Khamis, 19 Februari 2015

JANGAN KITA PANDANG LEKEH SESEORANG...JANGAN PANDANG TINGGI SESEORANG...SEBAB SYURGA BELUM CONFIRM IA MASUK...KECUALI DAH MATI BANYAK TANDA2 IA ADALAH AHLI SYURGA







3:39PM - 18 Feb 2015

Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?


EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

'Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.

Gerak hati kalah kes

Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi “kambing hitam” dalam kes itu.

Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa “polis jahat” bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.

Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.

Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya.

[Baca berita asal]




Sirul mungkin dipengaruhi, tak perlu siasatan baharu, kata ketua polis






Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya ada pihak berkepentingan yang menekan Sirul Azhar supaya mengeluarkan kenyataan tidak benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2015.Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya ada pihak berkepentingan yang menekan Sirul Azhar supaya mengeluarkan kenyataan tidak benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2015.Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengatakan tidak ada sebab bagi polis membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, walaupun tertuduh yang didapati bersalah, bekas komando Sirul Azhar Umar mengancam hendak "mendedahkan semuanya."
Ketua Polis Negara itu berkata Sirul yang kini di Australia mungkin bertindak demikian kerana dipengaruhi pihak tertentu atau ditekan supaya tampil membuat kenyataan yang tidak benar.
Katanya Sirul sebelum ini berpeluang menceritakan segalanya di mahkamah ketika perbicaraan, tetapi tidak melakukan sedemikian.
"Kenapa sekarang baru dia hendak dedahkan semuanya? Ini tidak logik," kata Khalid.
"Saya risau ada pihak berkepentingan yang cuba pengaruhinya supaya bercakap sesuatu yang tidak benar.
"Kita tengok apa yang dia hendak dedahkan," kata Khalid.
Beliau berkata demikian mengulas laporan Malaysiakini semalam, memetik Sirul yang mengatakan dia menerima arahan untuk membunuh Altantuya.
"Mereka tahu dia di Australia, dan Australia tidak akan hantar dia balik kerana negara itu tidak mengiktiraf kerjasama dengan negara yang mengamalkan hukuman mati.
"Saya risau semua ini hanya demi kepentingan pihak tertentu. Bagaimanapun, saya percaya masyarakat akan menilainya."
Sirul juga berkata sedang mempertimbangkan "mendedahkan semua" berhubung kes pembunuhan ngeri yang berlaku 9 tahun lepas itu.
"Saya menerima arahan. Orang-orang penting dengan motif tertentu (untuk membunuh Altantuya) masih bebas," dia dilaporkan berkata.
Sirul memberitahu Malaysiakini, media Australia memintanya mendedahkan semuanya tetapi dia belum memutuskan hendak mengadakan temu bual bersama mereka walaupun sedang menimbangkan kemungkinan itu dengan serius.
Dia kini ditahan di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Interpol.
Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bulan lalu menghukum Sirul dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri ke tali gantung kerana membunuh Altantuya, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.
Walaupun disabitkan kesalahan, motif pembunuhan itu tidak pernah didedahkan. – 18 Februari, 2015.


 



Tok Guru suka gaya bojeng nipis
  • Tok Guru suka gaya bojeng nipis
1 / 1
KOTA BHARU - “Arwah seorang yang sangat ‘mudoh baso’ (tidak rumit), kalau datang kedai saya, dari dulu sampai akhir, tidak pernah sekalipun merungut,” kata Pak Hamid, tukang gunting rambut Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pak Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Sheikh Mubarak, 73, merasa bagaikan insan terpilih kerana sejak 1970-an lagi, hanya dia yang sentiasa menjadi pilihan arwah untuk mengunting rambut.

Ketika berkongsi kenangan bermakna itu, Pak Hamid berkata, pada awalnya arwah menggunakan perkhidmatan ‘Pok Kob’ (Allahyarham Yakob Senik) dan ketika itu, Pak Hamid bekerja bersama arwah Pak Kob di Kedai Gunting, Bangunan Pejabat Pas Negeri.

“Masa itu, Pak Hamid memerhati sahaja Pak Kob gunting rambut arwah, cuma kadang-kadang kalau orang ramai, Pak Hamid ganti Pak Kob, rasa bertuah sangat masa itu.

“Sampailah Pak Kob meninggal, jadi Pak Hamid lah yang mengambil alih sepenuhnya tugas tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bekas Menteri Besar Kelantan itu sangat menjaga keterampilan diri dan pembersih kerana setiap tiga minggu sekali, arwah akan datang menggunting rambut.

“Arwah suka menipiskan rambutnya, kalau panjang sikit pun beliau sudah rimas dan cepat-cepat datang ke kedai, paling sibuk pun sebulan sekali mesti datang.

“Datang dengan senyuman dan duduk di kerusi tanpa sebarang ‘permintaan’, maka kita buat lah kerja kita, sejak dari dulu sampai akhir, hanya satu fesyen sahaja arwah suka iaitu gaya 'bojeng nipis',” katanya.

Pak Hamid menganggap bekas Mursyidul Am Pas itu pelanggan istimewa di kedainya kerana kain alas tidak dikongsi pengunjung lain.

“Kain putih ini, Pak Hamid basuh dan simpan asing. Ia hanya digunakan khas untuk arwah sahaja,” katanya dalam nada sayu.

Katanya, selepas pemergian Tok Guru, kain putih itu akan digunakan untuk semua pelanggan lain.

Pak Hamid memberitahu, sepanjang arwah mengunjungi kedainya, arwah tidak banyak bercakap, sentiasa tersenyum dan berbual perkara penting sahaja.

“Pernah empat bulan lalu, arwah datang ke kedai seperti biasa tetapi saya terkejut apabila arwah berkongsi cerita mengenai kesihatannya dan saya merasakan pada hari tersebut sedikit kelainan daripada kebiasaannya.

“Arwah mengadu sering batuk, jadi saya berkongsi petua dengan menyuruhnya mengamalkan madu dicampurkan limau nipis,” katanya.

Pak Hamid berkata, ketika itu arwah mengiakan sambil teruja untuk mencuba petuanya dan saat itulah menjadi memori indah kerana boleh berbual panjang dengan Adun Chempaka itu dan juga kali terakhir berjumpa dengan arwah.

Menurutnya, pada 19 Januari lalu, dia mendapat perkhabaran bahawa tokoh ulama itu uzur dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Ketika itu saya terbayangkan apa yang dikatakan arwah mengenai kesihatannya tidak berapa baik. Dalam hati, saya mendoakan dia cepat sembuh dan boleh ke kedai lagi,” katanya.

Dengan izin ALLAH SWT, rezeki pertemuan dengan arwah tidak berakhir di situ apabila Pak Hamid dijemput untuk ke HUSM bagi menggunting rambut arwah.

“Ya ALLAH, inilah yang dinamakan takdir ketika mengingati pemimpin tersohor itu, saya diberi peluang untuk bersua muka dengannya walaupun dalam keadaan uzur.

“Ketika itu, arwah masih boleh duduk di kerusi dan saya diminta menipiskan rambutnya di dalam wad. Arwah hanya senyum tanpa berkata apa-apa,” katanya.

Amat bertuah bagi Pak Hamid dan kenangan itu kekal abadi dalam hidupnya apabila enam hari sebelum arwah meninggal dunia, dia sekali lagi dijemput ke HUSM.

“Sebak hati, namun digagahkan juga. Ketika itu, saya menipiskan rambut arwah dalam keadaan terbaring dan dia sudah terlalu uzur.

“Saya hanya membalikkan tubuh pemimpin disanjung rakyat itu ke kanan dan ke kiri. Itu kenangan yang tak akan padam selamanya,” katanya.

Katanya, masih terbayang kenangan indah itu walaupun terpaksa menggunting dalam keadaan terbaring, namun arwah tersenyum dan mengangguk tanda terima kasih kerana memenuhi permintaannya.

Tambahnya, dia terkejut dan sayu apabila mendapat berita mengenai pemergian pemimpin agung itu ketika menonton televisyen di rumahnya di Jalan Bayam.





Pengalaman urus jenazah Tok Guru
  • Pengalaman urus jenazah Tok Guru
1 / 1
KOTA BHARU - Walaupun lebih 10 tahun berkhidmat bersama Jabatan Amal (Unit Amal Pas), namun pengalaman bertugas pada hari pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kenangan paling berharga dan tidak akan dilupakan.

Nik Aziz Isa, 40, yang berasal dari Pasir Mas, antara yang hadir membantu Jumaat lalu, walaupun terpaksa berdepan lautan manusia di pekarangan kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu, begitu juga di tanah perkuburan.

“Ia pengalaman paling bermakna. Hari ini (semalam) walaupun tidak seramai Jumaat lalu, namun orang tidak pernah putus, datang dan pergi, dari seluruh pelosok negara di tanah perkuburan ini,” katanya.

Nik Aziz hadir bertugas semalam dengan sukarela di bawah Unit Amal Pas, mengawal kawasan tanah perkuburan di Pulau Melaka bagi memastikan keadaan tidak sesak berikutan masih ramai yang datang mahu berdoa dan membaca surah Yasin di pusara Allahyarham Nik Abdul Aziz.

“Ada yang datang selepas subuh lagi, solat di Masjid Pulau Melaka dan datang ke sini (kubur). Saya jangkakan keadaan bertambah sesak bila tiba musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Yang penting, Muslimin dan Muslimat mematuhi sunnah memasuki tanah perkuburan ini, pastikan pakaian tidak menjolok mata dan Muslimat juga perlu mematuhi kawasan larangan sebagaimana yang telah tertera di tiang khemah” katanya.

Sejak semalam, tali panjang diikat antara tiang khemah yang melindungi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz, selain satu papan tanda bertulis 'Perhatian, Wanita Dilarang Melepasi Tali Kuning'  turut dilekatkan di tiang tersebut.








Anwar dipaksa nyanyi ‘Negaraku’, ucap ‘Selamat Pagi Cikgu’

KUALA LUMPUR 18 FEB: Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.
Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu.
Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad..
_MG_8852“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang.
Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.
Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat.
“Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.
“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.
“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung.
Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam rindu.
Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah ini, sila dapatkan naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa 24 Februari depan.




Kisah mak cik dengan duit RM2 juta


Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 2 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, "Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya....... [Sumber]


Tiada ulasan: