Jumaat, 22 Mac 2013

JANGAN KITA AMBIK RASIKO KERJAYA TAK KIRA HALAL HARAM

Lagi krisis air di Pahang, penduduk berdemo

Khairil Abdul Rahim, 21 Mac 2013

Penduduk berdemo di hadapan Loji Air Kampung New Zealand.

MARAN: Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka.

Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk semalam tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang (Paip) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu.

“Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk

“Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan.

“Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa,” keluhnya.

Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebrsihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna.

Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.

“Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor dan berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.

“Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah.

“Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak,” jelasnya.

Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama.

Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen.

Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi.

“Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu.

“Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah,” katanya.

Kawasan Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit dan Parlimen Maran

SPM 2012: Pemuda PAS WP ucap tahniah

Harakahdaily, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang telah memperolehi keputusan cemerlang yang diumumkan hari ini.
“Tidak lupa, DPPWP juga mengucapkan tahniah kepada calon SPM 2012 dari Wilayah Persekutuan.

“Semoga dengan keputusan yang cemerlang ini menjadi pemangkin untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi lagi,” ujar ketuanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, DPPWP juga ingin mengucapkan tahniah kepada 5 buah sekolah WP yang mendapat kategori cemerlang iaitu SM Sains Alam Shah, SM Sains Seri Puteri, SM Sains Selangor, SMA Majlis Agama Islam WPKL dan SMK Aminuddin Baki.

Katanya, DPPWP mendoakan agar semua calon-calon SPM 2012 ini berjaya memperolehi tempat di universiti-universiti tempatan dan luar negeri.

Kepada yang tidak berjaya, ujar beliau jangan berputus asa kerana peluang masih ada dan terbuka pada masa hadapan.

Seramai 15,793 calon SPM memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 15,079 calon pada 2011 dengan peningkatan sebanyak 0.13 peratus.

Namun begitu, pencapaian keseluruhan calon turun sebanyak 0.04 mata berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata berbanding 5.04 mata tahun sebelumnya.

Calon yang memperolehi gred cemerlang pada tahun 2012 meningkat berbanding pada tahun 2011.

P36 K Terengganu: Kawasan politik bergelora

Zulkifli Sulong, 21 Mac 2013
Kuala Terengganu adalah salah sebuah bandaraya di Malaysia. Namun ramai tertanya-tanya, apakah benar Kuala Terengganu sememangnya berstatus bandaraya.

Ketika pengisytiharannya, Kuala Terengganu dijolokkan sebagai Bandaraya Pesisiran Pantai. Sebagaimana pantainya yang sentiasa dihempas ombak besar kerana berhadapan dengan laut Cina Selatan yang bergelora, politik di ibu negeri Terengganu ini juga penuh gelora.

Kerana hempasan ombak yang kuatlah, sepanjang pantai Terengganu bersih berbanding dengan pantai di barat Semenanjung yang pantainya lebih berkelodak.

Sebagaimana bandar-bandar utama di negara ini, Kuala Terengganu juga kini dikuasai arus perubahan. Walaupun BN menang dalam pilihan raya umum 2008, namun dalam pilihan raya kecil di tahun yang sama, kerusi ini dikuasai oleh Pakatan Rakyat melalui PAS.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut memenangi kerusi itu dalam pilihan raya kecil  yang diadakan pada 17 Januari 2009.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali bin Ismail pada 2 Disember 2008. Dalam pilihan raya itu, Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam telah menang dengan majoriti 2,631 mengalahkan Datuk Wan Mohd Farid, calon BN.

Dalam pilihan raya umum 2008, Datuk Razali menang dengan majoriti 628 undi mengalahkan Haji Mohamad Sabu (PAS) dan Maimun Yusof (Bebas).

Sememangnya Umno dan PAS saling bertukar ganti di Kuala Terengganu. Pada pilihan raya tahun 1990, kerusi ini dimenangi oleh Datuk Manan Othman dari parti Melayu Semangat 46. Namun pada tahun 1995, ia dirampas kembali oleh Umno.

Dr Syed Azman Ahmad Nawawi kemudiannya pada tahun 1999 memenangi kerusi ini tetapi calon PAS kalah kembali dalam pilihan raya 2004.

Kini wakil rakyat yang sah di sini adalah Mohamad Abdul Wahid Endut. Memandangkan beliau juga Adun Wakaf Mempelam, ramai yang beranggapan Wahid tidak akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya ke 13 ni. Beliau akan mempertahankan kerusinya di DUN Wakaf Mempelam itu.


(Keputusan pilihanraya umum 2008 di Kuala Terengganu)

Selain Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu mempunyai tiga lagi DUN iaitu Ladang (PAS - Datuk Tengku Hassan), Batu Burok (PAS - Dr Syed Azman Ahmad Nawawi) dan Bandar (BN - Toh Chin Yaw).

Ini bermakna, tiga dari empat Adun di bawah Parlimennya adalah dari PAS. Dengan kebangkitan golongan pengundi Cina sekarang, calon PAS Parlimen Kuala Terengganu dijangka akan menang dalam pilihan raya ke 13 ini.

Sehingga kini beberapa nama disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini. Antaranya arkitek terkemuka Datuk Raja Kamaruil Bahrin Shah Raja Ahmad.

Selain beliau, orang ramai masih menyebut bekas anggota Parlimennya, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dan juga Abdul Wahid sendiri.

Di pihak BN pula, nama Datuk Wan Mohamad Farid dikatakan mula kendur ekoran kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang lalu.

Nama yang paling popular kini adalah Cikgu Zuber Embong, pegawai kanan di Jabatan Pelajaran negeri Terengganu. Nama beliau pernah naik untuk mewakili BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 lalu namun tidak kesampaian.

Namun apakah Zuber bersedia atau tidak menjadi persoalan kini. Ini kerana, beliau dikatakan pegawai yang berpotensi untuk menjadi Pengarah Pelajaran Negeri di samping kesibukan beliau dalam menyelesaikan PhDnya.



ISU-ISU


Menjelang pilihan raya kali ini, PAS mempunyai isu yang terlalu banyak untuk dihamburkan kepada pengundi dalam pilihan raya kali ini. Datuk Raja Bahrin antara tokoh besar yang sedang mengayak segala isu ini di kalangan masyarakat.

Cadangan kerajaan BN mahu merobohkan Pasar Payang bakal menjadi isu yang membakar seluruh jiwa penduduk Kuala Terengganu. Ia lebih dirasai oleh peniaga pasar dan juga para pekerja industri pelancongan di Kuala Terengganu.

Ini kerana Pasar Payang kini setaraf dengan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu dan Pekan Rabu di Alor Setar yang menjadi pusat orang Melayu berniaga. Dengan robohnya Pasar Payang, bermakna robohlah ikon pusat perniagaan orang Melayu di negeri ini.

"Apa yang orang Melayu nak berniaga dalam pasar empat tingkat berhawa dingin nanti?" tanya Raja Bahrin dalam satu majlis di Bukit Besar baru-baru ini.

"Sudah tentu tidak sesuai dengan peniaga ikan, kuih  mueh dan buah-buahan yang berniaga di Pasar Payang sekarang. Di sana nanti tentulah pemilik pasaraya besar akan masuk," kata beliau menambahkata.

Kerajaan Terengganu mengumumkan perobohan Pasar Pasang untuk dibina hotel lima bintang dan kondo mewah di atasnya.

Walaupun Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengumumkan dalam sidang medianya pada 20 Februari 2013 perobohan ini disokong oleh persatuan peniaga pasar itu, ia berbeza dengan memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri tiga hari selepas itu.

Pada 23 Februari, satu memorandum bantahan di hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di depan Ahmad Said. Ia ditanda tangani oleh 22 persatuan peniaga di Terengganu termasuk Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Terengganu.

"Ke mana MB nak letak muka," kata Raja Bahrin kepada Harakahdaily.

Selain Pasar Payang, isu pemusnahan kampung-kampung Melayu di bandaraya Kuala Terengganu juga bakal menjadi panas. Kampung Ladang dan Kampung Tanjung adalah dua kampung Melayu utama di Kuala Terengganu.

Kisah Kampung Ladang Tok Pelam yang bakal dimusnahkan untuk memberikan laluan kepada projek pembangunan juga bakal menjadi isu yang merobek hati dan perasaan penduduk Kuala Terengganu. Ini kerana flat 18 tingkat Ladang Gemilang yang dibina sangat tidak disenangi penghuninya.

Kisah pencerobohan Lahad Datu oleh tentera Kesultanan Sulu juga merobek hati penduduk Kuala Terengganu. Ini kerana, mereka pernah di'serang' oleh 'bot people' dari Vietnam yang datang ke pantai mereka pada  1975.

Namun mereka masih ingat, tentera Malaysia yang mengawal kemasukan 'bot people' ini walaupun mereka hanya terdiri dari orang awam iaitu kanak-kanak, wanita dan prang tanpa senjata.

Ia berbeza sekali dengan pencerobohan tentera Sulu yang masuk dengan senjata tetapi bukan tentera yang menguruskan mereka menyebabkan sekurang-kuranya 10 polis dan anggota tentera terbunuh.

Pada 29.8.1988 Malaysia dan Vietnam telah mengeluarkan pernyataan bersama mengenai persetujuan kedua-dua negara mengatasi masalah pelarian Vietnam ke negara ini dan pulau Bidong ditutup.

Blogger seks Umno bersalah kes rasuah?

Harakahdaily, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.

Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.

Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.

Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.

Berikut adalah maklumat penuh:


Pangkalan Data Pesalah Rasuah

No Pengenalan Diri    :    RF 142863
Nama   : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes  : B-06B-68-2011
Mahkamah    : 
Hakim   : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan     : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela    : Samsul Sulaiman
Kesalahan    : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina                : Lelaki
Warganegara    : Malaysia
Negeri                : Selangor
Kategori    : Penjawat Awam
Majikan                : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan     : Koperal
Tarikh sabitan    : 06/09/2012

Pertuduhan :

Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "


Hukuman :

"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"

Air percuma: Tindakan kerajaan PR S'gor selaras PBB

Salmiyah Harun, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Tindakan proaktif kerajaan Selangor memberi air percuma kepada rakyat adalah selaras dengan kehendak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan bahawa air adalah hak mansia dan ianya tidak boleh dikomersilkan ataupun dipolitikkan.

Pengerusi Lajnah Air dan Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar berkata, tindakan mengkomersilkan agensi air untuk keuntungan semata-mata adalah satu tindakan yang tidak bertanggjawab dan melanggar hak asasi manusia.

Katanya, mana-mana kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan air untuk mendapat keuntungan semata-mata kerana ianya bercanggah dengan PBB.

Malangnya, kata beliau, langkah kerajaan Malaysia yang mempolitikkan air adalah satu tindakan silap seperti yang berlaku di Selangor di mana kerajaan negeri menghadapi masalah untuk mengambil alih syarikat yang mengendalikan air di negeri itu.

Bersempena Hari Air Sedunia yang akan disambut pada 22 Mac 2013, ianya merupkan program yang dianjur dan disambut oleh PBB kerana Plan Agenda 21.

Agenda 21 adalah plan tindakan yang diguna pakai di Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Jeneiro Brazil semenjak 1992

Ia adalah pelan tindakan untuk mengawal aktiviti manusia yang mungkin memberi kesan kepada alam sekitar.

Sehubungan itu, Zulkifli melahirkan kekecewaan di atas sikap kerajaan pusat yang tidak menyediakan peruntukan besar untuk menyelesaikan masalah air di seluruh negara seperti yang berlaku di Pahang, Sabah Sarawak, Johor dan lain-lain.

"Misalnya di Sabah hasil lawatan kerja lujnahnya mendapati 40 peratus rakyat Sabah yang menikmati bekalan air dan kualiti air amat membimbangkan," katanya.

Oleh yang demikian, katanya amat bersetuju dengan janji Pakatan Rakyat yang akan memberi keutamaan soal keperluan asas seperti air dan lain-lain di mana komitmen Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan putrajaya sebarang pembangunan akan memberi keutamaan kepada soal kepentingan alam sekitar dan kehidupan lain.

Bagaimanapun,  apa yang berlaku hari ini katanya, penyediaan bajet yang tidak seimbang malah tidak diberi keutamaan dalam bajet 2013 menyebabkan banyak negeri menghadapi masalah air yang tidak mencukupi.

Beliau berpendapat sekiranya peruntukan sebanyak RM15 billion disalurkan ianya boleh membantu mengatasi masalah air di seluruh negara termasuk penyediaan infrastruktur dan teknikal penjagaan kawasan sumber air.

"Kita berharap atas kesedaran sambutan kali ini akan membantu menjaga sungai-sungai kita yang dicemari di mana negara-negara maju seperti Jerman dia mampu menjaga sungai dengan baik sehingga air sungainya boleh minum," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.

Sebelum ini, Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat telah menganjurkan beberapa siri program sebelum ini khususnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dan isu-isu yang boleh menjejaskan sumber air.

Antara siri program yang iaitu mengadakan program hijaukan bumi di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Lujanah  juga telah mewujudkan deklarasi air  bersama dengan gabungan Ngo Solidariti Hijau yang menggabungkan 80 Ngo berdaftar dalam negara.

Di antara dekralasi ini ialah memberi penekanan kepada pihak kerajaan dan masyarakat supaya sentiasa melindungi sumber air,  kedua, air adalah merupakan hak asasi manusia yang diiktiraf oleh PBB yang mana setiap rakyat berhak mendapat bekalan air yang bersih, ketiga sebarang pembangunan yang merosakkan kawasan tadahan dan sumber air dan sungai mestilah dikawal dan diselia dengan baik dan keempat, air tidak boleh dipolitikan kerana sudah menjadi satu kewajipan kepada kerajaan memberi bekalan air yang bersih kepada rakyatnya.

PRU13: Pemuda PAS Perak alu-alukan Anwar

Harakahdaily, 21 Mac 2013
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri ini untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Kami merasakan kehadiran Datuk Seri Anwar ke Perak sebagai satu nukleus penting kebangkitan rakyat setelah ‘rampasan kuasa’ oleh Umno Barisan Nasional (BN) pada awal Februari 2009 yang lalu,” kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Katanya, kedatangan Anwar ke Perak juga untuk mengembalikan ‘kuasa rakyat’ kembali mentadbir negeri ini.

Justeru, ujarnya kesudian Anwar untuk bertanding di Perak amat tepat dan dinanti-nantikan.

“Sudah tentu banyak persoalan timbul kini, di manakah kerusi yang bakal ditandingi oleh Datuk Seri Anwar nanti?” tanya beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pemuda PAS Perak, ujarnya bersama AMK dan Dapsy akan bersama-sama membantu Anwar kelak bagi menggerakkan jentera Pemuda Pakatan Rakyat untuk memastikan sokongan anak muda akan memberikan kemenangan kepada PR.

Tiada ulasan: