Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah , "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (H.R. Muslim)
Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
Tabung Haji perlu dipisahkan dari orang politik
SHAH ALAM – Kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung
Haji (TH) yang didedahkan hari ini adalah disebabkan penglibatan orang
politik di dalam pentadbiran tertinggi TH itu sendiri.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu berkait rapat dengan kedudukan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli Parlimen Umno sebagai pengerusinya.
“Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi TH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi TH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum.
“Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya nafikan TH beli 2 unit, bukannya...]
Dr Maszlee yang juga Presiden Academic Staff Association (ASA) berkata, pengerusi TH itu akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum.
“TH sepatutnya dipengerusikan oleh tokoh-tokoh korporat berjiwa Islamik, bebas politik, yang telah terbukti kemampuannya dan mempunyai rekod yang diperakui oleh semua pihak,” katanya.
Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media hari ini.
Astro Awani | Kemas kini: Mei 07, 2015
Haider Yutim, Astro Awani | Kemas kini: Mei 07, 2015
Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.
Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.
Sebelum ini, Azeez (gambar, kiri) menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.
"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.
"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.
Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar, kanan), yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.
"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.
Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.
Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.
Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.
Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam. – 7 Mei, 2015.
Walaupun
semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah
1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai
eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk
projek Tun Razak Exchange (TRX).
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu berkait rapat dengan kedudukan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli Parlimen Umno sebagai pengerusinya.
“Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi TH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi TH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum.
“Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya nafikan TH beli 2 unit, bukannya...]
Dr Maszlee yang juga Presiden Academic Staff Association (ASA) berkata, pengerusi TH itu akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum.
“TH sepatutnya dipengerusikan oleh tokoh-tokoh korporat berjiwa Islamik, bebas politik, yang telah terbukti kemampuannya dan mempunyai rekod yang diperakui oleh semua pihak,” katanya.
Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media hari ini.
Tabung Haji buat laporan polis kes dokumen TRX bocor
Astro Awani | Kemas kini: Mei 07, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 07, 2015 17:59 MYT)
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH)
membuat laporan polis berhubung 'pembocoran' dokumen Tabung Haji dalam
urusan pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
Laporan dibuat Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah di Balai Polis Dang Wangi di sini pada petang Khamis.
Laporan itu antara lain menyatakan blog 'The Benchmark' didakwa memanipulasi fakta berkaitan pelaburan yang dilaksanakan TH untuk pembelian tanah di TRX.
"Pelaburan itu sudah melalui kesemua proses dalaman menurut peraturan TH dengan mendapat kelulusan yang betul dan teratur.
"Pembelian tanah tersebut adalah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai yang dinilai oleh penilai bebas profesional di dalam pengetahuan saya," katanya dalam laporan itu.
BACA: Tabung Haji sahkan pembelian hartanah di Tun Razak Exchange
BACA: Azeez arah pengurusan Tabung Haji jawab isu pembelian tanah 1MDB
Laporan polis itu turut menafikan TH sedang di dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana dilaporkan di dalam blog berkenaan.
"Kebocoran kertas cadangan tersebut tidak membuktikan bahawa cadangan pelaburan tersebut telah diluluskan.
"TH tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan mendedahkan maklumat sulit kerana ia bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995 dan polisi dalaman TH," kata laporan itu.
Terdahulu, TH mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX.
Jelas Johan langkah itu adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
TRX adalah projek yang dibangunkan 1MDB dan langkah membeli tanah oleh TH itu dilihat sebagai usaha menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, 14 anggotanya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan siasatan ke atas 1MDB sebelum laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.
Jelasnya, pihak 1MDB juga diharap dapat memberi kerjasama penuh bagi melancarkan siasatan berkenaan.
Pengerusi Lembaga TH, Datuk Seri Azeez Rahim sebelum ini dilaporkan telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.

Salinan laporan polis yang dibuat TH ekoran kebocoran dokumen mengenai TRX.
BACA: Tabung Haji sahkan pembelian hartanah di Tun Razak Exchange
BACA: Azeez arah pengurusan Tabung Haji jawab isu pembelian tanah 1MDB
Laporan polis itu turut menafikan TH sedang di dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana dilaporkan di dalam blog berkenaan.
"Kebocoran kertas cadangan tersebut tidak membuktikan bahawa cadangan pelaburan tersebut telah diluluskan.
"TH tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan mendedahkan maklumat sulit kerana ia bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995 dan polisi dalaman TH," kata laporan itu.
Johan menunjukkan laporan polis yang dibuat di hadapan Balai Polis Dang Wangi.
Terdahulu, TH mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan TRX.
Jelas Johan langkah itu adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
TRX adalah projek yang dibangunkan 1MDB dan langkah membeli tanah oleh TH itu dilihat sebagai usaha menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, 14 anggotanya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan siasatan ke atas 1MDB sebelum laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.
Jelasnya, pihak 1MDB juga diharap dapat memberi kerjasama penuh bagi melancarkan siasatan berkenaan.
Pengerusi Lembaga TH, Datuk Seri Azeez Rahim sebelum ini dilaporkan telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.
6 hrs ·
KITA YANG MENCARUM ADA HAK BERSUARA DAN TIMBUL KERISAUAN.
INSTITUSI kerajaan mana pula yang akan berurusan dengan 1MDB selepas ini? Dengan lubang RM42 bilion, 1MDB kini cuba mencairkan aset-aset yang diperolehinya untuk mendapatkan keuntungan. Dengan imej 1MDB yang sebegitu teruk sehingga gagalnya rancangan untuk IPO, siapakah lagi yang sanggup berurusan dengan mereka?
Tapi malangnya, penjual aset kepada 1MDB ialah kerajaan dan pembelinya pula ialah rakyat sepertimana yang berlaku di Lembaga Tabung Haji (TH).
Berlindung di sebalik perkataan “pelaburan”, TH telah mengaku berurusan dengan 1MDB dalam pembelian tanah projek Tun Razak Exchange (TRX), iaitu salah satu projek pembangunan utama oleh 1MDB.
Yang menyedihkan ialah gelagat Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Rahim yang menafikan dakwaan awal apabila berita itu terledak.
Apakah wajar TH berurusan dengan 1MDB yang sudah terkenal dengan masalah hutangnya?
Ini masalahnya apabila jawatan Pengerusi TH merupakan lantikan politik, dan lantaran itu, mereka hilang sikap berdikari dan terpaksa akur dengan bos politik mereka.
Secara kebetulan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah penasihat 1MDB. Di dalam kerjaan BN-Umno, Najib pula ialah bos kepada Abdul Azeez. Ini menyebabkan rakyat berpandangan serong terhadap urusan TH dengan 1MDB ini meskipun ia mungkin satu transaksi perniagaan yang bersih.
Cuma perkara yang paling busuk dalam isu ini ialah, yang menjual tanah TRX kepada 1MDB pada harga yang paling rendah ialah kerajaan. Yang membeli semula tanah ini pada harga yang sangat tinggi daripada 1MDB ialah rakyat melalui caruman di Tabung Haji.
Ini model perniagaan mudah untuk 1MDB – bapa jual pada anak pada harga murah, lepas itu memaksa menantu beli pada harga tinggi. Ke mana duit untung ini akan berakhir di 1MDB?
Untuk membayar hutangnya, 1MDB perlu mencairkan lagi lebih banyak aset-asetnya. Ini menyebabkan situasi di masa depan lebih mengerunkan. Siapakah selepas ini yang bakal berurusan dengan 1MDB? Apakah Lembaga Zakat, KWSP, Felda ataupun Khazanah akan digunakan untuk membeli aset yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah pada harga yang lebih tinggi?
Di sini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengotakan janjinya yang lalu untuk memastikan Putrajaya tidak patut terlibat untuk menyelamatkan 1MDB.
"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat." – begitulah kata-kata Muhyiddin pada 6 Mac yang lalu.
Apakah Muhyiddin sedar apa yang dibimbanginya sekarang sudahpun berlaku di depan mata melalui TH? Apakah beliau akan bertindak memihak kepada rakyat atau terus membisu seperti Najib?
Begitulah nasib wang rakyat jika terus dijaga kerajaan BN-Umno. Diharap rakyat terus sedar bagaimana wang mereka terus dimakan dengan pelbagai cara manakala kerajaan terus dengan sikap borosnya sebagaimana yang ditunjukkan rakyat di Rompin yang telah mula bangkit menolak BN.

Azeez arah pengurusan Tabung Haji jawab isu pembelian tanah 1MDB
Haider Yutim, Astro Awani | Kemas kini: Mei 07, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 07, 2015 11:43 MYT)
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Tabung Haji
(LTH), Datuk Seri Azeez Rahim berkata beliau telah mengarahkan pihak
pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan
pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak
semalam.
Ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, katanya beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menjawab dakwaan berkenaan.
"Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti... biar mereka selesaikan dahulu," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.
Semalam, Azeez menerusi akaun Twitternya telah pun menafikan dakwaan tersebut. Beliau turut memaklumkan bahawa Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan mereka secepat mungkin.
Posting itu kemudiannya dibalas oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memuji tindakan pantas itu.
Ia kemudiannya dibalas sekali lagi oleh Azeez.
Katanya jika dakwaan itu lambat dijawab, ianya akan membuka ruang untuk pihak tertentu memutarbelitkan dakwaan itu.
Difahamkan pihak pengurusan Tabung Haji ketika ini sedang bermesyuarat.
Baru-baru ini, laman blog The Benchmark serta beberapa blog lain telah memuat naik beberapa dokumen yang memaparkan Tabung Haji telah membeli dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan.
Blog itu juga mendakwa ‘orang dalam’ Tabung Haji mengesahkan bahawa satu perjanjian 'fast track' telah dibuat di mana ia mendapat kelulusan menteri dalam masa kurang dua minggu dan wang pembelian perlu dibayar kepada 1MDB secara penuh.
Dokumen itu juga ia menyatakan bahawa Tabung Haji telah membayar lebih kurang RM2,860 sekaki persegi (RM194 juta) untuk plot tanah pertama, dan untuk plot tanah kedua, Tabung Haji dikatakan bersetuju membayar RM3,900 sekaki persegi (RM578 juta) secara tunai.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani di App Store atau /azeez-arah-pengurusan-tabung-haji-jawab-isu-pembelian-tanah-1mdb-59430?cp
Sekarang, Tabung Haji mengaku beli tanah 1MDB RM188 juta
Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.
Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.
Sebelum ini, Azeez (gambar, kiri) menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.
"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.
"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.
Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar, kanan), yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.
"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.
Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.
Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.
Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.
Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam. – 7 Mei, 2015.
Beli tanah 1MDB: Tabung Haji ada jawapan
SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (LTH) akan memberikan jawapan berhubung
dakwaan pembelian tanah milik syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) yang tersebar di media sosial, semalam.
Memetik laporan sebuah portal, Pengerusi LTH, Datuk Seri Azeez Rahim dipetik sebagai berkata, beliau telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan.
“Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti…biar mereka selesaikan dahulu,” katanya.
Sebelum itu, melalui akaun Twitternya, Azeez menafikan dakwaan yang menyebut Tabung Haji akan membeli dua plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB dengan RM772 juta tunai.
“Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. Terima kasih,” tulisnya menjawab pertanyaan pengikutnya di laman itu, semalam.
Beberapa blog telah memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pembelian tanah TRX dan mendakwa menggunakan wang pendeposit yang disimpan bukannya wang kerajaan.

Tabung Haji sahkan pembelian hartanah di Tun Razak Exchange
Astro Awani | Kemas kini: Mei 07, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 07, 2015 14:01 MYT)
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari
ini mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di
pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut beliau, langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
"Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional," katanya.
Menurut kenyataan beliau lagi, cadangan pembangunan kediaman itu yang akan dibangunkan oleh TH Properties (anak syarikat TH), dijangka memberi pulangan positif kepada kumpulan itu pada masa hadapan.
Tambah Johan, TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.
Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Johan menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), Datuk Seri Azeez Rahim menerusi Twitternya telah menafikan dakwaan pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak semalam.
Beliau juga telah mengarahkan pihak pengurusan TH untuk segera mengeluarkan kenyataan serta menyerahkan kepada mereka untuk menjawab dakwaan berkenaan.
TRX adalah projek yang dibangunkan 1MDB dan langkah membeli tanah oleh TH itu dilihat pemimpin pembangkang sebagai usaha menebus sebahagian hutang 1MDB yang bernilai RM42 bilion.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari melalui blognya www.zairil.com hari ini berkata tindakan Tabung Haji ini merupakan satu pengkhianatan terhadap jemaah haji dan meminta mereka yang bertanggungjawab meletak jawatan jika dakwaan ini didapati benar.
“Memandangkan saya dan keluarga juga adalah penyimpan dengan LTH, saya terkejut dengan tindakan pelaburan berisiko tinggi ini. Saya dengan ini menyeru pengerusi LTH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, untuk mengesahkan kebenaran dakwaan ini.
"Jika semua dakwaan ini adalah benar, maka Datuk Azeez dan menteri yang bertanggungjawab kepada LTH, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, harus meletak jawatan dengan serta merta, kerana tindakan ‘bailout’ ini tidak lain tidak bukan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan para jemaah Islam Malaysia," kata Zairil.
Menjawab dakwaan itu, Johan berkata pembelian tanah itu bukanlah satu langkah ‘bailout’ untuk 1MDB.
Keputusan pelaburan itu dibuat selepas melihat kepada unjuran pulangan sebanyak 27 peratus dalam tempoh tiga tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH itu lagi sepertimana dipetik portal The New Straits Times Online.
"Ini bukan langkah ‘bailout’ untuk 1MDB. Keputusan ini dibuat berdasarkan unjuran pulangan ke atas tanah itu berdasarkan kepada harga kompetitif pembelian tersebut.
Beliau meyakinkan pendeposit agar tidak bimbang kerana ia keputusan pelaburan yang lumayan yang bakal memberikan banyak faedah kepada mereka, lapor portal itu lagi.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani di App Store
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (H.R. Hakim)
Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". (H.R. Bukhari Muslim)
Keterangan
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (H.R. Thabrani)
Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan