Rabu, 20 Mac 2013

BILA ANAK MUDA BERPENDIDIKAN...MINAT BELAJAR AGAMA...MENGAMAL AGAMA...BOSAN DENGAN ACARA2 MAKSIAT MAKA MEREKA TAK SUKA KEPADA PIHAK AHLI MAKSIAT...RAKUS SERTA BANYAK PENYELEWENGAN SERTA RASUAH

Kini giliran anak muda tolak Umno

Azan Safar,
Dengan melambatkan tarikh pengumuman parlimen dibubarkan, mungkin barangkali Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu membuat rakyat tertunggu-tunggu, sehingga akhirnya berputus asa menunggu perstiwa politik tanah air yang paling bersejarah ini.

Dalam tempoh itu, Datuk Seri Najib lancarkan bermacam-macam sogokan seperti BR1M, Baucer Buku, Kad Siswa 1Malaysia, rebat telefon pintar, durian runtuh RM15,000 buat warga Felda dan pelbagai lagi.

Ternyata silap. Rakyat sekarang sudah bijak. Rakyat sudah tahu segala taktik pembohongan dan wang rasuah yang kerajaan Barisan Nasional lakukan demi memancing undi rakyat. Rakyat sudah muak dengan putar belit media penipu kerajaan. Rakyat sudah berani turun ke jalanan menyatakan kebencian dan sikap muak terhadap kerajaan korup yang ada sekarang ini. Rakyat tidak sabar mahu menumbangkan Barisan Nasional. Rakyat sudah bangkit!

Kini tiba giliran anak muda.

Terlebih dahulu terima kasih kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional kerana membelenggu anak muda di kampus dengan akta-akta Auku yang mengarut, menyeksa anak muda dengan bebanan hutang PTPTN yang melampau, menyogok anak muda kampus dengan bantuan-bantuan baucer buku, mendoktrin anak muda kampus dengan program-program pro-kerajaan dan menguburkan intelektualisme anak muda secara total.

Barangkali anak muda sudah terlebih awal melancarkan gerakan kesedaran turun padang sebagai agen penerangan kepada masyarakat; memberi pilihan kepada masyarakat untuk memilih keadilan atau kebatilan, membiarkan rakyat menilai dan membuat pendirian sendiri.

Jika dahulu, anak muda berpencak di atas pentas politik tanah air sebagai gerakan kuasa ketiga (third force), atau golongan semak dan imbang (check and balance), hari ini saya mewakili anak muda seluruh Malaysia yang cintakan keadilan sebulat tekad menyatakan bahawa “Kami Semua Tolak Umno Dan Barisan Nasional!”

Hari ini, anak muda sudah tidak gentar lagi menyatakan kemarahan terhadap kezaliman UMNO di hadapan Pejabat Agung Umno. Hari ini, anak muda sudah tidak gentar lagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib di Parlimen Pekan. Hari ini anak muda tidak gentar untuk menyatakan kebersamaan dengan gerakan-gerakan kebangkitan rakyat!

Bersih, Lynas, Royalti, Gerakan Mansuhkan ISA, Himpunan Kebangkitan Rakyat, atau di mana sahaja pasti ada anak muda!

Saya mewakili anak muda seluruh Malaysia memberi amaran keras kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional bahawa kami akan pastikan anda mesti tumbang pada pilihanraya umum akan datang, jika tidak, nantikan siri-siri kebangkitan kami.

Diberi peluang bertaubat tidak mahu,
Diberi masa memohon maaf usah sekali,
Diberi ruang berbincang enggan tampil,
Diberi cara baik, dibalas cara keji,
Nah, silakan berundur dari Putrajaya!

Tunggu kami. Anak Muda Tolak Umno/BN!


Penulis ialah Pengerusi Gelombang Anak Muda Tolak Umno/BN.

#Gelombang Anak Muda Tolak Umno/BN merupakan gabungan lebih 20 NGO yang sepakat mewujudkan gerakan kesedaran dan tekanan kepada kerajaan korup UMNO dan Barisan Nasional.

 Pertumpahan Darah
Posted on Wednesday, March 20 @ 06:59:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: mrr012

"Pihak tentera dan polis sebagai barisan hadapan dalam menghadapi musuh samada dari dalam atau luar adalah telah sedia maklum bagi rakyat di bumi Malaysia ini. Isu Lahad Datu yang makin hangat ini adalah isu besar dan langkah awal dalam menghadapi peperangan menjelang PRU13.

BN dengan langkah bergayanya memalu gendang agenda keselamatan negara dalam menghadapi PRU13. Setiap kerajaan yang tidak adil akan menghadapi bermacam karenah dan masaalah samada BN atau pun PR yang memerintah. Pertumpahan darah adalah medan terakhir dalam perebutan kuasa memerintah. Lihat sahaja sejarah pada setiap zaman, bermula dari zaman Nabi Adam sehinggalah ke hari kiamat, pertumpahan darah akan menjadi saksi sikap rakus dan tamak haloba dalam memenuhi tuntutan hawa nafsu. Pertumpahan darah dua pihak akhirnya kembali di bumi Sabah.....akan disambung"


Saman Homoseksual RM 100 Juta - Permohonan Maaf Papa Gomo Kepada Anwar Ibrahim
Posted on Wednesday, March 20 @ 06:23:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: setisab

"blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.

Rendahnya moral blogger Umno yang mengikut kelaku buruk idolanya, Mahathir Mohamad. Dalam dia mohon maaf, dia permainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Rakyat benar-benar berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tindakan saman terhadap blogger keparat; Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.

Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo ini mengaku bahawa Mahathir Mohamad adalah idolanya dan dia juga mengakui dia mengikut perangai buruk Mahathir Muhamad.

Di bawah adalah sebahagian daripada apa yang ditulis oleh blogger keparat Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.

Papa Gomo
Untuk makluman Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini saya telah pun terpancut kerana sekian lama air saya tertunggak menantikan saman dari Dato Sri. Tak disangka hari ini ianya keluar terpancut melimpah limpah dengan amaun RM 100 juta dari Anwar Ibrahim.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Anwar“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini."

In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million."

Permohonan Maaf saya :

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucahkepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.


Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.
blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik portal Papagomo.
Klik di sini untuk lihat paparan besar
Dipara akhir dalam post berkaitan, Papa Gomo dengan angkuh menulis:

Buat Anwar Ibrahim, saya mengikut jejak langkah Tun Mahathir idola saya:

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf kepada bekas timbalan, Anwar Ibrahim dan menolak tuntutan RM100 juta (US$26.7 juta) sebagai ganti rugi kerana memanggil Anwar sebagai seorang homoseksual. 


Porno : Pakar Penyamaran Bush, Obama, Arnold, Bill Clinton etc

Posted on Wednesday, March 20 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: MaZaShah

"
Manakan mungkin pelanduk dua serupa! Manakan mungkin grafik canggih mampu menghasilkan video sedemikian! Mustahil! Mustahil" - jerit penyokong tegar tersebut sambil menghisap curut di tangan

Jam menunjukkan 1 pagi waktu 1Malaysia. Aku dikejutkan dengan beberapa SMS, pada mulanya agak terkejut. Selepas 5 minit aku tersenyum. Apa video lucah lagi? Usah gelabah, usah khuathir, usah gusar.

Aku yakin ini adalah senjata terakhir yang mereka ada sebelum Parlimen dibubarkan. Tetapi jangan pula berseronok! Aku secara peribadi yakin, akan ada beberapa video lucah akan beredar di alam maya bagi menjatuhkan kredibiliti parti pembangkang.

Keesokan harinya, aku ditanya beberapa soalan oleh seorang penyokong tegar sebuah parti cap dacing.

"Manakan mungkin pelanduk dua serupa! Manakan mungkin grafik canggih mampu menghasilkan video sedemikian! Mustahil! Mustahil" - jerit penyokong tegar tersebut sambil menghisap curut di tangan.

Aku mula membuka langkah dan bercerita mengenai Steve Bridges? Siapa itu Steve Bridges?

Steve Bridges ialah seorang pelawak, pelakon yang boleh dikategorikan berbakat. Mengapa? Kerana beliau mampu melakukan 'reformasi' fizikal sehingga wajah beliau saling tak tumpah seperti Bill Clinton, G.W. Bush, Barrack Obama dan Arnold Schwarzeneger.

Beliau juga mampu melakukan suara dan lagak gaya yang hampir sama seperti individu yang ditiru beliau. Menarik bukan? Ini bukan perkara baru, ia adalah 'industri lama' di negara barat tetapi mungkin dikategorikan sebagai 'industri baru' bagi Malaysia.

Tidak perlu pelanduk dua serupa, tidak perlu grafik yang canggih. Apa yang diperlukan hanyalah 'solekan'. Sentuhan 'solekan' yang halus mampu menghasilkan apa sahaja.

Sambil membuka Galaxy Note aku, aku menunjukkan beberapa wajah Steve Bridges seperti berikut :-

Selepas melihat beberapa keping gambar, penyokong dacing tersebut terdiam dan tergamam. Beliau terus bangun dari kerusi dan berkata "Tapi Pakatan bela Cina!". Aku terus diam membisu, di dalam hatiku, aku hanya mampu berkata "Umgok tetap umgok dulu kini selamanya".

Steve Bridges


Ini bukan Obama, ini Steve Bridges


Ini juga Steve Briges


Sama tapi tak serupa! Ini Steve Briges


Di solek menjadi Bush, ini Steve Bridges
"

Pengisytiharan Haji Cheng Ho China Town Kota Bharu

Posted on Wednesday, March 20 @ 05:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Blog Tok Guru


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya membolehkan kita untuk sama-sama berkumpul pada malam ini di majlis perasmian China Town di tengah-tengah Bandar Kota Bharu Bandar Raya Islam. 



Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Surah Ar-Ruum, ayat 21)
Saya merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Tidak ketinggalan setinggi-tinggi ucapan tahniah saya rakamkan kepada pihak Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna. Pada saya, perasmian China Town ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan Kelantan yang ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam tidak pernah menganaktirikan mana-mana bangsa dan melakukan sebarang diskriminasi. Ini kerana sebarang bentuk diskriminasi kaum sebenarnya bertentangan dengan Islam sebagai asas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan Darul Naim.
Agama wahyu
Islam merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia. Ia merupakan agama yang bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia yang inginkan keharmonian, kedamaian, kesejahteraan serta keadilan kepada semua manusia. Justeru, adil merupakan satu ciri utama di dalam agama Islam. Mana-mana perlakuan yang bertentangan dengan sifat adil secara semulajadinya bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia dan sekaligus bertentangan dengan Islam.
Dalam konteks perbezaan bangsa dan warna kulit, Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira kaum dan etnik. Bahkan penciptaan manusia dalam pelbagai bangsa ini merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Kepelbagaian ini menambahkan keindahan dan warna-warni kehidupan di dunia. Sebagaimana sebuah hidangan yang mempunyai pelbagai lauk pauk tentu sekali menambahkan selera. Begitu juga satu jambangan bunga mempunyai pelbagai warna dan bau, tentu sekali menambahkan kecantikan. Setiap bangsa pastinya mempunyai kelebihan masing-masing yang boleh dipelajari oleh bangsa lain. Misalnya, bangsa Cina mempunyai sejarah tamadun yang panjang dan terkenal sebagai bangsa yang suka berniaga. Kesungguhan bangsa Cina dalam bidang perniagaan membolehkan mereka menguasai ekonomi dan ini satu perkara yang perlu dicontohi oleh bangsa lain, khususnya Melayu di negara ini. Rasululllah SAW juga seringkali mengiktiraf kelebihan bangsa lain agar umatnya dapat mengambil contoh dan pengajaran. Antaranya pujian Baginda SAW terhadap bangsa Parsi yang dikenali sebagai bangsa yang berprinsip :
 
Bermaksud : Demi Tuhan dengan diriku ini di tangan-Nya, sekiranya Iman (al-Iman) berada di (bintang) Thurayya, kaum lelaki daripada golongan ini tentu dapat mencapainya – Hadis riwayat al-Bukhari.
Oleh itu, perbezaan bangsa ini  tidak boleh menjadi punca kepada berlakunya  perbezaan atau penafian hak mana-mana pihak. Sering saya tegaskan kepada rakan-rakan daripada bangsa Cina dan India bahawa kita semua sebenarnya bersaudara. Datuk nenek kita semuanya berasal dari Nabi Adam dan Hawa sehingga melahirkan pelbagai bangsa dan etnik. Inilah hakikat asal usul manusia. Apabila manusia menyedari bahawa pada hakikatnya mereka bersudara, amatlah mustahil berlakunya pertelingkahan dan ketegangan di antara satu sama lain.
Inilah misi yang dibawa oleh Islam. Di dalam Islam, manusia diajar bahawa ciptaan Allah SWT dalam pelbagai bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza adalah satu fitrah dan semua pihak mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Justeru, saya sangat tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang sentiasa berusaha menajamkan pertembungan kaum dan melaung-laungkan semangat kebangsaan atau assobiyyah sehingga menimbulkan suasana yang tidak selesa di negara ini. Hakikatnya, golongan yang sering melaungkan kedaulatan bangsa inilah yang golongan yang seringkali mengkhianati bangsa mereka sendiri.
Hak Non Muslim
Dalam konteks perbezaan agama pula, Islam mengajar penganutnya bahawa satu-satunya agama yang benar di sisi Allah SWT ialah agama Islam. Namun, ini sama sekali tidak menafikan hak kebebasan Non Muslim untuk mengamalkan ajaran mereka. Di dalam Islam, tidak wujud sebarang paksaan kepada Non Muslim untuk memeluk agama Islam. Jika paksaan ini wujud, sesungguhnya ia bukan dari ajaran Islam.
Dari sudut lain, Islam mendidik umatnya bergaul secara baik dengan masyarakat Non Muslim. Allah SWT menyatakan hal ini di dalam al-Quran :

Bermaksud : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.( Surah Al-Mumtahanah ayat 8 )
Bangsa bertamadun
Di seluruh dunia, bangsa Cina dianggap di antara bangsa yang paling tua tamadunnya. Tamadun Cina secara umumnnya dalam sejarah dikenali setaraf dengan tamadun Mesir yang berusia ribuan tahun. Justeru tidak pelik, masyarakat Cina dikenali di seluruh dunia dengan sifat-sifat positif yang menjadi contoh kepada bangsa-bangsa yang lain. Bahkan agama Islam yang dianuti oleh masyarakat Melayu di negara ini sebenarnya terlebih dahulu sampai di negara Cina. Sewaktu Islam mengetuk pintu negara Cina di bawah usaha Saad bin Abi Waqqas radhiallahuanhu yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Tanah Melayu pada masa itu masih berada di bawah pengaruh agama Hindu dan orang-orang Melayu masih belum lagi mengenal Tauhid. Ini menunjukkan bahawa Islam ialah agama yang tidak asing di kalangan bangsa Cina. Ini ditambah lagi dengan fakta bahawa Laksamana Cheng Ho yang belayar dari Tanah Besar China ke negeri Melaka pada abad ke 15 Masehi merupakan seorang muslim yang teguh berpegang dengan agamanya.
Di Malaysia, bangsa Cina yang telah wujud selama beberapa generasi sudah dianggap sebagai warganegara ini. Hubungan yang wujud selama satu abad ini menyaksikan kita sama-sama mengharungi pahit maung yang sepatutnya menjadkan kita sama-sama matang menghadapi pertembungan kaum. Keterlibatan Tanah Melayu dalam kancah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang sama-sama menyaksikan Melayu dan Cina menderita dalam suasana perang serta keterlibatan semua kaum dalam menuntut kemerdekaan dari penjajah merapatkan lagi hubungan di antara kaum di negara ini.
Di Kelantan, bangsa Cina sebenarnya telah wujud semenjak abad ke-19 lagi. Ada kajian yang menyebut tentang wujudnya komuniti Cina di kawasan sempadan Thai-Kelantan pertengahan kurun ke-18. Antaranya, kajian terhadap penempatan kaum Cina di Kampung Mata Ayer dan beberapa penempatan sepanjang tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di hulu sehingga ke Tumpat di muara Sungai Kelantan. Kajian ini mendapati komuniti peranakan Cina atau disebut `Cina kampung` mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Melayu tempatan sehingga mereka fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan dan memakai fesyen pakaian yang sama. Hubungan yang wujud sejak dahulu (kanak-kanak) itu menyebabkan berlaku persefahaman dan rasa hormat di antara satu sama lain. Kesannya, masyarakat Cina kampung, Melayu dan Thai masing-masing mempunyai minat yang sama dalam permainan tradisi seperti wayang kulit, menora dan wayang gedek. Bahkan tidak pelik satu ketika dulu jika kita mendapati menora yang dipersembahkan dalam majlis keagamaan orang Cina turut sama ditonton oleh masyarakat Melayu dan Thailand.
Hubungan yang mesra dan erat inilah yang menjadikan Kelantan terhindar dari pertembungan kaum. Ini ditambah dengan dasar kerajaan negeri yang berteraskan Islam, menjadikan Kelantan negeri yang sangat harmoni dan mesra kaum. Ia satu kejayaan Kerajaan Negeri pimpinan PAS. Sebagaimana pada peristiwa 13 Mei 1969, ketika rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur, Kelantan sedang ditadbir oleh PAS dan Menteri Besar Kelantan pada masa itu ialah Allahyarham Datuk Mohd Asri telah memanggil semua penghulu di Kelantan untuk diberikan arahan agar memastikan kaum Cina selamat di negeri ini. Hasilnya, tidak sititik darah pun yang tumpah di Kelantan, sekalipun di Kuala Lumpur sana berlaku ketegangan kaum.
Keharmonian kaum di Kelantan
Alhamdulillah, hari ini keharmonian kaum ini terus kita pertahankan. Kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini kita raikan dengan hati yang terbuka. Demikian juga kebebasan beragama yang menjadi teras keadilan di dalam Islam tetap kita perjuangkan. Dalam hal ini, Kerajaan Kelantan tidak ketinggalan menyediakan sejumlah peruntukkan bagi menyediakan urusan kebajikan untuk Non Muslim. Tidak ketinggalan peruntukan untuk menyiapkan prasarana seperti jalan-jalan, wakaf serta pelbagai kemudahan, termasuklah prasarana di sekitar rumah ibadat demi memudah urusan penduduk setempat.
Sehubungan itu, dengan terasminya di Jalan Kebun Sultan sebagai zon China Town, maka sewajarnya dapat meningkatkan persepsi positif terhadap dasar-dasar Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan selama ini. Hakikatnya, ia merupakan satu bukti berlakunya keadilan dan keharmonian kaum untuk masyarakat Cina di Kelantan. Ini kerana sepanjang Jalan Kebun Sultan ini terdapatnya bangunan Dewan Perniagaan Cina Kelantan telah menjadi lokasi perniagaan dan sosial masyarakat Cina sejak berpuluh tahun. Selepas ini pula, ia dijangka akan terus rancak dengan aktiviti perniagaan dan kebudayaan masyarakat Cina. Sudah tentu ia mendekatkan lagi hubungan pelbagai kaum. Apa yang ingin kita lihat ialah satu zon China Town yang terbaik di dunia kerana kepelbagaian aktiviti yang menjadi tarikan pelancong. Sebagaimana China Town di Havana Cuba, di Kolkata (Calcutta) India dan di Bangkok Thailand. Ia mungkin boleh menyaingi sama China Town di Johannesburg Afrika Selatan, atau di Melbourne Australia yang sudah diiktiraf sebagai China Town terbaik kerana amalan kebersihan dan kerancakan aktiviti perniagaan. Justeru itu, China Town Kota Bharu ini didoakan akan muncul sebagai China Town bertaraf antarabangsa yang terbaik jua.
Bagi menuju ke peringkat pengiktirafan sebegitu, mungkin sebarang aktiviti yang dilaksanakan di sini hendaklah berjalan selari dengan dasar dan peraturan Kerajaan Negeri. Sekaligus ia memberi cerminan bagi kepada kejayaan dasar Membangun Bersama Islam. Maka akan munculnya hubungan harmoni di antara kaum. Sementara sifat-sifat positif kaum Cina dapat menjadi contoh kepada semua kaum di negara ini. Justeru amat sesuai untuk kita mengulangi kisah Laksamana Cheng Ho sebagai seorang tokoh pelayaran Negara China yang terkenal. Ia pasti mengingatkan kita bagaimana kecekalan dan kesungguhan beliau mengepalai armada besar kapal-kapal merentasi lautan untuk sampai ke Tanah Melayu. Inilah di antara sejarah yang wajar menjadi kebanggaan kepada bangsa Cina di negara ini. Berbekalkan semangat dan iktibar dari sejarah pelayaran Cheng Ho yang menakjubkan ini, Kerajaan Negeri Kelantan dengan ini mengisytiharkan China Town Kota Bharu ini sebagai Haji Cheng Ho China Town.

Semoga dengan ini, segala usaha yang kita lakukan diberkati oleh Allah SWT.
Bertempat di  Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan.
Pada 25 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 8 Mac 2013M.


KONTRAK Menyelenggara Semua Jalan Negeri Di Pahang KETUA Pemuda UMNO Bahagian Be
Posted on Wednesday, March 20 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Omak Kau

Ketua UMNO Bahagian Bentong ialah Adnan Yaakob...Surat yang dikeluarkan oleh Pengarah JKR Negeri Pahang dialamatkan kepada semua  Jurutera Daerah Negeri Pahang ada menyebut hasil persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang

Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang ialah Menteri Besar Pahang sendiri.


Jadi secara tidak langsung MB Pahang yang mempengerusikan mesyuarat telah memberikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Johari Harun salah seorang pemegang syer terbesar Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd kontrak menyelengara semua jalan-jalan negeri seluruh Pahang selama 7 tahun.

Jelas ada penyalahan guna kuasa dan kedudukkan untuk beri kontrak selama 7 tahun berterusan kepada sebuah syarikat kepunyaan Ketua Pemuda UMNO dimana Ketua UMNO Bahagiannya sendiri adalah Menteri Besar Pahang.

Seorang lagi pegenag terbesar syer syarikat berkenaan ialah Syufina Yaakob...Adakah mempunyai tali persaudaraan dengan Menteri Besar Pahang? Wallahuakhlam Bissawab.
PANAS MENDIDIH!!!!.. SYARIKAT YANG DIBERIKAN KONTRAK MENYELENGGARA SEMUA JALAN -JALAN NEGERI DI PAHANG, KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BENTONG ADA KEPENTINGAN!!!!

  ‘Dr M punca krisis Lahad Datu’

Posted on Wednesday, March 20 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Jamilah Kamarudin

Mahathir in Lahad DatuKUALA LUMPUR: Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.
Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan. Mahathir in Lahad DatuTerlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.
Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.
“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.
“Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang  di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Peranan Megat Junid

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos
projek terbabit.
“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.
Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.
Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.
“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.
Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.
Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.
Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15.
‘Dr M punca krisis Lahad Datu’

 Taib tolak pendedahan video, kata sepupu ‘tidak boleh dipercayai’
Posted on Wednesday, March 20 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Malaysia Insider

Vindicated! – Our Corruption Claims Confirmed On Camera KUALA LUMPUR, 19 Mac — Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa sepupunya dan mereka yang lain terlibat dalam pendedahan bukti video oleh pejuang alam sekitar telah menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran.
"Ok saya lihat yang dikatakan adalah bukti. Bukankah itu seseorang yang cuba untuk menawarkan diri mereka sebagai egen untuk mendapatkan ganjaran daripada saya?

Ia tiada kena mengena dengan saya. Saya rasa mereka sedikit nakal. Mereka menggunakan kuasa untuk memburukkan nama saya," kata ketua menteri Sarawak selepas ditanya oleh wartawan di ibu negeri tersebut di Kuching tengahari ini.


Klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi dan dimuat naik kedalam Youtube.
Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib (gambar) dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu.
Dalam video 16 minit tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.
Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya'akub dan sepupu kepada ketua menteri - memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit.
Vindicated! – Our Corruption Claims Confirmed On CameraBagi menjawab dakwaan tersebut, Taib berkata orang awam pada awalnya patut mengetahui tentang hubungan beliau dengan sepupunya itu.
"Siasatlah hubungan antara bapa saya dengan dia. Adakah ia baik atau tidak?
"Kami pernah bergaduh sekali jadi sepupu tidak boleh dipercayai. Jika kamu mahu cipta sesuatu carilah sesuatu yang lebih sahih.
"Mereka cuba perangkap seseorang seperti saya... daripada bukti ia boleh ditafsirkan sedemikian."
Pada tahun 1987, Abdul Rahman, yang telah bersara sebagai ketua menteri pada tahun 1981 berhadapan cabaran besar dalam politik dengan anak saudaranya, Taib.
Abdul Rahman membentuk Permas untuk mencabar Taib tetapi kalah dalam pilihan raya negeri pada tahun itu.
 Taib tolak pendedahan video, kata sepupu ‘tidak boleh dipercayai’



 7 MATA yang dicintai oleh Allah..

1. Mata mereka yg sntiasa berisaha ke arah melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah..
2. Mata yg berjga malam di jalan Allah..
3. Mata yg memerhati dan memuji kejadian Allah..
4. Mata yg menitiskan airmata kerana takutkan kebesaran Allah..
5. Mata yg sentiasa bersabar drpd memandang perkara HARAM..
6. Mata yg memndang mereka yg miskin dgn kerahmatan dan kasih syg..
7. Mata yg memndang dan membaca Al-quran mengambil pengaran dan mengamalkan dalam kehidupan

Tiada ulasan: