Mahalnya Menempah Neraka - Ustaz Abdullah KhairiRakaman khutbah tanpa teks terbaru (6-Mac-2015). Bersedia untuk meremang bermula minit ke 5. Dengar dan sebar, mudah2an bermanfaat. --- Antara yang menarik ---~ Usaha nak masuk neraka itu susah~ Mudahnya nak dapatkan syurga, tapi orang tak mau___________________________________Like page rasmi Ustaz Abdullah Khairi : Abdullah Khairi's PagePage rasmi Maahad Ustaz Abdullah Khairi : Pusat Kecemerlangan As-Syafie
Posted by Zonkuliah on Thursday, 5 March 2015
Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR Muslim dan Ahmad)
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain, Rasulullah menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda: “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)
Wallahu a'lam.
Sebar Hadith Palsu Menempah Neraka
Peringatan Keras Daripada al-Quran & al-Sunnah Kepada Para Periwayat & Penyebar Hadith Palsu
Disediakan oleh: Mohd Hairi Nonchi
Unit Penerbitan & Informasi Masjid UMS
Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala: “Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-A’am : 144]
Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala “Pada hari kiamat engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah muka-muka mereka hitam” [Surah az-Zumar : 60]
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam dalam salah satu khutbahnya yang dikhabarkan oleh Abu Qatadah radhiallahu-‘anhu:
“Aku mendengar Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam bersabda di atas mimbar ini: Hendaklah kamu sekalian menjauhi (daripada) terlalu banyak menyampaikan hadith daripada aku. Maka barangsiapa yang menyampaikan sesuatu (hadith) daripadaku – hendakah dia menyatakan yang sebenar-benarnya (sahih). Dan barangsiapa yang mengada-adakan dusta atas namaku padahal aku tidak (pernah) mengatakannya – maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka” [Sunan Ibnu Majah – no: 035]
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir – Lihat : Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadith, ms. 239]
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Jangan kamu berdusta ke atasku. Barangsiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10]
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku maka dia telah menempah tempat duduknya dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 1291 dan Muslim – no: 4]
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari – no: 109]
Sabda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam: “Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadith yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya – no: 15]
Pernyataan Para ‘Ulama Hadith Mengenai Wajibnya Mengetahui Dan Menjelaskan Kedudukan Sanad Hadith Semasa Menyebarkannya
Adalah tidak dibolehkan seseorang itu menyebarkan sesebuah hadith yang tidak dapat dipastikan kedudukan sanadnya. Al-Syu’aib al-Arna’uth berkata:
“Sesungguhnya seorang ulama hadith Syam, Badruddin al-Hasani telah berkata, tidak harus menyandarkan sesebuah hadith kepada Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh seorang huffaz yang dikenali. Sesiapa yang berkata, Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam telah bersabda, sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadith tersebut dibimbangi dia termasuk dalam hadith yang menyebut: “Sesiapa yang berdusta ke atasku sesuatu yang aku tidak ucapkan, maka siap sedialah tempat duduknya dalam neraka” [Syu’aib al-Arna’uth, (nota kaki) Siyar A’lam al-Nubala’ 19/340]
Selain itu, al-Imam al-Thohawi (w321H)
“Sesiapa yang menyampaikan hadith daripada Rasulullah berdasarkan sangkaan (atau tidak pasti), bererti dia menyampaikan hadith daripada baginda secara tidak benar. Sesiapa yang menyampaikan hadith daripada baginda secara tidak benar bererti dia menyampaikan hadith daripada baginda secara batil. Sesiapa yang menyampaikan hadith daripada baginda secara batil (maka) dia berdusta ke atas baginda sebagaimana seorang pendusta hadith. Mereka termasuk dalam sabdanya Nabi shalallahu-‘alaihi-wasallam “Sesiapa yang berdusta ke atas aku maka dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka”. Kami berlindung daripada Allah Ta’ala daripada sedemikian” [Musykil al-Atsar (diteliti oleh Muhammad ’Abd al Salah Syahin; Dar al Kutub al Ilmiah, Beirut, 1995) jilid 1, ms. 123]
Tegasnya, hendaklah seseorang itu terlebih dahulu mengetahui apakah sumber periwayatan serta kedudukan/status sanad hadith (sekadar mampu) tersebut sebelum menyampaikannya kepada orang. Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala:
“Dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan Allah dengan apa yang Allah tidak turunkan sebarang bukti (dalil yang membenarkannya) dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak tahu” [Surah al’Araf : 33]
Menurut ‘Abdullah bin al-Mubarak, beliau berkata:
“Sanad itu adalah sebahagian daripada al-Din (agama). Kalaulah tidak kerana sanad, sesiapa pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu (sekalipun tidak benar)” [Riwayat Muslim 1/10]
Mungkin ada yang bertanya, apakah boleh menyandarkan sesuatu hadith yang sudah jelas kedudukan sanadnya sebagai palsu atau dha’if ke atas nama kemuliaan baginda Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam dengan alasan kerana inti matan atau teksnya mengandungi sesuatu pengertian yang baik?. Bagi menjawab persoalan ini, cukuplah rasanya penulis menukilkan perkataan Syaikh Jamaluddian al-Qasimi (w1322H) berikut sebagai penjelasan:
“Terdapat tujuan (yang sangat mustahak mengapa) para imam hadith menerangkan tentang sanad dan kelemahannya. Ia lebih besar daripada tujuan menggalakkan ibadah, puasa dan solat. Iaitu untuk membebaskan dan memelihara syariat yang suci daripada sebarang penambahan (atau perubahan). Ini merangkumi penambahan yang baik atau buruk. Apakah lagi keburukan yang lebih besar akan masuk ke dalam syariat yang suci ini daripada dibuka ruang untuk para pendusta mencipta apa sahaja yang mereka suka? Tanpa membezakan antara yang benar dan bohong? Kemudian, siapa yang sanggup namanya digunakan oleh penulis lain bagi membolehkan mereka menulis apa sahaja yang mereka sukai mengenai pemikiran atau perkataan, sekalipun ia (bermaksud) baik? Siapa pula yang menerima jika seseorang berdusta menggunakan nama menteri atau ketua dengan mengeluarkan sesuatu ketetapan atau edaran bersama dengan tanda tangannya? Bolehkah semua itu diterima dengan baik tanpa menganggapnya mempersendakan undang-undang, didenda atau sekurang-kurangnya dibantah? Siapa pula yang dapat bayangkan bahawa dia boleh mengada-adakan suatu perintah tertinggi dan menghebahkannya seakan-akan ia (suatu arahan yang sah) daripada sultan, namun (adakah) dia tidak dihukum (kerana berdusta ke atas nama sultan)? Jika demikian, siapa pula muslim yang dibenarkan untuk berdusta kepada Rasulullah?” [Al-Qasim, Qawaid al-Tahdith, ms. 165]
Jelasnya, menyebarkan sesuatu hadith sekalipun dengan tujuan yang baik sedangkan telah jelas akan kelemahan atau kepalsuannya di sisi para ilmuan adalah tidak dibenarkan. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith Rasulullah shalallahu-‘alaihi-wasallam :
“Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith mengenaiku sedangkan dia mengetahui kepalsuannya maka dia tergolong (dalam kalangan) orang-orang yang berdusta” [Diriwayatkan oleh Muslim 1/222 – no :1]
Sebagai tambahan, elok rasanya penulis nukilkan pernyataan seorang ulama’ hadith terkemuka dalam mazhab Syafi’e iaitu Ibn Hibban ketika menghuraikan hadith “Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)” [Diriwayatkan oleh Muslim – no: 5] di mana beliau telah berkata:
“Di dalam hadis ini terdapat larangan kepada sesiapa sahaja supaya tidak menyebut semua perkara (termasuk hadith) sehinggalah dia yakini itu adalah sahih” [Tamam al-Minnah Fi’ al-Ta’til ‘Ala’ Fiqh al-Sunnah – Syaikh al-Albani – kaedah no: 11]
Sekian, Wallahu-a’lam.
Jangan Sampai Tiada Lagi Kebahagiaan Dalam Beragama
Pada tahun 2007, saya menulis artikel bertajuk MANHAJ SALAF DAN KRISIS KEPERLUAN HATI seperti yang saya sertakan di bawah.Ketika itu, saya merasakan fenomena “minta dalil” yang muncul secara agresif di dalam masyarakat, adalah satu bentuk ‘rasionalisme dalam beragama’ yang jika tidak diurus dengan baik, akan meresahkan ramai anggota masyarakat. Terutamanya mereka yang tidak berkeupayaan menyertai gelombang tersebut, mereka akan tertekan apabila majlis-majlis ilmu bukan lagi menjadi tempat mereka mendapat ketenangan beragama, sebaliknya medan pertempuran debat antara pendalilan yang berbalas-balas.
Saya menjangkakan, fenomena tersebut akan mencetuskan kemurungan jiwa di kalangan pencinta agama, yang mungkin akan membawa mereka kepada trend seterusnya iaitu daripada RASIONALISM kepada ROMANTICISM.
Romaticism dalam beragama kita, akan muncul dalam bentuk kecenderungan kuat masyarakat untuk mengisi makna keberagamaannya dengan zikir, nasyid, syair, malah wacana-wacana agama juga mesti berbentuk indah, ringan, enak diduduki, dan kurang mendesak peranan minda dalam memproses input agama yang diterima.
Saya bukan ahli nujum.
Saya hanya menjangkakannya dengan melihat kitaran sejarah.
Jika di seberang tembok Vienna, Eropah melihat era pencerahan (Enlightenment) yang tepu dengan RATIONALISM beralih kepada ROMANTICISM pada kurun ke 18. Manakala di tanah air sendiri, ketegangan pertembungan antara gerakan ‘Salafi’ Kadızadeli dengan kumpulan tradisionalis Sufi, memperlihatkan aktiviti ROMANTICISM bertambah, malah tekke dan zaviye Sufi sendiri bertambah pesat.
Inilah mungkin yang sedang masyarakat kita alami. Genre zikir, syair, bacaan burdah mengisi penuh media seperti di TV Al-Hijrah, TV9 dan Radio IKIM, manakala sambutan Maal Hijrah di peringkat Kebangsaan hingga ke surau-surau, ketara terisi dengan kisah-kisah ‘menyentuh hati’ berkaitan sirah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam, berbanding perbincangan yang berbentuk ‘ilmiah’.
Sama ada era RATIONALISM atau ROMANTICISM, kedua-duanya mempunyai pro dan kontra masing-masing, terutamanya apabila masyarakat berlebih-lebihan dalam memaksa genre itu mendominasi masyarakat. Jika keadaan ini berterusan, ia akan beralih kepada trend REALISM yang bersifat agresif.
Secara peribadi, saya melihat bibit-bibit ke arah itu semakin ketara. Anak-anak muda, sama ada mereka begitu komited dengan halaqah-halaqah yang menghidupkan genre ROMANTICISM itu tadi, atau pun sebahagian yang lain pula memerdekakan diri mereka daripada ‘utopia Islamis dan tradisionalis’, menjadi lebih lantang berbicara dalam bahasa isme, hingga ke sosialisme malah komunisme.
Belahan minda ini meruncing hingga pelbagai label terpaksa difikirkan untuk menjelaskan ‘who is who’. Sudah tentu label sedia ada paling pantas dicapai untuk menyerang dan mempertahankan diri:
Sufi vs Wahabi
Khalaf vs Salaf
Kaum Tua vs Kaum Muda
Tradisionalis vs Modernis
Konservatif vs Progresif
Ulama vs Profesional
Khalaf vs Salaf
Kaum Tua vs Kaum Muda
Tradisionalis vs Modernis
Konservatif vs Progresif
Ulama vs Profesional
Dan senarai ini berterusan…
REALISM Eropah menyaksikan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche, menekankan bahawa “Tuhan telah mati (Gott ist tot)”.Apakah bentuk trend keberagamaan anak muda dan masyarakat kita dalam beberapa tahun yang mendatang ini?
Saya kira, kerana itulah para pendakwah disaran oleh misalnya Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni di dalam kitabnya, Al-Madkhal ila ‘Ilm al-Da’wah, bahawa dakwah mesti mengimbangkan dengan baik tiga pendekatan iaitu:
- Manhaj Emosi (المنهج العاطفي)
- Manhaj Rasional (المنهج العقلي)
- Manhaj Pancaindera yakni praktikal (المنهج الحسّي / التجريبي)
Paling membimbangkan ialah, ia berakhir dengan tiada lagi kebahagiaan dalam beragama!
Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP
MANHAJ SALAF DAN KRISIS KEPERLUAN HATI (2007)
Kita ada dua cara untuk bercakap tentang Syurga. Cara pertama, kita boleh berbahas mengenai status hadith yang menyebut tentang peluang manusia melihat Allah di Syurga, kedudukan hadith telaga Nabi SAW dan sejauh manakah kita boleh bezakan di antara keterangan sifat-sifat Syurga dari sumber yang sahih dengan sumber yang ditolak.Cara pertama ini penting kerana ia adalah sebahagian daripada proses untuk membolehkan kita beriman dengan keimanan yang betul tentang Syurga. Keimanan yang bersandarkan kepada nas ini adalah teras kepada Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang tidak mengharuskan taqlid dalam soal Aqidah. Jangan pula nanti, kita mencari Syurga di jalan yang menempah neraka, berdusta ke atas Nabi SAW, malah sebahagiannya mendakwa, berdusta ‘untuk’ Nabi SAW, melalui hadith-hadith palsu tentang Syurga.
Cara kedua untuk berbahas tentang syurga, adalah pada soal menimbulkan ‘rasa’ dan kemahuan manusia kepada Syurga itu sendiri. Baginda SAW menceritakan tentang Syurga kepada para Sahabat sehingga menimbulkan keinginan di hati Sahabat untuk mengejarnya, dan khuatir jika tidak berhasil memperolehinya. Baginda menyampaikan wahyu tentang Syurga tentunya dengan kombinasi ayat-ayat Makki yang provokatif dan menyentak fikiran, serta bahasa tubuh Baginda yang membayangkan kesungguhannya.
Cara kedua ini penting kerana Syurga bukanlah untuk diketahui sebagai maklumat tetapi ia adalah hakikat Akhirat yang memerlukan kita untuk percaya sebelum melihatnya. Percaya sebelum melihat dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya, membabitkan soal tahu dan mahu.
Soalnya mahukah generasi hari ini kepada Syurga? Al-maklumlah, di zaman dulu, ketika era Rasulullah SAW dan Sahabat melihat Mus’ab bin Umair RA berpakaian dhaif, ketika zaman ibu bapa kita makan ubi kayu di bawah pedang Nippon, tentunya bayangan tentang Syurga itu mudah. Kita mudah membayangkan keindahan ketika hidup diselubungi kesusahan.
Namun hari ini, ramai manusia yang sudah ‘mendapat syurga’. Bagi mereka dunia ini sudah okay, mengapa perlu kepada Syurga itu? Zaman ini, hendak apa sahaja, petik jari semuanya ada. Sudah macam di syurga sungguh gayanya.
Maka, apakah caranya untuk manusia yang sudah mendapat syurga (dunia) ini, boleh dibawa kepada perjuangan mendapatkan Syurga di sana?
Cara pertama itu tadi adalah cara yang mententeramkan akal, memuaskan intelek. Daripada tajuk (a+b)² = a²+2ab+b² hinggalah kepada subjek aqidah kita tentang ghaibiyyat, membahaskan sesuatu dengan nas dan dalil, ternyata berupaya menjadikan kita TAHU.
Tetapi, apakah cukup manusia diberi ilmu agar jahil menjadi tahu? Apakah matlamat Islam sekadar memberitahu dan menjadi tahu. Berapa ramai yang tahu Islam di tahap A1 tetapi tidak hidup dengan Islam? Soalnya apakah kita bertindak berdasarkan apa yang kita TAHU? Cuba kita tanya kepada perokok, apakah mereka tidak tahu yang rokok itu membunuh? Kita yakin yang mereka amat tahu tentang bahaya rokok. Habis, jika mereka sudah tahu, mengapa mereka masih merokok? Adakah kerana jiwa mereka jiwa pejuang berani mati? Berani merokok walaupun menempah maut? Selayaknya insan berjiwa seperti inilah yang dihantar ke Palestin.
Ya, manusia tidak bertindak berasaskan apa yang dia tahu. Sebaliknya manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU. Tahu sahaja belum cukup. Tahu mesti mendatangkan MAHU. Dan apabila kita bercakap tentang mahu, ia bukan lagi soal akal. Ia bukan lagi soal rasional dan logik. Ia soal hati, soal perasaan. Mahu itu perbuatan emosi. Dan emosi perlu dilentur dan dibentuk dengan cara hati, bukan cara akal.
Setelah kita menikmati hidangan hadith sahih tentang Syurga, apakah timbul rasa MAHU kepada Syurga?
MENYALAHKAN MANHAJ SALAFI ATAS SIKAP SENDIRI
Hal ini mengingatkan saya kepada perbualan saya bersama dengan seorang ‘x-Salafi’, jika boleh saya sebut begitu.
Semasa di usia mudanya, beliau telah diterima masuk ke suatu program Tamrin yang dianjurkan oleh seorang tokoh pembaharuan dari Indonesia. Peristiwa ini berlaku di zaman 70′an. Di dalam Tamrin tersebut, beliau telah dikosongkan dari segala kepercayaan yang ada, dan diajak mencabar diri sampai ke tahap, benarkah Allah wujud? Segala-galanya dihambur keluar dan selepas terserlah hakikat diri, terus terbawa kepada keyakinan yang keras bagai gunung bahawa Dia itu Allah, Tuhan yang Satu. Timbul yakin yang sukar dibayangkan oleh perkataan.
Kemudian beliau diajak menganalisa Fiqh dan Tasauf. Dipendekkan cerita akhirnya mazhab telah dilabel sebagai punca pecah belah umat, Tasawuf ditinta sebagai perosak kemurnian Islam, hingga yang indah sudah tidak kelihatan lagi indahnya. Lantas mazhab dibuang, tasawuf diperang.
Hasil Tamrin intensif itu, beliau jadi begitu ‘panas’ dan pulang ke kampung berdebat dengan ustaz-ustaz tradisional. Calar bahasa atau luka, kesan debatnya tidak pernah dipeduli. Beliau rasa begitu puas mendapat Islam versi asal, Islam as it is!
Suatu hari, beliau menghadiri satu kuliah umum yang membahaskan kitab Ihya’ oleh al-Ghazzali. Huraian ustaz itu sungguh bersahaja. Jemaah diajak membandingkan nikmat dunia berbanding nikmat Syurga.
“Katakan kamu seorang yang amat suka kepada sotong sambal kacang. Semasa sarapan pagi, kamu dihidangkan dengan nasi lemak berlaukkan sotong sambal kacang yang paling sedap. Bagaimana perasaan kamu?”, tanya ustaz itu.
“Tentunya kamu berbesar hati dan kamu makan sepuas hati. Betul?”, ustaz itu menduga mereka yang mendengar kuliahnya.
“Semasa makan tengah hari, kamu dihidangkan dengan sotong sambal kacang yang baru dimasak. Apa rasanya?”, tanya beliau.
“Ketika makan malam, sekali lagi kamu dihidangkan dengan sotong sambal kacang. Maklum sahajalah, kamu memang peminat sotong sambal kacang. Apa perasaan kamu ketika itu?”, beliau terus membuat provokasi terhadap jemaah yang hadir.
“Ya, tentu jika pagi esoknya kelibat sotong itu muncul, kamu pasti akan mengamuk dan melarikan diri ke gerai. Betul?”, ustaz tersebut bertanya dan terus bertanya.
Beliau menjelaskan bahawa nikmat dunia ini menjemukan. Hanya sedap seketika. Malah makanan yang lazat hanya sedap di mata, tangan dan lidah. Apabila ia melepasi kerongkong, tiada lagi kelazatannya. Nikmat Syurga tidak begitu. Nikmatnya memberi bahagia. Tiada jemu dan tiada batas mahu.
Bagaimana pula dengan Neraka? Bandingkan derita dunia dengan derita Neraka. Jika derita di dunia, ia boleh hilang selepas beberapa ketika. Jika sakit kepala, ia hilang dengan tidur. Jika sakit terkena duri, ia hilang selepas berlalunya dua tiga hari. Tetapi derita Neraka adalah derita yang lama. Berapa lama? Selama-lamanya. Selama mana? Selama-lamanya.
Huraian ustaz itu terlalu bersahaja tetapi x-salafi ini menangis tidak berhenti-henti. Beliau baru tersedar yang selama ini ada suatu ruang kosong dalam jiwanya yang tidak diisi. Hatinya kosong dari pengisian rohani. Kelakuannya keras membatu kerana hatinya beku tidak terlentur. Hayatnya penuh bantahan dan pemberontakan. Beliau menjadi kasar dan keras. Rupa-rupanya beliau baru berjaya sekadar di reformasi akal.
Akhirnya, beliau merombak kembali pegangan dirinya. Dan seperti kebanyakan x-salafi yang pernah saya temui, mereka menyalahkan aliran Salafi sebagai punca kekerasan diri selama ini. Segala kekasaran yang telah mereka lemparkan kepada kawan-kawan atas nama perjuangan al-Sunnah, dilemparkan kepada manhaj Salaf yang dianggap sebagai punca kering lagi gersangnya diri beliau dari pembentukan jiwa.
Malah ada di kalangan mereka yang bertukar dari Salaf kepada Khalaf lantas berjuang pula memerangi puak Salafi kerana mereka beranggapan bahawa semua Salafi adalah seperti mereka ketika mereka Salafi. Keras, suka menghukum, dan tidak peduli kepada soal hati.
KURSUS MENGIKUT KEHENDAK SALAFI
Hal ini menjadi bahan renungan. Ia lebih mengganggu fikiran ketika saya menjalankan kursus bersama Fitrah Perkasa.
Apabila saya cuba melaksanakan kursus mengikut ‘peraturan’ Salafi atas desakan peserta, saya berhadapan dengan kemusykilan.
Di dalam kursus Fitrah Perkasa, kami menjadikan Solat Jamaah sebagai agenda penting di sepanjang kursus. Kuliah akan dihabiskan sesuai dengan waktu Solat agar peserta dapat bersedia untuk bersolat Jamaah. Kami mengajak peserta agar hadir ke surau 10 minit sebelum masuk waktu. Tujuannya adalah untuk menghening rasa. Ia adalah tips al-Ghazzali ke arah membina fokus dan penghayatan yang baik di dalam Solat. Al-Ghazzali menyarankan agar Solat kita dipisahkan daripada aktiviti yang sedang kita lakukan agar ia tidak ‘masuk’ ke dalam Solat. Kunci kereta hilang, laporan kewangan syarikat dan sebagainya, boleh dijauhkan dari tumpuan kita di dalam Solat jika kita pisahkan Solat itu daripada aktiviti yang sedang kita lakukan. 10 minit adalah jangka waktu yang praktikal di dalam kursus kami.
Maka dalam tempoh 10 minit tersebut, peserta diajak melakukan perkara-perkara yang boleh menyuburkan emosi. Bagi yang advance mereka boleh membaca al-Quran, terutamanya ayat-ayat Makki yang banyak menyentuh soal Syurga dan Neraka serta perihal dalaman manusia. Tetapi di dalam kursus, kami bertemu dengan pelbagai lapisan manusia. Ada masanya, kami berdepan dengan ustaz-ustaz lulusan Timur Tengah, ada juga harinya kami bertemu dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tidak boleh membaca dan Solat masih mencuri-curi tengok orang sebelah.
Untuk memudahkan, maka kami ajak peserta untuk berselawat selama 10 minit itu.
Begitu juga, sesekali selepas solat sudah selesai, kami ajak peserta membaca Doa Taubat. Ia bukan sebahagian dari solat tetapi ia aktiviti menyuburkan emosi agar timbul ‘mood’ taubat.
Akan tetapi, sesekali kami berdepan dengan peserta Salafi yang tidak mahu kepada cara begitu. Lantas mereka menentang Selawat, menolak doa taubat, tidak mahu berwirid dan berdoa secara berjemaah. Sebagai fasilitator, saya menerimanya dengan baik malah ada masanya saya rasa amat berlapang dada kerana saya juga mahu kepada cara yang mengikut Sunnah.
Tetapi, saya mengharapkan agar peserta menggantikan selawat dengan amalan lain yang bertepatan dengan Sunnah, tetapi mestilah berupaya menyuburkan emosi. Kajian menunjukkan bahawa pemikiran separa sedar (subconcious mind) manusia akan diaktifkan hanya apabila kita berada dalam mood yang tenang, hening, ala-ala suasana Qiamullail. Di situlah rasa MAHU dapat ditimbulkan. Di situlah air mata mudah menitis dan kekerdilan diri serta kebesaran Allah yang dibaca dan dikeTAHUi, dapat diRASA untuk menimbulkan MAHU.
Tetapi lazimnya tidak menjadi. Apabila selawat ditinggalkan, peserta akan termenung, bermain telefon bimbit, merenung bumbung di samping seorang dua yang membaca al-Quran. Sepatutnya pemurnian ibadah dilakukan dengan masing-masing berwirid sendiri dengan wirid yang ma’thur dari Sunnah. Tetapi dalam banyak sesi, peserta termenung sendirian, malah ada yang asyik mengorek hidung ketika saya yang mengimamkan Solat sedang membilang Subhanallah pada jari 33 kali, sambil memerhati. Tidak kurang yang terus bangun, pergi ke belakang untuk bersandar ke dinding demi bara’ beliau dari majlis maksiat, iaitu majlis wirid beramai-ramai yang dianggap tidak Sunnah.
Jadi, apa yang dikatakan sebagai bid’ah berwirid beramai-ramai telah diganti bukan dengan wirid sendiri-sendiri, tetapi dengan meninggalkan wirid sepenuhnya.
Akhirnya, kursus yang mengikut manhaj Salafi, menjadi kering, gersang dan tidak memberikan impak yang optimum .
Hal ini menjadi dilema kepada diri saya. Saya cuba bandingkan Ibn Taimiyah dengan anak muridkan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Ibn Taimiyah sendiri banyak menulis tentang Tazkiyatunnafs (pembersihan jiwa) tetapi tulisan Ibn Qayyim lebih ketara dan masyhur. Saya cuba mengkaji, apakah faktor yang membolehkan Ibn Qayyim menulis tentang soal pembersihan jiwa dengan begitu baik sekali. Apakah kerana beliau secara peribadinya cenderung ke arah itu, atau Ibn Taimiyyah sudah menyelesaikan perjuangan membina tapak, lantas Ibn Qayyim beroleh ketenangan suasana untuk menulis tentang ketenangan hati? Saya tidak pasti.
Namun, saya benar-benar mahu pendukung aliran Salaf memikirkan hal ini. Apakah cara tazkiyatunnafs mereka? Bagaimanakah mereka membina emosi? Bagaimanakah akhlak mahmudah itu dapat ditanam ke jiwa anak-anak murid mereka (internalizing process), bagaimanakah cara Salaf menitip adab-adab mulia kepada mereka yang memilih jalan Salafi ini?
Saya khuatir, jika segala-galanya mahu dibahaskan secara mood akademik semata-mata, kita terperangkap di dalam PROSES dan gagal menatijahkan OUTPUT yang sewajarnya. Matlamat kita bukan semata-mata berjaya membangunkan Solat dari Takbir kepada Salam sahaja. Solat kita mesti menatijahkan sikap, jiwa, disiplin, pemikiran dan cara hidup yang digambarkan oleh perlakuan kita di dalam Solat.
Jika semasa Solat kita tidak tergamak menelan cebisan makanan yang terlekat di gigi kerana takut batal Solat, maka apakah mekanismanya agar kesedaran itu dapat membentengi seseorang daripada menjamah pendapatan yang tidak halal semasa bekerja, atau makan hasil kerja yang penuh dengan curi masa dan curi tenaga. Ibadah kita semuanya proses. Outputnya adalah akhlak yang mulia, tercegah dari fahsya’ dan munkar.
Mampukah perbahasan ilmiah tentang ibadah membenihkan akhlak yang indah di peribadi pelajar?
Jika soal ini tidak digarap secara serius, maka akan bertambah-tambahlah anggota masyarakat yang akan meng’sinonim’kan Salafi Malizi dengan keras hati dan budi pekerti.
Kesedaran kita tentang peri pentingnya status sanad hadith, mestilah juga sama tinggi dengan peri pentingnya menyuburkan isi yang terdapat di dalam matan hadith. Apabila ada hadith sahih yang bercakap tentang Syurga, maka proses mendidik manusia agar dapat menghayati Syurga itu tidak boleh dilakukan dengan bahasa dan cara belajar sanad. Janganlah kita ditipu oleh Syaitan yang memerangkap ahli Hadith agar hanya sibuk dengan sanad Hadith, tetapi gagal menghidupkan Sunnah yang terdapat di dalam matan hadith itu sendiri.
Perjuangan Sunnah bukan hanya pada menelaah Aqidah dan Ibadah, tetapi membabitkan Pendidikan dan antara cabangnya ialah Tazkiyah al-nafs. Bagaimanakah pendidikan Salafi, dan Tasawuf ‘Salafi’?
“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlaq”
HASRIZAL @ www.saifulislam
56000 BTR
Wanita penghuni neraka
SEBUAH hadis daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah
istighfar iaitu memohon ampun kepada ALLAH SWT. Ini kerana aku melihat
kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.”
Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah SAW, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”
Baginda SAW bersabda: “Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.
“Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah SAW! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
“Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama ialah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”
Daripada pandangan mata kasar melihat golongan wanita itu lemah-lembutnya, namun apabila menyingkapkan maksud hadis berkenaan jelas betapa meremang bulu roma dan takutnya kepada seksaan ALLAH.
Wanita senang masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka!. Subhanallah.
Seseorang hawa itu jika patuh kepada setiap kata-kata suaminya, tidak meninggalkan suruhan ALLAH, tidak melakukan kemaksiatan dan pandai menjaga maruah keluarga memudahkannya menjejak syurga idaman semua. Kerana itulah, dikatakan hikmahnya menjadi seorang perempuan.
WANITA adalah salah satu makhluk ciptaan ALLAH SWT yang indah dan berharga. Wanita jugalah sebenarnya yang akan menjadi pasangan kepada golongan lelaki yang bernama suami. Sebagaimana ALLAH menciptakan Hawa sebagai pasangan untuk Nabi Adam AS.
Malah beruntunglah bagi seorang lelaki atau suami, jika dia mempunyai isteri yang solehah sepertimana didambakan, pastinya akan menghiasi syurga dalam rumah tangga. Namun begitu terdapat hadis Nabi yang menyatakan bahawa ramai dalam kalangan wanita yang menghuni neraka ALLAH disebabkan perkara-perkara yang dilakukannya.
Isteri tidak hormat suami?
Dalam peristiwa solat gerhana matahari, Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya melaksanakan solat tersebut dalam tempoh waktu yang panjang.
Rasulullah SAW diperlihatkan oleh ALLAH keadaan syurga dan neraka. Ketika Baginda SAW melihat neraka, maka Baginda SAW bersabda kepada sahabatnya: “Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita. Lalu para sahabat bertanya: “Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah SAW?”
Baginda SAW bersabda: “Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka.”
Kemudian sahabat bertanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada ALLAH?”
Baginda SAW menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.’ ” (Riwayat Bukhari)
Eksekutif Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Penerbitan al-Quran, Kumpulan Media Karangkraf, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, merujuk kepada hadis tersebut, Nabi SAW menyatakan kepada kita bahawa ramai penghuni neraka terdiri dalam kalangan wanita.
“Sebab utamanya ialah, kebanyakan wanita atau isteri yang mengingkari perintah suami. Ini termasuklah derhaka kepada suami, tidak mengikut dan menurut perintah suami, serta meninggikan suara ketika berbicara dengan suami. Perkara-perkara sedemikian sebenarnya yang menyumbang dan menempah tiket untuk ke neraka. Mungkin perkara ini telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita tanpa kita sedari.
“Sebagai contoh, apabila seorang wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesuatu organisasi, pendapatan jauh lebih lumayan daripada suami sedangkan suami hanya pekerja am biasa serta mempunyai gaji yang cukup-cukup makan sahaja, maka segalanya akan lebih terbeban pada wanita atau isteri. Bil-bil, sewa rumah, kereta, perbelanjaan harian serta anak-anak semuanya banyak ditanggung isteri berbanding suami,” katanya kepada Rehal.
Menurutnya, di sinilah penghormatan kepada suami akan berkurangan, jika timbul perselisihan faham, isteri akan mengungkit apa yang telah dilakukannya dengan meninggikan suara terhadap suami. Paling teruk pula apabila menceritakan perihal dan keaiban suami kepada mereka yang tidak sepatutnya mengetahui perihal rumah tangga kita.
Mudahnya wanita ke syurga
Sebenarnya, bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan serta taat kepada suami, maka dia akan diberi pilihan oleh ALLAH untuk masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Riwayat Ahmad)
“Wanita atau isteri hanya boleh mengingkari perintah suami apabila suruhan tersebut membawa kepada keburukan, kejahatan, bahaya atau maksiat kepada ALLAH. Suruhan ini sama sekali tidak wajib dipatuhi oleh isteri dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. Sebagai contoh suami yang pemalas, menyuruh isterinya mencuri atau merompak dan lebih malang menjual diri bagi mendapatkan kewangan untuk hidup.
“Apabila seorang suami melarang isterinya menunaikan solat dan membuka aurat sedangkan suruhan solat serta menutup aurat ini adalah perintah wajib daripada ALLAH. Suami sebegini dilihat dayus dan tidak ada tempat untuknya di syurga ALLAH jika tidak segera bertaubat,” kata Ustaz Amiro lagi.
Menurutnya, sekiranya perintah suami itu membawa ketaatan kepada ALLAH pastinya wajib untuk isteri melaksanakannya walaupun dalam keadaan
terpaksa.
Apabila kita menyingkapkan ayat al-Quran terdapat ayat yang menceritakan mengenai kisah wanita yang kufur kepada suami mereka sedangkan suaminya beriman kepada ALLAH.
Juga terdapat wanita yang beriman kepada ALLAH di saat suaminya pula yang kufur kepada ALLAH dan Dia berfirman: “ALLAH mengemukakan satu perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) ALLAH, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.
Jelaslah di sini bahawa iman langsung tidak dapat diwarisi. Walaupun suami seorang yang beriman, bahkan nabi sekalipun, belum tentu isterinya beriman kepada ALLAH. Sementelah lagi, jika suami itu tidak beriman kepada ALLAH.
Sirah Nabi ada menyatakan, sejahat dan sezalim firaun sekalipun, belum tentu isterinya mengikut jejak langkah suaminya. Itulah aturan ALLAH Maha Bijaksana. Marilah kita berusaha untuk menjadi seorang suami, isteri atau anak yang soleh agar syurga ALLAH menjadi milik kita insya-ALLAH.
Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah SAW, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”
Baginda SAW bersabda: “Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.
“Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah SAW! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
“Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama ialah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”
Daripada pandangan mata kasar melihat golongan wanita itu lemah-lembutnya, namun apabila menyingkapkan maksud hadis berkenaan jelas betapa meremang bulu roma dan takutnya kepada seksaan ALLAH.
Wanita senang masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka!. Subhanallah.
Seseorang hawa itu jika patuh kepada setiap kata-kata suaminya, tidak meninggalkan suruhan ALLAH, tidak melakukan kemaksiatan dan pandai menjaga maruah keluarga memudahkannya menjejak syurga idaman semua. Kerana itulah, dikatakan hikmahnya menjadi seorang perempuan.
WANITA adalah salah satu makhluk ciptaan ALLAH SWT yang indah dan berharga. Wanita jugalah sebenarnya yang akan menjadi pasangan kepada golongan lelaki yang bernama suami. Sebagaimana ALLAH menciptakan Hawa sebagai pasangan untuk Nabi Adam AS.
Malah beruntunglah bagi seorang lelaki atau suami, jika dia mempunyai isteri yang solehah sepertimana didambakan, pastinya akan menghiasi syurga dalam rumah tangga. Namun begitu terdapat hadis Nabi yang menyatakan bahawa ramai dalam kalangan wanita yang menghuni neraka ALLAH disebabkan perkara-perkara yang dilakukannya.
Isteri tidak hormat suami?
Dalam peristiwa solat gerhana matahari, Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya melaksanakan solat tersebut dalam tempoh waktu yang panjang.
Rasulullah SAW diperlihatkan oleh ALLAH keadaan syurga dan neraka. Ketika Baginda SAW melihat neraka, maka Baginda SAW bersabda kepada sahabatnya: “Aku diperlihatkan keadaan neraka yang mana aku tidak pernah melihat pemandangan seperti ini, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kaum wanita. Lalu para sahabat bertanya: “Mengapa berlakunya perkara sedemikian wahai Rasulullah SAW?”
Baginda SAW bersabda: “Ia disebabkan oleh kekufuran yang telah dilakukan oleh mereka.”
Kemudian sahabat bertanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada ALLAH?”
Baginda SAW menjawab: “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) pasti dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan yang ada pada dirimu.’ ” (Riwayat Bukhari)
Eksekutif Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Islam dan Penerbitan al-Quran, Kumpulan Media Karangkraf, Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, merujuk kepada hadis tersebut, Nabi SAW menyatakan kepada kita bahawa ramai penghuni neraka terdiri dalam kalangan wanita.
“Sebab utamanya ialah, kebanyakan wanita atau isteri yang mengingkari perintah suami. Ini termasuklah derhaka kepada suami, tidak mengikut dan menurut perintah suami, serta meninggikan suara ketika berbicara dengan suami. Perkara-perkara sedemikian sebenarnya yang menyumbang dan menempah tiket untuk ke neraka. Mungkin perkara ini telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita tanpa kita sedari.
“Sebagai contoh, apabila seorang wanita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sesuatu organisasi, pendapatan jauh lebih lumayan daripada suami sedangkan suami hanya pekerja am biasa serta mempunyai gaji yang cukup-cukup makan sahaja, maka segalanya akan lebih terbeban pada wanita atau isteri. Bil-bil, sewa rumah, kereta, perbelanjaan harian serta anak-anak semuanya banyak ditanggung isteri berbanding suami,” katanya kepada Rehal.
Menurutnya, di sinilah penghormatan kepada suami akan berkurangan, jika timbul perselisihan faham, isteri akan mengungkit apa yang telah dilakukannya dengan meninggikan suara terhadap suami. Paling teruk pula apabila menceritakan perihal dan keaiban suami kepada mereka yang tidak sepatutnya mengetahui perihal rumah tangga kita.
Mudahnya wanita ke syurga
Sebenarnya, bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan serta taat kepada suami, maka dia akan diberi pilihan oleh ALLAH untuk masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Riwayat Ahmad)
“Wanita atau isteri hanya boleh mengingkari perintah suami apabila suruhan tersebut membawa kepada keburukan, kejahatan, bahaya atau maksiat kepada ALLAH. Suruhan ini sama sekali tidak wajib dipatuhi oleh isteri dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. Sebagai contoh suami yang pemalas, menyuruh isterinya mencuri atau merompak dan lebih malang menjual diri bagi mendapatkan kewangan untuk hidup.
“Apabila seorang suami melarang isterinya menunaikan solat dan membuka aurat sedangkan suruhan solat serta menutup aurat ini adalah perintah wajib daripada ALLAH. Suami sebegini dilihat dayus dan tidak ada tempat untuknya di syurga ALLAH jika tidak segera bertaubat,” kata Ustaz Amiro lagi.
Menurutnya, sekiranya perintah suami itu membawa ketaatan kepada ALLAH pastinya wajib untuk isteri melaksanakannya walaupun dalam keadaan
terpaksa.
Apabila kita menyingkapkan ayat al-Quran terdapat ayat yang menceritakan mengenai kisah wanita yang kufur kepada suami mereka sedangkan suaminya beriman kepada ALLAH.
Juga terdapat wanita yang beriman kepada ALLAH di saat suaminya pula yang kufur kepada ALLAH dan Dia berfirman: “ALLAH mengemukakan satu perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) ALLAH, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)”.
Jelaslah di sini bahawa iman langsung tidak dapat diwarisi. Walaupun suami seorang yang beriman, bahkan nabi sekalipun, belum tentu isterinya beriman kepada ALLAH. Sementelah lagi, jika suami itu tidak beriman kepada ALLAH.
Sirah Nabi ada menyatakan, sejahat dan sezalim firaun sekalipun, belum tentu isterinya mengikut jejak langkah suaminya. Itulah aturan ALLAH Maha Bijaksana. Marilah kita berusaha untuk menjadi seorang suami, isteri atau anak yang soleh agar syurga ALLAH menjadi milik kita insya-ALLAH.
Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?
- Wednesday, 18 July 2007 02:13
Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki
dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak
memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat
berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya,
bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan
ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan
ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu
lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya
: Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan
dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu
bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat
Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram,
no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ
قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ،
والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد
والنسائي .
Ertinya
: Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih
arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat
dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah
banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua
hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1) Sabda Nabi : -
وعن
عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة
من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه
فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya
: Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW
berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si
DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak"
lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang
yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU
ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA
(ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari
hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah
si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah
dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya
membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk
oleh sebarangan lelaki lain.
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya
: Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang (
lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas )
dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya
: "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap
ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab,
2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya
: cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu
melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat
(auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya
: Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki)
sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan
ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya
: Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa
isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya
kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan
tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" (
Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال
ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا
غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء
والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya
: Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat
(protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan
barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam
dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota
sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan
mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram),
sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan
menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya
: Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa
besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan
diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun
ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup
untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan
lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya
: Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di
sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 ,
rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya
: Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh
ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin
bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan
tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat"
(Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada
isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu
buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu
dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami
anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil
hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri
anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak
mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya,
kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan
menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang
subur imannya.
Selain
itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah
kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus
dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan
nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan
dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya
: "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah (
isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang
amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di
zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak
dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda
kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan
'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika
seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia
dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah
'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta,
tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.
Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini
akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya
dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari
melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula
kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan
'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami
juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan
lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang
curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita
yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya,
perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab
suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي
لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ
اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ
سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ،
مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا
بَطَن.
Ertinya
: Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk
bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka
disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi
respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang
dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah
dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku,
kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji
yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat
betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat
protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan
mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,
kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa
berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa
terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Jikalau WUJUD terdesak atau
tiada pilihan atau ada kes khas kesihatan yang memerlukan atau tiada
kemampuan kewangan sangat, ada keringanan dan bukan dayus.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati bahagian dalam kawasan aurat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. Tiada pula terdesaknya keadaan.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan
ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan
oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun
jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab
dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai
para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa
anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada
ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya,
wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu
walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya
: "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka
Kalau
dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad
s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di
Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah
memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban
dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia
bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka
dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang
luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia
semasa hidup di dunia.
Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka
Justeru,
apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada
kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini
berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli
neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga
istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan
‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa
yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah
golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda.
Ramai
daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka
boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat
tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus?
Golongan
dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka
keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna
begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat
seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah
membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak
menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana
membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang
ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya
dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau
sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan
ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada
malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam
keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab
yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku
lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya
diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan
yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Aku
lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku
lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam
peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang
hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah,
adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak
menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya
ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti
hati suaminya.
“Perempuan
yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain
tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah
perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan
tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang
memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan
suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan
yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia
memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya
dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya
kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi
janabah.
“Perempuan
kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat
dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka
membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti
Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang
tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku
berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah
golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana
dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam
neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang
masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli
neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan
mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat
baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan