Selasa, 5 Mei 2015

ADA KUASA BARU BOLEH BUAT UNDANG2 ALLAH...TAK DE KUASA NAK BUAT APA....APA PUN TAK BOLEH BUAT....TAK KAN ITU PUN TAK BOLEH FIKIR





BENAR@BETUL....BERTEPATAN DENGAN SYARAK

Pasangan belum kahwin dilarang naik motosikal bersama di Aceh


AFP - SEORANG lelaki dan wanita menunggang sebuah motosikal di Banda, Aceh semalam.




BANDA, Aceh – Sebuah daerah di Aceh meluluskan undang-undang baharu melarang lelaki dan wanita belum berkahwin daripada bersama menaiki motosikal.
Seorang wakil rakyat, Fauzan Hamzah berkata, anggota-anggota Parlimen daerah Aceh Utara meluluskan peraturan tersebut pada minggu lalu.
“Ia akan dikuatkuasakan dalam tempoh setahun,” kata Fauzan.
“Pasangan belum berkahwin yang duduk dalam ­keadaan rapat di atas motosikal jelas melanggar hukum syarak dan boleh membawa kepada maksiat,” tambahnya.
Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatra merupakan satu-satunya wilayah Indonesia yang dibenarkan ­melaksanakan undang-undang Islam dengan perbuatan homoseks, judi dan minum arak boleh dihukum rotan.
Wilayah itu mula melak­sanakan hukum syarak selepas diberikan kuasa autonomi khas pada 2001 dalam usaha Jakarta menamatkan penentangan puak pemisah.
Langkah terbaharu mela­rang menunggang motosikal bersama yang akan melibatkan lebih 500,000 orang di Aceh Utara dibuat selepas sebuah bandar di Aceh mengharamkan kaum wanita daripada mengangkang semasa membonceng motosikal.
Mereka sebaliknya diminta untuk duduk secara ­men­yamping supaya kelihatan lebih sopan. – AFP






kuasa perlu baru bole buat sesuatu... lihat sirah... brkuasa d madinah kmdian d mekah ...ada kuasa baru bole tegak undang2 Allah... hilang kuasa atau xde kuasa... nk buat pe pun xbole... bkn semua org pandai politik....jgn trperangkap gila pgkat... gila kemewahan... gila wanita@brbini byk




 

Tiada ulasan: