Rabu, 20 Mac 2013

PUAK MEREKA PUN MARAH DAN MELUAT DENGANNYA...KITA SERAH PADA ALLAH MENGHUKUMNYA

Lagi Bukti Pengkhianatan Mahathir Terhadap Kedaulatan Negara
Posted on Tuesday, March 19 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: setisab

"

Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan, tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.

Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran kad pengenalan biru (IC).

Membuat pendedahan pada pada Forum ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ malam tadi, beliau berkata lebih 125,000 kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976 hingga April 1984. Borang pendaftaran, katanya, diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudian diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk diproses.Malah, katanya, beliau diarah menandatangani 500 borang HNR3 walaupun baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.

“Borang HNR3 adalah dokumen sah. Siapa yang bawa borang berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftar sebagai surat lahir (beranak),” katanya pada forum itu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Kata Hassnar, BN juga mengambil kesempatan atas peperangan di Jolo, selatan Filipina untuk mendaftar puluhan ribu pelarian termasuk warga Sulu menjadi warganegara Malaysia menggunakan borang HNR3.

Beliau percaya, ada 800,000 warga Sulu yang dijadikan warganegara Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.

Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988 selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998."


 Rosak budak2 sekolah..!
Posted on Tuesday, March 19 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abanag

"

Dr mahathir suruh budak2 sekolah meneladani perempuan boros. Rosmah mansor.

Dr M cadang edar buku Rosmah ke sekolah

Oleh Ram Anand
Malaysiakini


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

"Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.

"Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.

Penerbit buku itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosi buku itu sebagai penerbitan untuk membendung "penipuan dan cemburu" mengenai Rosmah.

Mahathir berkata beliau bersimpati dengan Rosmah kerana beliau juga menjadi sasaran penipuan dan serangan sebelum ini.

"Saya terbitkan memoir dan menulis perkara yang benar mengenai masa saya menjadi pemimpin. Namun, orang masih menipu mengenai saya," katanya. "


 UMNO tak mampu saingi kesungguhan PR!
Posted on Tuesday, March 19 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,,

PR dengan Bas dan Trailernya menjelajah menemui rakyat sedangkan BN/UMNO cuma mengharapkan TV dan akhbar tetapi perkembangan muktahir menunjukkan UMNO/BN semakin tertinggal, gagal menyaingi PR dalam usaha menyampai maklumat kepada rakyat. PR melakukan jelajah secara tersusun menerusi parti parti komponen dan NGO yang menyokongnya. Sementara BN bergantung penuh kepada UMNO untuk menyaingi gerakan PR yang teratur dan bersepadu.

Walaupun UMNO cuba menggerakkan NGO pro mereka di atas lori tetapi kerana ketiadaan tawaran yang baik kepada rakyat, hanya mampu memperlekehkan tawaran PR dan pemimpinnya. Akibatnya, jelajah lori ikan UMNO tiada sambutan dan terhad. Berbeza dengan jelajah PR yang semakin hari semakin menambah minat rakyat untuk mendengar. Akhirnya juga UMNO semakin tertinggal dan mula melakukan strategi filem hindustan dengan menggerakkan kumpulan samseng upahan mengganggu jelajah PR.

UMNO menggerakkan jenteranya yang terdiri dari kumpulan pencacai, penceramah upahan, jentera kerajaan, pasukan polis(termasuk polis bantuan) dan samseng upahan serta kumpulan gerila yang melakukan serangan hit and run, sementara pemimpinnya terus bermuka muka di depan TV dan di dalam liputan akhar penjilat. Ini sajalah yang mampu dilakukan UMNO untuk meraih undi demi mengekalkan kuasanya.

UMNO masih mahu dan berniat untuk menipu dalam PRU 13 nanti tetapi nampak gayanya UMNO masih tidak yakin segala bentuk penipuan yang pernah mereka lakukan dalam PRU lepas boleh dilakukan lagi. UMNO tahu bahawa hanya dengan penipuan mereka boleh menang. UMNO sudah hilang harapan kepada parti parti komponen BN yang kelihatan sudah lumpuh sebelah badan sejak PRU 12.

Peristiwa Lahad Datu tidak banyak membantu UMNO. Walaupun UMNO cuba mengambil kesempatan dari peristiwa ini dengan menghentam PR kerana tidak sayang kepada negara tetapi sikap awal mereka yang tidak mengajak PR bersama sama dalam mengambil keputusan untuk menghadapi penceroboh serta penemuan penemuan pengabaian aspek keselamatan di Sabah sebelum ini akhirnya akan menjadi kubur bagi UMNO. Walaupun mereka cuba menuduh Tian Chua tetapi tuduhan di mahkamah hanya menyebut UMNO dan pemberian IC kepada pendatang Sulu sebagai punca berlakunya pencerobohan di Lahad Datu.

Mungkin UMNO berbelah bagi untuk meneruskan tuduhan itu yang nampak tidak memihak kepada mereka, tetapi yang penting, dakwaan terhadap Tian Chua memberi laluan kepada NGO dan skuad samseng upahan mereka untuk beraksi dengan perlindungan pasukan polis. Tindakan penyokong PR di Permatang Pauh menghalang Zul Nordin memberi tamparan kepada UMNO. Mesej yang disampaikan dalam peristiwa ini ialah jangan sewenang wenangnya menggunakan harta rakyat dan peristiwa ini menunjukkan kekuatan PR. Kalau sebelum ini, UMNO rakus dan sombong menggunakan bangunan sekolah, dewan orang ramai dan balai raya untuk meghamburkan fitnah dan berbohong kepada rakyat.

UMNO sepatutnya sudah mendapat pengajaran dari peristiwa Permatang Pauh dan sudah mula mengakui ketidakmampuannya mengurus dan menjaga keselamatan negara. UMNO sepatutnya sudah mula membubarkan pasukan pencacainya yang sudah mula berdepan dengan saman pemimpin PR, pasukan samsengnya yang mungkin bakal berdepan dengan penyokong PR yang tidak diberi upah, begitu juga kakitangan jentera kerajaan serta anggota polis termasuk polis bantuan patut mengingkari arahan UMNO yang sudah mula menuju lubang kubur yang mereka gali. Kalau ada siapa yang enggan, maka bersedialah masuk lubang kubur bersama UMNO. "


 SPRM usul garis panduan kerajaan sementara
Posted on Tuesday, March 19 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"SPRM akan mengusulkan kepada kerajaan supaya ada garis panduan dalam pengurusan ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan penyalah­gunaan aset kerajaan, termasuk penggunaan kenderaan rasmi kerajaan untuk urusan rasmi dan juga pilihan raya.

Katanya, pada masa ini tiada peruntukan undang-undang dalam perkara tersebut. “Penggunaan kenderaan pada masa itu memang tidak boleh, tetapi sebelum ini ianya digunakan oleh semua parti, Barisan Nasional dan pembangkang, termasuk Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna semua pihak membuat perkara yang sama (iaitu mengguna kenderaan rasmi kerajaan),” katanya menjawab soalan penonton pada Wacana Sinar Harian Ke-12, yang bertanya sama ada menggunakan kenderaan kerajaan masa kempen pilihan raya adalah satu kesalahan.

Kerajaan sementara merujuk kepada pentadbiran sepanjang tempoh apabila Parlimen atau Dun dibubarkan dan sebuah kerajaan baru dibentuk hasil pilihan raya umum yang diadakan. Isu kerajaan sementara selalu dibangkitkan oleh pembangkang.

Sumber www.sinarharian.com.my



Wujud kerajaan sementara

KUALA LUMPUR: Badan pemantau antirasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M) berpendapat sebuah kerajaan sementara yang neutral perlu diwujudkan dan diketuai Ketua Setiausaha Negara sebaik saja Parlimen dibubar sehingga tamat proses pilihan raya.

Pengerusinya, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sedia ada dalam mengekalkan kuasanya. “Selain itu, penjawat awam juga tidak harus dibabitkan dengan mana-mana pihak dalam tempoh itu, selain liputan media yang adil kepada semua parti politik,” katanya di Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) di Parlimen, semalam.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dianggotai lapan iaitu wakil Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Alexender Nanta Linggi (BN-Kapit), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan P Kamalanathan (BN-Hulu selangor).

Sementara itu, pembangkang diwakili Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Anthony Lee (DAP-Rasah) manakala Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mewakili bebas. TI-M mengemukakan beberapa cadangan lain antaranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain beberapa agensi berkepentingan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melaksanakan penguatkuasaan ke atas wang yang dibelanjakan ketika pilihan raya bagi mengelakkan politik wang.

“Hasil kajian kita mendapati terdapat penggunaan wang mencecah jutaan ringgit bahkan ada mencecah hingga bilion ringgit ketika pilihan raya,” katanya yang mencadangkan peruntukan kewangan diberi kepada semua parti politik bukan kepada individu.

Katanya, masalah ini menyebabkan calon yang berwibawa, tetapi kekurangan sumber kewangan tiada peluang menjadi wakil rakyat jika politik wang diteruskan.

hmetro.com.my"


 Kenapa Rosmah persenda Sultan Pahang
Posted on Tuesday, March 19 @ 21:52:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"Rosmah3

Laman Rasmi PM


Rosmah2Hari ini pelancaran buku kesayangan Rosmah, Biografi Rosmah Mansor. Ia dilancarkan oleh Tun Mahathir di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang tadi. Ia juga diwar-warkan dalam Portal Rasmi Perdana Menteri Malaysia. Hebat!! masuk dalam portal rasmi kerajaan Malaysia. Hebat juga kerana Tun Mahathir sudi melancarkannya.
Aneh dan lawaknya, dua kali buku biografi tersebut dilancar. Alah…samalah seperti yang Samy Vellu buat sebelum ini di Sungai Siput, merasmikan jambatan lebih dari sekali apabila tiba pilihanraya.
Sebelum ini buku yang setebal 164 dilancarkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 10 Disember 2012. Kini ia dilancarkan sekali lagi… Hebat juga kerana ia dilancarkan oleh Sultan Pahang sambil menerima gambar Rosmah yang ada pada kulit buku tersebut.
Rosmah1Adakah Rosmah nak persenda Sultan Pahang? – Lagi

Read more: http://www.ekeleh.com/"



DS Nizar calon Changkat Jering
Posted on Tuesday, March 19 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter
Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di situ.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini malam tadi.

Pemimpin PAS negeri yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulamak, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Beh Heng Kin.

Ustaz Abu Bakar berkata, ia adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

"Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat," katanya.

Mengenai Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenal pasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.
 
"Ya, PAS Perak sudah kenal pasti calon yang sesuai, insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan," jelasnya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone 


 Kerusi BN Johor Bakal Goyang Kali Ini..Lihat gambar 50,000 warga Johor hadir.
Posted on Tuesday, March 19 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Lebih 50,000 menghadiri majlis sambutan 47 tahun DAP  " Ini kalilah.


DSAI, Lim Kisiang dam Mat sabu.. sebagai Pidato malam ni..


Takkan 5000 kut

Nukilan Abu Luqman..Sila KLIK SINI Untuk dapatkan maklumat/ berita selanjutnya"

Tiada ulasan: