Selasa, 17 Februari 2015

PEGANGLAH ISLAM ITU KUAT2....SERTA PEGANGLAH QURAN DAN HADIS ITU KUAT2...JIKA KITA NAK SELAMAT









Pulau Mayat simpan rahsia
  • Pulau Mayat simpan rahsia
1 / 1
BIARPUN sejarahnya masih dalam kajian, nama Pulau Mayat yang merupakan antara pulau kecil di sekitar Pulau Wan Man akan menarik perhatian setiap pelancong yang berkunjung ke situ untuk menaiki River Cruise.

Menurut Eksekutif Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise, Mohd Nazir Mat Tahir, pulau berkenaan yang kini dikenal sebagai Pulau Che Yok dinamakan Pulau Mayat kerana suatu ketika dahulu terdapat banyak mayat terdampar di situ.

Katanya, faktor geografi dan laluan air menyebabkan banyak mayat, kebanyakan adalah mangsa lemas dari bot nelayan asing yang dibawa arus terdampar di pulau itu.

“Disebabkan banyak mayat mangsa lemas terdampar itulah lantas diberi nama Pulau Mayat oleh penduduk sekitar suatu masa dahulu,” katanya.

Mohd Nazir berkata, Pulau Mayat yang keluasannya kira-kira 0.8 hektar tidak berpenghuni, namun suatu ketika dahulu, ada seorang individu dikenali sebagai Che Yok merupakan satu-satunya penghuni di pulau itu.

Menurutnya, sehingga kini, tiada siapa tahu salasilah keluarga Che Yok sama ada dia mempunyai cucu cicit atau keturunannya yang masih ada.

“Selepas Che Yok, memang tiada orang berani tinggal di pulau yang asalnya hutan paya bakau itu. Tiada yang berani ke situ terutama pada waktu malam kerana kawasan itu gelap gelita. Yang pernah singgah di pulau itu setakat ini hanyalah nelayan tempatan.

“Dahulunya, setiap pulau di sekitar Pulau Wan Man mempunyai bangsal untuk membuat gula melaka termasuklah di Pulau Mayat. Tak tahu mengapa, mungkin ada sebab selepas era kegemilangan pembuatan gula melaka sekitar 1980-an, pulau itu sudah tidak berpenghuni,” katanya.
Kelibat wanita tahan perahu

Mohd Nazir berkata, berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, pulau itu sebenarnya berpenunggu dan disebabkan itulah tiada yang berani ke situ.

“Ada cerita saya dengar daripada orang dulu-dulu, sekiranya lalu kawasan itu, akan ada wanita menahan perahu sambil minta ditumpangkan ke seberang (ke daratan). Anehnya, setelah perahu sampai ke daratan, wanita itu tiada (hilang).

“Mungkin cerita-cerita yang didengar itu menguatkan lagi kepercayaan bahawa pulau tersebut mempunyai penunggu. Kesahihan cerita di sebaliknya masih lagi dalam kajian dan misteri itu tidak terungkai sehingga kini,” katanya.

Menurut Mohd Nazir, selain Pulau Mayat, terdapat lima pulau kecil  berhampiran Pulau Wan Man iaitu Pulau Sekati, Pulau Besar, Pulau Haji Siah, Pulau Duyong dan Pulau Pasir.

Katanya, Pulau Sekati adalah pulau yang agak besar dengan kepadatan penduduk sekitar 300 orang, manakala Pulau Besar pula tiada penduduk dan hanya ada sebuah padang yang dikunjungi anak muda tempatan untuk bermain bola.

Asal-usul Pulau Haji Siah

“Pulau Haji Siah pula berasal daripada nama sebuah keluarga yang tinggal di pulau itu, malah sehingga kini terdapat keturunan Haji Siah yang masih menetap di sebuah rumah di pulau itu.

"Haji Siah sebenarnya adalah seorang wanita yang mula-mula menerokai kawasan pulau itu,” katanya.

Kata Mohd Nazir, Pulau Haji Siah yang seluas 17.6 hektar itu dua kali ganda lebih besar daripada Pulau Wan Man dan ia sebenarnya berasal dari Pulau Besar tetapi  terpisah disebabkan faktor keadaan geografi dan cuaca.

“Haji Siah ada meninggalkan anak setelah dia meninggal dan sehingga kini rumahnya masih ada di pulau itu dan keluarganya lah satu-satunya penghuni di pulau itu. Namun, ada cerita mengatakan sebahagian tanahnya telah dijual tetapi tidak pasti kepada siapa.

“Mungkin nama Haji Siah kedengaran pelik, tetapi bagi orang dahulu kala, gelaran haji juga diberikan kepada kaum wanita seperti yang biasa kita dengar nama Mak Aji dan seumpamanya,” katanya.

Katanya lagi, keluarga Haji Siah dahulunya giat mengusahakan pembuatan gula melaka dan kelapa salai, malah selepas wanita itu meninggal, dia mewariskan kepada anak-anaknya, namun kini pembuatan gula melaka dan kelapa salai sudah tidak diusahakan lagi.

Mengulas mengenai Pulau Pasir, Mohd Nazir berkata, sejarahnya ringkas sahaja kerana pulau itu asalnya tidak begitu besar, namun setelah kerja-kerja pendalaman Sungai Terengganu dan pasir dikumpulkan di pulau itu menyebabkan ia semakin luas.

Pulau Wan Man sempena nama peneroka

Ditanya pula mengenai nama Pulau Wan Man yang cukup dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa, Mohd Nazir berkata, ia berasal daripada nama seorang peneroka pulau bernama Wan Abdul Rahman.

Katanya, Pulau Wan Man yang berkeluasan 8.92 hektar itu sebenarnya adalah hutan paya bakau yang tidak mempunyai nama sehinggalah ia diteroka oleh Wan Abdul Rahman bersama seorang lagi rakannya yang tidak diketahui namanya sekitar 1970-an.

“Wan Abdul Rahman sebenarnya tidak tinggal di pulau ini, sebaliknya dia tinggal di Pulau Sekati dan di Pulau Wan Man ini dia mengusahakan pembuatan gula melaka atau lebih dikenal sebagai ‘menyadat nisan’ yang begitu terkenal suatu ketika dahulu.

“Pulau ini juga asalnya juga banyak pokok nipah yang boleh menghasilkan gula," katanya.

Menurutnya, pada mulanya tiada jalan untuk menghubungkan pulau berkenaan dengan daratan dan jalan perhubungannya pula berakhir di Kampung Losong Feri.

Sehinggalah pada 2005 katanya, setelah TTI dibina, jalan ditambak untuk menghubungkan pulau tersebut dengan daratan.

"Kalau dahulu untuk ke Pulau Wan Man terpaksa naik perahu dan setelah adanya jalan perhubungan, perahu tidak digunakan lagi.

“Pada peringkat awal, jalan untuk menghubungkan daratan dengan Pulau Wan Man hanyalah jalan kecil. Pada 1980-an, tanah pulau ini diambil alih oleh kerajaan dan pampasan dibayar kepada dua individu terawal yang menerokai pulau tersebut,” katanya.

Mohd Nazir berkata, Pulau Wan Man terbahagi kepada dua zon iaitu Zon A dan Zon B di mana  di Zon A terdapat taman monumen sebanyak 23 buah daripada  21 negara yang menceritakan mengenai sejarah ketamadunan Islam.

“Di Zon B pula, kawasan awam seperti Masjid Kristal, Pusat Konvensyen TTI, River Cruise yang berpusat di Jeti Tokku Paloh dan Laman Selera B'Benteng,” katanya.





12:55PM - 17 Feb 2015

Rafizi sahkan tawaran TPM pada Anwar


Naib presiden dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan terdapat tawaran kerusi timbalan perdana menteri dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pilihan raya umum lalu.

Rafizi berkata pakej itu termasuk empat jawatan menteri kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata ia bukan “tawaran asli” kerana hanya bertujuan menguji sama ada Anwar, ketua umum PKR, akan menerimanya.

Rafizi berkata jika tawaran itu diterima sudah tentu Pakatan akan berpecah.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah dalam ceramah di Pulau Pinang pada Sabtu mendakwa Anwar, yang juga bapanya, ditawarkan jawatan itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno bagaimanapun menafikannya.

KDN: 23 pertubuhan diisytihar kongsi gelap
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kementerian Dalam Negeri (KDN)
1 / 2
PUTRAJAYA - Sebanyak 23 pertubuhan di negara ini diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

KDN dalam kenyataan menyebut pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015.

Pertubuhan kongsi gelap tersebut adalah Geng 3821; Geng Ngo Sek Kee; Geng Gee Hor Sia; Geng Chong Woh; Geng Gee Long San; Geng Gee It Leng; Geng Gee Hon San; Geng Guat Sam Sia; Geng It Tiam Ang; Geng Lian Heng Siah dan Geng Ang Mor Low.

Turut disenaraikan ialah Geng Sio Or Leng; Geng Loong Foo Thong; Geng 969 (Kow Lak Kow); Geng 32 Sar Jee; Geng Chaun San; Geng Fong Hong San; Geng Jin Jee Tong; Geng Gee Lam Kok; Geng Hong Fah; Knight Right Keepers @ Kappa Rho Kappa (KRK); Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

Semua pertubuhan berkenaan didapati menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini, seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian dan mencuri kereta, menurut kenyataan itu. 

Pertubuhan terbabit turut memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan penyeludupan.

Selain itu, terdapat pertubuhan yang dikenal pasti memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa di negara ini, kepada kumpulan penculik dari selatan Filipina seperti kumpulan KRK.

Selaras dengan pengisytiharan tersebut, maka tiada sesiapa boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan terbabit berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu, tiada seseorang boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap yang disenarai itu.

Pihak yang didapati menjalankan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang disenarai akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 355.

"Sebagai contoh Seksyen 6(2) dan 6(3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, masyarakat diminta memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi ketenteraman awam. - Bernama

Tanda kematian dimuliakan ALLAH SWT
  • Zaharuddin Abdul Rahman
1 / 1
SHAH ALAM - Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.

"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.

Beliau berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang warak.

"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.

"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH," katanya.

Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata, antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain dihadiri ramai kenalan dan sahabat.

“Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.

“Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan berikan kelebihan pada orang-orang sebegini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.

“Orang-orang terpilih ini biasanya mereka yang memiliki kewarakan yang tinggi, kuat ibadahnya dan terkenal dengan kebaikannya dengan manusia.

“Sebab itu kita kena baik dengan manusia dan ALLAH. Bila kita baik dengan manusia, ALLAH akan jadikan manusia baik dengan kita. Bila kita baik dengan ALLAH, ALLAH akan tolong kita di akhirat,” katanya.

Katanya, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunaikan solat jenazah juga antara tanda kemuliaan daripada ALLAH kepada si mati.

“Untuk solat jenazah, makmum disunatkan membentuk tiga saf untuk muliakan si mati. Tetapi jika jumlahnya lebih daripada tiga saf ia adalah kemuliaan yang ALLAH gambarkan terhadap si mati,” katanya.

Wanita dicekup bersama suami orang
  • Penguatkuasa Jaij sedang mencatat butiran pengenalan diri wanita yang diperiksa. Penguatkuasa Jaij sedang mencatat butiran pengenalan diri wanita yang diperiksa.
1 / 2
JOHOR BAHRU - Sepasang kekasih dicekup dalam keadaan tidak berpakaian oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) sempena Ops Mawar Merah, di sini kelmarin.

Dalam serbuan petang Sabtu itu, lelaki berstatus suami orang dari Larkin dicekup dengan kekasihnya dari Kota Tinggi dalam keadaan hanya berlapik kain cadar sebaik pintu bilik mereka diketuk penguat kuasa.

Difahamkan lelaki berusia 28 tahun bekerja sebagai buruh itu telah menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya berusia 22 tahun sejak setahun yang lalu.

Dalam serbuan lain, di Taman Bukit Mewah, di sini pasangan berusia 22 tahun  dan 23 tahun dari Terengganu turut ditahan.

Hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan bekerja di Singapura manakala wanita berkenaan baru tiba dari Terengganu jam 8 malam, Khamis lalu.

Mereka mendakwa telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Mac ini memaklumkan bertemu bagi membincangkan masalah keluarga yang tidak merestui hubungan tersebut.

Ketika serbuan lelaki yang lengkap berpakaian sebaliknya wanita berkenaan mengenakan baju kelawar tanpa pakaian dalam.

Pasangan tersebut antara 72 individu berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun, termasuk empat warga asing yang dicekup di sekitar hotel bajet di bandaraya ini.

Menurut Penolong Penguatkuasa Jaij,  Hafiz Abd Rahman berkata,  operasi tersebut digerakkan sempena hari kekasih yang dirai setiap 14 Februari.

“Semua yang ditahan itu diambil tindakan mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan Seksyen 29 enakmen sama kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

“Kita turut menyiasat empat warga asing yang dijumpai bersama pasangan yang beragama Islam dan akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sampai bila nak curi tulang?
  • Gambar hiasan Gambar hiasan
1 / 1
SIKAP segelintir kakitangan awam curi tulang waktu bekerja ibarat kudis lama yang masih tidak pulih dalam sektor perkhidmatan awam.

Melihat kelibat mereka menghisap rokok selepas sarapan, walaupun jam menunjukkan 10.30 pagi di gerai-gerai bukanlah perkara asing.

Malah ada yang sanggup ke luar kawasan, semata-mata mahu menikmati makanan kegemaran mereka tanpa menghiraukan waktu bekerja.

Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dalam pejabat, melakukan urusan peribadi, urusan ke bank, mengambil dan menghantar anak ke sekolah dan pelbagai lagi kegiatan yang sinonim dengan budaya kerja segelintir penjawat awam.

Ini belum dikira dengan kedatangan lewat tetapi menuntut kerja lebih masa apabila pulang lambat.

Baru-baru ini juga, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegur penjawat awam di Selangor yang culas dan gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Namun, kebanyakan mereka terus berasa selesa dengan pelbagai imbuhan tetapi mutu kerja yang diberi tidak setimpal.

Disebabkan segelintir perangai jelik penjawat awam ini, masyarakat terus memandang serong terhadap sektor awam walaupun yang melakukan perkara itu bukanlah semua.

Ikuti kupasan Sinar Harian dalam isu membabitkan segelintir kakitangan awam yang dilihat seolah-olah makan gaji buta dan tidak komited dalam menjalankan tanggungjawab hakiki mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam culas kena terjah]

[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji rendah jadi faktor culas]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tidak rasa terancam punca buat kerja sambil lewa]

'Nanti abang tak dok, sapo nak jago Yah'

KUALA LUMPUR: “Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah."

Sayu hatinya bila mengingati ungkapan itu seakan terpatri bahawa orang yang disayanginya itu akan pergi menemui Ilahi tidak lama lagi.

Bagi Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri mantan menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, ungkapan yang dibuat tiga hari sebelum beliau meninggal dunia cukup menyentuh hatinya.

“Itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang meninggalkan saya buat selama-lamanya,” kata Tuan Sabariah.

Tuan Sabariah berkata demikian dalam satu temu bual bersama akhbar Sinar Harian sehari selepas ikon negeri Kelantan itu meninggal dunia.

Sesungguhnya pemergian suami yang telah berkongsi hidup dengannya selama 53 tahun itu pasti memberikan kesan mendalam buat Tuan Sabariah.

Menurut Tuan Sabariah, kata-kata itu diluahkan arwah ketika masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Kata-kata abang itu saya sambut dengan senyuman, sambil menggenggam tangan abang.

“Saya kata ‘Anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau.’

“Walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata,” cerita Tuan Sabariah sambil menyeka air matanya dan ditenangkan oleh sanak saudara.

Tuan Sabariah juga mengakui terlalu rindukan suaminya walaupun baru sehari arwah pergi menghadap Ilahi







Tiada ulasan: