Jumaat, 22 Mac 2013

BUATLAH ALASAN SELAGI DIDUNIA...AKHIRAT DAH TAK BOLEH

Dun Negeri Sembilan bubar secara automatik Selasa ini
Posted on Thursday, March 21 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Sinar Harian

Mohamad HasanSEREMBAN - Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekalipun Dewan Undangan Negeri (Dun) terbubar secara automatik Selasa ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembubaran Dun itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.

Kerajaan sementara mesti ada (walaupun Dun terbubar) untuk menjaga kepentingan rakyat, sehingga satu pilihan raya diadakan dan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan.

"Tetapi dalam tempoh Dun dibubar sehingga pilihan raya, kerajaan sementaralah yang akan menjaga negeri.
Orang mesti faham ini sebab jangan nanti ada yang persoal kenapa Menteri Besar masih ada selepas Dun bubar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Katanya amalan di negara ini apabila Dun atau Parlimen bubar, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan yang sama akan mengambil alih pentadbiran sebagai kerajaan sementara.
Katanya kerajaan sementara adalah kerajaan yang sah dan masih boleh membuat keputusan berkaitan dasar termasuk memperkenalkan dasar baharu jika perkara itu dilihat amat diperlukan.
"Tapi dalam kerajaan sementara ini kita cuba mengelak daripada membuat keputusan-keputusan dasar. Sebab kita kerajaan sementara sahaja jadi kita sepatutnya cuma mengurus hal-hal pentadbiran sahaja.
Dun Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, merupakan yang pertama akan terbubar secara automatik iaitu pada 26 Mac ini jika tiada pembubaran awal dibuat.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala selebihnya dimenangi DAP (10), PKR (4) dan Pas (1). - Bernama
Dun Negeri Sembilan bubar secara automatik Selasa ini

 LAHAD DATU : Puzzle hampir siap !
Posted on Thursday, March 21 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

" "Patriotisme adalah talian hayat sesebuah kerajaan yang sedang nazak"
Itulah kata pujangga dahulu yang dijenamakan semula oleh Tok Pepijat.
Nampaknya permainan "puzzle" hampir siap.
a) Gambar Anwar bersama Ketua MNLF untuk memadamkan gambar PMNajib bersama Kerabat Kesultanan Sulu.

b) Ucapan Tian Chua telah di"spin"kan untuk meniupkan semangat rasis.

c) Ucapan mantan Timbalan Panglima Tentera Darat di spin kan untuk menimbulkan kemarahan anggota ATM terhadap Datuk Ghafir.  Pendedahan Datuk Ghafir tentang bagaimana perisikan Tentera digunakan untuk politik UMNO amat merisaukan UMNO.Juga ugutan untuk mendakwa beliau oleh UMNO atas alasan kononnya mengancam keselamatan negara.

Selepas puzzle siap, kita beralih kepada permainan chess pula. Siapa yang checkmate dulu, dia akan menang !

LAHAD DATU : Puzzle hampir siap !

  Pasca Lahad Datu- Adakah kita menghadapi perang panjang
Posted on Thursday, March 21 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ahmadhadeed

"Kes Lahad Datu mungkin berakhir atau mungkin berlanjutan bergantung kepada dinamik konflik yang ada. Menjadi tugas besar perancang strategi negara mengurus konflik ini supaya ia tidak merugikan semua pihak dari segi nyawa dan aset. Ia akan menjadi berlanjutan jika Philipines atau proxy nya campur tangan untuk menuntut Sabah yang kaya dengan minyak dan gas.

Ramai terkejut dengan serangan beberapa ratus tentera Raja Sulu untuk menawan Sabah dan disokong secara moral oleh  MNLF dan sikap tak acuh Philipines. Rata rata analisis ketenteraan dan hubungan antara bangsa menganggap serangan ini hanya gelombang pertama yang bertujuan untuk melihat reaksi Malaysia dan menarik perhatian dunia kepada tuntutan keatas Sabah.Kalau dulu President Philipines yang menuntut tetapi sekarang Sultan Sulu yang menuntut.

Perlu diketahui bahawa Kesultanan Sulu sebenarnya de facto telah terhapus apabila Philipine mengistihar merdeka dari Sepanyol dan kemerdekaan Philipine hanya terhad kepada sempadan takluk Sepanyol buka termasuk kawasan takluk British. Kalau difikir lojiknya Sultan Sulu sudah tidak wujud saperti tidak wujudnya kuasa Ratu England pada bekas tanah jajahannya sekarang melainkan merdekanya Philipine diberi kepada Sultan Sulu memiliki seluruh Philipine bukannya diberi kepada rakyat Philipine. Kita pun pelik macammana Philipine masih bercakap tentang Sabah apabila Philipine hanya merdeka atas dasar jajahan takluk Sepanyol saja dan itu pun masih tidak mengambil kira persetujuan rakyat Mindanoa TawiTawi dan Sulu yang tak mahu di jajah oleh Manila saperti kes nya Aceh . Adakah Italy sekarang boleh menuntut England kerana England pernah di bawah Rom pada masa dulu dan kalau begitu seluruh Utara Afrika boleh di tuntut oleh Italy.
Walau apapun keadaan nya setiap orang boleh melancarkan perang dan Sultan Sulu memilih untuk berperang, bukan nya bersatu dengan Ummat Islam yang lain membantu kemiskinan Sulu Mindanoa dan kepulau Moro. Jika perang di pilih oleh Sultan Sulu maka perang lah lah di sambut oleh Malaysia dan rakyat Sabah yang telah merdeka dengan pungutan suara Cobbolt Commision 1962. Dalam pungutan suara Cobbold Commision  ini 80 persen memilih untuk bergabung dengan Malaysia bukannya Philiphine walaupun turut di beri pilihan. Kalau di fikir secara gentlement , Sultan Sulu mesti menghormati suara rakyat Sabah kerana berapa banyak kerajaan beraja akur dengan suara rakyat contoh nya Perancis. Mungkin desakan hidup dan ketagih kepada minyak dan gas sabah menyebabkan Sultan Sulu dan MNLF melulu dalam langkah perang nya. Mana tahu di izinkan Allah di Pulau Sulu dibawah takhta lama nya terpancar mimyak dan gas dan mungkin itu akan di ambil pula oleh Manila.
Pasca Lahad Datu menarik untuk di kaji dan kemungkinan besar perang gerila akan di lancar oleh pengikut Sultan Sulu dan golongan desperado saperti MNLF. Nauzubillah. Masaalah nya apakah perancangan Malaysia dalam scenario ini. Show of force dalam operasi sekarang tepat gunanya kerana ia adalah penting untuk menunjukkan kita serius menghadapi ancaman tetapi memerangi musuh yang menggunakaa war of attrition dan asymetric memerlukan taktik dan strategi berbeza. Campur tolak untuk menang peperangan sebegini perlukan special force dan battle of heart and mind. Perkara yang paling bahaya ialah memberi ruang tentera Sulu memasukki semula Sabah dalam keadaan berbeza dan menjadikan Timur Sabah sebagai medan perang fasa ke dua. Oleh itu segala agensi kerajaan perlu di kerahkan untuk memastikan hanya rakyat Malaysia sah berada di Sabah dan semua yang tidak sah di hantar balik walau pun mereka boleh datang kembali dengan secara sah. Segala penempatan haram mesti dikawal kerana ia menjadi sarang dan transit tetapi berhemah hendaklah di amalkan kerana ia melibatkan keluarga dan orang yang tidak berdosa. Kita mesti jangan menjadikan mangsa yang tidak bersalah bertukar menjadi aktivis sultan sulu bukan untuk mendapat sabah tetapi untuk membalas dendam, Inshaallah Allah bersama kita,,ameen 

 Hadir Program Politik : Sukarela vs Terpaksa
Posted on Wednesday, March 20 @ 23:26:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Amir_ziyad

"Sudah menjadi lumrah setiap parti akan mengadakan program politik masing-masing.Sama ada ianya dari pihak Barisan Nasional dan juga parti-parti komponennya atau pun darip pihakPakatan Rakyat.Bahkan termasuk NGO-NGO yangberkepentingan dan condong ke arah sesebuah parti politiksekarang ini juga ada membuat program-program mereka sendiri.

Tujuan program-program tersebut sudah tentulah bagi meraih sokongan dan menagih penyertaan orang ramai supaya hadir dan mendengar ceramah, tazkirah,syarahan, pidato danjuga kempen politik bagi sesebuah parti yang menganjurkan program tersebut.
 
Masalah utamanya di sini, adakah program politik yang diadakan tersebut dihadiri oleh orang ramai atas rasa sukarela atau dipaksa ?
 
Selalunya jika kita lihat secara fikiran yang waras, sikap hadirin dan juga sambutan yang ramai (crowd) di sesebuah program politik mencerminkan kepopularitian seseorang pemimpin atau pemidato politik tersebut atau pun kecenderungan hadirin untukmemilih parti yang dipimpin oleh pemidato politik tersebut.
 
Bukan setakat menulis di ruangan ini, saya sendiri juga ada 3-4 kali diarahkan oleh majikan untuk menyertai beberapa program kerajaan atau pun lebih tepat lagi sebenarnya ialah ‘program politik’ yang disembunyikan melalui tajuk programnya oleh penganjur.Saya bukanlah berpangkat tinggi sangat, namun jika adanya apa-apa program mereka akan memasukkan nama saya atas kapasiti ‘keutamaan’.Saya sebenarnya bekerja dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan bidang tugas saya lebih kepada teknikal dan kejuruteraan.

Di antara program-program yang pernah saya sertai  (atau diarah untuk menyertai) ialah Program Sambutan Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil pada tahun 2012, Program Hari Innovasi2012 yang diadakan di Muzium Negara, Program Generasi XY  2012 di Bangsar dan beberapa program lagi yang saya sudah lupamengenainya.
 
Persoalannya di sini, adakah saya hadir secara sukarela atau hadir secara terpaksa ?
 
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu pergi kepada prinsip.Ya,prinsip diri kita sendiri.Setiap orang mereka ada ‘standing’ dan pegangan mereka sendiri.Bagi saya, kehadiran saya menyertai program-program tersebut tidak lebih sebagai hanya memenuhi arahan dan permintaan majikan dan bukanlah saya secara sukarela teringin benar untuk menyertainya.Apatah lagi pula,sebahagian program-program tersebut merupakan satu 'kelebihan’ atau pun ‘token’ dalam memenuhkan aktiviti KPI saya pada penghujung tahun ketika penilaian prestasi dibuat.
 
Teringat saya, ketika suatu program dahulu, PM yang hadir.Lalu ada beberapa orang Ketua Jabatan yang mempelawa saya berdiri beramai--ramai (seiring) kiri dan kanan menyambut dan bersalaman dengan PM di suasana luar yang panas dan ramai-ramai ‘terpacak’ di situ.Saya dengan senyum menjawab,…’’tak mengapalah, saya ada barang yang dibawa (dibimbit di tangan),tak elok pula pegang begini..’’, jawab saya secara berhelah, padahalnya saya tidak sanggup menjadi ‘Pak Pacak’ di situ,dengan berpanas dan mengibar-ngibarkan bendera kecil disitu.Lalu saya beredar, dengan selamba.
 
Tapi lain pula kisahnya semasa program ‘Di Ambang Tahun2013’ di Dataran Shah Alam anjuran kerajaan Negeri Selangor, yang menampilkan pemimpin-pemimpin negeri dan juga diserikan lagi dengan program ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus pada penghujung tahun lepas, 2012.Saya rela berasak-asak,berpeluh-peluh, siap membawa  anak kecil pergi untuk bergambar dengan Exco Negeri dan juga sanggup duduk tanpaberalas/bertikar di bawah pokok mendengar tazkirah/ceramahUstaz Azhar Idrus.Bahkan, bukan saya seorang/sekeluarga,selautan manusia yang dianggarkan ratusan ribu orang jumlahnya, juga sanggup memenuhi Dataran Shah Alam dan padang awam untuk sama-sama mendengar ceramah dengan penuh kerelaan tanpa dipaksa atau diarah oleh sesiapa.
 
Di sini kita boleh bezakan secara jelas, sikap dan prinsip diri kita masing-masing.
 
Adakah kita hadir ke sesuatu program politik atas dasar hadir sukarela atau hadir terpaksa ?
 
Kita sendiri tahu jawapannya…
 
 Tibai vs Abu
Posted on Wednesday, March 20 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: notan

"Assalamualaikum...,
Tibai merupakan kempen UMNO untuk mengajak rakyat menolak DSAI sementara Abu ialah kempen untuk menolak UMNO.Mana lebih rasional? menolak parti atau menolak pemimpin individu ? Mana yang lebih utama untuk kita menyerang pemimpin secara individu atau menyerang parti? Secara spotan bagi seseorang yang waras ialah menyerang parti lebih afdal kerana parti itu yang membawa kerosakan kepada negara berbanding menyerang pemimpin individu terutama pemimpin yang sudah membuktikan dirinya tahan lasak dizalimi dan di gangnam oleh parti yang hendak ditolak itu.

tidak akan memberi apa apa kesan kepada perubahan negara.UMNO pula suka sangat dengan perkara perkara yang lucah, kerana itu mereka menganggap semua orang lain macam mereka, jadi tidak ada masalah buat mereka mencari bahan bahan lucah seperti fitnah besar kepada DSAI.Kemuncak dari fitnah itu lahirlah Tibai, satu perkataan yang membawa makna yang lucah. untuk mereka jadikan kempen menolak DSAI, lawan kepada kempen ABU dari PR. Tibai bermakna Tolak Individu bernama Anwar Ibrahim, dengan menjadikan Tibai sebagai slogan, maka menjelajahlah UMNO menerusi balaci balaci seperti Zul Nordin dan Hassan Ali meminta rakyat menolak DSAI.Alasannya, DSAI tidak bermoral dan bakal membawa negara ke lembah kehancuran.Pada UMNO, DSAI mampu menghancurkan negara secara individu kerana moralnya yang rendah dan kerana kesanggupannya menjual negara kepada kuasa asing.Itulah kempen UMNO menerusi balaci balacinya, pemimpin UMNO macam biasa tunjuk muka baik di depan TV!
UMNO mahu menjadikan rakyat Malaysia seperti Lembu Fidlot Sahrizat yang kerjanya cuma makan dan tidur tetapi rakyat bukan lembu(kecuali segelintir yang malas berfikir dan bekerja), kerana itu rakyat tanpa perlu disuruh akan mempersoalkan apa yang didakwa balaci balaci UMNO tentang DSAI.Kenapa DSAI boleh membawa kerosakan kepada negara secara individu? DSAI hanyalah seorang dari rakyat Malaysia yang berjumlah 27 juta, masakan DSAI  mampu menipu rakyat seramai itu? Malah sokongan yang diperolehi DSAI semakin besar sedangkan sokongan kepada Najib sebagai pemimpin utama UMNO semakin merosot sehingga  kini, masih belum berani nak buat PRUI3.
Kalau DSAI secara solo boleh menipu rakyat kenapa Najib tidak boleh? Faktanya, sebab apa yang didakwa dilakukan oleh DSAI adalah bohong semuanya, rakyat dapat melihat dan menilai, sebagai contoh klip video yang didakwa DSAI jelas bukan DSAI di mana dari berbagai bagai sudut, klip video itu jelas bukan original DSAI.Tidak syak lagi  fitnah tetapi balaci balaci UMNO seperti Zul Nordin dan Hassan Ali yang belajar tentang hukum hakam ugama turut tidak mengakuinya, apatah lagi pencacai yang tiada asas ugama! Maka bertebarlah fitnah dan seiring dengan itu, semakinlah UMNO ditolak rakyat.
Berbeza dengan Abu, yang mermaksud Asal Bukan UMNO, mengajak rakyat menolak UMNO dan sekutunya kerana sudah banyak kerosakan yang dilakukannya.Abu bukan mengajak rakyat menolak Najib atau mana mana pemimpin UMNO secara individu tetapi menolak UMNO secara total.Rakyat ditunjukkan kerosakan demi kerosakan yang dilakukan UMNO sepanjang lebih 50 tahun mereka memerintah negara dan kerana semua yang ditunjukkan dan didedahkan itu merupakan fakta, tidak sukar untuk rakyat yang tiada kepentingan menerimanya.Inilah hakikat yang tidak disedari UMNO kerana pada mereka rakyat sentiasa boleh dilembukan cuma dengan sogokan RM500-00 dengan menggunakan dana rakyat juga.
Itulah tahap pemikiran UMNO yang masih gagal menyelesaikan krisis Lahad Datu dan semakin terburai kelemahan UMNO sehingga kini gagal memberitahu rakyat siapa personaliti yang mahu ditemui oleh penceroboh.Pemimpin dan bekas pemimpinnya terus bermuka muka di depan kamera TV dan di depan wartawan upahan mereka, mahu menunjukkan merekalah hero rakyat sedangkan peristiwa semasa menampakkan kemungkinan ending Lahad Datu menjadi ending cerita Hidustan di mana nanti yang kelihatan baik  terdedah menjadi jahat dan sebaliknya.
Tibai bukan sahaja gagal tetapi menjadi sebaliknya, Tibai berubah maksud kepada Terima Individu bernama Anwar Ibrahim!

  Mengapa Mahathir ke Lahad Datu?
Posted on Wednesday, March 20 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: tokpepijat

" Mari kita lihat permainan "gabra" Mahathir.:
Gabra 1
Mahathir mengakui memberi IC kepada pendudyuk Sulu. Tetapi mendakwa ikut undang-undang.
Gabra 2
Mahathir suruh hapuskan Penceroboh Sulu.
Gabra 3
Mahathirr suruh lenyapkan Perkampungan Air.

Gabra 4
Mahathir berangkat ke Lahad Datu. Media barua menyiarkan Mahathir bersama angota keselamatan untuk menunjukkan Mahathir begitu bersifat patriotik.

Mengapa Mahathir beria-ia bercakap tentang Lahad Datu hinggakan sedaya upaya menjejak kaki ke sana?

i) Untuk menebus dosa kejahatannya memberi IC kepada penduduk Sulu Filipina.
ii) Untuk menebus dosa kejahatan membuat huru hara di Sabah ketika kekalahan Parti Berjaya ditangan PBS.

Biasanya jika dosa banyak, orang yang di ambang sore usianya menuju ke Mekah untuk berjinak-jinak dengan Pencipta.

Malangnya Mahathir di usia ambang sore menuju ke Lahad Datu untuk menebus pengkhianatannya terhadap Rakyat Sabah dan bumi Sabah.

Sepatutnya di ambang sore, kita mahu orang tidak meluat dengan kita.Tetapi tidak begitu untuk Mahathir.

Mengapa Mahathir ke Lahad Datu?


  Rosmah dakwa beliau berat hati terima hadiah barang kemas
Posted on Wednesday, March 20 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa dalam biografinya beliau berat hati untuk terima hadiah barang kemas yang mahal dari kerajaan asing sebagai tanda penghargaan.
Isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu menafikan membeli cincin berlian berharga RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.
"Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya," kata Rosmah dalam biografinya yang dilancarkan semalam oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Dan apabila telah diberi, saya pun memakainya. Takkan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia disimpan kaku dalam kotak simpanan," katanya lagi.
Rosmah (gambar) berkata Maira Nazarbayev - yang bakal menjadi besan beliau - menghadiahkan beliau 30.11 karat cincin berlian biru-kelabu di rumahnya semasa persiapan sempena acara pertunangan anaknya, Nooryana Najwa dan anak Maira, Daniyar Nazarbayev.
Keduanya bertunang di sini pada 2011. Rosmah berkata Maira adalah pelanggan tetap Jacob & Co., penjual intan berlian yang berpangkalan di New York.
"Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dan anak saya.
"Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura, kemudian ia dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2012," kata Rosmah.
Isteri PM juga mengakui beliau sering menerima hadiah seperti cincin dan jam tangan apabila bersama Najib melawat ke luar negara, sesetengah daripadanya mahal dan rekaan terhad. Rosmah menambah, adalah penting untuk kelihatan cantik.

"Memang ada barang perhiasan dan pakaian itu saya beli dengan duit sendiri, apa salahnya? Sebagai seorang wanita dan seorang isteri pemimpin, saya mesti kelihatan kemas dan menjaga penampilan diri.
"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana jika saya kelihatan selekeh, akhirnya saya akan dikritik," katanya lagi.
Rosmah turut berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan panggilan "Wanita Pertama".
"Mereka memanggil 'Wanita Pertama' kerana suaminya diberi tanggungjawab dan dipilih rakyat untuk memimpin negara.
"Saya rasa ia tidak sepatutnya dipertikaikan," katanya lagi.
"Untuk sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis, ketua negara dan kerajaan mereka ialah presiden, oleh itu isteri presiden digelar Wanita Pertama. Jika kita panggil Queen sebagai Wanita Pertama, itu bermakna kita merendahkan martabat baginda," kata Rosmah lagi.
Dalam biografinya setebal 180 muka surat, Rosmah turut berkata orang ramai mengharapkan beliau untuk menjadi lebih menonjol kerana peranan sebagai isteri PM sudah berubah.
"Apabila semuanya berubah, harapan orang ramai mengenai isteri perdana menteri turut berubah.
"Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih menonjol seperti di luar negara, ini kerana peranan dan fungsi wanita dalam memastikan keharmonian negara berkembang," katanya lagi.
Rosmah juga menafikan sebarang penglibatan tentang pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, dan berkata beliau berada di majlis berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam di Kuala Lumpur pada 19 Oktober, 2006, tarikh Altantuya dibunuh.
Biografi, yang ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abd Razak, menerangkan tentang zaman kanak-kanak dan zaman sekolah Rosmah, serta cabarang beliau berkahwin dengan perdana menteri.
Buku tersebut, termasuk menunjukkan beberapa gambar beliau semasa remaja dan dewasa, diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia.
Rosmah dakwa beliau berat hati terima hadiah baran



Tiada ulasan: