Isnin, 29 November 2010

PEMIMPIN PERLU KEJUJURAN.....TELUS...AMANAH DAN SEDAR HARI HISAB...SERTA SEDAR AKAN KEMATIAN AKAN MENJEMPUTNYA

MB S'gor: Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
Nov 29, 10 5:25pm


Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.

sultan selangor and khalid ibrahim 250209Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."

Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.

"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.

dr mahathir visit kuala pilah 020806 leavingJelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.

Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.

"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.

Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari.


Solat berimamkan pemimpin IJ, 21 didakwa
Nov 29, 10 7:08pm


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mendakwa 21 individu pengikut ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) termasuk enam warganegara Indonesia dan dua rakyat Bangladesh yang ditahan di sebuah surau di Sungai Tangkas, Kajang Jumaat lalu.

NONEPengarah JAIS Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata semua mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah Kajang esok kerana kesalahan menunaikan solat Jumaat tanpa kebenaran serta mengikut imam yang tidak mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri itu.

"Semua mereka berumur antara 29 dan 50 tahun menunaikan solat Jumaat tidak cukup jemaah iaitu kurang daripada 40 orang selain membaca khutbah dalam Bahasa Arab yang dipetik daripada koleksi buku terbitan mereka sendiri bukan mengikut teks daripada Jais," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata mereka akan didakwa mengikut Seksyen 12 (c) dan 13 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melanggar fatwa Jabatan Fatwa Selangor dan bagi setiap kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan menggunakan bangunan bagi perkara yang hanya boleh digunakan di masjid, mereka dituduh mengikut Seksyen 97 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) di mana boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

jais jabatan agama islam selangor 271106Sementara itu, Kushrin berkata ketua ajaran itu Abdul Wahab Jantan, 41, masih diburu JAIS kerana beliau dipercayai berada di Solo, Indonesia bagi tujuan mendalami ajaran berkenaan semasa serbuan dilakukan.

Beliau berkata JAIS telah melakukan pemerhatian terhadap gerakan ajaran sesat itu sejak setahun lepas dan menunggu masa serta bukti yang sesuai untuk melakukan serbuan.

Katanya, beberapa barang bukti dirampas untuk tujuan pendakwaan seperti teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan sendiri IJ, mimbar, set pembesar suara, risalah Islam Jemaah serta 15 keping surat pernyataan taubat yang dibuat dalam upacara "taubat".

Selain itu, ajaran berkenaan turut dipercayai menjadi sindiket ejen nikah tidak sah berikutan penemuan beberapa dokumen mengenai pasangan yang mahu dinikahkan oleh pemimpin kumpulan berkenaan.

"Kita percaya terdapat kira-kira 1,000 pengikut ajaran IJ yang masih aktif di negeri ini yang dipercayai beroperasi di Sungai Tangkas, Kajang, Padang Jawa dan Sungai Udang, Klang, Bagan Hailam, Pelabuhan Klang dan Bandar Baru Hicom, Shah Alam," katanya.

Dipercayai ajaran IJ diperkenalkan di Jawa Timur, Indonesia pada tahun 1941 oleh pengasasnya yang dikenali sebagai Haji Nurhasan al-Ubaidah atau nama sebenarnya, Mohd Madigol Ab Aziz.

Antara ciri-ciri ajaran sesat ini adalah pengikut IJ adalah orang Islam sebenar dan orang lain dianggap kafir, najis mughallazah seperti najis anjing tidak perlu disamak, binatang yang mati dalam kawasan kampung orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan dan tulang babi tidak haram.

Ajaran itu juga percaya dosa boleh diampunkan dengan mengisi borang tebus dosa yang disahkan oleh pemimpin.

- Bernama




PERKASA: Dr Wan Azizah, Azmin "pelacur politik"
Nov 29, 10 4:32pm


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.

NONEWira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.

NONEArman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.

Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.

Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.

NONE“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.

PERKASA - pelacur murahan

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin membalas bidasan PERKASA itu dengan melabelkan pertubuhan pelampau Melayu itu sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan Umno.

Menurut Shamsul yang dipetik oleh TV Selangor kenyataan PERKASA itu jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

pkr congress 281110 shamsul iskandar"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

“Perjuangan PERKASA ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publisiti murahan," kata Shamsul petang tadi.

Menurutnya, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum.



Peguam: Kes polis tembak mati naik 17 kali ganda
Nov 29, 10 5:08pm


Jumlah kematian akibat ditembak polis telah meningkat 17 kali ganda sejak 2001, dakwa kumpulan pejuang hak asasi dan reform perundangan, Lawyers for Liberty.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengakuan seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis di Bukit Aman pada perbicaraan kes hasutan P Uthayakumar hari ini yang mendedahkan terdapat 82 kes tembak mati oleh polis pada tahun 2008 manakala 88 lagi dicatatkan pada tahun 2009.

NONEKumpulan itu berhujah perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding hanya lima kes pada tahun 2001.

“Dengan statistik seumpama itu, kami tidak boleh dipersalahkan bagi membuat rumusan bahawa polis menembak sesuka hati dan mencabuli undang-undang, peraturan dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO),” kata Lawyers for Liberty dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu mendakwa sejak akhir-akhir ini jumlah yang ditembak mati termasuk ke atas mereka yang tiada justifikasi dan tidak mengikut undang-undang.

“(Mangsa) nyata melarikan diri dari polis atau anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam apabila ditahan untuk kesalahan kecil atau mereka 'diserang' dan polis hanya menembak balas sebagai mempertahankan diri walaupun tiada bukti bagi membuat dakwaan seumpama itu.

NONE“Dalam kes-kes ini, pegawai kanan polis dan kerajaan secara buta tuli mempertahankan pasukan polis dan enggan melihat kemungkinan anggota yang terbabit secara tergesa-gesa atau tanpa justifikasi melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian,” petik kenyataan itu lagi.

Merujuk kes terbaru apabila tiga pemuda di Shah Alam yang ditembak mati, kumpulan itu berkata pemangku ketua polis Selangor, A Thaiveegan membuat kenyataan yang tidak masuk akal apabila mendakwa mereka adalah 'penjenayah berpengalaman' dan adalah sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai “Geng Minyak”.

NONE“Polis mendakwa suspek menyerbu dengan parang dan polis menembak ketika mempertahankan diri di mana kemungkinan besar mereka dibunuh dengan kejam oleh polis,” petik kenyataan itu.

Lawyers for Liberty merujuk kes kematian Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22,yang ditembak oleh polis pada 20 November lalu di Shah Alam.

Keluarga mangsa mendakwa kecederaan menunjukkan semua pemuda ditembak seolah-olah gaya hukuman bunuh.Sementara itu, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan kenyataan balas berhubung siasatan terkini tiga remaja ditembak mati pada 13 November lalu di sebatang jalan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor menemui jalan buntu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Omar Mamah sedang bercuti di luar negeri manakala Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Khaw Kok Chin tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan kenyataan lanjut.


Melayu perolehi 70 peratus kontrak kerajaan P Pinang
Nov 29, 10 9:35am


Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri itu tidak 'lembik', apatah lagi 'dayus'.

NONEDi sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Lim (pertama dari kanan) berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pegangan pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari Umno sahaja,

“Malah, program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu di Pulau Pinang,

second penang bridge 091108 pilling“Biarlah Umno dan BN menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti-Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” kata Lim dalam kenyataan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus pada masa depan, jelasnya.

NONETambahan sub-kontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada Lim dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek ini.

Daripada jumlah itu, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, katanya lagi.

second penang bridge 091108 artist impressionKerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn. Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd., IJM Contructions Sdn Bhd., HRA Teguh Sdn Bhd.



Sultan dukacita Melayu gadaikan bangsa sendiri
Nov 29, 10 11:55am


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan bangsa sendiri.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula.

"Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda.

sultan sharafuddin idris shah selangor sultan and his royal family tengku amir shah tengku zerafina tengku zatashah 290409Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' dihapuskan daripada ungkapan 'Raja-Raja Melayu'.

Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.

Baginda bertitah, sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Menurut Sultan Selangor, alasan golongan terbabit bahawa ia perlu dilakukan kerana negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak tepat.

"Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka," titah baginda sewaktu merasmikan wacana Raja Berperlembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di Shah Alam.

Malu mengaku Melayu

"Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu.

"Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda.

Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.

Sultan Sharafuddin turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.

Baginda juga mahu rakyat Selangor memahami sejarah negeri itu supaya tidak timbul syak wasangka di antara satu sama lain.

"Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tanah tempat tumpah darah kita, dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan," titahnya.

Baginda bertitah sejarah yang tercatat sejak beratus tahun lalu menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu telah membuka serta membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu sehingga menjadi sebuah negara maju selain menempa peristiwa membanggakan sehingga mampu bersaing dengan negara lain di dunia ini.

"Oleh itu, dengan mengetahui sejarah, kita dapat menilai betapa susah payahnya kita berjuang untuk mencapai keamanan yang kita peroleh sekarang.

Buka minda

"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah institusi Raja Melayu merupakan benteng terakhir mengawal dan membanteras anasir yang ingin memecah-belahkan perpaduan rakyat serta keutuhan kerajaan.

"Seandainya pada satu ketika timbul pergolakan politik di negara ini, institusi Raja Melayu akan tetap berdiri utuh sebagai satu badan bebas yang boleh menyatupadukan rakyat agar tidak terus berpecah-belah," titahnya.

Baginda bertitah perkara itu terbukti baru-baru ini apabila Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan sembilan ketetapan mengenai isu semasa yang menyentuh perpaduan dan keharmonian rakyat.

Titah baginda, kejayaan sesebuah negara membawa kemakmuran kepada rakyat bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki pegawai dan kakitangannya, termasuk mengenai konsep pemerintahan Raja Berperlembagaan di negara ini sejak merdeka


Bekas tentera persoal pembunuhan anaknya
Joseph Sipalan
Nov 29, 10
3:10pm


Bapa kepada Hanafi Omar, 22, yang baru-baru ini mati ditembak oleh polis atas dakwaan cubaan merompak, tidak percaya anaknya itu dibunuh kerana polis cuba mempertahankan diri mereka.

Omar Abu Bakar, seorang bekas tentera berkata kecederaan di muka anaknya itu tidak konsisten dengan tembakan bagi menghalang seseorang penyerang.

NONEMenurut veteran askar berusia 57 tahun itu, berdasarkan pengalamannya dengan tentera, dua kecederaan akibat peluru di muka anaknya itu agak aneh.

"Saya tahu bagaimana hendak mengendalikan senjata, dan saya tidak percaya bila mereka kata anak saya menyerbu dan cuba serang mereka. Awak tak akan dapat kecederaan seperti itu ketika menyerbu,” katanya selepas mengiringi anak sulungnya membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.

Anaknya, Mohammad Najib, 27, memfailkan laporan menuntut siasatan terperinci ke atas kematian adiknya, Hanafi. Mereka diiringi perwakilan Lawyers for Liberty - Sasha Lyna Abdul Latif, Sahli parlimen Sungai Siput Dr Devaraj Jeyakumar dan penyelaras pertubuhan hak asasi Suaram, Lucas Yap Heng Lung.

Pihak polis mendakwa tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri mereka apabila Mohd Hanafi dan dua rakannya - Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20 - didakwa menyerbu ke arah polis dengan parang ketika cuba merompak sebuah stesen minyak.



"Adakah anak saya rayu untuk nyawanya?"
Aidila Razak
Nov 29, 10
1:16pm


Tiada apa yang lebih penting bagi seorang ibu daripada memastikan beliau mendapat keadilan daripada mereka yang terbabit dalam pembunuhan anak lelaki remajanya.

NONEBagi, Norhafizah Mad Razali saat-saat terakhir sebelum anaknya ditembak mati oleh polis sentiasa menghantui dirinya.

"Saya sentiasa tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya, bagaimana perasaannya sebelum ditembak mati. Adakah dia merayu supaya dibiarkan hidup?

"Adakah dia menanggis dalam kesakitan?” soal Nohafizah lagi dengan berlinangan air mata meskipun suaminya, Shapiei Zainal Abidin yang juga menitiskan air mata cuba menenangkannya.

Anak mereka, Mohd Shamil Hafiz Shapiei, ditembak mati pada jam 4 pagi, 13 November lalu di sebatang jalan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

NONEKematian Mohd Shamil itu hanya beberapa minggu sebelum harijadinya yang keenambelas.

Bayangan remaja itu yang ditembak di dada dan juga dahinya pasti akan sentiasa terpahat di benak kedua-dua ibu bapanya.

"Ia gerak hati seorang ibu...Saya tak tahu bagaimana atau kenapa, tetapi kata-kata terus keluar dari mulut saya sebaik sahaja melihat tubuhnya yang terkujur: Dia mati dibunuh,” katanya ketika ditemui di rumah pangsa kos rendah yang mereka huni di Kota Damansara.

Polis mendakwa pihaknya menembak dalam percubaan mempertahankan diri kerana Mohd Shamil dan dua lagi rakannya, - Mohd Hanafi Omar, 22 dan Hairul Nizam Tuah, 20, yang dikatakan dari Cheras - telah menyerbu ke arah polis dengan parang selepas cubaan merompak sebuah stesen minyak.

NONEKetiga-tiga mereka mempunyai kecederaan yang hampir serupa dengan tembakan di dada dan kepala dengan Hairul Nizam ditembak di tepi kepalanya manakala Mohd Hanafi pula ditembak di atas kepalanya.

Semua peluru menembusi badan ketiga-tiga mangsa

Dr M: Malaysia tak perlu menara 100 tingkat
Nov 29, 10 2:53pm


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

NONE“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.

Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.

Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.

"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.NONEDubai merupakan contoh klasik tentang lebihan bangunan, katanya lagi ketika menjawab soalan lain daripada hadirin.

Menurut beliau, Jepun dan Hong Kong juga mengalami keadaan yang sama pada masa
lalu.

"Jepun masih belum pulih daripada keruntuhan ekonominya disebabkan oleh lebihan bangunan. Begitu juga Dubai dan apa yang terjadi di sana, boleh terjadi di mana-mana sahaja.

"Banyak orang beli dengan harapan harga akan naik dan mereka boleh menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, tetapi ada kalanya harga melonjak terlalu tinggi hingga tidak boleh jual.

"Bila tidak boleh jual, kita tidak boleh bayar balik pinjaman yang kita ambil untuk beli harta itu. Bila perkara begini berlaku dengan meluas, bank-bank akan menjadi mangsa kerana tidak boleh dapat balik wang yang dipinjamkan," kata Mahathir.

Oleh itu, Malaysia perlu berhati-hati.

"Hari ini, kita nampak banyak kren di Kuala Lumpur dan seluruh negara, kita juga bina, tidaklah gila-gila, tetapi gila juga membina," katanya berjenaka.




Najib: Isteri PM layak terima, tuntut elaun
Nov 29, 10 6:17pm


Kerajaan tidak menyediakan peruntukan tetap atau peruntukan kunjungan luar negara tahunan secara khusus kepada isteri Perdana Menteri.

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isteri Perdana Menteri bagaimanapun layak menerima dan menuntut perbelanjaan tertentu seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas.

"Ia termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan elaun-elaun dan keistimewaan bagi Perdana Menteri.

"Akta itu menyatakan isteri Perdana Menteri yang mengiringi semasa lawatan rasmi atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negara atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas," katanya.

NONEBeliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Liew mahu Perdana Menteri menyatakan bilangan kakitangan kontrak dan tetap, peruntukan tetap, peruntukan kunjungan luar negara dan kemudahan lain yang diperuntukkan untuk isteri Perdana Menteri dari 2000 hingga 2010.

Najib berkata tiada kakitangan tetap dan kontrak yang disediakan khusus untuk isteri Perdana Menteri berikutan pegawai dari Pejabat Perdana Menteri dari semasa ke semasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.

- Bernama







Saksi akui kejar Aminulrasyid
Aidila Razak
Nov 29, 10
6:56pm
Seorang saksi dan perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Amzah hari ini mengesahkan kenyataan yang diberikan saksi utama Azamuddin Omar kepada media berhubung kejadian pada 26 April lalu.

NONER Lokman Hakim R Daily (kiri) berkata, beliau bersama dua lagi rakannya mengejar kereta yang dipandu Aminulrasyid pada kira-kira jam 12.15 pagi.

Beliau bertindak demikian selepas kenderaan itu melanggar kereta Toyota Celica rakannya yang diparkir di tepi sebatang jalan di Seksyen 7, Shah Alam.

R Lokman Hakim berkata, beliau mengejar kenderaan itu untuk mendapatkan ganti rugi daripada pemandu kereta Proton Iswara berkenaan yang merosakkan bahagian bumper depan kenderaan Toyota Celica rakannya.

'Tidak cam penumpang'

Bercakap ketika disoal oleh timbalan pendakwa rakya Mohd Dusuki Mokhtar, R Lokman Hakim juga berkata beliau mengejar kenderaan itu melalui Seksyen 7, 8 serta 9, sehinggalah di Persiaran Datuk Menteri.

Menurut R Lokman Hakim lagi, kenderaan Proton Iswara berkenaan berada sejauh kira-kira 2 kilometer ketika mereka mula-mula mengejarnya.

Kenderaan itu kemudiannya mula dipandu laju apabila pemandunya menyedari bahawa kenderaan itu diekori, katanya lagi.

NONETambahnya, beliau menganggarkan kereta yang melanggar kesemua "lima atau enam" lampu isyarat merah yang dilalui itu dipandu selaju kira-kira 100kmj.

Di Persiaran Datuk Menteri, kenderaan itu bergerak semakin perlahan kerana menaiki kawasan berbukit dan beliau cuba memintas kenderaan tersebut untuk melihat wajah pemandunya, katanya.

Bagaimanapun, beliau terjatuh di ruang di antara kenderaan Proton Iswara dan pembahagi jalan.

R Lokman Hakim berkata, pemandu itu merupakan seorang lelaki, dianggarkan berusia sekitar 17 tahun.

Katanya lagi, beliau hanya melihat seorang penumpang di dalam kenderaan berkenaan dan menambah, beliau tidak dapat mengecam lelaki tersebut.









Tiada ulasan: