Selasa, 26 Mac 2013

SEMUA AKAN TERBONGKAR KECUALI ALLAH TAK NAK BONGKARKAN DAN AKN HUKUM ORANG2 JAHAT DAN ZALIM

Zalim..!!! 40 Masjid dan Rumah Muslim di Bakar
Posted on Tuesday, March 26 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Orang Ni

Pembakaran masjid dan rumah-rumah Muslim Burma oleh ekstrimis Buddhis meningkat



MEIKTILA - Kekerasan di Burma (Myanmar) terus meningkat, sejumlah masjid dan rumah Muslim telah dibakar oleh gerombolan ekstrimis agama Buddha.











Menurut laporan yang disiarkan Onislam lebih dari 40 masjid dan rumah Muslim dibakar pada Sabtu (23/3/2013) malam di kota Yamethin.

Serangan baru ini berikutan keganasan yang berlaku di bandar Meiktila bermula pada Rabu (2/3 /2013), meninggalkan 32 orang meninggal dunia dan beribu-ribu pelarian kerana persekitaran mereka dihancurkan.

"Sebahagian besar rumah adalah milik Muslim," kata seorang pegawai di bandar Yamethin, dekat Naypyidaw, kepada Agence France-Presse (AFP) dalam keadaan anonimiti.

"Kes seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini di sini," katanya.

Rusuhan di Yamethin itu berlaku selepas beberapa jam sebelumnya seorang utusan PBB melawat jalan-jalan Meiktila yang kacau pasca serangan pembakaran dan menemui sejumlah pelarian Muslim dan Buddha.

Senarai masjid dan sekolah Islam yang hancur dibakar oleh pelampau Buddhis di Meiktila, Myanmar

Kekerasan terhadap Muslim di Burma tidak hanya terjadi di negara bahagian Arakan (Rakhine), kekerasan meluas ke bandar-bandar lain di negara majoriti penganut Buddha itu.

Sejumlah ekstrimis Buddhis tanpa alasan yang jelas membakar masjid-masjid,sekolah-sekolah Islam, dan rumah-rumah Muslim yang bermula pada Rabu (20/3/2013) yang mengakibatkan sejumlah orang terbunuh dan cedera, termasuk warga Buddhis sendiri.

Senarai Masjid dan sekolah Islam yang dihancurkan:

  • 1. Masjid Jami’ (daerah Ashaepyin, yang terletak di barat Bazaar)
  • 2. Masjid Bengali (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 3. Masjid Nyein Chan Yay (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 4. Masjid Turkish (terletak di daerah Yadanar Maung, Tat Nae, lapangan militer)
  • 5. Masjid Myoma (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 6. Masjid Hmanlone (a) Thiri Mingalar (Ka Gyi) (terletak di Thiri daerah Mingalar)
  • 7. Masjid Pakistan (terletak di Thiri Mingalar)
  • 8. Masjid Myo Oo (terletak di daerah Aung Zayyar)
  • 9. Masjid Nandawgone dan Lembaga bahasa Arab (terletak di daerah Nandawgone)
  • 10. Masjid Tharyargone (terletak di daerah Nandawgone)
  • 11. Masjid Chan Aye Tharyar (terletak di daerah Chan Aye Tharyar)
  • 12. Pyi Tharyar (selatan) and Pyi Tharyar (utara), Tempat Ibadah (terletak di daerah Pyi Tharyar)
  • 13. Masjid Mingalar Zayyone (terletak di daerah Mingalar Zayyone)
  • 14. Sekolah Arabia Mudia (terletak di daerah Thiri Mingalar)
  • 15. Lembaga Bahasa Arab Azizia (terletak di daerah Nandawgone)
  • 16. SMA Arabi (terletak di daerah Mingalar Zayyone)
Jumlah pelarian Muslim:

  • 1. Sekitar 6,000 (di kem-kem pelarian di Stadium yang terletak di daerah)
  • 2. Sekitar 8,000 (SMA Polis No. 1)
  • 3. Sekitar 3,000 (Pyi Tharyar - SMA Shan Tae, dekat dengan pangkalan penerbangan angkatan darat)
  • 4. Sekitar 3,500 - (melarikan ke kampung-kampung berdekatan dan Mandalay)
Jumlah korban tewas:
  • 1. Sekitar 130 (Muslim - 40 orang dapat dikenalpasti identitinya)
  • 2. Sekitar 30 (Buddha)
Sumber data: m-mediagroup.com

Sumber: orangni.blogspot.com


  Ahli UMNO Penganas sebenar di Lahad Datu.
Posted on Tuesday, March 26 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Isu pencerobohan atau pengganas di Lahad Datu menjadikan UMNO bersemangat dan ngos pembodek UMNO melonjak jiwa negara hanya bersifat sementara sahaja.

Siapa yang menceroboh? siapa yang kena ceroboh? siapa pengganas? siapa yang jadi pengganas?. Jawapan hanya satu sahaja penggansa, penceroboh atau dikatakn militan oleh barisan nasional atau pemimpin UMNO ialah ahli UMNO sendiri yang berada di Lahad Datu dan pemilik I/C atau warga negara express keturunan Sulu/Filipina.

Mengikut sumer berita di semua laman siber termasuk akbar arus perdana, pencerobohan yang dikatakan pengganas terjadi gara gara Ketua UMNO Sungai Nyamuk bernama Mat Bom atau Ahmad Malandi tidak berpuas hati tindakkan pihak kerajaan UMNO/BN mengambil alih tanah milik beliau dan keluarganya.

Mat Bom @ Ahmad Malandi ketua cawangan UMNO Sungai Nyamuk mendakwa kerajaan BN/UMNO Sabah berkerjasam dengan Bn/UMNO pusat merampas 1000 hektar tanah milik dan keluarganya untuk diserakan kepada FELDA.

Mungkin Mat Bom mahu melakukan tindakan merampas semula tanah tersebut sehingga berlaku perang "tentera sulu" dengan anggota keselamatan.

Secara mudah faham apa yang berlaku trajidi berdarah di Lahad Datu berpunca dari ketidakpuasan ahli UMNO sendiri yang berketurunan Sulu.

Mungkin kumpulan tersebut mahu mengadakan "reverse take over" ekoran kemarahan penduduk Lahad Datu berketurunan Sulu bersama ketua cawangan UMNO yang bernama Mat Bom atau Ahmad Malandi.

Walau bagaiman UMNO mengambil kesempatan isu Lahad Datu kononya yang menceroboh dan pengganas dari negara asing. Puncanya utama rakyat Sabah Malaysia keterunan Sulu."


 Gagal sediakan Manifesto, UMNO akan edar video seks Nurul Izzah.
Posted on Tuesday, March 26 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh AnakSgderhaka

Menjelang pilihanraya umum yang ke 13 ini, sebagai sebuah parti yang punya pengalaman memerintah negara ini selama lebih 50 tahun, UMNO/BN sepatutnya mampu menghadapi dan menangkis setiap isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat.

Dalam lain ayat.. hujah ditentang dengan hujah yang dibentangkan bersama-sama fakta untuk menyokong hujah mereka, bukannya sekadar bersandarkan kepada ayat untuk memperbodohkan Bangsa Malaysia.

Tetapi.. oleh kerana UMNO/BN menurut Tun Mahathir hanya dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh, maka mereka tidak mampu untuk menentang hujah dengan hujah.. ya lah.. dah bodo mana nak berani berhujah, nanti kena gelak pulak..

Bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 ini Pakatan Rakyat telah membentangkan Manifesto mereka namun UMNO/BN hingga kini tiada sebarang Manifesto.. mungkin kerana agenda mereka hanyalah memperbodohkan rakyat untuk merompak harta negara saja, jadi ianya tak perlu dihebabkan kepada rakyat.

Gagal menyediakan manifetso untuk dijadikan bandingan oleh rakyat dengan Manifesto Pakatan Rakyat.. UMNO akan mengeluarkan video lucah pula..

Kali ini menurut Saifuddin Nasution, dua video lucah yang kononnya dibintangi Nurul Izzah dan satu lagi video pula dibintangi oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid akan diedarkan sedikit masa lagi..

Saifuddin: Nurul Izzah, Khalid to be implicated in videos

Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar and Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim are among PKR leaders who stand to be implicated in new videos that may be released by Umno agents in the future, claims PKR secretary-general Saifuddin Nasution.

Saifuddin claimed that he had been shown "teasers" of the videos featuring Opposition Leader Anwar and his daughter Nurul Izzah (right) in Kuala Lumpur "two or three days ago".

He said that Umno agents used the videos as a warning to him, but Saifuddin said PKR is unfazed by the threats, as such things have become"bred and butter" issues for the party over the last 14 years.

Meanwhile, he said sources have informed him that a video on Khalid is also being "manufactured".

However, according to Saifuddin, the videos do not appear convincing. "We ask them (Umno) to debate, they refuse. We ask put up manifestos, they are busy releasing videos," he said, lamenting on the political culture of targeting the integrity of opposition leaders ~ Malaysiakini
Orang minta Manifesto.. diaorang sibuk nak keluarkan video lucah..

Jadi... Jika anda mahu negara ini menuju Negara Lucah Undilah UMNO/BN!!

Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com


  Anis Pengerang bakal gugat Azalina?
Posted on Tuesday, March 26 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh ibn_bacoks

JOHOR BAHRU – Anis Afida Mohd Azli, Pengerusi NGO Pengerang yang juga merupakan aktivis yang lantang memperjuangkan nasib rakyat diumumkan antara 22 calon dalam kalangan Muslimah PAS pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 akan datang.

Perkembangan terbaru itu barang tentu membuatkan penyandang kerusi Pengerang, Datuk Azalina Othman tidak keruan gara-gara projek RAPID mengakibatkan satu ledakan dan kejutan bakal dilakar.

Aktivis muda ini dijangka mampu memberikan saingan sengit buat Barisan Nasional setelah beliau diuji dengan pelbagai provokasi termasuklah dihadiahkan ‘batu nisan’ dan rumahnya disimbah cat baru-baru ini.

Dalam laporan Harakahdaily baru-baru ini menyebut PAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, dilaporkan berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

“Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi,” tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

“Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita,” tegas beliau.

Ketika ditanya tentang kuota 30 peratus yang dituntut, Dr. Mariah berkata ia belum mencapai peratus tersebut kerana ia turut merangkumi calon wanita daripada DAP dan PKR.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan mana-mana calon wanita yang menang pada pilihan raya umum ke-12 lalu, turut dicalonkan semula.

“Insya Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami,” tegas ahli Parlimen Kota Raja itu.

Sumber: ibn75.wordpress.com


 RCI Lahad Datu bukan sekarang, kenapa? Anwar tak terlibat ker?
Posted on Monday, March 25 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Hisyamuddin Hussein minggu lepas mengumumkan RCI pencerobohan Lahad Datu akan dibentuk di mana pengumumannya akan dibuat oleh Najib pada hari ini. Tetapi hari ini, Hisyamudin dilapurkan berkata RCI Lahad Datu bukan sekarang masanya, yang penting memastikan keselamatan Sabah terjamin dulu.

Bijak Hisyamudin bermain kata kata! RCI tidak jadi ditubuhkan, bermakna hilanglah peluang untuk melibatkan DSAI dan pemimpin pembangkang dalam kes pencerobohan sekaligus akan memalukan hassang jati Ali yang menjelajah dengan lori ikan memberitahu orang ramai DSAI adalah dalang Lahad Datu!

Hisyamudin mungkin terlepas cakap atau mungkin Najib berubah fikiran kerana gagal mengaitkan DSAI dalam kes ini serta mungkin juga akan menyebabkan terbongkarnya sesuatu yang tidak Najib ingini.

Najib menikus dalam isu ini dan dibiarkan Hisyamudin kletong rakyat dengan membelit belit lidahnya kononnya keselamatan rakyat Sabah diberi keutamaan. Sejak bila keselamatan rakyat Sabah diberi keutamaan? Bukankah rakyat Sabah cumalah fixed deposit untuk BN dan Najib? Tak perlu difikirkan keselamatan rakyat Sabah sekarang, lagipun sudah terlambat kerana keselamatan rakyat Sabah sepatutnya sudah lama dijamin. Penempatan semula juga tidak perlu kerana sepatutnya dilakukan lama dulu.

RCI juga tidak perlu sekarang kerana bukan keselamatan rakyat Sabah tetapi risiko yang terpaksa diambil Najib amat tinggi. RCI projek ICpun sudah tidak tertanggung oleh Najib sehingga terpaksa ditangguhkan selama 6 bulan serta memberi peluang kepada SPR untuk tidak membersihkan daftar pengundi sehingga selepas PRU13.

Apa yang diperlukan Najib sekarang ialah menang PRU13 dengan Sabah masih dianggap negeri yang bakal memberi banyak kerusi kepadanya. Selagi Sabah masih dihubungkan melalui jalan sungai, maka selagi itulah Najib berpeluang meraih kemenangan kerana Najib mempunyai banyak ruang untuk menjalankan penipuan sekalipun IC pendatang asing diambil kembali!

RCI Lahad Datu tak perlu selagi Najib tidak menang PRU13 dan mungkin tak akan perlu selepas Najib menang tetapi mungkin perlu kalau Najib kalah PRU13."


 Nama Kg Penajis perlu ditukar ke Penajuh
Posted on Tuesday, March 26 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"

KENYATAAN AKHBAR PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU).

25 Mac 2013 -Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Tempat ini adalah tempat yang penuh bersejarah dimana tempat ini ialah tempat pertabalan empat orang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bermula dari Yamtuan Besar yang pertama iaitu Raja Melewar pada tahun 1721 H, Raja Hitam 1 pada tahun 1795 H, Raja Lenggang Laut pada tahun 1808 H dan Raja Labu atau Yamtuan Sati pada tahun 1826 H.

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota menyarankan agar nama tempat ini ditukar ke Penajuh agar ianya bersesuaian dengan sejarah tempat ini sendiri.

HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM

Penyelaras PAS DUN Kota

http://rembau-hari-ini.blogspot.com"


 Bukti Umno menang banyak kerusi....
Posted on Tuesday, March 26 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: Dukunpasir

"
Seperti yang diberitahu, kami di Kantoi Identiti tidak akan mendedahkan sesuatu tanpa bukti, kerana dengan bukti ianya tidak boleh dipanggil FITNAH, juga tidak boleh dipanggil ANDAIAN PALSU......

Memang ada yang akan bangkang kenyataan ini jika dilihat pada sokongan rakyat pada PR semakin hebat ......ditambah pula dengan KURANG KENYAKINAN PRESIDEN UMNO merangkap Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen, TAPI MACAM MANA UMNO BOLEH MENANG?? ...... Jangan kita lupa......sokongan rakyat bukan PENENTU JUMLAH UNDI.....berjaya atau tidak PENENTU NYA IALAH SPR......SPR yang akan mengira jumlah undi...bukan lagi RAKYAT kerana rakyat cuma boleh mengundi bukan MENGIRA UNDI......Fahami fakta ini sebaik mungkin!

Jangan juga kita lupa dan alpa.....MENDAPAT KUASA DAN BERKUASA adalah ibarat nyawa KEDUA pada seseorang yang sedang berkuasa........Jangan ingat MUDAH KUASA ITU HENDAK DILEPASKAN......Jangan ingat TIADA PEMIMPIN yang MENANGIS SEBULAN KERANA HILANG KUASA.....

LIHAT kerja keras Perdana Menteri sekarang?? ADAKAH BUKTI BUKTI MENUNJUKKAN DIA TIDAK TAKUT HILANG KUASA?? Siang malam beliau kesana kemari bagi MENDAPATKAN UNDI...Adakah kita terlena disini?

Dua bukti diatas mungkin dapat dipertikai jika dimatikan dengan FAKTA "ALLAH LAH SEBAIK BAIK PERANCANG" ........tetapi MACAM mana pula dengan bukti dibawah ini YANG PENULIS AMBIL DARI PELBAGAI SUMBER........

BUKANKAH INI MEMBUKTIKAN UMNO SUDAH MENANG BANYAK KERUSI.....













Ehhh!! Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...........Hahahaha

LAGI YANG PANAS DISINI"


  [BONGKAR] Konspirasi Mega Freemason, Mahathir, Daim terhadap Anwar !
Posted on Tuesday, March 26 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: hijabulcrewz

"Mungkin ramai sebelum ini mengatakan teori konspirasi dan freemason hanyalah sekadar teori semata-mata. Ramai yang skeptikal dengan teori ini. Namun, adakah anda tahu sebenarnya Freemason melalui proksi-proksi mereka sebenarnya sedang mencorak sistem politik, ekonomi dan sosio-masyarakat di negara kita?

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mengatakan dirinya tidak mempunyai masalah dengan Anwar Ibrahim sehinggalah pemimpin KEADILAN itu menuduhnya sebagai ketua konspirator yang menyebabkan dirinya tersingkir dari kerajaan.

Menurut Daim lagi, sebelum Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau agak rapat dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu dan pernah bertindak memberi tunjuk ajar kepadanya tentang hal ehwal pengurusan ekonomi.

“Baiklah, jawapan saya kepada Anwar — saya bukan Cassius. Saya mungkin kurus tetapi saya bukan kemaruk. Pastinya saya juga bukan Brutus,” kata Daim dalam satu wawancara bahagian kedua bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini.

“Apabila Anwar mendakwa yang saya adalah konspirator, beliau tahu hal sebenar bahawa saya tidak memainkan peranan, apa juga peranan pun,” tambah beliau lagi.

Daim juga menafikan tuduhan Anwar beliau membawa keluar RM2 bilion wang tunai dengan pesawat.

“Tentulah saya seorang yang bodoh dan berapa banyaklah wang tunai RM2 bilion? Mungkin memerlukan beberapa buah lori untuk mengangkutnya,” tambah Daim lagi.

“Bagi penyokongnya, biarpun jika beliau memang melakukan apa yang beliau dituduh, walaupun di depan mata mereka, mereka tetap tidak akan percaya. Bagi mereka semuanya konspirasi,” katanya.

Daim merupakan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001.

Anwar merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Beliau meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai Umno yang dipimpin oleh Mahathir pada 29 Mac 1982 sehingga menjawat jawatan timbalan presiden Umno pada 1996 sebelum dilucutkan jawatan dan keahlian Umno pada tahun 1998.

Persoalan yang timbul adalah, mengapa baru sekarang semuanya mahu dibongkar sedangkan Anwar sudah lama mendedahkan Daim adalah antara tiga pemimpin Umno yang berusaha keras menyingkirkannya semasa fitnah liwat pertama pada 1997.

Apakah niat Daim hanya untuk mempertahankan diri atau terpaksa menjadi 'pencacai atasan' kerana sudah mengetahui BN akan kalah dalam pilihanraya umum nanti?

Mengapa Daim tidak menafikan satu transkrip yang bocor semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 5 November 1998)?

Cukuplah Daim, jangan kamu terus menabur fitnah kerana tiada apa lagi yang tertinggal bila Umno hilang kekuasaan di Putrajaya!

(Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Mohamed Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November 1998. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat UMNO)

Nota: Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan dipenjarakan pada 14 April 1999.

"Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya.

Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar.

Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini.

Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.

#Sila klik ini untuk sambungan pembongkaran ini:- hijabulcrewz.blogspot.com"


 Gambaq yang paling Umno takut...
Posted on Tuesday, March 26 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: paklongdin

"Salam semua...

Pak Long pun ada dengaq jugak parti DAP tu nak kena gantung. Tak berapa perasan ataih alasan apa tapi dah dekat nak pilihanraya ni besa la, Mak Long hang mesti kata ni semua kes Umno busuk perut punya... hehe...

Tak kata kat Mak Long hang la, dah jelaih tindak tanduk Umno memang nampak macam busuk perut.

  • Dah bertahun depa bagi IC kat puak-puak Filipina, tetiba Anwar pulak yang kena..? Awat yang tak pi luku kepala sapa yang mula tempah bala..?

  • Kononnya tau lama dah Anwar buat maksiat, time nak pilihanraya baru nak tunjuk kat rakyat..? Awat yang tak cekup time dia tengah buat..? Rakam pandai nak cekup tak pakai akai..?
Sebenaqnya, Umno ni guna cara penjajah. Biaq berpecah belah baru senang nak perintah... Depa guna orang masjid time mati ngan kenduri arwah ja. Nak rasmi mesyuarat kariah pun tak layak... Tang depa buat apa pun tak pa. Kekononnya dunia neh depa punya, akhirat depa serah kat orang tua-tua... Time nak ngundi pandai pulak mai pegang lutut, babun betoi...



Macam tu la jugak depa nak buat kat Pas ngan DAP. Selagi depa-depa ni bertaut erat dalam Pakatan Rakyat, selagi tu la kepala Umno bertambah berat... haha...

Pakat terkejut beruk habih depa bila DAP kata depa nak guna tiket Pas ataupun PKR dalam pilihanraya neh kalau la DAP kena gantung...

Padan muka depa. Usaha depa nak jajah minda rakyat jelata jadi sia-sia. Gambaq neh jawapannya... Sebab tu la Umno cukup takut bila Karpal ngan Nik Aziz boleh duduk berlaga lutut... haha...

Keberanian yang sebenaq macam ngan sebuah wau. Hentaman angin bukan jatuhkan dia ke bumi sebaliknya menjulang dia lebih tinggi... Huh, dijamin Umno akan demam tak kebah...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/"


 Bekas isteri Papagomo jadi saksi Husam
Posted on Monday, March 25 @ 18:28:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Harakahdaily
KOTA BHARU: Bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau lebih dikenali dengan blogger Papagomo turut dinamakan sebagai saksi kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.



Selain itu seorang lagi ahli keluarga terdekat Papogomo, Rohman Deraman yang berasal dari Pasir Puteh turut dinamakan sebagai saksi.


Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, saksi-saksi lain termasuk blogger, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana kesemuanya tujuh orang.

Manakala peguam Jasbeer Singh yang mewakili defendan memberitahu pihaknya hanya bercadang mengemukakan seorang saksi. Beliau turut dibantu peguam Parvinder Kaur.

Kes tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa.

Husam yang juga saksi pertama kes tersebut memberitahu mahkamah blogger terbabit tidak pernah mengikuti rombongannya ke China.

“Namun dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina.

“Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh.

“Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.

Sebelum itu hakim menegur defendan kerana tidak hadir pada perbicaraan tersebut.

Pada 6 Disember 2011 defendan melalui blog http://www.papagomo.com menyiarkan berita bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’.

Defendan yang kini tinggal di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Sebelum itu peguam defendan memohon menangguh kes tersebut bagi mendapatkan perintah daripada anak guamnya, namun ditolak mahkamah.

Peguam defendan juga menyifatkan pernyataan Husam dengan menyebut enam lagi saksi bagi mengesahkan identiti Papagomo, disifatkan sebagai hanya sebagai hearsay.

Namun hakim memberitahu pihak plaintif akan mengemukakan saksi tersebut pada perbicaraan itu dan mahkamah dapat menilai hujah mereka nanti.

Sementara itu pada sambung bicara kes Husam menyaman seorang lagi bloger mesra Umno, Mohamad Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari, memindahkan kes tersebut ke Pulau Pinang ditolak mahkamah dengan kos.

Sebelum ini mahkamah juga menolak dengan kos permohonan defendan  meminda peryataan pembelaan.

Defendan disaman Husam ekoran artikel disiarkan dalam blog “parpukari.blogspot.com”. Parpukari production mempersembahkan kisah cinta terlarang dua benua pada 19 Febuari 2012.Hrkh

Tiada ulasan: