Jumaat, 19 November 2010

SPRM SIASAT SEMUA .JANGAN PILIH2..BANYAK LAGI..JANGAN BAGI LEPAS..JIKA TAK ADIL ESOK KENA JAWAB DIHADAPAN ALLAH..TIPU.MASUK NERAKA..KALAU NAK XPE LAH

PAS terus pertikai daftar pemilih baru
Salhan K Ahmad
Nov 19, 10
5:56pm


Dalam bahang pilihan raya umum yang semakin terasa, PAS kini semakin giat mempertikaikan ketelusan dalam daftar pemilih SPR.

Di Pulau Pinang, PAS negeri itu masih menuntut jawapan berhubung penambahan seramai 630 orang pengundi pos, seperti yang dikesan dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.

NONEMalah, seorang pengundi terlibat tampil berkata tidak tahu menahu mengenai status pemilihnya yang kini didakwa ditukarkan menjadi pengundi pos.

Guru berumur 29 tahun di Sarawak itu berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.

"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos)," katanya sambil memberitahu mengetahui perkara itu daripada seorang pemimpin PAS.

"Dia yang buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi awam," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohd Jamil Abdul Rahman berkata pertambahan pengundi pos itu dikesan sejak senarai pemilih berkenaan dipamerkan selama seminggu, berakhir pada 2 November lalu.

Mohd Jamil berkata, bantahan telah pun dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang berhubung kes melibatkan guru itu dan juga beberapa lagi kes lain seumpamanya yang dikenalpasti.

"Kita buat bantahan kepada SPR sebab pengundi tidak diberitahu dia sudah jadi pengundi pos dan juga mengenai perubahan tempat mengundi.

"Bila tiba masa untuk mengundi, nama dia tak ada. Inilah yang menjadi masalah," katanya lagi.

Dakwaan 'pakatan jahat' SPR, ATM

Sementara itu, situasi yang lebih kurang sama turut ditimbulkan oleh PAS di negeri Kedah dengan dakwaan wujudnya "pakatan jahat antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."

azizan razak and kedahDakwaan itu ditimbulkan sendiri oleh menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendakwa "berlaku penipuan dalam daftar pemilih di beberapa kawasan di negeri itu," seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.

Menteri besar itu berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu Hitam.

NONE"Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.

"Macam mana isteri mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.

Namun, sejauh mana wujudnya elemen rasuah dalam dakwaannya itu setakat ini belum dapat dipastikan.

SPRM ketika dihubungi hari ini juga enggan memberikan ulasan sama ada akan menyiasat kes berkenaan


Tahanan aktivis: Majistret buat 'kesilapan besar'
Humayun Kabir
Nov 19, 10
7:04pm


Mahkamah Majistret didapati membuat 'kesilapan besar dalam undang-undang” ketika menjatuhkan hukuman bersalah ke atas empat aktivitis masyarkat dari Kampung Baru Kuala Kuang di Chemor, Perak kerana terbabit dengan perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

NONESehubungan dengan itu, pesuruhjaya kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh, Choong Siew Kim membenarkan permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah itu serta memerintahkan supaya denda RM5,000 yang dikenakan ke atas mereka dipulangkan semula.

“Majistret membuat kesilapan besar apabila tidak mengambil kira bukti di mana mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (3) tetapi menghukum mereka di bawah Seksyen 27 (2) Akta Polis.

“Beliau gagal mempertimbangkan bukti yang relevan terhadap pindaan dakwaan yang merupakan dakwaan tunggal terhadap keempat-empat yang dituduh itu,” kata Choong.

Beliau juga memerintahkan keempat-empat aktivis masyarakat itu dibebaskan tanpa perbicaraan semula.

kuala kuang committee memo submission 131005 group standing“Adalah tidak adil bagi keempat-empat tertuduh menjalani perbicaraan semula kerana kes ini telah tertangguh hampir 10 tahun sebelum keputusan diberikan,” katanya.

Keempat-empat mereka adalah penyelaras kebangsaan Parti Sosialis Malaysia (PSM), K Kunasekaran; pengerusi jawatankuasa anti-bau busuk Kuala Kuang, Chai Sing Chong dan dua ahli jawatankuasanya, Tan Kin Siah dan Chong Min Tow.

Mereka adalah sebahagian daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menentang pencemaran udara yang dikatakan menjejaskan penduduk Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor yang didakwa pada 25 Oktober, 2002.

ipoh ktm land title dispute 290609 g balasunderamKampung berkenaan dilanda bau busuk dan pencemaran alam sekitar akibat daripada operasi sebuah kilang getah berhampiran yang didakwa menjejaskan 500 keluarga.

Pada Februari 2010, mejistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman bersalah ke atas mereka kerana gagal memiliki permit dalam menagdakan perhimpunan dan mengenakan denda RM5,000 serta penjara dua minggu ke atas keempat-empat mereka.

Aktivis berkenaan diwakili oleh peguam G Balasunderam (kiri), M Vengetraman, D Raja Singam, T Ellanggovan dan Cheang Lek Choy.

Namun Selasa lalu, Balasunderam yang baru pulang dari kerja diserang empat lelaki yang bersenjata di rumahnya di Ipoh sehingga menyebabkan kematiannya.

kuala kuang environmental activist 260210 kunasekaranVengetraman berkata rakannya itu seringkali memperjuangkan kes-kes masyarakat yang terpinggir secara pro-bono. Bagi kes ini, beliau telah meletakkan asas yang kukuh sehingga membolehkan rayuan mereka hari ini berjaya.

Kunasekaran (kanan) pula berkata keempat-empat mereka amat berterima kasih kepada Balasunderam kerana menegakkan keadilan kepada mereka sebelum menghembuskan nafas terakhirnya




MB alukan SPRM siasat Yayasan S'gor
Nov 19, 10 7:45pm


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya Datuk Seri Noh Omar menyerahkan semua bukti Yayasan Selangor 'membelanjakan lebih RM800,000 untuk majlis ulang tahunnya' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

khalid ibrahimAbdul Khalid berkata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani lebih tahu seharusnya menyerahkan semua bukti yang didakwa dimilikinya itu kepada SPRM bagi membantu suruhanjaya menyiasat (perbelanjaan) Yayasan Selangor.

"Saya juga ada jumpa dia (Noh) di masjid tadi dan isu ini juga masih dalam penyiasatan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong dan doa selamat pembinaan Masjid Baru Pekan Jeram, di Kuala Selangor hari ini.

Mengulas mengenai pejabat yayasan itu didatangi SPRM semalam, Abdul Khalid berkata itu tugas SPRM dan selaku pengerusi yayasan berkenaan beliau sedia memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

noh omar"Saya juga telah menghubungi pegawai di Yayasan Selangor dan meminta mereka memberikan kerjasama kepada SPRM.

"Saya amat mengalu-alukan siasatan SPRM supaya isu ini lebih terbuka dan ia satu usaha yang baik untuk mengemaskini pentadbiran kerajaan negeri agar lebih telus dan bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ketika ditemui di Tanjong Karang berkata beliau difahamkan Pemuda UMNO negeri itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang tadi berhubung isu yayasan itu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran berhubung laporan itu.

"Saya dimaklumkan kerajaan Selangor telah melantik badan audit profesional untuk meluluskan penganjuran sebarang aktiviti dan saya minta mereka dedahkan laporan perbelanjaan berkaitan isu itu (Yayasan Selangor) kepada rakyat," katanya.

- Bernama




Pengkisahan Memali imbau insiden 25 tahun
Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 10
1:09pm


Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali bermula hari ini.

NONEKetua penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria. kemuncak program ini ialah apabila setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.

"Ini kerana beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit," katanya sambil menambah pengkisahan itu akan berlangsung pada hari ketiga, iaitu Ahad ini.

Menurutnya, program itu akan berlangsung di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Tiada permit polis

Nasir berkata pihaknya tidak memohon permit polis, kerana program tersebut dibuat di dalam kawasan sekolah dan berharap program itu berlangsung dengan aman tanpa kekecohan.

NONE"Sebelum ini kita buat (program) tidak pernah berlaku apa-apa kekecohan. Berlangsung dengan aman," katanya.

Namun katanya, pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran program berkenaan.

PAS menganggarkan kira-kira 50 ribu pengunjung dari seluruh negara akan menghadiri penganjuran "ala-ala karnival" dalam sambutan ulang tahun ke-25 memperingati peristiwa Memali.

Selain pengkisahan itu, pelbagai program juga disusun bermula hari ini yang dianjurkan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS di peringkat pusat.

NONE"Apa yang menarik dalam program ini adalah kita mahu mengimbau insiden yang berlaku 25 tahun lalu. Ada di kalangan generasi (yang berumur) 25 tahun, tidak mengetahui (sejarah) peristiwa ini.

"Kita mahu menyampaikan sejarah peristiwa Memali. Kita mahu peristiwa ini sentiasa segar dalam ingatan rakyat di negara ini," kata Nasir.

Tragedi Memali pada 1985 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta ISA 1960.

NONEMereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.

Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.

Konvoi bermotosikal

NONEPeristiwa tersebut, turut mengorbankan empat anggota polis 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Menurut Nasir, lagi program sambutan memperingati peristiwa yang menyayat hati itu dibuat setiap tahun bagaimanapun kali ini dianggap istimewa kerana sempena genapnya 25 tahun peristiwa itu.

Nasir berkata, program selama tiga hari ini diisi dengan program antaranya, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

Selain itu, Nasir juga berkata pantomin mengisahkan rakyat Palestin akan juga dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesengsaraan yang masih terus dihadapi oleh saudara Islam mereka di bumi Anbiya'.

memali 25 year anniversary, pas supporters"Konvoi bermotosikal dibuat oleh semua 15 kawasan seluruh Kedah menuju ke Memali dan saya difahamkan turut disertai oleh beberapa kawasan dari Perak.

"Ceramah pembukaan malam ini yang akan disempurnakan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kita menjangkakan kira-kira 8,000 orang akan menghadirinya sekiranya cuaca mengizinkan," katanya ketika dihubungi pagi ini.



Zaid keluar PKR 16 Dis, ikrar tanding pilihan raya
Nov 19, 10 11:22am


Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memilih 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu.

zaid ibrahim quits pkr 191110 05Bercakap kepada wartawan pagi ini di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid juga mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan surat perletakkan jawatannya dari PKR hari ini tetapi hanya berkuatkuasa bulan depan.

"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya dengan nada sinis.

"Rancangan saya sekarang, saya akan berjumpa dengan penyokong saya di seluruh negara dan mempersiapkan diri untuk pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah banyak bercakap mengenai perjuangan berteraskan kepada kebenaran, berteraskan kepada apa yang betul, saya mahukan parti yang demokratik, parti yang tak banyak sangat karenah, parti yang berteraskan kepentingan rakyat." katanya.

Ramai lagi akan keluar

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga tidak menolak kemungkinan ramai lagi anggota PKR akan keluar parti itu.

zaid ibrahim quits pkr 191110 03Zaid berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum nanti selepas parti barunya itu ditubuhkan tetapi enggan menyatakan kawasan yang bakal ditandinginya.

"Saya tetap akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Kalaulah gagal tubuh parti baru, terpaksa bertanding sebagai calon bebas.

"Tapi saya rasa elok bertanding di bawah satu label, ada kawan-kawan sikit lebih bersemangatlah," katanya.

Mengenai penubuhan parti baru, Zaid berkata parti itu akan cuba ditubuhkannya dalam masa terdekat iaitu sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti.

zaid ibrahim quits pkr 191110 02Pada 8 Nov lalu, Zaid mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti.

Beliau mendakwa kepimpinan PKR tidak berusaha mengatasi manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung walaupun isu berkenaan telah beberapa kali ditimbulkan.

Sehari selepas pengumuman itu, Zaid mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden PKR, Azmin Ali supaya meletakkan jawatan kerana mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam PKR.

Zaid menyertai PKR pada Jun tahun lalu setelah beliau dipecat daripada Umno.

Berniat jahat

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

zaid ibrahim quits pkr 191110 01Bekas calon Timbalan Presiden parti itu turut menafikan bahawa kemasukannya dalam PKR kerana mempunyai niat jahat.

"Saya sebenarnya tidak pernah berniat jahat terhadap parti. Saya masuk PKR dengan anak-anak saya sebagai ahli seumur hidup dengan yuran yang tinggi kerana saya pada masa itu ingat inilah parti yang akan memperjuangkan kebenaran, ketelusan dan memberi harapan baru kepada rakyat di negara ini.

"Saya amat kecewa bila dituduh sedemikian. saya tidak pernah menubuhkan parti baru atau merancang apa-apa. Saya sebagai koordinator Pakatan Rakyat walaupun Anwar kata saya ini bukan koordinator. Tak apalah, koordinator ke kerani ke, itu terpulanglah," katanya

Zaid kecewa dilabel 'orang jahat'

Bekas pengerusi PKR (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keluar parti berkuatkuasa 16 Dis ini kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

NONEBeliau berkata keputusan itu dibuatnya setelah menerima tekanan dan serangan peribadi daripada pimpinan parti termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telahpun menghantar surat kepada PKR. Saya, secara rasminya hendak keluar daripada parti ini, tarik diri tapi dalam surat saya itu saya berkata bahawa saya nak tarik diri berkuat kuasa 16 Dis. (Ini adalah) berikutan episod pemilihan, saya telah dituduh, difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini mengkhianati parti dan berniat jahat.

NONE“Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.

“Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.

031010 pkr election kelana jaya trojan horse“Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.

Menurut Zaid tindakan pemimpin PKR yang cuba memburukkannya tidak akan berjaya kerana beliau percaya masih ada orang yang mempercayai apa yang diperjuangkannya.

"Inilah cara mereka yang tidak ada keyakinan diri, mereka suka untuk menjatuhkan orang lain dengan harapan mereka akan digambarkan sebagai pemimpin sebenar," katanya.

Pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid berkata menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepadanya.

zaid ibrahim quits pkr 191110 02Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Beliau juga mengundur diri daripada semua jawatannya dalam parti itu.

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya

Tiada ulasan: