Harakahdaily | ||||||||||||
SHAH ALAM, 2 Nov: Kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre pada 29 hingga 31 Oktober mendapati BN mendahului PAS sebagai parti yang akan memenangi pilihan raya ini iaitu 22 peratus manakala PAS 15.6 peratus namun 54.1 peratus lagi respondan tidak membuat kenyataan pasti. Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas, menemui bahawa jumlah pengundi yang meletakkan jawapan TIDAK PASTI dalam jangkaan parti mana akan menang adalah paling tinggi berbanding kawasan lain dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini terutama dalam saat hampir dengan tarikh pengundian. Namun begitu, hasil kajian ini tidak perlu dirungsingkan sangat oleh PAS kerana 45 peratus respondan adalah ahli Umno berbanding dengan 20 peratus PAS dan PR dan 35 peratus lagi pengundi atas pagar. Berikut adalah sebahagian ringkasan eksekutif yang dibuat oleh penal penyelidik Ilham Centre terhadap kajian mereka ini. Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah. Isu tanah diwakili peratusan tertinggi isu utama bagi pengundi Galas iaitu sebanyak 56.5 peratus Rungutan infrastruktur yang kurang memuaskan sebanyak 45 peratus. Sepanjang pemerhatian lapangan, kempen menerusi jentera mahupun program kerajaan agak kurang meriah berbanding beberapa siri pilihan raya kecil yang lain. Jentera kedua parti yang bertanding kelihatan sukar menghidupkan pos-pos bertugas parti. Kebanyakannya digerakkan oleh jentera daripada luar Galas. Namun, jika dibandingkan, jentera PAS dilihat lebih komited dan agresif berbanding jentera UMNO/BN setakat tempoh kajian lapangan ini dijalankan.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 2 November 2010
JUJURLAH....SIKAP JUJUR DAN AMANAH ....ALLAH AKAN BERI RAHMAT....
Galas: BN di depan, majoriti belum buat keputusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan