• Murid makan dan minum di lantai kantin ketika waktu rehat. Murid makan dan minum di lantai kantin ketika waktu rehat.
1 / 1
PONTIAN - Seramai 211 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Serkat di sini, terpaksa makan di merata-rata tempat ketika waktu rehat berikutan kemudahan bangku dan meja di kantin sekolah tidak mencukupi.

Kebanyakan murid terbabit terpaksa makan di lantai dan ada yang makan di tepi longkang.

Difahamkan, masalah kekurangan bangku dan meja sudah berlarutan sejak dua tahun lalu di mana bangku dan meja sedia ada sudah tidak selamat digunakan dan perlu diganti.

Ibu murid, Sawiah Muti, 36, berkata, dia sedih melihat murid-murid makan dan minum di tempat tidak sepatutnya.

Dia turut kesal kerana sekolah itu dahulunya mempunyai kemudahan kerusi dan meja mencukupi sudah berubah keadaan.

“Setiap kali waktu rehat di sekolah, saya akan datang menemani anak yang kini di darjah satu.

“Jika sebelum ini, saya hanya mendengar mengenai keadaan kantin sekolah, kini saya melihat sendiri keadaan murid terpaksa makan di lantai dengan keadaan yang menyedihkan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Justeru, dia berharap agar kemudahan bangku dan meja dapat diberikan segera untuk keselesaan murid ketika waktu rehat.

Bagi Ghazaley Ayob, masalah kekurangan bangku dan meja tidak sepatutnya wujud lebih-lebih lagi ketika sekolah sudah memulakan sesi persekolahan.

“Sekarang sudah Februari, sepatutnya masalah bangku dan meja tidak cukup sudah tidak wujud kerana pada masa sekarang murid dan guru sibuk dengan aktiviti pembelajaran mereka.

“Tindakan awal memastikan kemudahan infrastruktur perlu diambil pada cuti sekolah akhir tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK) Jamal Ahmad berkata, pihak sekolah telah membuat aduan kepada pihak berkaitan seperti Pejabat Pelajaran daerah berhubung masalah berkenaan.

“Malah Pejabat Pelajaran juga sudah mengadakan lawatan dua bulan lalu bagi meninjau masalah yang berlarutan sejak dua tahun ini.

“Kami warga sekolah berharap masalah ini dapat diselesaikan bagi keselesaan murid,” katanya.

Sementara itu, Adun Kukup, Suhaimi Salleh berkata, pihaknya akan memaklumkan perkara tersebut kepada Pegawai Pelajaran Daerah dalam mesyuarat tindakan daerah yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Menyara hidup dengan gaji RM10 sehari di zaman ini
0 Perkongsian
0 Comments
Kongsikan:
oleh Ace Emerson
FEATURE: Ada masanya kita tidak menghargai wang yang kita miliki, hanya kerana kita “ada”. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan seharian.
Tetapi bagaimana jika anda hanya ada RM10 di dalam poket? Di banyak bahagian dunia, RM10 dikira sebagai jumlah yang besar. Malangnya tidak di Malaysia.
Menurut penyelidikan Financial Times, ada lebih 3 billion manusia pada ketika ini yang hidup hanya dengan RM10 sehari. Jumlah itu hampir separuh daripada keseluruhan penduduk bumi.
Peristiwa-peristiwa negatif yang berterusan melanda negara baru-baru ini memainkan peranan besar dalam membadai negara. Ia bertambah dan terkumpul, lalu memberi kesan kepada ekonomi negara.
Itu belum dikira dengan peningkatan kos barangan keperluan harian seperti makanan, petrol dan pengangkutan, yang turut memberi kesan kepada poket rakyat terbanyak. Seolah-olah golongan miskin tiada jalan lain selain terus tertekan.
Mengatakan hakikat dan angka kadar kemiskinan global adalah besar tidak memberikan gambaran sebenar kepada isu itu. Hakikatnya, ia amat sukar dibayangkan dan kelihatan seperti semakin teruk hari demi hari.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) berkata, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada warga dunia hidup dengan kurang RM10 sehari, dan lebih 80 peratus pula tinggal di negara di mana perbezaan pendapatan semakin bertambah hari demi hari.
Globalisasi memberi impak buruk kepada golongan miskin di negara industri dan juga negara membangun.
Malah, perbezaan gaji semakin bertambah. Ia berlaku di seluruh dunia, sama ada di negara kaya dan juga mundur.
Di Malaysia, ramai yang berpendapatan kurang daripada RM10 sehari. Mereka adalah pencuci – yang mencuci tandas di pejabat anda, penyapu – yang menyapu di kawasan parkir kereta anda. Mereka adalah pembuat minuman dan pembasuh pinggan.
Mereka adalah golongan yang tidak disedari oleh majoriti rakyat. Entiti halimunan, dalam erti kata harfiah.
Golongan berpendapatan rendah ini sering kali hanya mampu mendapat kerja separuh masa, dengan waktu kerjta yang tidak tetap dan gaji yang teramat rendah.
Mereka tiada hak yang dapat melindungi diri, misalnya jika gaji mereka tidak dibayar atau pun dipecat.
Sebahagiannya memiliki beberapa pekerjaan dalam masa yang sama, sementara yang lain kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Bagi mereka yang berada dalam keadaan ini, tragedi dan ikhtiar hidup hanya terpisah dengan satu garis halus. Jika berlakunya situasi luar jangka – seperti sakit, kemalangan, kenaikan sewa atau perbehentian kerja, ia tentunya amat menekan keluarga dan individu yang bergantung hidup dengan wang RM10 sehari tersebut.
Misalnya, Jenab Jantan, 42, yang dibesarkan saudara ibunya (selepas ibu bapa terkorban dalam kemalangan motosikal) dan mula menyara hidup sejak berusia 15 tahun. Ketika itu, beliau menjadi penyapu di salun kecantikan dan pada masa sama, membersihkan meja di warung jalanan.
Hari ini, beliau bekerja lebih 40 jam dalam seminggu, dengan pendapatan RM300 sebulan. Jumlah itu hanya cukup untuk membayar sewa RM50 (mereka menyewa di sebuah pondok kayu tidak bercat yang terletak di sebelah bengkel kereta), makanan untuk keluarga, dan ditambah dengan keperluan-keperluan keluarga lain.
“Saya dan keluarga sudah menyewa di pondok kayu ini sejak mendapat anak kembar,” kata Jenab.
Menurutnya, seminggu selepas anak kembarnya lahir, suaminya ditimpa kemalangan dan “dilepaskan” daripada pekerjaannya sebagai pencuci dapur.
“Dia hilang keseimbangan ketika cuba membawa kotak kadbod yang dikumpul selepas kerja. Tiba-tiba dia terjatuh di tengah jalan dan dilanggar sebuat trak,” kata Jenab mengimbas kembali peristiwa itu.
Kemalangan itu merosakkan bahagian saraf kaki suaminya dan sehingga kini, beliau gagal mengawalnya.
“Jadi dia tinggal di rumah bersama anak-anak dan saya bekerja,” katanya lagi.
Ruang berkeluasan 12 x 12 itu menempatkan sebuah tilam saiz “queen” (yang dikongsi seluruh keluarga), sebuah meja bersama tv kecil di atasnya, dan pintu yang diperbuat daripada zink.
Di luar, ada satu sinki dan sebiji baldi besar penuh berisi air di sebelahnya – yang mereka gunakan untuk mandi, peti sejuk mini lama dan dapur arang.
Jenab memiliki tiga anak kecil; – Ayu, 14 tahun; dan  Eka dan Budi, kembar 3 tahun.
Sebaik sahaja beliau membayar sewa, kata Jenab lagi, “saya tiada wang yang cukup lagi untuk membeli susu anak,” katanya.
Saya perlu kerja, maka saya tak boleh menyusukan mereka,” katanya kepada Semut Harian.
Kesempitan seumpama itu bukan hanya dihadapi Jenab dan keluarga.
Malah, dengan kos perbelanjaan harian yang semakin meningkat, ramai yang amat sukar untuk menyimpan wang untuk tujuan kecemasan, selepas membayar semua bil dan sedikit baki untuk perbelanjaan sepanjang bulan, yang ada kalanya tidak mencukupi.
Dengan sekelip mata dan sedikit nasib malang, sesiapa sahaja boleh jatuh ke jurang kemiskinan. Fikirkan. Jika terpaksa, bolehkah anda hidup hanya dengan RM10 sehari?