Ahad, 31 Mac 2013

JANGAN CAKAP AJE...BUATLAH JANGAN BISING2...CAKAP MASING2 BERLAGAK...NI PULAK BERSYARAT2 BAGAI

Karpal yakin PR menang majoriti mudah, kuasai 7 negeri
MOHD ISKANDAR OTHMAN
30 Mac 2013
Karpal Singh
Karpal Singh
GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan empat negeri yang ditadbirnya sekarang ini dan merampas tiga negeri lain daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Johor.

Beliau berkata,PR juga mampu meraih majoriti mudah dengan menawan tujuh negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, selain mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, PR akan menawan semula Perak selain merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor.

"Kita yakin akan menang di tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya kali ini.

"Selain itu, kita bakal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan menawan Putrajaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Karpal yang juga Ahli Parliemn Bukit Gelugor berkata, DAP akan menampilkan lebih banyak muka baru pada PRU13.

Ditanya mengenai desas-desus akan bertanding di luar Pulau Pinang, Karpal berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Bukit Gelugor.

"Saya memilih untuk mengekalkan kerusi saya di sini jika itu yang ditentukan parti," katanya.

Mengulas mengenai kesediaan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow untuk bertanding bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam PRU13 dengan bersyarat, beliau berkata, Chang Yeow tidak sepatutnya meletakkan sebarang syarat.

“Chang Yeow tidak perlu meletakkan sebarang syarat. Beliau bukan setaraf dengan bekas Presiden Gerakan yang lalu iaitu Tun Dr Lim Chong Eu.

“Chang Yeow terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Chong Eu," katanya.
PRU13: Teng sedia bertanding menentang Guan Eng

30 Mac 2013
Teng Chang Yeow
Teng Chang Yeow
GEORGETOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini menyatakan kesediaan bertanding satu lawan satu Ketua Menteri Lim Guan Eng pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
 
Beliau bagaimanapun menetapkan syarat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja sebagai tanda memberi sepenuh komitmen kepada rakyat di negeri ini.
 
"Ini demi masa depan Pulau Pinang...pemimpin perlu tunjuk komitmen penuh untuk melaksanakan dasar-dasar demi rakyat Pulau Pinang. Oleh itu Lim Guan Eng perlu tunjukkan komitmen dengan hanya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Khamis lepas, Ketua Menteri mencabar Teng bertanding di kerusi Dun Padang Kota, iaitu kawasan yang pernah dimenangi Teng tiga penggal berturut-turut sebelum kalah kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow pada pilihan raya umum ke-12.
 
Beliau yang berterima kasih dengan cabaran ketua menteri itu berkata Guang Eng lebih popular berbanding dirinya dan tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk bertanding di mana-mana 40 kerusi Dun di negeri ini.

Teng yang juga Setiausaha Agung Gerakan berkata adalah adil jika pada pertarungan kali ini BN menentukan terma dan syaratnya berikutan dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini, DAP telah mencabar pemimpin Gerakan di kawasan yang ditentukan parti itu.
 
Katanya pada pilihan raya umum 1986, penasihat DAP Lim Kit Siang telah mencabar bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Parlimen Tanjong, diikuti pada tahun 1990 Kit Siang mencabar mendiang Tun Dr Lim Chong Eu bertanding di DUN Padang Kota.
 
Pada tahun 1999, Kit Siang yang bertanding di dua kerusi mencabar bekas Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye di Parlimen Bukit Bendera dan Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan di Dun Kebun Bunga, katanya.
 
Menyifatkan PRU-13 adalah perjuangan dasar dan bukannya pertarungan personaliti, Teng menjanjikan transformasi ekonomi secara menyeluruh kepada Pulau Pinang jika rakyat memberi peluang kepada BN mentadbir negeri ini.
 
Mengenai senarai calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, beliau berkata senarai akhir calon telah 95 peratus selesai. - Bernama
Jayum: 'Bukan standard Dr Wan Azizah'
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR & NURULFATIHA MUAH
30 Mac 2013
Prof Dr Jayum Jawan
Prof Dr Jayum Jawan
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapatan bukan standard bagi Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk bertanding di peringkat Dun di Selangor.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, Dr Wan Azizah tidak sesuai bertanding di peringkat Dun kerana beliau memiliki kedudukan tinggi dalam parti.

“Sebagai pemimpin nasional, beliau lebih layak bertanding di Parlimen. Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang, paling tidak pun beliau hanya boleh memegang jawatan Exco.

"Sedangkan dengan kedudukannya sebagai Presiden PKR, beliau layak mendapat jawatan yang lebih besar seperti menteri. Secara tidak langsung, tindakan ini hanya merendahkan standard beliau,” katanya, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi, mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Menurut Artikel  48(6) dalam Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan Ahli Dewan Rakyat bertanding pilihan raya dalam tempoh lima tahun dari tarikh peletakan jawatannya.

Dr Jayum berkata, Dr Wan Azizah tidak ada masalah untuk menang pada mana-mana kerusi ditandingi berdasarkan kedudukannya sebagai presiden parti dan kedudukan PKR yang semakin kuat di Selangor.

"Adalah lebih wajar jika PKR meletakkan Dr Wan Azizah di kawasan sukar dimenangi. Bila menang, barulah beliau ada kelas tersendiri," katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Dr Wan Azizah pasti bertanding di kerusi beliau yakin boleh menang.

“Kalau kalah, ia akan memberi tamparan hebat kepada beliau dan parti. Saya pasti beliau akan diletakkan di kawasan boleh menang sebab ia akan menjadi pendorong kepada tokoh yang lain,” katanya.

Ditanya sama ada Dr Wan Azizah layak menjadi menteri besar Selangor jika Pakatan Rakyat (PR) menang di negeri itu, Nik Ahmad Kamal berkata, keputusan itu bergantung perbincangan bersama PR dan mesti patuhi syarat undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Sementara itu, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, Dr Wan Azizah kurang sesuai menjadi MB kerana perjuangannya dalam politik lebih terarah membela suaminya.

“Saya tidak rasa beliau hendak jadi menteri besar sebab tidak political dan beliau dilihat bertanding untuk pastikan kemenangan Dun di Selangor saja. Jawatan Exco juga tidak sesuai memandangkan jawatannya sebagai presiden parti. Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada pimpinan PKR untuk menilai,” katanya.

Mohd Azizuddin berkata, Dr Wan Azizah sesuai bertanding di kerusi mempunyai ramai pengundi wanita atau kawasan pelbagai kaum.

“Kalau pilih kawasan majoriti Melayu, beliau terpaksa bersaing sengit dengan Umno,” katanya.
Rais: Pakatan angkuh tolak siaran manifesto

30 Mac 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Sikap angkuh pembangkang itu sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi pembangkang, mereka berkata kami tidak mahu, kami tolak, alasan-alasan yang diberi tidak cukup," katanya.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Kerja Pos Malaysia Berhad bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Pada 22 Mac lepas, beliau menawarkan semua parti politik membentang manifesto masing-masing bagi pilihan raya umum ke-13 menerusi RTM selama 10 minit.

Bagaimanapun, pada 25 Mac lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak tawaran itu dan Parti Keadilan Rakyat serta Pas dilapor turut mengambil tindakan sama.

"Seharusnya mereka ambil ini sebagai satu peluang keemasan tetapi oleh kerana keangkuhan mereka, mereka tidak mahu menerimanya," katanya.

Rais yakin rakyat akan menterjemah tindakan pembangkang itu dalam pilihan raya umum nanti.

Ketika diminta mengulas hasrat Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ingin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Johor Jaya pula selepas mengesahkan bertanding di Parlimen Gelang Patah, beliau berkata perkara itu boleh diibarat sebagai 'dapat betis hendak peha, dapat peha hendak badan'.

Katanya, rakyat harus menolak seseorang yang begitu rakus untuk mendapatkan telapak politik dan juga penempatan kuasa tanpa mengira kesederhanaan dan keluhuran rakyat.

Mengulas prestasi Pos Malaysia, Rais berkata jualan syarikat itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2011 kepada RM1.5 bilion tahun lepas.

Beliau berharap perkhidmatan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak akan terus dipertingkat dari segi bekalan, komuniti dan kemudahan pos bergerak.

Katanya, pertambahan wakil pos di kedua-dua negeri sejak tiga tahun lepas menyumbang kepada peningkatan standard penghantaran. - Bernama
Tauke kedai rentung separuh badan
ERMA YUSNIDA JUSOH
30 Mac 2013
Tauke kedai rentung separuh badan
Patou tidak dapat menahan sedih selepas membuat pengecaman mayat suaminya di kedai bateri kenderaan milik mereka.
Tauke kedai rentung separuh badan
Mayat Hong Bin dibawa ke HTAA untuk bedah siasat.
KUANTAN -   Seorang lelaki maut selepas separuh badannya rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah kedai bateri kenderaan di Taman Indera Sempurna, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, pemilik kedai, Leong Hong Bin, 28, ditemui maut dalam sebuah bilik di kedai terbabit oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang memadam kebakaran.

Saksi kejadian, Zarin Mohd Taib, 35, berkata, dia ternampak asap keluar dari bahagian depan pintu kedai tersebut kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, dia kemudiannya memanggil beberapa rakan yang berada di kawasan berkenaan dan membuka pintu kedai itu.

“Sebaik sahaja membuka pintu kedai, saya lihat api sudah marak namun kami tetap cuba memadamkannya namun gagal.

“Saya terus menghubungi pihak bomba kerana api sukar dikawal. Waktu itu saya tidak tahu ada orang di dalam kedai berkenaan kerana tidak mendengar sebarang jeritan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Zarin berkata, mangsa kebiasaannya membuka kedainya pada awal pagi namun tidak berbuat demikian semalam.

Isteri mangsa, Patou, 23, yang merupakan warga Laos berkata, suaminya keluar ke kedai kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Katanya, kebiasaannya, suami bergilir-gilir menguruskan kedai itu bersama ibu bapanya namun sejak seminggu lalu mangsa bekerja sendirian kerana ibu bapanya melancong ke Vietnam.

“Sepatutnya saya menemaninya ke kedai, tapi saya penat, jadi dia pergi ke kedai bersendirian,” kata ibu dua anak berusia 2 tahun dan 9 bulan itu.

Sebelum itu, Patou dan adik perempuan mangsa diminta membuat pengecaman mayat Hong Bin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.45 pagi sebelum dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba dan penyelamat berjaya mengawal api daripada merebak kira-kira 40 minit kemudian.
“Hasil pemeriksaan, anggota bomba menemui mayat mangsa yang sudah rentung terbaring di atas lantai dalam pejabat premis berkenaan,” katanya.
Anuar berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi bedah siasat.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operasi diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Mat Lazim Jaafar bersama 10 anggota dan turut mendapat kerjasama anggota dari Balai Bomba Kuantan.
PRU13: 37 kawasan di Pulau Pinang 'kerusi panas'
MOHD ISKANDAR OTHMAN
30 Mac 2013
PRU13
PRU13
GEORGETOWN - Polis akan memberi tumpuan kepada 37 kawasan panas yang dikenal pasti untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kawalan keselamatan akan diberi perhatian, terutama di kawasan panas dan berhampirannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, khemah dan pondok polis juga akan diwujudkan di beberapa kawasan yang bersesuaian bagi memantau dan menjaga ketenteraman awam di kawasan berkenaan sepanjang tempoh PRU13.

"Kita sudah siap sedia untuk menjalankan tanggungjawab sepanjang tempoh pilihan raya diadakan.

“Kawalan keselamatan akan diberi tumpuan, terutama selepas pembubaran parlimen, hari penamaan calon dan semasa serta selepas proses membuang undi,” katanya kepada media selepas menyempurnakan upacara pemakaian lencana pangkat bagi anggota pangkat
rendah Kontinjen Pulau Pinang, di sini, semalam.

Pulau Pinang mempunyai 13 Parlimen dan 40 Dun yang mana sebahagian besarnya akan menyaksikan pertembungan sengit calon.

Menurutnya, sehingga kini Pulau Pinang mempunyai 6,000 anggota dan 800 anggota bantuan diperlukan bagi memantapkan lagi tugasan sepanjang PRU13.

“Polis akan mengawal keselamatan orang awam membabitkan 1,545 tempat mengundi di seluruh negeri ini,” katanya.

Sementara itu, sempena majlis berkenaan, 154 anggota rendah dinaikkan pangkat membabitkan 10 anggota dari sarjan mejar kepada sub inspektor, sarjan kepada sarjan mejar (30)  dan 114 orang dari lans koperal kepada koperal.

Jangkaan kawasan panas

Parlimen Kepala Batas
Kawasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selain berlaku perebutan antara calon Umno, Pas dijangka meletakkan calon yang mempunyai latar belakang agama untuk merampas kerusi ini.
~ Dun Penaga dan Pinang Tunggal mungkin berlaku persaingan sengit. Penaga akan berlaku persaingan Umno dan Pas manakala Pinang Tunggal antara Umno dan PKR

Parlimen Tasek Gelugor
Kini diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Berlaku perebutan apabila Datuk Seri Mohd Sharif Omar (bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) menuntut kembali kerusi itu dengan alasan Pak Lah minta satu penggal untuk diberikan kepada Tan Sri Nor. PKR mahu merampas kerusi ini kerana yakin dengan kekuatan dan sokongan pengundi.
~ Dun Sungai Dua sengit antara Umno vs Pas manakala Telok Ayer Tawar antara Umno vs PKR

Parlimen Permatang Pauh
Masih panas walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempertahankan kerusi di sini.
~ Dun panas adalah Seberang Jaya kerana penyandang Datuk Arif Shah Omar Shah mungkin pertahankan atau diganti muka baru. PKR mahu letak calon muda. Dun Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas manakala Penanti (PKR) peluang sama rata antara Umno dan PKR.

Parlimen Nibong Tebal
Kawasan ini sering bertukar tangan. Sekejap BN dan sekejap pembangkang. Kini dipegang oleh Tan Tee Beng (kini menyertai Kita selepas keluar PKR). Disebut-sebut bahawa Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman akan bertanding kerusi ini manakala BN akan meletakkan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman
~ Persaingan Dun di Sungai Bakap antara Umno dan PKR. Adun sekarang dari PKR.

Parlimen Balik Pulau
Kubu kuat Umno tetapi berjaya ditembusi PKR pada PRU12 apabila Yusmadi Yusof (PKR) menewaskan Datuk Dr Norraesah Mohamad. Kini berlaku perebutan beberapa pemimpin Umno Balik Pulau untuk jadi calon Parlimen.  
Parlimen Bayan Baru
Menjadi tumpuan kerana penyandangnya, Datuk Zahrain Mohd Hashim jadi Bebas setelah keluar PKR. Orang PKR mahu balas dendam jika Zahrain bertanding lagi. Umno juga akan meletakkan calon.

Kerusi Dun
Dun Padang Kota (Parlimen Tanjong) - Lim Guan Eng sahut cabaran untuk menentang Teng Chang Yeow (Pengerusi BN PP).
Tiada sebab rakyat tolak BN
Wartawan Sinar Harian
30 Mac 2013
Hamim Samuri
Hamim Samuri
LEDANG - Pengundi di kawasan Ledang tidak mempunyai sebab untuk menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk terus mentadbir negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Pengerusi BN Ledang, Ir Hamim Samuri berkata, BN berjaya memerintah dengan cemerlang menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang tempoh lebih 55 tahun mentadbir negara termasuklah daerah ini.

Menurutnya, Ledang tidak terkecuali menerima pembangunan melibatkan projek mega iaitu pembinaan Plaza Tol Bukit Gambir oleh PLUS Expressways Bhd (PLUS) dengan kos RM80 juta.

“Plaza tol berkenaan yang dijadualkan siap pada Disember ini mempunyai laluan keluar masuk masuk ke lebuh raya, dibina demi keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya yang kini semakin bertambah.

“Ia adalah kejayaan paling besar BN. Malah, Ledang mengalami pertambahan penduduk yang tinggi kesan daripada limpahan pembangunan di Bukit Gambir,” katanya kepada Sinar Harian,  di sini, semalam.

Hamim berkata, plaza tol berkenaan dibina di Bukit Gambir kerana lokasinya yang strategik selain kawasan itu  sedang rancak membangun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, projek yang dibina pada tahun lalu itu akan menjadi laluan alternatif buat pengguna lebuh raya kerana Plaza Tol Tangkak dan Plaza Tol Pagoh kian sesak, sejak kebelakangan ini.

“Ia secara langsung memberi manfaat dan merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

“Pekan Bukit Gambir selepas ini dijangka berubah wajah dengan adanya tol ini ditambah pula dengan pembinaan pusat komersial dan pasar raya besar,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga baru sahaja menyiapkan kerja naiktaraf Jalan Sialang di Pekan Tangkak pada hujung tahun lalu.

Hamim berkata, jalan sepanjang lima kilometer bernilai RM22 juta itu sudah memulakan kerjanya pada  pertengahan 2011.

“Kerja itu melibatkan pelebaran jalan kepada dua lorong, memasang lampu jalan dan membina bahu jalan berturap.

“Jalan ini digunakan hampir 110,000 penduduk daerah ini yang menghubungkan laluan dari Tangkak ke Jasin, Melaka,” katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat menghargai usaha dilakukan kerajaan yang membelanjakan sejumlah peruntukkan besar untuk kesejahteraan rakyat melalui projek pembangunan.

Tegasnya, rakyat perlu rasional dan tidak mudah terpengaruh hasutan pihak tertentu yang asyik memburukkan kerajaan kerana kepentingan politik mereka.
Mustapa: BN Kelantan tonjol calon mantap

30 Mac 2013
mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon mantap dan diterima rakyat pada pilihan raya umum kali ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
 
Beliau berkata senarai calon yang kini di peringkat akhir saringan memuatkan muka baharu dan lama selain tokoh ulama yang mampu membawa kemenangan kepada BN Kelantan.
 
"Kita buat yang terbaik, apa juga barisan calon yang kita tonjolkan tentu ada pihak yang mempertikai. Namun bagi saya dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan memastikan inilah barisan terbaik dalam kalangan tokoh-tokoh yang ada di Kelantan," katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkarangan  Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
 
Mengulas pertemuan beliau dengan Najib yang juga Presiden Umno di Putrajaya semalam, Mustapa berkata pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas bagi membincangkan perkara berkaitan parti terutama senarai calon BN Kelantan.

Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasuk dalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat.
 
"Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang, ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya.
 
Dalam pada itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi majlis peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan PAS Kelantan, dan menyifatkannya tidak lebih daripada gimik politik menjelang pilihan raya. - Bernama

Tiada ulasan: