Khamis, 2 September 2010

BAGAIMANA MENTADBIR KALAU MINUM ARAK


Blair minum arak untuk atasi stres



2010/09/02

LONDON: Tony Blair semalam mengaku meminum arak untuk membantunya mengatasi tekanan sepanjang menjadi Perdana Menteri Britain.

BLAIR.
BLAIR.
KULIT autobiografi Blair.
KULIT autobiografi Blair.
Beliau juga mengaku tidak pasti sama ada dia yang mengawal minuman itu atau arak itu yang mengawalnya.


Pengakuan mengejutkan itu terkandung dalam buku kisah hidupnya yang setebal 700 muka, A Journey (Satu Perjalanan).


Buku itu yang mengambil masa tiga tahun untuk ditulis, mula dijual semalam.


Ia memberi gambaran menarik dalam kehidupan Blair sebagai perdana menteri.


Katanya, dia sering memulakan harinya dengan meminum arak sebelum beralih kepada wain selepas keletihan bekerja sepanjang hari serta mengaku kadar arak itu melebih had. Blair, 57, berkata: Hubungan antara arak dengan Perdana Menteri adalah subjek tersendiri yang boleh ditulis dalam sebuah buku. Menurutnya, dia tidak pasti sama ada arak itu baik untuknya kerana ia membantunya bertenang atau memberi kesan buruk padanya kerana dia boleh menggunakannya untuk bekerja daripada berehat.


“Saya percaya saya menguasai arak itu. Tetapi, anda perlu jujur - ia umpama dadah. Anda tidak boleh lari daripadanya,” kata Blair.


Sepanjang 10 tahun menjadi perdana menteri, beliau berdepan dengan pelbagai tekanan, termasuk Perang Iraq dan Afghanistan serta sengketa dalaman dengan pegawai kanan Parti Buruh. - Agensi


Bekas PM Britain dibaling kasut dan telur

DUBLIN - Penunjuk perasaan antiperang membaling kasut dan telur kepada bekas Perdana Menteri British, Tony Blair semasa sesi menandatangani buku biografi beliau yang pertama di kedai buku Eason di Dublin, kelmarin.

Ratusan penunjuk perasaan membaling objek seperti kasut, telur dan lain-lain kepada Blair semasa beliau sedang keluar dari kereta.

Sekurang-kurangnya dua ditahan semasa penunjuk perasaan sedang bergelut dengan polis di kawasan itu.

Bekas Perdana Menteri itu menghabiskan sekurang-kurangnya dua jam menandatangani bukunya sebelum meninggalkan kedai buku itu dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengelak daripada dibaling objek lain.

Blair dibayar 4 juta pound (RM20 juta) untuk buku 'A Journey' yang mengisahkan perjalanan hidupnya mempertahankan polisinya sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri British, termasuk serangan di Iraq pada 2003.


Tiada ulasan: