'Kenapa buat anak saya begini?'
RANTAU PANJANG - "Mengapa buat anak saya begini," kata seorang ibu
tunggal di sini, selepas anak perempuannya ditemui dalam keadaan
keletihan di tandas Stadium Mini Pasir Mas, jam 9 malam semalam.Ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Has, 33, berkata, anak perempuannya yang berusia 14 tahun didapati hilang selepas keluar jam 9 malam Rabu lalu, untuk ke kedai fotostat yang terletak kurang 10 meter dari rumah.
Has yang bekerja membuat kuih-muih berkata, dia berusaha mencari anak sulung dari tiga beradik itu, di sekitar kampung serta meminta bantuan daripada jiran dan saudara.
“Alhamdulillah, dia berjaya ditemui namun berada dalam keadaan keletihan kerana didapati tidak makan sejak hampir tiga hari lalu.
“Dia masih terkejut dan trauma dengan keadaan yang menimpa. Sepatah saya tanya, sepatah dia jawab," katanya.
Menurutnya, dia memohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan jenayah terhadap anaknya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang pelajar berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan anak daripada ibu mangsa pada jam 12 tengah hari Khamis lalu, kemudian sekali lagi membuat laporan polis mendakwa anaknya dirogol pada jam 4.49 pagi sehari kemudian.
“Pemeriksaan ujian air kencing pada remaja lelaki berkenaan didapati negatif dadah dan kami masih menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan pelajar perempuan berkenaan," katanya lagi....
Desak mansuhkan caj perkhidmatan
- Walaupun tiada cukai kerajaan, namun caj ada perkhidmatan 10 peratus di sebuah restoran di Lembah Klang, baru-baru ini.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ini kerana, caj perkhidmatan dilihat sudah tidak lagi relevan memandangkan tiada perkhidmatan tambahan diperoleh pengguna, ketika ini.
“Sebelum ini, peniaga mengenakan caj perkhidmatan atas perkhidmatan dan layanan tambahan yang diberikan terhadap pelanggan. Caj perkhidmatan dimiliki oleh syarikat yang diberi kepada kakitangannya.
“Jika dahulu, bila kita ke restoran contohnya, tempahan diambil di meja, makanan dihidangkan dan kita tidak perlu berjalan ke kaunter buat pembayaran. Namun, sekarang tidak lagi, malah, ada kedai yang kita perlu ke kaunter untuk membuat tempahan makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan memansuhkan caj perkhidmatan ekoran tambahan kos yang perlu ditanggung pengguna apabila GST dilaksanakan 1 April ini.
Mohd Yusof berkata, Fomca sudah mengajukan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Januari lalu.
“Kita berharap kerajaan akan kaji balik caj perkhidmatan yang tidak memberi keperluan kepada pengguna. Tidak berbaloi pengguna membayar tambahan 10 peratus daripada harga makanan yang dibelinya,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, KPDNKK perlu meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menindas pengguna.
“Apabila GST dilaksanakan, bermakna hanya GST sahaja yang berkuat kuasa dan caj perkhidmatan sepatutnya tidak dikenakan lagi. Pengguna dinasihatkan supaya meminta resit setiap kali membuat bayaran dan simpan resit itu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, pemantauan harga secara berterusan perlu dilaksanakan memandangkan terdapat segelintir peniaga mungkin akan memasukkan kos tambahan ke dalam harga barangan pelanggan apabila caj perkhidmatan dimansuhkan.
“KPDNKK perlu melakukan pemantauan harga sebelum dan selepas GST dilaksanakan. Kalau harga barang naik tiba-tiba, tidak termasuk GST dan tanpa ada faktor yang menyokong kenaikannya, ia mungkin ada kaitan dengan pemansuhan caj perkhidmatan itu,” katanya.
Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, caj perkhidmatan yang dibayar pengguna selama ini bukan cukai kerajaan, sebaliknya caj yang dikenakan oleh perniagaan.
Sehubungan itu, katanya, pengguna berkemungkinan tetap dikenakan caj tersebut apabila GST dikuatkuasakan 1 April ini.
'Hanya ada RM10 sara dua anak'
TUMPAT – “Saya tiada tempat tinggal, hanya ada wang simpanan RM10 untuk
membesarkan dua anak lelaki yang masih menyusu,” luah seorang ibu
tunggal orang kurang upaya (OKU), Norazila Mamat, 26, dari Kampung
Chabang Tiga Berangan, di sini.
Norazila yang juga OKU masalah pembelajaran dikurniakan dua anak lelaki, Mohd Amirul Hakimi Abdul Hakim, 3, dan Mohd Haiqal, 2, namun selepas berpisah dengan suami keduanya, hidupnya melarat.
Demi anaknya itu, Norazila meminta belas ihsan jirannya untuk menumpang tinggal di sebuah rumah kosong yang ditinggalkan setahun lalu.
Walaupun rumah usang, tiada elektrik dan tandas runtuh, Norazila sanggup tinggal di situ sejak dua hari lalu.
Norazila berkata, dia sebelum ini tinggal dengan kakaknya tetapi disebabkan masalah keluarga, dia terpaksa berpindah.
“Saya sekarang hanya minta belas ihsan jiran kerana dengan RM10, tidak cukup beli susu anak, lampin pakai buang dan makan minum saya sendiri.
"Namun, saya bersyukur kerana jiran prihatin dengan nasib kami sekeluarga apabila memberikan makanan dan susu untuk anak," katanya.
Norazila berkata, dia sukar keluar mencari nafkah kerana anak masih kecil dan paling perit, apabila anak sulungnya menghadapi masalah lambat berjalan dan bercakap serta perlu dirujuk doktor pakar.
“Yang bongsu sudah boleh berjalan tetapi yang sulung seperti kekurangan zat makanan dan lambat berjalan serta bercakap,” katanya yang ditemani cahaya lilin sejak dua malam lalu di rumah usang itu.
Menurutnya, dia pernah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi status terkini tidak dikemas kini.
11:00AM - 8 Feb 2015
·

Pro-Hadi demo anti-Mat Sabu, bos PasMa
Penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkumpul di ibu pejabat parti itu
di Kuala Lumpur menjelang mesyuarat jawatankuasa pusatnya hari ini bagi
menunjukkan sokongan kepada presiden mereka itu.
Mereka berhimpun kerana mengesyaki terdapat beberapa anggota parti itu yang mahu menjatuhkan Hadi.
Bantahan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhli Ibrahim turut mendakwa seorang anggota jawatankuasa pusat Hatta Ramli sebagai penggerak utama usaha itu.
Mereka membawa plakad anti-Hatta dan mahu beliau dan “orangnya” dipecat.
Selain Hatta, kumpulan itu menjadikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan dan Pengerusi NGO PasMA Pharolrazi Zawawi sebagai sasaran.

Mustafa nafi wujud komplot jatuhkan Hadi
- Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali nafi dakwaan wujud konspirasi dalaman untuk jatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan
dakwaan wujudnya konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas.
"Tak ada (konspirasi), saya tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas Kuantan dedah 'dalang' jatuhkan Hadi]
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini, beliau berkata pihak membincangkan urusan parti termasuk meluluskan keahlian baharu dan pemilihan parti itu pada Jun ini.
"Mesyuarat Pas hari ini biasa, ada kelulusan ahli baru, bentang laporan kewangan dan dari soal pemilihan itu, tak banyak pembaharuan, pengerusi pemilihan masih Asmuni Awi lagi.
"Tadi kita bincang dari segi tempat muktamar, dicadangan di Kuala Selangor, tapi akan perhalus kita akan buat beberapa tempat," ujarnya.
Dalam pada itu, hari ini juga akan berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan PR dan beliau memberi jaminan Abdul Hadi akan hadir nanti.
"Beliau (Abdul Hadi) ada di sini, bila-bila masa (hadir) tiada masalah," katanya lagi.
Ditanya tentang kehadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau berkata tidak dapat memastikannya dan hanya perlu menunggu mesyuarat berjalan petang ini.

Pas Kuantan dedah 'dalang' jatuhkan Hadi
- Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim (dua, kanan) menyerahkan memorandum bantahan dan bukti sabotaj yang didakwa cubaan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada wakil Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
Beliau turut menamakan beberapa pemimpin tertinggi Pas Pusat yang didakwa mendalangi perbuatan itu.
"Mereka menubuhkan Pasma serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli Pas dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.
"Mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh presiden Pas dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu dalam PR," katanya kepada pemberita di hadapan pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi
Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.
“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.
“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.
“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”
Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.
"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.
“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.
Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.
Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.
“Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.
“Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.
“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.
Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.
Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.
“Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.
“Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.
“Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.
Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.
Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.
Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – 7 Februari, 2015.
Saturday, February 7, 2015
Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah
Mungkin agak ganjil
mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam.
Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya
semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di
sana makin berminat dengan Islam.
Tragedi 911 telah
menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas.
Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911
Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di
Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran
sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang
telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah
mencetak lebih dari 20,000 naskah Al Quran sejurus berlakunya tragedi
911.
Akhbar USA Today
melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is
Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas
911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat
yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan
Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka
mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang
tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”
Kes terbaru yang berlaku
di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat
saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam , Talaag
Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina
Nabi Muhammad s.a.w . Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan
kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam
satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah
mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya
menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce
tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.
Pegawai Polis yang
bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan
lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang
dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah
menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan
cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan
menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.
Kes tersebut telah
dibicarakan dihadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah
memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau.
Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau
telah memberi syarahan berikut :-
“Setelah mempunyai
peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya
mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya
ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki
Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang
menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang
yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain
kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut.
Di dalam masyarakat kita
( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak
khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang
menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang
lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk
moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk
mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa
yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang
lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”
Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-
“ Saya tidak rasa kamu
sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika
melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak
percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama.
Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya
bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan
menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu
kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau
terlalu tua tetapi kamu kena berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan
mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya
Salam sejahtera ke atas kamu.
Adalah menjadi kebiasaan
dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain
mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” (Insya'Allah) ia akan
berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah
sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang
kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak ,
kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh
Pindaan Pertama Perlembagaan.
Saya telah mengabiskan
masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita
pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita
sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita
terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak
orang lain.”
Di dalam satu kes yang
lain yang melibatkan seorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi
alasan seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti
berikut “ Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam- iaitu Adam
dilarang memakan buah yang dilarang- sebelum beliau diperintah keluar
dari syurga , siapakah kamu ( majikan ) yang dengan sewenang-wenangnya
memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.”
06 Februari 2015
SAMAN PEMILIK THE EDGE TERHADAP JHO LOW AKAN DEDAHKAN LAGI TEMBELANG 1MDB?
Pemilik The Edge hantar surat saman kepada Jho Low
Pemilik The
Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menuntut ahli perniagaan Jho Low
berhenti 'pembohongan berniat jahat' terhadapnya dan penerbitan berita
di bawah kawalannya.
Pemilik The
Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menyerahkan notis kepada ahli
perniagaan Low Taek Jho, menuntut Low berhenti "mereka pembohongan
berniat jahat" terhadapnya dan penerbitan berita di bawah kawalannya.
Katanya, peguamnya pagi ini menghantar satu surat tuntutan kepada Low, juga dikenali sebagai Jho Low, meminta beliau "berhenti dan menghentikan pembohongan yang dibuat" terhadap The Edge, The Malaysian Insider dan Tong sendiri melalui beberapa blog.
"Saya percaya Low ialah orang yang bertanggungjawab membuat pembohongan berniat jahat dan cerita palsu terhadap The Edge Media Group dan saya, melalui beberapa blog menggunakan platform blog WordPress," kata Tong dalam satu kenyataan hari ini.
Tong, pengerusi eksekutif kumpulan itu, diserang beberapa blog, yang kemudiannya dikesan bersumber dari satu blog, kerana medianya memberi liputan kepada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibebani hutang.
The Edge Malaysia melaporkan pada Selasa, blogger malaysianexpose.wordpress.com yang di belakang serangan terhadap Tong dan The Edge Media Group juga di sebalik serangan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan eksekutif bank Datuk Seri Nazir Razak, sambil pada masa sama menulis blog lain yang memuji Low.
Satu persamaan antaranya ialah, kedua-dua The Edge dan Dr Mahathir mendedahkan perkara yang negatif tentang 1MDB.
Blogger yang tidak dikenali itu menggunakan nama umum dan nama pengguna "ahrily90" dan menerusi blognya mengkritik Dr Mahathir sejak Julai lalu.
Bagaimanapun, Low menafikan terlibat dalam serangan terhadap tiga pihak ini, mengatakan dakwaan itu mengarut dan palsu.
"Low menghormati individu tersebut kerana pencapaian profesional mereka," katanya sambil memberitahu beliau merujuk perkara itu kepada peguamnya.
Tong berkata empat hari sebelum serangan pertama terhadapnya dan The Edge, yang mengatakan beliau cuba mensabotaj ekonomi negara menerusi aktiviti spekulasi matawang bagi menjatuhkan nilai ringgit dan mengaut keuntungan daripadanya, seorang wartawan The Edge menghantar soalan kepada 1MDB berhubung pinjaman AS$975 juta diperolehinya dari Deutsche Bank pada September 2014, mengaitkannya dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.
Bagaimanapun, 1MDB tidak mahu mengulas lanjut perkara itu, mengatakan tiada apa yang perlu diperkatakannya selain seperti yang dimaklumkan di dalam laporan tahunan syarikat.
Tong berkata, The Edge banyak melaporkan tentang 1MDB kerana kebimbangan yang bukan hanya dirasai mereka tetapi ramai lagi pihak lain dalam sektor korporat dan perbankan, termasuk perkhidmatan awam juga.
"The Edge Media Group, yang termasuk The Edge dan The Malaysian Insider, percaya dengan penyertaan ekonomi dan sosial. Kami mahu menggalakkan ketelusan dan urustadbir yang baik.
"Kami cintakan negara kami dan sebagai sebuah media, kami bertanggungjawab kepada umum melaporkan sebarang isu yang menjadi kepentingan negara," kata Tong.
Sambil menegaskan yang beliau seorang warganegara Malaysia yang tidak memegang status warganegara mana-mana negara lain, katanya apabila The Edge Media Group membangkitkan isu yang menjadi cabaran negara, ia bukan satu tindakan mensabotaj negara.
Sebaliknya, ia akan membantu rakyat ke arah mencari solusi bagi kebaikan negara.
"Satu-satunya sebab The Edge menulis mengenai masalah dihadapi 1MDB ialah supaya isu itu dapat ditangani, dikekang dan diselesaikan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan