1:27PM - 8 Feb 2015
Isu hudud, PBT ke mesyuarat khas pula
Pakatan Rakyat hari ini belum membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan.
Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas akan datang, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Pakatan hari ini.
Anwar berkata demikian dalam sidang media yang disertai lebih 20 pemimpin Pakatan membincangkan mengenai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Mesyuarat hari ini setuju semua keputusan oleh pimpinan Pakatan berteraskan muafakat bersama atas saling menghormati, keputusan dimuktamadkan sebegini menjadi asas keutuhan Pakatan selama ini.
“Pakatan juga akan meraikan perbezaan pendapat. Mesyuarat bersetuju (mengadakan) mesyuarat khas, bagi membincangkan dan merancang penyelesaian untuk sentuh Enakmen Syariah, pilihan raya PBT,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS Kuala Lumpur.
Sementara itu, Penasihat DAP , Lim Guan Eng berkata, mesyuarat khas itu akan dilakukan selepas keputusan rayuan akhir kes Liwat II Anwar pada Selasa ini disampaikan.
“Kami menegaskan, perbicaraan (Liwat II) ini bermotifkan politik. Majlis pimpinan juga setuju untuk bermesyuarat sejurus keputusan mahkamah (pada) 10 Februari,” kata Guan Eng.
Hadi sampaikan salam
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir dalam sidang media itu walaupun turut serta dalam mesyuarat sebelum itu.
Anwar ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu menjawab: "Dia (Hadi) sampaikan salam".
"Sebenarnya Hadi tangguhkan program lain dan dia sepatutnya meninggalkan mesyuarat awal tetapi dia kekal sampai akhir mesyuarat," kata Anwar.

Jualan al-Quran makin laris di Perancis
PARIS - PERANCIS. Jualan naskah al-Quran dan buku-buku agama Islam
laris di pasaran Perancis semenjak serangan bersenjata terhadap syarikat
penerbit, Charlie Hebdo, 7 Januari lepas.
Menurut Islampos, al-Quran terjemahan bahasa Perancis juga berada dalam kelompok 100 jualan terbaik di Amazon dalam tempoh 26 hari lalu.
"Sejak serangan itu, angka jualan al-Quran bertambah. Orang ramai memerlukan maklumat (mengenai Islam) dan mereka mahukan terjemahan (al-Quran) dari kami," kata Francois Maillot.
[ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Hebdo: Jolok sarang tebuan]
Maillot merupakan seorang pengarah kepada rangkaian kedai buku La Procure, yang merupakan antara rangkaian buku umum dan agama terbesar di Perancis.
Menurut beliau, warga Perancis mahukan terjemahan al-Quran dari beberapa penerbit seperti Denise Masson (Penerbit Folio), Jacques Berque (Penerbit Albin Michel) dan Malek Chebel (Penerbit Livre de Poche).

Berhenti jumpa bomoh
PUTRAJAYA - Masyarakat di negara ini perlu meninggalkan kepercayaan
karut seperti berubat menggunakan bomoh kerana boleh menyebabkan jatuh
syirik.
Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam, Datuk Ismail Kamus berkata, masih ramai masyarakat terutama orang Melayu yang masih mempercayai bomoh.
“Orang kita (Melayu) sendiri masih ramai yang menemui bomoh untuk mendapatkan rawatan. Mereka kata nak berikhtiar, tetapi cara yang dipilih itu salah dan boleh jatuh syirik.
“Kalau hidup dalam syirik, memang sudah tiada guna. Jika mahu berubat perlu mengikut ajaran dan syariat Islam,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Persatuan Perubatan Islam Darussalam, semalam.
Menurutnya, terdapat segelintir bomoh yang melakukan perbuatan seperti menyihir kembali pesakit jika tidak kembali berubat dengan mereka.
“Ini antara bahaya jika berubat dengan bomoh. Mereka akan menyihir kembali pesakit selain amalan ataupun ilmu yang digunakan jelas bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkata, untuk membendung masyarakat daripada bertemu bomoh, lebih ramai orang Islam perlu mempelajari cara perawatan mengikut ajaran Islam dengan betul.
"Salah satu sebab mengapa orang Melayu pergi kepada bomoh ialah kerana tidak banyak alternatif perubatan Islam yang ditawarkan.
“Kerana itu, lebih banyak kursus daripada persatuan perubatan Islam seperti yang dilakukan Persatuan Perubatan Islam Darussalam supaya lebih ramai yang mampu berubat dan elakkan masyarakat jumpa bomoh,” katanya.
Kata Ismail lagi, perubatan Islam kini semakin diterima baik hingga terdapat masyarakat daripada agama lain seperti Hindu dan Buddha sudah mula yang percaya pada rawatan Islam.
“Harus diakui masyarakat kini menghadapi pelbagai gangguan seperti sihir, rasukan, saka dan sebagainya. Rawatan cara Islam adalah yang terbaik namun, masih ada yang mempercayai bomoh.
“Malah, ada yang datang dari luar negara seperti Australia, Lubnan dan New Zealand semata-mata mahu mendapatkan rawatan di Darussalam. Sekurang-kurangnya kita dapat mendekatkan mereka dengan Islam,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 62 graduan telah berjaya menerima Ijazah Perubatan Islam Darussalam dalam konvokesyen yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.
·
·
Ikuti pengalaman Mejar Zaidi serta situasi mutakhir dirinya selepas dihukum diberhentikan kerja dalam wawancara eksklusif beliau bersama Ketua Pengarang Harakah,AHMAD LUTFI OTHMAN dan wartawan, ARIF ATAN di kediaman beliau di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang
WARTAWAN: Bagaimana status dan tindakan tuan selanjutnya selepas keputusan Mahkamah Tentera pada 12 Januari lalu?
MEJAR ZAIDI AHMAD: Pihak peguam, Hanipa Maidin buat kesimpulan bahawa panel hakim berat sebelah. Jadi, kita buat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Sepatutnya kalau ikut prosedur, Mahkamah Tentera perlu tangguh keputusan. Semakan kehakiman telah ditetapkan bulan depan. Sebabnya, Mahkamah Tentera juga tertakluk pada Mahkamah Sivil. Jadi, apa mampu saya buat setakat ini, kita hanya tunggu keputusan 5 Februari nanti.
Saya mahu bersihkan nama saya sebelum tindakan selanjutnya seperti saman akan dilakukan.
Buat masa ini, secara rasmi kalau diikutkan, saya belum diberhentikan tetapi saya diarah buat persiapan untuk berhenti. Ada borang-borang perlu diisi, hantar dokumen tertentu. Kalau diikutkan hukuman yang dikenakan dibuang kerja daripada perkhidmatan patutnya pencen dan faedah lain dapat cuma jumlahnya akan ditentukan pihak atasan. Saya difahamkan ada kes sebelum ini pegawai tentera yang diberhentikan kerana masalah disiplin, jumlah pencen diperolehnya dikurangkan.
Saya berkhidmat dalam tentera sudah 26 tahun. Kami selepas 21 tahun boleh mohon untuk bersara awal tapi dah jadi begini.
Saya memang berhasrat untuk pencen pada 2013 tapi saya sebagai jurulatih ada dua orang pelatih baru yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Cadangnya tahun 2014 nak submit permohonan untuk bersara awal.
Tugas sebagai jurulatih jet pejuang TUDM?
Tujuan utama kami di TUDM tentunya mempertahankan negara daripada serangan musuh. Kalau ada pesawat musuh ceroboh, kita mesti bersedia untuk memintas cuma masa negara aman ini kita biasa memantau pesawat Singapura di selatan tanahair. Mereka boleh lalu sebab itu laluan antarabangsa tapi dekat dengan pusat latihan kita. Mereka tak masuk kawasan Malaysia tapi kita mesti bersiapsiaga.
Ikut pergerakan mereka sampai mereka keluar.
Tugas kita di Selat Melaka tidak kritikal sangat tapi di Laut China Selatan pergerakan sukar dijangka, kawasan luas. Singapura ini banyak aset tapi kawasan tiada.
Kita pantau pesawat Singapura selain daripada itu kita buat latihan-latihan tertentu. Setiap tahun ada latihan peperangan.
Ada juga latihan dengan negara luar. Selain daripada itu, kita buat latihan biasa, sesama kita termasuk melatih juruterbang baru.
Boleh tuan ceritakan sedikit tentang pengalaman sepanjang 25 tahun berkhidmat?
Dulu masa di pusat latihan, baru belajar bawa pesawat ada juga kami buat pelik-pelik. Biasalah masa itu kita muda, nak buat macam-macam.
Kadang-kadang jurulatih tak buat sebab berisiko, tapi kita buat.
Pernah berlaku situasi mencemaskan tetapi kita berjaya recover balik pesawat naik ke atas.
Kebanyakan jet TUDM ini ada dua enjin, jadi kalau salah satunya padam, kecemasan tapi satu enjin pun masih boleh terbang.
Tapi pesawat F5E ini selalunya selepas diselenggara masa test itu selalunya satu enjin padam, kita balik satu enjinlah. Berdepan musuh belum lagi sebab setakat ini negara kita tidak perang lagi.
Paling tak dapat dilupakan, misi di Bosnia selama lapan bulan pada tahun 1995. Malaysia antara negara yang menghantar pasukannya untuk misi pengaman. Lebih kurang satu batalion atau 1,000 tentera tapi TUDM dihantar dalam empat orang saja. Kami ini sebagai controller, tidak bawa kapal terbang tapi kita pergi untuk controller pesawat Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara).
Kita dilatih oleh pihak Nato dan dibekalkan radio. Kalau ada kecemasan, kita akan panggil Nato datang. Memang kita di Bosnia, perang antara dua pihak berlawan berlaku atas kepala. Tembak, bom.
Serbia tembak 10 kali, pihak Islam balas sekali. Pihak Islam biasanya kurang senjata. Tembakan pula kadang-kadang jatuh dekat kem kita.
Masa itu boleh nampak pasukan Bosnia nak pergi perang, dengar taklimat.
Saya anggota Malbatt (Batalion Malaysia) ketiga. Setiap pasukan bertugas selama enam bulan.
Habis enam bulan, bertukar yang baru. Masa saya bertugas itu kira kemuncak perang. Pihak Nato buat serangan terhadap pihak Serbia.
Nampak jet-jet mereka menggugurkan bom di depan mata. Kawasan simpanan senjata yang dibom, letupan silih berganti. Serbia tembak missile pada Amerika, pilot mengelak.
Jadi, memang tengok perang live. Kadang-kadang ada peluru sesat kena khemah berlubang tapi masa saya itu, tiada korban jiwa.
Kalau ada pun di pihak tentera pemerhati. Ada juga pasukan Malaysia jadi pemerhati. Mereka ini lebih lagi dalam bahaya.
Setiap dua bulan, kami perlu ke Itali. Seminggu mereka nak test skill kita control termasuklah 4, 5 orang pelbagai negara seperti dari Sepanyol dan Pakistan. Lucunya, saya ingat orang dari Asia ini lemah bahasa Inggeris tapi ruparupanya yang paling bermasalah cakap orang putih ini, orang Perancis.
Bagaimana tuan ada keberanian untuk buat laporan polis sekali gus muncul sebagai satusatunya pegawai tentera yang membongkar realiti dakwat kekal itu sebenarnya tidak kekal?
Masa PRU13 lepas, kerajaan umumkan penambahbaikan pilihan raya dan itu memang lama kita sebagai rakyat nantikan.
Masa PRU12, kita mengundi selain kertas undi, ada satu borang ini kena tulis nama, nombor kita, tandatangan dan kepil sekali dengan kertas undi baru masuk dalam peti undi. Memang melucukan PRU12 tahun 2008 dulu.
Tapi tiba PRU13, itu semua tidak ada. Memang nampak berbeza dengan sebelum ini. Kita puas hati, seronoklah dengan penambahbaikan yang digembargemburkan.
Tiba-tiba pada hari mengundi tengok di internet orang kecoh cerita tentang dakwat di jari tidak kekal. Rasa ingin tahu, saya cuci jari yang dicelup dakwat itu. Memang bukan terus hilang tapi selepas sejam begitu, gosok dengan gosok periuk, habis hilang dakwat. Bersih sebersih-bersihnya. Kita rasa tertipu.
Adakah ini kesilapan teknikal? Kita tunggu juga apa isu sebenarnya.
Hairannya, tidak ada pula sebarang pengumuman untuk anggota-anggota bagi maklum balas tentang keberkesanan dakwat kekal. Tidak ada langsung taklimat sebut hal ini. Jadi tiada saluran untuk kita hendak beritahu, dakwat padam dan nak hubungi siapa.
Di internet banyak orang komplen dan saya jangka akan ada pihak kerajaan mohon maaf pada penjawat awam tapi malam itu di TV diisytiharkan kononnya penggunaan dakwat itu berjaya kerana tidak ada aduan.
Jadi, kita rasa tercabar. Saya nak buat aduan tapi tak tahu nak buat aduan pada siapa tetapi tiba-tiba Pengerusi SPR kata dakwat itu kekal kerana tiada aduan.
Jadi, saya malam itu saya berfikir panjang, hal ini bukan perkara kecil. melibatkan pemilihan pemimpin negara. Jadi tak tahulah tempat saya saja tak betul (dakwat).
Jadi untuk nak tahu sama ada saya seorang saja atau orang lain pun mengalami situasi sama, saya SMS pada kawan-kawan lain. Siapa yang alami macam saya, esok pagi kita buat laporan polis dakwat tanggal. Buat laporan, siapa yang tinggal sekitar Kepala Batas, jom sertai sama (buat laporan polis).
Pagi esoknya, ada 4, 5 orang tapi yang buat laporan saya dan anggota saya, Sarjan Jamal dan isteri saya. Yang lain tak berani, kebetulan mereka dalam proses nak berhenti.
Mereka berani datang tapi tak jadi nak buat laporan mungkin takut pencen terjejas dan sebagainya. Tak mengapa, saya faham. Jadi, yang buat laporan hanya tiga orang.
Sarjan Jamal pun beberapa hari lepas dikenakan tindakan iaitu diturunkan pangkat satu anak tangga. Pendakwaan ke atas beliau dibicarakan terus di peringkat dalaman.
Mustahil tuan tidak fikir risiko dari segi perkhidmatan sebagai pegawai tentera. Apa dorongan utama untuk tuan tampil ke depan?
Risiko memang saya dah duga. Ini melibatkan hal besar, pemilihan kepimpinan negara dan keduanya sebagai seorang beragama Islam, kita kena amanah. Hal ini melibatkan penggunaan wang rakyat. Kita sudah diberitahu dakwat patutnya kekal tapi kita sudah alami sendiri dakwat itu tidak kekal. Pada hal gaji penjawat awam datangnya daripada rakyat.
Dalam tentera, walaupun saya dikatakan melanggar disiplin tentera dan Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Tentera pun sendiri sebut Ikrar Kesatria, yang pertama ialah beriman kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya tapi saya rasa saya sudah cuba untuk menepati ikrar pertama itu sebab bagi saya, orang yang beriman dan bertakwa kena cakap benar sekalipun pahit.
Saya juga yakin saya setia pada negara. Dalam tentera pun, selalu ditekankan integriti, kena benar dalam semua keadaan, tidak menyeleweng.
Tapi saya faham dalam kes ini melibatkan politik, kita boleh agak apa tindakan akan dikenakan. Insya-Allah kita buat yang betul, ada hikmah di sebaliknya.
Islam didik kita dengan rezeki diberi Allah. Tak dapat dalam bidang ini, insya-Allah dalam bidang lain. Mungkin rezeki saya bukan lagi dalam tentera.
Apa perancangan tuan seterusnya sebab tuan sudah bermula dengan satu keputusan yang besar?
Bila diberhentikan, tugas saya yang utama kini menyedarkan anggota masyarakat kita tentang aspek pertahanan dan ketenteraan terutama dari segi persediaan negara khususnya ATM dalam menghadapi peperangan.
Saya juga mahu bantu Pakatan Rakyat. Saya telah dizalimi oleh sistem di bawah rejim sedia ada. Harapan saya lebih kepada Pakatan Rakyat untuk menguasai dan membetulkan kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku.
Masyarakat mesti sedar untuk kita semua beri desakan kepada pihak pemerintah. Kalau rakyat sendiri lantang menyuarakan keperluan kualiti pertahanan dan kelengkapan militari negara ini, kerajaan akhirnya akan akur pada tuntutan rakyat. Penguasa politik mesti dengar demand masyarakat atau hayat politik mereka akan berakhir.
Kena sampai tahap masyarakat faham akan keperluan aset kritikal tersebut kepada negara bukan menganggap “pandai-pandai kerajaanlah nak beli senjata apa.”
Apa yang kita tiada dan paling kritikal sekarang ialah pesawat Aewacs yang merujuk pada Airborne Early-Warning and Control System.
Saya juga dalam perancangan untuk tulis buku tentang hal ini. Kalau kita sebut pesawat Aewacs misalnya, ramai orang awam hanya tahu ‘awek’ (ketawa) padahal pesawat ini begitu penting sebab ada radar di atas dan di belakangnya.
Tapi Singapura sudah lama ada Aewacs.
Ya. Singapura boleh beli Aewacs sejak tahun 80-an lagi, pada hal kita dah masuk tahun baru 2015, masih tiada lagi aset kritikal yang penting ini. Itu dari segi keperluan tentera udara. Macam tentera laut pun sama. Aset maritim bukan setakat kapal saja, mereka juga perlukan pesawat udara untuk mengesan kapal musuh.
Tentera darat pun ada senjata pertahanan pangkalan macam meriam yang boleh digerakkan sebab sekarang ini kalau meriam, artileri kalau tembak, dalam masa beberapa saat sahaja kalau ada artillery locating radar, tembak sebiji, beberapa saat selepas itu musuh sudah tahu secara tepat lokasi kita di mana. Kalau kita tidak bergerak, dalam masa singkat saja serangan balas dari musuh datang.
Jadi, perlunya, artileri yang boleh bergerak sendiri. Lepas tembak ‘lari’ tempat lain. Setakat ini Malaysia tiada, sekarang ini yang kita ada jenis tarik dengan trak. Kena pasang, ambil masa. Lepas tembak kena ubah kedudukan. Lambat.
Pertahanan kita ini ada lagi benda-benda yang aset kritikal yang masih belum dimiliki.
Saya rasa sepatutnya kita miliki supaya kita jadi tentera disegani dan sentiasa bersiap-siaga dengan kelengkapan yang sewajarnya.
Aset tentera sudah jadi lubuk kepada rasuah seperti kerap didedahkan Laporan Ketua Audit Negara.
Kontroversi di sebalik urusan pembelian Scorpene, misalnya.
Ramai pertikaikan bahawa Razak Baginda melalui Perimekar itu dibayar rasuah tapi dia kata komisen RM500 juta tapi kerajaan kata untuk kerja-kerja support termasuk peranan orang tengah antara Perancis dan Malaysia.
Soalnya, kerajaan gagal menjawab persoalan rakyat.
Perlukah dana begitu banyak, sedangkan tentera ada orang yang berkelayakan. Mereka boleh buat sendiri, kenapa perlu pihak ketiga seperti Razak Baginda yang bukan ada latar belakang ketenteraan dalam mana-mana cabang sama ada udara, laut mahupun darat.
Bagaimana dia boleh jadi lead untuk projek dapatkan Scorpene itu?
Kebetulan pula dia memang rakan PM. Inilah yang menimbulkan tanda tanya kalangan orang awam. Secara rasmi komisen tapi dari segi pemerhatian dan tafsiran itu tak kena.
Tentera semua serbaserbi lengkap. Kalau nak cari penterjemah tak payah cari sampai Mongolia, ada tentera kita yang pakar bertahun-tahun duduk di Perancis cakap Perancis macam air (fasih).
Setiap tahun ada pegawai tentera dihantar belajar ke sana (Perancis) pun ada belajar bahasa untuk penterjemahan. Ada yang duduk di kedutaan. Mereka fasih cakap Perancis. Mengapa sampai perlu ambil orang Mongolia untuk jadi penterjemah?
Apa isu pertahanan paling kritikal di negara kita?
Bagi saya dan pastinya ramai anggota tentera yang cintakan tanah air ini, peluasan kuasa negara China sekarang ini menjadi ancaman kepada rantau Asia Tenggara. China telah isytihar Laut China Selatan ini miliknya yang kemudiannya sudah dimasukkan dalam peta rasmi negara mereka. Hanya beberapa negara membantah seperti Filipina dan Vietnam. Malaysia membisu tak bantah. Ini tidak patut berlaku.
China juga claim satu beting dipanggil Beting Serupai di perairan Sarawak sebagai miliknya. Kalau China kuatkuasa tuntutannya ke atas Laut China Selatan, habis telaga minyak kita jadi milik republik itu. Isu ini pernah juga akhbar The Star siarkan satu rencana oleh penulis dari Singapura yang menyokong tuntutan China ke atas Beting Serupai.
Hairannya, macam mana akhbar Malaysia boleh menyokong tindakan China yang cuba merampas hak kedaulatan perairan negara kita? Setakat ini tiada pula laporan polis dibuat. Pihak kerajaan patut peka ancaman kritikal ini.
HUKUM SUAMI ISTERI TIDUR BERASINGAN | Jom kita ikuti satu contoh yang telah berlaku tentang sumai isteri tidur berasingan.
SAYA berumur 26 tahun dan baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu. Saya selalu rasa terkilan dengan layanan suami yang kurang memberi perhatian kepada saya.
Buat pengetahuan Dang Setia, perangai suami saya pelik. Dia lebih suka tidur waktu tengah hari berbanding malam. Tiap-tiap malam malam saya tidur keseorangan tanpa teman, sedangkan suami lebih gemar menonton DVD.
Hubungan kami juga tak berapa mesra seperti pasangan suami isteri lain. Suami saya lebih banyak mendiamkan diri. Apabila saya ajak dia bergurau, dia hanya mendiamkan diri tanpa sebarang maklum balas.
Hati saya sunyi Dang Setia. Apa guna ada suami kalau tidur seorang diri. Pernah saya merajuk dan tunjuk muka masam pada suami, tapi dia hanya mendiamkan diri.
Apa harus saya lakukan? Saya betul-betul cinta dan sayang pada suami. Saya tahu dia juga cintakan saya, tapi dia jarang menujukkannya pada saya.
ISTERI SEDIH
JAWAPAN
Masalah begini sebenarnya serius, sebab itu dalam bidang kaunseling ada satu cabang khusus berkaitan masalah rumah tangga. Terus-terang Dang Setia bukan pakar dalam hal ini, cuma ada sedikit sebanyak maklumat yang rasanya bermanfaat untuk dikongsi bersama puan.
Pertama sekali, usia perkahwinan puan masih terlalu baru. Ini bermakna puan dan suami masih dalam proses penyesuaian dan saling lebih mengenali wajah sebenar peribadi masing-masing.
Jadi, ada kemungkinan ada satu atau dua perkara mengenai puan yang tidak digemari suami. Namun, masalahnya dia tidak meluahkan perkara itu. Inilah kesilapannya dan saudari perlu merungkai permasalahan ini.
Caranya ialah dengan mengajak suami berbincang dan berterus terang mengenai ketidakpuasan hati masing-masing. Perlu disedari komunikasi dua hala dan berkesan adalah tunjang kebahagiaan hidup berumah tangga. Jika wujud masalah dalam komunikasi, kebahagiaan rumah tangga bukan saja terjejas, bahkan boleh runtuh.
Jelas di sini, suami puan pendiam dan taktik merajuk yang puan gunakan tidak berkesan. Jadi, puan perlu menggunakan taktik lain untuk merangsangnya bercakap dan timbul keghairahan untuk beraksi aktif di tempat tidur.
Dua tahun lalu seorang suami menulis di ruangan ini mengenai masalah isterinya yang dingin seks dan tulisannya mendapat maklum balas daripada seorang isteri bernama Ayu yang pernah mengalami masalah dingin seks.
Namun kata Ayu dia akhirnya berjaya mengatasi masalah itu selepas melakukan beberapa cara. Biarpun apa yang diketengahkan Ayu bertujuan merangsang keinginan seksualnya sendiri, bagi Dang Setia maklumat diberi turut berguna untuk seorang isteri merangsang seksual suami.
Kata Ayu, dia belajar untuk merangsang diri sendiri dengan membaca bahan yang boleh membantu. Dia juga beli makanan tambahan supaya berstamina baik luar dan dalam serta belajar teknik yang pelik dalam hubungan kelamin daripada majalah, buku serta Internet.
Kata Ayu, hasilnya menakjubkan. Suaminya tak pernah minta tapi Ayu tahu bila dia mahu. Suaminya juga seronok bila Ayu melakukan benda pelik dalam hubungan kelamin, selagi tidak melampaui batas agama.
Jadi, Dang Setia mencadangkan puan turut melakukan apa yang disarankan Ayu, terutama dalam bab merangsang suami. Ringkas kata, disebabkan suami puan pasif, puan tidak boleh menunggu dia memulakannya, sebaliknya puan perlu mengambil tanggungjawab itu dengan bertindak seagresif mungkin untuk merangsangnya.
Paling penting, ingin Dang Setia tekankan, setiap suami dan isteri perlu faham bahawa melayan serta memenuhi kehendak pasangan masing-masing adalah ibadat. Melakukannya mendapat pahala dan mengabaikannya boleh mengundang dosa.
Jika segala usaha puan masih menemui jalan buntu, jangan teragak-agak merujuk masalah puan kepada kaunselor perkahwinan bagi mendapatkan nasihat serta bimbingan bagi mengelak rumah tangga puan terus dingin untuk jangka masa panjang.
5:27PM - 8 Feb 2015
Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam, Datuk Ismail Kamus berkata, masih ramai masyarakat terutama orang Melayu yang masih mempercayai bomoh.
“Orang kita (Melayu) sendiri masih ramai yang menemui bomoh untuk mendapatkan rawatan. Mereka kata nak berikhtiar, tetapi cara yang dipilih itu salah dan boleh jatuh syirik.
“Kalau hidup dalam syirik, memang sudah tiada guna. Jika mahu berubat perlu mengikut ajaran dan syariat Islam,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Persatuan Perubatan Islam Darussalam, semalam.
Menurutnya, terdapat segelintir bomoh yang melakukan perbuatan seperti menyihir kembali pesakit jika tidak kembali berubat dengan mereka.
“Ini antara bahaya jika berubat dengan bomoh. Mereka akan menyihir kembali pesakit selain amalan ataupun ilmu yang digunakan jelas bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkata, untuk membendung masyarakat daripada bertemu bomoh, lebih ramai orang Islam perlu mempelajari cara perawatan mengikut ajaran Islam dengan betul.
"Salah satu sebab mengapa orang Melayu pergi kepada bomoh ialah kerana tidak banyak alternatif perubatan Islam yang ditawarkan.
“Kerana itu, lebih banyak kursus daripada persatuan perubatan Islam seperti yang dilakukan Persatuan Perubatan Islam Darussalam supaya lebih ramai yang mampu berubat dan elakkan masyarakat jumpa bomoh,” katanya.
Kata Ismail lagi, perubatan Islam kini semakin diterima baik hingga terdapat masyarakat daripada agama lain seperti Hindu dan Buddha sudah mula yang percaya pada rawatan Islam.
“Harus diakui masyarakat kini menghadapi pelbagai gangguan seperti sihir, rasukan, saka dan sebagainya. Rawatan cara Islam adalah yang terbaik namun, masih ada yang mempercayai bomoh.
“Malah, ada yang datang dari luar negara seperti Australia, Lubnan dan New Zealand semata-mata mahu mendapatkan rawatan di Darussalam. Sekurang-kurangnya kita dapat mendekatkan mereka dengan Islam,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 62 graduan telah berjaya menerima Ijazah Perubatan Islam Darussalam dalam konvokesyen yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.
APAKAH PERBEZAAN GAMBAR DI BAWAH INI..
Foto Pertama adalah gambar Ustadz PONDAN yang hanya tahu berceramah di dalam Masjid, Surau, bilik2 Usrah tetapi TIDAK BERANI menegakkan keadilan di hadapan pemimpin yang zalim..
Foto kedua adalah gambar seorang tokoh pemimpin yang sanggup bertempur dengan kerajaan yang zalim bagi membela HAK RAKYAT....

Yang mana lebih bermaruah..?
Yang mana menepati tuntutan Islam..?/
Yang mana memenuhi akhlak seorang muslim..
Antara Ustad2 PONDAN dan Pemimpin yang sanggup bertempur dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat yang mana satu memenuhi tuntutan Syariat Islam..??
Jika dibandingkan dengan Ilmu..
Ilmu para Ustadz PONDAN ini hanyalah sekadar mengetahui bab2 Usul Fiqh ( halal, Haram. Makruh dan Sunat ). Kebanyakkan mereka tidak mengetahui tentang hal-hal Pentadbiran, Ekonomi, Perubatan, Perdagangan, Sains Teknologi, Inovasidan sebagainya..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return

Hidup Pakatan Rakyat
Hadi, Guan Eng hadir mesyuarat PR
- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Pertelagahan antara pemimpin DAP dan Pas hari ini
semakin reda apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh duduk semeja dalam mesyuarat
Majlis Pimpinan PR yang berlangsung kira-kira jam 2 petang tadi.
Walaupun Guan Eng sebelum banyak kali mengingatkan supaya Abdul Hadi
hadir pada mesyuarat itu, namun hari ini terjawab apabila kedua-dua
pemimpin boleh berlapang dada.
Mesyuarat Majlis Pimpinan PR itu dijadualkan bermula jam 2.30 petang tadi di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi tempelak Guan Eng isu hadir mesyuarat]
Terdahulu, Pas mengadakan mesyuarat pimpinannya pada sebelah paginya di tempat yang sama.
Antara isu yang dijangka akan hangat dibincangkan ialah pelaksanaan
hudud di Kelantan oleh Pas dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di
Pulau Pinang oleh DAP.
Kepincangan pertahanan negara di mata Mejar Zaidi |
Posted on Sunday, February 08 @ 14:42:03 MYT by paktam
BERSEMUKA mendengar luahan isi hati Mejar Zaidi Ahmad, 45, tentang cabaran pertahanan negara
bagai menjawab apa dorongan utama penyebab juruterbang Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) ini tampil mendedahkan kepincangan penggunaan
dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) lalu.Ikuti pengalaman Mejar Zaidi serta situasi mutakhir dirinya selepas dihukum diberhentikan kerja dalam wawancara eksklusif beliau bersama Ketua Pengarang Harakah,AHMAD LUTFI OTHMAN dan wartawan, ARIF ATAN di kediaman beliau di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang
WARTAWAN: Bagaimana status dan tindakan tuan selanjutnya selepas keputusan Mahkamah Tentera pada 12 Januari lalu?
MEJAR ZAIDI AHMAD: Pihak peguam, Hanipa Maidin buat kesimpulan bahawa panel hakim berat sebelah. Jadi, kita buat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Sepatutnya kalau ikut prosedur, Mahkamah Tentera perlu tangguh keputusan. Semakan kehakiman telah ditetapkan bulan depan. Sebabnya, Mahkamah Tentera juga tertakluk pada Mahkamah Sivil. Jadi, apa mampu saya buat setakat ini, kita hanya tunggu keputusan 5 Februari nanti.
Saya mahu bersihkan nama saya sebelum tindakan selanjutnya seperti saman akan dilakukan.
Buat masa ini, secara rasmi kalau diikutkan, saya belum diberhentikan tetapi saya diarah buat persiapan untuk berhenti. Ada borang-borang perlu diisi, hantar dokumen tertentu. Kalau diikutkan hukuman yang dikenakan dibuang kerja daripada perkhidmatan patutnya pencen dan faedah lain dapat cuma jumlahnya akan ditentukan pihak atasan. Saya difahamkan ada kes sebelum ini pegawai tentera yang diberhentikan kerana masalah disiplin, jumlah pencen diperolehnya dikurangkan.
Saya berkhidmat dalam tentera sudah 26 tahun. Kami selepas 21 tahun boleh mohon untuk bersara awal tapi dah jadi begini.
Saya memang berhasrat untuk pencen pada 2013 tapi saya sebagai jurulatih ada dua orang pelatih baru yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Cadangnya tahun 2014 nak submit permohonan untuk bersara awal.
Tugas sebagai jurulatih jet pejuang TUDM?
Tujuan utama kami di TUDM tentunya mempertahankan negara daripada serangan musuh. Kalau ada pesawat musuh ceroboh, kita mesti bersedia untuk memintas cuma masa negara aman ini kita biasa memantau pesawat Singapura di selatan tanahair. Mereka boleh lalu sebab itu laluan antarabangsa tapi dekat dengan pusat latihan kita. Mereka tak masuk kawasan Malaysia tapi kita mesti bersiapsiaga.
Ikut pergerakan mereka sampai mereka keluar.
Tugas kita di Selat Melaka tidak kritikal sangat tapi di Laut China Selatan pergerakan sukar dijangka, kawasan luas. Singapura ini banyak aset tapi kawasan tiada.
Kita pantau pesawat Singapura selain daripada itu kita buat latihan-latihan tertentu. Setiap tahun ada latihan peperangan.
Ada juga latihan dengan negara luar. Selain daripada itu, kita buat latihan biasa, sesama kita termasuk melatih juruterbang baru.
Boleh tuan ceritakan sedikit tentang pengalaman sepanjang 25 tahun berkhidmat?
Dulu masa di pusat latihan, baru belajar bawa pesawat ada juga kami buat pelik-pelik. Biasalah masa itu kita muda, nak buat macam-macam.
Kadang-kadang jurulatih tak buat sebab berisiko, tapi kita buat.
Pernah berlaku situasi mencemaskan tetapi kita berjaya recover balik pesawat naik ke atas.
Kebanyakan jet TUDM ini ada dua enjin, jadi kalau salah satunya padam, kecemasan tapi satu enjin pun masih boleh terbang.
Tapi pesawat F5E ini selalunya selepas diselenggara masa test itu selalunya satu enjin padam, kita balik satu enjinlah. Berdepan musuh belum lagi sebab setakat ini negara kita tidak perang lagi.
Paling tak dapat dilupakan, misi di Bosnia selama lapan bulan pada tahun 1995. Malaysia antara negara yang menghantar pasukannya untuk misi pengaman. Lebih kurang satu batalion atau 1,000 tentera tapi TUDM dihantar dalam empat orang saja. Kami ini sebagai controller, tidak bawa kapal terbang tapi kita pergi untuk controller pesawat Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara).
Kita dilatih oleh pihak Nato dan dibekalkan radio. Kalau ada kecemasan, kita akan panggil Nato datang. Memang kita di Bosnia, perang antara dua pihak berlawan berlaku atas kepala. Tembak, bom.
Serbia tembak 10 kali, pihak Islam balas sekali. Pihak Islam biasanya kurang senjata. Tembakan pula kadang-kadang jatuh dekat kem kita.
Masa itu boleh nampak pasukan Bosnia nak pergi perang, dengar taklimat.
Saya anggota Malbatt (Batalion Malaysia) ketiga. Setiap pasukan bertugas selama enam bulan.
Habis enam bulan, bertukar yang baru. Masa saya bertugas itu kira kemuncak perang. Pihak Nato buat serangan terhadap pihak Serbia.
Nampak jet-jet mereka menggugurkan bom di depan mata. Kawasan simpanan senjata yang dibom, letupan silih berganti. Serbia tembak missile pada Amerika, pilot mengelak.
Jadi, memang tengok perang live. Kadang-kadang ada peluru sesat kena khemah berlubang tapi masa saya itu, tiada korban jiwa.
Kalau ada pun di pihak tentera pemerhati. Ada juga pasukan Malaysia jadi pemerhati. Mereka ini lebih lagi dalam bahaya.
Setiap dua bulan, kami perlu ke Itali. Seminggu mereka nak test skill kita control termasuklah 4, 5 orang pelbagai negara seperti dari Sepanyol dan Pakistan. Lucunya, saya ingat orang dari Asia ini lemah bahasa Inggeris tapi ruparupanya yang paling bermasalah cakap orang putih ini, orang Perancis.
Bagaimana tuan ada keberanian untuk buat laporan polis sekali gus muncul sebagai satusatunya pegawai tentera yang membongkar realiti dakwat kekal itu sebenarnya tidak kekal?
Masa PRU13 lepas, kerajaan umumkan penambahbaikan pilihan raya dan itu memang lama kita sebagai rakyat nantikan.
Masa PRU12, kita mengundi selain kertas undi, ada satu borang ini kena tulis nama, nombor kita, tandatangan dan kepil sekali dengan kertas undi baru masuk dalam peti undi. Memang melucukan PRU12 tahun 2008 dulu.
Tapi tiba PRU13, itu semua tidak ada. Memang nampak berbeza dengan sebelum ini. Kita puas hati, seronoklah dengan penambahbaikan yang digembargemburkan.
Tiba-tiba pada hari mengundi tengok di internet orang kecoh cerita tentang dakwat di jari tidak kekal. Rasa ingin tahu, saya cuci jari yang dicelup dakwat itu. Memang bukan terus hilang tapi selepas sejam begitu, gosok dengan gosok periuk, habis hilang dakwat. Bersih sebersih-bersihnya. Kita rasa tertipu.
Adakah ini kesilapan teknikal? Kita tunggu juga apa isu sebenarnya.
Hairannya, tidak ada pula sebarang pengumuman untuk anggota-anggota bagi maklum balas tentang keberkesanan dakwat kekal. Tidak ada langsung taklimat sebut hal ini. Jadi tiada saluran untuk kita hendak beritahu, dakwat padam dan nak hubungi siapa.
Di internet banyak orang komplen dan saya jangka akan ada pihak kerajaan mohon maaf pada penjawat awam tapi malam itu di TV diisytiharkan kononnya penggunaan dakwat itu berjaya kerana tidak ada aduan.
Jadi, kita rasa tercabar. Saya nak buat aduan tapi tak tahu nak buat aduan pada siapa tetapi tiba-tiba Pengerusi SPR kata dakwat itu kekal kerana tiada aduan.
Jadi, saya malam itu saya berfikir panjang, hal ini bukan perkara kecil. melibatkan pemilihan pemimpin negara. Jadi tak tahulah tempat saya saja tak betul (dakwat).
Jadi untuk nak tahu sama ada saya seorang saja atau orang lain pun mengalami situasi sama, saya SMS pada kawan-kawan lain. Siapa yang alami macam saya, esok pagi kita buat laporan polis dakwat tanggal. Buat laporan, siapa yang tinggal sekitar Kepala Batas, jom sertai sama (buat laporan polis).
Pagi esoknya, ada 4, 5 orang tapi yang buat laporan saya dan anggota saya, Sarjan Jamal dan isteri saya. Yang lain tak berani, kebetulan mereka dalam proses nak berhenti.
Mereka berani datang tapi tak jadi nak buat laporan mungkin takut pencen terjejas dan sebagainya. Tak mengapa, saya faham. Jadi, yang buat laporan hanya tiga orang.
Sarjan Jamal pun beberapa hari lepas dikenakan tindakan iaitu diturunkan pangkat satu anak tangga. Pendakwaan ke atas beliau dibicarakan terus di peringkat dalaman.
Mustahil tuan tidak fikir risiko dari segi perkhidmatan sebagai pegawai tentera. Apa dorongan utama untuk tuan tampil ke depan?
Risiko memang saya dah duga. Ini melibatkan hal besar, pemilihan kepimpinan negara dan keduanya sebagai seorang beragama Islam, kita kena amanah. Hal ini melibatkan penggunaan wang rakyat. Kita sudah diberitahu dakwat patutnya kekal tapi kita sudah alami sendiri dakwat itu tidak kekal. Pada hal gaji penjawat awam datangnya daripada rakyat.
Dalam tentera, walaupun saya dikatakan melanggar disiplin tentera dan Pengerusi Panel Hakim Mahkamah Tentera pun sendiri sebut Ikrar Kesatria, yang pertama ialah beriman kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya tapi saya rasa saya sudah cuba untuk menepati ikrar pertama itu sebab bagi saya, orang yang beriman dan bertakwa kena cakap benar sekalipun pahit.
Saya juga yakin saya setia pada negara. Dalam tentera pun, selalu ditekankan integriti, kena benar dalam semua keadaan, tidak menyeleweng.
Tapi saya faham dalam kes ini melibatkan politik, kita boleh agak apa tindakan akan dikenakan. Insya-Allah kita buat yang betul, ada hikmah di sebaliknya.
Islam didik kita dengan rezeki diberi Allah. Tak dapat dalam bidang ini, insya-Allah dalam bidang lain. Mungkin rezeki saya bukan lagi dalam tentera.
Apa perancangan tuan seterusnya sebab tuan sudah bermula dengan satu keputusan yang besar?
Bila diberhentikan, tugas saya yang utama kini menyedarkan anggota masyarakat kita tentang aspek pertahanan dan ketenteraan terutama dari segi persediaan negara khususnya ATM dalam menghadapi peperangan.
Saya juga mahu bantu Pakatan Rakyat. Saya telah dizalimi oleh sistem di bawah rejim sedia ada. Harapan saya lebih kepada Pakatan Rakyat untuk menguasai dan membetulkan kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku.
Masyarakat mesti sedar untuk kita semua beri desakan kepada pihak pemerintah. Kalau rakyat sendiri lantang menyuarakan keperluan kualiti pertahanan dan kelengkapan militari negara ini, kerajaan akhirnya akan akur pada tuntutan rakyat. Penguasa politik mesti dengar demand masyarakat atau hayat politik mereka akan berakhir.
Kena sampai tahap masyarakat faham akan keperluan aset kritikal tersebut kepada negara bukan menganggap “pandai-pandai kerajaanlah nak beli senjata apa.”
Apa yang kita tiada dan paling kritikal sekarang ialah pesawat Aewacs yang merujuk pada Airborne Early-Warning and Control System.
Saya juga dalam perancangan untuk tulis buku tentang hal ini. Kalau kita sebut pesawat Aewacs misalnya, ramai orang awam hanya tahu ‘awek’ (ketawa) padahal pesawat ini begitu penting sebab ada radar di atas dan di belakangnya.
Tapi Singapura sudah lama ada Aewacs.
Ya. Singapura boleh beli Aewacs sejak tahun 80-an lagi, pada hal kita dah masuk tahun baru 2015, masih tiada lagi aset kritikal yang penting ini. Itu dari segi keperluan tentera udara. Macam tentera laut pun sama. Aset maritim bukan setakat kapal saja, mereka juga perlukan pesawat udara untuk mengesan kapal musuh.
Tentera darat pun ada senjata pertahanan pangkalan macam meriam yang boleh digerakkan sebab sekarang ini kalau meriam, artileri kalau tembak, dalam masa beberapa saat sahaja kalau ada artillery locating radar, tembak sebiji, beberapa saat selepas itu musuh sudah tahu secara tepat lokasi kita di mana. Kalau kita tidak bergerak, dalam masa singkat saja serangan balas dari musuh datang.
Jadi, perlunya, artileri yang boleh bergerak sendiri. Lepas tembak ‘lari’ tempat lain. Setakat ini Malaysia tiada, sekarang ini yang kita ada jenis tarik dengan trak. Kena pasang, ambil masa. Lepas tembak kena ubah kedudukan. Lambat.
Pertahanan kita ini ada lagi benda-benda yang aset kritikal yang masih belum dimiliki.
Saya rasa sepatutnya kita miliki supaya kita jadi tentera disegani dan sentiasa bersiap-siaga dengan kelengkapan yang sewajarnya.
Aset tentera sudah jadi lubuk kepada rasuah seperti kerap didedahkan Laporan Ketua Audit Negara.
Kontroversi di sebalik urusan pembelian Scorpene, misalnya.
Ramai pertikaikan bahawa Razak Baginda melalui Perimekar itu dibayar rasuah tapi dia kata komisen RM500 juta tapi kerajaan kata untuk kerja-kerja support termasuk peranan orang tengah antara Perancis dan Malaysia.
Soalnya, kerajaan gagal menjawab persoalan rakyat.
Perlukah dana begitu banyak, sedangkan tentera ada orang yang berkelayakan. Mereka boleh buat sendiri, kenapa perlu pihak ketiga seperti Razak Baginda yang bukan ada latar belakang ketenteraan dalam mana-mana cabang sama ada udara, laut mahupun darat.
Bagaimana dia boleh jadi lead untuk projek dapatkan Scorpene itu?
Kebetulan pula dia memang rakan PM. Inilah yang menimbulkan tanda tanya kalangan orang awam. Secara rasmi komisen tapi dari segi pemerhatian dan tafsiran itu tak kena.
Tentera semua serbaserbi lengkap. Kalau nak cari penterjemah tak payah cari sampai Mongolia, ada tentera kita yang pakar bertahun-tahun duduk di Perancis cakap Perancis macam air (fasih).
Setiap tahun ada pegawai tentera dihantar belajar ke sana (Perancis) pun ada belajar bahasa untuk penterjemahan. Ada yang duduk di kedutaan. Mereka fasih cakap Perancis. Mengapa sampai perlu ambil orang Mongolia untuk jadi penterjemah?
Apa isu pertahanan paling kritikal di negara kita?
Bagi saya dan pastinya ramai anggota tentera yang cintakan tanah air ini, peluasan kuasa negara China sekarang ini menjadi ancaman kepada rantau Asia Tenggara. China telah isytihar Laut China Selatan ini miliknya yang kemudiannya sudah dimasukkan dalam peta rasmi negara mereka. Hanya beberapa negara membantah seperti Filipina dan Vietnam. Malaysia membisu tak bantah. Ini tidak patut berlaku.
China juga claim satu beting dipanggil Beting Serupai di perairan Sarawak sebagai miliknya. Kalau China kuatkuasa tuntutannya ke atas Laut China Selatan, habis telaga minyak kita jadi milik republik itu. Isu ini pernah juga akhbar The Star siarkan satu rencana oleh penulis dari Singapura yang menyokong tuntutan China ke atas Beting Serupai.
Hairannya, macam mana akhbar Malaysia boleh menyokong tindakan China yang cuba merampas hak kedaulatan perairan negara kita? Setakat ini tiada pula laporan polis dibuat. Pihak kerajaan patut peka ancaman kritikal ini.
HUKUM SUAMI ISTERI TIDUR BERASINGAN
HUKUM SUAMI ISTERI TIDUR BERASINGAN | Jom kita ikuti satu contoh yang telah berlaku tentang sumai isteri tidur berasingan.
SAYA berumur 26 tahun dan baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu. Saya selalu rasa terkilan dengan layanan suami yang kurang memberi perhatian kepada saya.
Buat pengetahuan Dang Setia, perangai suami saya pelik. Dia lebih suka tidur waktu tengah hari berbanding malam. Tiap-tiap malam malam saya tidur keseorangan tanpa teman, sedangkan suami lebih gemar menonton DVD.
Hubungan kami juga tak berapa mesra seperti pasangan suami isteri lain. Suami saya lebih banyak mendiamkan diri. Apabila saya ajak dia bergurau, dia hanya mendiamkan diri tanpa sebarang maklum balas.
Hati saya sunyi Dang Setia. Apa guna ada suami kalau tidur seorang diri. Pernah saya merajuk dan tunjuk muka masam pada suami, tapi dia hanya mendiamkan diri.
Apa harus saya lakukan? Saya betul-betul cinta dan sayang pada suami. Saya tahu dia juga cintakan saya, tapi dia jarang menujukkannya pada saya.
ISTERI SEDIH
JAWAPAN
Masalah begini sebenarnya serius, sebab itu dalam bidang kaunseling ada satu cabang khusus berkaitan masalah rumah tangga. Terus-terang Dang Setia bukan pakar dalam hal ini, cuma ada sedikit sebanyak maklumat yang rasanya bermanfaat untuk dikongsi bersama puan.
Pertama sekali, usia perkahwinan puan masih terlalu baru. Ini bermakna puan dan suami masih dalam proses penyesuaian dan saling lebih mengenali wajah sebenar peribadi masing-masing.
Jadi, ada kemungkinan ada satu atau dua perkara mengenai puan yang tidak digemari suami. Namun, masalahnya dia tidak meluahkan perkara itu. Inilah kesilapannya dan saudari perlu merungkai permasalahan ini.
Caranya ialah dengan mengajak suami berbincang dan berterus terang mengenai ketidakpuasan hati masing-masing. Perlu disedari komunikasi dua hala dan berkesan adalah tunjang kebahagiaan hidup berumah tangga. Jika wujud masalah dalam komunikasi, kebahagiaan rumah tangga bukan saja terjejas, bahkan boleh runtuh.
Jelas di sini, suami puan pendiam dan taktik merajuk yang puan gunakan tidak berkesan. Jadi, puan perlu menggunakan taktik lain untuk merangsangnya bercakap dan timbul keghairahan untuk beraksi aktif di tempat tidur.
Dua tahun lalu seorang suami menulis di ruangan ini mengenai masalah isterinya yang dingin seks dan tulisannya mendapat maklum balas daripada seorang isteri bernama Ayu yang pernah mengalami masalah dingin seks.
Namun kata Ayu dia akhirnya berjaya mengatasi masalah itu selepas melakukan beberapa cara. Biarpun apa yang diketengahkan Ayu bertujuan merangsang keinginan seksualnya sendiri, bagi Dang Setia maklumat diberi turut berguna untuk seorang isteri merangsang seksual suami.
Kata Ayu, dia belajar untuk merangsang diri sendiri dengan membaca bahan yang boleh membantu. Dia juga beli makanan tambahan supaya berstamina baik luar dan dalam serta belajar teknik yang pelik dalam hubungan kelamin daripada majalah, buku serta Internet.
Kata Ayu, hasilnya menakjubkan. Suaminya tak pernah minta tapi Ayu tahu bila dia mahu. Suaminya juga seronok bila Ayu melakukan benda pelik dalam hubungan kelamin, selagi tidak melampaui batas agama.
Jadi, Dang Setia mencadangkan puan turut melakukan apa yang disarankan Ayu, terutama dalam bab merangsang suami. Ringkas kata, disebabkan suami puan pasif, puan tidak boleh menunggu dia memulakannya, sebaliknya puan perlu mengambil tanggungjawab itu dengan bertindak seagresif mungkin untuk merangsangnya.
Paling penting, ingin Dang Setia tekankan, setiap suami dan isteri perlu faham bahawa melayan serta memenuhi kehendak pasangan masing-masing adalah ibadat. Melakukannya mendapat pahala dan mengabaikannya boleh mengundang dosa.
Jika segala usaha puan masih menemui jalan buntu, jangan teragak-agak merujuk masalah puan kepada kaunselor perkahwinan bagi mendapatkan nasihat serta bimbingan bagi mengelak rumah tangga puan terus dingin untuk jangka masa panjang.
Pengganti Anwar ditentukan 10 Februari ini
- Sidang media Pakatan Rakyat selepas Mesyuarat Tertinggi Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan PR akan diadakan
pada 10 Februari ini bagi membincangkan pengganti Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai ketua pembangkang sekiranya beliau didapati bersalah
dalam penghakiman kes Liwat II.
Anwar bagaimanapun berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan pada
mesyuarat Majlis Pimpinan PR, hari ini tetapi hanya menetapkan 10
Februari ini sebagai mesyuarat khas ketiga-tiga parti pembangkang itu.
"Tidak (tentang pengganti Anwar), mesyuarat hari ini hanya
membincangkan untuk mengadakan mesyuarat khas selepas keputusan Mahkamah
Persekutuan.
"Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan
dan merangka penyelesaian menyentuh isu enakmen jenayah syariah dan
pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Pejabat Agung
Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tentang pengganti beliau sebagai ketua
pembangkang jika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah
dalam kes Liwat II pada 10 Februari ini.
Mahkamah Persekutuan mengeluarkan tarikh itu melalui akaun Twitter rasminya di laman rasminya pada 26 Januari lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi jaminan
partinya akan terus bersama-sama dalam perjuangan PR menjelang hari
keputusan kes Liwat II itu.
"Ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan bahawa perjuangan bersama dalam PR akan terus diutamakan.
"Majlis Pimpinan PR juga bersetuju untuk bermesyuarat semula selepas
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 10 Februari ini," katanya.
Tambah Anwar, mesyuarat khas itu juga akan diadakan di ibu negara dan
sebarang perubahan akan diputuskan oleh Sekretariat PR kelak.
Mat Sabu meluat tinggal di Malaysia?
pada 08-02-2015 09:02 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau
"meluat' tinggal di Malaysia malah akan berhijrah ke negara lain jika
menghadapi perbicaraan mahkamah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika saya ditawarkan berada di luar negara dan tidak perlu balik ke
Malaysia kerana nak hadapi keputusan mahkamah, barangkali saya akan
pilih duduk di luar negara. Saya pun meluat tinggal di sini. Benci,"
kata beliau kepada kira-kira 500 penyokong pembangkang di ceramah
anjuran PKR di sini.
Mohamad Sabu yang berkongsi pentas dengan Setiausaha Agong DAP Lim Guan
Eng dan Anwar pada majlis berkenaan, berkata beliau kagum dengan Ketua
Pembangkang itu.
"Kecekalan beliau (Anwar) itu saya sangat hormati sebab ramai pemimpin
di dunia mengambil keputusan lari ke luar negara apabila keadaan di
negara mereka tidak selamat, mereka akan memilih berada di luar. Bukan
takut, tapi ini strategi politik," katanya di majlis Jelajah Rakyat
Hakim Negara di Permatang Pauh, malam tadi.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini akan mengumumkan keputusan
terhadap rayuan Anwar Ibrahim untuk membatalkan hukuman penjara lima
tahun terhadapnya di atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful
Bukhari Azlan.
Ia adalah saluran undang-undang terakhir untuk Anwar mengelak daripada
di penjarakan untuk kali kedua kerana kesalahan meliwat.
Selama ini beliau mendakwa tuduhan itu adalah konspirasi politik oleh
pemimpin Umno untuk menjatuhkannya. Kerajaan menafikan tuduhan itu dan
menegaskan tuduhan liwat dan kes mahkamah Anwar tidak akan kena-mengena
dengan kerajaan mahupun Umno.
Seperti di ceramah-ceramah sebelum ini, Anwar malam tadi mencanangkan
tawaran jawatan dan keselesaan hidup di luar negara oleh pemimpin asing
yang meragui badan kehakiman negara.
Anwar mendakwa beliau ditawarkan jawatan sebagai Penasihat Agama di
Turki dan mendakwa bekas Presiden Indonesia, B.J Habibie pula
menasihatkannya untuk menetap di negara itu.
Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya Pulau Pinang menggesa penyokong Pakatan
Rakyat (PR) memberi sokongan padu kepada komponen tiga parti itu
sekiranya keputusan mahkamah kelak tidak menyebelahi Anwar.
5:27PM - 8 Feb 2015
'Bah berlalu tapi khemah masih berdiri'
Banjir besar sudah sebulan berlalu tetapi orang ramai masih tidur dalam khemah.
Perkara itu dibangkitkan oleh pengarah filem dokumentari Jules Ong yang membuat penggambaran berhubung kawasan bencana di Kuala Krai, Kelantan, yang paling teruk terjejas.
Masih terdapat keluarga didakwa masih berkhemah di kawasan rumah mereka yang rosak dibadai bah dan ada juga yang berkhemah di kawasan perkuburan Kubur Dala.
“Sebulan selepas itu di Kuala Krai, rumah-rumah masih rosok.
“Gambarnya nampak sama dengan apa yang saya ambil sebulan lalu,” tulisnya di Facebook.
Bekas pemberita itu berkata banyak khemah disalurkan oleh NGO seperti Shelterbox UK sementara Mercy Malaysia pula membina rumah pasang siap.
“Keluarga lapan anggota, termasuk enam kanak-kanak, ditanya sama ada menerima bantuan kerajaan.
“Satu tilam, dua bantal dan sekilogram beras. 'Tetapi kami terima bantuan daripada NGO dan orang biasa',” tulis Ong.

Siakap Keli added 9 new photos.
Masih
ingat kisah Ustaz Zaki yang berulang alik dari perlis ke kelantan
adakala ke johor dgn basikal doifnya semata-mata untuk mengajar al-quran
dan hadith?
Alhamdulillah.. Hasil sumbangan orang ramai, dapat juga dibelikan sebuah basikal baru yang selesa untuk beliau terus menjalankan tugar murninya itu.. - http://goo.gl/cAzvlB

Tiada ulasan:
Catat Ulasan