BILA MANUSIA TAK GUNA AKAL DAN HUKUM AGAMA..MEREKA AKAN MUFLIS DIAKHIRAT...KERANA TUNTUTAN ORANG YANG DIZALIMINYA...
Pertubuhan agama ikuti perbiacaraan Ariel
Ketua Dewan Syra Barisan Umat Islam (FUI), Hilman Firsdaus berkata, pihaknya akan menghantar wakil ke perbicaraan itu.
Begitu dengan kumpulan Laskar Sabilillah, Garis dan Jawara Bandung Agamis.
“Malah, pertubuhan bukan Islam seperti Gema Santara juga akan mengikuti perbicaraan itu,” katanya kepada wartawan, semalam. Sementara itu, selebriti, Cut Tari yang turut terkait dengan video lucah itu berharap kesnya akan dibicara secepat mungkin supaya dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Bagaimanapun, menurut jurucakap peguamnya, dokumen pendakwaan terhadap Cut masih belum siap sehingga ini.- Agensi
Majikan Sumiati masih bebas di Madinah
Ketua Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia di Pejabat Konsul negara itu di Jeddah, Didi Wahyudi berkata, majikan Sumiati masih bebas di Madinah meskipun laporan telah dibuat di Pejabat Polis Faisaliah, 10 November lalu.
Pembantu rumah itu cedera teruk akibat didera oleh keluarga majikannya, termasuk hilang sebahagian bibir kerana digunting dan hingga ini masih dirawat di Hospital Raja Fahd di Madinah.
Dalam pada itu, Duta Arab Saudi ke Jakarta, Abdulrahman Alkhayat, semalam menyifatkan kekejaman yang dilakukan terhadap Sumiati sebagai tidak bertamadun.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan terhadap kes itu dan pada masa sama, menolak dakwaan penderaan seumpama itu adalah perkara biasa di negara nya.
“Belum ada sebarang tangkapan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Jakarta, semalam
“Terdapat lebih sejuta pekerja Indonesia di Saudi. Apa yang terjadi pada Sumiati adalah sesuatu yang jarang berlaku. Semoga ia tidak akan berulang,” katanya. - Agensi
DUNIA
Amah Indonesia yang bibirnya digunting majikan kian pulih di hospital Madinah
MADINAH – Tahap kesihatan seorang amah Indonesia, Sumiati Salan Mustapa, berusia 23, yang bibirnya digunting oleh isteri majikannya pada 8 November lalu di Madinah, Arab Saudi semakin pulih, lapor sebuah akhbar semalam.
Pendedahan itu dibuat ketika Menteri Hal Ehwal Wanita Indonesia, Linda Agum Gumelar akan mengetuai sepasukan pegawai untuk memantau siasatan kes tersebut di Arab Saudi hari ini.
Pegawai dari Konsulat Indonesia di Jeddah, Didi Wahyudi menyatakan pemulihan Sumaiti adalah mengagumkan.
Sumiati yang dimasukkan ke sebuah hospital di Madinah pada 8 November lalu juga didapati sudah berhenti menangis dan mula bercakap.
“Sumiati semakin pulih dari segi fizikal dan mental. Selera makannya sudah ada. Ketika saya melawatnya, dia meminta nasi dan bakso. Ekoran restoran Indonesia di Arab Saudi ditutup kerana cuti, kami di konsulat membuat bakso untuknya,” kata Didi.
Pihak hospital tidak menyediakan roti kerana bimbang makanan itu akan mengingatkan Sumiati terhadap penderaan yang dialaminya.
Selepas didera, majikannya memberinya sekeping roti dan air.
Sumiati mengalami kecederaan serius terutama di bahagian muka dan bibirnya yang dipercayai digunting, jari tengahnya retak, badannya mempunyai kesan dibakar selain banyak kecederaan dalaman.
Wahyudi menyatakan, laporan telah dibuat di balai Polis Faisaliah pada 10 November lalu berhubung kejadian itu.
Menurutnya, majikan Sumiati dan seorang anak lelaknya telah ditahan untuk disoal siasat.
“Mereka ditahan di Madinah kerana disyaki terbabit melakukan penyeksaan terhadap Sumiati,” katanya.
Menurut Didi, mereka ditahan selepas aduan rasmi dibuat oleh Kedutaan Besar Indonesia selain laporan hasil pemeriksaan doktor dan siasatan polis Arab Saudi berhubung keadaan mangsa. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan