Ahad, 17 Mac 2013

TAK KAN SATU AJE KOD

PAS pastikan hak cipta artis tempatan terpelihara

Salmiyah Harun, 16 Mac 2013


KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan hak cipta artis tempatan terpelihara dan dihormati oleh rakyat negara ini apabila Pakatan Rakyat diberi mandat menerajui Putrajaya pada pilihan raya kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, hanya melalui pendidikan sebagai platform yang paling berkesan untuk memberi perubahan kepada rakyat negara ini supaya menghormati hak cipta artis tempatan.

Katanya, hak cipta tidak kira sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan atau penerbitan buku sekali pun, ianya perlu dihormati kerana ia menjaga masa depan artis tempatan.

"Di negara ini, satu perkara yang tidak dihormati oleh rakyat negara ini iaitu hak cipta. Misalnya Datuk Shahnon Ahmad yang menulis novel 'Shit" telah dicetak rompak ratusan ribu, sampai sekarang Shahnon tidak dapat apa-apa.

"Begitu juga dalam bidang nyayian, setengah besar rakyat tidak suka mengekalkan yang asli tetapi cari yang tidak 'original', ini sangat berleluasa," katanya dalam sidang media di program Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam ini.

Tambahnya, apabila hak cipta artis ini terpelihara sekali gus ia membantu kehidupan dan masa depan artis tersebut.

"Saya ambil contoh, biduanita Saloma yang terlantar sakit di hospital, sehingga tidak mampu untuk membayar bil hospital. Anak beranak P. Ramlee juga hidup melarat," katanya.

Mohamad turut melahirkan rasa terharu atas sokongan khasnya para artis yang secara berani menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perubahan besar ke atas nasib mereka.

"Saya berkeyakinan penuh, mereka (artis) perlu dihargai dan mereka memerlukan perubahan melalui PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Pada malam ini juga Mohamad Sabu turut melancarkan 'Sukarelawan PRU13' di mana PAS akan mensasarkan seramai mungkin penyertaan orang ramai untuk menjadi sukarelawan bagi memastikan pilihan raya berlaku adil dan saksama.

Beliau juga akan melancarkan buku 'Prima Facie' yang ditulis oleh peguam Hanipa Maidin berdasarkan pengalamannya dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah termasuklah kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar atas)

Turut bersama dalam sidang media itu, Dr Muhaimin Sulam, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan artis Ito serta Hairie Othman.

Malam Seni: 5,000 hadir walaupun padang becak

Salmiyah Harun, 16 Mac 2013

Ustaz Azhar menjawab soalan hadirin di pentas Malam Seni Untuk Perubahan.

KUALA LUMPUR: Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menyaksikan lebih 5,000 orang ramai memenuhi padang kelab ini walaupun keadaan becak.

Program malam seni ini membariskan penampilan khas pendakwah bebas yang sedang hangat pada masa ini, Ustaz Azhar Idrus dengan slot soal jawabnya.

Orang ramai mula memenuhi padang seawal jam 8.00 malam untuk bersama-sama barisan artis dan mendengar  soal jawab daripada Ustaz Azhar.

Pelbagai soalan yang diajukan orang ramai kepada Ustaz Azhar termasuklah soalan berkaitan PTPTN, demonstrasi dan PRU13.

Soalan tersebut adalah "apa hukum negara yang bagi pinjaman PTPTN pada pelajar kemudian pelajar berdemonstrasi minta hapuskan PTPTN".

Ustaz Azhar secara spontan menjawab, "kalau negara tu kaya kenalah bagi pendidikan percuma kepada pelajar. Cuba tengok menara KLCC tu, menara jagung dua butir, negara miskin mana ada tu...".

Penampilan istimewa pada malam ini antaranya Yassin Brothers, Ito Blues Gang, Aisyah, Abby Abadi, dan Hairie Othman dan lain-lain barisan artis dan pelukis yang telah berhijrah memilih Pakatan Rakyat.

Para barisan pimpinan Pakatan Rakyat turut bersama-sama dalam program malam seni ini menyatakan sokongan padu kepada artis yang mahukan perubahan.

Antara barisan pimpinan itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di samping Dr Syed Azman, Dr Muhaimin Sulam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Pyan Habib dan aktivis Hishamuddin Rais.

 Najib Razak hanya ada SATU DOSA BESAR.
Posted on Sunday, March 17 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: mohdnoorawang

"Hebat fatwa Najib Razak menghukum kerajaan PAS Kelantan telah melakukan 7 dosa besar kepada rakyat Kelantan. Kitab mana dan rujukan ulamak mana yang dirujuk oleh Najib Razak menghukum dengan 7 dosa besar. Tahukah wahai Najib Razak apakah dosa sebenar menurut ilmu Islam?.
Kalau diambil kira apa yang dikatakan 7 dosa besar kerajaan PAS Kelantan adalah ketujuh perkara akibat tindakkan kerjaan Pusat (Barisan nasional) yang ZALIM DAN TIDAK ADILDALAM MEMBAHAGI PERUNTUKAN KKEWANGAN PUSAT/PROJEKTERHADAD RAKYAT DAN NEGERI KELANTAN.

*****uh yang terbaik ialah wang royalti dari Petronas tidak diberi kepada kerajaan PAS Kelantan. Hampir RM6 billoin wang royalti tidak diberi kepada kerajaan PAS Kelantan. Malah projek jalan raya dan projek bekalan air dianak tirikan oleh kerajaan Pusat dibawah kepala Najib Razak.

Namun Najib Razak hanya ada satu dosa (yang disatukan) besar terlibat dengan rasuah, terlibat dengan pembunuhan wanita mongolia, menjual tanah melayu di Singapura. Cerminlah diri sebelum membuat kenyataan gila dan tidak masuk akal yang sihat.
Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi dan memberi kemenangan kepada Najin Razak dan Barisan Nasional (BN) pilihanraya umum ke-13. BN Kelantan yang agak selamat Parlimen Jeli. 

 Hanya Satu Dosa Sahaja
Posted on Saturday, March 16 @ 22:44:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad

Setiausaha Agung Umno, Teuku Adnan Teuku Mansor mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak mengambil satu potong ayat Al-Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun ingatan di dalam parti tersebut. 
Kata Adnan dipetik;  “Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik…" Kenyataan beliau itu dilaporkan oleh portal rasmi Umno, Umno online.

Sudah terang lagi bersuluh, lihatlah ucapan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat, apakah rentak politik mereka disulam atau diikat berpandukan ayat-ayat Al-Quran atau hadis?…apakah mereka beranggapan cara Nabi Muhammad SAW berpolitik tidak mengikut rentak wahyu? Atau apakah mereka beranggapan juga pendekatan yang diambil Nabi Muhammad SAW apabila berhadapan dengan masyarakat tidak berpandukan wahyu? Tersilap besarlah apabila mereka beranggapan begitu.
SATU Dosa paling besar Umno melebihi 1000 dosa kemungkaran yang lain ialah menolak tuntutan kalimah syahadah serta dengan tegas menolak hukum Allah SWT (hudud) dengan alasan-alasan yang berbaur kekufuran dan mereka menganggap Allah SWT itu buta, tuli, pekak dan bodoh.

Terbaru, perhatikanlah bagaimana penyokong Umno meletakkan sifat amarah mereka terhadap YB Tian Chua dek kerana dihasut oleh media kerajaan yang penuh perkauman, itukah sifat penyokong dari parti yang dikatakan maksum (tiada dosa)? Apakah pemimpin Umno mengiyakan atau membenarkan tindakkan penyokong mereka itu? Benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa Barisan Nasional adalah syaitan yang dikenali.
Terima kasih Tun Dr Mahathir kerana kata-kata anda membuatkan rakyat berfikir yang mana kaca dan yang mana permata.


 PAS Perak kesal pejabat penghulu jadi bilik gerakan BN
Posted on Saturday, March 16 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Perakitedaily

IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak menerima maklum balas masyarakat diseluruh negeri itu yang merasa kesal berikutan pejabat penghulu dan pejabat ketua kampung dipenuhi dengan bendera Umno dan BN.

Koordinatornya, Salman Saleh berkata, BN khususnya Umno ketika ini giat ‘menghias’ pejabat penghulu dan ketua kampung untuk dijadikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN.

Kata Salman, sepatutnya pejabat penghulu dan ketua kampung bukannya tempat awam yang boleh dijadikan seperti bilik gerakan politik dan perkara tersebut perlu dibantah sama sekali.

 “Kami melihat usaha tersebut adalah sikap terdesak BN di Perak khususnya bagi menjadikan tempat-tempat awam seperti pejabat penghulu dan pejabat ketua kampung yang sering menjadi tumpuan masyarakat telah disalah gunakan.

“Kami bimbang usaha tidak sihat ini akan meruntuhkan institusi-institusi masyarakat yang rela dijadikan alat untuk dipolitikkan,” katanya kepada Harakah 12 Mac lalu.

Tegasnya, kami mendesak agar pihak-pihak yang berwajib termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil langkah pencegahan.

 Beliau menjelaskan, SPR perlu bertindak kerana BN sekali lagi telah menyalahgunakan tempat-tempat awam.

“Sebelum ini BN telah menjadikan dewan orang ramai atau balai raya sebagai Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan menjadikan pentas penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di dewan-dewan yang dipenuhi dengan bendera-bendera BN.

“Sehingga kini, SPR masih belum membuat apa-apa kenyataan balas atas isu yang dibangkitkan ini dan sikap berdiam diri SPR ini amat dikesali,” tegasnya lagi.

Sumber:  perakitedaily.blogspot.com


 ‘Operasi gelap’ serangan laman web oposisi dijangka berterusan
Posted on Sunday, March 17 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Roketkini

KUALA LUMPUR, 15 MAC: DAP hari ini mengecam serangan mematikan laman web Distributed Denial-of-Service attack (DDoS) parti yang berlaku beberapa kali sejak minggu lalu menyebabkan ia tidak boleh dilayari pada 8, 10 dan 13 Mac lalu.

Selain laman web rasmi parti, dapmalaysia.org, turut menjadi sasaran ialah portal maklumat dan berita DAP berbahasa Malaysia, Roketkini.com.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, serangan itu dilakukan dengan lambakan pengunjung (trafik) sehingga laman web berkenaan tidak boleh dilayari contohnya satu juta pengunjung dalam satu saat.

Beliau menyifatkan ia sebagai perbuatan terdesak pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak menolak kemungkinan serangan DDoS itu bermotif politik memandangkan bahang pilihan raya umum kini semakin hampir.

“Kita jangka ini mungkin percubaan mereka dan tidak menolak akan lebih teruk pada pilihan raya umum nanti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan serangan terhadap laman web parti oposisi yang sering menjadi sasaran dan tidak terkecuali portal berita alternatif seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

“Pilihan raya kali ini akan menjadi pilihan raya yang penuh dengan kempen cara kotor,” ujar beliau.

Tanpa menuduh mana-mana pihak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menyeru semua parti politik samada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menjalankan ‘operasi gelap’ sebegini untuk memenangi pilihan raya umum nanti.

“Sebagai langkah awal berhadapan dengan serangan ini, kita akan menggunakan alternatif kedua melalui Facebook,” katanya.

Pengunjung boleh melayari www.facebook.com/DAPMalaysia bagi versi Bahasa Malaysia dan Inggeris, manakala https://www.facebook.com/DAPMalaysia.zh bagi versi Bahasa Cina.

Sidang media itu turut melancarkan video kempen pilihan raya DAP bertemakan penurunan harga kereta seperti yang diumumkan dalam Manifesto Rakyat.

Klip video dua minit itu memaparkan seorang pemuda yang mahu membeli kereta dan akhirnya terpaksa menangguhkan hasrat beliau kerana cukai yang terlalu tinggi daripada kerajaan dan ia boleh ditonton melalui http://www.youtube.com/user/videoDAP

Selain itu, Pua juga melancarkan satu permainan board game “Monopoli Negara Berkebajikan vs Negara Muflis” yang berkonsepkan main sambil menambah pengetahuan mengenai dasar dan Manifesto Rakyat.

Board game “Monopoli Negara Berkebajikan vs Negara Muflis” ini boleh didapati melalui http://store.dapmalaysia.org/ yang dijual dengan harga hanya RM5.00.

Sumber: Roketkini.com


 Himpunan & Jamuan Rakyat Terbesar Negeri Johor
Posted on Sunday, March 17 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori



Himpunan & Jamuan Rakyat Terbesar Negeri Johor Akan Diadakan Besok. Warga Johor, Jangan Lupa Temujanji Anda Bersama Presiden PAS, TG Hadi Awang..





 Gambar Bongkar RM 403 J di Alor Setra Kedah..[ 8 gambar ]
Posted on Sunday, March 17 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
Puluhan Ribu berhimpun di ALor Setar.


Pemimpin PAS dan Keadilan Di Atas Pentas


Terbaik Dari Abu luqman Dapatkan Berita Lagi Di SINI"

Tiada ulasan: