Pakatan tawan Putrajaya jika saya dipenjara, kata Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika dia dipenjarakan minggu depan, Pakatan Rakyat (PR) akan menang pada pilihan raya umum akan datang dan menawan Putrajaya.
Beliau berkata di sebalik semua serangan terhadap PR, gabungan pakatan masih memperoleh 52% undi popular dalam pilihan raya umum lalu.
“Rakyat sokong kita. Kita dapat 52%. Jika saya diletakkan dalam penjara sekali lagi, kita akan menang 60% (undi),” katanya di majlis minum petang bersama rakyat di Sungai Dua, Bayan Baru, Pulau Pinang, hari ini.
Dia mengulang lagi kenyataannya, berdasarkan kepada undang-undang dan keterangan saksi, dia pasti boleh dibebaskan.
“Jika itu semua tidak diikut, maka ‘lawan tetap lawan’,” katanya.
Anwar berkata dia ditanya berulang kali oleh media mengenai hukuman penjara.
“Saya tidak bersalah. Kenapa saya kena penjara?
“Adakah ekonomi akan jadi lebih baik jika di dipenjarakan? Adakah ia akan mengurangkan rasuah? Adakah ia akan menjaga kebajikan rakyat?
“Kita ada isu dengan kaum, agama dan ekonomi. Jangan belanja jutaan ringgit untuk cuba meletakkan saya di penjara,” katanya.
Anwar berkata dia ditawarkan suaka di luar negara tetapi menolaknya kerana dia mahu terus berada di sini dan berjuang.
Katanya tidak ada apa yang boleh menghalangnya daripada terus melawan terhadap penindasan demi negara dan rakyatnya.
“Tidak ada nilai wang boleh beli saya. Jangan ugut saya dengan penjara atau sabitan. Saya di sini untuk menyokong keperitan rakyat dan Malaysia.
“Saya tidak akan berkompromi atau menyerah,” katanya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.
Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya terhadap rayuan Anwar berhubung sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Selasa depan.
Anwar dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan itu tahun lalu dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya.
Di majlis minum petang itu, Anwar mengambil peluang membias Putrajaya berhubung isu perkauman, agama dan ekonomi.
Dia turut menyentuh isu kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyeru orang Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.
Anwar mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengkaji punca tarif elektrik dan harga gula masih naik.
Dia menyelar bagaimana pihak berkuasa bertindak terhadap orang Islam yang menyentuh anjing dalam satu program tahun lalu, seolah-olah ia masalah negara.
“Curi balak ok..boleh lari selepas membunuh pun. Orang Islam senang sangat diperbodohkan.
“Sekarang mereka (Umno) mahu sokong hudud? Betul ke? Tangan kena potong kerana curi balak.
“Lihat Kabinet. Separuh daripada mereka tidak akan ada tangan,” katanya, disambut gelak tawa orang ramai.
Acara itu adalah sebahagian daripada siri ‘Jelajah Rakyat Hakim Negara’ di Pulau Pinang. Malam ini, Anwar dijangka berucap di ceramah mega di Ampang Jajar di Permatang Pauh. – 7 Februari, 2015.
Apakah
DSAI akan mengikut jejak langkah sahabat baiknya Toyyeb Erdorgan
Presiden Turkey..yang mana partinya memenangi Pilihanraya sewaktu beliau
terkurung di dalam Penjara..??
Anak Muda Malaysia juga harus bangkit bagi membuktikan bahawa kita juga setanding dengan Anak muda Turkey bagi menumbangkan kezaliman Pemerintahan Kuku Besi
Teuku Zacharyah Iskandar ...
See More
Anak Muda Malaysia juga harus bangkit bagi membuktikan bahawa kita juga setanding dengan Anak muda Turkey bagi menumbangkan kezaliman Pemerintahan Kuku Besi
Teuku Zacharyah Iskandar ...
See More
Hanya undang-undang syariah beri keadilan sebenar
SHAH ALAM - Pas hari ini merakamkan ucapan takziah dan simpati
terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan
hukuman penjara lima tahun, bermula hari ini.
Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang berkata, keputusan tersebut mengulangi tragedi sama pernah ditanggung Anwar sebelum ini.
"Ia juga mengingatkan kita semua, hanya undang-undang syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.
"Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada Pas untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berharap ahli keluarga, serta seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, agar terus istiqamah bagi memperjuangkan keadilan di negara ini.
"Oleh itu kita perlu bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula menyifatkan pemenjaraan Ketua Pembangkang sebagai salah satu perjuangan yang dilakukan demi keadilan.
Menerusi satu posting yang dimuatnaik menerusi akaun Twitternya, Nik Abduh turut mengucapkan takziah ke atas Anwar dan seluruh keluarganya.
“Takziah buat Datuk Seri Anwar dan keluarga. Ia sunnah perjuangan untuk keadilan dan kebebasan. Malaysia kekal menagih sinar baru,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Anwar akan menjalani hukuman penjara lima tahun yang bermula hari ini di Penjara Sungai Buloh.
Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang berkata, keputusan tersebut mengulangi tragedi sama pernah ditanggung Anwar sebelum ini.
"Ia juga mengingatkan kita semua, hanya undang-undang syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.
"Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada Pas untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berharap ahli keluarga, serta seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, agar terus istiqamah bagi memperjuangkan keadilan di negara ini.
"Oleh itu kita perlu bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula menyifatkan pemenjaraan Ketua Pembangkang sebagai salah satu perjuangan yang dilakukan demi keadilan.
Menerusi satu posting yang dimuatnaik menerusi akaun Twitternya, Nik Abduh turut mengucapkan takziah ke atas Anwar dan seluruh keluarganya.
“Takziah buat Datuk Seri Anwar dan keluarga. Ia sunnah perjuangan untuk keadilan dan kebebasan. Malaysia kekal menagih sinar baru,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Anwar akan menjalani hukuman penjara lima tahun yang bermula hari ini di Penjara Sungai Buloh.
Saiful Bukhari: Ya ALLAH, kepada Mu ku bersujud
SHAH ALAM - “Berkat doa, istiqamah dan sabar selama tujuh tahun, pada
hari ini, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan
saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang ‘credible’,” kata
bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata, dia dan keluarganya menghormati keputusan yang diputuskan mahkamah hari ini.
“Seawal tujuh tahun dulu, dari mula saya membuat laporan polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.
“Juga sebagai hamba ALLAH yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti,” katanya yang dipetik blog peribadinya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Katanya, yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.
“Saya berdoa semoga ALLAH SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya,” katanya.
Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto Yazit Razali
“Tiada anak yang sanggup lalui detik itu”
PUTRAJAYA – ‘Tiada anak yang sanggup melalui detik itu’, ujar Nurul Izzah Anwar, anak sulung kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sedikit waktu lagi akan diumumkan nasibnya, sama ada dibebaskan atau kekal dengan hukuman Mahkamah Persekutuan sebelum ini, iaitu lima tahun penjara selepas disabit kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantu khasnya itu pada 24 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang.
“Umur ayah makin lanjut dan yang menyedihkan kalau dahulu, kami melihat individu yang memayung kami terpenjara, kini, ayah yang sepatutnya kami lindungi juga mungkin dizalimi sekali lagi.
“Tiada anak yang sanggup melalui detik itu,” katanya dipetik portal Malaysian Insider.
Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata, kesakitan yang dialaminya bersama keluarga tidak mampu diubati apabila teringatkan pesanan ayahnya untuk tidak mengaku kalah dan meneruskan usaha reformasi negara.
“Pesanan utamanya adalah supaya kami bersedia dengan sebarang kemungkinan. Pesanan jua buat kami meneruskan perjuangan, jangan pasrah tetapi terus dengan usaha menuntut reformasi di Malaysia.
“Sudah 16 tahun berlalu, maka anak-anak sudah patut lebih arif dengan perjuangan menuntut keadilan,” katanya.
Bagi Nurul Izzah, walaupun kesedihan pernah melanda keluarganya, namun detik terindah untuk bersama buat kali terakhir tidak akan dilepaskan.
“Sebenarnya, masa kami bersama ayah penuh dengan bibit-bibit gembira dan mesra. Kelucuan, karisma, ketabahan, sindiran manja ayah, sebenarnya menjadi sumber keceriaan bukan sahaja buat mama, anak-anak tetapi jua cucu-cucu yang bertandang di Bukit Segambut,” katanya, merujuk rumah keluarga di Kuala Lumpur.
“Justeru, pahit dan luka buat kali kedua ini menerusi fitnah lemparan tidak terubat; hanya kami mampu menyandarkan harapan kepada jati diri kebenaran dan peninggalan nilai keadilan oleh ayah.”
Nurul Izzah berkata walaupun berdepan dengan hukuman penjara, beliau yakin ayahnya akan dibebaskan hari ini berdasarkan hujah pihak pembelaan.
“Sebenarnya harapan kami agak menggunung memandangkan dari segi undang-undang, khususnya penghujahan peguambela Ramkarpal Singh, Gobind Singh Deo, Sangeet dan tentunya Datuk Gopal Sri Ram.
“Tentu pembebasan ayah itu pasti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Pada 7 Mac 2014, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman lima 2:00PM - 9 Feb 2015
Hakim beredar selepas dikecam Anwar
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peluang semasa hujah pendakwaan untuk menghamburkan kata-kata kecaman ke atas panel hakim yang memutuskan sabitan ke atasnya dalam kes Liwat II.Beliau juga enggan menutup mulut apabila diminta berbuat demikian oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, sehingga memaksa para hakim lain meninggalkan bilik mahkamaha.
Sebaik dibenarkan bercakap semasa persidangan hari ini, Anwar menuduh panel hakim bersekongkol dengan seteru politiknya – yang didakwa menjalankan konspirasi politik ke atasnya.
"Apabila tunduk kepada arahan pemimpin politik anda, anda turut bersubahat dalam membunuh badan kehakiman. Anda memilih untuk berada di pihak yang tidak betul,” katanya dengan marah.
Walau selepas para hakim itu beredar, Anwar meneruskan ucapan dengan nada yang tinggi dan berikrar untuk terus berjuang demi kebebasan dan keadilan.
“Saya tidak akan menyerah,” katanya.
Mahkamha Persekutuan yang mengekalkan sabitannya turut menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.
'Saya tidak bersalah', kata Anwar
- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
Anwar, 67, dengan nada sebak berkata, keputusan itu melengkapkan konspirasi politik bagi menjatuhkan karier politiknya.
“Yang Arif-Yang Arif (merujuk kepada panel lima hakim) tidak mengambil kira hujahan para peguam saya sejak dari hari pertama. Insiden itu (liwat) tidak pernah berlaku,” katanya.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya mendengar rayuan peringanan hukuman daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kelihatan agak terkejut dengan kecaman pemimpin pembangkang itu.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai sidang itu meminta Anwar berhenti daripada mengeluarkan kata-kata menghina mahkamah.
“Kamu boleh merayu tapi jangan menghina mahkamah ini,” Arifin memberi amaran.
Anwar bagaimanapun meneruskan ucapannya dengan nada yang lebih lantang.
Anwar berkata bukan satu kebetulan apabila Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan itu hanya beberapa minit sejurus mahkamah mengumumkannya sedangkan hukuman masih belum diputuskan.
Anwar menyelar keputusan hakim-hakim itu yang beliau kaitkan dengan pemerintah politik serta sistem kehakiman yang berkecuali.
Beliau berkata, hakim-hakim itu boleh mengharumkan nama (dalam keputusan tersebut), tetapi memilih sebaliknya.
Sekali lagi panel hakim meminta Anwar berhenti mengutuk mahkamah.
Namun Anwar meneruskan ucapan beliau dan menyebut mengenai konspirasi politik sehingga menyebabkan semua hakim bangun dan meninggalkan tempat duduk mereka.
Insiden itu menyebabkan mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 15 minit sebelum dimulakan semula.
Selasa, 10 Februari 2015 @ 2:21 PM
Hukuman 5 tahun penjara Anwar kekal
Keputusan itu dibuat panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria apabila mahkamah kembali bersidang sejurus rehat selepas menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan hukuman itu.
Anggota lain panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Berikutan keputusan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto Yazit Razali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan