Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh is a small town in
Kelantan,
Malaysia. Located about 7 kilometres from
Kota Bharu town.
The town is famous for its daily and weekly market. Wakaf Che Yeh has
been progressing well for the last ten years. A small supermarket can
also be found at the area. The Lee Rubber which used to be a landmark
for Wakaf Che Yeh ( because of the smell) has been relocated to South of
Kelantan. Radio Television Malaysia ( Kelantan ) is located at the
area.
|
|
Territories
(Jajahan) |
|
|
District |
|
|
Towns |
|
|
Rasai kesibukan Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Sebut sahaja pasar malam Wakaf Che Yeh, pasti terbayang pekikan
peniaga menjual barangan dan urusan tawar menawar yang sememangnya
menggamit suasana malam hari di sini. Malah ada yang mengatakan kalau
datang ke Kelantan tidak sah kalau tidak pergi ke Pasar Malam Wakaf Che
Yeh ini. Sebenarnya, apa yang menarik dan apa yang ada di pasar ini?
Kawasan Wakaf Che Yeh ini adalah pasar borong pada sebelah siang yang
menjual barangan basah dan barangan asas, manakala pada waktu malam
adalah berkonsep pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan.
Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak
pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan
kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan
dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak yang
berdekatan juga turut diwujudkan.
Paling banyak barangan boleh didapati di sini adalah kain pasang, pakaian serta tudung
Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam
biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu
ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada
hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim
menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai
penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan
peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya.
Beg duit serta wangian ‘berjenama’
Pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi disini seperti pelbagai
jenis baju dan pakaian siap, tudung, jersi bola sepak, aksesori rumah,
kereta, perfume, kasut bundle, cd, dvd, jam tangan, beg tangan, tuala,
toto dan pelbagai lagi. Dan semua barangan yang dijual pula adalah
kebanyakan barang tiruan ataupun replika seperti jam tangan, wangian,
dan lain-lain. Jangan tertipu dengan pelbagai jenama yang ada kerana ia
hanyalah replika. Walaubagaimanapun, anda boleh belikan jam tangan
replika berjenama ‘Casio’ dengan harga RM10-RM20 sahaja kepada anak
anda.
Pelbagai jenis jam ‘berjenama’ yang dijual
Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam
hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam
Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan,
pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk.
Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang
untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk,
ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan
kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai
steering lockkerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.
Jersi bola, tuala serta pelbagai barangan dari Thailand, China dan Vietnam boleh didapati
Memandangkan pelbagai barangan dijual disini, pastikan anda
senaraikan barang yang ingin dibeli, membuat perbandingan harga dan
fikir masak-masak sebelum membeli sesuatu barang. Jika tidak,
silap-silap satu malam sahaja boleh habis beratus-ratus ringgit untuk
barangan yang bukan keperluan dan tidak penting.
Wakaf Che Yeh, wajib datang jika berada di Kelantan
Suasana jalan pada waktu malam pada cuti sekolah di Wakaf Che Yeh
Tips di Pasar Malam Wakaf Che Yeh
- Jika ingin merasai pemandangan pasar malam yang sangat meriah, memang disyorkan ke sini.
- Pelbagai ragam penjual dan pembeli boleh dilihat. Barangan yang
dibeli biasanya konsep “see and buy” dan tiada barangan spesifik yang
boleh didapati di pasar ini memandangkan ia berkonsep pasar malam.
- Purata harga di pasar ini tidaklah terlalu murah, malah ada juga
barangan yang boleh dikatakan lebih mahal berbanding ditempat lain
seperti jersi bola, tudung bawal asli dan toto.
- Tetapi anda boleh membeli belah di sini jika tidak ke tempat lain.
Contohnya jika anda tidak ke Rantau Panjang atau ke Pengkalan kubor
untuk membeli barangan seperti toto, boleh lah dapatkan di sini.
- Jika ingin membeli tudung bawal asli atau pelbagai jenis kain,
selain di pasar malam ini, tempat yang terbaik adalah di butik tudung
yang beroperasi di lot bangunan di kawasan pasar malam ini serta di
Bazar Tok Guru, atau Pasar Siti Khadijah kerana lebih banyak pilihan dan
lebih selesa untuk tawar menawar berbanding di pasar malam.
1 ulasan:
TUMPANG IKLAN >>>>
KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA DI KOTA BHARU DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERPATUTAN
JIKA ANDA MENGUNJUNGI NEGERI KELANTAN DAN MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI
CALL/SMS/WHATSAPP : 013 9191771
https://www.facebook.com/kereta.sewa.505
https://raycarrental.blogspot.my
Catat Ulasan