Ahad, 22 Februari 2015

BOLEHKE...BOLEH TAPI BUKAN SEMUA...YA RASULLULLAH (SAW) AKU BOLEH MENYEMBELIH....AKU MELAPAH...AKU MEMASAK...RASULLULLULAH SAW BERKATA BIAR AKU CARI KAYU API...USTAZ2 BOLEH PANJAT POKOK KAYU DLL UNTUK TAMPAL POSTER DAN PASANG BENDERA...GOLONGAN SUCI DAN BUDIMAN KENA FIKIR SAMA2...AHLI KITA DAH LAH TAK BANYAK BAGI PULAK DUA......PENYOKONG SIMPATI YANG BANYAK...KALAU MEREKA DAH RAGU2...KITA MACAM MANA....

asslm n slmt berhujung minggu
hihi baru nk sarapan
jommm mee kari daging tetel
nyumm nyumm
Unlike ·


Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.

"Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula," kata Anas Aiman Jaffry, 27.

Anas ditemui di Pekan Parit Bakar di sini, hari ini, selepas 29 hari memulakan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid.

Dia melakukan kembara itu bersama adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakan mereka, Hizammudin Aliddin, 25, serta memulakan kembara di Masjid Shah Alam, Selangor, 24 Januari lalu.

Sehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk mengunjungi 132 masjid terpilih.

Katanya, tujuan kembara adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid milik semua.

“Antara keperluan dibawa termasuk khemah kerana khuatir kami tidak dibenarkan bermalam di masjid, selain bekalan ubat dan air.

"Kami juga menggunakan troli kecil bagi memastikan keselesaan membawa barang dan kembara dapat berjalan lancar.

“Kami semua berhenti kerja hanya untuk menjayakan kembara ini dan memilih berjalan supaya dapat menikmati pemandangan dan menyelami kehidupan masyarakat setempat," katanya yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurutnya, mereka yakin mampu menamatkan kembara sebelum Ramadan kali ini.

“Kalau tidak mencapainya, kami akan tetap meneruskannya dan sedia berpuasa dan beraya di jalanan,” katanya.

Menurutnya, setiap seorang daripada mereka hanya mempunyai RM1,000 dan bersyukur orang ramai membantu menghulurkan makanan serta wang dan bagi mengurangkan beban mereka.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Aiman, CIMB Bank 12051419414523. - Harian Metro·

 




11:58AM - 21 Feb 2015

Media tak dibenar lapor ceramah Shafee tentang Anwar

Media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis tentang ceramah peguam kanan Tan Sri Abdullah di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Shafee, yang mengetuai pasukan pendakwaan, sedang mengadakan siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat 11 terhadap Anwar.

Ceramah tersebut yang dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.

Penganjur ceramah itu meminta pemberita meninggalkan dewan di Politik Seberang Perai sebelum ia bermula.

Beberapa ratus orang hadir untuk mendengar Shafee menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas tuduhan liwat.

Shafee telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, yang didengar oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

"Kami diminta keluar dan jika tidak, kami akan diiring keluar.

“Bagaimanapun, kemudiannya, mereka membenarkan kami hadir untuk mendengar (ceramah itu) dan gambar kami diambil," tambah wartawan itu.

Selasa lepas, Shafee (kiri) bercakap dalam satu forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno di mana beliau mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelakuan seks antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Manakala kumpulan pro dan anti Anwar berhimpun di pintu masuk

Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar berhimpun membantah ceramah Shafee malam ini. Mereka yang diketuai oleh pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang, Khairul Annuar Kamaruddin; Ketua Permatang Pauh, Amir Ghazali dan penyelaras PasMa negeri Zulkifky Lazim berkumpul di hadapan pintu masuk Politeknik Seberang Prai sejak jam 8 malam.

Mereka membawa sepanduk dengan kata-kata terakhir Anwar di mahkamah "Saya tidak akan menyerah".

Mereka turut melaungkan slogan "Reformasi, keadilan untuk Altantuya (Shaariibuu)" dan  seruan "Lawan Tetap Lawan".

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin tiba di tempat itu kira-kira jam 11 ​​malam.

Mereka kemudian disertai kumpulan anti-Anwar - juga kira-kira 50 orang - yang diketuai oleh wakil Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail dan beberapa pemimpin dari GPMS.

Mereka pula melaungkan "Liwat Tetap Liwat", dan bertanya bagaimana sperma Anwar dalam dubur Saiful.

Kira-kira 30 anggota polis hadir untuk mengawal dan memisahkan kedua-dua kumpulan itu.

Pihak polis mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai pada jam 11 malam.

Afif kemudian mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pro-Anwar di atas sokongan mereka.

Tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku.
 
 

Fakta baru tentang pemimpin ISIS Abu Bakar Al-Baghdadi kembali terungkap

Sabtu, 2 Jumadil Awwal 1436 H / 21 Februari 2015 17:45
Fakta baru tentang pemimpin ISIS Abu Bakar Al-Baghdadi kembali terungkap
.
(Arrahmah.com) – Foto-foto baru dan dokumen-dokumen yang selama ini hilang akhirnya ditemukan untuk menelusuri jejak masa lalu Abu Bakar Al-Baghdadi, pemimpin “Daulah Islamiyah” atau kelompok Islamic State (IS) yang sebelumnya dikenal sebagai ISIS.
Berbagai media timur tengah dan internasional telah merilis berita mengenai sebuah dokumen di mana pria bernama Ibrahim Awad itu pernah menjadi tahanan sipil tentara Amerika di Irak pada tahun 2004 silam, lansir Muqawamah Media pada Jum’at (20/2/2015).
Hal ini menampik klaim yang menyebutkan bahwa dia memiliki jejak historis dengan gerakan jihad sebelum bergabung ke dalam Jama’ah Daulah Islam Irak atau Islamic State of Iraq (ISI).
Ibrahim Awad ketika menjadi tahanan sipil di Irak pada tahun 2004
Ibrahim Awad ketika menjadi tahanan sipil di Irak pada tahun 2004
Dokumen militer ini mengidentifikasi bahwa Ibrahim Awad ditangkap bukan karena kasus gerakan jihad di Irak, melainkan karena alasan keamanan tertentu. Masa penahanan sipilnya berlangsung semenjak 4 Februari 2004 hingga 8 Desember 2004.
Dokumen yang sama juga menyebutkan bahwa pekerjaan Ibrahim Awad adalah sebagai seorang sekretaris (di tata keusahaan).
Ibrahim Awad Al-Badry lahir di Samara, di tepi timur Sungai Tigris Provinsi Salahud Din pada tahun 1971. Dia mengklaim dirinya sebagai keturunan Fathimah binti Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam, dan kini menobatkan dirinya sebagai “Khalifah Kaum Muslimin”.
baghdadi baru 2
Foto terbaru Abu Bakar Al-Baghdadi yang dipublikasikan oleh media timur tengah
baghdadi baru 3
Sertifikat kewarganegaraan Irak milik Ibrahim Awad
baghdadi baru 4
Sertifikat kelulusan Sekolah Menengah Atas Ibrahim Awad
Beberapa waktu yang lalu, pada sebuah wawancara dengan televisi lokal Yordania Syaikh Abu Muhammad Al-Maqdisi juga sempat menyinggung latar belakang para pemimpin IS.
Syaikh Al-Maqdisi menyebutkan fakta bahwa para pemimpin IS adalah para petinggi Partai Ba’ats yang berhaluan sosialis di era Saddam Husein. Syaikh Al-Maqdisi mempertanyakan bagaimana bisa para ba’ats yang telah membunuh dan menzhalimi kaum muslimin di masa lalu kini menjadi pengambil keputusan paling utama dalam “Khilafah Islamiyah”?
(aliakram/arrahmah.com)


Malaysia Dijangka Berdepan Cuaca Panas Luar Biasa Kerana Fenomena Ekuinoks Minggu Hadapan




Bermula minggu hadapan Malaysia dijangka akan berdepan cuaca panas sehingga bulan april ini berikutan fenomena Ekuinoks.

Menurut rujukan kami di blog falak Online fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana pada saat tersebut, matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan kata lain tegak di atas kepala dengan suhu paling panas terutamanya negeri di semenanjung.

Berdasarkan Falak Online, Semua tahu paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.

"Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh."

"Dalam fenomenan ini matahari akan kelihatan lebih awal pada waktu pagi dan terbenam agak sedikit lambat walaupun titik tengah matahari sudah pun berada di bawah ufuk, bentuk 'bulat' matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu." 

Menurut blog tersebut apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya' sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

"Katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, 'malam' sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam."


Berdasarkan ramalan oleh portal cuaca, AccuWeather pula, bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius dan boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu.

Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.

Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir. - Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan: