Sabar dan taqwa kunci hadapi dengki dan iri hati
May 31st, 2012 | 9:13 pm | Motivasi |
Sungguh kita ketahui bahawa manusia hidup bermacam-macam karenah dan ragam. Kesemuanya tidak sempurna untuk melengkapi keperluan hidup masing-masing. Ada yang tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain, dan ada pula yang cemburu buta terhadap kesenangan yang dilalui individu lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati dalam setiap diri manusia itu.
Iri hati bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Hasad dengki pula diertikan sebagai suatu sikap tidak senang diatas kesenangan, kenikmatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri orang lain.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.
Allah berfirman yang bermaksud, “Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan.” (HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy’ari)
Islam mengharuskan umatnya mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain kepada dua perkara sahaja, iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimiliki oleh orang lain. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada dengki selain daripada dua perkara, iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah swt lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah swt lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia.”
Dengki juga hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain. Di dalam setiap diri manusia, sememangnya mempunyai keinginan bersaing untuk mendapat nikmat yang sama atau lebih. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenali sebagai ghibtah. Seseorang yang menyedari dirinya serba kekurangan, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain. Inilah sifat bukan dengki yang sebenarnya.
Menurut pakar perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah dalam bukunya yang bertajuk “Menerobos Sempadan Diri”, antara tips motivasi yang diajar oleh beliau ialah kunci kemenangan adalah sabar.
Benar sekali kata-kata beliau kerana untuk mecapai suatu kemenangan bukanlah mudah, malah kita harus bersabar dan terus berusaha yang terbaik demi mencapai sebuah kemenangan.
Apa yang saya ingin kupaskan di dalam ruangan ini, untuk menghadapi perasaan hasad dengki adalah perbanyakkan kesabaran dan tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Ketaqwaan kepada Allah s.w.t menuntut kita agar mempunyai sifat sabar sepanjang masa. Mustahil seseorang manusia itu mencecah kaki kegerbang ketaqwaan tanpa mempunyai kesabaran yang tinggi. Ini kerana taqwa bererti seseorang mestilah tunduk dan patuh kepada suruhan Allah serta menjauhi segala larangan-Nya. Kekuatan dalam kesabaran itu amatlah penting dalam melaksanakan perintah dan larangan-Nya.
Sabar ialah ketahanan rohani dan jasmani dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sifat ini sememangnya digalakkan oleh Islam. Sabar dalam ketabahan menghadapi kesusahan dan kecekalan untuk mengatasi masalah. Dalam setiap kehidupan, masalah dan cabaran merupakan asam garam kehidupan yang tidak dapat kita elakkan.
Sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Oleh itu bersabarlah dan semoga kita semua dirahmati Allah serta diberi kemenangan di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bermaksud, “Tiada seorang muslim pun yang tidak mengalami penderitaan, keseksaan, kebimbangan, dukacita, kemelaratan dan kesedihan sehingga cucukan duri yang mengenainya melainkan dihapuskan oleh Allah sebahagian daripada kesalahannya.”
Sifat sabar sungguh mulia sekali untuk dihayati oleh kita semua kerana ia dimiliki oleh para Rasul. Kesabaranlah yang membimbing seseorang untuk mencapai kehidupan yang lebih baik setelah mengalami kesedihan, kehampaan, kekecewaan dan sebagainya.
Kita selalu mendengar dan membaca kata-kata ini, “Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar itu, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”
Dari kata-kata di atas jelas menunjukan bahawa Allah tidak memberi kelebihan kepada kita dalam suatu perkara, tetapi Allah memberi kita kelebihan dalam sesuatu perkara yang lain.
Musibah yang terjadi itu adalah ujian dari-Nya. Yakinlah dengan Allah, dan yakinlah dengan janji-Nya. Dalam Al-Quran ada menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 286, “Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”
Tidak rugi kepada orang yang bersabar menghadapi cercaan dan hinaan daripada orang lain kerana Allah s.w.t telah meletakkan di tempat yang tinggi darjat orang yang bersabar, “Katakanlah (wahai Muhammad akan firman-Ku ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: Ayat 10)
Kadangkala kita mengeluh akan kehidupan yang kita jalani dan kadangkala kita tidak berada di jalan yang lurus kerana sifat-sifat syaitan yang melemahkan azam dan memesongkan kita dari jalan yang lurus seterusnya menimbulkan rasa iri hati dan hasad dengki yang telah menutup hati kita daripada memperoleh hidayah Allah s.w.t.
Semakin kotor hati, semakin kusam dan pekat pula hati kita yang dipenuhi dengan kegelapan. Tanpa cahaya, nur dan hidayah Allah s.w.t yang membimbing kita ke jalan yang lurus, maka kotorlah hati kita dengan sifat yang tercela lagi hina ini.
Justeru, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Beranilah beramal dengan sifat yang terpuji dengan bersabar di atas setiap ujian. Laluilah onak-duri kehidupan yang berliku dengan kesabaran dan ketaqwaan kepada-Nya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya hasad dengki dan iri hati yang membawa kepada kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati supaya kita turut berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh nikmat, kesenangan dan kelebihan dari Allah s.w.t dan menggunakannya di jalan yang diredhai-Nya.
By: Siti Nur Syuhadda Azami
Saturday, 14 September 2013
Sepuluh Ganjaran Kebaikan Bagi Orang Yang Sabar
Sekiranya kita diuji dengan fitnah daripada orang yang iri hati diatas kejayaan kita , diuji dengan kemiskinan, diuji dengan keretakan rumah tangga hingga berlaku perceraian sebagai suami-isteri, diuji dengan penyakit dan mendapat kemalangan, diuji dengan kematian insan yang dikasihi atau diuji dengan kerugiaan dalam perniagaan maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk diri kita sendiri sedangkan kita tidak mengetahui hikmah Allah berikan ujian tersebut .
Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan kedalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia.
Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Di ampunkan dosa untuknya.
Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Allah telah berfirman: 'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn)
Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.
Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi) - hadis qudsi.
Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)
Berkata Abu Umamah ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” (Hadis riwayat Thabarani) - hadis qudsi.
Keempat : Di bebaskan daripada seksaan api neraka.
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah SAW menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah SAW. bersabda maksuanya : “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman: 'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah) - hadis qudsi.
Kelima : Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.”
(Hadis riwayat Hakim)
Keenam : Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud:
"Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."
Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya : "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Kelapan : Mendapat balasan syurga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). "
(Hadis riwayat Bukhari).
Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.
Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Ya (cukup), jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." (Surah Ali-Imran ayat 125).
Kesepuluh : Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah beruntungnya seseorang mukmin yang memiliki sifat sabar dan dia praktikan kesabarannya tanpa mengeluh dan bersikap negatif . Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT dan berbaik sangka dengan Allah SWT. Sifat orang fasik dan munafik akan cepat marah dan putus asa dengan rahmat Allah, tidak reda dengan musibah yang menimpa dirinya dan mudah menyalahkan orang lain.
Jika kalian berhajat untuk menjadi hamba-hamba Allah SWT yang mendapat reda dan rahmat-Nya maka kalian perlulah sentiasa bersabar, tenang dan berfikiran positif dan meyakini setiap sesuatu perkara itu mengandungi 1000 hikmah kebaikan di sisi Allah SWT.
Sumber : Ustaz Abu Basyer
Saturday, May 3, 2014
Kita Semua Sentiasa Diuji - Bersabar dan Redha
Firman Allah SWT: “Tiap-tiap yang
berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan
kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang
yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa
yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan
nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Al-'Ankabuut 2,3)
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan
jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan
mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayah-Nya.” (Al-Baqarah 155-157)
Kita semua pasti diuji...
• Ada insan yang diuji dengan kesusahan
dan kemiskinan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kesakitan, dihidapi bermacam penyakit ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kekayaan dan kesenangan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kegagalan dan muflis ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan pangkat dan kedudukan ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecantikan, rupa dan wanita ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan kecacatan dan lumpuh ketika hidup.
• Ada insan yang diuji dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan dalam hidup.
Ketahuilah...
• Bila engkau lihat seseorang yang kaya
dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila engkau lihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan dan bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Ingatlah...
• Kita kaya dan bergaji besar, kaya dan
bergaji besar itu menjadi ujian kita.
• Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita.
• Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita.
• Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita.
• Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita.
• Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita.
• Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita.
• Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita.
• Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita.
• Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita.
• Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita.
• Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita.
• Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita.
• Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita.
• Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita.
Begitulah hakikatnya, kita semua pasti
akan diuji. Tak sekarang, mungkin masa-masa akan datang, hinggalah sampainya
ajal. Dilepasi satu ujian, akan datang pula ujian yang lain dan begitulah
seterusnya. Ramai mana diantara kita yang mampu sabar dan kuat menghadapi
ujian-ujian ini. “Redha dengan ketetapan Allah, Masih sentiasa bersyukur dalam
keadaan apapun, Sabar menghadapinya, Tidak lalai dan lawan dengan nikmat
kurniaan Allah, Mampu pelihara diri dari durhaka kepada Allah, Makin sentiasa
dirasakan kezuhudan pada diri, Makin bertambah keinginan untuk beribadat dalam
mensyukuri nikmat Allah, Memanfaatkan kejalan yang betul, Tiada sifat sombong,
riak, ujub dan dengki pada dirinya”.
Inilah contoh dan antara hasil keadaan
yang sedang dan bakal dilalui kita semua dalam bila diuji. Memang sukar
menghadapi dan melepasi segala ujian ini, apatah lagi bila hidup kita masih
dipenuhi dan diselangi perbuatan maksiat. Tahap iman dan taqwa kita lemah.
Kefahaman Islam kita begitu rendah. Amal kita kurang. Demikian perlu untuk kuatkan
dalaman kita, didalami dan difahami Islam sesempurnanya. Insya’ allah, hasil
dari kefahaman yang mendalam itu akan melahirkan keyakinan dan keteguhan yang
kuat untuk terus tabah mendepani ujian-ujian hidup, redha dan tidak alpa.
Buat diri dan pembaca-pembaca sekalian.
Perlu kita sentiasa berhati-hati dalam sering bila bercakap dan menilai orang.
Amat perlu dinilai sama dan sentiasa akan keadaan diri kita. Kekuatan,
ketabahan dan kesabaran hidup sangatlah sentiasa patut dipohonkan kepada Allah,
kita tak tahu waktu hidup ini bila berakhir, mungkin suatu masa ujian-ujian
lain itu akan ditimpa juga pada kita. Demikian perlu untuk sentiasa pohon pada
Allah supaya dikuatkan Iman dan ditetapkan hati atas jalan yang diredhai-Nya.
Terus berusaha dan jangan kita sewenangnya mudah mengata, mengejek dan
mengaibkan orang. Pohon taubatlah kita pada Allah. Telah ramai insan lain yang
sudah pergi meninggalkan kita. Ada dikalangan mereka yang mampu bersabar dan
mampu mengawal diri bila berhadapan dengan bermacam ujian hidup, mereka tidak
semudahnya derhaka pada ketetapan Allah, leka dan murka dari nikmat Allah. Dan
ada dikalangan mereka yang tak mampu bersabar dan tewas diri bila berhadapan
dengan dari ujian hidup ini. Akhir saat sebelum hidup kita macam mana segalanya
tak diketahui.
Sedarilah...
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita
bila diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kecacatan dan serba kurang.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesakitan, lumpuh dan dihidapi bermacam penyakit.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan dunia.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan pangkat, kedudukan dan wanita.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kegagalan, kerugian dan ditimpa bencana.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kealiman, disanjung, hebat dan banyak ilmu.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan berbagai bentuk kelebihan dan bermacam kesukaran dan kekurangan dalam hidup.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesakitan, lumpuh dan dihidapi bermacam penyakit.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan dunia.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan pangkat, kedudukan dan wanita.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kegagalan, kerugian dan ditimpa bencana.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kealiman, disanjung, hebat dan banyak ilmu.
• Kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan berbagai bentuk kelebihan dan bermacam kesukaran dan kekurangan dalam hidup.
Sebagai tauladan dan penguat semangat
kita, marilah sama-sama kita baca dan hayati sejarah kisah Nabi-Nabi terdahulu,
para sahabat, dan ulama’. Mereka telahpun diuji dengan berbagai ujian yang
lebih dasyat lagi, tak dapat nak dibanding dengan keadaan kita hari ini, bukan
mudah nak menjadi hamba yang benar-benar soleh, sabar, beriman dan bertaqwa.
Nabi Ayub as, diuji dengan penyakit selama berbelas tahun. Nabi Lut as dengan
isteri sendiri yang durhaka pada Allah. Nabi Nuh as dengan anaknya. Nabi
Zakaria as yang digergaji. Nabi Muhammad SAW yang dikhianat dan diingin bunuh,
para sahabat-sahabat, ulama’-ulama’ yang disiksa. Dan banyak lagi keperitan
hidup yang ditempuhi mereka. Hanya syurga menjadi rebutan dan balasan yang
mengembirakan dari kesakitan ini. Dihidup dan diuji dan dapat hasilnya. Jika
tak dapat untuk dipercayai dan diyakini lagi hal ini. Maka adakah kita dapat
juga menghalangnya dari berlaku hal kematian dan waktu hari bumi dimusnahkan?
Yakinilah...
• Kita ada Allah, Tuhan yang berkuasa,
yang menciptakan kita.
• Kita ada Islam, Agama cara hidup yang selamat dan sempurna, yang datang benar dari Tuhan kita.
• Kita ada Al-Quran dan As-Sunnah, Kitab hujjah, panduan yang lengkap untuk sepanjang hidup kita.
• Kita ada Nabi, yang telah mengajar, menunjuk contoh, berpesan dan memberi peringatan pada kita.
• Marilah kita mentauhidkan Allah, mengikut, menerima, menuruti dan meyakini segalanya dari Allah dan utusan dari Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW.
• Kita ada Islam, Agama cara hidup yang selamat dan sempurna, yang datang benar dari Tuhan kita.
• Kita ada Al-Quran dan As-Sunnah, Kitab hujjah, panduan yang lengkap untuk sepanjang hidup kita.
• Kita ada Nabi, yang telah mengajar, menunjuk contoh, berpesan dan memberi peringatan pada kita.
• Marilah kita mentauhidkan Allah, mengikut, menerima, menuruti dan meyakini segalanya dari Allah dan utusan dari Allah yang terakhir, Nabi Muhammad SAW.
Sama saling mendoakan, mudahan kita
terus bersemangat dan makin tabah menghadapi atau sedang berada dalam ujian.
Tidak dan jangan berputus asa. Segalanya sudah pasti punyai hikmah dan sebab
yang tidak kita ketahui dari Allah SWT. Sama-sama renungi peringatan-peringatan
ini: “Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia
mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui
(pula) apa yang kamu usahakan.” (Al-An'aam 3)
“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah 216)
“Kerana boleh jadi kamu bencikan
sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan
yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa' 19)
“Kamu tidak mengetahui barangkali Allah
mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.” (Ath-Thalaaq 1)
“Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh)
untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka
jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang
berbuat baik.” (Al-'Ankabuut 69)
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Al-Baqarah 286)
Sabda Nabi SAW: “Tidaklah seorang muslim
tertimpa kesakitan kerana tusukan duri, atau yang lebih sakit darinya, kecuali
Allah akan menghapus dosa-dosa dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan
daun-daunnya.” (Hr Bukhari)
Hakikat sebenar kehidupan dunia adalah
tempat nikmat sementara dan ia tempat diuji untuk meraih hasil syurga di
akhirat. Firman Allah SWT: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan
(oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang
teguh kepada Ugama Allah).” (Al-Baqarah 214)
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan
Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan
kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)
Kesimpulannya... Masa kita yang terus
berjalan.
• Kita patuh perintah Allah, tapi rasa
susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah ujian dari Allah.
• Kita patuh perintah Allah, dan rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu juga adalah ujian dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, dan rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah balasan, peringatan dan kasihnya dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, tapi rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu adalah istidraj dari Allah. (istidraj, contoh mudah seperti Firaun)
• Kita patuh perintah Allah, dan rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu juga adalah ujian dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, dan rasa susah dan banyak masaalah dalam hidup kita. Itu adalah balasan, peringatan dan kasihnya dari Allah.
• Kita derhaka perintah Allah, tapi rasa senang dan gembira dalam hidup kita. Itu adalah istidraj dari Allah. (istidraj, contoh mudah seperti Firaun)
Sabda Nabi SAW: “Apabila kamu melihat
Allah memberikan kurniaan dari kelebihan dunia yang disukai ke atas seseorang
hamba yang bermaksiat kepada Allah, maka sebenarnya itu adalah istidraj.
(Kemudian Rasulullah membacakan ayat 44 Surah al-An’am)”. [Hr Ahmad, 28/547, no
17311. Dinilai hasan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dan Syu’aib al-Arnauth]
Akhirnya bila telah difahami, maka
terlahirlah sifat merasa tiada lagi rasa atau beza sedikitpun bila yang cantik
atau yang tidak, serba lebih dan hebat atau serba kurang dan lemah. Bila telah
sentiasa sering disedari dan diingati hakikat ujian dalam hidup ini. Hakikat
sebenar kehidupan didunia ini. Semua itu ujian dalam hidup. Itu semua ujian
dari Allah. Bersihlah dari segala penyakit hati, ingatlah dunia akan dirasa
kenyang hanya bila sudah mati. Demikian yang patut terbit, hanya ingin dirasa
untuk saling membantu, berkerjasama dan memberi teguran. Rendah diri, tidak ego
dan mahu hendak berbeza dalam berlumba meraih nilai yang sebenar, yang agung
disisi Allah, iaitu Taqwa. Masing-masing tiap kita semua pasti akan pulang mengadap
Allah, mendapat keadilan dari Allah atas segala usaha dan niat kita semasa
didunia yang sebenarnya. Kelak kita ketahui hasil dari segala anugerah,
kurniaan dan kekurangan itu adalah sebenarnya ujian, yang ia selalu asyik
direbut dan dinilai-nilaikannya, dihina dan direndah-rendahkannya. Ini semua
penting untuk disedari, ia membawa kepada natijah syurga atau neraka. Inilah
kemuncak dari segala-galanya. Di Syurga tiada lagi ujian-ujian, itulah nikmat
yang dinantikan.
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran
kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”.
(Al-A'raaf 126)
Ehsan Ahmad Firdaus Azis
Kelebihan sifat Lemah lembut Dan Sabar
Lemah lembut dan sabar. Di antara sifat yang paling menonjol dan sepatutnya wujud dalam diri seorang muslim ialah sifat sabar dan lemah lembut, kerana amal islam penuh dengan perkara-perkara yang tidak disukai, begitu juga dengan perjalanan dakwah penuh dengan onak dan duri, penderitaan, penyeksaan, penindasan, tuduhan-tuduhan, pandang rendah, dipandang hina. Kesemua ini adalah batu penghalang yang sering menjadikan jiwa-jiwa muslim berkerja dalam bidang dakwah berhadapan dengan kesukaran dan kepudaran semangat.
Seterusnya mereka akan berpaling dari jalan dakwah ini dan lari darinya. Jelas disini bahawa para dai melakukan tugas yang sangat sukar. Mereka berhadapan dengan kebanyakkan manusia yang berlainan tabiat dan latar belakang.
Namun kerja dakwah ini sangat besar dan amat dituntut oleh Allah s.w.t.
Kadang kala mereka berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan alim, orang-orang yang berakal dan kurang akalnya, yang jiwanya sensitif dan kental, orang-orang yang tenang dan orang-orang yang mudah tersinggung. Ini semua memerlukan satu kesabaran yang kental, kesanggupan menanggung risiko dan yang paling penting sifat lemah lembut. Semua orang wajib berdakwah, walaupun hanya 'share' maklumat, ayat-ayat a;l-Quran atau hadis. Niatkan untuk dakwah. Namun jangan lupa segala ujian akan sampai pada anda. Maka bersabar dan berlemah lembut.
Sabda Rasulullah s.a.w. " Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjah ketinggian. Mereka menjawab, " Bahkan ya Rasulullah. "Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang memutuskan silaturahim dengan kamu."
(Hadith riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi " Apabila makhluk dihimpunkan (pada hari Kiamat) seorang tukang seru pun menyerukan: Dimanakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan." Rasulullah s.a.w. pun bersabda lagi: Maka bangunlah sekumpulan manusia dan bilangan mereka amat sedikit. Mereka pun segera bergerak menuju syurga, para malaikat lantas menemui mereka dan berkata: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: Di masa yang lampau (di dunia), apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila diperlakukan sesuatu kejahatan kepada kami, kami bersifat lemah lembut. Lantas dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam syurga, maka nikmatilah ganjaran bagi mereka yang beramal."
(Hadith Riwayat al-Baihaqi)
Antara akhlak Rasulullah s.a.w. yang hebat ialah sifatnya yang lemah-lembut dan pemaaf. Selain daripada menunjukkan keperibadian mulia dan kesopanan seseorang, sifat lemah-lembut dan pemaaf juga sebenarnya dapat melunakkan hati yang keras, juga boleh menundukkan manusia yang kasar dan akhirnya menimbulkan rasa hormat pada diri. Sifat lemah-lembut dan pemaaf juga boleh menunjukkan dan menyatakan pendirian yang tegas demi menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan kekufuran. Allah swt telah mengajar baginda Rasulullah untuk bersikap pemaaf dan berlembut semasa berurusan dengan orang lainMaafkan orang yang menzalimi kita.
Segala Kebaikan Dunia Dan Akhirat Ada Dalam Sabar
Sabar adalah
sifat yang harus dimiliki setiap insan karena tanpa jaln kesabaran tak
mungkin jurang ujian kesulitan dan bencana dapat terlewati, mstahil
pla cita-cita dan tujuan hidup dapat tercapai.
Selama hayat masih di kandung badan,
ujian dan cobaan takkan pernah jera hilir mudik di kehidupan manusia,
tak peduli tua, muda, laki-laki, perempuan, miskin ataupun kaya,
semuanya takkan pernah luput dari segala macam ujian sebelum ajal
menjemput. Untuk itu, dibutuhkan kesabaran jiwa dalam menghadapinya
seperti orang miskin yang diuji dengan sulitnya mencari rezeki, apakah
dengan kesulitan tersebut dia tetap sabar menjalani hidup dan selalu
mengingat Sang Kholiq, sebaliknya orang kaya
diuji dengan banyaknya harta, apakah dia sabar dalam membelanjakan
hartanya di jalan Allah dam kebaikan lainnnya. Lalu kita sebagai santri
apakah lepas dari segala macam ujian? Tentu tidak, karena tak seorangpun
yang mengatakan dirinya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kecali ujian
dan cobaan menghadapinya. Hal itu tak lain untuk menguji kadar keimanan
dan kesabaran manusia, semakin tinggi derajat keimanan seseorang
semakin tinggi pula ujian dan cobaan yang melintang. Seperti yang kita
dengar tentang para nabi, mereka adalah hamba Allah yang dipilih Allah
untuk menyampaikan risalah dan berdakwah kepada umat manusia, namun tak
satu pun dari dakwah mereka selalu berjalan mulus tanpa adanya ujian dan
cobaan. Bahkan ujian yang mereka alami sangatlah berat, yang tak akan
sanggup dihadapi siapapun kecuali para nabi. Seperti contoh ujian yang
diberikan Allah kepada Nabi Muhammad SAW, dimana beliau selalu sabar
dalam menghadapi berbagai tingkah kaum jahiliyyah. Ketika
perintahkan Allah berdakwah secara terbuka, tak jarang beliau dihadang,
diintimidasi, dilempari kotoran, dicaci maki setiap hari, bahkan sampai
pernah dilempari batu sampai wajah beliau luka dan berdarah ketika
berdakwah di Thoif, Namun beliau tetap sabar, sedikitpun tak ada
keinginan untuk membalas, padahal beliau adalah kekasih Allah yang
selalu dikawal malaikat Jibril, andaikan mau tentu tinggal meminta
kepada Jibril untuk mencabut gunung Uhud dan melemparkannya kepada
orang-orang yang melempari beliau. Kenyataannya Nabi Muhammad saw malah
melarang Jibril yang waktu itu meminta diri untuk mencabut gunung Uhud
dan melemparkannya ke penduduk Kota Thoif, Nabi saw pun mengakatan “Jangan
engkau lakukan itu, mereka berbuat seperti itu karena mereka tidak
tahu, kalaupun mereka tidak mengindahkan ajakanku barangkali anak cucu
mereka mendapat petunjuk dan mau menerima ajakankuâ€Â. Nai saw
juga berdoa kepada Allah agar mereka diampuni dan mendapat hidayah dari
Allah mau memeluk ajaran Islam. Betapa mulia akhlak Nabi Muhammad SAW,
beliau yang penyabar itu mendoakan orang-orang yang justru
menganiayanya, tak heran kalau ketabahan dan kesabaran beliau mampu
menarik simpati kaumnya untuk mengikuti ajakan beliau.
Kita sebagai santri telah dididik sejak
dini untuk selalu bersabar dan qona’ah, sehingga tanpa kita
sadari kita mempunyai kesabaran yang berlapis-lapis, bagaimana tidak
sabar wong setiap mau makan, pipis, mandi, mencuci selalu antri, belum
lagi peraturan dan larangan pondok yang sifatnya memaksa, seperti
kewajiban bhalat berjama’ah di mushola dan denda bagi yang
meninggalkannya, kewajiban ngaji, sekolah, musyawaroh, semuanya adalah
hal yang memberatkan kita dan memaksa hawa nafsu kita untuk
mengikutinya. Kalau kita sadar bahwa peraturan dan larangan tersebut
manfaatnya akan kembali kepada kita untuk melatih mental religi kita
supaya terbiasa disiplin, selalu istiqomah kontinyu menjalankan
syari’at dan menjalankan sunnah. Maka dengan sendirinya rasa
sabar menjalankan peraturan dan meninggalkan larangan akan mengalir
dalam diri kita dengan tulus tanpa adanya paksaan. Seandainya kita tidak
mau bersabar pastilah kita akan meninggalkan budaya antri di pondok
yang penuh dengan peraturan dan larangan, kemudian memilih tinggal di
rumah agar selalu bebas dan santai. Lalu apakah kesabaran kita murni
ikhlas untuk wajhillah? Atau keharusan yang memaksa?, mari kita tanyakan
kepada hati kita.
Perlu diketahui bahwasanya sabar karena keharusan yang memaksa hanya akan membuat kita nggrundel dan
membuat hati kita semakin payah, karena kesabaran kita hanya tampak
dari dhohir saja sedang hati kita berontak, bibir kita komat-kamit
dengan keluh kesah seolah hati kita tidak ridho dengan apa yang di
gariskan Allah kepada kita, sehingga bukan pahala yang bertambah malah
dosa yang melimpah, sebaliknya, sabar liwajhillah membuat sengsara jadi
nikmat dan menjadikan kita semakin matang dengan kedewasaan, karena
setiap jengkal langkah kita bernilai ibadah untuk menggapai ridho Allah
semata, maka tidak ada yang tidak mungkin di dunia ini untuk mencapai
tujuan dan cita-cita yang dimaksud. Sehingga lautan dan samudra ilmu
bisa di arungi dengan mudah, bahkan ombak dan badai menjadi sebuah
tantangan dan menyenangkan.
Sabar merupakan sifat-sifat yang di
butuhkan di setiap aspek kehidupan bagaimana mungkin seseorang yang
hidup di dunia penuh cobaan ini bisa bertahan hidup tanpa secuilpun
kasabaran. Padahal setiap sisi kehidupan membutuhkan campur tangan orang
lain yang dibuat melalui sebuah, bukan langsung jadi. Bayangkan saja
jika hendak makan, kita membutuhkan sendok untuk yang dibuat oleh
perajin atau pabrik, satu piring nasi yang dihasilkan oleh petani yang
hidupnya jauh di perkotaan, sayur mayur yang ditanam di pegunungan, juga
lauk pauk dari peternak atau nelayan yang di jual di pasaran, semuaÂÂ
itu melalui proses yang panjang dan semua proses membutuhkan rentang
waktu yang lama, kalau kita berfikir betapa repotnya petani menanam
padi, memupuk, mencangkul, dengan keringat bercucuran di bawah terik
matahar, kita akan mengetahui hakikat kesabaran yang hanya bertempat
tinggal di hati dan jiwa.
Lalu dimanakah kita memposisikan
kesabaran dalam urusan kehidupan kita? Di awal, di akhir, atau di
tengah-tengah? sering kali kita tidak menyadari dan lupa bahwa sabar
mempunyai dua unsur pendukung yang harus selalu melekat yaitu ikhlas dan
prasangka baik, jika kita membiarkan hati kita kosong dari dua
unsur tersebut, bisa jadi di tengah-tengah situasi yang rumit dan
pelan-pelan memburuk kita tidak siap menjadi diri kita seperti pada
awalnya, sehingga mengubah wajah kita menjadi orang lain, bahkan situasi
yang kacau dan menghimpit kadang membuat kita tidak sanggup untuk
sekedar mengidentifikasikan diri dan masalah kita.
Sebaiknya kesabaran kita desain sejak
awal dalam urusan kehidupan kita, sehingga kesabaran menjadi senjata
yang melekat erat dalam genggaman jiwa kita, itulah yang ditunjukkan
oleh orang-orang yang berada di balik peran tokoh sejarah kehidupan ini,
ibunda Nabi Musa misalnya. Dia tidak pernah manyangka bahwa akan
melahirkan bayi laki-laki sosok yang paling dicari untuk dimusnahkan
oleh Fir’aun. Tetapi ibunda Nabi Musa tahu betul bagaimana
menghadapi angkara murka dengan pertama-tams bersangka baik dan
berikhlas diri dengan perintah Allah untuk menghanyutkan anaknya di
sungai Nil. Itu pula yang di lakukan Nabi Ibrahim ketika berkali-kali
diperintah oleh Allah lewat mimpinya untuk menyembelih anak
kesayangannya. Baik ibunda Nabi Musa atau Nabi Ibrahim akhirnya tahu
buah apa yang mereka petik dari kesabaran yang mereka posisikan di awal
kehidupan mereka.
DEVINISI SABAR
Sabar adalah usaha jiwa untuk memikul
beban yang berat, memaksakan sesuatu yang tidak disukai, meninggalkan
sesuatu yang disukai dan dicintai, tetapi akhirnya tidak memberi
kebaikan atau dapat membawa kerusakan dan menghilangkan suatu kebaikan
yang besar. Sabar dengan pengertian tersebut termasuk salah satu dari
tentara akal yang dapat mengukur gerak gerik manusia dan timbangan
kesadaran manusia dapat tegak, sehingga seseorang bisa meninggalkan
sifat egoisnya, sifat ini termasuk sifat sempurna yang bisa membawa
kepada hakikat keimanan kepada Allah dan percaya atas risalah Rasulullah
SAW.
Adapun sabar itu karena dua perkara :
- Sabar dalam Wusul (bisa sampai) pada ibadah dan mencapai
tujuan, sabar sendiri termasuk dasarnya ibadah juga sabar menahan
kesengsaraan, barang siapa yang tidak mau bersabar dalam urusanya, maka
segala bentuk tujuan dan cita-cita tidak akan pernah tercapai.
Sesungguhnya orang yang benar-benar mengharapkan ibadah kepada Allah
pastilah kesulitan, ujian dan cobaan dari tiga arah.
- Tidak ada satu ibadah pun kecuali di dalamnya terdapat masyaqot (kesulitan), karena melakukan ibadah bukanlah hal mudah kecuali dengan dengan memaksa hawa nafsu yang tak akan pernah rela dengan kebaikan. Merupakan perjuangan terbesar manusia adalah melawan hawa nafsu yang selalu merengek dan mengajak pada kesenangan dunia ibarat anak kecil yang selalu merengek mintak jajan, jika kita menurutinya dia akan meminta yang lebih banyak, itulah nafsu yang telah mendarah daging dalam jiwa kita dan selalu mengajak pada kejelekan.
- Seorang abid bila melakukan kebaikan yang disertai kesulitan maka ia harus hati-hati, sehingga kebaikan tersebut tidak merusak (membahayakan) dirinya. Karena memaksa untuk melakukan pekerjaan baik lebih berat dari pada bentuk pekerjaan itu sendiri.
- Sesungguhnya semua tempat di dunia ini adalah tempatnya cobaan dan ujian, barang siapa yang hidup di alam dunia pastilah dia dicoba dan diuji dengan berbagai kesulitan hidup dan bencana dunia. Adapun ujian dan cobaan dunia itu ada beberapa macam cobaan dalam rumah tangga seperti terjadi perselisihan antara suami istri, anak yang susah diatur, sulitnya mencari rezeki. Semuanya jika tidak dihadapi dengan penuh kesabaran akan mengganggu kerukunan dan keutuhan rumah tangga. Cobaan dalam kerabat yang sering terjadi, kadang kala mereka salah mengartikan sikap kita. Cobaan dalam persaudaraan atau teman, sering kali kita direpotkan dan dibuat jengkel dengan sikap seorang teman, kalaupun kita tidak sabar untuk selalu memelihara tali persahabatan dan menjaga uhuwwah islamiyyah sesuai ajaran agama, mustahil tali persahabatan bisa terjalin. Cobaan dalam menerima musibah baik kematian maupun terserang penyakit.
- Sabar untuk memperoleh dua kebaikan yaitu kebaikan dunia dan akhirat jika kita mengharap keberuntungan dunia dan selamat di akhirat maka sabar dan ikhlas harus selalu menghiasi jiwa kita. Terkadang seorang hamba yang bertakwa malah diuji Allah dengan berbagai cobaan yang berat, hal itu karena Allah sangat mencintai kesabaran dan ketabahan kemudian Allah menempatkan mereka dengan derajat kemuliaan disisi Allah.
Sabar sendiri merupakan obat yang pahit
dan minuman yang dibenci, namun bisa mendatangkan manfaat dan menolak
penyakit. Ketika kita mengetahui bahwa sabar adalah merupakan obat dari
segala macam penyakit maka kita akan memaksa diri kita untuk meminumnya
meskipun hal itu sangat dibenci karena kita tahu pahit sesaat akan
memberi efek yang luar biasa nikmat pada kesembuhan raga kita. Adapun
sabar itu ada empat macam :
- Sabar dalam menjalani taat kepada Allah, kalau kita berfikir tentang keagungan nikmat Allah dengan segala fasilitas yang sempurna, semua diciptakan oleh Allah untuk kemudahan hidup kita, kita diciptakan sebagai mahluk paling sempurna bentuk dan kejadiannya, dengan bekal akal, kita bisa membedakan yang hak dan yang batil, dengan mata kita bisa melihat keindahan dunia, tumbuh-tumbuhan dan hewan yang bisa diambil manfaatnya, kaki untuk berjalan, dan masih banyak lagi bentuk nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita sebagai rohmatallilalamin, nikmat Allah takkan pernah terhitung bilangannya, tak peduli bagi hamba yang taat atau durhaka semua mendapat nikmat dari Allah, karena Allah sama sekali tidak membutuhkan ketaatan kita, seandainya di dunia ini tidak ada hamba yang taat kepada Allah, Allah tidak akan pernah pensiun menjadi tuhan, namun kita sendiri yang membutuhkan kataatan itu sebagai rasa syukur kita atas keagungan nikmat Allah. Belum lagi surga yang diciptakan Allah sebagai balasan bagi hamba yang syukur dan taat. Sungguh menakjubkan keindahan dan kelezatannya, semua itu tidak sebanding dengan pengorbanan kita bersabar di dalam taat kepada Allah. Kalau kita selalu mengingat hal-hal tersebut, rasa sabar menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya tidak akan terasa berat bagi kita, bahkan menjadi kebutuhan dan tujuan hidup yang harus kita penuhi.
- Sabar dalam meninggalkan maksiat, dimana setan dan nafsu akan selalu menjerumuskan kita dalam lembah kemaksiatan dan dosa. Selamanya setan takkan membiarkan kita menjadi seorang abid yang taat. Dengan tipu muslihatnya, setan selalu mengajak kita durhaka kepada Allah agar menjadi temannya kelak di neraka, padahal kalau kita tahu. Neraka adalah tempat berbagai macam siksa yang amat sangat pedih dan menyakitkan. Bayangkan saja, satu kerikil yang terinjak oleh kaki mampu membakar ujung kaki sampai otak kita. Masyaallah betapa panasnya api neraka. Lalu, masihkah kita berani untuk durhaka dan berbuat maksiat kepada Allah?. kalau saja kita tidak membentengi diri kita untuk selalu bersabar meninggalkan maksiat dan memohon pertolongan serta perlindungan Allah dari godaan setan, tentu kita menjadi hamba yang paling merugi, sehingga menjadikan kita mudah tergelincir dalam jurang kemaksiatan, seperti berbohong dan mencuri yang kadang kita anggap remeh dosanya.
- Sabar atas kelebihan dunia, sehingga dengan kelebihan tersebut kita bisa mentasyarufkannya di jalan Allah tanpa pamrih. Rasa sabar yang kita tanamkan harus menjadi pondasi yang kokoh dan tidak akan membutakan mata batin kita untuk mencintai dunia sumber dari segala bencana.
- Sabar menerima cobaan dan bencana. Di era globalisasi ini keadaan memang serba sulit, dimana musibah dan bencana tidak mengenal waktu dan tempat, selalu menyapa bumi pertiwi dan hanya menyisakkan isak tangis dan penyesalan. Kalau kita cermati bencana dan musibah adalah kehendak Allah, kita hanyalah wayang yang berjalan menurut ketentuan dalang kehidupan. Dengan sifat sabar menerima cobaan dan bencana akan mencerahkan jiwa kita, sehingga kita bisa memberikan solusi atas bencana yang menimpa diri maupun keluarga kita, toh bencana tetap terjadi meskipun bibir kita mengucapkan sumpah serapah, mengeluh dan merintik. Jika sifat sudah mendarah daging dalam jiwa kita, maka kita akan menjadi pribadi yang tangguh, tidak mudah terombang-ambing oleh kehidupan dan selalu siap menerima setiap keadaan.
Semoga kita mampu menerapkan kesabaran
yang tercermin dari jiwa yang taqwa atas dasar ketulusan dan ikhlas
karna Allah dalam kehidupan sehari-hari, sehingga kita tak perlu
bersusah payah dengan hati yang dongkol untuk berteriak ketika ustadz
memberikan tambahan pelajaran dan ngebut ma’nani, karena
kita tahu bahwa kesabaran merupakan kunci untuk meraih cita-cita,
keberuntungan, kesuksesan dunia dan akhirat. Semoga Sukses. (Mas
R, disarikan dari ngaji minhajnya KH. Abdullah Faqih)
Monday, 18 February 2013
Kelebihan Sabar (1) – Tanyalah Ustaz 11.02.2013
Ustaz Mohd Elyas Ismail
Bacaan ayat 153-157, surah Al-Baqarah:
Alhamdulillah kita diberi peluang
bertemu dalam majlis ilmu. Kalau Allah ingin beri kebaikan kepada
kita, Allah akan fahamkan kita tentang agama. Kita akan diberi rasa
seronok menghadiri majlis ilmu.
Sifat sabar itu senang diungkap, tapi
amat payah dilaksanakan. Dalam ayat yang dibacakan tadi ada beberapa
pengajaran yang boleh diambil:
- untuk mohon pertolongan Allah, mesti sabar dan diiringi dengan solat
- orang yang mati syahid itu hidup di sisi Allah
- Allah akan uji dengan perasaan takut
- Allah akan uji dengan perasaan lapar – Kata seorang ulama, untuk mengetahui peribadi seseorang, lihatlah perangainya ketika dia lapar.
- Allah akan uji dengan kehilangan harta
- Allah ajar untuk mengucapkan “Innalillahi wainna ila hiro ji'un” ketika menghadapi musibah.
- Untuk mendapat hidayah, mesti mempunyai perasaan sabar.
Senarai soalan dan jawapan
S: Apakah yang dimaksudkan dengan
sabar?
J: Allah mengajar bahawa untuk berjaya
dalam hidup, kita perlu sabar. Nabi SAW mengajarkan bahawa, “Sabar
itu umpama cahaya matahari”. Apa maksudnya? Matahari itu sifatnya panas,
tetapi kepanasan itu dapat menyuburkan tanaman di muka bumi
ini. Oleh itu, orang yang sabar, akan subur jiwanya. Sebaliknya,
orang yang tak sabar, cepat masuk kubur :P. Apabila mendapat musibah,
kita seolah-olah dalam kegelapan, oleh itu sifat sabar yang seperti
matahari itu akan memberikan cahaya untuk membuatkan seseorang itu
bertenang terlebih dahulu. Renungkan bagaimana sabarnya Allah dengan
kita. Walaupun kita buat berbagai-bagai maksiat, Allah masih beri
nikmat dan rezeki pada kita. Orang yang bersabar, Allah janjikan
banyak ganjaran di sisi-Nya. Kita perlu malu dengan cicak. Kalau
diikutkan, cicak ada banyak sebab untuk merungut pada Allah tapi
cicak tak buat begitu. Cicak tak boleh terbang, tapi makanannya
semuanya haiwan yang boleh terbang. Tapi cicak gunakan lidahnya yang
panjang untuk mencari makanan.
S: Kadang-kadang saya tidak mampu
menahan sabar. Mohon tip dan panduan?
J: Dalam majlis ilmu – ada 3 muka
yang orang suka tengok – muka penceramah, muka pintu dan muka jam
;P. Boleh amalkan tip berikut:
- Bersifat sabar dan memaafkan – 'Let go and let God' yakni maafkan dan serahkan pada Allah. Sebelum tidur malam, pegang tangan dan maafkan pasangan kita, dan maafkan juga orang yang tak sehaluan dengan kita. Sentuhan antara pasangan sudah boleh memberi kesan positif. Suami mulakan dahulu dan tanya isteri, “Agak-agak berapa markah abang dapat hari ini?”. Terima dengan sabar apa penilaian isteri. Kemudian tanya isteri apa yang perlu diperbaiki untuk mendapat markah penuh.
- Ingatlah pesan Imam Ghazali yang mengatakan bahawa marah ialah pintu keburukan. Ramai orang yang buat perkara yang tidak baik kerana 'tidak sedar' ketika marah.
S: Apakah maksud, “Berpesan-pesan
atas kesabaran”?
J: Dalam ayat 55, surah
Az-Zariyaat yang bermaksud – Hanya orang yang beriman mudah
menerima nasihat. Orang yang beriman sentiasa bersedia menerima ujian
daripada Allah dan mempunyai kekuatan untuk bersabar. Perhatikan
kisah keluarga Sumayyah yang disiksa teruk setelah memeluk Islam.
Rasulullah SAW berpesan kepada mereka agar teruskan bersabar kerana
syurga sedang menanti mereka. Kisah Bilal bin Rabah pun serupa juga –
dihempap dengan batu di bawah terik matahari tapi masih kuat keimanan
dan kesabarannya. Begitu juga dengan kisah Mashitah, tukang sikat
rambut keluarga Firaun. Ketika melatah, Mashitah menyebut “Allah”
dan inilah yang perlu kita contohi.
S: Apakah kelebihan kalau
sentiasa bersabar?
J: Sabar ialah senjata dan kekuatan
orang mukmin. Ada pepatah mengatakan yang “Dunia merupakan negara
bala dan ujian”. Ada 4 kelebihan:
- Hatinya tenang – tidurnya lena, tak tergopoh-gapah. Selagi tak dimaafkan, masalah itu akan menghantui kita.
- Akan selalu mendapat hidayah daripada Allah
- Merasa nikmat tenang dalam beribadat
- Dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala
S: Adakah sifat sabar cuma perlu
ketika susah sahaja?
J: Tidak, ada 3 keadaan perlu bersabar:
J: Tidak, ada 3 keadaan perlu bersabar:
- Dalam mentaati perintah Allah.
- Dalam meninggalkan larangan Allah – kadang-kadang lebih sukar nak tinggalkan perkara maksiat berbanding buat baik. Contohnya, nak pergi majlis ilmu mudah, tapi nak tinggalkan 'gosip' sangat sukar. Oleh sebab itu, bila ada orang nak ceritakan sesuatu cerita yang sensasi, katakan kita tak mahu tahu. Amalkan kaedah ini untuk tahan marah - tarik nafas 2 saat, tahan 3 saat dan lepaskan ikut mulut 4 saat. Bila lepaskan nafas itu, sebutkan “Allah”. Dalam kajian, didapati kalimah Allah amat baik untuk membantu menenangkan hati. Cuba amalkan.
S: Bagaimana untuk mendidik hati
agar kita mudah bersabar?
J: Ada 3 kaedah iaitu:
- Hubungkan silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskankannya. Orang yang paling baik ialah orang yang mula-mula memberi kemaafan
- Berilah kebaikan pada orang walaupun orang tak beri kebaikan pada kita.
- Maafkan orang yang menzalimi kita.
7 KELEBIHAN ORANG YANG
MEMILIKI SIFAT SABAR
Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar,
dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik
dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Pengajaran:
1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap
umat islam
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang
berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar
adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah
memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi
seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya,
ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki
kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa
Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas,
berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
· >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
· >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
· >> Memiliki iman sejati
Posted by kopiahijau at 6:37 PM
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan