Jumaat, 3 September 2010

Tukang Lawak

Hadis Tukang Lawak, dan Saf Wanita

salam,

saya pernah terbaca satu hadis dalam satu artikel yang nyatakan, "lelaki yang berkata-kata untuk menyebabkan orang sekelilingnya gelak akan dilaknat Allah"..apakah status hadis ini?

soklan kedua,boleh terangkan hadis di bawah:

Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim).

saya tidak jelas tentang saf wanita,

harap sape2 dapat membantu

**********************
albaruhiyy
Panel Feqh

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله : أما بعد

1. Hadis tersebut berbunyi :

وعن بهز بن حكيم عن أبيه عن جده رضي الله عنهم قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ويل للذي يحدث بالحديث ليضحك به القوم فيكذب ويل له ويل له
رواه أبو داود والترمذي وحسنه والنسائي والبيهقي
Maksudnya : “Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.
Direkodkan oleh Abu Dawud, al-Tirmizi dan dihukumkan HASAN olehnya, serta direkodkan oleh a-Nasa’i dan al-Baihaqi.
(Rujuk al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-tarhib, hadis no 2994, jil 3/74)

2. Hadis yang disebutkan ialah hadis sahih, namun di sisi sebahagian ulama, ia ditanggungkan atas keadaan ketika mana tiada halangan/tabir antara saf lelaki dengan saf wanita.
Maka, sekiranya wanita itu terlindung atau terpisah dengan lelaki, maka sebaik-baik saf wanita tetap saf pertama dan seburuk-buruknya ialah saf paling akhir.

Justeru, mereka (wanita) juga perlu mengutamakan saf hadapan seperti lelaki kerana berdasarkan umum hadis berkenaan.
Wallahualam.

[Majmuk Fatawa Ibn Baz (25/145)]
(http://www.islamqa.com/ar/ref/118155)



Hadis Fadhilat Surah Al Waqi'ah

السلام عليكم

ada member tanya...katanya.. siapa yang amalkan surah al waqiah...surah kekayaan..insyaAllah tidak akan alami kemiskinan sampai bila2....HADIS SAHIH ke?

***********************
hadis riwayat dgn matan: ''مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَدًا''

takhrij ringkas: riwayat Ahmad dlm Fadhail Sahabah (1247), Abu 'Abd dlm Fadhail Quran (412), Abu Ya'la dlm Musnad (3838), al-Harith dlm Musnad (721), Ibn Sunni dlm Amal al-Yaum wa al-Lailah (679), Baihaqi dlm Syu'ab al-Iman (2500-2497),Ibn Abdil Bar dlm al-Tamhid (269/5),Ibn Asakir dlm Tarikh Damsyiq (188-196/66), Ibn Jauzi dlm Ilal Mtanahiah (page 151), dan lain2..dari jalan sahabat iaitu Ibn Mas'ud dan riwayat Ibn Asakir dlm tarikh Damsyiq (444/36) dari jalan sahabat Ibn Abbas.

Darjat hadis: - ringkasan Kajian Multaqa:-

1- kata imam ahmad ''ini hadis MUNGKAR''
2- kata al-Iraqi ''hadis MUNGKAR''
3- telah ijmak akan imam-imam hadis akan ke-DHAIF (TIDAK SAHIH)-nya, antaranya imam Ahmad, Abu Hatim, Ibn Abi Hatim, Baihaqi, Daraquthni, Ibn Jauzi, az-Zahabi dan lain2

wassalam
FATHI



Mati pada hari Jumaat

Assalamualaikum,

apa benar jika seorang muslim itu mati pada hari Jumaat, maka dia terselamat dari azab kubur?

pada pencarian saya cuma berjumpa mati pada hari jumaat, maka dia terselamat dari fitnah kubur sahaja.

mohon pencerahan dari para ilmuan al-ahkam.

********************
alitantawi

wa'alaikumussalaam..

1- Terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan antaranya oleh Ahmad dalam al-Musnad, al-Tirmidzi dalam al-Jami' dan lain-lain lagi yang menyebut bahawa 'sesiapa yang mati pada hari jumaat atau malam jumaat, Allah SWT akan memeliharanya daripada fitnah kubur'. Setakat pencarian saya, inilah hadith yang menjadi hujah tentang perkara ini.

2- Maksud 'fitnah kubur' dalam hadith itu adalah azab kubur berdasarkan penggunaan perkataan fitnah yang membawa maksud ujian dan juga kesusahan serta lain2 lagi.

3- Hadith tersebut tidak diriwayatkan dalam buku-buku utama seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

4- Ketika mana al-Tirmidzi menyebut hadith itu, beliau telah mendhaifkannya. Imam Ahmad pula menyebutkan hadith itu sekadar untuk direkodkan berdasarkan metod penulisan.

5- Ulama-ulama hadith didapati sepakat menilainya sebagai dhaif dan tidak ada yang menilainya sebagai sahih kecuali sebahagian ulama moden seperti al-Albani dan lain-lain lagi.

6- Di antara ulama terkemudian yang menilai hadith ini sebagai dhaif ialah Ibn Hajar al-'Asqalani, Ibn Abd. Hadi, al-Zaila'i dan juga ulama hadith moden iaitu Ahmad Syakir dan Syu'aib al-Arnaout.

wallahu a'lam




Pahala Baca Quran Kepada Mayyit

Postby al-baihaqi »

salam..

dalam RiyadusSalihiin bab161:berdoa untuk mayyit sesudah dikuburkan dan duduk di sisi kuburnya sebentar untuk mendoakan serta memohonkan pengampunan untuknya dan membaca al-Quran, no.944; dihujung hadith ada tulisan yang berbunyi:
Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata: "disunnahkan kalau di sisi mayit yang sudah dikuburkan itu dibacakan sesuatu dari ayat-ayat al-Quran dan jikalau dapat dikhatamkan al-Quran itu seluruhnya, maka hal itu adalah lebih baik."

dalam "13 masalah yang tidak pernah selesai diperdebatkan" karangan Abu Yusuf Abdurrahman, Penerbit:Ramadi li an-nasyr, Damam-Arab Saudi.pustaka al-kautsar; dalam bab10: hukum menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada mayit, m/s137,pendapat empat mazhab berbunyi:

Madzhab Syafi'i:
Imam Syafi'i Rahimahullah berpendapat bahwa pahala membaca al-Quran tidak sampai kepada mayit dengan beralasan kepada ayat: "Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."(AnNajm:39)

Dalam hadith Rasullullah SAW disebutkan , "Jika anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal; anak shaleh yang mendoakannya, atau shadaqah jariyah sesudahnya, atau ilmu yang bermanfaat."

Ketika menjelaskan hadith ini An-Nawawi Rahimahullah berkata, "Adapun bacaan al-Quran yang pahalanya dihadiahkan kepada mayit, mewakili shalatnya dan sebagainya menurut pendapat madzhab Imam Syafi'i dan jumhur pahalanya tidak sampai kepada mayit."

Dia mengulang-ulang perkataan itu dalam beberapa tempat dari kitab Syarh Muslim seperti yang dijelaskan sebelumnya.

Dalam kitab Syarh Al-Minhaj karya Ibnu An-Nawi dia berkata, " Menurut kami pahala bacaan al-Quran itu tidak sampai kepada mayit."

soalan: dari dua buah buku ini, kami dapati kesimpulan penulis yang amat berbeza tentang pendapat ulama'.adakah penjelasan disebalik ini?
apakah sebenarnya pendapat dari segi mazhad syafi'i?
dan bolehkah pihak al-ahkam mencerahkan kepada kami tentang perkara berkaitan hal ini?

mohon pencerahan.

wallahu'alam.


*******************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan ringkas dan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Hukum samada pahala bacaan al-Quran sampai atau tidak kepada mayat menurut Mazhab Syafie terbahagi kepada dua pandangan.

- Mazhab Syafie yang dahulu (Mutaqaddimin) mengatakan ibadat mahdah (seperti solat, puasa, bacaan al-Quran) tidak sampai pahalanya kepada orang lain selain dari yang membacanya. Pandangan ini mashyur dikalangan ulama' Mazhab Syafie kata Syiekh al-Islam Zakaria al-Anshari al-Syafie.

- Mazhab Syafie Mutakhir berpendapat bahawa sampai pahala bacaan al-Quran kepada orang yang mati, seperti bacaan al-Fatihah. Ini juga merupakan pendapat ulama' Hanafi dan Hanbali.

Pandangan ini kita dapat lihat didalam Kitab al-Majmu' Syarh Muhazzab, Imam al-Nawawi rh berkata digalakkan membaca al-Quran di kubur, yang membaca akan mendapat pahala, mayat akan mendapat rahmat dan berkat. Begitu juga Imam al-Nawawi rh menjelaskan didalam Kitab al-Azkar, sesungguhnya sampai pahalam bacaan al-Quran kepada mayat sebagaimana Mazhab Ibn Hanbal, dan Jemaah ulama'.

Syeikh Jadul Haq [Buhuth wa fatawa, 2/38] didalam fatwanya berkata pandangan Mazhab Syafie yang masyhur, dan Mazhab Maliki yang asal, tidak sampai ibadat badaniyah, seperti membaca al-Quran. Akan tetapi, pandangan mutakhir dikalangan Mazhab Syafie dan Maliki yang dipilih adalah : sampai pahala kepada mayat dengan syarat-syaratnya. WA.

p/s Sila lihat video al-Fadhil Ustaz Dr Abdul Basit, rakaman Tanyalah Ustaz TV9 berkenaan Sampai Atau Tidak Bacaan al-Fatihah kepada Arwah?.

Sekian,wassalam



"Manzil" Maulana Muhammad Zakaria Kha

Di dalam risalah kecil berjudul "Manzil" yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria Khandalawi terkandung beberapa ayat Al-Quran yang dikatakan telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada Sahabat RA. Ianya sebagai shifa dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta pelindung dari sihir. Amalan ini dikatakan bersandarkan Hadith sahih riwayat Ubai bin Kaab RA dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ayat-ayat Al-Quran yang dimaksudkan itu ialah: Surah Al-Fatihah; Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286; Surah Ali Imran ayat 18, 26-27; Surah Al-A'raaf ayat 54-56; Surah Al-Isra Ayat 110-111, Surah Al-Mu'minun ayat 115-118; Surah As-Shaffat ayat 1-11; Surah Ar-Rahman ayat 33-40; Surah Al-Hasyr ayat 21-24; Surah Al-Jin ayat 1-4; Surah Al-Kafirun; Surah Al-Ikhlas; Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Persoalannya ialah: Adakah benar Hadith yang dinyatakan itu sahih dan dengan itu seorang Muslim dibenarkan mengamalkannya?

***********************
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Secara ringkasnya , memang terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang sesuatu fadhilat atau kelebihan surah dan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran seperti :

1. Kelebihan Surah Al-Fatihah : Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Ibn Hibban 772 , Al-Hakim 1/558 , Ibn Khuzaimah 500 dan Tirmizi 2875. Tirmizi mengatakan ianya Hasan Sahih dan juga dinilai Sahih dalam Al-Targhib wa al-Tarhib no : 2150.

2. Keseluruhan surah Al-Baqarah dan Ali ‘Imran : Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam Muslim 804.

3. Ayat 255 surah al-Baqarah (ayat al-Kursi) : Hadis Ubai bin Ka’ab riwayat Muslim 810 , Abu Daud 1460 dan Ahmad 5/142.

4. Penutup Surah Al-Baqarah (ayat 285 dan 286) : Hadis Ibn Abbas riwayat Muslim 806 , An-Nasaie 2/138 dan Al-Hakim 1/558.

5.10 ayat terakhir surah Ali-‘Imran (190 – 200) : Hadis Saidatina ‘Aisyah r.ha riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya 619.

6. Surah Al-Ikhlas : Hadis Muaz bin Jabal r.a riwayat Imam Ahmad 3/437 dan dinilai Sahih oleh Albani dalam Sahih al-Jami’ As-Saghir no : 6472. Hadis Abu Hurairah ra riwayat Imam Bukhari 5013 , Imam Muslim 812 dan Tirmizi 2900.

7. Surah Al-Falaq dan An-Nas : Hadis ‘Uqbah r.a riwayat Muslim 813 , Tirmizi 2902 , An-Nasaie 2/158 dan Abu Daud 1462.Hadis Jabir ra rimayat Ibn Hibban dalam Sahihnya 793 dan Al-Hakim 2/540.Disahkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi.

Adapun mengenai ayat-ayat lain dalam surah-surah tertentu seperti :

Surah Al-A'raaf ayat 54-56; Surah Al-Isra Ayat 110-111, Surah Al-Mu'minun ayat 115-118; Surah As-Shaffat ayat 1-11; Surah Ar-Rahman ayat 33-40; Surah Al-Hasyr ayat 21-24; Surah Al-Jin ayat 1-4 ,

tidak lah kami temui akan hadis atau dalil yang menyebut akan kelebihan dan fadhilatnya dalam perkara-perkara tertentu apatah lagi jika dikatakan ianya sebagai ayat penyembuh.

Walaubagaimana pun secara umumnya keseluruhan Al-Quran itu sebenarnya adalah penyembuh sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra , ayat 82 :

وَنُنَزِّلُ نَ الْقُرْآمِنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Maka , secara kesimpulannya , adalah lebih baik sekiranya kita mengamalkan dengan membaca dan menghayati keseluruhan isi kandung Al-Quran itu…

WA


Ayat-ayat Mutasyabihat

Soalan:

Bismillah

Assalamualaikum

Bagaimana nak mengenali ayat mutasyabihat dalam Al-Quran ?

ayat kalalah yang saidina Omar tak faham termasuk kategori ini ke tuan?

********************
Jawapan:

Wassalamualakum

al-Jawab:

Muhkam vs mutasyaabih.

Muhkam: ayat2 yg terang tanpa ada kesamaran sama sekali memahaminya
Mutasyaabih: ayat2 yg tidak dimengerti oleh orang awam, hingga menimbulkan keraguan

ada dua jenis ayat mutasayabih dalam AQ:

1. mutasyabih hakiki, yakni maknanya tidak dapat diketahui oleh akal manusia. Misalnya ayat " Yang bersemayam di atas Arasy". Ini adalah mutasyabih asli

2. Mutasyaabih Relatif, yakni tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, tapi diketahui oleh ahli tafsir atau sesiapa yg mendalami ilmu AQ...

[syaikh Ibn Othaimiin, Usyul at-Tafsir]

------------------
Dalam surah an nisa, ayat 12:

"Jia seseorang itu mati dan mewariskan kalalah"

Saidina Omar tidak memahami maksud kalalah.

Seterusnya turun ayat berikut:


[176] Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah ). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Saidina Omar masih lagi tidak memahami istilah kalalah.

Akhirnya, Abu Bakar As Siddiq menjelaskan kalalah bermaksud orang yang tidak mempunyai bapa dan anak. [rumusan ayat 12 dan ayat 176]

Kesimpulan: Para ulama berbeda kemampuan dan kecerdasan untuk memahami maksud dalil/nas. Jadi perselisihan para ulama dalam memberi fatwa itu adalah perkara biasa dan berlaku dalam kalangan sahabat.



Hadis Berkaitan Bangsa Parsi

Ada penceramah membaca Hadis dibawah di kuliah di surau kg saya.

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1476

Quote:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4618

Apa keistimewaan Bangsa Parsi ni selain dahulu melahirkan ramai ulama?
Disebut sendiri oleh Rasulullah?

*************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :-

لو كان الدين عند الثريا لذهب به رجل من فارس أو قال من أبناء فارس حتى يتناوله
"Seandainya agama itu berada di bintang, nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya" [Hadith Riwayat Muslim]

Hadith ini sebenarnya merujuk kepada kelebihan yang ada pada sahabat Nabi saw; Salman al-Farisi ra. Beliau merupakan anak orang kaya yang mempunyai latar belakang Majusi dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Melalui agama Kristian beliau telah mengambara ke Syria, Mosul, Nasibin dan 'Ammuriyah mendalami agama dari tokoh-tokoh Kristian

Daripada tokoh-tokoh Kristian ini, Salman mengenali ciri-ciri Nabi akhir zaman, Muhammad saw. Dari Syria beliau telah pergi ke Wadi al-Qura untuk bertemu Nabi saw, akan tetapi didalam perjalanan tersebut beliau telah ditipu oleh Badwi Kalbi, yang akhirnya beliau dijual kepada Yahudi. Kemudian beliau telah memeluk agama Islam dan dibebaskan oleh Nabi saw daripada penghambaan.

Hadith ini dikelasifikan oleh Imam Muslim didalam katetgori kelebihan para sahabat. Ulama' mengatakan ia menggambarkan seorang pemuda yang begitu tekun mengembara mencari ilmu dan kebenaran. Kegigihan ini juga telah digambarkan didalam sebuah hadith lain yang laporkan oleh Ibn 'Abbas, riwayat Ahmad didalam al-Musnad (5/441) dimana ulama' mengatakan sanadnya sahih.
----------

Walaubagaimanapun. ada puak yang cuba mengambil hadith ini didalam menjustifikasikan apa yang berlaku di Iran, dengan merujuk kepada pemuda Parsi. Hadith diatas ini ditujukan kepada manusia mulia yang bergelar sahabat Nabi saw, dan bukan manusia biasa masa kini. Hadith ini mengabadikan kelebihan sahabat Nabi saw yang bernama Salman, yang berbangsa Parsi.

Agak ironik sekali puak-puak yang mencaci Abu Hurairah ra., tiba-tiba bila bertemu hadith ini, terus menggunakannya bagi kepentingan puak-puak mereka. WA.

Sekian, wassalam.


Maksud Al-Bayan

Assalamualaikum wbt. Mengapakah di dalam ayat kelima surah Ar-Rahman diterjemahkan al-bayan sebagai berkata-kata/berbicara sedangkan jika dilihat di dalam kamus bermaksud penjelasan, penerangan? Mohon berkongsi ilmu.

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Ayat-ayat Quran mestilah difahami sebagaimana para salaf memahaminya, iaitu dgn merujuk kpd tafsiran mereka yg muktabar. Kaedah usul tafsir menyebut: 'tafsiran para salaf mestilah dihukum dengannya bukan dihukum ke atasnya'.

2- Berkaitan tafsiran 'al-Bayan', pendapat masyhur ialah sebagaimana yang anda sebutkan iaitu: pertuturan/percakapan. Ia bertepatan dengan makna al-Bayan dalam ilmu bahasa Arab.

-Al-Jauhari berkata: Al-Bayan: kefasihan
-Al-Jarjani berkata: Al-Bayan ialah: seseorang yang bertutur menyerlahkan kehendaknya kepada pendengar.

Oleh itu, tafsiran salaf bertepatan dengan bahasa Arab.

3- Ada juga tafsiran lain, antaranya: bayan ialah: halal dan haram. Jadi maksud 'Allamahul Bayan' ialah mengajarkannya halal dan haram. Tetapi yg ditarjihkan oleh Ibn Kathir ialah: pertuturan. Manakala Tabari pula mentarjihkan makna yg lebih umum, iaitu: Bayan ialah segala yg diperlukan oleh insan dalam kehidupan dunia dan agamanya, seperti halal dan haram, kehidupan, pertuturan dan lain-lain.

Rujukan:
-Tafsir Tabari 22/8
-Tafsir Ibn Kathir 7/489
-Al-Sihah oleh Jauhari 5/1682
-Al-Ta'rifaat m/s 38

**********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Tak perasan Ustaz Umair dah jawab soalan ini. Razz Saya tambah sikit sahaja. Merujuk kepada surah al-Rahman (terjemahan Bahasa Melayu, Kerajaan Arab Saudi) :-

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
"Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. " [Surah al-Rahman : 4]

Menurut Ibn Kathir rh, maksud ayat tersebut adalah : "Hasan berkata : Ia adalah sebaik-baik perkataan. Ia merujuk kepada Allah swt (al-Rahman) mengajar al-Quran, iaitu mengajar hamba-hambanya bagaimana membaca dan menjadikan mudah untuk mereka bertutur dan menyebut huruf-huruf dari pelbagai tempat dibahagian mulut, seperti dihalkum, lidah dan bibir." [Tafsir al-Quran al-Azhim, 4/327].

Maksud BAYAN menurut Ibn Kathir didalam konteks ayat ini secara umum adalah Allah swt mengajar manusia "kepandaian berbicara", yakni kepandaian membaca dan menyebut ayat-ayat al-Quran dengan cara yang betul. WA.

Sekian, wassalam


Hadis Berkenaan Lukisan/Ukiran

Salam

Setelah membaca fatwa Syeikh Al-Qaradhawi, barulah saya paham status lukisan/ukiran/karikatur/etc di sisi syara'. Cuma saya perlukan maklumat tambahan berkenaan bbrp hadith/athar lain barangkali byk tetapi tidak dinyatakannya.

i) Ada ustaz beraliran tradisional ni sebut satu hadith psl Aisyah buat jahitan pada sarung bantal (kalu x silap) bergambar burung. Lalu Nabi saw menyuruhnya membaringkan bantal tsb n tidak meletakkannya tegak. Rasanya hadith ni Dha'if, kan? Minta verifikasi tetuan

ii) Apa-apa athar para sahabat & tabi'in yg mengHARUSkan lukisan di zaman mereka itu, kalau ada? Apa contoh2 lukisan tsb, if any?

syukran
Salam

***************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya (11:14):
Telah berkata Aisyah r.a:

كَانَ لَنَا سِتْرٌ فِيهِ تِمْثَالُ طَائِرٍ وَكَانَ الدَّاخِلُ إِذَا دَخَلَ اسْتَقْبَلَهُ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَوِّلِي هَذَا فَإِنِّي كُلَّمَا دَخَلْتُ فَرَأَيْتُهُ ذَكَرْتُ الدُّنْيَا

"Kami pernah mempunyai tirai yang terdapat lukisan burung. Dan jika seseorang masuk (ke dalam rumah kami) dia akan menghadapnya. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadaku: alihkan ini kerana setiap kali aku masuk aku melihatnya aku akan mengingati dunia."

2. al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr as-Siddiq salah seorang Tujuh Fuqaha di Madinah antara mereka yang membenarkan gambar pada kain.

Dalil mereka dari Abu Talhah r.a:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ
قَالَ بُسْرٌ فَمَرِضَ زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ فَعُدْنَاهُ فَإِذَا نَحْنُ فِي بَيْتِهِ بِسِتْرٍ فِيهِ تَصَاوِيرُ فَقُلْتُ لِعُبَيْدِ اللَّهِ الْخَوْلَانِيِّ أَلَمْ يُحَدِّثْنَا فِي التَّصَاوِيرِ قَالَ إِنَّهُ قَالَ إِلَّا رَقْمًا فِي ثَوْبٍ أَلَمْ تَسْمَعْهُ قُلْتُ لَا قَالَ بَلَى قَدْ ذَكَرَ ذَلِكَ

"Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat gambar. Kata Busr: Kemudian Zaid bin Khalid telah jatuh sakit, maka kami pergi melawatinya, kami dapati tirai bergambar di rumahnya, maka aku bertanya 'Ubaidullah al-Khaulani: Tidakkah dia menceritakan perihal gambar-gambar? Kata: Dia telah berkata: Kecuali lukisan pada kain, tidakkah kamu mendengarnya? Aku berkata: Tidak. Kata: Bahkan beliau telah menyebut demikian." (H.R Bukhari & Muslim)

Rujukan:
-Syarah Muslim oleh Imam Nawawi: 7/205
- Fathul Bari: 17/63
- al-Islam wa al-Fan oleh Qardhawi: m/s: 92

Wallahu awlam



Hadis Payung Emas Di Syurga

Asalamualaikum!

Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?

***********
kamin

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan silek dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه‌
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-

ما يزال البلاء بالمؤمن والمؤمنة في نفسه وولده وماله حتى يلقى الله و ما عليه خطيئة
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb. WA.

Sekian, wassalam



Adakah Hadis Ini Palsu?

Salam

adakah " hubbul watan minal iman" adalah hadis palsu. Sbb ade yg kate palsu. so nak mintak tahqiq dr ahli pnel sekalian

klu dpt disenaraikan hadis2 palsu spy tdk mudah kite mempercayai ape yg org lain ckp terutama bg org yg cetek ilmu agama hendak kembali kpd islam tulen.

- syukran di atas semue jawapan2 atas semue tanda-tanya / permasalahan sy . Moga Allah swt membalas kebaikan yg setimpal kpd semue mod 2 .

************
izrail

Bismillah
Wassolatu wassalam a'la Rasulillah SAW,

Hadis: حب الوطن من الإيمان

" Cinta kepada watan adalah sebahagian dari Iman"

- Imam Sakhawi dan Imam Sayuti mengatakan mereka tidak menjumpai hadis ini.

- As-Saghani dan Syeikh Albani dll meletakkan hadis ini sebagai hadis palsu.

Imam Sakhawi berkata: Makna hadis ini adalah betul. Tetapi pendapat ini telah dibantah oleh al-Qari dan al-Albani. Kerana cinta kepada watan bukanlah ciri-ciri iman, cuma yang boleh dikatakan ialah iman tidak menentang kecintaan terhadap watan.

Himpunan hadis-hadis palsu telah dikumpul oleh ramai ulama antaranya Ibn Jauzi, Sayuti, Syawkani, Albani dll. Mungkin juga terdapat buku himpunan hadis-hadis palsu dalam Bahasa Melayu di pasaran sekarang.

Contohnya di sini terdapat himpunan hadis-hadis dhaif dan palsu:
http://www.blogger.com/feeds/24964809/posts/default

Rujukan:
- al-Maqasid al-Hasanah oleh Sakhawi: m/s: 100
- ad-Durar al-Muntathirah oleh Sayuti: m/s: 9
- Kasyfu al-Khafa' oleh Ajluni: 1/345
- Silsilah Dhaifah wal Maudhu'ah oleh Albani: 1/110

Wallahu alam


Apa Dia Hadis Qudsi?

Salam

1. apakah status hadis qudsi?

2. pernahkah Rasulullah & sahabat2 pernah beramal dengannya?

**************
alitantawi

hadith qudsi adalah hadith yg mana Rasulullah SAW menyebt firman Allah SWT tetapi ia bukan Al-Quran. cthnya hadith di dlm Sahih al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: ... dan Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku....

hadith qudsi ada yang sahih seperti dalam Sahih Bukhari n Muslim...dan ada jg hadith qudsi yang dhaif dan ada yg palsu.

kalau hadith qudsi itu sahih, para ulama menyatakan bahawa ia hanya berkaitan soal aqidah dan menguatkan iman. ia tidak mengandungi amalan atau hukum fiqh.

maka sekiranya hadith qudsi itu sahih, sememangnya ia adalah kata2 Rasulullah SAW dan jg diimani oleh para sahabat. wallahu a'lam
_________________
kamin

Assalamu'alaikum.

Sekadar tambahan kepada jawapan Ustaz Alitantawi. Contoh kepada beberapa Hadith Qudsi dari Sahih Muslim yang biasa kita dengar :-

1. Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan

Abu Hurairah r.a katanya:


‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال الله عز وجل ‏ ‏إذا هم عبدي بسيئة فلا تكتبوها عليه فإن عملها فاكتبوها سيئة وإذا هم بحسنة فلم يعملها فاكتبوها حسنة فإن عملها فاكتبوها عشرا

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda "

2. Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta

Abu Hurairah r.a: berkata :


‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر فيقول ‏ ‏من يدعوني فأستجيب له ومن يسألني فأعطيه ومن يستغفرني فأغفر له

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya"

3. Siapa lagi orang yang lebih zalim daripada orang yang cuba membuat ciptaan sama seperti

Abuu Hurairah r.a katanya :-


‏سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول قال الله عز وجل ‏ ‏ومن أظلم ممن ذهب يخلق خلقا كخلقي فليخلقوا ذرة أو ليخلقوا حبة أو ليخلقوا شعيرة

"Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Siapa lagi orang yang lebih zalim daripada orang yang cuba membuat ciptaan sama seperti makhluk-Ku? Maka lebih baik mereka cuba menciptakan zarah, menciptakan biji-bijian, atau mencipta biji gandum "

4. Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku

Abu Hurairah r.a: berkata :-


‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال لما خلق الله الخلق كتب في كتابه فهو عنده فوق العرش ‏ ‏إن رحمتي تغلب غضبي ‏

"Nabi s.a.w bersabda: Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhluk-Nya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisi-Nya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku "

Sekian, wassalam


Melembutkan Hati Anak Isteri

Assamualaikum,
Bolehkah ustaz berikan surah al-quran yang boleh diamalkan untuk melembutkan hati isteri dan anak-anak supaya mereka patuh dan taat kepada suami/bapa mereka?
Wassalam

Jawab

Islam tidak mengajar jalan pintas atau "kun fayakun" (baca atau jampi alQur'an dan akan terjadi natijah secara serta-merta). Yang diajar oleh Islam ialah jalan sukar dan berliku (juhdil basyar). Membangun keluarga soleh adalah suatu jihad dan termasuk salah satu cabaran hidup. Nuh AS menemui jalan sukar apabila isteri dan anak2nya sendiri enggan bersamanya, maka apatah lagi kita. Anak isteri adalah cubaan, lihat saja firman Allah SWT berikut: "dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu adalah sebagai cubaan sahaja...." AQ 8: 28' " "Wahai orang2 beriman, sesungguhnya di antara isteri2 kamu dan anak2 kamu, ada yg menjadi musuh bagi kamu, maka berhati2lah kamu terhadap mereka.." AQ 64: 14

Disamping itu alQur'an juga mengajarkan do'a-doa pembinaan keluarga bahagia. Lihat :
alFurqan: 74; al_Ahqaf: 15; serta amalkan wirid alMakthurat (sughra atau kubra) setiap hari. Gabungan jihad, do'a dan tawakkal ini merupakan jalan juhdil basyar yg kita maksudkan itu. (Syaikh Ali Qutb, Tuhfatul Aris wal urus; Nasiruddin Albanee, Adabul Zifaf) Allahu a'alam



Ayat Quran Sebagai Seni Hias Dinding

Assalammualaikum... Ustaz!...

Terimakasih atas jawapan pada soalan saya dulu.. maaf kerana saya ingin bertanya lagi perkara yang berkaitan.....
Kalau kita gantunglah apa-apa saja ayat Quran dirumah tujuan untuk hiasan tapi kita tidakpun memahami atau menghafalnya.... apakah hukumnya dan adakah ianya dibolehkan atau tidak.....

kalau kita mengamalkan ayat-ayat Quran dengan tujuan tertentu... ...apakah itu dikira doa atau zikir....kadangkala ada ayat Quran itu dibaca 10kali pagi dan 10 kali petang..apakah setiap 1 ayat mesti didahului dengan Bismillah... semoga mendapat penjelasan dpd ustaz...JAZAKALLAH....

Jawab:

JKHK kerana masih setia bersama Ahkam-Cyber fiqh Anda.

1. Perihal menggantung ayat-ayat alQur'an sebagai semata-mata seni : Tidak ada yg putus mengenainya kerana tidak ada nas yg menegahnya. Apa yg dibahaskan oleh fuqaha' mengenai hukum mempamirkan hasil seni yg lain spt lukisan atau potret (terutama yg melibatkan imej manusia) . Dalam hal yg tidak ada nas (spt mempamirkan hasil seni khat alQur'an), baik menegah atau melarangnya, kita menyerahkan kepada umat Islam memilih untuk dirinya. Cuma yg tidak boleh ialah jika mempercayai jika digantung ayat tertentu akan murah rezki (ayat 1000 Dinar) atau dijauhi dari hantu. (Prof Dr Ahmad Syarbasyi, Yasalunak, suntingan Husin Bahresy, Pustaka al_Ikhlas, Indonesia)

2. AlQur'an boleh saja diamalkan sebagai jampi, sebagai zikir dan sebagai do'a. Dengan syarat kita mengambilnya dari kitab-kitab do'a, zikir dan perubatan yg muktabar. ia juga mesti makthur (diterima dari Nabi saw) atau disahkan oleh ulama' yg ditheqahi, spt Imam Nawawi (alAzkar), Ibn Taymiyah (Kalim Tayyib), Prof TM Hasbi asSiddiqiey, Pedoman Zikir dan Do'a., Risalah alMakthurat susunan Imam almursyid Hasan Albanna dan banyak lagi.
3. Apakah setiap ayat mesti dibaca basmallah.
Tidak, hanya sunnat dibaca untuk memulai surah-surah. Jika membaca ayat-ayat saja, sunat pula membaca ta'awudz (a'udzubiLLah) ( Syarbasyi, Yasalunak) Allahu a'alam



Gantung Ayat 1000 Dinar

Ustaz..... kita lihat dimana-mana kedai islam dan rumah2 banyak tergantung ayat-ayat Quran terutama ayat Seribu Dinar... Bolehkah ustaz terangkan keistimewaan ayat itu sehingga ianya dijadikan perhiasan dimana-mana...

Jika ayat itu hanya digantung untuk hiasan dan orang-orang didalamnya tidak pun menghafal atau mengamalkannya bagaimana????....

Bagaimana pula kepercayaan setengah2 orang yg mengatakan jika kita gantung ayat itu kita akan menjadi kaya dan rezki akan murah......

Semoga mendapat penjelasan dpd ustaz.... JAZAKALLAH....

Jawab:
Ayat 1000 Dinar ini adalah kombinasi dua ayat dalam surah atThalaq, 2-3," Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezki dari arah yg tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)" terjemahnya.
Kalau kita lihat syarat yg Allah letak ada dua:
TAQWA
TAWAKKAL
Kedua-dua tuntutan pilar (tiang seri) supaya bertaqwa dan bertawakkal ini bukan senang untuk dipenuhi, biarlah mereka mengukir ayat 1000 dinar ini dari emas dan frame emas, tapi Allah tetap mengkehendaki mereka taqwa dan tawakkal terlebih dahulu dalam maksud tawakkal dan taqwa yg sahih menurut Islam.

P/S: myth (metos) disebalik keajaiban ayat 1000 dinar dan bagaimana dia mendapat namanya adalah misteri dan tentu sukar untuk menjejakinya kerana kita tidak tahu dari mana asalnya. Yang pasti ia tidak berasal dari alQur'an, baik asSunnah atau athar sahabat atau qaul fuqaha'. Mungkin datang dari kiyai, lebai atau bomoh dan pawang. Allahu a'alam



Asal Usul Nama Ayat Seribu Dinar

Salam

Bila dan siapakah yang mula-mula menggelarkan bahagian ayat al-Quran tersebut sebagai ayat `seribu dinar'?

Apakah hukum orang Islam yang percaya bahawa Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa yang rajin membaca ayat tersebut?


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم


{ بسم الله الرحمن الرحيم }


(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara . Ayat yang digelar “ Seribu Dinar “ itu ialah ayat 2 & 3 , daripada Surah At-Talaq , yang isinya ialah :


.....وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا {2} وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


Ertinya : …… Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, Nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki dari arah yg tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya) . Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Quote:
Bila dan siapakah yang mula-mula menggelarkan bahagian ayat al-Quran tersebut sebagai ayat `seribu dinar'?


Jawapan : Kami masih belum menerima sebarang rekod yang sahih yang menyatakan bilakah dan siapakah yang menggelar ayat tersebut sebagai “ Ayat 1000 Dinar “ . Lagipun yang penting bukanlah nama ataupun gelaran , kerana yang paling penting untuk dinilaikan ialah apakah isinya , pengajaran-pengajarannya , dan yang berkaitan dengannya .

Isi-isinya yang mengajarkan kita agar terus-menerus bertaqwa dan bertawakkal ( doa + usaha = tawwakal ) itulah yang paling penting kita jadikan “ pembakar semangat kita “ .

Orang-orang Jepun menjadikan semangat “ Samurai “ ( Bushido ) sebagai motivasi kerja dan kehidupan mereka . Orang-orang Cina pula , ada yang menjadikan “ Art Of War “ ( oleh Pendita Sun Tzu ) sebagai motivasi mereka . Tapi sayang seribu kali sayang , orang-orang Islam hanya sibuk dengan “ mitos “ Ayat 1000 Dinar tanpa mahu mempraktikkan isi-isi pengajaran ayat tersebut ! .


Quote:
Apakah hukum orang Islam yang percaya bahawa Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa yang rajin membaca ayat tersebut?


Rezeki apakah yang dimaksudkan , walhal rezeki itu sendiri ada berbagai rupa dan jenis ? . Ya ! kalau dianggap Allah Ta’ala akan memberi rezeki berbentuk PAHALA kerana ayat itu sering dibaca , maka itu tidak dapat dimungkiri lagi kerana , membaca ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim merupakan satu ibadah yang dijanjikan ganjarannya oleh Allah Ta’ala .

Kalau diertikan rezeki itu ialah KETENANGAN JIWA , maka itu pun boleh diterima , kerana berzikir @ berwirid dengan ayat-ayat suci sudah tentu boleh menyucikan hati dan mendatangkan ketenangan . Begitulah juga jika diamalkan zikir-zikir lain yang ma’tsur ( bersumber daripada sunnah Baginda Rasulullah s.a.w ) .

Kalau diertikan rezeki itu pula sebagai KEPUTUSAN YANG MENGGEMBIRAKAN SESEORANG MUSLIM yang sedang menghadapi sesuatu permasalahan , maka ini pun tidak bertentangan dengan isi kandungan ayat tersebut .

Adapun yang selain daripada itu , maka itu semua adalah PETUA semata-mata . Petua yang dimaksudkan di sini ialah hasil pengalaman yang ditempuh oleh beberapa orang-orang soleh yang beramal dengan ayat tersebut dan ianya “ menjadi “ . Dan kebanyakan petua-petua yang dihubungkan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran , hadis-hadis , wirid-wirid dan seumpamanya adalah datang dengan cara ini ( pengalaman dan percubaan serta latihan ) .

Petua seperti itu hanyalah pengalaman , percubaan dan latihan . Akan tetapi ialah bukanlah satu sumber perundangan Islam sehingga boleh pula seorang Islam itu mengatakan “ kita mesti baca begini dan beramal pula dengan cara begini “ yang dikaitkan pula dengan unsur-unsur kebatinan dan mitos !! .

Seperti juga seorang yang membaca Surah Al-Fil ( Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka …. ) sebelum tidur . Melalui petua dan pengalaman beberapa orang soleh yang beramal dengannya , ayat tersebut ( dengan izin Allah Ta’ala ) boleh menghalang makhluk yang jahat daripada mendekati rumah si pembacanya - - - > Maka , ini pun adalah petua , bukannya ianya betul-betul SUNNAH sehingga kita pula percaya yang Baginda Rasulullah s.a.w mengajarkan kita membacanya sebelum tidur !! .

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana pun ) , tidak semua petua yang diwarisi itu adalah SUNNAH , dan tidak pula semua petua itu adalah BID’AH . Semuanya itu perlu dinilai menurut neraca yang meyakinkan , iaitu Al-Quran Al-Karim dan Sunnah yang sahih .

Kami mempersilakan saudara menambah kefahaman saudara mengenai masalah ini dengan merujuk jawapan yang agak baik , yang telah pun diberikan oleh Al-Fadhil Ustaz thtl : SJ-1674: Ayat seribu dinar


Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .



Kelebihan Ayat Kursi

Post subject: Kelebihan Ayat Kursi
Assalamualaikum,

Saya nak tanya berkenaan hadis2 yang menyatakan kelebihan ayat Kursi. Kebelakangan ini banyak tersebar email berkenaan khasiat ayat2 al_Quran. Yang terbaru ada saya 'paste'kan di bawah. Saya ingin kepastian dan jika benar hadis2 yang disebutkan adalah sahih, bolehkah pihak AAN mengesahkannya. Terima kasih.

---------------email yang disebarkan--------------------------
Sejarah Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

-------------------------------------------------------------------------------
alitantawi

Maaf di atas kelewatan menjawab soalan anda.
-Secara ringkasnya, di dalam petikan yang anda hantarkan di sini, kebanyakannya tidak mempunyai sandaran daripada Al-Quran atau hadith sahih sepanjang pencarian saya sekadar mampu, wallahu a’lam.

-Cuma yang ada hanyalah petikan hadith yang berada di hujung iaitu ‘sampaikanlah dariku walaupun satu ayat’ yang merupakan hadith sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari.

-Tentang kelebihan ayat al-Kursi, memang ia ada di dalam beberapa hadith yang sahih, antaranya ialah sebuah hadith riwayat Muslim yang menyatakan bahawa ia adalah antara ayat yang paling agung dalam Al-Quran.

- Begitu juga dalam sebuah hadith sahih yang lain (riwyat al-Bukhari), Rasulullah SAW menyatakan bahawa ia adalah ayat yang memelihara pembacanya apabila dibaca ketika ingin tidur dan ia adalah penghalau syaitan.

wallahu a'lam



Sahihkah hadis kelebihan selawat ini?

Saidatina Aisya r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap, dapatkah Sayidatina Aisyah mengambil jarum yang terjatuh?

Dapat, iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi s.a.w. melangkah masuk. Cahaya dari tubuh Nabi menerangi ruang yang gelap itu. Sayidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah s.w.t. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada Nabi.

"Subhanallah! Adakah dikalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini, wahai Rasulullah ?" tanya Sayidatina aisyah r.ha.

" Ada, " jawab Nabi s.a.w. " Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."

Kata-kata Nabi itu membenarkan apa yang pernah diberitahu oleh Malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi.

Kata Malaikat Jibrail, " Celakalah orang yang apabila namamu ( Nabi ) disebut, dia tidak berselawat ke atasmu. "

**************************
alitantawi

sekadar pencarian yang mampu..

- tidak ditemui hadith yang mempunyai maksud seperti ini secara keseluruhannya.

- namun begitu terdapat hadith yang menyatakan bahawa amat rugi bagi seseorang itu apabila nama Rasulullah SAW disebut tetapi dia tidak berselawat. Hadith ini diriwayatkan antaranya oleh al-Tirmidzi dan beliau sendiri menilai hadith ini sebagai 'hasan gharib' yang kebiasaannya membawa maksud ia adalah dhaif, wallahu a'lam.

- terdapat satu lagi hadith yang berkaitan iaitu 'orang yang bakhil ialah orang yang apabila namaku disebut, dia tidak berselawat ke atasku'. hadith ini juga diriwayatkan oleh al-tirmidzi dan beliau menilai ia sebagai 'hasan sahih'.

- Imam al-Tirmidzi ada menyebutkan bahawa terdapat pandangan daripada ulama di zaman awal Islam bahawa jika kita mendengar seseorang menyebut nama Rasulullah SAW dalam satu majlis, cukuplah dia berselawat sekali sahaja untuk sepanjang majlis itu.

wallahu a'lam



Para Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

assalamualaikum,

1). ustaz, minta terangkan siapakah dia sahabat yang di jamin masuk syurga itu dan bagaimanakah amalan mereka sehinggakan nabi(saw) tahu keadaan mereka walaupun mereka masih hidup lagi

2). minta penjelasan lagi tentang saidina ali kw. beliau adalah merupakan sahabat nabi, menantu dan sepupu, dan ada hadis nabi yg menerangkan tentang keilmuan saidina ali kw. tetapi melalui pembacaan saya yg tak berapa berilmu ini kurang pula hadith yg diriwayatkan oleh beliau (mungkin ada tapi saya tak tahu), terfikir saya adakah kerana hadith tersebut di bawa oleh perawi dari golongan syiah, atau jika ada apakah hadith-hadith tersebut, harap ustaz terang hingga puas hati.
t/kasih


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

MEREKA YANG DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH TA’ALA :

Mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah Ta’ala dikenali menurut B. Arab sebagai “ المبشَرين بالجنَة " “ ~ Al-Mubashharin Bil Jannah . Manakala yang dimaksudkan oleh para ulama’ sebagai mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah Ta’ala ialah golongan manusia yang dijamin oleh Allah Ta’ala dengan syurga, yang mana berita gembira itu disampaikan melalui lisan Baginda Rasulullah s.a.w , samada ianya berbentuk Al-quran Al-Karim , ataupun Hadist An-Nabawi.

Golongan yang dijanjikan Allah Ta’ala dengan syurga ini sebenarnya ramai, bukan setakat 10 orang sahaja – sebagai mana yang difahami oleh sebahagian muslimin iaitu golongan yang berusaha berhempas-pulas menjaga keimanan mereka ( aqidah ) mereka dan sentiasa mentaati Allah Ta’ala. Hal ini diceritakan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Quran Al-Karim itu sendiri di antaranya ;

وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. ( Ayat 25 , Surah Al-Baqarah )

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. ( Ayat 30 , Surah Al-Fussilat )

Mereka yang dijanjikan dengan syurga ini juga ada berbagai-bagai jenis martabatnya , ada yang diazab terlebih dahulu di dalam neraka – mengikut kadar dosa-dosa yang dimilikinya – dan kemudiannya dimasukkan ke dalam syurga.

Ada pula yang masuk ke dalam neraka sebentar , kemudian dimasukkan ke dalam syurga.

Dan ada pula yang masuk ke dalam syurga terus tanpa dihisab, iaitu di padang mahsyar – dengan melalui proses yang amat sukar seperti ke sana-sini demi mencari Para Anbiya’ a.s yang boleh memberikan mereka syafaat.

Ada pula yang masuk ke dalam syurga secara “ berterbangan terus ke dalam syurga “ iaitu bagi para syuhadak ( orang-orang yang mati syahid di dalam memperjuangkan Islam ) .

Pendek kata : Semua orang Islam, sebanyak mana pun dosanya – selagi dia tidak menyekutukan Allah Ta’ala – maka mereka berpeluang untuk masuk ke dalam syurga jua akhirnya !.

MASALAH : SIAPAKAH PULA 10 ORANG SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA ITU ? DAN KALAU BENARLAH YANG DIJANJIKAN MASUK SYURGA ITU BUKAN SEKADAR 10 ORANG ITU SAHAJA , MAKA KENAPAKAH YANG SELAIN 10 ORANG ITU TIDAK TERKENAL ?.

Jawapannya : 10 ORANG YANG DIJANJIKAN SYURGA ini lebih terkenal daripada selain mereka kerana ianya merupakan para sahabat ( r.a ) yang amat terkenal ( popular ) dan satu lagi, ianya diriwayatkan oleh hadis yang menyenaraikan nama-nama mereka secara sekelompok ( 10 orang sekaligus ), berbeza pula dengan selain mereka – yang juga dijanjikan syurga – akan tetapi , nama-nama para sahabat (r.a) selain mereka itu disebut secara berasingan oleh Rasulullah s.a.w , bukannya disebut secara sekaligus @ sekolompok sebagaimana 10 orang yang dijanjikan memasuki syurga. Dan kebanyakan mereka yang dijanjikan dengan syurga adalah Generasi Pertama Islam , iaitu para sahabat (ra) yang telah banyak berkorban untuk mengembangkan dan mempertahankan agama Allah Ta’ala ini !.

10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut :

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو

Ertinya : “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

10 orang itu ialah :

1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Utsman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).

Jadi sebagaimana dijelaskan tadi, 10 orang ini bukanlah menunjukkan bahawa mereka sahaja yang dijamin masuk syurga , walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang menunjukkan bahawa begitu ramai para sahabat (ra ) dan umat Islam yang dijanjikan syurga.

Sebagai contohnya : Saidina Bilal Bin Rabah (ra) sendiri telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau (ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya ( air sembahyangnya ) di dalam jangkamasa yang lama.

Saidina Abu Darda’ (ra) juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia.

Saidina ‘Ukasyah (ra) juga digelar sebagai ahli syurga.

Menurut hadis , umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh ).

Manakala di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie (rh) pula dijelaskan bahawa ahli-ahli syurga kesemuanya berjumlah 120 ribu barisan dan 80 ribu barisan daripada 120 ribu barisan itu adalah terdiri daripada umat Saidina Rasulullah s.a.w.

Perlulah kita fahami , andainya golongan yang dijanjikan syurga ini tanpa hisab, kebanyakannya daripada kalangan sahabat (ra) dan mereka yang mati syahid di jalan Allah Ta’ala, maka betapa pula dengan golongan isteri-isteri Rasulullah s.a.w ?, walhal mereka sendiri telah menunjukkan jasa yang terlalu besar dan pengorbanan yang tiada taranya di dalam memperjuangkan Islam ini !!.

***********************

PENJELASAN MENGENAI SAIDINA ‘ALI (RA) :

Ya benar sebagaimana yang saudara nyatakan itu, dan sememangnya Saidina Ali (ra) merupakan salah-seorang sahabat (ra) yang paling utama, paling berilmu , paling berkarisma di dalam kepimpinan dan paling berani di medan juang. Di dalam kisah-kisah Para Sahabat (ra) banyak diceritakan kisah-kisah mengenai ketokohan Saidina Ali (ra) , khususnya di dalam bidang ilmu pengetahuan, hinggakan tidaklah menghairankan andainya beliau (ra) sendiri dinobatkan sebagai “ Pelopor Ilmu Kesusasteraan Bahasa Arab “.

Untuk menceritakan mengenai tokoh yang agung ini sudah tentulah tidak sesuai dengan gaya dan metode Web al-ahkam.net yang disiarkan dalam bentuk ruangan siber ( internet ) yang terhad , oleh itu ianya lebih memerlukan kepada rujukan yang banyak dan bacaan yang luas. Kami di sini sekadar “ membuka jalan “ dan “ membimbing “ saudara-saudari seagama di dalam mengenal panduan agama Islam, maka setelah saudara “ berkebolehan “ maka saudara/I sendirilah yang perlu menentukan gaya, cara dan keputusan untuk terus menelusuri kehidupan ini agar sesuai dengan tuntuan Ilahi.

Untuk tidak menghampakan saudara yang bertanya, maka saya bentangkan salah-satu kelebihan Saidina Ali (ra) beradasarkan hadis Rasulullah s.a.w ;

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ خَلَّفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ تُخَلِّفُنِي فِي النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ فَقَالَ أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى غَيْرَ أَنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي

Ertinya : Daripada Sa’ad Bin Abu Waqqas , dia berkata : Pernah Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan Ali Bin Abu Talib agar menjaga Madinah – tidak menyertai perang Tabuk. Lalu, Ali pun berkata : “ Wahai Rasulullah ! patutkah tuan meninggalkan saya ini bersama-sama dengan golongan wanita dan kanak-kanak ?. Maka, Baginda Rasulullah s.a.w pun menjawab : Wahai Ali ! tidakkah engkau suka berada di satu darjat di sisiku , seperti darjatnya Nabi Harun di samping Nabi Musa ?, bezanya hanyalah sudah tiada lagi Nabi sesudahku ? “.~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh – Kitab Fadhoil As-Sohabah : 4419 ) .

Silalah saudara/I merujuk kitab-kitab hadis yang memuatkan kisah-kisah yang sahih berkenaan dengan Saidina Ali ataupun kitab-kitab biografi dan kisah para Sahabat (ra) seperti kitab “ Hayatus Sahabah “ oleh Al-Kandahlewi ( sudah ada terjemahannya di dalam bahasa Melayu ), “ Al-Bidayah Wan Nihayah “ oleh Imam Ibnu Katsir, ” Tobaqat Ibnu Saad “ , “ Al-Isobah Fi Tamyiz As-Sohabah oleh Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalani “ dan seumpamanya. Dan rujukan yang disebut ini semuanya adalah sahih dan bertepatan dengan ajaran islam yang sebenar.

Jauhilah saudari/I sekaian daripada kisah-kisah “ luar biasa “ Saidina Ali (ra) yang kisahnya tiada dokongan daripada Al-Quran, Al-Hadis yang sahih, Al-Atsar ( Peninggalan Para Sahabat ra ) dan sumber-sumber utama rujukan Islam secara sahih lagi jelas.

Jauhilah saudara/I sekalian daripada penipuan kisah Saidina ‘Ali (ra) yang dilakukan secara taksub dan melampaui batas, samada daripada Golongan Syiah ( yang telah mencipta 70 ribu hadis-hadis palsu mengenai ketokohan Saidina Ali sahaja ) ataupun daripada Golongan Khawarij !!! Jauhi golongan-golongan seperti ini , samada dengan membaca tulisan-tulisan mereka, ataupun melawati halaman-halaman web mereka !!!.

Ingatlah ! betapa tinggi pun kedudukan Saidina Ali (ra), ianya tidak mungkin mampu menentang taqdir Ilahi dan ijma’ ummah yang telah menetapkan Saidina Abu Bakar (ra), Saidina Umar (ra) dan Saidina Utsman (ra) sebagai khalifah-khalifah sebelum beliau (ra).

Ingatlah ! betapa mulia pun beliau (ra), tidak mungkin ianya menjadi sebab untuk kita memandang sepi ataupun merendah-rendahkan sekaligus menghina para sahabat (ra) selainnya !!!.

Dan ketahuilah ! betapa agungnya (ra) beliau sekalipun , maka ianya disebabkan jihad dan taqwa beliau (ra) yang tinggi, BUKANNYA kerana “ Tongkat Ali “ yang menjadi metos di kalangan masyarakat Melayu !.

***********************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1- SILSILAH AL-‘AQAID – Syiekh Ahmad ‘Izzuddin Al-Bayanuni
Jilid ke-4 ( ms103-105 ) – Terbitan Darussalam, Cairo.

2- AHSANUL KALAM – ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr
Jilid ke-2 , ms 580 – Terbitan Darul Ghad Al’Arabiy, Cairo.

3- ATS-TSALATSUN AL-MUBASHSYARUN BIL JANNAH – Dr. Mustafa Murad
Terbitan : Darul Fajr Litturast , Cairo.

4- AL-MUBASYSHARUN BIL JANNAH WA AL-MUBASYSHARUN BIN NAR – Ust Muhd Bayumi
Terbitan : Maktabah Al-Iman, El-Mansoora, Mesir.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



Doa Tidak Diterima

Maaf syeikh, maksud ana jika saranan hadis di atas agar menceraikan isteri kerana buruk akhlaknya bagaimana pula tugas dakwah sebagai seorang suami...salahkah jika dipertahankan isteri yang buruk akhlaknya sambil si suami sabar berdakwah kepada isterinya agar memperbaiki akhlak buruknya. Tambahan kesan penceraian mungkin akan lebih memburukkan akhlak si isteri setelah bergelar janda.

******************
cerai adalah last resort...dakwah adalah langkah pertama maa...kemudian pisahkan tempat tidur, kemudian pukul, kemudian hakam (rundingtara), dan last option sekali adalah cerai....Bila Nabi sebut cerai, kita kena lihat hadith2 yg lain supaya lakukan dakwah, islah, nasihat...tapi nasihat dna dakwah ada hadnya...bukan kita ambik nas secara ahlu zahir...


حَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ حَمْشَاذَ الْعَدْلُ ، ثنا أَبُو الْمُثَنَّى مُعَاذُ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ ، ثنا أَبِي ، ثنا شُعْبَةُ ، عَنْ فِرَاسٍ ، عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ ، عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " ثَلَاثَةٌ يَدْعُونَ اللَّهَ فَلَا يُسْتَجَابُ لَهُمْ : رَجُلٌ كَانَتْ تَحْتَهُ امْرَأَةٌ سَيِّئَةَ الْخُلُقِ فَلَمْ يُطَلِّقْهَا ، وَرَجُلٌ كَانَ لَهُ عَلَى رَجُلٍ مَالٌ فَلَمْ يُشْهِدْ عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ آتَى سَفِيهًا مَالَهُ وَقَدْ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمْ " " هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ وَلَمْ يُخْرِجَاهُ " "

terjemahnya: Dari Abu Musa ra: Sabda baginda

" Tiga golongan manusia yang berdo'a tapi tidak mustajab:
Pertama:
Seorang lelaki yang mempunyai isteri yang buruk akhlaknya, tapi dia tidak menceraikannya." [HR al-Haakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih olehnya dan juga oleh al-Albani, silsilah al-Sahihah, 1805]

Awas duhai suami:
Jika anda memiliki seorang isteri yg buruk akhlaknya, tapi tidak menceraikannya, maka do'a anda tidak diterima....

Allah perintahkan...

AQT 66: 06 (Duhai org beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka)

Golongan kedua dalam hadith Abu Musa di atas yang mana do'anya tidak mustajab ialah:

وَرَجُلٌ كَانَ لَهُ عَلَى رَجُلٍ مَالٌ فَلَمْ يُشْهِدْ عَلَيْهِ

Seorang lelaki yg ada hak hartanya atas orang lain (memberi pinjaman) tetapi tidak mengadakan prosedur saksi ke atas hutang tersebut

Fiqh al-Hadith:

Jika tuan2 memberi hutang pada orang lain, hendaklah menyediakan dokumen dan saksi secara proper. Jika kita tidak berbuat demikian, maka kita dianggap telah meremehkan hukum hutang-piutang (al-Baqarah: 282: "dan hendaklah kamu mengadakan dua saksi lelaki dari kalangan kamu") dan menyebabkan do'a yg memberi hutang tadi tidak maqbul..

Jadi, hutang piutang jangan main2, ia menyebabkan do'a anda tidak mustajab.

Format apa pun boleh, asalkan ditandatangani oleh 4 orang:

dua salinan agreement (invoice)

pemiutang
peminjam

saksi 1

saksi 2




Kelebihan Wanita Mengandung Dan Melahirkan

Salam

Saya ingin meminta jasa baik panel fiqh al-ahkam utk menyenaraikan ayat2 al-quran dan hadis2 sahih yg menerangkan kelebihan2 wanita yg mengandung dan mehirkan anak.

Ini kerana saya ingin mengelakkan kekeliruan di mana ada hadis2 yg dikeluarkan mengenai hal ini tidak dinyatakan sahih atau tidak hadis2nya.

Wassalam

**********
izrail

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Firman Allah SWT (31:14):

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertimpa-timpa dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembali"

Sabda Rasulullahi SAW:

وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ. رواه مالك وأحمد وأبو داود وغيرهم

"Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid (orang yang mati syahid). H.R Malik, Ahmad, Abu Daud dll. Disahihkan oleh Albani.

Di bawah ini adalah hadis palsu mengenai kelebihan wanita mengandung dan bersalin yang tidak boleh digunakan atau disebarkan:

- Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari di jalan Allah.

- Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, akan dikurniakan penyejuk mata yang tidak diketahui oleh penduduk bumi dan langit.

- Wanita yang menyusukan anaknya akan mendapat satu pahala dari setiap titikan susu dan satu pahala dari setiap sedutan susu.

- Wanita yang berjaga malam kerana menjaga anaknya akan mendapat pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

Hadis ini palsu kerana perawinya 'Amru al-khawlani banyak meriwayatkan hadis palsu, seperti yang dijelaskan oleh Ibn Hibban, Ibn Jauzi dan Zahabi.

Rujukan: Silsilah Dhaifah wal Maudhu'ah oleh Albani: 5/76

Wallahu a3lam




Benarkah 5 Soalan Malaikat Dalam Kubur?

Salam,
Ada seorang sahabat bertanya: Benarkah lima soalan mala'ikat di dalam kubur? (Siapa Tuhan kamu?, Apa agama kamu?, ...).

***********************

Saya menjawab di sini dengan ringkas. Rujuk [Al-Bukhariy/ 1338]


(عَنِ النَّبِيِّ، قَالَ: "الْعَبْدُ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ، وَتُوُلِّيَ، وَذَهَبَ أَصْحَابُهُ حَتَّى إِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ، أَتَاهُ مَلَكَانِ فَأَقْعَدَاهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ مُحَمَّدٍ؟ فَيَقُولُ: أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ، فَيُقَالُ: انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنَ الْجَنَّةِ"، قَالَ النَّبِيُّ: "فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا، وَأَمَّا الْكَافِرُ أَوِ الْمُنَافِقُ، فَيَقُولُ: لَا أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ، فَيُقَالُ: لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ، ثُمَّ يُضْرَبُ بِمِطْرَقَةٍ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ".)

[Al-Bukhariy/ 1338] Telah bercerita kepada kami `Ayyasy: Telah bercerita kepada kami `Abdu l-A`la: Telah bercerita kepada kami Sa`id, dia berkata: Dan telah berkata kepada saya Khalifah: Telah bercerita kepada kami Yazid bin Zuray`: Telah bercerita kepada kami Sa`id, daripada Qatadah, daripada Anas, daripada Nabi, dia berkata: «Seseorang hamba apabila diletakkan di dalam kuburnya, dan berpaling dan pergi sahabat-sahabatnya, sehingga dia sesungguhnya benar-benar mendengar hentakan kasut-kasut mereka, mendatanginya dua mala’ikat, maka mereka berdua mendudukkannya dan mereka berdua berkata kepadanya: Apa yang kamu telah katakan pada lelaki ini, Muhammad? Maka dia berkata: Saya bersaksi bahawasanya dia ialah hamba Allah dan rasul-Nya. Maka dikatakan: Lihatlah kepada tempat duduk kami daripada api, Allah telah menggantikan untuk kamu dengannya suatu tempat duduk daripada syurga». Berkata Nabi: «Maka memandang kepada mereka berdua kesemuanya. Dan orang-orang kafir atau munafiq, maka dia berkata: Saya tidak tahu. Saya telah mengatakan apa yang dikatakan manusia. Maka dikatakan: Tidak kamu tahu, dan tidak kamu ikut. Kemudian dipukul dengan pemukul daripada besi dengan satu pukulan di antara dua telinganya, maka dia menjerit dengan satu jeritan yang mendengarnya sesiapa yang dekat dengannya melainkan As-Saqalayn (jin dan manusia)».
_________________

Dan dalam satu hadis yang panjang dalam [Abi Dawud/ 4753, sahih]


(وَقَالَ: وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ، حِينَ يُقَالُ لَهُ: يَا هَذَا، مَنْ رَبُّكَ ؟ وَمَا دِينُكَ ؟ وَمَنْ نَبِيُّكَ ؟ قَالَ هَنَّادٌ: قَالَ: وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ، فَيُجْلِسَانِهِ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ قَالَ: فَيَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ، فَآمَنْتُ بِهِ، وَصَدَّقْتُ) [Abi Dawud/ 4753, sahih]

Dan dia berkata: «Dan sesungguhnya dia benar-benar mendengar hentakan kasut-kasut mereka apabila mereka berpaling membelakangkan, apabila dikatakan kepadanya: Wahai ini, siapa Tuan kamu? Dan apa agama kamu? Dan siapa Nabi kamu?». Berkata Hannad: Dia berkata: «Dan mendatanginya dua mala’ikat, maka mereka berdua mendudukkannya, dan mereka berdua berkata kepadanya: Siapa Tuan kamu? Maka dia berkata: Tuan saya Allah. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apa agama kamu? Maka dia berkata: Agama saya Islam. Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apakah lelaki ini yang dibangkitkan pada antum?». Dia berkata: «Maka dia berkata: Dia ialah Rasulu Llah. Maka mereka berdua berkata: Dan apa yang kamu tahu? Maka dia berkata: Saya telah membaca Kitaba Llah dan saya beriman dengannya dan saya membenarkan».



Ciri-ciri Munafik

assalamualaikum..

boleh tak saya nak tahu ttg ciri-ciri orang munafiq beserta dalil2nya? dah check al-ahkam tp xjumpa exactly yg saya nak..

ok jzkk
-----

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Beikut adalah beberapa hadith yang menjelaskan ciri-ciri atau sifat-sifat munafik. Diantara sifat-sifat munafik adalah bercakap selalu mohon, tidak menepati janji, bertengkar selalu melampai batas dan pecah amanah.

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah saw bersabda :

‏أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏منهن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم ‏ ‏فجر

"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda :

‏آية ‏ ‏المنافق ثلاث إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان ‏

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya" [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

--------------
Orang-orang munafik dizaman Rasulullah saw akan mencari alasan untuk tidak menyertai peperangan. Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudriy r.a:

‏أن رجالا من المنافقين في عهد رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كانوا إذا خرج النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إلى الغزو تخلفوا عنه وفرحوا بمقعدهم خلاف رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فإذا قدم النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏اعتذروا إليه وحلفوا وأحبوا أن يحمدوا بما لم يفعلوا فنزلت ‏ ‏لا تحسبن الذين يفرحون بما أتوا ويحبون أن يحمدوا بما لم يفعلوا فلا تحسبنهم بمفازة من العذاب ‏

"Pada zaman Rasulullah s.a.w orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah mereka bergembira dengan sikap mereka tidak bersama Rasulullah s.a.w. Apabila Nabi s.a.w kembali, mereka mengemukakan berbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat : Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, maka jangan kamu sangka mereka akan terselamat dari seksa " [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

Mereka juga akan belot diwaktu peperangan sebagaimana perang Uhud. Didalam sebuah riwayat dari Zaid bin Thabit r.a :-

‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏خرج إلى ‏ ‏أحد ‏ ‏فرجع ناس ممن كان معه فكان ‏ ‏أصحاب النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فيهم فرقتين قال بعضهم نقتلهم وقال بعضهم لا فنزلت ‏ ‏فما لكم في المنافقين فئتين ‏

"Ketika Nabi s.a.w keluar ke peperangan Uhud, sebahagian daripada tentera yang mengikuti baginda membelot menyebabkan para sahabat menjadi dua pasukan. Sebahagian daripada para sahabat berkata: Kita akan membunuh mereka, manakala sebahagian lagi berkata: Kita tidak boleh membunuh mereka. Lalu Allah s.w.t menurunkan Ayat 'Yang bermaksud: Maka apakah yang menyebabkan kamu berpecah menjadi dua golongan kerana kaum munafik itu'"

--------------
Di suatu masa nanti, orang-orang kafir dan Munafik akan keluar dari Madinan untuk menemui Dajal. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

‏ليس من بلد إلا ‏ ‏سيطؤه ‏ ‏الدجال ‏ ‏إلا ‏ ‏مكة ‏ ‏والمدينة ‏ ‏وليس ‏ ‏نقب ‏ ‏من ‏ ‏أنقابها ‏ ‏إلا عليه الملائكة صافين تحرسها فينزل ‏ ‏بالسبخة ‏ ‏فترجف ‏ ‏المدينة ‏ ‏ثلاث رجفات يخرج إليه منها كل كافر ومنافق

"Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal " [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

--------------
Pada hari Akhirat kelak, setiap wajah orang Islam bersinar-sinar dipacari oleh Nur, dan nur tersebut akan padam jika dia seorang munafik. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya:

‏يسأل عن الورود فقال ‏ ‏نجيء نحن يوم القيامة عن كذا وكذا انظر أي ذلك فوق الناس قال ‏ ‏فتدعى الأمم بأوثانها وما كانت تعبد الأول فالأول ثم يأتينا ربنا بعد ذلك فيقول من تنظرون فيقولون ننظر ربنا فيقول أنا ربكم فيقولون حتى ننظر إليك ‏ ‏فيتجلى لهم يضحك قال فينطلق بهم ويتبعونه ويعطى كل إنسان منهم منافق أو مؤمن نورا ثم يتبعونه وعلى جسر جهنم ‏ ‏كلاليب ‏ ‏وحسك ‏ ‏تأخذ من شاء الله ثم يطفأ نور المنافقين ثم ينجو المؤمنون ‏ ‏فتنجو أول ‏ ‏زمرة ‏ ‏وجوههم كالقمر ليلة البدر سبعون ألفا لا يحاسبون ثم الذين يلونهم ‏ ‏كأضوإ نجم في السماء ثم كذلك ثم تحل الشفاعة ويشفعون حتى يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وكان في قلبه من الخير ما يزن شعيرة فيجعلون بفناء الجنة ويجعل أهل الجنة يرشون عليهم الماء حتى ينبتوا نبات الشيء في السيل ويذهب حراقه ثم يسأل حتى تجعل له الدنيا وعشرة أمثالها معها

"Bahawa beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing. Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman: Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya. Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan Neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya. Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat, sehingga mereka dapat mengeluarkan dari Neraka sesiapa yang melafazkan:'La ilaha illallah' dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir dan hilanglah hangusnya. Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda " [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

Sekian ,wassalam

Rujukan : http://hadith.al-islam.com/



Dalil Penyakit Nyanyuk

Salam

Alhamdulillah. Seorang anak bertanya kepada umi berkenaan penyakit nyanyuk. Harap para masyeikh di sini dapat jelaskan dengan terperinci berkaitan penyakit tersebut bersandarkan Al Quran dan Hadith. Jzkk terlebih dulu.

Walahuta'ala a'lam bissawab

Wassalam
-----

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Firman Allah SWT (16:70)

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّاكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

"Dan Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."

Dan firman Allah SWT (22:5):

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ

"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Ayat-ayat ini menunjukkan penyakit nyanyuk berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dengan itu kita diminta memohon dilindungkan dari penyakit ini, bahkan Nabi SAW sendiri memohon berlindung darinya.

Seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi SAW sering berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ وَالْكَسَلِ وَأَرْذَلِ الْعُمُرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati. H.R Bukhari & Muslim.

Tujuan kita berdoa ini, adalah untuk menghindari dari penyakit nyanyuk yang boleh menyebabkan kita kurang daya pemikiran, penglihatan dan kefahaman. Juga lemah dalam melakukan banyak ibadat dan meringan-ringankan sebahagian yang lain.

Terdapat ulama yang menggalakkan juga membanyakkan bacaan Al-Quran untuk menghindari dari penyakit ini. Kita memohon dari Allah SWT agar kita semua dilindungkan dari penyakit ini. Amiin.

Rujukan:
- Sahih Bukhari & Muslim.
- Syarah Muslim oleh Imam Nawawi: 9/73
- Tafsir al-Jalalain: Surah an-Nahl: 70

Wallahu a3lam




Balasan Buruk Meninggalkan Solat

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zuhur:
Rezekinya tidak diberkati..

Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:
Tidak dihormati oleh anak-anaknya.

Isya':
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..


P/S: Minta tolong nilaikan. Kalau boleh sertakan beberapa balasan bagi mereka yang meninggalkan solat dari hadith-hadith sahih. Terima kasih.

***************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة واالسلام على رسول الله وبعد

Berikut adalah jawapan daripada Markaz Fatwa di bawah kelolaan Dr Abdullah Faqeh

Selepas kajian yang lama terhadap sumber-sumber hadis, kami tidak menjumpai asal bagi hadis tersebut. Memadai untuk menakutkan orang daripada meninggalkan sembahyang dengan firman Allah dalam al-Quran:
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً.


ertinya: Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Maryam: 59).


فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ

ertinya: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Al-Ma'un: 4-5).

sabda Nabi SAW;

من ترك صلاة العصر فقد حبط عمله

ertinya: Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya. HR Bukhari (no: 528).

rujukan:
http://www.islamweb.net.qa/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=33458&Option=FatwaId

wallahu a'lam




Dusta Yang Dibolehkan

Dari Ummu kaltsum binti Uqbah bin Abi Mu'aith - dia termasuk muhajirat yang pertama-tama berbai'at dengan Nabi SAW - mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Tidak termasuk pendusta orang yang memperdamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan baik." Kata Ibnu Syihab, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal (1) dalam perang. (2) dalam mendamaikan dua orang yang berselisih (3) berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya."

Hadith Shahih Muslim.

Minta Panelis yg arif takhrijkan maksud hadith ini dari segi cara sebenar pengamalannya,

JKK,
-----

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ةصحبه ومن والاه أما بعد

TAKHRIJ HADIS:
-Hadis Ummu Kalthum diriwayatkan oleh Bukhari (no: 2546), dan Muslim (no: 2605).

-Kata-kata Ibn Syihab disebut oleh Imam Muslim. Dan diriwayatkan secara marfuk kepada Rasulullah SAW dengan lafaz: "Tidak elok berbohong melainkan dalam tiga perkara..."
HR: Tirmizi (no: 1939).

MAKSUD HADIS:

-Antara dasar syarak ialah: HARAM BERBOHONG, dan ia salah satu ciri utama munafiqeen.

-Dikecualikan dalam beberapa situasi kerana maslahah. Antaranya:

i- untuk mendamaikan antara dua orang atau dua kumpulan. Contohnya: Ali dan Amhad bertengkar, lalu kita beritahu pada Ali bahawa Ahmad mahu berdamai, dan beritahu pada Ahmad bahawa ALi mahu berbaik dengannya.

ii- perbualan antara suami isteri dalam hal-hal yang boleh menambahkan kemesraan, dan kasih sayang antara mereka. Contohnya: Seorang yg berpoligami berkata kepada setiap isterinya, bahawa dialah isteri yang paling disayangi.

iii- dalam peperangan. Contohnya: pemimpin tentera menzahirkan bahawa dia mahu mengerahkan tentera2nya melalui laluan A, padahal sebenarnya dia mahu mereka melalui laluan B. Ini adalah kerana maslahah, supaya rahsia strategi peperangan tidak sampai ke tangan musuh.

Berkata al-Qadhi Iyadh: Tidak ada khilaf bahawa HARUS berbohong dalam 3 keadaan ini. Lihat: Syarah Sahih Muslim Nawawi 16/158.



Koleksi Hadis

Assalamualaikum,
Ni 1st post aku dlm ahkam. Br ptg tadi dpt jd member.
Kepada sesiapa yang arif, ada tak koleksi hadis2 sahih, dhoif dan palsu dibukukan dan diindex supaya senang dirujuk? Dan apabila seseornag quote hadis tu mestilah disertakan dengan index no dia mcm AlQuran jugak.

*************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

ahlan, welcome, selamat datang ke alAhkam, dunia fiqh cyber anda.

Kami juga merasa senang kerana anda memilih bidang hadith kerana ini suatu cabang ilmu Islam yang hebat dan menjadi teras kepada ilmu2 Islam yang lain, terutamanya akidah dan fiqh.

Mengenai pengumpulan dan pengkodan hadith sudah disempurnakan, malah sudah ada edisi DVD (syamila) ada search engine di internet (kementerian waqaf KSA, Dorar.net. MSA, dan portal hadith al-ahkam pun ada)

Kitab sahih alJami' alBukhari pun di susun dgn sistematik oleh Imam Bukhari sendiri, disempurnakan pengkodan dan indeksnya oleh Imam Ibn Hajar. Disempurnakan lagi oleh Syaikh Fu'ad abdul Baqi dan Syaikh Muhsin Khan. Kemudian ada ringkasannya oleh al-Zubaidi dan al-Albani.

Himpunan hadith sahih juga diusahakan oleh al-Albani, silsilah al-Sahihah
kumpulan hadith dha'if dan palsu juga di susun oleh alAlbani, silsilah al-Dha'ifah....search engine al-albani pun ada kat internet. pendek kata persoalan penkodan dan pengindeksian hadith ni dah pun lengkap.

sekian



Permainan Nardasyir

Dari Sulaiman bin Buraidah, dari bapanya r.a., katanya Nabi SAW bersabda : "Siapa yang bermain permainan Nardasyir (sejenis catur), maka seolah-olah dia melumuri tangannya dengan daging dan darah babi."
(riwayat Imam Muslim)

Adakah mutlak diharamkan catur atau chess?

mohon pencerahan,

JKK..

****************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Oleh kerana hadis itu berkaitan dengan NARDASYIR/NARD, dan soalan pula ialah hukum main CATUR, maka kami akan sebut kedua2nya secara ringkas. Kerana Nard dan Catur/Chess ialah dua permainan berbeza.

Kalau catur merupakan permaianan yg bergantung kepada kebijakan dan kecerdikan, Nard pula sebaliknya. Ia bergantung kepada menyerah nasib, dan tawakal semata2, sepertimana permainan buah dadu.

Mungkin ramai tak kenal permainan ini, kerana ia lebih masyhur di negara2 arab dan timur tengah. lihat gambarnya:
http://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%B7%D8%A7%D9%88%D9%84%D8%A9

HUKUM CATUR:
Tiada nas daripada hadis Nabi SAW yg sahih tentang larangan bermain catur.

-Kata Ibn Qayyim: Hadis-hadis tentang mainan catur samada harus atau haram semuanya adalah DUSTA terhadap Rasulullah SAW. Yg sabit cuma larangan daripada sahabat. al-Manar al-Munif m/s 134

-Kata al-Munziri: Ada beberapa hadis tentang permainan catur, tiada satupun yg aku tahu sanadnya sahih atau hasan. Al-Targhib Wal-Tarhib 3/181.

Oleh itu, kami lebih cenderung kepada pandangan yg mengatakan catur adalah HARUS/MAKRUH, cuma menjadi HARAM dengan sebab-sebab luaran, seperti:
-ada perjudian/pertaruhan
-menyebabkan lalai daripada kewajipan solat dan lain2
-permainan yg diiringi dengan maksiat spt kata2 mencarut, mengeji dll.
-membawa kepada permusuhan/ perbalahan.

HUKUM AL-NARDASYIR/AL-NARD:
oleh kerana hadis larangan permainan ini adalah SAHIH (Muslim) lagi JELAS, maka hukumnya pun adalah jelas iaitu HARAM.
Dan inilah yg dipegang oleh kebanyakan ulama (keempat2 mazhab). Hatta mazhab Syafie (yg mengharuskan catur) pun mengHARAMkan permaianan Nard ini.
-al-Hawi al-Kabir 17/187
-Syarh Kabir Ibn Qudamah 12/44

Wallahu A'lam.




Hadis Bersembang Waktu Azan

Imam Malik bin Anas meriwayatkan di dalam kitabnya al-Muwata’ hadith daripada Tha’labah bin Abi Malik al-Qurazi :


أنهم كانوا في زمان عمر بن الخطاب يُصَلُّون يوم الجمعة حتى يخرج عمر ، فإذا خرج عمر وجلس على المنبر وأذن المؤذنون قال ثعلبة جلسنا نتحدث . فإذا سكت المؤذنون وقام عمر يخطب أنصتنا فلم يتكلم منا أحد

Maksudnya lebih kurang: “Adalah mereka di zaman Omar bin al-Khattab, menunaikan solat (Sunat) pada hari Jumaat, sehinggalah ‘Omar masuk ke dalam masjid, apabila ‘Omar masuk (ke dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan melaungkan azan. Kata Tha’labah : “Kamipun duduk (berhenti dari menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan selesai, lalu ‘Omar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kamipun diam dan tidak ada seorangpun daripada kami yang berbicara.” (Muwata’ Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307)
thtl
Maqam 7
Maqam 7


Joined: Aug 22, 2001
Posts: 12112
Location: KL/WP/Mal

Post Posted: Aug 29, 2007 - 02:47 PM Reply with quote Back to top
alJawab:

Apa yang dipaparkan itu bukanlah hadith Nabi saw, tapi sunnah khulafa' arrasyidin atau perilaku yang berlaku di zaman Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua Islam, ia juga dinamakan atsar.

Imam al-Zurqani (w. 1122H) adalah pensyarah kitab al-Muwatta' karya Imam Darul Hijrah, Imam Malik bin Anas, sebanyak 4 jilid dan atsar itu dimuatkan di bawah bab perihal Hukum bercakap-cakap ketika Khutbah. Jika khatib yakni Umar sudah berdiri di atas mimbar utk berkhutbah, maka amalan para sidang Juma'at ketika itu ialah mereka tidak lagi bercakap-cakap. Inilah budaya yang diamalkan mereka sejak zaman Nabawi lagi. Bila Nabi berdiri utk berkhutbah, maka ketika itu haramlah bersembang.

Atsar ini menguatkan dalil-dalil hadith yg banyak perihal terlarangnya kita bersembang ketika khatib berkhutbah. manakala sebelum dan selepas khutbah boleh berbual. (Fiqh Sunnah, 2/274) sekian

_________________
[img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:ecf040282f]
View user's profile Send private message Visit poster's website
kamin
Panel Feqh
Panel Feqh


Joined: Sep 11, 2001
Posts: 2423
Location: HeiTech Village, Subang Jaya, Selangor

Post Posted: Aug 29, 2007 - 03:24 PM Reply with quote Back to top
wa'alaikumussalam

Tambahan sedkit

Dikeluarkan oleh Imam Malik didalam Muwata' 1/103 (Kitab Jumaat), al-Syafie didalam Musnadnya (#409, 1/139), al-Baihaqi didalam Sunan (3/192), dimana pada sisi al-Syafie kalimah Muazzin ditukar menjadi Muazzinuun dan Imam al-Nawawi mengatakan athar ini sahih didalam al-Majmu', 4/550.

Sekian, wassalam



Beberapa Kepastian Hadis

Assalamualaikum,

Berikut adalah beberapa amalan Melayu yg diwarisi dr org tua2 yang dikaitkan dengan hukum/hadis/sunnah. Ana nk minta pencerahan disini.

1. Larangan tidur selepas subuh, dikatakan jauh rezeki
2. Larangan menyapu sampah keluar dari rumah pd waktu mlm, dikatakan jauh rezeki
3. Larangan memakan makanan laut dan darat pada satu masa
4. Menutup kepala ketika masuk tandas
5. Larangan masuk tandas ketika azan
6. Memakai celak
7. Berbekam

Wassalam...
_________________

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:

1. Larangan tidur selepas subuh, dikatakan jauh rezeki


-Tiada larangan syarak untuk tidur selepas subuh. Maka hukum asalnya ialah: harus. Tetapi sunnah Nabi SAW ialah berada di tempat solatnya sehingga terbit matahari, sebagaimana dalam hadis Jabir bin Samurah dalam sahih Muslim.

-Berkaitan dengan murah rezeki selepas Subuh, dalam hadis Sakhr r.a. Nabi SAW bersabda: "Ya ALlah, berkatilah umatku pada waktu paginya". Apabila baginda mengutuskan tentera, baginda kerahkan pada waktu pagi. Dan adalah Sakhr seorang peniaga. Beliau mengutuskan dagangannya pada awal pagi. Lalu beliau menjadi kaya dan banyak harta.
HR Abu Daud (no: 2608), Tirmizi (no: 1212), Ibn Majah (no: 2236).

Berdasarkan hadis ini, ada ulama mengatakan makruh tidur selepas subuh.

Quote:

2. Larangan menyapu sampah keluar dari rumah pd waktu mlm, dikatakan jauh rezeki


Wallahu A'lam, setakat pencarian yang terbatas, kami tidak pernah menemui larangan syarak menyapu pada waktu malam. Apatah lagi dikaitkan dengan jauh rezeki. Hukum asal ialah: digalakkan menjaga kebersihan pada bila-bila masa, dan boleh menyapu sampah waktu malam. Dan setiap Muslim hendaklah menjauhi kepercayaan2 sial yang tidak bersumber.

Quote:

3. Larangan memakan makanan laut dan darat pada satu masa


telah dijawab di sini: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33826

Quote:

4. Menutup kepala ketika masuk tandas


Tiada larangan masuk tandas tanpa menutup kepala, cuma ada sesetengah fuqaha mengatakan ia makruh.
Antara dalilnya ialah satu hadis Aisyah "Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tandas, baginda menutup kepala, dan apabila mendatangi isterinya baginda menutup kepala". Riwayat Baihaqi (no: 460). Dinilai Dhaif oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.

Tetapi sabit daripada Abu Bakar r.a. tentang tutup kepala ketika masuk tandas sebagaimana kata Imam Baihaqi. Lihat Sunan Kubro Baihaqi (no: 460).

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah: kata ABu Bakar: Wahai orang Islam, malulah kepada Allah. Demi Yang aku berada di tangan-Nya, ketika pergi ke tempat lapang untuk qadha hajat dalam keadaan menutup kepala, kerana malu kepada Tuhanku". (no: 1127).

Rujukan:
-Majmuk Nawawi 2/93-94.
-Majmuk Fatawa Uthaimin (bab Istinja).
-Sunan Baihaqi
-Musannaf Ibn Abi Syaibah

Quote:

5. Larangan masuk tandas ketika azan


Tiada larangan masuk tandas ketika azan. Cuma, kalau keadaan tidak terdesak, maka seeloknya tunggu sehingga selesai azan supaya kita dapat ganjaran menjawab azan dan berselawat ke atas Nabi selepas itu.

Quote:

6. Memakai celak


ia adalah sunnah Nabi. Lihat jawapan lalu: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33722

Quote:

7. Berbekam


Ia adalah satu bentuk perubatan yang masyhur terutama nagara2 beriklim panas, seperti negara Arab. Dan ada hadis2 sahih Nabi SAW pernah berbekam, dan ada hadis Nabi menganjurkan supaya berbekam.

Persoalan adakah ia sunnah atau bukan, telah dibahaskan dalam forum: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33690

Wallahu A'lam

Tiada ulasan: