untuk siapa?" yang dianjurkan oleh MCA Petaling Jaya Selatan, malam semalam.

Isnin lalu, Zaid mengesahkan akan meninggalkan PKR, bagaimanapun notis rasmi berhubung keputusannya itu belum diserahkan kepada ibu pejabat parti.

Pada 8 November, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR selain melepaskan semua jawatan dalam parti itu.

Keesokannya, beliau menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Azmin Ali supaya berundur kerana mendakwa mereka berdua adalah punca segala masalah dalam parti.

Zaid yang sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan jawatannya pada September 2008 kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Tiada ulasan: