Nikmatnya wanita yang bermadu
Posted on Julai 14, 2012 by jalanakhirat
Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap isteri dalam menerima kedatangan madu ini? Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baru’ itu dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku dah tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….” dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main dalam kotak fikiran. Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh sekali hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan nafsu pada diri wanita. Ketika itulah nafsu akan tertekan. Bermadu terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta minta diturunkan kehendaknya.
Sekiranya kita berjaya menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu. Dan bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu, merintih dan menangis di hadapan Allah. Kita akan menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi kerana kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi sedikit, untuk diberikan kepada kita di Akhirat kelak. Dalam menerima kedatangan madu yang merupakan orang baru dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang dada. Kebanyakan ‘orang baru’ ini kurang tahu akan dunia rumahtangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah yang perlu mendidik madunya dalam soal ini. Contohnya, dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami mereka, mengenai penjagaan pakaian suami, masakan kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana untuk ‘tackle’ masalah suami. Perkara ini memang sulit untuk dipraktiskan kerana adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan mengatasi dirinya. Sikap ini tidak sepatutnya ada. Sebaliknya,
fikirkanlah bagaimana untuk berganding bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di luar rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak mampu memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami, biarlah madu kita mengambil peranan itu. Yang penting, kita sesama madu dapat saling membantu untuk memberi hiburan kepada suami. Inilah yang dikatakan cinta suami kerana Allah. Bagaimana sekiranya isteri pertama kurang bijak dalam sesuatu perkara manakala madunya pula lebih tahu serba sedikit urusan rumahtangga? Dalam hal ini, isteri pertama perlulah mempunyai sifat tawadhuk dan berfikiran terbuka. terimalah pandangan madu sekiranya semua itu untuk kebaikan rumahtangga mereka. Bagaimana pula sikap isteri kedua terhadap isteri pertama? Yang penting, jagalah hati madu. Ketika memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan kelemahan si ‘kakak”. Dalam banyak hal, isteri kedua hendaklah bersikap seperti murid kerana dia adalah orang yang baru hendak mengenali ahli keluarga suaminya.
Jangan sekali-kali bersikap ego apabila si ‘kakak’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah tahu. Ini akan menimbulkan kemesraan. Sekiranya kita nampak sesuatu kelemahan atau kesalahan pada ‘kakak’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah kerana isteri pertama biasanya sangat sensitif dengan setiap perkataan dan perbuatan madunya. Jagalah hatinya. Sesama madu hendaklah sentiasa bertolak ansur. Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur atau beralah, kitalah yang perlu bermujahadah. Carilah jalan yang boleh melembutkan hatinya. Misalnya, hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya walaupun pada peringkat awal dia mungkin menolak. Ini memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. manalah tahu, berkat kesabaran kita, dia berubah. Isteri-isteri yang berpoligami sebenarnya tidak dapat lari daripada dilanda sifat resah, cemburu, pemarah atau buruk sangka sesama madu. Apa yang penting di sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat. Untuk membuang terus segala sifat hati yang keji itu agak mustahil, tetapi kita boleh membendungnya. Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang, dan isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati yang belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian yang datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa itu.
Sekiranya sifat-sifat hati yang keji itu dibiarkan subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati samada terhadap sesama madu atau terhadap suami. Jadilah kita orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam bertindak. Di samping itu, perkuatkan keyakinan bahawa Allah Maha Adil, supaya tidak timbul resah gelisah dengan takdir Tuhan yang menentukan kita bermadu. Banyakkanlah mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk. Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling ampuh ketika dilanda ujian. “Ya Allah, satukanlah hatiku dan hati maduku.
Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik. Ya Allah, tolonglah aku yang lemah ini……” Akhir sekali, berserahlah kepada Allah kerana semuanya adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak hikmahnya.
Bercerai atau Bermadu
Salam buat warga HN. Saya ahli baru di sin. Maaf kerana bukak topik baru, Saya tak tau nak letakkan kat thread yg mana satu. Saya betul2 perlukan nasihat dan pendapat. Saya betul2 dlm dilema. Masalah saya:1) Suami minta izin nak kawin lagi. Tapi sebenarnya dia tak mampu. Nafkah memang dia tak pernah bagi. Perbelanjaan harian memang kami berkongsi.
2) Saya minta di lepaskan klo dia betul2 nak kawin lagi, tapi suami tak nak lepaskan.
3) Kalau berpisah, saya kasihankan anak2. DIA duga saya dalam masa yg sama DIA bagi saya rezeki. Saya skang sedang sarat hamil anak ke 3.
4) Kenapa seorang wanita sanggup menghancurkan hati kaumnya sendir biarpun dia tahu suami org tu memang tak mampu nak berpoligami?
Kisahnya berlaku thn lepas dlm bulan nov, suami saya minta izin utk kawin lagi. Tapi sebenarnya dia tak mampu. Nafkah memang dia tak pernah bagi walaupon saya bekerja. Perbelanjaan harian memang kami kongsi bersama. Bayangkanlah di saat2 saya nak sambut anniversary, suami minta izin nak kawin lagi. Betapa luluh hati saya. Suami ada cerita, pompuan ni memang dah lama menaruh hati kat dia. Dua kali suami saya tolak pompuan ni, tapi kali ke3 dah tak boleh tolak. Betapa kejamnya perempuan ni kerana sanggup menyakiti hati kaum sejenisnya. Dah tau suami org tapi tetap nak juga...katanya ini soal hati dan perasaan. Tapi mcm mana pulak hati saya sebagai seorang isteri? Both of them are selfish.
Saya ada cuba ubatkan suami, katanya memang suami dah terkena...saya sebagai seorang isteri hanya mampu berusaha dan berdoa. Tapi nampaknya pompuan tu dah menguasai suami saya. Pagi ni suami saya persoalkan lagi pasal dia nak kawin lain. Dia tanya susah ker nak terima pompuan tu...betapa selfish nya org lelaki nih kan. Suami saya ego...tak mampu tapi masih nak kawin.
Dugaan saya bukan setakat itu jer. DIA uji saya dalam masa yang sama dia bagi saya rezeki...saya sedang sarat hamil anak yg ketiga. Tapi sambutan utk sambut org baru adalah hambar. Suami lebih fikirkan nak kawin lain. Hancur...luluh rasanya hati. Fikiran saya buntu. Dia suruh saya kenal dgn pompuan tu. Saya cakap saya akan jumpa dia tapi lepas saya bersalin. Tapi nampaknya saya terpaksa jumpa ASAP.
Saya buntu, tak tau nak buat apa. Saya memang tak sanggup nak bermadu. Iman saya tak cukup kuat dan tinggi utk tanggung semua nih, tapi anak2 macam mana? Klo saya setuju, tapi saya tak redha dan saya terima dia demi anak2...saya pon berdosa. Saya tak nak tanggung dosa.
Saya minta di lepaskan, tapi dia pernah ckp dia takkan lepaskan saya. Apa yg perlu saya buat? BERCERAI atau BERMADU tanpa rela.
Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu
#################
Di bawah ini luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi secara sorok-sorok. Nikah pun boleh main ‘nyorok-nyorok’ juga. Aduh… di mana kejantanan seorang lelaki jika dengan seorang isteri pun takut. Namun itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Akibatnya poligami dipandang serong kerana perlaksanaannya yang agak menyerong.
Objektif poligami sebagai salah satu mekanisme mengatasi masalah sosial juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
“Bukan takut, tapi mahu jaga hati isteri…”
Mungkin ini alasan popular untuk menjustifikasi satu tindakan yang tidak begitu ‘gentleman’.
Oleh kerana sikap tidak ‘gentleman’ ini, seorang isteri kedua menuntut fasakh dari suaminya.
Apabila seorang suami mahu ‘main sorok-sorok’ berterusan, implikasinya ialah isteri kedua tidak mendapat giliran yang adil. Bukan itu sahaja, si suami juga cuai dalam memberi nafkah.
“Sabarlah sayang… Abang tunggu masa yang sesuai untuk beritahu kakak”.
“Abang janji dalam tempoh 3 bulan untuk beritahu ‘kakak’. Sekarang sudah 12 bulan, Abang masih takut berterus terang. Kalau begitu, biar saya beritahu sendiri bahawa saya juga isteri kepada Abang”.
“Sayang, janganlah begitu. Abang bimbang ‘kakak’ mengambil tindakan yang bukan-bukan nanti…”.
Pelbagai alasan diberi si suami. Akhirnya isteri kedua menuntut fasakh.
Bila begini akhir sebuah perkahwinan, maka poligami tidak menjadi usaha menyelamatkan golongan armalah, sebaliknya menambahkan lagi status janda di kalangan wanita.
Jika tidak dapat berlaku adil, maka bernikahlah seorang sahaja. Itulah pesanan Allah sejak awal-awal lagi.
Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.
Sudahkah Allah dibawa berbincang sebelum bernikah lagi? Jika mahu tahu kemampuan berlaku adil atau tidak, tanya Allah dulu melalui istikharah dan berbincang dengan mereka yang arif.
Poligami adalah medan untuk memimpin dengan adil antara isteri-isteri. Jika berlaku aniaya kepada mana-mana isteri, maka isteri berhak keluar dari wilayah yang zalim tersebut. Carilah keadilan dari Yang Maha Adil yakni Allah. Wakil Allah di muka bumi ialah qadhi dan hakim yang menunaikan amanah.
Usah biarkan diri dianiayai kerana Allah jadikan kita sebagai insan merdeka dan mengharamkan kezaliman sesama kita.
Jika kita sendiri pernah menganiaya, maka anggaplah ia sebagai kaffarah dosa. Salah satu bentuk isteri menganiaya suami ialah menolak ajakan suami melakukan hubungan intim atau tidak berhias di hadapan suami.
Nabi s.a.w berpesan agar mewar-warkan perkahwinan.
Anas r.a. melaporkan: Tatkala Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin ‘Auf, beliau bertanya, “Apa ini?”
Abdul Rahman menjawab,”Saya telah menikahi
seorang wanita dengan mas kahwin emas seberat biji kurma. Maka
Rasulullah s.a.w mendoakan Abdul Rahman,
“Moga-moga Allah memberkati kamu! Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing”.
Bab menambah isteri, cepat sahaja si suami menjawab, “Ini hukum Allah. Ini sunnah …” dan bla..bla.. berbuih mulut ingat syariat dan ingat Nabi s.a.w. Kenapa masa mahu bernikah lagi, tidak war-warkan pada isteri dan ahli keluarga yang lain.
Rasulullah mengamalkan perbincangan dengan isteri-isteri, kenapa sunnah berbincang dengan isteri ini tidak dituruti?
Jika benar mahu ikut sunnah Nabi, ikut semua; menundukkan pandangan, tidak ber’sms’ dengan wanita ajnabi tanpa urusan mustahak, tidak ber’couple’, membantu isteri di rumah, mendidik isteri dengan kelembutan dan ketegasan, bermesra dengan anak-anak, solat jemaah di masjid, solat tahajjud, berjuang di jalan Allah, menegakkan politik Islam, melaksana undang-undang Islam dan banyak lagi.
Kenapa memilih-milih dalam menurut sunnah Nabi s.a.w?
Seseorang yang baik niatnya dan betul caranya, biasanya tidak akan takut pada manusia sekelilingnya dan sanggup berdepan dengan risiko. Jika berlaku sebaliknya, maka ada perkara yang perlu diwaspada. Ia menzahirkan ‘jiwa kecil’ si suami yang berangan-angan besar.
Jika lelaki mahu menegakkan hak dirinya bernikah ramai yang hukum asalnya harus, maka mereka harus sedar hak-hak ALlah yang lebih besar terhadap diri mereka bertaraf wajib yakni menyuruh ummat berbuat maaruf dan mencegah dari kemungkaran.
Untuk kes seperti di bawah ini, menjadi tanggungjawab suami memohon kepada Allah agar dikurangkan sifat cemburu si isteri. Pimpinan berbentuk spiritual begini amat-amat berharga buat seorang isteri yang mempunyai 9 emosi dan 1 rasional. Suami juga harus memohon maaf kerana tidak cuba bikin apa yang dicakapkan, “hanya awak di hati saya”. Berbohong dan tidak menepati janji merupakan salah satu sifat munafik. Bab bercakap sahaja, si suami telah gagal menurut sunnah Nabi s.a.w yang terkenal sebagai seorang yang bercakap benar walaupun semasa bergurau.
Jika akhlak Rasulullah s.aw tidak menjadi ikutan, maka dengan akhlak siapa mahu dipimpin isteri-isteri?
Petikan entry bertajuk. “Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan”
Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”Melalui kisah ini, dapat dilihat bahawa Rasulullah berdoa kepada Allah agar Ummu Salamah dihilangkan sifat cemburunya. Rasulullah memainkan peranan sebagai pemimpin akal, emosi dan spiritual isteri-isterinya.
Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”
Rasulullah tidak cepat menggunakan rasional, “ini hukum Allah” tanpa cuba memahami apa yang dibimbangkan oleh Ummu Salamah.
Rasulullah fokus kepada ‘point’ yang disebutkan oleh Ummu Salamah yakni tentang usianya, anak-anaknya dan sifat cemburunya.
*********************
Luahan Hati Seorang Isteri
Amat berat untuk saya menerima hakikat suami saya telah berkahwin lagi. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan saya selama 9 bulan. Jika sebelum ini saya selalu mendengar suami saya berkata ” hanya awak di hati saya”, kata-kata manis itu tak mungkin lagi dapat saya dengar dari mulutnya kerana saya dan dia tahu, ianya tidak lagi benar. Saya rasakan sebahagian dari nikmat bersuami sudah hilang. Setiap sentuhan suami tidak lagi eksklusif kerana dia juga menyentuh perempuan lain. Saya tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi kekecewaan dan kesedihan sukar digambarkan. Hidup bermadu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg amat tinggi. Jika tidak, tak mungkin Tuhan menjanjikan payung emas. Saya tidak yakin saya mampu melakukannya. jika saya mampu, alhamdulillah, saya adalah manusia yg amat beruntung. Tapi jika saya tidak mampu untuk menangani perasaan cemburu, saya khuatir hati saya akan amat tersiksa.
SS
Terima kasih atas perkongsian. Saya dapat memahami apa yang diluahkan kerana saya juga perempuan dan seorang isteri. Setiap pengorbanan dan kepahitan hidup pasti ada ganjaran namun idea payung emas tidak terdapat dalam mana-mana nas Quran atau hadis. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Mungkin ia direka oleh suami yang mahu memujuk isterinya. Wallahua’lam.
Jika ada sesiapa yang pernah menemui hadis tentang ‘Payung Emas’ ini, bolehlah maklumkan kepada saya.
Apa pun, ganjaran pahala bagi mereka yang sabar menghadapi ujian banyak termaktub di dalam al-Quran atau hadis. Ia tidak khusus untuk kes wanita yang dimadukan sahaja. Bahkan bagi suami-suami yang sabar berhadapan dengan kerenah isteri-isterinya.
Antaranya ialah ayat 96 dari Surah al-Nahl,
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu
akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap
kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan
memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
Buat diri SS, saya doakan saudari sentiasa diberi kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Fikir yang positif dan lihat masa hadapan. Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambaNya. Saudari seorang yang hebat sebenarnya. Justeru Allah memilih saudari untuk berdepan dengan situasi yang ditakuti ramai wanita.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى.وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى.ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada
(balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan
bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada
hari kiamat kelak). Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan
yang amat sempurna.
Al-Najm: 39-41
Ummu Abbas
Soal Jawab : Hukum Menolak Poligami
18/05/2011
Salam..
Ustaz Love jarang nak mengulas isu2
sensitif.. bukanlah bertujuan nak menyembunyikan kebenaran, tapi Ustaz
Love membuat perkiraan baik buruknya sekiranya ianya dibincangkan.. sama
ada ianya akan menjadi lebih buruk, mahupun lebih baik.. Dalam hal ini,
maslahah itu lebih diutamakan..
Sebab itu ada antara pertanyaan2 yang
Ustaz Love jawab kat komen je, ada yg Ustaz Love buatkan entry.. dan
banyak yg Ustaz Love jawab kat e-mail je..
Tajuk poligami ini akan sentiasa menjadi
tajuk yang sangat sensitif sampai la kiamat nanti.. Tak kurang yang
menyokong, ramai juga yang membantah.. dan ada juga yang berada di atas
pagar..
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang menggelarkan diri beliau sebagai “tantintun” :
“ada golongan yang menolak hukum
poligami sekeras-keransnyaa, bahkan sampai mengharamkannya…apakah
hukumnya? ada setengah ustaz berkata, hukumnya murtad/kufur..mohon ustaz
ulas dalam satu entry lain dengan panjang lebar.tq“
Pertama sekali, perlu difahami bahawa hukum berpoligami ini adalah sabit melalui nas al-Quran :
“Dan jika kamu
takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang
kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara
isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau
(gunakan) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.” (an-Nisaa’ : 3)
Namun, perlu difahami.. bahawa ayat ini
menunjukkan keharusan untuk berpoligami dan bukannya suatu tuntutan,
gesaan mahupun seruan kepada kaum lelaki untuk berpoligami.. Malah ayat
ini jelas memberitahu akan kepentingan untuk berlaku adil (supaya tak
melakukan kezaliman) terhadap isteri2.. jika takut tak mampu berlaku
adil, maka lebih baik beristeri satu saja.
Suatu masa dulu ada satu pergerakan
keagamaan (telah diharamkan) telah membuat penafsiran yg salah tentang
poligami ini bila menyatakan bahawa poligami ini merupakan tuntutan
agama.. maka mereka mempromosi poligami ini sebagai cara untuk menarik
para pengikut terutama dari golongan korporat dan kaya raya.. Malah
pemimpin tertingginya juga pernah menafsirkan bahawa yg dituntut adalah
poligami dulu.. sbb tu dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa “kahwin
dua”.. dan monogami (beristeri seorang) dinyatakan di akhirnya (kalau
tak mampu berpoligami).. nyatalah ini merupakan penafsiran sesat yg
berpandukan hawa nafsu semata2..
Ayat poligami bukanlah untuk
menggalakkan beristeri ramai, sebaliknya menghadkan jumlah isteri kepada
4 sahaja pada satu2 masa.. Ini demi membendung budaya Arab Jahiliyyah
yang berkahwin ramai sampai berpuluh2 orang..
Jadi, janganlah keharusan ini dijadikan keutamaan.. asal borak je, cerita nak tambah isteri..
Dan kena faham juga, bahawa oleh kerana
poligami ini hukum asalnya adalah harus, ia sama juga macam hukum2 lain
yg boleh berubah mengikut keadaan.. ada masanya ia boleh menjadi sunat,
ada masanya boleh menjadi haram, wajib dsb..
Maka itu keharusan berpoligami ini
tertakluk pada hukum taklifi yg 5 itu.. dan telah maklum dalam agama
bahawa berpoligami itu hukumnya harus.. cuma mungkin penolakan dengan
bersyarat, maka ianya masih dalam ruang lingkup yg dibenarkan.. sbb
poligami ini ada syaratnya.. iaitu yg paling utama adalah mampu berlaku
adil.. jika tak mampu dan tak mampu juga berlaku adil, maka boleh juga
mengharamkan poligami terhadap individu tersebut.. Tetapi bukanlah
mengharamkan secara total sehingga menafikan hukum harus yg telah
dinyatakan dalam al-Quran.
Penolakan kumpulan2 feminisme dan
wanita2 beremosi terhadap poligami ini sebenarnya lebih kepada penolakan
emosi.. sbb tak ada seorang pun sebenarnya yang sanggup untuk berkongsi
kasih ini.. Maka, bergantung kepada kebijaksanaan para suami untuk
melembutkan hati isteri supaya menerima kehidupan berpoligami.. Untuk
maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Abang Jem.. hehe
Thursday, July 7, 2011
Isteri Berhak Tolak Suami Berpoligami, Kata Imam Al-Aqsa
Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh
menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam
menghalalkannya.
Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami
supaya tidak berpoligami.
"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku
adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika
syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana
firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi
berita Jordan Fact International hari ini.
Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami
mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri
mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.
Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan
berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga
bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si
suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani
perjanjian tidak berpoligami.
Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau
berkata: "Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka
kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.
"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan
mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan
semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai
hukum Syarak," katanya.
Pandangan Ustaz
Secara peribadi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Imam
Al-Aqsa wanita berhak menolak poligami. Alasan beliau mengatakan perkara
tersebut adalah atas sebab ramai suami-suami diluar sana yang tidak
mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan
tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami?
seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam
meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak
mampun menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.
Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan
mengatakan :
"Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk
menghalang sunnah nabi, barang siapa yang menghalang sunnah nabi, maka
dia bukan dari kalangan umat nabi".
Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah untuk menghalalkan tindakan
tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami,
jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10
orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda.
Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda
berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan
terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala
tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang
sebaiknya kepada semua isterinya.
Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari
isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili
mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri
Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum
mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan
Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan
memberikan jawapannya kemudian. Baginda bermalam di rumah isterinya dan
memberikan hadiah cincin kepada semua isterinya. Rasulullah menyuruh
isterinya jangan menceritakan kepada isterinya yang lain dan berkata
pemberian cincin ini tanda Baginda menyayangi isterinya.
Bagi suami-suami yang ingin berpoligami dan yang telah berpoligami, cuba
tanya diri sendiri : “Mampukah aku berpoligami seperti sunnah
Rasulullah saw atau selama aku berpoligami adakah aku mengikuti sunnah
Rasulullah saw? Kalau jawapannya keluar dari benak fikiran anda semua
seperti : “Aku tidak mampu dan selama ini aku telah mengabaikan
tanggungjawab sebagai suami yang baik”. Maka lebih baik jangan
berpoligami, sebab poligami anda nanti akan mendatangkan dosa dan
ancaman dari Allah sahaja bukan mendapat pahala mengerjakan sunnah
Rasulullah. Kepada yang sudah berpoligami, perbetullah segala kesilapan
yang telah dilakukan, masih belum terlambat dan Allah sentiasa membukan
pintu taubat seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin bertaubat dan
kembali ke pangkal jalan.
Kepada semua para wanita atau isteri jangan sesekali membenci poligami
dan menghina amalan tersebut, sebab amalan tersebut tidak salah dan ia
menjadi sunnah Rasulullah saw, yang salahnya ialah lelaki yang tidak
berkemampuan berpoligami dan mengabaikan segala tanggungjawabnya
terhadap isteri tuanya dan anak-anaknya. Perbetulkan hujah anda semua
wahai wanita, jangan disebabkan hujah anda semua Allah melaknati anda
kerana menyalahkan sunnah Rasulullah saw yang menyebabkan rumahtangga
anda rosak.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tuesday, June 14, 2011
Jangan hukum isteri kedua saja bila suami kahwin lain !!!! Hukum sama isteri pertama !!!!
SAYA
tertarik sungguh dengan cerita kebanyakan isteri sanggup bercerai
daripada bermadu. Sebabnya kerana bermadu hanya untuk suami mengecap
kebahagiaan sedangkan isterinya hidup merana. Itu anggapan kebanyakan
wanita bila tahu suaminya ingin berpoligami. Semua marah dan akan
membenci bila ada wanita lain ambil suami orang." Demikian cerita
Asharina dalam emelnya.
''Pada
pendapat saya pahit atau manis hidup bermadu terpulang kepada individu
itu sendiri menerimanya. Mungkin pembaca beranggapan mudah untuk saya
berkata begitu kerana saya isteri kedua dan dalam bahasa kasarnya saya
dicap perampas suami orang.
''Buat
pengetahuan pembaca saya tak pernah bercita-cita nak bermadu. Tetapi
ianya terjadi kerana kehendak Allah jua. Sebagai orang yang beriman
tentu anda percaya kepada kadaq dan kadar. Dan itulah yang terjadi
kepada saya.
''Saya
kenali Az suami saya sekarang sejak 11 tahun lalu, waktu itu kami
bekerja tempat yang sama, ketika itu saya ibu tunggal dan Az sudah
berumah tangga. Waktu kami mula berkenalan hubungan kami telah dihidu
oleh isterinya.
''Sebelum
perkara buruk berlaku kerana salah faham lebih baik saya angkat kaki.
Niat saya ketika itu semata-mata untuk menjaga keharmonian dan tak mahu
digelar perampas, saya mengundurkan diri. Kerana memikirkan itu adalah
jalan yang terbaik buat kami.
''Akhirnya
kerana ada jodoh saya berkahwin dengan seorang duda anak satu dan
sesuailah dengan saya juga yang sudah pun ada seorang anak.
"Malangnya rumahtangga saya dengan Bee sentiasa tak aman, sentiasa ada konflik. Kami sering berbalah dan tidak ada persefahaman.
''Pada
mulanya Az menyangkakan hidup saya dengan Bee bahagia begitu juga saya
sangkakan dia bahagia bersama keluarganya. Tapi keadaan rumahtangga
mereka tetap sama. Az mendakwa hidup dan perasaan hatinya sudah tawar.
Jodoh
Dengan kuasa Allah saya bertemu semula Az, insan yang saya cintai tetapi dia tidak tahu masalah rumah tangga saya selama ini.
''Saya
buat solat istiqarah selama 3 minggu sebelum mengambil keputusan untuk
berkahwin dengan Az. Saya sedar risikonya dan saya juga sedar
saat-saat kami bersama adalah amat singkat kerana jarak umur kami
berbeza hampir 10 tahun. Tetapi apa yang pasti, kami sedar bahawa jodoh
kami amat kuat. Walaupun saya cuba elakkan untuk bergelar isteri kedua
10 tahun yang lalu.
''Saya
ingin bertanya, adakah orang seperti saya patut terus dipersalahkan
tanpa menyelidik sejarah cinta kami? Adakah adil untuk Az dipersalahkan
sedangkan rumahtangga yang sedia ada sememangnya tiada lagi bahagia?
Saya juga seorang wanita, jika 10 tahun dulu saya tahu saya akan
bergelar isteri kedua pasti saya akan mengahwini Az.
''Saya
cuba mengelak tapi jodoh bukan di tangan saya. Salahkah kami mengecap
kebahagiaan sekali lagi dengan lelaki bergelar suami? Saya amat
menghormati madu saya walaupun sehingga kini dia masih meneka dalam
kesamaran. Saya sentiasa nasihatkan suami saya agar menjaga hati isteri
pertama dan berterus-terang dengannya.
''Tetapi
segala masalah Az dengan isterinya bukan masalah saya. Saya boleh jadi
pendengar bukan penghasut. Perkahwinan ini adalah atas dasar kasih
sayang dan persefahaman. Bukan semua yang bergelar isteri kedua busuk
hatinya dan bukan semua yang bergelar isteri pertama sanggup berkorban
untuk suaminya.
''Pada
saya di dalam sesebuah rumahtangga itu perlu ada kejujuran, keikhlasan
dan persefahaman. Janganlah apabila suami beristeri baru atau kahwin
lagi, jari hanya menunding pada sang suami tanpa rasa bersalah pada
diri sendiri kerana beranggapan diri sudah terlalu hebat dan terbaik.
Tiada siapa akan tahu cerita dalam kelambu kita kecuali pasangan itu
sendiri dan Allah yang maha mengetahui.
''Jadi
apabila suami berkahwin lain janganlah sesedap rasa memanggil insan
sejenis kita sebagai betina dan suami pula jantan gatal dan mengumpat
keturunannya.
''Saya
amat bahagia dengan suami saya walaupun hidup tidak mewah kerana yang
saya kahwini adalah kawan, sahabat, kekasih dan suami saya. Material
bukanlah segalanya dalam hidup saya walaupun kadang-kala ia menjadi
satu keperluan.
''Saya
rasa kita sebagai wanita perlu bersikap rasional dan janganlah hendak
menjatuhkan apa lagi hukuman tanpa melihat kenapa perkahwinan kedua
suami kita berlaku serta menidakkan takdir serta ketentuan Allah untuk
kita.
''Sekiranya
dan sememangnya saya gatal hendak bermadu dan begitu juga dengan suami
saya Az, kenapa kami perlu menunggu 10 tahun untuk berkahwin sedangkan
dahulu kami masih sama-sama muda dan berupaya? Kenapa baru sekarang?
''Kini
perkahwinan kami hampir 2 tahun. Saya berdoa ini adalah jodoh terakhir
saya. Cukuplah apa yang telah saya lalui selama ini. Saya cuma ingin
bahagia dan meneruskan hidup ini hingga ke akhir hayat bersama Az.
Tidak akan ada orang lain lagi dalam hidup saya sebagai pengganti Az.
Doa saya agar kami tidak akan berpisah lagi.
''Jadi, tolang beritahu saya, adakah salah saya kahwin suami orang?
Semua wanita tak ingin malah tidak pernah terfikir untuk bercerai
selepas berkahwin dan kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi kasih tapi
jika sekiranya jodoh kita telah ditentukan dengan seseorang itu ,
walau ke mana kita lari dan bersembunyi jodoh itu tetap menghampiri
kita. Itulah yang berlaku pada saya, jadi jangan salahkan saya ataupun
wanita lain yang menjadi isteri kedua mahupun ketiga, semuanya berlaku
kerana telah disuratkan ke atas hidup mereka.'' Demikian cerita
Azharina panjang lebar menjelaskan kedudukannya sebagai isteri kedua
KENAPA SUAMI PERLU MEMINTA KERELAAN ISTERI SEBELUM BERPOLIGAMI?
Wednesday, July 06, 2011
Fatimah Syarha
Adab Permohonan Untuk Berpoligami
Ada segelintir masyarakat yang berpandangan, keizinan isteri
tidak penting dalam urusan poligami kerana sudah tentu kebanyakan
wanita tidak mengizinkannya. Jika berhajat, buat sahaja. Mulut isteri
hanya perlu dizip dengan ancaman berdosa, nusyuz (derhaka), menolak sunnah Nabi dan sebagainya.
Ya, poligami sah tanpa izin isteri. Tapi kerelaan isteri amat penting
dan berpengaruh besar dalam kehidupan berumah tangga selepas itu. Jika
diabaikan, ia bakal menghancurkan tujuan suci perkahwinan untuk
mewujudkan mawaddah, rahmah dan sakinah.
Biasanya suami yang berpoligami tanpa rela isteri melakukannya di
Thailand atau di luar mukim. Poligaminya sah namun ia dianggap oleh
masyarakat berpoligami tanpa adab. Melanggar lunas undang-undang.
Berisiko tinggi untuk menzalimi hak sesiapa.
Hidup ini bukan sekadar mengetahui hukum tanpa seni melaksanakannya.
Bukan juga sekadar ada seni melaksanakannya tanpa mengetahui hukum.
Kedua-duanya sama-sama penting untuk mengecap bahagia. Tentang isu sah
atau tidak sah suami berkahwin lagi tanpa izin isteri, diakui bahawa
ianya sah. Namun, ia meninggalkan kesan dan risiko tersendiri dalam
kehidupan berumah tangga selepas itu.
Kuasa Keizinan Mahkamah
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa cara pernikahan yang baik itu
ialah apabila tidak ada penghalang yang menghambat pernikahannya
daripada salah satu pihak, atau keluarganya, atau tradisi masyarakatnya,
atau undang-undang negaranya dan lain-lain.[1]
Secara undang-undang di Malaysia, sama ada isteri mengizinkan atau tidak
mengizinkan, rela atau tidak rela, permohonan untuk berpoligami mesti
dituntut di mahkamah. Ketidak relaan isteri sedikit berpengaruh dalam
keputusan mahkamah dalam menentukan sama ada suami mampu berlaku adil
atau tidak.
Mahkamah Syariah mempunyai maslahah tertentu untuk membolehkan poligami
hanya dengan izin mahkamah, iaitu mahkamah yang menentukan ‘keadilan’
seseorang dan kemampuannya memberikan nafkah. Konsep maslahah suatu
konsep yang diiktiraf dalam Fiqh dan Usul Fiqh. Ini disebabkan oleh ramai orang yang menyalah gunakan keringanan (rukhsah) berpoligami khususnya orang-orang jahil.
Di Malaysia, mahkamah akan mempersoalkan tentang kecacatan fizikal
isteri, ketidak mampuannya memberikan zuriat serta memenuhi keperluan
seks suami dan sebagainya. Jika isteri telah memenuhi kriteria semua ini
dan dia tidak rela dimadukan, mahkamah biasanya berkemungkinan besar
menolak permohonan suami untuk berpoligami, bergantung juga kepada
penelitian banyak faktor lain dan kebijaksanaan hakim.
Perbezaan Pendapat Dalam Mensyaratkan Keizinan
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dalam soal mensyaratkan
keizinan isteri pertama atau kadi atau Mahkamah Syariah sebagai mana
dihuraikan oleh ramai ulama kontemporari. Sila rujuk penerangan buku Al-Fiqh waadillatuhu
karangan Wahbah Zuhaili. Beliau lebih condong kepada pendapat yang
mengatakan individu itu sendiri yang berhak menentukan sama ada dia
mampu berlaku adil atapun tidak, bukannya pihak mahkamah. Pendapat ini
suatu sokongan kepada pendapat Perhimpunan Kajian Islam (Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah) pada muktamarnya yang kedua di Kaherah pada tahun 1975.
Pendapat di atas ini dihormati. Mereka memiliki hujah yang kuat. Dalam
masa yang sama, pendapat yang terpakai di Malaysia juga wajar dihormati
atas dasar maslahah dan kaedah fiqh yang memperhatikan keadaan zaman dan
lingkungan dalam berfatwa. Lagipun sebahagian ulama kontemporari yang
lain seperti Imam Ghazali mempertahankan bahawa keinginan berpoligami
oleh seseorang setelah meneliti keadaan tertentu yang tidak
melayakkannya tidak boleh dibiarkan. Rasulullah sendiri pernah menegah
poligami yang ingin dilaksanakan oleh Saidina Ali. Bukan itu sahaja,
baginda menyarankan agar pemuda yang tidak mampu bernikah untuk
berpuasa, bukan tetap sahaja menikah.
Jelas kepada kita bahawa isu keizinan mahkamah dan isteri adalah sesuatu
yang diperselisihkan oleh ulama, bukannya suatu isu yang disepakati.
Maka, raikan perbezaan kerana perbezaan pendapat itu lumrah. Ia suatu
perbezaan yang terhormat selagi mana berpegang kepada hujah dan dalil.
Hormatilah keputusan mana-mana negara untuk memakai pendapat yang mana
dalam aplikasi undang-undang negaranya. Ia bukan soal benar (haq) atau sesat (batil), cuma soal betul (sowab) atau salah (khoto’). Perbezaan dalam soal betul (sowab) atau salah (khoto’)
ini semuanya dalam daerah pahala, sama ada satu atau dua pahala. Orang
yang tidak mendapat pahala ialah mereka yang menyesatkan dan
mengkafirkan orang lain yang berbeza pendapat dengannya.
Akibat Berkahwin Tanpa Izin, Mendera Perasaan Isteri dan Menghapus Bahagia Sekeluarga
Kita bincangkan pula, isu penting atau tidak penting suami berkahwin
lagi dengan izin isteri. Mari merenung jauh, apakah impak poligami tanpa
kerelaan isteri? Adakah ia berpengaruh kepada konsep membawa keburukan (mafsadah)?
Sudah tentu.
Bukankah berpoligami tanpa rela isteri ini suatu penderaan perasaan yang
amat dahsyat kepada kaum wanita? Jika dia marahkan suaminya sahaja,
tidak mengapa. Bimbang nanti agamanya rosak apabila dia mula marahkan
Allah. Bimbang juga jika kehancuran hatinya merangsang dia bertindak di
luar kawal.
Wajarkah wanita dipersalahkan seratus-peratus apabila nanti dia
mewujudkan perang demi perang lantaran remuknya perasaan? Siapa
sebenarnya yang mencampakkan wanita ke dalam kezaliman ini apabila
agamanya terfitnah kerana cemburu? Siapa yang telah mengheretnya kepada
ujian hidup bermadu tanpa adab? Akibatnya, suami, isteri, anak-anak dan
seluruh ahli keluarga akan hilang bahagia. Siapa pencetusnya?
Kepentingan Izin Isteri untuk Mencapai Tujuan Perkahwinan Barakah
Mari kita perhatikan, apakah rasional pentingnya suami
meminta kerelaan isteri sebelum berpoligami. Sebelum itu, diingatkan
sekali lagi, isunya di sini bukan sah atau tidak sah berpoligami tanpa
kerelaan isteri, tetapi penting atau tidak penting kerelaan isteri:
1. Meminta kerelaan isteri adalah suatu sikap mulia dengan mengambil prinsip umum kepentingan berbincang atau bermesyuarat dalam kepimpinan.
وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ (38)
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan berbincanglah dalam urusan antara mereka.” (Surah Syura: 38)
Suami adalah pemimpin di dalam rumah tangga. Sebelum sesuatu keputusan
besar dibuat di dalam keluarga, amat penting baginya berbincang dan
bermesyuarat sesama ahli keluarga. Barulah dia dikira pemimpin yang
bertanggung jawab dan amanah. Bukankah isu poligami adalah isu yang
sangat besar dalam sesebuah keluarga? Melaksanakannya tanpa berbincang,
adakah akan membawa bahagia? Atau bakal mencipta neraka dunia?
2.
3. Islam mengiktiraf perasaan kewanitaan
dan ianya menyejukkan jiwa wanita. Pengiktirafan ini mengukuhkan
institusi kekeluargaan. Suami yang meminta kerelaan isterinya dikira
mengiktiraf perasaan isterinya itu.
Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ
الْكِنْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ أَشِيرُوا عَلَى النِّسَاءِ فِي أَنْفُسِهِنَّ
Maksudnya:
Daripada ‘Adiy ibn ‘Adiy Al-Kindi daripada bapanya:
Rasulullah SAW bersabda: “Berbincanglah dengan wanita tentang diri
mereka sendiri.”
Jadi, wajarkah seorang suami langsung tidak mengambil
pandangan isterinya sebelum berpoligami? Urusan poligami bukan urusan
suami seorang bahkan melibatkan urusan isteri dan anak-anak. Maka, suara
isteri wajar diperbincangkan bersama secara syura. Suami tidak
boleh berlagak diktator kerana keputusan untuk berpoligami melibatkan
hak orang lain. Jika hak itu dizaplimi tanpa izin, ia berpengaruh pada
syurga dan nerakanya.
4. Betapa Rasulullah SAW amat menghargai isteri, baginda berpesan kepada kaum suami apabila tergoda dengan wanita lain, segeralah menggauli isteri di rumah.
Baginda tidak pernah berpesan agar segera menikahi wanita itu dan
menduakan isteri kerana baginda menunjukkan contoh bernikah lagi bukan
kerana nafsu tetapi kerana kepentingan agama.
Lelaki yang tertawan dengan seorang wanita dan bercinta
secara haram di belakang isterinya kemudian berkahwin lagi tanpa
kerelaan isteri, jelas perkahwinannya bukan kerana kepentingan agama
tetapi kerana dorongan nafsu.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda. “Apabila
salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas
dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya.
Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” (Riwayat Muslim).
5. Bagaimana Fatimah al-Zahra mengetahui hasrat suaminya ingin berpoligami jika suaminya tidak berbincang dengannya? Jelas, Saidina Ali menghargai kerelaan isterinya dalam urusan ini dengan berbincang.
6. Kenapa menantu-menantu Rasulullah yang lain seperti Saidina Usman dan Abul Ash Laqith bin Ar-Rabi’ tidak berpoligami?
Mereka mengetahui Rasulullah tidak rela puteri-puterinya dimadukan.
Jelas, Saidina Usman dan Abul Ash meraikan dan menghormati hati dan
keizinan isterinya dalam urusan ini yang disampaikan oleh ayahnya sejak
awal pernikahan.
7. Seandainya isteri tidak merelakan, ia akan mengakibatkan pertengkaran dan pergaduhan besar. Biasanya sukar dimaafkan dan dilupakan selama-lamanya kerana isteri sudah hilang kepercayaan kepada suami. Sekaligus meruntuhkan tujuan perkahwinan untuk membina mawaddah, warahmah wasakinah.
8. Seandainya
perbincangan dengan isteri berlaku, ia akan membawa natijah sama ada
isteri merelakan atau suami perlu memberi hak isteri sekiranya dia
mempertahankan monogaminya di mahkamah atau minta dibebaskan dengan cara
yang baik. Ia dapat mengelakkan pergaduhan besar dengan memberikan hak semua pihak.
9. Kerelaan isteri pertama lebih memberi ketenangan hati
kepada banyak pihak termasuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga.
Realiti membuktikan bahawa poligami tanpa izin isteri selalunya sukar
dan poligami dengan izin isteri selalunya sejahtera.
10. Kerelaan isteri pertama dapat mengelakkan isteri kedua dan seterusnya sering berada dalam derita apabila
suami bersikap lepas tangan. Manakala pembelaan untuk meminta suami
menjalankan tanggungjawab dengan adil tidak ada kerana dia tidak terikat
dengan mana-mana institusi yang boleh mengawal suaminya daripada
melakukan ketidak adilan. Janji-janji suami akan berkubur begitu sahaja
kerana perkahwinan ini tidak mengikut prosedur undang-undang yang betul
dengan meminta kerelaan isteri pertama terlebih dahulu, maka suami
boleh mengabaikan janjinya sewenang-wenangnya.
11. Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar mahkamah memerintahkan suami membayar nafkah isteri pertama dan anak secara tetap jika permohonan poligami suami dibenarkan (subseksyen 23 (10)(a)).
12. Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar mahkamah memerintahkan apa-apa aset yang diperoleh dengan
usaha bersama dalam masa perkahwinannya dan suami, dibahagikan atau
supaya ia dijual dan hasil jualan dibahagikan (subseksyen 23 (10)(b)),
sebelum suami dibenarkan untuk berpoligami.
Poligami l Hikmah Di Sebalik Hidup Bermadu Dengan Wanita LainAssalamualaikum w.b.t. . .
Terlebih dahulu admin nak ucapakan
selamat datang ke Blog Norfanil.com.. Admin nak bagitau satu benda, yang
admin ini bukanlah pemilik sebenar blog Norfanil.com ni.Ini kerana
kesibukan Pemilik Norfanil.Com dalam membuat rutin harian sebagai
seorang pelajar,admin bersedia untuk membantu beliau mengemaskini blog
beliau,agar Blog Norfanil.com ini tidak bersawang sangat..hehee untuk
pengenalan,Panggil je admin sebagai Achik ..Admin ni comel
orangnya,jangan nak mengorat tau.keh keh keh okey,untuk pertama posting
kat sini,admin nak share satu benda..pasal Poligami?tak tahu apa
poligami? Poligami juga popular bila dipanggil HIDUP BERMADU…
Perempuan adalah individu yang paling
takut bila ISU POLIGAMI ini diutarakan oleh para suami.kenapa? kalau
ikut logik akal pun,admin tahu mana ada perempuan yang suka hidupnya
dimadukan dengan wanita lain.hikmah?wanita pasti berprasangka bahawa
bermadu boleh membawa bencana .tak gitu para wanita?Poligami ini tidak
salah,malah ia diHARUS kan atas sebab-sebab tertentu.. boleh berpoligami
jika seseorang lelaki itu boleh membawa keadilan kepada para isterinya
dan mampu menjaga kebajikan tanpa ada sebarang ketidakadilan akan
berlaku..disini suka admin kongsikan satu artikel yang admin nyatakan
sumbernya..jom baca bersama-sama ye..
*******************************************
Islam membolehkan umatnya berpoligami
bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini
mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam
itu sendiri.
Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan
keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam
keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri
dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan
ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang
bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus
ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.Di antaranya ialah : Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, “Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baikdari wanita-wanita cantik yang mandul.” Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan. Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua. Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahu pun janda. Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga. Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain. Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya. Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak hasil pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri. Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk keselamatan umat Islam seluruhnya. Islamjuga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT)mengingatkan, tanggungjawab mereka bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya. Menjadi isteri keduaSaya tidak pernah termimpi untuk menjadi isteri kedua. Ya, siapakah antara kita yang memasang cita-cita untuk terus-terus berada di alam poligami…? Berkahwin dengan suami orang…?
Baguslah jika ada di antara
kalian yang bujang, positif menerima dan bersedia berpoligami, kerana
mungkin kalian telah nampak kebaikan dan kepentingan melaksanakan
syariat ALLAH yang satu ini. Dan sebenarnya, kebaikan syariat poligami
ini jauh lebih baik dari yang kita sangkakan. Alhamdulillah.
Pertama kali dikhabarkan oleh
kakak isteri pertama, bahawa suaminya ingin menjadikan saya isteri
kedua, saya terasa amat berat mencucuk fikiran. Ya ALLAH, moga ini hanya
mimpi. Namun, terjaga dari tidur, saya ‘terpaksa’ memikirkannya kerana
ternyata ini adalah ujian nyata yang ALLAH datangkan dalam hidup yang
sementara.
Saya juga sama seperti kalian,
ingin bernikah. Ingin menjadi isteri yang pertama. Bukan sekadar menjadi
isteri pertama, tapi saya juga ingin menjadi satu-satunya isteri.
Saya tidak ingin suami saya
mencintai dan menyayangi wanita lain. Saya tidak mampu. Kerana saya
dibesarkan dalam lingkungan masyarakat dan arus media yang sangat
mendokong monogami, menyisihkan poligami.
Tapi ternyata ketidakmampuan saya sangat sedikit berbanding kehebatan ALLAH mengatur setiap salur galur urusan makhluknya. [ Malah kini saya suka kalau suami saya dan para suami lain diberi kemampuan untuk memiliki lebih dari satu isteri...opss, nanti kita kupas pasal ni..]
Melalui kakak isteri pertama,
saya mendapat info dan sedikit sebanyak pengenalan mengenai suami saya
(bakal suami waktu itu). Dan seterusnya setelah saya bersemuka dengan
bakal suami bersama isterinya, saya menghadapkan lamaran itu kepada mak
dan abah.
Ya, mak dan abah amat sukar
untuk menerima. Kata abah, perkahwinan itu sendiri terlalu banyak
cabaran dan ranjaunya, apatah lagi hidup di alam poligami. Saya terlalu
mentah untuk menghadapi semua itu, abah mengingatkan.
“Mak pula macam mana ya…?” tanya saya pada mak.
“Mak ni, kalau boleh biarlah
bukan suami orang. Saudara mara kita tak pernah ada yang bermadu… tapi
kalau dah jodoh tu, mak terima je lah..” mak menjawab dari persepsi
seorang ibu.
Mak sempat juga berkongsi,
tentang seorang kawannya, “ Dulu dia bercerai sebab tak boleh terima
suaminya nak berkahwin lagi…tapi sekarang, dia pun dah berkahwin semula
dengan suami orang lain”. Maksud mak, kadang-kadang perkara yang kita tak nak dan tak terfikir, akan datang juga kepada kita.
Waktu itu, saya berusaha mencari
isteri yang berpoligami, ingin meminta pandangan mereka. Ada dua orang
isteri, yang bergelar isteri kedua, yang memberi pandangan kepada saya.
Mereka menasihatkan saya supaya tidak menjadi isteri kedua atas
sisi-sisi negatif kehidupan poligami yang mereka lalui.
Namun setelah difikir-fikir
semula, sisi negatif itu bukan kerana mereka berpoligami, tapi itu
adalah konflik lumrah yang berlaku dalam perkahwinan monogami sekalipun.
Apapun, saya tetap menghargai pandangan mereka berdua.
Selain mereka berdua, saya tidak
ada contoh rujukan yang lain dari kalangan yang berpoligami. Namun saya
bersyukur, beberapa orang yang saya minta pandangan, memberi nasihat
yang sangat menenangkan iaitu– Kembalikanlah semua ini kepada ALLAH.
Kuatkanlah hubungan dengan ALLAH. Persiapkanlah diri menghadapai
ujian-ujian rumahtangga yang pasti, samaada bermadu ataupun tidak.
Menghadapi
pula sebahagian pandangan insan sekeliling yang lain, ternyata inilah
yang membuatkan tak ada orang yang terdorong untuk berpoligami.
Untuk yang ingin menjadi isteri kedua - bersedialah dengan kata-kata yang tidak enak didengar. Atau dilabel perampas dan pengacau.
“ Dah tak ada orang lain ke.. orang bujang kan ramai lagi…”
“Dah desperate sangat ke…??”
“Kenapa mengganggu kebahagiaan orang lain..??”
Ya ALLAH, ampunilah mereka..sesungguhnya mereka tidak mengetahui…
Sedangkan para isteri pertama
pula dikatakan tidak pandai menjaga suami, dan segala cakap-cakap lain
yang mengganggu kesediaan dan ketenangan para isteri untuk meraikan alam
poligami.
Para suami tidak kurang hebatnya
dikecam, ‘gatal’ dan ‘miang’ gelaran biasa bagi suami yang berusaha
membina rumahtangga seterusnya.
‘Kahwin kerana nafsu’.. kata
sebahagian orang pada para suami yang berhasrat bernikah lagi. Apakah
kita dan kalian semua yang berkahwin kali pertama, baik lelaki atau
perempuan, bukan kerana didorong nafsu dan perasaan ? Tak apa.. yang ni
pun boleh buka topik lain :p
Moga ALLAH mengampunkan
dosa-dosa kita yang mudah melabel, berprasangkan buruk dan mengeluarkan
kata-kata yang seandainya kita tahu redha dan murka ALLAH atas perkataan
yang disebut, nescaya kita memilih untuk mengunci lidah dari berbicara.
CEMBURU
“Tak cemburu ke…..????” inilah persoalan yang kerap diajukan kepada para isteri yang bermadu.
Duhai teman, jika anda seorang
perempuan yang normal, anda akan cemburu. Bukan cemburu sikit-sikit,
boleh jadi cemburu sangat-sangat. Kadar cemburu setiap orang itu
berbeza-beza…
Dan saya adalah perempuan normal itu :P
Cemburu saya memuncak sebelum
saya bernikah. Menghampiri tarikh pernikahan, saya tak dapat
membayangkan kelak suami saya punya isteri lain yang diberi perhatian,
yang disayangi, yang dirindui… dan macam-macam bayangan yang menjadikan
hati saya tidak kuat untuk menampung rasa cemburu itu.
Saya pun terus menulis emel
panjang lebar kepada bakal suami, bahawa saya ingin membatalkan lamaran
yang diterima atas beberapa sebab-sebab, satu sebab sahaja yang saya tak
tulis…bahawa saya sangat cemburu..saya tak mampu….. Terima kasih
melamar saya menjadi isteri kedua.
Tapi saya tak sempat tekan
butang ‘send’. Saya termenung di hadapan komputer. Ya ALLAH.. . betulkah
tindakan ku ini..? Hanya kerana rasa cemburu, saya ingin membatalkan
pernikahan yang dirancang. Adakah PERASAAN saya yang akan membuat
keputusan, bukan petunjuk keimanan dan pemikiran yang matang dan
waras..?
Airmata saya menitis, saya
teringat bahawa saya selalu mengingatkan teman yang sudah bertunang dan
mendekati pernikahan, jangan semudahnya memutuskan pertunangan hanya
kerana cabaran-cabaran yang datang, hanya kerana ragu-ragu yang
mencuit-cuit hati..hanya kerana perasaan yang bertukar-tukar dan tak
tenang.
Fa’iza ‘azamta, fa tawakkal ‘alallah. (Setelah kamu bertekad, bertawakkal lah kepada ALLAH.) Rujuk Surah Ali Imran:159.
Saya delete emel untuk
memutuskan lamaran itu, bismillah, saya tidak fikir lagi tentangnya.
Saya hanya berdoa moga ALLAH permudahkan pernikahan kami.
Ya...memang takut sebenarnya,
melangkah ke alam pernikahan bernama poligami, kerana ia sesuatu yang
janggal dan masih belum diterima di hati-hati kita semua.
Saya meluah perasaan kepada seorang bapa saudara, abang kepada ibu saya,
“Paklang.. nanti kalau saya
kahwin jadi isteri kedua, nanti esok kalau jadi apa-apa, macam mana saya
nak hadapi..? Nanti orang kata – sape suruh jadi isteri nombor
dua..???????”
Jawab Paklang, “Tak payah kita
ramal-ramal masa depan ni.. Kita tak tahu. Memanglah risau kalau fikir
macam-macam.. tapi sekarang ni kita buat dengan cara elok. Dia (bakal
suami) pun dah datang jumpa mak abah dengan cara elok.. orang nya pun
nampak elok.. Tak payah fikir sangat benda yang kita tak nampak”
Paklang nasihatkan - perlu
bersedia menghadapi hidup berumahtangga, dalam masa yang sama, jangan
keterlaluan memikirkannya, hingga kita takut untuk melangkah.
Yang saya kongsikan di sini,
hanya tentang secebis kisah cemburu dan pandangan insan lain tentang
poligami. Banyak lagi cabaran lain yang menduga, dan banyak lagi bentuk
cemburu lain yang menjelma sepanjang pernikahan..namun ALLAH lah
sebaik-baik Pemelihara.
Justeru, rasa cemburu,
ragu-ragu, sedih, kecewa, takut, bimbang dan macam-macam rasa yang
kalian lalui untuk menuju ke arah pernikahan, serahkan lah ia kepada
ALLAH. ALLAH lah yang memegang hati kita… dan dengan rahmat ALLAH lah,
perasaaan itu mampu kita terjemahkan dengan akhlak yang diredhainya.
Akan bersambung, moga perkongsian ini menjadi peringatan untuk menambah keimanan...
.
Bagaimana Cara Mengundurkan Diri Tanpa Merusak Jaringan Profesional AndaMatangkan Rencana Pengunduran Diri AndaLangkah pertama untuk membuat kepergian anda selancar mungkin adalah dengan mematangkan perencanaan karir anda. Ambillah waktu yang anda butuhkan untuk menimbang pilihan dan pikirkanlah keputusan anda. Mintalah cuti beberapa hari jika diperlukan. Gunakan waktu tersebut untuk berpikir apakah meninggalkan kantor anda adalah pilihan yang tepat. Bercerminlah pada kejadian dimana anda merasa lebih senang atau lebih sedih selama mengerjakan pekerjaan anda. Pikirkanlah kejadian mana yang meninggalkan kesan paling mendalam. Jika kenangan menyenangkan lebih banyak muncul, maka anda sudah punya jawabannya. Lebih baik anda menahan diri untuk menulis surat pengunduran diri anda jika anda masih ragu-ragu, hal ini akan mencegah anda untuk membuat keputusan yang salah hanya karena emosi sementara.Buatlah Draft surat Pengunduran Diri AndaTulislah salinan draft dari surat pengunduran diri anda, draft tersebut harus juga disertai daftar yang mendetail dari alasan anda untuk mengundurkan diri. Jangan membicarakan apa yang terjadi di masa lalu terlalu sering. Fokuslah pada rencana anda dan jelaskan bagaimana pentingnya keputusan ini dalam membantu anda untuk meraih keinginan anda. Menulis surat pengunduran diri sama dengan menulis CV, tulislah beberapa draft dan baca ulang apa yang telah anda tulis sebanyak-banyaknya. Jika anda melihat ada kata-kata di surat tersebut yang kurang enak dibaca, tulislah ulang. Print-lah surat tersebut di atas kertas dan berikan secara langsung kepada bos anda daripada mengirimkannya lewat email, memberikan secara langsung adalah hal yang benar untuk dilakukan dan lebih sopan.Bicarakan Kepada Bos tentang Pengunduran Diri AndaCara paling mudah agar tidak meninggalkan kesan buruk dengan perusahaan anda saat ini adalah dengan merencanakan pertemuan dengan bos agar anda bisa membicarakan tentang pengunduran diri anda. Gunakanlah waktu ini untuk membicarakan poin-poin yang mungkin telah anda buat di surat pengunduran diri anda dan juga alasan-alasan lain yang anda punya untuk mengundurkan diri. Ingatlah untuk bersikap fleksibel selama pertemuan itu. Jika bos anda meminta untuk menunda pengunduran diri anda, pikirkanlah baik-baik dan cobalah untuk menerima permintaannya, jika anda bisa. Hal ini akan membantu anda untuk bisa keluar dari perusahaan secara baik-baik dan memastikan anda untuk mendapatkan referensi positif dari calon-mantan-bos anda di masa depan. Dunia korporasi itu cenderung kecil, maka penting untuk meninggalkan perusahaan anda dengan membawa kesan positif karena hal ini akan sangat membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan di masa depan.
Setelah bagian yang tersulit ini terlewati, anda bisa
melanjutkan karir anda tanpa harus membawa beban pekerjaan dari masa
lalu bersama anda. Menulis surat pengunduran diri
bisa jadi sulit, tapi hal tersebut diperlukan agar karir anda dapat
maju tanpa terlalu banyak masalah. Semoga beruntung dalam perjalanan
anda!
Buya Hamka ~ketika ulama tak bisa dibeli~
Surat
itu pendek. Ditulis oleh Hamka dan ditujukan pada Menteri Agama RI
Letjen. H. Alamsyah Ratuperwiranegara. Tertanggal 21 Mei 1981, isinya
pemberitahuan bahwa sesuai dengan ucapan yang disampaikannya pada
pertemuan Menteri Agama dengan pimpinan MUI pada 23 April, Hamka telah meletakkan jabatan sebagai Ketua Umum Majelis Ulama Indonesia (MUI).
Buat banyak orang pengunduran diri Hamka
sebagai Ketua Umum MUI mengagetkan. Timbul bermacam dugaan tentang
alasan dan latar belakangnya. Agaknya sadar akan kemungkinan percik
gelombang yang ditimbulkannya, pemerintah dalam pernyataannya
mengharapkan agar mundurnya Hamka “jangan sampai dipergunakan golongan
tertentu untuk merusak kesatuan dan persatuan bangsa, apalagi merusak
umat lslam sendiri.”
Kenapa Hamka mengundurkan diri?
Hamka sendiri mengungkapkan pada pers, pengunduran dirinya disebabkan
oleh fatwa MUI 7 Maret 1981. Fatwa yang dibuat Komisi Fatwa MUI tersebut
pokok isinya mengharapkan umat Islam mengikuti upacara Natal,
meskipun tujuannya merayakan dan menghormati Nabi Isa. Menurut K.H.M.
Syukri Ghozali, Ketua Komisi Fatwa MUI, fatwa tersebut sebetulnya dibuat
untuk menentukan langkah bagi Departemen Agama dalam hal umat Islam.
“Jadi seharusnya memang tidak perlu bocor keluar,” katanya.
Fatwa ini kemudian dikirim pada 27 Maret
pada pengurus MUI di daerah-daerah. Bagaimanapun, harian Pelita 5 Mei
1981 memuat fatwa tersebut, yang mengutipnya dari Buletin Majelis Ulama
no. 3/April 1981. Buletin yang dicetak 300 eksemplar ternyata juga
beredar pada mereka yang bukan pengurus MUI. Yang menarik, sehari
setelah tersiarnya fatwa itu, dimuat pula surat pencabutan kembali
beredarnya fatwa tersebut. Surat keputusan bertanggal 30 April 1981 itu
ditandatangani oleh Prof. Dr. Hamka dan H. Burhani Tjokrohandoko selaku
Ketua Umum dan Sekretaris Umum MUI.
Menurut SK
yang sama, pada dasarnya menghadiri perayaan antar agama adalah wajar,
terkecuali yang bersifat peribadatan, antara lain Misa, Kebaktian dan
sejenisnya. Bagi seorang Islam tidak ada halangan untuk semata-mata
hadir dalam rangka menghormati undangan pemeluk agama lain dalam upacara
yang bersifat seremonial, bukan ritual. Tapi bila itu soalnya, kenapa
heboh? Rupanya “bocor”nya Fatwa MUI 7 Maret itu konon sempat menyudutkan
Menteri Agama Alamsyah. Hingga, menurut sebuah sumber, dalam
pertemuannya dengan pimpinan MUI di Departemen Agama 23 April, Alamsyah
sempat menyatakan bersedia berhenti sebagai Menteri. Kejengkelan Menteri
Agama agaknya beralasan juga. Sebab rupanya di samping atas desakan
masyarakat, fatwa itu juga dibuat atas permintaan Departemen Agama. “Menteri
Agama secara resmi memang meminta fatwa itu yang selanjutnya akan
dibicarakan dulu dengan pihak agama lain. Kemudian sebelum
disebarluaskan Menteri akan membuat dulu petunjuk pelaksanaannya,” kata E.Z. Muttaqien, salah satu Ketua MUI.
Ternyata fatwa itu keburu bocor dan heboh
pun mulai. Melihat keadaan Menteri itu, Hamka kemudian minta iin
berbicara dan berkata, menurut seorang yang hadir, “Tidak tepat kalau
saudara Menteri yang harus berhenti. Itu berarti gunung yang harus
runtuh.” Kemudian inilah yang terjadi: Hamka yang mengundurkan diri.
“Tidak logis apabila Menteri Agama yang berhenti. Sayalah yang
bertanggungjawab atas beredarnya fatwa tersebut …. Jadi sayalah yang
mesti berhenti,” kata Hamka pada Pelita pekan lalu. Tapi dalam
penjelasannya yang dimuat majalah Panji Masyarakat 20 Mei 1981, Hamka
juga mengakui adanya “kesalahpahaman” antara pimpinan MUI dan Menteri
Agama karena tersiarnya fatwa itu.
Kepada TEMPO Hamka mengaku sangat gundah sejak peredaran fatwa itu dicabut. “Gemetar
tangan saya waktu harus mencabutnya. Orang-orang tentu akan memandang
saya ini syaithan. Para ulama di luar negeri tentu semua heran. Alangkah
bobroknya saya ini, bukan?” kata Hamka. Alasan itu agaknya yang
mendorong lmam Masjid Al Azhar ini menulis penjelasan, secara pribadi,
awal Mei lalu. Di situ Buya menerangkan: surat pencabutan MUI 30 April
itu “tidaklah mempengaruhi sedikit juga tentang kesahan (nilai/kekuatan
hukum) isi fatwa tersebut, secara utuh dan menyeluruh.” HAMKA juga
menjelaskan, fatwa itu diolah dan ditetapkan oleh Komisi Fatwa MUI
bersama ahli-ahli agama dari ormas-ormas Islam dan lembaga-lembaga Islam
tingkat nasional — termasuk Muhammadiyah, NU, SI, Majelis Dakwah Islam
Golkar.
Buya Hamka tercatat sebagai ketua MUI
pertama sejak tahun 1975. Keteguhannya memegang prinsip yang diyakini
membuat semua orang menyeganinya. Pada zamam pemerintah Soekarno, Buya
Hamka berani mengeluarkan fatwa haram menikah lagi bagi Presiden
Soekarno. Otomatis fatwa itu membuat sang Presiden berang ’kebakaran
jenggot’. Tidak hanya berhenti di situ saja, Buya Hamka juga
terus-terusan mengkritik kedekatan pemerintah dengan PKI waktu itu.
Maka, wajar saja kalau akhirnya dia dijebloskan ke penjara oleh
Soekarno. Bahkan majalah yang dibentuknya ”Panji Masyarat” pernah
dibredel Soekarno karena menerbitkan tulisan Bung Hatta yang berjudul
”Demokrasi Kita” yang terkenal itu. Tulisan itu berisi kritikan tajam
terhadap konsep Demokrasi Terpimpin yang dijalankan Bung Karno. Ketika
tidak lagi disibukkan dengan urusan-urusan politik, hari-hari Buya Hamka
lebih banyak diisi dengan kuliah subuh di Masjid Al-Azhar, Jakarta
Selatan.
Ketika menjadi Ketua MUI, Buya Hamka
meminta agar anggota Majelis Ulama tidak digaji. Permintaan yang lain:
ia akan dibolehkan mundur, bila nanti ternyata sudah tidak ada
kesesuaian dengan dirinya dalam hal kerjasama antara pemerintah dan
ulama. Mohammad Roem, dalam buku Kenang-kenangan 70 tahun Buya Hamka,
menyebut masalah gaji itu sebagai bagian dari “politik Hamka menghadapi
pembentukan Majelis Ulama”. Ulama mubaligh ini, menurut Roem, kuat
sekali menyimpan gambaran “ulama yang tidak bisa dibeli“. Walaupun gaji sebenarnya tidak usah selalu menunjuk pada pembelian, kepercayaan diri ulama sendiri agaknya memang diperlukan.
******
TAK ada lagi Buya Hamka. orang tak akan
menantikan khotbahnya di Masjid Al Azhar. Tak akan mendengarkan suaranya
yang serak itu lagi, pada malam tarawih, pada kuliah pagi, pada
pengajian subuh lewat RRI — untuk seluruh Indonesia. Suara yang sangat
dikenal itu akan tak ada lagi. Selama-lamanya.
Ulama sangat penting itu berpulang “di
hari baik bulan baik”, hari Jum’at 21 Ramadhan (24 Juli), “ketika bulan
puasa masuk tahap ketiga” atau tahap lailatul qadar, menurut pengertian
orang santri. Memang menunjukkan keutamaan: ribuan orang yang mengiring
jenazahnya ke pemakaman, dan yang keluar ke pinggir-pinggir jalan, boleh
dikatakan semuanya orangorang yang berpuasa dan baru turun dari
sembahyang Jum’at. Entah apa yang menggertak mereka itu: dalam waktu
hanya empat jam, dan tanpa sempat disiarkan koran (meninggal pukul
10.30, dan diberangkatkan ke pemakaman pukul – 14.30), ribuan para
pelayat memenuhi jalan dan pekuburan dengan kendaraan yang macet panjang
di daerah Kebayoran Lama dan Tanah Kusir.
Hamka memang sudah hampir tidak berarti
“golongan” agama. Juga tidak hanya seorang “kiai”. Barangkali memang
inilah ulama pertama yang dipunyai Indonesia, yang sangat paham “hidup
di luar masjid”. .
Abdul Malik (bin Abdul) Karim Amrullah,
HAMKA, dilahirkan di Negeri Sungai Batang, di sebuah rumah di pinggir
Danau Maninjau yang molek di tanah Minangkabau. “Nama ibuku Shafiyah,”
katanya dalam bukunya Kenang-kenangan Hidup. “Beliau meninggal pada usia
masih muda, sekitar 42 tahun. Beliau dianugerahi Tuhan sepuluh orang
putra. Lima dengan ayahku dan lima pula dengan suaminya yang kedua.
Ibuku cantik! . . . ” la sangat memuja ibunya — sebagaimana juga
istrinya yang pertama, nanti, Siti Raham. Ayahnya, yang ia kagumi, hanya
sebentar-sebentar tampak menyelinap dalam hidup intelektualnya –meski
dengan pengaruh sangat kuat.
Haji Rasul, nama asli sang ayah, adalah
orang pribumi pertama yang mendapat gelar doktor honoris causa — dari
Universitas Al Azhar, Kairo, tempat ia sendiri belakangan juga mendapat
gelar yang sama di tahun 1958 –dan pemimpin pesantren Sumatra Thawalib
yang masyhur di Padangpanjang. Kenang-kenangan masa kecil inilah yang,
bagi siapa yang membaca buku-bukunya, termasuk Ayahku, membentuk jiwa
anak muda yang bengal namun lembut itu. Si Malik itu seorang jagoan
kecil dulu. Belajar silat, belajar iniitu, kemudian lari ke Jawa dan
berguru pada H.O.S. Tjokroaminoto dan Suryopranoto, ikut pergerakan,
lari ke Mekah — dan akan tinggal di sana kalau saja tidak dinasihati
Haji Agus Salim untuk pulang. Dan jangan lupa: pemuda ini juga bercinta —
di kapal, misalnya, meski akhirnya tak jadi kawin. Ia sendiri mengakui
sifat-sifatnya yang dulu: kecuali pemarah, pantang tersinggung dan
perajuk, “juga lekas jatuh hati kepada gadis-gadis” . . . Memang sangat
manusiawi. Ia memang akhirnya menjadi seperti yang dicita-citakan
ayahnya: mengganti kedudukannya sebagai ulama, seperti juga neneknya dan
ayah neneknya.
Tapi bahwa ia tak seperti mereka,
terlihat misalnya dari sikap Buya kepada poligami: Hamka termasuk ulama
yang tidak merestuinya. Kenang-kenangannya masa bocah, dari sebuah
keluarga yang pecah, yang berpoligami dan bercerai, rupanya cukup tajam
untuk menggugah jiwa halusnya. Kenang-kenangan itulah, bersama dengan
penghayatannya kepada adat Minangkabau, yang menjadi modal pokok
roman-romannya yang memeras air mata: Di Bawah Lindungan Ka’bah, Tenggelamnya Kapal van der Wijk, Si Sabariah, Dijemput Mamaknya, Merantau ke Deli, dan kumpulan cerpen Di Dalam Lembah Kehidupan.
Hamka bukan sekedar “ulama yang
bersastra”. Ia ulama, dan ia pengarang. Hanya segi sastra itu makin
mundur ke belakang sejalan dengan usianya yang menua, maupun
tugas-tugasnya yang menjadi makin formal agama. Ketika ia menulis tafsir
Qur’annya yang 30 jilid, yang diberinya judul dengan nama masjid yang
dicintainya, Al Azhar, kemampuan kepengarangan itu tidak lahir dalam
wujud bahasa yang disengaja indah Namun orang toh tahu bahwa caranya
bertutur betapapun berbeda. Tafsir itu sendiri dikerjakannya di penjara
rezim Soekarno. Ia ditangkap persis ketika sedang memberi pengajian ‘.
Kepada seratusan ibu-ibu di bulan Ramadhan. Pengalaman itu ada terasa
menerbitkan rasa pahit juga. Namun bahwa Hamka. “mudah memaafkan dan
menyesuaikan diri”, terlihat dari misalnya pergaulannya dengan keluarga
Bung Karno — Nyonya Fatmawati terutama — yang sangat baik sampai akhir
hayat.
Ulama ini memang memenuhi fungsi pemimpin
rohani yang paling pokok jadi pelayan. Asal jangan ditekan, dan jangan
dibeli. Kata-katanya enam bulan lalu, ketika jilid terakhir tafsir itu
selesai dicetak, merupakan salah satu firasat. “Nampaknya, tugas yang menjadi beban selama ini selesai. Tinggal lagi kini menunggu panggilan llahi . . . ” Dan panggilan itu pun datang kini.
“Kita kehilangan seorang ulama besar. Kita kehilangan seorang pemikir besar. Kita kehilangan seorang sastrawan besar,
” komentar Menteri Agama Alamsyah, ketika melepas jenazah almarhum di
pekuburan. E.Z. Muttaqien, salah seorang ketua Majelis Ulama Indonesia
sekarang ini mengakui: “Akhir-akhir ini beban Buya Hamka memang sangat berat. Kesehatannya tidak memungkinkannya lagi memikul beban itu.”
*****
Puisi ini ditulis Buya Hamka pada tanggal
13 November 1957 setelah mendengar pidato M. Natsir yang mengurai
kelemahan system kehidupan buatan manusia dan dengan tegas menawarkan
kepada Sidang Konstituante agar menjadikan Islam sebagai dasar Negara
RI.
KEPADA SAUDARAKU M. NATSIRMeskipun bersilang keris di leher Berkilat pedang di hadapan matamu Namun yang benar kau sebut juga benar Cita Muhammad biarlah lahir Bongkar apinya sampai bertemu Hidangkan di atas persada nusa Jibril berdiri sebelah kananmu Mikail berdiri sebelah kiri Lindungan Ilahi memberimu tenaga Suka dan duka kita hadapi Suaramu wahai Natsir, suara kaum-mu Kemana lagi, Natsir kemana kita lagi Ini berjuta kawan sepaham Hidup dan mati bersama-sama Untuk menuntut Ridha Ilahi Dan aku pun masukkan Dalam daftarmu……! (dikutip dari buku “Mengenang 100 tahun HAMKA”)
Sajak berikut merupakan rangkaian dari
sajak berbalas dari M Natsir pada Buya Hamka yang sebelumnya menyusun
sajak untuk M Natsir yang berjudul “Kepada saudaraku M Natsir”.
DAFTARSaudaraku Hamka, Lama, suaramu tak kudengar lagi Lama… Kadang-kadang, Di tengah-tengah si pongah mortir dan mitralyur, Dentuman bom dan meriam sahut-menyahut, Kudengar, tingkatan irama sajakmu itu, Yang pernah kau hadiahkan kepadaku, Entahlah, tak kunjung namamu bertemu di dalam ”Daftar”. Tiba-tiba, Di tengah-tengah gemuruh ancaman dan gertakan, Rayuan umbuk dan umbai silih berganti, Melantang menyambar api kalimah hak dari mulutmu, Yang biasa bersenandung itu, Seakan tak terhiraukan olehmu bahaya mengancam. Aku tersentak, Darahku berdebar, Air mataku menyenak, Girang, diliputi syukur Pancangkan ! Pancangkan olehmu, wahai Bilal ! Pancangkan Pandji-pandji Kalimah Tauhid, Walau karihal kafirun… Berjuta kawan sefaham bersiap masuk Kedalam ”daftarmu” … * Saudaramu, Tempat, 23 Mei 1959
*****
Update 7 Oktober 2011 ( Masalah Fatwa Haram Mengikuti Upacara Natal)
Update tulisan ini sehubungan dengan ada
komentar dari sahabat tentang tulisan : “Fatwa yang dibuat Komisi Fatwa
MUI tersebut pokok isinya mengharapkan umat Islam mengikuti upacara
Natal, meskipun tujuannya merayakan dan menghormati Nabi Isa” … kata “mengharapkan” mungkin maksudnya “mengharamkan” … tetapi saya tidak meralat tulisan itu karena sesuai dengan sumber yang ada di Majalah Tempo. Saya coba cari dan telusuri seputar tulisan diatas ternyata di Majalah Tempo edisi sebelumnya 16 Mei 1981 memuat berita seputar fatwa haram itu. Berikut urainnya :
Fatwa dan Kebocoran (Konon) (ref)
ADA yang sedikit kabur sekitar fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengharamkan mengikuti upacara Natal bagi umat Islam.
Fatwa itu, disiarkan sementara pers minggu lalu, berasal dari buletin
Majlis Ulama edisi April dan ditandatangani KHM Syukri Ghozali dan Drs.
H. Mas’udi, sebagai Ketua dan Sekretaris Komisi Fatwa MUI. Yang menarik:
hanya satu hari setelah penyiaran itu, dimuat pula ‘surat pencabutannya
— kali ini dari pimpinan pucuk, yakni Prof. Dr. Hamka dan H. Burhani
Tjokrohandoko sebagai ketua umum dan sekretaris umum MUI.
Dalam surat keputusan itu praktis
difatwakan pula soal yang sama tapi dengan tekanan berbeda. “Pada
dasarnya,” disebut sebagai diktum kedua dari empat diktum, ” menghadiri
perayaan antaragama adalah wajar, terkecuali yang bersifat peribadatan .
. . ” Yang juga menarik: bunyi “fatwa” terakhir itu sejalan benar
dengan isi pidato Menteri Agama Alamsyah sebelumnya — dalam acara
‘Kegiatan Bersama Antar Umat Beragama’ di Jambi, 6 Maret. Tapi yang
barangkali paling menarik Prof. Hamka kemudian, secara pribadi, menulis
di salah satu harian yang memuat berita fatwa itu, Kompas.
Di situ Buya menerangkan: surat
pencabutan MUI tersebut “tidaklah mempengaruhi sedikit juga kesahan
(nilai/kekuatan hukum) isi fatwa tersebut, secara utuh dan menyeluruh.”
Apa maksudnya sebenarnya? Apa yang terjadi? Betulkah yang terjadi
sekedar kurangnya koordinasi? Ataukah surat pencabutan itu, sebelumnya,
dikeluarkan karena ada “tekanan “? Tak ada satu sumber pun yang bersedia
menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas secara tuntas. Tapi ada
penjelasan tentang sebuah “kebocoran”.
Semua tokoh MUI menyatakan, fatwa itu
sebenarnya hanya untuk “kalangan dalam”: para pengurus MU di
daerah-daerah. Dan memang dikirimkan kepada mereka dengan surat nomor
sekian-sekian tertanggal 27 Maret –jadi sudah lama — untuk menjadi
pedoman para ulama itu. Tapi mengapa dimuat di buletin, yang bisa dibaca
tidak hanya oleh para pengurus MU, kalau begitu? “Itu untuk informasi
intern saja,” jawab KH Hasan Basri, salah seorang ketua MUI. Agak aneh
barangkali — namun buletin itu memang dicetak hanya sekitar 300
eksemplar.
Menurut Kiai Syukri, fatwa Komisi itu
sebetulnya dulu dibuat (7 Maret) untuk “bahan menentukan langkah bagi
Departemen Agama dalam hal umat Islam.” Jadi seharusnya memang “tidak
perlu bocor keluar.” Tapi bagi Burhani Tjokrohandoko, yang juga Dirjen
Bimas Islam dan Urusan Haji departemen tersebut, “kebocoran” itu
sebenarnya dipandang dari segi belum disahkannya fatwa itu oleh Sidang
Pleno. Baru oleh Dewan Pengurus Harian.
Menurut Kiai Syukri, yang hadir dari
Pengurus Harian itu tak kurang dari 0% — lebih dari 50 orang. Burhani
sendiri berhalangan datang waktu itu, tapi Hamka hadir. Hanya ketua umum
itu memang belum membubuhkan tanda tangan. Toh keputusan itu sudah sah
rupanya (berdasar wewenang Komisi Fatwa) untuk dibawa ke Menteri Agama.
Sebab, kata para pimpinan MUI, keputusan tersebut memang dibikin atas
desakan umat — antara lain yang menulis berbagai surat ke Departemen
Agama, menanyakan masalah perayaan Natal yang diselenggarakan
orang-orang Islam. Lalu ada surat dari Departemen Agama, meminta agar
dikeluarkan fatwa tentang itu.
Bahkan menurut Hamka, pernah ada
pembicaraan antara Buya dan Menteri Agama sehubungan dengan hal
tersebut. Kiai Syukri menuturkan, bahwa di Kantor MUI (sebelum pindah —
dari Masjid Al Azhar ke Masjid Istiqlal, 11 Mei kemarin) terdapat
sekitar 30 surat yang meminta MUI mengeluarkan pedoman. Tetap Ditakutkan
Itu memang bisa mengingatkan pada kasus seperti perayaan Natal untuk
gelandangan, yang pernah diprakarsai Pendeta Lumy di Senayan dulu. Atau,
seperti disebut dalam pertimbangan fatwa sendiri, kasus-kasus “kekurang
mengertian” umat Islam sendiri di daerah-daerah. Pokoknya segala hal
yang menyangkut soal ‘kristenisasi’, yang rupanya tetap ditakutkan.
Hanya saja, fatwa MUI kali ini ditanggapi
sebagai sesuatu yang kaku dan merepotkan. Bayangkan: para pejabat yang
Islam, misalnya, dengan fatwa tersebut bisa tak dibenarkan datang ke
perayaan Natal. luga ketua RT, misalnya. “Maklum, yang bikin memang para
ulama yang dalam soal hukum letterlijk saja,” kata Kiai Hasan Basri
membenarkan kekakuan itu. Dan itulah sebabnya surat pencabutan itu
bermanfaat, katanya. Fungsinya, dalam soal fatwanya sendiri,
“menerangkan yang mujmal, ” yang masih umum. Yakni: apa yang dimaksud
“mengikuti upacara Natal” dalam fatwa tadi. O, ternyata: mengikuti
peribadatan. Bukan sekedar hadir. Jadi tak ada yang bertentangan, tak
ada yang dicabut, kata Hamka, sambil tertawa. Apa pun yang sesungguhnya
terjadi, Departemen. Agama memang akan mengadakan pertemuan dengan Badan
Musyawarah Antar Umat Beragama di Jakarta 25 Mei. Pembicaraannya yang
terpenting memang soal “perayaan apa saja yang dapat dihadiri pemeluk
agama lain,” seperti dituturkan Menteri Alamsyah kepada pers.
7 ALASAN UNTUK ANDA BERHENTI KERJA! ::
Akhir-akhir
ini, saya selalu mengikuti perkembangan ruangan mencari kerja dan
mendengar cerita rakan-rakan yang sudah mula berhenti kerja, sama ada
mencari kerja baru ataupun bekerja sendiri. Tahniah diucapkan untuk
permulaan hidup baru.
Di tempat kerja saya sendiri pun hampir setiap bulan ada sahaja yang berhenti kerja untuk plan hidup seterusnya.
Itulah kehidupan bekerjaya, ada yang datang dan pergi. Masing-masing punya perancangan yang teliti dengan hidup mereka, jangan dipersalahkan atau dipandang serong.
Fenomena
kini pun sangat membimbangkan majikan-majikan di Malaysia apabila
fenomena graduan universiti yang semakin kurang mencari kerja tetapi
semakin ramai pula pekerja mahirnya mula berhenti kerja!
Satu realiti kebangkitan bangsa Melayu dalam memperkukuhkan ekonomi dengan mula bekerja sendiri atau menggunakan kemahiran tersebut pada bidang yang selayaknya.
Jom tengok 7 alasan KUKUH untuk anda pertimbangkan untuk mula menulis surat resign anda sendiri.
1- Anda mula tidak suka hari Isnin.
Berasa sedih apabila weekend berakhir dan Isnin datang kembali itu perkara biasa.
Tapi jika anda membayangkan masuk pejabat, bekerja, bertemu majikan, rakan kerja dan semua yang terjadi pada hari Isnin menyebabkan anda muak dan tertekan, itu parah!
Maksudnya jika boleh, tentu anda tak ada 'hati' nak berada di sana. Mungkin anda hanya bertahan hanya demi sebuah pekerjaan?
Tapi untuk apa menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat melaburkan hari anda di sana sedangkan orang lain dapat menikmati pekerjaan mereka?
2- Passionate anda semakin berkurangan.
Pekerjaan
yang ideal adalah apabila kita dapat melakukan apa yang kita sukai.
Walaupun tak semua orang seberuntung itu, tapi jika kita berjaya
mencintai kerjaya sedia ada, maka segala aktiviti di pejabat tak akan
terasa berat.
Bahkan
walaupun pekerjaan itu berat dan melelahkan, anda masih juga selesa di
pejabat. Namun jika anda mulai rasa terpaksa dan mungkin juga benci
dalam menyelesaikan tugas hingga mencari alasan untuk tak datang kerja,
untuk apa diteruskan lagi?
Sangat baik jika anda dapat pupuk sifat suka dalam pekerjaan anda setelah anda graduate dari IPT tetapi jangan lama-lama. Selepas 2-3 tahun, mulalah cari kerjaya yang anda sukai. Bila anda sukai kerja anda, passion anda juga tinggi!
3- Masalah pengurusan atau kewangan syarikat
Jika
pengurusan sesbuah syarikat penuh dengan birokrasi dan politik pejabat
di samping permasalahan kewangan syarikat yang tidak kukuh, adalah
sewajarnya anda perlu cepat-cepat menulis surat berhenti kerja.
Walaupun
diakui ada sesetengah syarikat yang berjaya mendapatkan kepercayaan
pekerjanya hingga ada yang sanggup bekerja dengan gaji yang tidak
menentu, tetapi harus tunggu hingga bila jika pengurusan syarikat tidak
berusaha untuk menyelamatkan syarikatnya?!
Malahan,
akhir-akhir ini banyak sekali syarikat yang dilaporkan media tidak
menjaga kebajikan para pekerja mereka, malahan ada juga yang sengaja
tidak sensitif dengan beban kenaikan taraf hidup para pekerjanya, maka
tunggu apa lagi, carilah pekerjaan lain yang lebih terjamin, baik dari
segi kerjaya ataupun kewangan.
Tidak
ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’, dibuli dan dipergunakan oleh
majikan. Bukan RM yang dikejar tetapi kebajikan yang diharapkan!
4- Stress yang keterlaluan
Tekanan kerjaya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Betulkan?!
Apabila akhir-akhir ini anda sering mengalami stress hingga mengalami kemurungan (depression), itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan.
Hanya
ada 2 pilihan sahaja, bercuti pendek (melancong) atau bercuti panjang
(berhenti), anda pilih mana yang sesuai dengan diri anda.
Ramai yang memandang ringan kesan stress ini walaupun mereka tahu ia sangat berbahaya hingga dikategorikan sebagai punca hampir kebanyakan penyakit kronik di dunia. Stress mampu mengganggu kesihatan anda. Insomnia, nafsu makan bertambah atau semakin menurun, cepat emosi dan daya tahan tubuh terhadap penyakit pun menurun.
Jangan biarkan ini terus terjadi karena kesannya sangat besar pada kesihatan dan kehidupan sosial anda.
Bangkitlah dan cari pekerjaan baru yang sesuai dengan keinginan anda!
5- Hidup mati dengan kerja
Ini golongan workaholic yang hidup matinya hanya semata-mata untuk siapkan kerja.
Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu menyeimbangkan antara hidup dan kerjaya. Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!
Nak
kerjaya berkat selang-selilah dengan amalan kerohanian yang diajar oleh
agama, jalinkan persahabatan, bentukkan konsep kekeluargaan di pejabat
dan di rumah dan berikan hak yang sepatutnya kepada setiap manusia di
sekeliling kita.
Kan Nabi SAW sudah lama bersabda,"Dan bagi setiap sesuatu itu ada haknya. Maka berilah hak tersebut kepada yang berhak menerimanya".
Hadis ini adalah teguran kepada seorang 3 orang sahabat yang ingin berterusan beribadat kepada Allah hingga tanpa sedar telah mengabaikan hak orang lain dalam hidup mereka.
6- Merasa diri dipergunakan dan tidak dihargai.
Malangnya
kita jika mendapat kerja seperti ini. Sudahlah dipergunakan untuk
membuat 40 kerja dalam satu posisi jawatan yang lain, malahan anda juga
tidak dihargai.
Jika setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih dipinggirkan untuk dinaikkan pangkat walaupun segala macam jenis kerja telah anda lakukan, maka mungkin masanya untuk anda sudah tidak membazirkan masa di sana.
Pergilah
ke tempat lain yang lebih menghargai anda dan kelulusan atau kemahiran
yang anda ada. Jangan menyesal untuk memperoleh sesuatu yang lebih
baik.
Walaupun anda membawa diri ke tempat lain dengan 'tersentap' hati tapi buktikan semula bahawa bekas majikan akan akan tersentap juga setelah ketiadaan anda.
Lihat
juga potensi pengembangan karier anda di pejabat tersebut. Jika kursus
pun diadakan setahun sekali dengan alasan bajet tak mencukupi, nampak
sangatlah bahawa itu bukan tujuan utama syarikat anda dalam menjadikan
anda pekerja mahir dalam bidang tersebut.
Mungkin
juga syarikat tidak ingin anda keluar dari kepompong mereka kerana
ketiadaan kemahiran, pengalaman dan potensi yang diperlukan oleh
industri ketika itu adalah sangat menyulitkan untuk anda berpindah kerja
di tempat lain.
Jangan
buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda
peluang-peluang tersebut sebelum umur anda menginjak ke usia 'tidak
diterima bekerja'!
7. Suka merungut tentang kerja anda.
Saya
sering berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak gembira dengan kerjaya
yang disandang sekarang. Hampir setiap kali berjumpa, asyik merungut
jer.
Di mana-mana je pasti cerita tentang masalah pejabat, maka penyakit 'trauma' pekerjaan ini hanya boleh dihilangkan dengan pekerjaan baru.
Kebanyakan yang merungut adalah tentang lambakan kerja dengan hasil gaji yang tidak lumayan atau bersesuaian dengan pekerjaan.
Adalah sangat zalim jika majikan terus memberi gaji kepada para pekerja mengikut kelulusan mereka sedangkan dunia Barat telah lama membayar gaji mengikut prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja mereka. Inilah yang disebut oleh Muhammad Abduh,"Aku menjumpai Islam ketika aku di negara bukan Islam dan tidak aku temui Islam di dalam negara Islam".
Itulah yang diajar oleh Islam, beri upah berdasarkan prestasi kerja bukan semata-mata kelulusan. Hatta Nabi SAW bersabda,"Berilah upah kepada pekerjamu sebelum kering air peluhnya".
Hadis yang ditafsirkan oleh para ulama tentang aras ketetapan gaji berdasarkan prestasi kerja dan tempoh pembayaran gaji yang jelas untuk panduan kita di akhir zaman ini.
Anda ada tak ciri-ciri ni?
Kalau ada, bersiaplah untuk meninggalkan kerjaya anda sekarang dan pilihlah untuk bekerja dengan ikhlas dan diberkati, dihargai dan dirahmati. Hidup adalah PILIHAN. Pilihlah yang terbaik untuk kehidupan anda!
'Jika tak bagus, sila letak jawatan'
KUALA LUMPUR - Sejak dua tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad berterusan mengkritik pentadbiran Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan semalam, negarawan itu sekali lagi
memberikan isyarat bahawa Najib perlu meletak jawatan.
Dr Mahathir berkata, dalam keadaan negara sekarang ini, beliau akan memilih untuk meletak jawatan jika masih memegang jawatan itu. Katanya, tindakan itu akan dilakukan dengan mengambil kira kegagalan Najib mentadbir negara. “Jika anda tidak melaksanakan tugas dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan. “Selama saya jadi Perdana Menteri, saya mendapat sokongan semua kaum,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapandi forum Dilema Rakyat Malaysia, di sini, semalam. Beliau berkata, sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri, beliau tidak pernah berdepan dengan kritikan sehingga menggesanya melepaskan jawatan. “Tidak ada sesiapa yang mendesak saya untuk melepaskan jawatan, kerana saya rasa 22 tahun (tempoh pentadbirannya) itu cukup lama. “Tapi jika anda gagal mentadbir dan rakyat mengkritik anda, tolong mudahkan negara (dengan meletak jawatan),” ujarnya. Katanya, rakyat akan lebih menghormati seseorang pemimpin jika pemimpin tersebut melepaskan jawatan secara sukarela seperti yang dilakukannya dahulu. “Kalau kita kekal (menjadi pemimpin) tanpa dapat sokongan, sampai kita bersara pun orang tak suka kita. “Saya sehingga kini masih ada orang jemput untuk memberi ucapan,” katanya. Bagaimanapun katanya, kritikan serta teguran yang dibuatnya adalah demi kebaikan negara. “Saya sokong (Najib) tapi bukan mutlak, saya minta maaf. Kalau ada yang perlu ditegur, saya akan tegur,” katanya. Sementara itu, Dr Mahathir turut mengulas pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menyifatkannya sebagai membazir. “Tiada keperluan wujudkan 1MDB ini. Pinjaman yang dibuat 1MDB adalah dengan nilai faedah yang tinggi sehingga 5.9 peratus. Jadi sebab itu isu ini sudah jadi kontroversi. “Jadi pihak berkenaan perlu tampil menjelaskan supaya kontroversi ini dapat diselesaikan,” katanya. Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya setiap agensi kerajaan melalui audit bebas. “Kita perlu siasat, dengan adanya audit bebas, ia akan dapat memberikan gambaran yang jelas,” katanya. [11 Alasan Popular Orang Yang Gagal] Semua peluang datangnya daripada Allah. Allah anugerahkan kita PELUANG TERBAIK dalam saat kita betul-betul memerlukan walaupun kita sedang dilanda musibah, kesempitan dan kesusahan. PELUANG inilah yang akan mengubah nasib hidup kita, tahap kewangan kita, cara hidup kita, pemikiran kita, sumbangan kita kepada keluarga, bangsa dan agama. Peluang terbaik banyak dipersia-siakan dan TIDAK di"grab" kerana kita mencipta 1001 alasan. Antara alasan yang biasa kita dengar: Alasan 1: "Aku belum bersedialah" Hakikatnya: banyak yang kita lakukan kita tak bersedia tetapi kita beranikan diri untuk mencuba, akhirnya kita boleh lakukannya. Sama juga dengan sesuatu peluang bisnes atau yg lain. Kita MESTI BERANI untuk mencuba dan melakukannya. Kita belajar dan dapatkan ilmu serta pengalaman, in shaa Allah semuanya akan jadi Mudah. Alasan 2: "Aku tiada masa laa" Hakikatnya: kalau bekerja 8 - 12 jam sehari sampai tiada masa, adakah kita dibayar dengan gaji yang setimpal?, adakah duit gaji kita cukup setiap bulan? Adakah kita sudah mampu bahagiakan ibu bapa kita dgn hadiahkan mereka Pakej Umrah/Haji? Adakah sudah memiliki rumah? Alasan 3: "Aku tiada modal laa" Hakikatnya: pergi kerja pun ada modal yang kita keluarkan. Duit bayar tol, petrol, makan minum. Mana ada bisnes dlm dunia tiada modal. Ada modal kecil, sederhana dan besar. Kecil modal kecil pulangan tetapi modal besar pulangan pun besar. Kan nak untung juta2, mestilah berani spend modalnya. Alasan 4: "Aku malu laa" Hakikatnya: Malu adalah sikap yang negatif yang harus dikikis jika ingin berjaya dan kaya. Malu biarlah bertempat. Kadang2 buat maksiat kita tak rasa malu pun. Tak kan nak buat bisnes atau ubah hidup atau nak KAYA masih nak malu2 lagi. Lu pikir sendiri! Alasan 5: "Aku tak pandai laa" Hakikatnya: Ramai jutawan atau org yg berjaya bukannya pandai dlm pelajaran tetapi mereka pandai menggunakan PELUANG yang ada. Tak tahu, mereka tanya. Kan pepatah mengatakan "malu bertanya sesat jalan". Alasan 6: "Aku redha aje dengan hidup sekarang" Hakikatnya: redha biar bertempat. Kalau hidup pun susah, makan pakai anak2 terabai, kepala pening memikirkan kewangan famili, masih lagi nak redha. Allah pun tak suka orang yang redha aje tanpa usaha. Kan Allah ada berfirman dlm surah ar Rad: "Aku tak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya". Kita nak kaya, kita mesti usaha dulu, baru Allah berikan. Alasan 7: "Aku nak fikir dulu laa" Hakikatnya: fikir tak salah tapi berapa lama kita nak fikir. Adakah kita akan dapat jawapannya? Jawapan kita adalah bila kita ambil PELUANG itu dan lakukannya. Orang yang FAST ACTION dah jauh meninggalkan kita tapi kita masih lagi nak fikir. Lihat dan audit diri dalam kita sedang berfikir. Alasan 8: "Aku nak tanya pendapat orang lain dulu" Hakikatnya: Tak salah jika nak tanya pendapat orang lain tetapi tanyalah pada orang yang BETUL. contoh, kalau nak buat bisnes, tanya orang yg buat bisnes bukannya tanya kpd pekerja yang tegar. Pasti jawapan tak betul dan happy kan kita. Alasan 9: "Aku nak lihat kau berjaya dulu baru aku buat". Hakikatnya: kita mesti tahu bahawa kejayaan seseorang bukannya sama dan jangan kita jadikan kejayaan orang lain dulu untuk kita melakukannya atau mengambil sesuatu peluang. Mungkin kita dulu lebih berjaya daripada mereka walaupun kita mengambilnya selepas mereka. Sepatutnya kita bersyukur sebab kawan kita atau ada orang nak berkongsi dengan kita. Best tak kita ambil peluang, kita berjaya dan kaya berkat perkongsian orang lain. Nasib baik mereka pilih kita. Jadi, berterima kasih kpd orang yang berkongsi dengan kita ok. Alasan 10: "Aku nak kerja dulu laa, bila umur 40 tahun atau pencen baru aku nak buat bisnes" Hakikatnya: Tanya diri kita. Senangkah kita sekarang? Cukup tak duit kita sekarang? Ada simpanan? Dah beli rumah? Terjamin 100% makan gaji kita? Laratkah kita nak buat bisnes masa umur dah nak senja dan kudrat yg makin berkurang? Ingat, nak berjaya dlm apa2 bisnes, ia memakan masa bertahun2 jugak. Apa yang penting MULAKAN TINDAKAN KITA HARI INI! Alasan 11: "Aku nak fokus kepada study dulu laa. Nanti tak dapat CGPA bagus, tak dapat kerja bagus2 nanti" Hakikatnya: Hanya belajar semata2? Apa beza kita dengan pelajar sekolah rendah dan menengah? Yakinkah kita akan dapat kerja bila dah grad? Cukupkah gaji permulaan kita nanti? Tak kan umur dah 20 tahun ke atas masih nak minta duit dgn parents kita? Nak jadi golongan yang kejar 1/10 sumber rezeki atau 9/10? Saya letak jawatan kalau masih PM, kata Dr Mahathir"Saya akan meletakkan jawatan," katanya menjawab soalan dalam forum "The Malaysian Dilemma" di Kuala Lumpur, hari ini. "Jika anda tidak melaksanakan dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan," kata perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini yang bersara pada 2003. Mengenai komen yang beliau memilih pengganti dan timbalan, Dr Mahathir berkata orang ramai boleh melihat prestasi dan menghakimi mereka sendiri. "Bagi Najib, saya tidak tahu jika dia melaksanakannya dengan baik," kata Dr Mahathir merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dr Mahathir turut mengakui kelemahannya memilih pengganti, kerana kebanyakan mereka yang dipilihnya mempunyai masalah. "Saya tidak bagus memilih pengganti, saya pilih Anwar, kamu lihat apa yang berlaku, Pak Lah, apa yang berlaku, Najib saya tidak tahulah," katanya merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau turut berkata, kesemua mereka ini menunjukkan prestasi yang berbeza sebelum memegang jawatan. "Sebelum mereka ada kuasa, mereka bersih," katanya. Beliau turut mengakui sokongan yang diberikannya kepada kerajaan pemerintah ketika ini juga bukan sokongan mutlak. "Saya sokong tapi bukan mutlak, saya minta maaf. Kalau ada yang perlu ditegur, saya akan tegur," katanya. Dr Mahathir berkata, beliau sendiri sebenarnya enggan mengkritik Najib kerana beliau juga tidak mengetahui semua perkara. Namun, Dr Mahathir turut berpendapat, sikap kerajaan sedia ada yang terpinggir daripada majoriti rakyat mengakibatkan situasi sedemikian berlaku. "Penstrukturan bajet, ada beberapa yang perlu dipotong lagi. Saya sentiasa bantah BR1M, tidak cukup RM500," katanya, merujuk kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberikan kerajaan kepada individu dan keluarga berpendapat rendah. "BR1M itu tidak bernilai, terlalu kecil," tambahnya. "Kepimpinan hari ini tidak sensitif dengan apa yang rakyat katakan, mereka terpinggir daripada rakyat awam." – 12 Februari, 2015. |
Thursday, July 7, 2011
Isteri Berhak Tolak Suami Berpoligami, Kata Imam Al-Aqsa
Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh
menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam
menghalalkannya.
Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami
supaya tidak berpoligami.
"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku
adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika
syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana
firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi
berita Jordan Fact International hari ini.
Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami
mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri
mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.
Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan
berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga
bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si
suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani
perjanjian tidak berpoligami.
Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau
berkata: "Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka
kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.
"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan
mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan
semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai
hukum Syarak," katanya.
Pandangan Ustaz
Secara peribadi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Imam
Al-Aqsa wanita berhak menolak poligami. Alasan beliau mengatakan perkara
tersebut adalah atas sebab ramai suami-suami diluar sana yang tidak
mampu memberikan nafkah zahir, batin dan gagal melaksanakan
tanggungjawab yang baik kepada isteri. Bagaimana hendak berpoligami?
seorang isteri pun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab. Islam
meletakkan hukum haram kepada lelaki yang ingin berkahwin tetapi tidak
mampun menyediakan nafkah dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.
Ramai suami atau lelaki yang ingin berpoligami berhujah dengan
mengatakan :
"Poligami ini adalah sunnah Rasulullah saw, tiada siapa ada hak untuk
menghalang sunnah nabi, barang siapa yang menghalang sunnah nabi, maka
dia bukan dari kalangan umat nabi".
Jangan sesekali menggunakan nama Rasulullah untuk menghalalkan tindakan
tersebut, kalau kita lihat balik dari sejarah Rasulullah berpoligami,
jauh berbeza dengan orang sekarang berpoligami. Rasulullah berkahwin 10
orang wanita, 1 orang anak dara dan 9 orang lagi adalah janda.
Rasulullah berkahwin bukan sebab keinginan seks, tetapi Baginda
berkahwin atas sebab rasa bertanggungjawab dan rasa belas kasihan
terhadap isteri-isterinya. Rasulullah mampu melaksanakan segala
tanggungjawabnya sebagai suami dan memberikan kasih sayang yang
sebaiknya kepada semua isterinya.
Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari
isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili
mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri
Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum
mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan
Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan
memberikan jawapannya kemudian. Baginda bermalam di rumah isterinya dan
memberikan hadiah cincin kepada semua isterinya. Rasulullah menyuruh
isterinya jangan menceritakan kepada isterinya yang lain dan berkata
pemberian cincin ini tanda Baginda menyayangi isterinya.
Bagi suami-suami yang ingin berpoligami dan yang telah berpoligami, cuba
tanya diri sendiri : “Mampukah aku berpoligami seperti sunnah
Rasulullah saw atau selama aku berpoligami adakah aku mengikuti sunnah
Rasulullah saw? Kalau jawapannya keluar dari benak fikiran anda semua
seperti : “Aku tidak mampu dan selama ini aku telah mengabaikan
tanggungjawab sebagai suami yang baik”. Maka lebih baik jangan
berpoligami, sebab poligami anda nanti akan mendatangkan dosa dan
ancaman dari Allah sahaja bukan mendapat pahala mengerjakan sunnah
Rasulullah. Kepada yang sudah berpoligami, perbetullah segala kesilapan
yang telah dilakukan, masih belum terlambat dan Allah sentiasa membukan
pintu taubat seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin bertaubat dan
kembali ke pangkal jalan.
Kepada semua para wanita atau isteri jangan sesekali membenci poligami
dan menghina amalan tersebut, sebab amalan tersebut tidak salah dan ia
menjadi sunnah Rasulullah saw, yang salahnya ialah lelaki yang tidak
berkemampuan berpoligami dan mengabaikan segala tanggungjawabnya
terhadap isteri tuanya dan anak-anaknya. Perbetulkan hujah anda semua
wahai wanita, jangan disebabkan hujah anda semua Allah melaknati anda
kerana menyalahkan sunnah Rasulullah saw yang menyebabkan rumahtangga
anda rosak.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan