Ahad, 14 November 2010

DOSA TU JELAS JANGAN BERDALIH,,,KAYA BOLEH JANGAN MENIPU DAN MAKAN HAK ORANG...DAN HIDUP TERLALU MEWAH IA MEMBAWA KEPADA HARAM

NEGARA

3 ahli Geng Minyak ditembak mati


BEBERAPA anggota polis memeriksa kereta Proton Waja digunakan tiga penjenayah yang ditembak mati di Jalan Kerjaya, Glenmarie di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Tiga lelaki termasuk seorang yang berusia 16 tahun hanya sempat melarikan barangan hasil samun daripada sebuah stesen minyak sejauh dua kilometer sebelum ditembak mati oleh polis di Jalan Kerjaya, Glenmarie di sini pagi semalam.

Kumpulan penjenayah rakyat tempatan itu yang digelar Geng Minyak sangat dikehendaki polis kerana menjadikan stesen-stesen minyak di kawasan terpencil di sekitar Lembah Klang sebagai sasaran samun.

Kira-kira lima minit sebelum ditembak, tiga anggota kumpulan itu yang turut membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun dan rakannya berusia 22 tahun menyamun sebuah stesen minyak di Jalan Glenmarie U1/1 di sini kira-kira pukul 4.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka bertindak memecahkan cermin pintu stesen minyak itu sehingga mengejutkan dua pekerja warga Bangladesh yang sedang tidur.

Ujarnya, salah seorang daripada pekerja itu sempat mengunci diri di dalam stor manakala rakannya dikepung dan diugut dengan parang.

"Selepas mengambil sejumlah wang, rokok serta telefon bimbit milik seorang pekerja itu, suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang di Jinjang kira-kira enam bulan lalu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.


NEGARA

Kos sebenar jamuan lebih RM800,000

SHAH ALAM - UMNO Selangor semalam mendakwa kos majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang sepatutnya berlangsung esok di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebenarnya lebih RM800,000.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau mendapat maklumat bahawa sebahagian daripada jumlah itu telah pun dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkan majlis berkenaan


NEGARA

'Ini mungkin balasan Tuhan'


AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet.


KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, mendakwa ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga.

Sambil menafikan gambar aksi bercium mulut itu dirinya serta wanita itu Nik Zarith Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, Nabil menganggap apa yang berlaku mungkin balasan Tuhan ke atas dirinya yang semakin lalai.

"Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.

"Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki," katanya ketika dihubungi semalam.

Nabil bagaimanapun belum membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.




NEGARA

Projek mega telan nyawa


SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.

Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.

Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.

Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

“Dia (Mohd. Nor) sudah merancang hendak melawat ibu kami yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat barah leher tetapi tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam


NEGARA

Bilal, lepasan kolej turut menoreh getah


HARUN menoreh getah di Kampung Kuala Akob, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Kenaikan harga getah mendorong ramai individu yang sebelum ini tidak pernah memegang pisau penoreh mula berjinak dengan pekerjaan itu.

Seorang daripadanya bilal masjid Kampung Kuala Akob dekat sini, Harun Salleh, 43, yang mula menoreh getah sejak setahun lalu dengan mengambil upah menoreh di kebun getah milik orang lain.

Menurut Harun, pendapatan menoreh getah mulai pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi setiap hari boleh mencapai lebih RM1,000 sebulan.

"Dalam sebulan dua ini pendapatan menoreh lebih baik di mana pada minggu lepas saya dapat RM600 untuk empat hari," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, penduduk kampung yang memiliki kebun sendiri akan meraih pendapatan lebih lumayan kerana tidak perlu berkongsi hasil jualan getah.

Sementara itu, di Jeli, Kelantan, kenaikan harga getah turut menarik minat seorang lepasan kolej swasta untuk menceburi bidang yang sebelum ini tidak diberi perhatian langsung

Tiada ulasan: