Ahad, 31 Mac 2013

ITU KEBOLEHAN YANG BELIAU ADA

500 anak muda sertai Konvoi Gelombang Tolak

Harakahdaily, 31 Mac 2013


SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.


Di Dengkil, Tolak  akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.

Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

Konvoi itu juga merupakan siri jelajah mengutip tandatangan rakyat Malaysia sepanjang 1 kilometer sebagai mesej utama menolak Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Program hari ini bermula dengan ucapan pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safar.

“Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baru, yang lebih adil, lebih telus tanpa rasuah, tanpa politik kotor,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.
Program itu merupakan siri jelajah pertama gelombang Tolak bermula di Lembah Klang.

Bermula 6 April ini, Tolak akan menjelajah seluruh Malaysia bermula di Melaka, Johor dan akan berakhir di Pahang pada 14 April.

Pada akhir jelajah Tolak tersebut ,1 kilometer tandatangan rakyat Malaysia akan diperoleh dan akan dibentangkan pada acara kemuncak di Kuala Lumpur nanti.

Kediaman bekas Adun PAS N. Sembilan

http://pasns.blogspot.com/, 31 Mac 2013

Kediaman bekas Wakil Rakyat N.Sembilan cuma rumah teres setingkat


Inilah kediaman bekas Wakil Rakyat ADUN Paroi, Haji Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak sebelum beliau menjadi ADUN Paroi sehinggalah tamat 5 tahun perkhidmatan beliau sebagai ADUN Paroi pada 27 Mac 2013 yang lalu. Kediaman beliau bersama isteri dan 4 orang anak hanyalah sebuah rumah teres setingkat yang lama. Semoga PAS Negeri Sembilan dapat melahirkan lebih ramai lagi Wakil Rakyat yang berjiwa rakyat.

“Dari Rakyat, Untuk Rakyat”

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Tabung Pilihanraya Umum ke 13 PAS Negeri Sembilan sila salurkan terus ke akaun berikut:

Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Ramli 013-8835185

Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458

Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Fisol 019-3440826

Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Roni 012-2268230

Gambar berbicara: Melayu N Sembilan tolak Umno/BN

Omak Kau, 31 Mac 2013





Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi bukan sekadar cakap pakai air liur basi.

Bukan niat nak mendabik dada bercakap besar berdegar-degar tetapi sekadar mengajak para pemimpin UMNO dan jua ahli-ahli, penyokong dan pendokongnya sekali buka mata dan kepala seluas-luasnya untuk menerima kenyataan yang UMNO sudah tidak relevan lagi pada bangsa Melayu.

Warga Melayu sudah muak ditipu selalu oleh UMNO.

Ini adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.

Negeri Sembilan sudah memang terkenal dari dulu antara negeri UMNO paling kuat kukuh dan kebal tetapi kini sudah tidak lagi beb!!!!

Tidak terperanjat dan menghairankan jika Negeri Sembilan bakal tumbang ketangan Pakatan Rakyat jika dilihat pada sambutan yang cukup luar biasa malam tadi.

Amat jarang ceramah di Negeri Sembilan diberikan sebegini punya hebat.

Apakah UMNO masih mau berasa selesa sambil bercakap besar kononnya Negeri Sembilan tetap kekal ditangan UMNO sepertimana yang dikatakan oleh Mohamad Hassan?

PRU 13 adalah PRU kebangkitan rakyat....Rakyat terutamanya anak-anak muda mau bangkit melakukan perubahan.

Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu

Harakahdaily, 31 Mac 2013

(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.

(Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

Adalah dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.

Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.

Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.

Ini kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.

21 peratus pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini.

Kerajaan Selangor salur RM32.5 juta bantu SAR

Harakahdaily, 31 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyalurkan RM32.5 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri sejak mentadbir negeri lima tahun lalu.

Selangorku melaporkan, seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini memandangkan penggal Kerajaan Negeri selama lima tahun akan berakhir tidak lama lagi.

“Syukur alhamdulillah, tapi saya takut jika bantuan ini akan berakhir pada tahun ini.

“Sebab kami guru-guru SAR sudah diabaikan Kerajaan sebelum ini  dan Kerajaan Negeri PR tampil memberikan bantuan kepada kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek bantuan daripada kerajaan negeri.

Ahmad Ansori ditemui dalam Majlis Penyampaian Kepada SAR Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2013 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) malam kelmarin.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM6 juta bagi pembangunan SAR setiap tahun.

“Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor,tidak sekali-kali meminggirkan SAR.

“Bahkan kita mahu sekolah-sekolah yang mengutamakan pendidikan agama Islam ini terus dibantu bagi menampung kekurangan yang semakin ketara dalam pendidikan keagamaan yang terdapat di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali serta kira-kira 300 guru SAR seluruh Selangor.

Sehingga kini, sebanyak 200 buah SAR termasuk Sekolah Kursus Asas Fardhu Ain (Kafa) menerima manfaat daripada bantuan kerajaan negeri.

MP DAP tinggal kawasan ‘selamat’ berjuang di Johor

Harakahdaily, 31 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen P.152 Kluang dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menjadi pemimpin tertinggi DAP yang kedua bertandang ke Johor selepas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, diumumkan calon untuk Parlimen P.162 Gelang Patah.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu satu jamuan anjuran DAP Kluang di Kluang malam tadi, lapor Roketkini. (Gambar atas)

Sewaktu pengumuman dibuat di hadapan ribuan hadirin yang menderma melalui pembelian meja makan malam tersebut, Liew mendapat sorakan dan tepukan gemuruh yang membayangkan sokongan yang bakal diperolehi dalam PRU13 nanti.

Guan Eng yang juga Kerua Menteri Pulau Pinang berkata, Liew juga sudah berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di Pulau Pinang sejak 2008 di mana beliau berperanan membantu kerajaan negeri menggubal dasar-dasar untuk rakyat, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

Selepas pengumuman dibuat, Liew yang bergegas ke satu majlis ceramah bersama PAS-DAP yang turut diadakan di Kluangi malam tadi, memberitahu hadirin yang kebanyakannya orang Melayu bahawa beliau mahu belajar dari penduduk dan pengundi Kluang untuk membolehkannya memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai wakil rakyat.

“Selepas saya diberi mandat oleh rakyat di Parlimen Bukit Bendera dahulu, saya banyak belajar daripada pengundi-pengundi saya yang membolehkan saya faham dan tahu apa yang mereka mahukan. Bukan sahaja isu-isu tempatan, malah pengundi juga meminta saya membawakan isu-isu nasional di Parlimen” katanya kepada Roketkini selepas ceramah itu.

Beliau yakin jika ‘Melayu undi DAP, Cina undi PAS’ pendekatan yang bermaksud pengundi semua kaum tidak takut untuk memilih mana-mana calon Pakatan Rakyat, ia bukan sahaja dapat memenangkan Kluang, malah Pakatan akan Berjaya menubuhkan kerajaan yang baru.

Menurut Liew, beliau sanggup meninggalkan kerusi Parlimen Bukit Bendera yang dimenanginya dengan majoriti 16,000 undi dalam PRU 2008 untuk mengadu nasib di Kluang semata-mata mahu membawa harapan baru ke arah kerajaan yang bersih, prihatin rakyat dan tidak menindas.

“Dalam perjuangan kita tidak boleh memilih yang ‘selamat’ sahaja. Jika kita tak berdepan dengan halangan yang besar dengan strategi dan usaha yang baik, sampai bila-bila kita tak boleh bergerak maju,” katanya.

Parlimen Kluang mempunyai  51 peratus pengundi kaum Cina manakala Melayu 38 peratus dan India hampir 10 peratus dalam kawasan yang mempunyai hampir 83,000 pengundi. BN menguasai kerusi itu sejak lebih 30 tahun lalu.

Tiada ulasan: