Isnin, 25 Mac 2013

DUNIA AKHIR ZAMAN...ORANG NON ISLAM PUN SOKONG ISLAM....MUDAH2 MEREKA DIBERI TAUFIK DAN HIDAYAH

Apps bersepadu ‘PRU13 PKR’ jadi senjata kempen media sosial KEADILAN (video)
Posted on Monday, March 25 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Rafizi Ramli

Mengambil kira ruang maklumat yang disekat akibat media perdana yang tidak bebas, KEADILAN menumpukan usaha untuk menggunakan sepenuhnya gabungan telefon pintar (smartphone) dan media social seperti Facebook dan Twitter.

Oleh itu, KEADILAN menjadi parti politik pertama yang membangunkan Apps bersepadu untuk menyebarkan maklumat sepanjang kempen Pilihanraya Umum ke-13 melalui media sosial.

Apps ini mempunyai ciri-ciri berikut:

APSSS1. Membawa berita terkini
2. Kemudahan semakan daftar pengundi di hujung jari
3. Bank infografik yang penuh dengan data mengenai isu-isu besar
4. Video ceramah, sidang media dan aktiviti kempen
5. Twitter pimpinan utama
6. Jadual aktiviti dan ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim
7. Bank profail calon-calon KEADILAN (selepas penamaan calon)

Apps yang dinamakan “PKR” ini dibangunkan untuk platform Apple dan Android buat masa ini. Ia boleh mula dimuat turun di iTunes dan Market Place dari minggu bermula 25 Mac 2013 dengan jangkaan Dewan Rakyat dibubarkan selewat-lewatnya dalam minggu tersebut.

KEADILAN akan mempromosikan Apps ini bermula dari hari ini melalui preview video yang boleh didapati di Youtube.



RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
20 MAC 2013

Sumber: rafiziramli.com


  Tubuh RCI Siasat Skandal KM Sarawak
Posted on Monday, March 25 @ 07:56:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Nasrudin Hassan

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri menubuhkan suatu Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat dakwaan rasuah di Sarawak oleh Ketua Menteri dan ahli keluarga beliau. Ini ekoran pendedahan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' yang dihasilkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Global Witness mengenai skandal balak di negeri Sarawak baru-baru ini. Pendedahan ini pastinya menggemparkan negara kerana ia menggambarkan magaimana modus operandi yang dilakukan secara terancang oleh keluarga pemimpin kerajaan di negeri tersebut menggunakan mekanisme tertentu bagi menghalalkan kegiatan mereka.

DPPM merasa terkejut bagaimana kumpulan aktivis tersebut boleh menghasilkan dokumentari berdasarkan hasil penyamaran dan pengintipan mereka terhadap kegiatan keluarga Ketua Menteri Sarawak. Ini menandakan masyarakat antarabangsa juga sudah lama memerhati terhadap penyelewengan dan salah laku pemimpin negara, khususnya KM Sarawak. Bayangkan sekiranya video ini tidak didedahkan untuk tatapan umum, dimanakah rakyat akan mengetahui kebenaran disebalik penyelewengan ini? 

Rakyat yang menonton video ini pastinya merasa malu, marah dan terkejut melihat bagaimana pemimpin sebuah kerajaan menyelahgunakan kuasa dan kekayaan yang mereka miliki untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Di mana hendak diletakkan air muka tatkala masyarakat dunia menonton skandal yang tidak bermaruah ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpn negara. 
Justeru, rakyat tidak lagi boleh menutup mata melihat segala penyelewengan yang berlaku. Dalam keadaan rakyat di Sarawak hidup dalam serba kedhaifan, miskin dan melarat, pemimpinnya pula bermewah dengan kekayaan yang melampau. Bahkan, harta kekayaan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat hanya diagih-agihkan antara sanak saudara dan keluarga mereka sahaja. Beginilah sikap yang dipamerkan oleh pemimpin parti pemerintah yang telah memerintah negara ini berpuluh tahun lamanya. 
Pendedahan ini membuktikan bahawa kerajaan BN sekarang terlalu parah. Amalan rasuah, korupsi, kronisme serta penyelewengan kuasa untuk kepentingan peribadi telah menjadi budaya dan membarah dalam pemimpin-pemimpin negara. Rakyat perlu meletakkan noktah terakhir pada BN PRU ke 13 tanpa ragu lagi. Menafikan kekuasaan BN untuk terus memerintah bererti menyelamatkan negara dari dipimpin oleh pemimpin yang korup dan tidak amanah.  
HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 


 PAS DUN Kota komited pulihara tempat bersejarah di Rembau
Posted on Monday, March 25 @ 07:33:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: amkns

"24 Mac 2013 Kota – PAS DUN Kota dengan kerjasama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau hari ini telah mengadakan gotong royong di makam Dato Lela Balang di Kg Kota Lama. Program gotong royong tersebut yang diketuai oleh Hj Ghazali Mohd Shom selaku Penyelaras PAS DUN Kota adalah sebahagian dari projek pemuliharaan tempat-tempat yang bersejarah di Rembau.

Dato Lela Balang menurut Hj Ghazali adalah merupakan pembesar dari Sumatera yang telah berkahwin dengan anak Tok Batin Sekudai dari suku Jakun yang merupakan peneroka awal di Negeri Sembilan iaitu Dato Bungkal binti Tok Batin Sekudai. Hasil perkahwinan antara Dato Lela Balang dan Dato Bungkal ini lahirlah seorang putera yang diberi nama Dato Seri Rama yang dilantik menjadi Undang Rembau yang pertama pada tahun 1540 masihi.
Menurut Hj Ghazali, makam Dato Lela Balang yang telah lama terbiar ini dan hampir dilupakan oleh generasi kini perlu dipulihara dan dijadikan sebagai tempat warisan bersejarah.
Ianya bukan hanya dapat menjadi tempat tarikan pelancong yang boleh menjana ekonomi setempat malahan ianya dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi generasi kini apabila mereka dapat belajar dari sejarah bagaimana pelbagai suku kaum masyarakat di Negeri Sembilan ini sejak dari dulu dapat hidup dalam suasana permuafakatan berlandaskan syariat Islam bak kata pepatah “Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak. Syarak mengata, adat menurut”.
Menurut Hj Ghazali lagi, generasi kini tidak menyedari banyak fakta sejarah , antaranya betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh masyarakat di Rembau yang terdiri dari orang asli suku Jakun dan kaum pendatang dari Sumatera pada zaman kejatuhan kerajaan Islam Melaka untuk menghalau penjajah Portugis pada ketika itu dari bumi Tanah Melayu dan Nusantara.
Andainya generasi kini belajar dari sejarah silam, pasti mereka akan menghargai para pejuang terdahulu dan memelihara tempat-tempat bersejarah di daerah ini.
Hj Ghazali juga menegaskan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti, PAS DUN Kota akan mengusulkan beberapa cadangan dan kertas kerja berkaitan Adat Perpatih dan tempat bersejarah bukan sahaja di Rembau malahan di seluruh Negeri Sembilan agar ianya akan dapat memberi manafaat kepada semua pihak, baik dari sudut keagamaan, kebudayaan serta ekonomi.
Selepas gotong royong tersebut satu majlis tahlil telah diadakan di makam Dato Bungkal yang dipimpin oleh Hj Ghazali sendiri.
Turut hadir dalam majlis gotong royong tersebut ialah penduduk setempat serta ahli PAS dan PKR di DUN Kota antaranya Izamri bin Med yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota dan Rozmal bin Malakan selaku Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau yang juga merupakan anak kelahiran Kg Kota Lama dan merupakan generasi turun temurun Dato Lela Balang dan Dato Bungkal dari suku Biduanda Lela Maharaja.

  Apa Najib tahu pasal Institusi Islam?
Posted on Monday, March 25 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum...

Najib sekarang ini sudah pandai menyebut tentang syair Islam, tentang Aqidah Islam, tenteng akhlak Islam dan tentang Institusi Islam serta pemimpin Islam, pada ketika Najib masih lagi mengamalkan carahidup yang menyimpang dari carahidup Islam.

Rasanya tak perlu disebut semua elemen yang bukan carahidup Islam yang diamalkan Najib, cukup dengan memberi contoh bagaimana isterinya tidak menutup aurat dan rantai emas di tengkoknya. Najib pandai menyebut Institusi Islam sedangkan dia sendiri mengetuai kerajaan yang jauh menyimpang dari kerajaan yang tunduk patut kepada perintah ALLAH, kerajaan yang jauh dari akhlak Islam, kerajaan yang tidak berminat untuk meninggikan syiar Islam sebaliknya berbelanja besar untuk meninggikan syiar k-pop dan gangnam style yang berasal dari Korea.

Apa yang dikatakan Najib dan apa yang ditunjukkannya membenarkan kata kata TGNA ia itu Najib menipu untuk mengkaburi rakyat. Justeru itu rakyat jangan terkeliru, seorang yang tidak berpegang dengan carahidup Islam tidak akan mampu membentuk Institusi Islam dan seorang yang percaya dengan ideologi nasionalisma tidak akan mampu menjadi pemimpin Islam!

Najib cuma menipu untuk meraih sokongan, sebab sebenarnya dia tidak layak bercakap pasal Islam, pasal syiar islam, pasal akhlak Islam, pasal Institusi Islam dan pasal pemimpin Islam, malah sampai bila bilapun Najib tidak akan mampu membina carahidup Islam kerana itulah slogan yang menjadi pegangannya, dulu, kini dan selamanya, tidak akan ada carahidup Islam bagi Najib.

Najib cuma pragmatis, menurut tren kemahuan rakyat semasa. Jadi kali ini, Najib mendapati rakyat cenderung untuk kembali kepada Islam, maka Najibpun bercakaplah tentang islah, tentang semua kebaikan Islam semata mata untuk mendapat sokongan sedangkan ketika dia bercakap itu, tidak ada satu pun perkara perkara penting dalam Institusi dan carahidup Islam disegerakan perlaksanaannya tetapi isu isu semasa yang menguntungkannya dimanupulasi secukup cukupnya walaupun ia tidak termasuk dalam perintah ugama yang qatie tetapi perlu ditangani dengan ilmu dan berhemah seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja dan bible melayu serta LGBT ynag tuntutannya berbentuk sejagat.

Najib tidak mahu menggunakan Ilmu untuk berdepan dengan isu isu ini sebaliknya menggerakkan orang suruhannya berarak di jalanraya yang bukan budaya kita membantah isu isu tersebut yang membabitkan penghinaaan kepada rakyat bukan Islam. Inilah cara Najib meraih simpati dari orang Islam pada ketika Najib menampilkan imej seorang pemimpin Islam yang tidak tahu Islam itu apa!

Malang kepada sesiapa yang percaya kepada Najib dan terus menyokongnya. Najib mendakwa PAS sudah lari daripada perjuangan asalnya kerana kerjasama dalam PR tetapi dalam masa yang sama mengakui bahawa apa yang diperjuangkan PAS sedang meresap di sanubari rakyat sehingga memaksa Najib menerusi dasar paragmatisnya tampil dengan imej pemimpin Islam yang tidak tahu tentang Islam bagi mengkaburi rakyat."

 Dewan Undangan Negeri Sembilan Terbubar 26/3/2013.
Posted on Monday, March 25 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Jika parlimen Malaysia tidak dibubarkan oleh Najib Razak akhir bulan March atau pada 26/3/2013 . Tidak mengapa, bubar atau tidak parlimen itu hak peribadi Najib Razak. Tempuh penggal BN berkuasa sehingga 31.3.2013.

Dewan undangan Negeri Sembilan terbubar secara automatik selepas 26/3/2013. Tempoh penggal berkuasa kerajaan Negeri Sembilan (BN) tamat pada hari Selesa 26/3/2013.

Mengikut pandangan pakar undang undang perlembangaan Malaysia Dr. Aziz Bari selepas tarikh tersebut kerajaan Negeri Sembilan diibaratkan sebuah kerajaan haram.

Cadangan kepada Najib Razak tak payah bubar dewan rakyat atau adakan usul tergembar dalam dewan rakyat minta mandat dari walik rakyat selama lima tahun lagi untuk jawatan perdana menteri."

 Siapa Calon Pakatan Rakyat Di Sembrong?
Posted on Monday, March 25 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Jalan Pulang



Sementara spekulasi hebat mengatakan bahawa ahli parlimen Sembrong yang juga naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein akan bertukar kerusi ke Kota Tinggi, KEADILAN sebentar tadi sudah pun mengorak langkah mengumumkan calon mewakili Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Onn Abu Bakar (dua dari kiri) sebagai calon menentang calon Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis dan NGO Gabungan Tuntutan Rakyat Johor (TRJ) yang dihadiri hampir 800 penyokong.

Saifuddin mewakili Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Kluang, Johor sebentar tadi.

Onn yang juga Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya menanti cabaran yang dijangka paling sengit sejak 15 tahun lalu.

Hadir sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Pemuda DAP Pusat, Tan Hong Tim.

Bercakap kepada pemberita, Onn yakin dengan prestasi KEADILAN di Sembrong untuk mencatat kemenangan sekali gus membantu hasrat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Saya analisis trend pengundian di Sembrong dan yakin jentera Pakatan akan membantu bawa kemenangan pada PRU 13," kata anak kelahiran Johor itu.

Keyakinan itu diperkuat dengan penyertaan Rafidah Hassan, sepupu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak dari BN pada majlis berkenaan.



Beliau bersama suami, Zarudin Jaffar menyerahkan borang keahlian Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution sejurus pengumuman itu.

Ironinya, Zarudin biarpun sudah berusia 43 tahun tidak pernah mengundi kerana kecewa dengan lanskap politik negara yang kotor tetapi tertarik dengan ketelusan kepimpinan Anwar Ibrahim dan terus menyertai KEADILAN.

Beliau menyifatkan kerakusan pemimpin Umno BN merompak harta rakyat dan bermewah-mewahan atas kesusahan rakyat mendorongnya memilih untuk bersama Pakatan.

"Saya mahu bantu Pakatan menawan Putrajaya," katanya.

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 24 Mac 2013)

Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
Padang Serai - N Surendran
Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Pandan - Rafizi Ramli
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
Segamat - Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 24 Mac 2013)
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)

Nota:

Calon dari PAS akan diumumkan sebaik mendapat maklumat terbaru.

Jalan Pulang akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com

  Saya sayang parti Islam- Beh Hen Kin
Posted on Monday, March 25 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Tiada ulasan: