• Dihukum gantung sampai mati Tertuduh, Mohd Faizal Mohd Yusof (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, semalam.
1 / 1
KUANTAN - Seorang banduan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam, selepas didapati bersalah membunuh pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Gambang, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Mohd Yusof, 29, didapati bersalah membunuh Mohd Wiralieyzaan Ambiah, 31, di bilik tahanan nombor 4, blok A, Bilik Pemerhatian Triage, Puspen lebih kurang jam 7.50 malam, 3 Februari 2013.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Ketika menjatuhi hukuman, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga seorang penganggur telah menggunakan seutas tali berwarna putih untuk menjerut leher mangsa ketika bersama-sama berada di dalam bilik tahanan Puspen.

Sementara itu, tertuduh turut mempunyai rekod lampau dan kini sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan meliwat di pusat tahanan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Shamsudin manakala tertuduh diwakili Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Bayi Jadi Mangsa Nafsu Pengasuh


Kuala Lumpur: Malang buat seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan apabila menjadi mangsa cabul ketika berada di rumah pengasuhnya di Kepong, di sini.
Kejadian itu hanya hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 7.30 petang Jumaat lalu sebaik mengambil anaknya itu dari rumah pengasuh terbabit.
Menurut sumber, difahamkan si ibu yang berusia 33 tahun mengesyaki anaknya dicabul suami pengasuh terbabit berusia 30-an.
“Mangsa menyedari perubahan anaknya itu ketika ingin menukar lampin pakai buang apabila terlihat kesan gigitan di badan dan lebam di alat sulit bayi itu,” katanya.
Sumber berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi pengasuhnya dan bertanya mengenai hal itu namun diberitahu kesan itu akibat anaknya belajar duduk serta akibat lampin pakai buang tidak ditukar.
“Sangsi dengan alasan pengasuhnya, dia yang tidak berpuas hati kemudian merujuk perkara itu kepada pihak hospital.
“Selepas pemeriksaan wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan doktor ia bukan daripada kesan lampin pakai buang sebaliknya terdapat tanda dicabul,” katanya.
Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.