Taiwan: Sekurang-kurangnya sembilan maut setelah sebuah pesawat TransAsia yang membawa 58 penumpang mendarat cemas di sebuah sungai di Taiwan, lapor media tempatan di sini.
Video kejadian ketika telah dirakam oleh sebuah kenderaan yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Video tersebut memaparkan pesawat tersebut hampir merempuh lebuhraya sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat TransAsia Airways ATR 72-600 terhempas ketika mendarat pada Rabu di Keelung River di Utara Taiwan. ─ Siakapkeli.com.my
Beg Sekolah Bercorak Gambar Lucah Di Bahagian Dalam Dijumpai Di Pasaran
Beberapa keping gambar beg sekolah yang dikatan boleh didapati dipasaran mempunyai corak yang amat keterlaluan untuk digunakan apatah lagi diguna oleh kanak-kanak untuk ke sekolah.
Gambar yang menjadi viral di laman sosial itu memaparkan beg sekolah berjenama Burton yang mempamirkan gambar lucah di bahagaian dalamnya namun lokasi beg itu dibeli tidak pula dinyatakan.
Sekali pandang memang nampak seolah-olah gambar bunga tetapi apabila diteliti kembali ia memaparkan gambar lelaki dan perempuan dalam keadaan tidak berpakaian sedang melakukan hubungan intim.
Penemuan beg yang mempunyai gambar lucah itu kemudiannya telah dimuat naik gambarnya menerusi blog suarashiro.com.
Beg seperti ini haruslah dipantau oleh pihak berkuasa kerana ia akan digunakan oleh kanak-kanak sekolah dan mereka memang tidak patut didedahkan dengan perkara seperti ini. - Siakapkeli.com.my
Video: 500 Pekerja Dari China Peluk Islam Selepas Saksi Pengebumian Raja Abdullah
Sifat kesederhanaan yang ditonjolkan dalam majlis pengebumian Raja Abdullah Abdul Aziz yang meninggal dunia pada baru-baru ini telah berjaya menarik minat kira-kira 500 orang pekerja warga China di negara tersebut untuk memeluk islam.
Semua 500 pekerja warga China itu tersebut telah memeluk yang di sempurnakan dengan lafaz kalimah shahadah secara beramai-ramai.
Video yang dipaparkan diatas menunjukkan segala-galanya dengan mereka secara beramai-ramai mengucap kalimah shahadah dengan diajar oleh seorang lelaki warga tempatan. - Siakapkeli.com.my
15 terbunuh dalam nahas pesawat TransAsia
- Difahamkan kira-kira 15 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas ke dalam sungai. - Foto EPA
Memetik laporan dari portal 9news, setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan lebih dari 30 mangsa nahas masih terperangkap di dalam badan pesawat itu.
Pesawat yang membawa 58 penumpang dan anak kapal itu dikatakan terhempas ke dalam sungai tiga minit selepas berlepas dari lapangan terbang Songshan, lapor aplikasi FlightRadar24.
Laporan AFP yang memetik stesen televisyen tempatan turut melaporkan, 17 dikatakan selamat dalam insiden itu.
Setakat ini pihak berkuasa masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat di sungai tersebut.
Pesawat TransAsia ATR 72-600 itu dalam penerbangan domestik ke Pulau Kinmen sebelum ia melanggar jambatan dan terjunam ke dalam sungai.
Insiden berlaku kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas pesawat berlepas dari lapangan terbang menuju ke destinasi.
Menurut laporan portal itu lagi, TransAsia Airways dikatakan melakar sejarah hitam sekali lagi pada tahun ini, selepas pesawat model yang sama turut dilaporkan terhempas pada Julai tahun lepas.
Dalam nahas tahun lalu, sekurang-kurangnya 51 terkorban, manakala tujuh lagi mengalami kecederaan teruk selepas pesawat TranAsia gagal membuat pendaratan kecemasan dalam cubaan kali kedua di lapangan terbang Magong berikutan cuaca buruk.
12:58PM - 4 Feb 2015
'Kami tak lindungi polis didakwa rogol siswi'
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan
melindungi dua anggota polis yang didakwa memeras ugut dan merogol
seorang pelajar kolej.
Khalid juga dengan tegas memberitahu, pihak polis akan mengumpul semua bukti berkaitan dan akan berbincang dengan Peguam Negara bagi membuat pertuduhan.
Selain itu, katanya lagi, beliau juga telah mengeluarkan arahan supaya pegawai polis tersebut ditahan kerja serta siasatan secara mendalam diteruskan.
"Kita tak akan lindungi mereka. Kita akan kumpul bukti dan bila siap, kita akan bincang dengan Peguam Negara dengan tujuan untuk membuat pertuduhan.
"Saya juga telah arahkan tindakan tahan kerja dibuat dan siasatan dalam terus dibuat," katanya pada sidang media di Maktab PDRM di Cheras pagi ini.
Sebelum ini, dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej yang berusia 19 tahun.
Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu lalu dan mendakwa kedua-dua pegawai polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Lagi kes pekerja pasaraya dilarang solat
MUAR - Selepas Pasaraya Astaka, kini sebuah lagi pasaraya di daerah ini
didakwa tidak membenarkan pekerjanya yang beragama Islam menunaikan
solat ketika bekerja atau rehat.
Lebih mengejutkan apabila pekerja terbabit dimarahi serta diberi amaran keras jika dikesan melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Menurut sumber, beberapa pekerja pasaraya berkenaan mula berhenti kerja di premis tersebut bukan hanya disebabkan larangan itu tetapi juga kerana peraturan ketat pihak pengurusan.
“Ada pekerja melalui pengalaman buruk selepas dikatakan melanggar peraturan pasaraya dengan menunaikan solat.
“Mereka bukan hanya dihamburkan kata-kata kesat, bahkan ada pekerja ditarik ketika sedang menunaikan solat dari bilik rehat ke pejabat,” katanya.
Katanya, pekerja terbabit mengetahui tidak dibenarkan solat selepas diberitahu rakan lain yang juga merupakan pekerja pasaraya berkenaan.
“Lebih menyukarkan mereka bila bilik rehat yang sebelum ini menjadi tempat solat dikunci selepas waktu rehat pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tamat.
“Ada pekerja terpaksa menunaikan solat secara bersembunyi di stor yang ruangnya terlalu kecil demi menyempurnakan tuntutan sebagai orang Islam,” katanya.
Sumber berkata, tindakan pekerja terbabit dapat dihidu menyebabkan dia dimarahi di hadapan pelanggan yang sedang membeli belah.
“Pekerja itu memberitahu, sejak insiden tersebut, dia pernah dibaling dengan kotak dan dimarahi hanya kesilapan tidak ingat kod barang yang ditugaskan kepadanya,” katanya.
Katanya, pekerja itu pernah beberapa kali mohon berhenti kerana tidak tahan dengan tekanan yang dihadapinya tetapi tidak dibenarkan pihak pasaraya.
Tambahnya, bagaimanapun, pekerja itu telah diberhentikan kerja bulan lalu.
Sementara itu, wakil pasaraya berkenaan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.
Dalam pada itu, Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan majikan perlu prihatin dengan keperluan pekerja untuk menunaikan solat.
Bagaimanapun katanya, pejabat kadi tidak mempunyai kuasa mengarahkan pasaraya berkenaan membuat bilik solat di premis tersebut.
Januari lalu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Cawangan Muar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar sebelum berpiket di hadapan Pasaraya Astaka bagi membantah tindakan pasaraya berkenaan melarang pekerja Islam menunaikan solat ketika waktu kerja dan rehat.
Ekoran tindakan itu, pasaraya terbabit setuju membina surau dalam premis tersebut yang dijangka siap selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan