Sabtu, 7 Februari 2015

BILA TAK NGAJI AGAMA...TERASA DIRI BIJAK.....SIKAP BODOH SOMBONG..NI KESAN PENDIDIKAN PENJAJAH...DAN RANCANGAN MEREKA DAH BERJAYA

'Pedofil akan membanjiri Kelantan jika hudud dilaksana' - Noor Farida

'Pedofil akan membanjiri Kelantan jika hudud dilaksana' - Noor Farida


NOOR FARIDA: Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di
bawah
undang-undang Hudud - fotoBERNAMA/gambar fail
KUALA LUMPUR: Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.

Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.

"Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.

"Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?" soalnya.

Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.

"Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana... dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka," tegasnya lagi.

Sementara itu  beliau berkata, dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah juga tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan.

“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks," katanya lagi.

Tambah Noor Farida untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.

"Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.

"Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud," jelasnya.

"Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh," kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.

Noor Farida
Panelis forum: (dari kiri) Dr Razeen Sally, Pengerusi Unit Politik, Ekonomi dan Urus Tadbir Kerajaan IDEAS; Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Konsultan luar Institut Perdagangan Dunia (WTI), Dr Sufian Jusoh; Noor Farida and Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan. - Astro AWANI/Haider Yutim

Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.

Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.

Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani di App Store atau Google Playstore.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pedofil-akan-membanjiri-kelantan-jika-hudud-dilaksana-noor-farida-53529?cp




PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
 

ASSALAMU'ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH

"Semoga selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad, kepada keluarganya dan para sahabatnya"

Di bawah adalah petikan dari Direktorat Jendral Urusan Riset, Fatwa, Da'wah dan Bimbingan Islam, RIYADH-SAUDI ARABIA (1404H~1984)

Oleh Abdul Aziez bin Abdullah bin Baz.

HAL-HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN

1.Mempersekutukan ALLAH (Syirik) dalam ibadah. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mempersekutukan ALLAH nescaya ALLAH akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka , dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang zalim". Diantara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu pula bernazar dan menyembelih korban demi mereka.

2.Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan ALLAH dengan meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Yang melakukan hal tersebut, menurut kesepakatan Ulama' (ijma'), adalah kafir.
3.Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun membenarkan faham(madzab) mereka, dengan demikian ia telah kafir.
4.Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah saw. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh:
a.. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syaria't Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur urusan segi kehidupan lain.
b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini.
c. Berkeyakinan dengan dibolehkannya menggunakan selain hukum ALLAH dalam segi mu'amalat Syar'iah (seperti: perdagangan, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dll.), atau dalam menentukan Hukum Pidana,atau lainnya, sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikian ia telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Ulama'(Ijma'). Sedangkan setiap orang yang menghalalkan apa yang jelas dan tegas diharamkan oleh ALLAH dalam agama, seperti: zina, arak, riba dan penggunaan perundangan selain Syari'at ALLAH, maka ia adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (Ijma').
5.Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullah SAW sebagai Syari'at beliau, walaupun ia mengamalkannya, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Demikian itu adalah dikeranakan mereka oleh ALLAH menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka".
6.Memperolok-olok terhadap sesuatu dari ajaran Rasullah SAW., ataupun terhadap pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan Agama, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH telah berfirman yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), terhadap, ALLAH-kah dan ayat-ayat Nya serta RasulNya kau sekelian memperolok-olok? Tiada erti kau meminta maaf, kerana kau kafir setelah beriman."
7.Sihir, diantaranya ialah ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi suatu kebencian; begitu juga ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Maka barang siapa yang mengerjakan sihir atau senang dan rela dengannya maka ia adalah kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir".
8.Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka sesunguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim"
9.Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti Syaria't Muhammad SAW., maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. ALLAH berfirman yang bermaksud "Barang siapa menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu daripadanya, dan di Akhirat tergolong orang-orang yang rugi".
10.Berpaling secara keseluruhan dari agama ALLAH, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. ALLAH berfirman yang bermaksud "Tiada yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya, Sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa" Dan ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka".
Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tiadak ada bezanya dalam hukum, antara yang main-main dan yang sungguh-sungguh bersengaja melanggar ataupun yang kerana takut terkecuali yang dipaksa. Semuga ALLAH melindungi kita dari hal-hal yang mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksa Nya.
Sekian.
 

10 tanda hati yang rusak

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
(Surah al-Israa ayat 36)

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Nabi SAW menganggap hati manusia sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Paling penting, setiap muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah SWT pada hari kiamat nanti.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang menjadi pangkal hidupnya iman, akhlak Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). " (Surah as-Suy'araa ayat 88-89)

Hati yang bersih itu adalah hati yang sejahtera dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Setelah kita mengenal hati yang bersih dan sejatera, maka apakah pula ciri-ciri hati yang rosak?.

Terdapat 10 perkara tanda-tanda hati yang rosak. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Huraiannya :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)


2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

Orang yang telah rosak hatinya tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT, sedangkan Rasulullah SAW sentiasa bertaubat 100 kali sehari.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Hadis Riwayat  Muslim)

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

Hati yang telah rosak adalah hati yang merasa seronok dengan maksiat dan dosa seperti orang-orang kafir. Sedangkan dunai ini syurga untuk orang kafir dan penjara untuk orang Islam.

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari  Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)

Orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah SWT.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

Orang mukmin sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya . Sedangkan orang fasik, munafik dan kafir tiadak akan memperdulikan perintah Allah SWT dan sentiasa melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan maksiat.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas, yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan." (Surah Asy-Syuaara ayat 151-152)

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

Firman Allah SWT maksudnya ; "Mereka (orang munafik) menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan."

Sifat orang munafik suka menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan menarik balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati golongan ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakkan hati-hati mereka, nanti di akhirat mereka akan dihumbankan kedalam neraka.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

Sesiapa yang membenci orang soleh sebenarnya  dia menjauhkan dirinya kepada rahmat Allah SWT dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” (Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)

7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

Suka bertengkar pada perkara yang tidak bermanfaat akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim. Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir) (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

Sabda Rasulullah SAW.  maksudnya :  “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang yang suka mengambil riba pula sebenarnya melanggar hukum Allah SWT yang jelas mengharamkan riba seksaannya cukup berat dihari akhirat nanti.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

Orang yang telah rosak hatinya dia takut kepada manusia, jin dan syaitan lebih daripada Allah SWT. Orang mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita melainkan dengan izin Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Jika Allah menyentuhkan kemudharatan bagi mu, tidak ada yang boleh menghilangkannya selain Allah, Jika Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka tidak ada yang boleh menolaknya, Allah memberikan kepada siapa saja diantara hamba yang Dia kehendaki, Dialah Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ..." (Surah Yunus ayat 107)

10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Sifat orang fasik dan hatinya telah rosak adalah benci pada makruf dan suka kepada kemungkaran. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud:  “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Jagalah hati-hati kita supaya sentiasa sihat, sejahtera dan menjaganya supaya tidak rosak binasa. Jauhilah 10 perkara yang menyebabkan hati kita akan rosak . Jika dah rosak makan masa hendak dipulihkan, maka dari itu teruskan kita mendekati orang soleh, banyakkan berdakwah dan bekerja untuk Islam supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.


40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah

Posted by nurul yaqin on Sunday, January 22, 2012
Dalam dunia yang mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak. Aqidah tauhid adalah pegangan umat Islam. Oleh itu, penerimaan amalan manusia di sisi Allah SWT adalah bergantung kepada keikhlasan mentauhidkan Allah SWT.

Sesungguhnya kemurnian dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan.

Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:

  1. Syirik
  2. Meninggalkan Solat fardu
  3. Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
  4. Enggan mengeluarkan zakat
  5. Enggan menunaikan haji
  6. Murtad
  7. Kufur terhadap Allah
  8. Mengingkari takdir Allah
  9. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
  10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
  11. Tawakal selain Allah
  12. Memperhambakan Manusia
  13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
  14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
  15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
  16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
  17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  18. Mempermainkan kesucian agama
  19. Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
  20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
  21. Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah
  22. Mengkafirkan sesama muslim
  23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
  24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
  25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
  26. Munafik (Nifak)
  27. Beramal dengan riak
  28. Gemar mengamalkan perkara bidaah
  29. Membuar peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
  30. Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
  31. Menghina sahabat Rasulullah saw
  32. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
  33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
  34. Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
  35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
  36. Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
  37. Mempercayai tukang tenung
  38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
  39. Mempercayai kuasa azimat
  40. Bersumpah dengan selain nama Allah
Wallahu alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.


Pedofil Akan Berkerumun Ke Kelantan Jika Hudud Dilaksanakan - Datuk Noor Farida Ariffin


Hanya kerana hukum Islam yang cuba dibawa PAS ke negeri Kelantan yang dikatakan masih samar, terutamanya membabitkan kesalahan seksual, jurucakap kumpulan 25 Melayu profesional G25 Datuk Noor Farida Ariffin berkata struktur masyarakat masih belum sesuai untuk pelaksanaan hukum Islam tersebut.

Farida berkata, sarjana Islam berpendapat terdapat banyak syarat yang perlu diambil kira sebelum hudud dilaksanakan.

“Kita perlu ada masyarakat yang adil, perbezaan antara kaya dan miskin yang sedikit, tetapi di sini antara Melayu pun ada jurang,” katanya, ketika forum “Malaysia, Kebebasan Ekonomi, dan Globalisasi” anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersempena kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-112 di Kuala Lumpur hari ini.

“Masalahnya ustaz-ustaz kampung menyebarkan mesej hudud itu undang-undang Tuhan dan kita tidak boleh persoalkan,” katanya.

Noor Farida berkata, mengambil contoh kesalahan zina,  undang-undang hudud Kelantan menolak penggunaan bukti saintifik seperti sampel DNA dan cap jari, sebaliknya hanya menerima bukti 4 saksi mata kejadian zina tersebut.

“Disebabkan mereka menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina, menolak bukti saintifik.

“Mereka menegaskan hanya itu caranya untuk membuktikan berlakunya kejadian zina… ini tidak masuk akal,” katanya.

“Pemimpin PAS naik kereta, kapal terbang, tetapi tidak terima bukti saintifik.”

Malah, Nabi Muhammad katanya turut menganjurkan umatnya berkenaan kepentingan menuntut ilmu itu begitu tinggi.

“Nabi sendiri bersabda, tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, pesalah laku seksual kanak-kanak sudah pasti akan berkerumun di Kelantan.”

“Di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa, inilah dia hudud PAS,” katanya.

PAS dikatakan akan membentangkan Rang Undang-undang hudud dalam sesi Dewan Rakyat akan datang walaupun pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat lain mahu ajak berbincang terlebih dahulu. - Sikapkeli.com.my

Tiada ulasan: