Ahad, 17 Mac 2013

TAKUT SANGAT ANWAR JADI PM...NAPE TAKUT SEGALA2 AKAN TERBONGKAR DAN TERBURAI KE

Perkom bantu rakyat dapatkan lesen memandu

Harakahdaily, 17 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin Selangor Dan Kuala Lumpur (Perkom) mencipta kejayaan apabila menjadi NGO pertama yang menjalankan program bantuan lesen memandu kepada ahli-ahli dan masyarakat yang berpendapatan rendah melalui tajaan badan-badan korporat.

Perkom berjaya mendapatkan tajaan dana dari beberapa badan korporat yang ingin membantu masyarakat miskin bandar dan berpendapatan rendah melalui Program Khidmat Sosial Masyarakat (CSR).

Dengan kerjasama Akademi Memandu Imkeda, Perkom mengadakan Majlis Pelancaran Lesen Tajaan Dana CSR korporat yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zairi Mat Ali, di Kajang minggu lalu.

Menurut Pengerusi Perkom, Mohd Solleh Ibrahim, program itu bertujuan mendidik rakyat agar lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang di jalan raya ekoran masalah kesalahan jalan raya yang semakin meningkat.

"Program ini juga bertujuan meningkatkan ekonomi rakyat  di mana dengan adanya lesen memandu dapat membantu masyarakat mendapat pekerjaan dan menjalankan perniagaan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarga ke arah yang lebih baik.

"Jika dilihat banyak  program yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menyedarkan masyarakat tentang kesalahan jalan raya tetapi tiada program sebegini dilakukan bagi menyelesaian  dan menangani masalah kesalahan jalan raya," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga menegaskan, Program Lesen Tajaan Dana CSR Korporat ini tidak boleh disamakan dengan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

Perkom jelasnya memberi bantuan sepenuhnya kepada ahli-ahli dan tidak mendapat sebarang dana dari pihak kerajaan, tetapi BL1M mengenakan bayaran sebanyak RM199 kepada penerima bantuan.

"Bagaimanapun program lesen memandu ini bergantung kepada dana tajaan yang diterima bagi meneruskan bantuan kepada ahli-ahli dan masyarakat berpendapatan rendah serta golongan miskin Bandar.

"Sehubungan itu Perkom berharap program yang dijalankan ini mendapat perhatian dari pihak Kerajaan dan badan-badan korporat yang berhasrat ingin meyalurkan bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan melalui Perkom dan menyeru agar semua ahli-ahli menyokong penuh dengan segala usaha murni yang dijalankan oleh persatuan," katanya.

Penyanyi rock terharu serah borang PAS

Hazayani Zakaria, 17 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone), Tajul terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR.

Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu.

"Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat.

"Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka.

"Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat.

"Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk.

"Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas.

"Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa.

Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.

"Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh.

Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang.

FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989.

FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

TG Nik Aziz bersila makan laksa

Salmah Mat Husain | Foto: Rizal Tahir, 17 Mac 2013

PENGKALAN CHEPA:
Perkara biasa bagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersila menikmati juadah pada satu-satu majlis keraian.

Tidak perlu hamparan permaidani sebagaimana lazimnya seorang Menteri Besar, Tuan Guru ‘bersedia’ bila dijemput.

Gambar ini dirakamkan pada majlis jamuan laksa bagi memungut derma untuk PAS Cawangan Pohon Kandis, dalam Dun Chempaka dekat sini.

Sumbangan diperlukan untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

Tuan Guru turut menghulurkan sumbangan derma peribadinya untuk tujuan itu.

Saya mahu ajak masyarakat buat perubahan - Yasin

Anis Nazri, 17 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi seseorang untuk meninggalkan segala kesenangan, lebih-lebih lagi bagi seorang artis yang penuh dengan kehidupan serba glamor.

Malah, terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan apabila seseorang artis itu memilih jalan yang berbeza dari rakan-rakannya.

Bagi penyanyi kumpulan Brothers dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman (gambar), beliau telah lima tahun merasai 'kehilangan' dari dunia arus perdana.

"Walaupun tidaklah disenaraihitam, tapi saya dapat merasakan sudah agak kurang di media perdana. Namun, saya percaya rezeki ada di mana-mana," ungkap beliau ketika ditemui di Malam Seni untuk Perubahan, di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Beliau yang membuat kemunculan sulung ketika di Konvensyen Pakatan Rakyat, bulan lalu menceritakan tentang dirinya yang sudah lama menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Cuma, baru-baru ini sahaja beliau menyertai PKR secara rasmi, dalam usaha menyampaikan mesej yang lebih bermanfaat kepada peminat seni tanah air.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak berminat menjadi wakil rakyat, sebaliknya lebih senang menyampaikan mesej dengan nyanyian bagi mengajak rakyat membuat perubahan, terutamanya rakan-rakan artis.

"Saya tidak berminat menjadi orang politik. Tak mahu jadi wakil rakyat. Saya akan menyumbang berasaskan bidang saya ini," tegas beliau.

Menyedari suasana hari ini yang tidak memihak kepada rakan artis jika memilih Pakatan Rakyat, Yasin berkata itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.

Namun, katanya ia bergantung atas kekuatan seseorang artis itu untuk membuat perubahan, di samping bersedia bagi menghadapi suasana tersebut.

"Kalau diikutkan, ramai lagi artis-artis di negara ini yang kuat menyokong Pakatan Rakyat, cuma mereka belum bersedia. Ada yang mempunyai keluarga, yang terpaksa menjaga periuk nasi mereka. Dan kita perlu hormati mereka," kata beliau.

Berpandangan perubahan yang dilakukannya tidak boleh memaksa rakan artis lain mengikut jejaknya, Yasin berkata perubahan terbaik hanya berlaku apabila ia datang dari hati dan bukannya ikutan semata-mata.

Dalam kesempatan itu juga, Yasin turut menyeru rakyat Malaysia dan rakan artis agar bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum itu, Yasin menyampaikan persembahan di hadapan kira-kira 5000 hadirin yang memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman, dengan mendendangkan lagu bertajuk 'Satu Perjuangan'.A
 
 
Anwar: 'Asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya'
Posted on Sunday, March 17 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Wartawan SH

Anwar IbrahimREMBAU – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal pihak lawan masih tidak jemu menggunakan isu sama untuk memburukkan peribadinya di mata masyarakat berikutan penyebaran gambar kontroversi terbaru yang dikatakan mirip wajahnya.
“Dulu perut buncit, tapi sekarang tak (dalam gambar kontroversi terbaru). Pihak lawan asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin akan terus dapat sokongan pengikutnya walaupun dilanda pelbagai kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya yakin, mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta bersolat hajat untuk membebaskan saya pada suatu masa dahulu dalam isu yang sama, akan terus berdiri teguh bersama saya," katanya sempena Program Jelajah Rakyat di Kampung Pedas Tengah, di sini, malam tadi.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Anwar terlalu sibuk berkempen dan tiada masa untuk lakukan semua itu.

Katanya, PR menganggap perkara ditonjolkan itu taktik lama BN menjelang pilihan raya umum.

Menurutnya, skandal itu tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Ahli Permatang Pauh itu menghadiri program-program PR.

“Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat.

“Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini,” katanya. Anwar: 'Asyik guna isu ini untuk jatuhkan saya'

  Teknik solekan boleh menyerupai Anwar sama seperti ‘Lincoln’
Posted on Sunday, March 17 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Rusnizam Mahat

Abraham_Lincoln_November_1863KUALA LUMPUR 17 Mac: Jika pelakon Daniel Day Lewis boleh disolekkan hingga wajahnya saling tak tumpah seperti Presiden ke 16 Amerika, Abraham Lincoln, apatah lagi dalam isu gambar menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli berkata, sama seperti gambar lucah terbaru mirip Anwar, teknik solekan penyamaran juga boleh dilakukan ke atas mana-mana individu untuk menyerupai ketua umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian mengulas isu gambar fitnah terbaru yang disebar blogger Umno, memaparkan individu mirip Anwar bersama seorang lelaki.

Kata Rafizi, bukan sesuatu yang asing dalam industri filem Hollywood mengguna teknik solekan bagi menghidupkan watak dalam sesebuah filem, khasnya filem biografi.
Lincon
Daniel Day Lewis selepas disolekkan
“Dengan special effect, make up dan teknologi baru dalam filem Hollywood, Lincoln dan Nelson Mandela boleh diklonkan.
” Daniel Day Lewis, rupanya langsung tak sama seperti Lincoln. Solekan pada wajah, janggut, latihan berjalan dan lain-lain digunakan untuk menjadikan rupa dan pembawaannya sama seperti Lincoln.
“Sudah tentu perkara yang sama boleh dibuat oleh mana-mana individu untuk menyerupai Anwar Ibrahim,”
“Kalau Hollywood boleh hidupkan semula presiden yang sudah mati, bukan lah satu  mustahil, malah perkara yang mudah untuk menghasil individu seperti Anwar. Apatah ia dirakam dalam video pendek dan hitam putih yang kualitinya jauh lebih rendah,” kata Rafizi.
Persoalannya, kata Rafizi, berapakah kos yang dihabiskan oleh musuh politik Anwar untuk menghasilkan individu yang kelihatan sama sepertinya?
“Sudah tentu ia memerlukan dana yang besar, disokong dan dibiayai orang tertentu. Dalam video fitnah pertama, ia dikeluarkan individu yang rapat dengan Umno dan Mahathir seperti Rahim Tamby Chik.
“Memang ada bukti tokoh Umno memainkan peranan yang cukup penting untuk
Daniel Day Lewsi
Daniel Day Lewis
mengeluarkan video fitnah seperti ini,” ujarnya menambah pelakon serupa digunakan seperti dalam video fitnah pertama yang dihasilkan di Thailand.
Tambah beliau, tidak mustahil lebih ramai lagi pimpinan KEADILAN akan menjadi mangsa Umno, termasuk dirinya sendiri dengan penghasilan video seumpama itu.
Bagaimanapun kata Rafizi, KEADILAN enggan melayan fitnah berkenaan kerana tumpuan kini adalah kepada isu melibatkan urustadbir negara.
“Reaksi rakyat akan lebih marah lagi dengan video ini kerana rakyat tidak berminat dengan fitnah peribadi. Hingga satu peringkat ada pemimpin Umno sendiri meminta supaya menghentikan fitnah ini kerana ia menimbulkan kemarahan rakyat,”
“Umno hanya mahu kita mengalih usaha dan tumpuan daripada isu lebih besar seperti rasuah dan kerosakan pentadbiran negara,” katanya.
Dalam filem Lincoln, arahan Steven Spielberg, Daniel Day Lewis disolekkan oleh jurusolek, Lois Burwell yang pernah memenangi anugerah Oskar, dan ia bukan sesuatu yang baru dalam industri filem Hollywood.
Di Malaysia, solekan penyamaran tidak kurang hebatnya. Ia pernah digunakan dalam filem-filem tempatan seperti filem Hingga Ke Hujung Nyawa yang menampilkan Erra Fazira sebagai seorang nenek berusia 78 tahun.
Dalam filem terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd itu, teknologi solekan silikon diguna untuk menghidupkan watak Erra sebagai wanita tua.
Manakala Cinta Kolesterol pula menggunakan medium latex atau getah khas untuk mengubah fizikal bekas Ratu Cantik Malaysia itu kepada gadis bertubuh gempal.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47605
Teknik solekan boleh menyerupai Anwar sama seperti ‘Lincoln’ »

Tiada ulasan: