Sabtu, 30 Mac 2013

BILA DIRI TERASA TERSEPIT...GELARAN YB AKAN LUCUT SEDANGKAN KITA TIADA PENGIKUT...CUMA KITA RASA2 SAJA

Dibubar atau terbubar, rakyat harus bertenang

Harakahdaily, 28 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini, Perdana Menteri masih tidak mengisytiharkan tarikh pembubaran kabinet meskipun Negeri Sembilan kini tidak lagi memiliki kerajaan berdaulat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, ini kerana kerajaan negeri itu telah expired date mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perdana Menteri tidak menunjukkan sebarang riak yang meyakinkan untuk membubarkan kabinet dalam masa terdekat biar pun pelbagai ramalan tarikh oleh banyak pihak, semuanya tidak tepat bahkan salah serta hampa.

Selepas ini, ujarnya Pahang pula akan terbubar pada tanggal 7 April jika Menteri Besar tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh seminggu ini.

“Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil, tidak mahu membubarkan Parlimen Malaysia bagi mengambil mandat baru rakyat dalam tempoh yang ditetapkan, bukan sahaja kerajaan negeri akan expired date malah Kerajaan Persekutuan juga akan menjadi kerajaan expired dan ini meluruhkan moral serta maruah kerajaan Umno dan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, moral, maruah dan kredibiliti ‘kerajaan expired’ adalah sangat teruk, bukan sahaja pada mata dunia tetapi pada mata rakyat sendiri.

Katanya, ‘kerajaan expired’ adalah kerajaan yang tiada keyakinan diri terhadap kemampuan mereka meraih mandat baru daripada rakyat.

“Kecualilah Umno dan BN mempunyai agenda tersembunyi sehingga terpaksa mengambil risiko kerajaan mereka tamat tempoh.

“Persoalannya apakah agenda tersembunyi itu? Wallahua'lam, saya sendiri tidak mengetahuinya,” katanya lagi.

Namun beliau mengharapkan ia bukanlah peluang berhidang atau helah bermadah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan etika demokrasi.

“Pun begitu, diharapkan rakyat bertenang. Mahu tidak mahu kerajaan ini akan dibubarkan atau terbubar,” ujarnya.
Muzikal anti-LGBT akan masuk sekolah, universiti
5:49PM Mac 29 2013
Malaysia menjadi perhatian antarabangsa sekali lagi apabila kerajaan merancang mempersembahkan teater muzikal yang menolak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di sekolah dan universiti.

Langkah itu diambil walaupun pementasan karya berjudul Asmara Songsang itu di Istana Budaya bulan ini menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak.

Akhbar berpengaruh British The Guardian melaporkan, karya itu berpotensi mencetuskan perasaan kebencian.

NONEPenulis dan pengarah filem itu, Rahman Adam, 73, memberitahu harian itu, mereka mensasarkan untuk mendidik remaja dan ibu bapa berhubung keburukan LGBT.

"Di Malaysia hari ini, kamu baca banyak perkara berkaitan LGBT... kerana (LGBT) masuk ke sekolah dan mempengaruhi kanak-kanak," beliau dipetik sebagai berkata.

Justeru, katanya. Walaupun gejala itu masih tidak serius, tetapi tindakan perlu diambil segera kerana ia buruk dan tidak boleh diikuti.

Asmara Songsang dipentaskan percuma pada 1 dan 2 Mac lalu.
Guan Eng bidas Koh kerana sokong Tanda Putera
2:43PM Mac 29 2013
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas sokongan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Koh Tsu Koon terhadap tayangan tertutup filem kontroversi berkaitan 13 Mei, Tanda Putera.

lim guan eng"Saya kecewa dengan Koh. Saya faham bahawa beliau kini menghabiskan hari-hari terakhirnya sebagai menteri, tapi cakap itu biarlah masuk akal," kata Lim pada sidang media selepas melancarkan stesen televisyen Internet DAP, UbahTV.

"Koh sekali lagi membuktikan beliau adalah boneka dan perkakas kepada Umno," bidas Lim.

Hujahnya, tayangan Tanda Putera yang beliau percaya adalah sebuah "filem perkauman yang mahu mencetuskan kebencian menggunakan fakta palsu dan kejadian yang direka cipta" bermakna seperti mewajarkan tayangan filem lucah juga.
PKR dakwa Zulkifli Noordin hina Hindu
12:09PM Mac 29 2013
PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.

NONENaib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.
"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.

Perbualan dengan penjual berhala
Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

NONEKedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.

"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.

Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).

"Apa pasal anne (abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.

"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.

"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Hey dey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu.

'Tolong jangan bagi telur pada kami'
3:16PM Mac 29 2013
Pengerusi MCA Selangor Donald Lim Siang Chai merayu pengundi di negeri itu agar tidak menolak terus parti itu di Selangor kerana mereka telah bekerja keras berbakti kepada rakyat sejak lima tahun lalu walaupun kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.

NONE"Walaupun pengundi telah menolak kami dalam pilihan raya umum yang lalu, kami tetap meneruskan khidmat kami.

"Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung)," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Oriental Daily News.

MCA bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 14 kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum 2008.

Namun, mereka hanya memenangi satu kerusi parlimen (Pandan) dan dua kerusi dewan undangan negeri (Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu).

Naib presiden MCA dan timbalan menteri kewangan itu dilaporkan berkata MCA Selangor mempunyai keahlian di peringkat negeri yang paling ramai dalam Malaysia.

Perkara itu katanya menjadikan Selangor berpotensi untuk menjadi sumber kekuatan BN untuk merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan ke-13.

Tiada ulasan: