Saiful Dulu & Saiful Sekarang - Bukti Saiful Bukhari Azlan Sangat Menderita Bak Kata Peguam.
Ada banyak perkara yang aku tak dapat faham dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim sebagai tertuduh (dan telah pun dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun) dengan mangsa yang mengfailkan aduan kerana diliwat, Saiful Bukhari Azlan.Antara yang aku tak faham ialah bagaimana Saiful dengan begitu mudah sanggup menyalin seluarnya kepada tuala semata-mata mahu memudahkan proses liwat paksa itu berlaku atas nama dia takutkan insan bernama Anwar Ibrahim.
Aku pun pernah juga jumpa Anwar Ibrahim.
Dan ramai di antara kita pernah berjumpa Anwar Ibrahim.
Sebangang-bangang manusia itu sekalipun, aku tak fikir kalau Anwar suruh salin kepada tuala untuk meliwat, kita semua akan bebal-bebal pergi ikut saranan tersebut. Apatah lagi ketika itu hanya berdua. Tiada orang ketiga, tiada pistol diacukan, tiada pula tekanan yang memaksa kita tunduk kepada saranan tersebut.
Aku juga tak faham. Punya la bersepah-sepah kes jenayah di Malaysia ini. Yang menindas ramai di kalangan rakyat biasa. Tetapi barisan peguam terbaik, peguam berpengalaman, barisan peguam senior, pendakwaraya semuanya bersedia untuk beri yang terbaik bagi membela Saiful Bukhari Azlan yang diliwat.
Bagaimana pula dengan kes rakyat biasa yang tertindas, dirompak, dizalimi, kena ragut apa semua? Prosesnya sangat cikai. Lapor kes, buat aduan dan kalau ada bukti, dapatla tangkap penjenayah dan berbicara la kesnya di mahkamah. Pendakwaraya yang ditugaskan pula standard biasa dari segi pengalaman dan kemampuan untuk memenangi kes.
Kalau takde bukti, lantak la disitu. Bertahun2 atau sampai mati apa yang tertimpa ke atas kita tidak dapat diselesaikan.
Masih ingat kes yang mana satu keluarga dari Kedah, yang kehilangan 3 anak sekaligus? 2 perempuan dan satu lelaki? Kes tue sebenarnya buat aku rasa sayu sampai sekarang. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana ibu bapa yang sudah la dihimpit masalah hidup, orang susah, orang miskin, takde duit, anak2 yang ada pula mati dibunuh begitu saja, bukan satu, bukan dua tapi ketiga-tiga anak yang keluarga itu ada mati dibunuh.
Aku tak nampak kerajaan Malaysia beria2 menyelesaikan kes tersebut. Barisan peguam terbaik atau pendakwaraya terbaik pun tidak diberikan kepada keluarga tersebut sebagai tanda kita bersolidariti. Jauh sekali kerajaan kita mahu mencurahkan rasa simpati dan prihatin. Takde sesiapa mahu bersimpati kepada keluarga tersebut atas nama kerajaan. Yang ada orang perseorangan dan rakyat biasa seperti kami. Bagi aku, dalam banyak2 kes jenayah yang berlaku di Malaysia, kisah di Kedah itu antara yang memberikan kesan dalam hidup aku. Ia terlalu sedih sampai aku tak boleh lupa.
Tapi ini berbeza dengan Saiful. Dia ada penyokongnya tersendiri. Bajunya tersendiri. Di angkat melalui pelbagai portal pro BN bahkan peguam Shafee pun siap kata hidup Saiful musnah dan hancur kerana kes tersebut. Katanya lagi, Saiful menderita.
Owh. Ye ke Saiful menderita?
Saiful dulu2. Ketika 7 tahun lepas. Ketika dia masih bujang. Ketika dia belum ada anak. Ketika dia masih belum menamatkan pengajiannya.
Ini Saiful Bukhari Azlan pada 7 tahun yang lepas. Ada tanda hitam di dahinya. Bagi mengambarkan betapa warak, alim dan tak tinggal solat la kononnya. Bagi penganut Islam, tanda hitam itu menunjukkan seseorang yang terlalu kerap sujud sehingga berlekuk dan bertanda.
Dan tanda ini juga la dijadikan alat meraih simpati dan sokongan dari ramai pihak kepada Saiful. Ya, Saiful seseorang yang alim. Walaupun kantoi solat jumaat tanpa mandi wajib di dalam kamar mahkamah. Ini pengakuan yang dia buat sendiri. Bukan fitnah. Kadang2 solat, kadang2 tidak solat semasa bekerja dengan PKR, lepas berhenti, tup tup selepas beberapa bulan, tau2 aje ada tanda hitam di dahi. Tanda tak tinggal solat. Aku perati juga dahi aku. Dahi orang2 alim. Dan dahi sedara mara aku yang memang rajin solat malam. Dahi TGNA pun aku perati. Boleh kata, dahi2 mereka semua takde tanda hitam macam Saiful. Kiranya Saiful neh alim nak mampos la sampai dia je boleh ada tanda hitam mengalahkan pula orang2 yang dilabel ulama. Hatta tanda hitam pada mufti2 dan ustaz2 terkenal seperti MAZA, Saiful Islam, Ustaz Don pun tak pernah aku nampak.
Hebat tak Saiful ko neh?
Then ada juga satu babak di berita tv3 dulu. Aku tengok. Saiful ko neh boleh tersenyum manis selepas keluar mahkamah ketika ditemui pemberita. Pelik juga. Adakah menjadi mangsa liwat sesuatu yang mengembirakan sehingga sanggup senyum selebar itu.
Then, selepas 7 tahun.
Ini Saiful.
Gambar ini antara gambar terkini Saiful. Rujuk sini. Ia diupload oleh isteri Saiful sendiri.
Yang aku nampak.
Tanda hitam dah hilang. Setahu aku la, kalau kita menderita sangat, lagi la kita mendekatkan diri dengan tuhan dan bukan sebaliknya. Itulah purpose tanda hitam di dahi Saiful dulu2 tue kan.
Badan makin gemuk. Tak nampak macam tak cukup makan walau sampai sekarang aku tatau dia kerja apa untuk sara anak bini.
Isteri pula boleh tahan seksi dan tak bertudung tapi mulut masing2 sembang bab Allah tak henti2. Maaf la. Aku tak suka sebenarnya citer tentang peribadi orang. Sebab aku jenis sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Peribadi aku pun boleh tahan bangangnya juga. Cuma aku jenis takde la jaja nama Allah dan Islam sana sini. So tak contradiks la dengan sikap aku yang memang sedia buruk. Tapi pada aku, untuk seseorang heret Allah sana sini dalam ayat2 ko seolah2 macam kau neh baik sangat, alim sangat, tawaduk sangat, apa ke logiknya kau tak tutup aurat atau nasihatkan isteri ko untuk tutup aurat? Bukan kah perempuan kena bertutup rambutnya dengan tudung bagi mengikuti dan mematuhi protokol aurat dalam Islam bagi seorang muslimah?
Ini ko kata menderita sangat?
Hidup enjoy sakan. Boleh jual nama Allah sesuka ahti untuk umpan manusia. Teringin gak aku nak tahu. Berapa harga nama Allah pada mereka. Sejauh mana Allah pada mereka ialah Allah dalam erti kata tuhan sebenar. Ia bukan sekadar manisan di bibir atau perhiasan untuk ditunjukkan kepada orang ramai semata-mata.
Hidup nampak bahagia.
Badan makin gemuk.
Tanda hitam pun dah hilang terus.
Tatau kerja apa tapi tak nampak macam kesusahan pula.
Ya. Memang ini petanda Saiful menderita dan hidupnya hancur musnah wahai Shafee. Aku percaya sangat dan terlalu percaya. Percayalah ek.
Bai.
Saya tidak akan kenakan Anwar walaupun atas arahan Najib, kata Shafee
Peguam kontroversi itu berkata, sebagai seorang yang berkeluarga, beliau memahami perasaan isteri dan anak ketua pembangkang itu yang terpisah daripada bapanya selepas beliau didapati bersalah dalam kes liwatnya minggu lepas.
"Saya tidak akan bersetuju untuk mengenakan Anwar walaupun arahan tersebut datang daripada Datuk Seri Najib Razak sendiri," kata Shafee pada majlis yang penuh sesak di Kelana Jaya itu.
"Saya juga bersedia untuk bersumpah dengan Al-Quran yang tiada konspirasi politik ke atas Anwar."
Shafee antara watak utama memainkan peranan penting dalam kes Liwat II, dilantik sebagai timbalan pendakwa raya secara ad-hoc semasa perbicaraan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu.
Mengulangi kenyataannya yang pernah dibuat semasa temu bual dengan akhbar arus perdana milik Umno, Shafee memberitahu forum malam tadi, beliau sememangnya yakin yang ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah dalam kes liwat tersebut.
"Apabila anda anda tanya sama ada saya yakin Anwar bersalah, saya boleh kata 'ya'," katanya.
Shafee juga mengatakan dakwaan konspirasi yang dibuat Anwar dan penyokongnya tidak berasas sama sekali.
"Tohmahan mengatakan konspirasi ini dibuat tanpa alasan yang munasabah," katanya.
Menjawab persepsi orang ramai yang mengatakan beliau seorang peguam Umno, Shafee menafikan perkara itu.
Katanya, beliau bukan ahli Umno ataupun mempunyai kepentingan dalam parti politik tersebut.
"Hanya kerana saya mengendalikan petisyen pilihan raya untuk Umno. Itu tidak bermakna saya orang Umno," terangnya.
Shafee baru-baru ini dikritik peguam dan pemimpin pembangkang kerana terus menyerang ketua umum PKR itu walau beliau kini sedang menerima hukuman penjara.
Anwar sepanjang perbicaraan kes liwat yang dihadapinya, mendakwa perbicaraan kali kedua dihadapinya ini, selepas yang pertama pada 1998, satu lagi konspirasi kerajaan mengheretnya ke penjara.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa lepas menolak rayuan sabitan Anwar dan mengekalkan hukuman 5 tahun penjara terhadapnya yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan tahun lepas atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Damansara pada Jun 2008.
Anwar didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan. Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral. – 18 Februari, 2015.
Kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah memalukan – Amidi Abd Manan
Kenyataan sedemikian seperti yang dilaporkan media adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ia membawa maksud keputusan hakim itu amat lemah dan tidak mempunyai kredibiliti moral sehingga perlu disokong dengan perbuatan sumpah hingga ke Mekah.
Kesanggupan seperti ini satu perbuatan yang tidak wajar dari seorang peguam kanan seperti beliau. Seluruh rakyat mengetahui beliau mewakili institusi peguam negara dan ulasan seperti ini melampaui batasan fungsi tersebut.
Keadaan ini jauh berbeza daripada sikap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes pembunuhan warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu. Mengapa tiada sebarang komen ataupun kenyataan dikeluarkan peguam negara apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman bunuh kepada kedua-dua bekas anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan mendiang Altantunya? Walhal kes ini berprofil tinggi serta melibatkan imej dan maruah negara di peringkat antarabangsa. Inilah sikap yang sewajarnya diambil seorang peguam negara atau sesiapa sahaja yang mewakili beliau.
Selain itu perlakuan ini bertentangan dengan peraturan dengan peraturan 13 Etika Guaman yang jelas melarang seorang peguam mendapatkan laporan atau publisiti daripada apa-apa perkara di mana seorang peguam terdapat secara profesional.
Perlakuan mengulas, satu perbuatan 'over kill' yang biasanya menjurus kepada gerak kerja politik. Kini timbul persoalan sama ada Shafee mahu menjadi ahli politik atau sebahagian daripada pemain dalam strategi politik pihak tertentu?
Langkah memanggil beliau untuk mengulas keputusan mahkamah menunjukkan terdapat masalah keyakinan rakyat terhadap keputusan tersebut. Tidak cukupkah dengan laporan media maka satu program ala 'road show' dianjurkan. Benarkah demikian?
Langkah mengaitkan institusi masjid dan Mekah (mungkin Masjidil Haram yang merupakan masjid utama dalam Islam) adalah satu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh umat Islam. Mekah adalah kota suci dalam Islam. Perbuatan ini hanya memperlihatkan kejahilan beliau dalam perihal agama Islam.
Sayidatina Aisyah ketika berhadapan dengan peristiwa 'hadith al-ifk' (fitnah zina terhadap beliau oleh kaum munafiqin) tidak mengambil langkah sedemikian dan juga tiada arahan Nabi Muhammad. Jelas perbuatan sumpah bukan daripada ajaran Islam dalam hal sebegini. Beliau harus memahami dengan jelas konsep, kaedah dan peranan sumpah dalam Islam. Sayidatina Aisyah individu yang terlibat secara langsung sebagai individu yang difitnah tidak mengambil langkah sedemikian, apatah lagi pihak ketiga yang hanya mendengar dan membaca laporan dan keterangan bukti.
Oleh yang demikian Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyarankan beliau belajar dengan lebih mendalam berkaitan perundangan Islam sebelum cuba mengaitkan satu-satu perlakuan dengan agama yang suci ini. Inilah bentuk kejahilan yang boleh mencemarkan imej Islam. Adakah Shafee mengetahui kenyataan sedemikian boleh menyebabkan beliau terjerumus dalam kesalahan qazf? Jika terjadi hal yang sedemikian beliau boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali sebatan, kesaksian beliau tidak boleh diterima selama-lamanya dan tergolong dalam kelompok orang yang fasiq.
Abim menyeru seluruh umat agar berhati-hati apabila berdepan dengan kes yang sebegini dan mengambil sikap seperti yang dianjurkan Islam dalam menjaga maruah dan kehormatan sesama umat Islam. – 16 Februari, 2015.
* Penulis ialah presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Anwar cubit puting dada Saiful – Shafee
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan peluang dalam satu forum anjuran Pemuda Umno pada malam ini mendedahkan butiran sensasi berhubung kes Liwat II.
Pendedahannya itu menyebabkan kalangan hadirin merah muka apabila Shafee menceritakan mengenai perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah, Shafee juga menceritakan bahawa Anwar “mencubit puting dada Saiful”.
Ucapannya di forum di Kelana Jaya itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.
Menurut peguam itu, Anwar juga bertanya kepada Saiful jika boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.
Beliau berkata, soalan itu menunjukkan bahawa kedua-duanya pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.
Menurutnya, Saiful mengaku pernah membuat hubungan seks dengan Anwar sebanyak sembilan kali.
Butiran mengenai perbuatan seksual itu tidak pernah didedahkan di mahkamah terbuka. Keterangan Saiful berhubung perkara itu dibuat secara in camera semasa perbicaraan, lapor Malaysiakini.
SAFEE
ABDULLAH: Wan Azizah Wan Ismail mengatakan hukuman penjara lima tahun
itu ialah pengorbanan Anwar untuk rakyat Malaysia. Tidakkah ini
mengelirukan rakyat? Mana ada pengorbanan. Kalau pengorbanan, dia
mengaku salahlah. Yang itu baru kita kata korban. Ini dipaksa masuk
dalam penjara sebab didapati bersalah sebab dia bohong daripada awal.
Awal-awal lagi dia kata pembelaan dia ialah alibi. Sebanyak 13 nama dia
beri masuk tetapi seorang pun dia tak panggil sebab daripada awal
lagi dia hendak tipu. Dia hendak kata dia bukan di apartment itu tetapi
di apartment sebelah. Akhirnya apabila kita tunjuk kamera litar
tertutup (CCTV), dia sudah terpegun. Alibi dia semua habis terbang. Saya
pun hendak tengok dia panggil Wan Azizah untuk apa. Dalam keterangan
dari kandang pun dia tidak kata alibi. Jadi, alibi kira lesap terus.
Anak perempuan Nurul Izzah ada bertanya kepada Anwar, “Atuk, kenapa
mereka cakap pasal penjara?” Anwar cakap kepada cucunya, “Orang jahat
nak sumbat atuk dalam penjara.” Komen Tan Sri? ( MEMALUKAN )
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Post by Suara Rakyat.
Post by Ikmal AlGokuri.
Kes Bunuh Altantuya Shaariibuu : Sirul Azhar Bongkar Kronologi Misteri Motif Bunuh, Guna Bom C4 di Malam Kejadian?
23
Kes Bunuh Altantuya Shaariibuu : Sirul
Azhar Bongkar Kronologi Misteri Motif Bunuh, Guna Bom C4 di Malam
Kejadian? : “Saya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan”.
Begitulah antara bait-bait perkataan yang terpacul daripada
mulut anggota UTK Koperal Sirul Azhar pada tanggal 4 Februari 2009
dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor.
Macam-macam tuduhan dan dakwaan yang
terkait disebalik kes pembunuhan Altantuya Shariibuu ini yang mana
Berita Semasa boleh katakan di sini kes pembunuhan berprofil inggi ini
cukup sarat elemen drama seperti rasuah, seks, penyelewengan,
pembunuhan, penganiayaan.
Figura yang bernama Sirul Azhar Omar
yang berhadapan hukuman gantung sampai mati ini, hari ini beliau berada
di Australia suatu negara yang menentang keras hukuman mati.
Sehinggakan Ketua Kluster Governans,
Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr
Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood mengatakan usaha membawa pulang Sirul sangat
sukar dan amat mustahil.
Wawancara Sirul Azhar di Australia : Butiran Pembongkaran Kes Bunuh Altantuya?
Berita terkini yang Berita Semasa terima
pada ketika ini yang mana Sirul Azhar sedang “dipancing dan dipinang”
oleh stesen media terkemuka Australia bagi membongkar apa sebenarnya
yang berlaku disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini
berdasarkan pengakuan Sirul sendiri yang mana besar kemungkinan beberapa
perkara penting seperti di bawah ini akan didedahkan secara terperinci :
- Kenapa dia (Sirul) dan Azilah bunuh Altantuya Shaariibuu
Sirul dan Azilah akan menjelaskan bagaimana mereka menerima arahan untuk bunuh Altantuya Shaariibuu- Mengapa dan kenapa beliau mengatakan dirinya menjadi “kambing hitam” ketika berlangsung perbicaraan ke atas dirinya dan Azilah
- Sirul Azhar akan meluahkan ketidakpuashatiannya secara terprinci bagaimana orang penting yang mempunyai motif disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas
Isu ini menjadi perhatian dan menjadi buah mulut apabila kes disebalik kes bunuh Altantuya Shaariibuu ini dikaitkan dengan :
- komisen pembelian kapal selam
- rekod Imigresen Altantuya Shaariibuu hilang entah ke mana
- dakwaan mengatakan Altantuya mengandungkan anak “seseorang” pada ketika itu
- bagaimana kelulusan pengunaan bom C4 diperolehi sedangkan ia perlu diluluskan di peringkat tertinggi
- prosiding mahkamah mengatakan motif tidak penting sedangkan dua polis elit UTK ini sama sekali
Sehingga akhirnya meninggalkan beberapa persoalan di atas tanpa jawapan sehingga ke hari ini. Jigsaw puzzle dan misteri yang menarik untuk dirungkaikan.
Boleh dikatakan semua kes bunuh di Malaysia ada motif, kes Mona Fendy
pun ada motif, Cuma kes bunuh Altantuya Shaariibuu tidak pelru motif?
Hebat…..
Hebat sangatkah Sirul Azhar dan Azilah
Hadri sehingga mempunyai orang bawahan di Imigresen, Tentera yang mampu
melicinkan perjalanan disebalik “tugasan khas” mereka berdua bunuh
Altantuya Shaariibuu.
P/S : Berita Semasa sehingga ke hari ini
tidak menyangka ada rakyat Malaysia yang sanggup bukan sahaja bunuh
malahan meletupkannya dengan bom yang berada dalam simpanan Kementerian
Pertahanan Malaysia sehingga berkecai.
PP/S : Apa yang Berita Semasa harapkan
di Malaysia, mana yang benar kemenangan akan berpihak padanya tanpa
mengira kaum, bangsa, agama, kuasa dan pangkat. Salah tetap salah.
Jangan sampai ada yang terlepas dan “terkecuali”
PPP/S : Sertai undian di Berita Semasa di SINI : Bersetuju Rakyat Malaysia Pemberi Arahan & Watak Penting Yang Ada Motif Pembunuhan Altantuya Juga Didakwa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan