Isnin, 2 Februari 2015

TENTERA ALLAH YANG TERKUAT...CONTOHNYA NYAMUK

6:50PM - 2 Feb 2015

Hati-hati beli ikan keli murah

Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya.
  
Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di Kuala Terengganu dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.
  
"Biarlah kita tahu dari mana ikan-ikan itu, halal haramnya dan tahap kebersihannya.

"Ini kerana kita sedia maklum terdapat ikan keli yang dipasarkan bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang status halal haramnya ikan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada April 2006 memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seupamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.
  
Abdul Khalil berkata kesan dari lambakan ikan keli itu menyebabkan penurunan harga ikan keli di pasaran negeri ini serta menjejaskan kehidupan penternak hidupan itu yang turut mengalami kerugian.
  
Sebelum ini, seorang pengusaha ikan keli terbesar di Terengganu, Zakaria Harun, yang memiliki sijil halal ternak keli, mendakwa banyak penternak ikan keli di negeri ini mengalami kerugian ekoran lambakan ikan itu yang dijual dengan harga serendah RM3 sekilogram.
  
- Bernama
 
Polis jumpa mayat Farouk dalam plastik hitam
  • PDRM
1 / 1
KEPALA BATAS - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing, yang dibungkus dengan plastik hitam, ditemui dalam semak berhampiran ladang kelapa sawit di Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat lelaki bersama sekeping nota itu ditemui pada 3.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkan mengenainya kepada polis.

"Lelaki  itu menemui bungkusan plastik hitam seperti mayat dikafan selepas terhidu bauan wangi di kawasan semak itu...dipercayai air mawar yang disiram ke atas mayat itu.

"Bersama mayat itu terdapat sekeping kertas yang diletakkan atas dadanya yang ditulis nota dalam Bahasa Melayu iaitu 'Assalamualaikum, Nama saya Farouk, saya Muslim, saya mahu sembahyang dulu'," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Namun, polis tidak menemui dokumen pengenalan diri pada mayat berkenaan.

Abdul Rahman berkata, tiada sebarang kecederaan atau kesan lebam ditemui pada mayat itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Polis  sedang menyiasat punca sebenar kematian mangsa. Mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama
 
 
Maut akibat ditimpa kayu balak
  • Keadaan mangsa yang maut selepas ditimpa kayu balak dalam kejadian yang berlaku di Intan Suraya, Karai, pagi tadi. Keadaan mangsa yang maut selepas ditimpa kayu balak dalam kejadian yang berlaku di Intan Suraya, Karai, pagi tadi.
1 / 1
SUNGAI SIPUT - Seorang pekerja di pusat pengumpulan balak maut selepas ditimpa kayu tersebut dalam kejadian di Intan Suraya, Karai, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mior Zaki Hamzah, 38, dari Sungai Sejok, sedang melakukan kerja mengikat rantai di atas lori sebelum satu daripada kayu balak jatuh dan menimpanya.

Menurutnya, kejadian itu disedari penyelia mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

"Mangsa bagaimanapun mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya.

Beliau berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan.

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.



Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. 

Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :




Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.


Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara.

Presiden kesatuan KTMB rela menganggur, enggan mohon maaf setiap hari di Facebook

Presiden kesatuan pekerja KTMB, Abdul Razak Md Hassan berkata walaupun beliau menasihati pekerja menerima syarat KTMB, dia sendiri tidak akan mengalah dan akan mencabar syarikat itu di bawah Akta Perhubungan Perusahaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.Presiden kesatuan pekerja KTMB, Abdul Razak Md Hassan berkata walaupun beliau menasihati pekerja menerima syarat KTMB, dia sendiri tidak akan mengalah dan akan mencabar syarikat itu di bawah Akta Perhubungan Perusahaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.Diminta memohon maaf kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) setiap hari di Facebook dan di blog selama tiga bulan akan datang jika beliau mahu mendapatkan semula kerjanya, presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyifatkan syarat itu umpama dikenakan tebusan dan enggan mengalah.
Abdul Razak Md Hassan, yang kini tidak bekerja tetapi masih menjadi presiden RUM sementara menunggu tindakan mahkamah perusahaan berkata, tuntutan KTMB itu bukan sahaja menghinanya bahkan juga kesatuan.
"KTMB mahu saya, dalam kapasiti saya sebagai presiden kesatuan, menyatakan permohonan maaf setiap hari selama tiga bulan melalui Facebook dan laman blog Suara RUM," kata Razak kepada The Malaysian Insider.
"Permintaan ini benar-benar tidak boleh diterima kerana ia bukan sahaja menghina dan merendahkan martabat, tetapi ia bermakna RUM akan kehilangan kredibilitinya sebagai kesatuan sekerja."
Razak ditawarkan semula jawatannya di KTMB dengan beberapa syarat, termasuk mengirim permohonan maaf di Facebook dan blog beliau, ekoran pemecatan beliau kerana berpiket pada 9 Mei tahun lepas menentang Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir.
RUM mahu Elias meletak jawatan kerana prestasi lemah penggendali kereta api itu.
Kekecohan bermula September lalu apabila KTMB memecat Razak dan Timbalan Presiden RUM, R. Subramaniam, dan mengambil tindakan terhadap 110 ahli kesatuan yang menyertai piket.
Kira-kira 700 ahli RUM mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan 110 yang dikenal pasti KTMB diberikan surat tunjuk sebab.
Razak dan Subramaniam pada masa itu menggambarkan pemecatan mereka sebagai penghinaan terhadap keadilan dan berikrar mengambil tindakan terhadap KTMB.
Sejak itu, semua pekerja dikembalikan semula pekerjaan mereka oleh KTMB dengan terma dan syarat yang mereka tidak lagi mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti, kesatuan atau sebaliknya, yang dianggap memudaratkan KTMB, kata Razak kepada The Malaysian Insider.
Ini termasuk tidak lagi menyertai sebarang piket atau protes terhadap pengurusan KTMB, yang Razak sifatkan suatu perintah melucukan.
"Saya menasihatkan semua ahli RUM menerima arahan KTMB walaupun ia sukar untuk diterima, kerana ahli-ahli kami mempunyai keluarga untuk disara."
Bagaimanapun, Razak sendiri tidak menerima syarat KTMB, mengatakan beliau dan kesatuan tidak mahu terhutang budi kepada KTMB, pengendali rangkaian kereta api utama di Malaysia.
"Kami memfailkan aduan di bawah Seksyen 4 dan 5 Akta 177, Akta Perhubungan Perusahaan 1967," kata Razak.
Kes itu akan didengar Jabatan Perhubungan Perusahaan pada 5 Februari.
Razak enggan berundur daripada kritikannya terhadap Elias, yang didakwanya menyebabkan KTMB merudum.
"Kedudukan kewangan semasa KTMB membuktikan segala-galanya," kata Razak.
Beliau berkata audit yang dijalankan pada 2011 menunjukkan syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM100 juta, menjadi hampir tiga kali ganda kepada RM280 juta pada 2012.
Kerugian itu menjadikan KTMB sasaran beberapa syarikat yang berminat menswastakannya, termasuk MMC dan Gamuda Bhd.
Awal tahun lepas, MMC berminat membentuk usaha sama dengan Gamuda mengambil alih KTMB dalam urus niaga bernilai lebih daripada RM5 bilion, tetapi perjanjian itu tidak menjadi kenyataan.
MMC kemudian mengemukakan cadangan untuk menswastakan operasi kargo KTMB dan anggaran awal sebanyak RM2 bilion. – 2 Februari, 2015.

Boikot peniaga Cina kalau mahu harga barang turun, kata menteri

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan posting dalam Facebok beliau menggesa orang Melayu memulau perniagaan Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan posting dalam Facebok beliau menggesa orang Melayu memulau perniagaan Cina. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.Pengguna Melayu dinasihatkan memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu dalam posting di akaun Facebooknya berkata, kuasa membeli yang besar berada pada tangan pengguna yang majoritinya kaum Melayu.
"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.
"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya.
Ismail yang juga bekas menteri KPDNKK, semasa dihubungi The Malaysian Insider, mengesahkan kenyataan yang dibuatnya semalam dalam akaun Facebook miliknya itu.
Menjelaskan mengenai kenyataan tersebut, Ismail berkata ia ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.
"Saya tujukan kepada peniaga-peniaga Cina yang liat untuk turunkan harga barang walaupun minyak turun harga.
"Yang saya tekankan jangan letak semata-mata kepada kerajaan untuk turunkan harga sebab selaku pengguna yang lebih ramai berbanding peniaga, mereka boleh gunakan kuasa mereka untuk tekan peniaga turunkan harga," terang beliau.
Beliau juga di dalam status Facebooknya mempersoalkan sikap pengguna Melayu yang masih makan di kedai milik kaum Cina yang diragui status halalnya walaupun terdapat banyak restoran Melayu yang lain.
"Bayangkan banyak kedai makan Cina yang tiada logo halal dan beberapa kali diserbu serta ditangkap kerana kehalalan meragukan, Melayu masih berpusu-pusu di restoran sedang beribu-ribu restoran Melayu yang sah halal," katanya.
Ismail memberi contoh restoran kopitiam Old Town White Coffee yang didakwanya dimiliki pemimpin DAP.
"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tapi masih orang Melayu gagal untuk boikot.
"Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti-Islam," katanya merujuk Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu," katanya.
Status Ismail Sabri itu mendapat sokongan ramai pengikut dan rakannya di Facebook.
Antaranya, seorang pengguna Facebook, Haris Fadzlah, yang berkata: "Tahniah kepada YB DS Ismail Sabri saya harap ramai lagi menteri berani memberikan statement begini. Hanya kepada Menteri Anak Jantan je yg berani."
Eizwan Abdullah menulis komen: "Menteri Pertanian, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seru Melayu boikot Old Town White Coffee. Tabiklah!"
Seorang yang menamakan dirinya "Apa Sengeh-sengeh" juga mengucapkan tahniah kepada Ismail dan menambah, "Seorang pejuang akan berjuang tanpa rasa takut akan sesuatu... menyatakan kebenaran memang amat pahit... menyedarkan bangsa Melayu ini bukan tugas mudah... teruskan perjuangan Dato Seri dan saya doakan ALLAH akan bersama2 Dato Seri...aamin."
Sementara Mimie Harianie Alias pula berkata: "Kita sebagai pengguna boleh mainkan peranan sama. Betul apa yang dikata DS Ismail Sabri ni. Kita kalau bersatu... Penjual nak tak nak akan Ikut apa yang kita nakkan. Kuasa membeli di tangan kita."
Seorang lagi pengguna dengan nama Rafi Awg Kechik II menulis komen: "Setuju dgn YB DS Ismail Sabri..selagi Melayu tidak berubah maka selagi itulah Cina akn tindas Melayu..." – 2 Februari, 2015.
Tiada niat cabar kredibiliti Kelantan
  • Husam (tiga, kiri) semalam menyaksikan wakil penderma menyerahkan barangan kepada Mohamad (enam, kiri) untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban mangsa banjir. Husam (tiga, kiri) semalam menyaksikan wakil penderma menyerahkan barangan kepada Mohamad (enam, kiri) untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban mangsa banjir.
1 / 1
KOTA BHARU - Penubuhan Gabungan Impian Kelantan,  yang dianggotai pemimpin Pas, DAP dan pelbagai pihak lagi tidak berhasrat mencabar kredibiliti Kerajaan Kelantan dalam membantu rakyat ditimpa musibah banjir terburuk baru-baru ini.

Pengerusi sementara gabungan itu, Datuk Husam Musa berkata, komitmen badan bukan kerajaan (NGO) tersebut yang dianggotai kira-kira 39 NGO dan orang perseorangan itu adalah untuk menyahut naluri kemanusiaan tanpa mengira batas politik.

“Kita bukan bersaing dengan kerajaan negeri, tidak berniat untuk berlumba dengan kerajaan negeri tetapi kita hadir (penubuhan gabungan) adalah untuk mengisi ruang kosong dan mencetus sesuatu yang baharu untuk menjadi ikutan.

“Saya ingin menjelaskan supaya tidak berlaku salah faham. Kita berada di sini hanya untuk membantu, kebetulan untuk menolong kerajaan kita sendiri, yang mana gabungan akan menampung apa yang kurang dan menguatkan apa yang kuat (menyokong usaha kerajaan negeri),” katanya pada Majlis Pelancaran Gabungan Impian Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di sini, malam kelmarin.

Majlis tersebut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Organisasi  Kebangsaan DAP, Anthony Loke; jurucakap Gabungan Impian Kelantan, Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Difahamkan, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menjadi pengantara bagi gabungan tersebut untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai penubuhannya.

Bagaimana pun pada majlis yang dihadiri lebih 200 orang itu, tidak disertai oleh Exco Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden Pas menegaskan, penubuhan dan matlamat gabungan tersebut sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan pimpinan negeri pada Selasa lalu.

Adun Salor itu berkata, segala bantuan yang dihulurkan bukan berhasrat untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti tetapi demi membantu golongan terkesan dengan banjir.

Husam pada sidang medianya memberitahu, gerak kerja gabungan tersebut tidak perlu dilaporkan kepada kerajaan negeri kerana ia merupakan NGO dan penubuhannya juga adalah secara sah.

Husam menjelaskan, aktiviti yang dijalankan termasuk pembinaan rumah, membaiki kediaman dan juga mewujudkan perkampungan baharu tidak bertindan dengan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri mahupun pusat.

Katanya, gabungan itu juga bersedia untuk menerima pelbagai jenis bantuan termasuk peralatan dan bahan untuk membina rumah walaupun ia didermakan oleh MCA.

Beliau berkata, orang ramai boleh menderma, simen, gergaji, paku dan pelbagai barangan lain dan juga boleh meletakkan pelbagai barangan di stor wakaf yang dibina di Laloh (Daratan Hijau).

Tiada ulasan: