Selasa, 26 Mac 2013

SELAMA MANA KITA BOLEH BERTAHAN...BERAPA KUAT KEDEGILAN KITA...MASA TETAP BERJALAN...TAKDIR ALLAH TETAP BERLAKU...KETENTUAN ALLAH TAK BOLEH KITA LAWAN

PKR tolak tawaran 10 minit muncul di RTM

Harakahdaily, 26 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat hari ini menegaskan pihak mereka menolak tawaran kerajaan untuk mencul 10 minit bagi membentangkan tawaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penolakan tersebut dibuat kerana berpendapat tawaran tersebut hanya satu sandiwara pihak tertentu dan cuba menghina rakyat.

"Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi. Peranan media dalam sistem demokrasi ialah untuk memberi liputan dan laporan berita yang objektif, adil dan saksama.

"Adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan Umno ke atas rakyat. Tawaran masa media 10 minit ini adalah suatu penghinaan terhadap kepintaran rakyat," katanya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebelum ini menyatakan semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto PRU13 masing-masing.

Bagaimanapun ramai melihat, tawaran tersebut tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' bagi memperlihatkan bahawa kerajaan membuat 'pembaharuan' dan mengamalkan kebebasan media.

Tanpa peruntukan namun 5 tahun dilepasi dengan jaya

Muhammad Faizal, 26 Mac 2013


(Mujahid berucap dari atas treler)

PARIT BUNTAR: PAS terus berkhidmat dengan cemerlang walaupun tanpa sebarang peruntukan diberikan oleh kerajaan sepanjang lima tahun memerintah.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika ditemui pada program jelajah Negara Berkebajikan turut menjelaskan sokongan yang diberikan oleh pelbagai kaum termasuk bukan Melayu amat membanggakan.

Beliau yang juga turut optimis dan yakin PAS akan terus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang lepas.

"PAS untuk semua kaum dan apa yang saya lihat sekarang, kaum-kaum bukan Melayu telah menunjukkan sokongan padu mereka kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS di parlimen ini.

"Walaupun kita tidak diberikan peruntukan khusus oleh kerajaan tetapi itu semua bukannya halangan kepada kita untuk berkhidmtan, kita lihat sendiri kecemerlangan PAS menyelesaikan segala masalah yang timbul di kawasan ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.

(Pak Jabit [L Mankadir Samsi] bercakap kepada orang ramai di depan treler)

Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun tanpa peruntukan segalanya berjalan lancar apatah lagi jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Putrajaya nanti.

"Selama lima tahun kita mampu berkhidmat tanpa sebarang masalah dan saya pasti jika Putrajaya milik kita, PAS akan berkhidmat lebih baik dari Barisan Nasional.

"Saya yakin penduduk di sini telah menilai kecemerlangan PAS dan mereka akan terus memberi sokongan kepada kita (Pakatan Rakyat) untuk terus mentadbir," sambung beliau lagi.

Dr Mujahid (gambar) yang sebelum itu ketika memberi ucapan di hadapan kira-kira lima ratus penyokong memberitahu agar rakyat membuat pilihan yang terbaik dalam mengembalikan hak yang telah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya lagi, hak rakyat yang ingin dikembalikan bukannya seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tetapi dalam bentuk janji-janji Pakatan Rakyat sepertimana yang terkandung di dalam Buku Jingga dan juga manifesto Pakatan yang bersifat berterusan.

"Kita akan lakukan reformasi besar dalam kerajaan demi kebajikan rakyat dan menyelamat negara ini.

"Hak rakyat bukan hak kami, apabila Pakatan memerintah kami akan kembalikan apa yang dirampas oleh BN kepada rakyat semula," ucap beliau.

Beliau yang menyatakan menukar dasar atau membuat reformasi dalam kerajaan bukan satu tindakan untuk menekan rakyat tetapi memberi kebajikan kepada rakyat keseluruhan.

Booo baar laah

TokDdeka, 26 Mac 2013



KII TAA SAA BAAR

KAA LUU TAAK BOO BAAR

DEE YAA KE TAAR

TAA KOOT KE NOO TOO KAAR



BAA NYOK SAA NGAAT KIIH

DEE YAA TOK RETII NOK TE PIIH

TAA BUUR PEE TIIH

DEE YAA II NGAT BOO LEH KII KIIH



BOO BAAR LA

BOO BAAR LA

BOO BAAR LA

KAA LOO MOO RE TII AA JAAR

Cukuplah mandat sebegini lama untuk Najib

Harakahdaily, 26 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai insiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya Perdana Menteri memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) berkata, negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara.

“Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Tun Daim Zainuddin adalah antara segelintir pemimpin veteran UMNO yang masih meyakini kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Pujian beliau melangit tinggi dengan mendakwa PM telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menjadi lumrah pemimpin Umno BN, mengangkat pemimpin sendiri dengan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat.

Jika sebaliknya beliau memuji Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menghentam Datuk Seri Najib, maka ia adalah suatu berita menggemparkan yang tidak akan dimuatkan dalam ruangan media utama negara.

Sebenarnya rakyat sudah cukup matang, bijak dan tahu siapakah pemimpin yang layak diberikan mandat atau ditolak dalam PRU13.

PM sudah diberi tempoh empat tahun untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan. Tempoh empat tahun sejak 2009 sehingga 2013 sudah cukup untuk melihat segala hasil tangan beliau. Hendak uji apa lagi?

Di sebalik kejayaan yang diangkat melangit Tun Daim Zainuddin terhadap kepemimpinan PM, sebenarnya terserlah lagi kegagalan beliau, dan antara kegagalan beliau yang paling ketara adalah memerangi rasuah, khususnya terhadap pemimpin-pemimpin negara serta skandal-skandal lain yang memalukan negara.

Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri dikaitkan dengan skandal besar seperti skandal komisen kapal selam Scorpene bernilai RM500 juta yang sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Belum pernah juga terjadi para pembantu dan pengawal peribadi PM disabitkan dengan hukuman bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga dihukum mati.

Salah seorang pegawai khas beliau pula disebut sebagai antara pemain watak utama kes liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri.

Di era Datuk Seri Najib juga skandal rasuah Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta berbangkit.

Datuk Seri Dr Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah beberapa tahun yang lepas, manakala dakwaan rasuah sebanyak RM40 juta Umno Sabah melibatkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia juga berlaku di era Datuk Seri Najib.

Skandal paling besar yang sedang meletup adalah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengenai penglibatan keluarga beliau dalam aktiviti penyelewengan mereka tersebar luas ketika ini.

Kesemua ini menjadi bukti betapa PM telah gagal mentransformasikan kerajaan menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan adil.

Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai insiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya PM memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya.

Negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara.

Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini.

Bersih dari rasuah pencapaian paling utama Kedah

Azamin Amin, 26 Mac 2013
SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Razak (gambar) menyifatkan pencapaian paling bermakna sepanjang beliau mentadbir Kedah selama lima tahun adalah bersih dari rasuah.

"Kalau ada tangkaplah," kata Azizan dalam wawancara khas beliau dengan wartawan Kedah dekat sini baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga berkata, kerajaan negeri memberi bantuan rakyat tanpa mengira kaum iaitu skim Kafalah.

"Kalau berlaku kematian, kita bagi pada India, Cina, Siam dan Melayu. Bagi bantuan pendidikan, agenda pertanian Kedah dan banyak lagi.

"Semuanya ada dalam ‘Buku Sayangi Kedah Sejahtera’ yang telah dilancarkan," katanya lagi.

Kedah juga, katanya, membuat rakyat rasa tidak didiskriminasi, sama ada kerana kaum ataupun fahaman politik yang berbeza.

"Yang ini tak berlaku dulu," katanya.

Projek paling besar yang dibuat kerajaan negeri pula adalah membuat kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil dalam masa empat tahun dengan kos RM330 juta.

"Satu sen pun kita tak dapat bantuan daripada kerajaan Pusat. Tetapi kita dapat pinjaman bank. Memang ada beberapa kekangan yang dihadapi, biasalah," tegasnya.


Ikuti wawancara penuh dengan beliau dalam Harakah Jumaat ini.

Enggan bubar, Najib buat fenomena baru TK1M

Harakahdaily, 26 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Najib Razak kerana melancarkan 'Takut Kalah 1 Malaysia (TK1M).

Mahfuz mendakwa, Najib enggan membubarkan Parlimen kerana sangat takut hilang jawatan dan kuasa jika kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehinggakan kata Mahfuz, Najib sanggup mebiarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat tempohnya pada hari ini.

"Tahniah kepada Perdana Menteri kerana berjaya melancarkan secara tidak langsung satu lagi projek atau program 1 Malaysia iaitu Takut Kalah 1 Malaysia.

"Dun-dun dan Parlimen akan terbubar dengan sendiri, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita. Najib takut untuk di'report kad'kan oleh rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Manakala pada 7 April (Pahang), 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu).

Selangor tubuh Badan Kebebasan Maklumat

Harakahdaily, 26 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor menubuhkan Badan Kebebasan Maklumat di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2011.

Perkara itu dimaklumkan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong (gambar) pada sidang medianya semalam.

Enakmen Kebebasan Maklumat akan membolehkan orang awam memohon maklumat tentang pentadbiran kerajaan seperti kontrak dan tender yang dikeluarkan, butiran perbelanjaan dan pengunaan dana awam.

Dasar tersebut merupakan penterjemahan prinsip ketelusan Pakatan Rakyat di mana pebelanjaan dana awam oleh kerajaan dapat dipantau masyarakat.

Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.

Lebih dari 70 negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat. Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat.

Sebagai makluman, Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 [Enakmen 8/2011]diluluskan Dewan Negeri Selangor pada 1 April 2011.

Elizabeth berkata, untuk melaksanakan enakmen ini, kerajaan negeri melantik bekas Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Kamaruddin Mat Desa sebagai Pengerusi Badan Maklumat Negeri.

Turut dilantik lima anggota lain dalam badan terbabit yang terdiri daripada bekas Pesuruhjaya Hisbah Terengganu, Nordin Saidin ; Profesor Undang-undang Universiti Malaya, Prof Abu Bakar Munir dan Majlis Peguam Negara, Sonya Liew Yee Aun.

Dua anggota lain ialah Peguam, R Kupusamy dan Timbalan Presiden Unit Keselamatan Astro, Thomas Navamoney D E Solomon.

Menurut Elizabeth, sebuah Lembaga Rayuan juga akan ditubuh untuk pemohon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai maklumat.

“Rayuan juga boleh dibuat jika pemohon tidak mendapat maklumat dalam tempoh ditetapkan atau disalahgunakan dengan cara lain berkaitan dengan permohonan atau akses kepada maklumat,” katanya.

Hadir sama sidang media, Exco Dr Halimah Ali dan Dr Ahmad Yunus.

Ulama PAS hilang sebutir permatanya

Harakahdaily, 26 Mac 2013
KUALA TERENGGANU: Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan pemergian Almarhum Syeikh Mohammad Abdullah satu kehilangan besar, umpama kehilangan sebutir pertama  kepada perjuangan Islam di Malaysia.

Ketuanya Datuk Haji Harun Taib berkata, Almarhum selaku Ketua  Dewan Ulama PAS Kedah, sangat berjasa kepada masyarakat dengan segala ilmu yang dicurahkan.

"Kita mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam di negara ini.

"Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama para anbia', syuhada' dan para solihin," katanya.

Allahyarham Sheikh Muhammad Abdullah , 72, meninggal dunia kira-kira jam 2.45 petang semalam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan.

Tiada ulasan: