Soalan:
Apakah hukumnya seorang isteri mendampingkan namanya dengan nama suaminya, menggantikan nama bapanya misalnya Salmah Kassim (Kassim nama suaminya) pada hal nama bapanya Ahmad.
Jawapan:
...
Menukar nama bapa kepada nama suami pada setengah-setengah wanita (moden) kita adalah meniru kebiasaan orang-orang bukan Islam. Agama Islam tidak mengakui amalan seseorang wanita menukar nama bintinya kepada nama suaminya.
Menurut pandangan Islam, seseorang anak perempuan yang telah bersuami adalah tidak dibolehkan menukar nama bintinya kepada nama suaminya kerana perbuatan ini tidak diakui oleh agama Islam. Penukaran nama itu adalah sama dengan menafi dan memutuskan perhubungan keluarga antara anak dengan ibu bapanya.
Perbuatan itu juga dianggap oleh Islam sebagai melucutkan keperibadian diri si anak itu sendiri daripada seorang yang bebas dan mempunyai hak penuh atas dirinya pada masa belum kahwin, menjadi seorang yang kurang sempurna keperibadiannya setelah berkahwin. Di samping itu, perbuatan itu menunjukkan seolah-olah wanita itu telah menjadi hak milik suaminya dan melucutkan hak ayahnya ke atas dirinya; sehingga ia membuang nama binti bapanya (famili) yang telah mendidik dan memeliharanya sejak kecil lagi.
Jika perbuatan itu dilakukan kerana hendak meniru cara barat, maka ia juga tidak diakui oleh Islam. Apa yang diharuskan oleh Islam dalam hal menukar nama hanya jika seseorang itu telah dinamakan oleh ibu bapanya dengan nama yang tidak sesuai, umpamanya ia dinamakan dengan nama Nabiullah (Nabi Allah). Nama Nabiullah itu wajiblah ditukar dengan nama yang sesuai sebagai pembetulan terhadap kesalahan bukan kerana sebab-sebab yang lain.
Hadis riwayat AI-Hakim daripada Ibnu Abbas dalam kitab AI-Jame' AI-Saghir oleh Suyuti, telah menegaskan kesalahan perbuatan itu dengan sabda Rasulullah, yang maksudnya: "Kamu akan mengikut jalan orang-orang yang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga (apabila) seseorang dari mereka memasuki lubang biawak nescaya kamu memasukinya dan jika seseorang dari mereka bersatu dengan isterinya di tepi jalan (pun) nescaya kamu juga akan melakukannya (juga)."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan