Sabtu, 14 Februari 2015

HANYA TINGGAL KENANGAN...CONTOHI BELIAU....BIASALAH TENTU ADA YANG BENCI DAN TAK SUKA...RASULLULLAH SAW PUN ADA YANG MEMBENCINYA....YANG MEMBENCINYA YANG JELAS IALAH ORANG YANG TAK BERIMANLAH




Abdul Fatah terkedu Tok Guru lamar anak perempuan
  •  Abdul Fatah Haron Abdul Fatah Haron
1 / 1
RANTAU PANJANG – “Saya terkedu apabila mendengar lamaran daripada Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu melamar anak perempuan saya, ketika itu dia baru berusia 14 tahun,” kata Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron.

Menurutnya, Allahyarham melamar anak perempuannya, Farah untuk anak lelakinya, Nik Mohamad Abduh.

Beliau berkata, anaknya belum menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), maka soal perkahwinan agak terlalu jauh dalam fikirannya ketika itu.

Namun katanya, berbeza dengan pendirian Allahyarham yang suka anak muda mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Memikirkan keperibadian keluarga seorang ulama terulung dan keperibadian bakal menantu, saya bersetuju dengan lamaran tersebut.

“Alhamdulillah, mereka mendirikan rumah tangga dua tahun kemudian iaitu ketika anak saya berusia 16 tahun,” katanya.

Menurutnya, walaupun berkahwin di usia muda, Farah memperoleh keputusan cemerlang kelas pertama dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika menduduki peperiksaan di Kedutaan Malaysia di Mesir kerana mengikuti Nik Mohamad Abduh.

Abdul Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, antara keperibadian lain yang dimiliki Tok Guru adalah sifatnya yang tidak pernah bersangka buruk terhadap mana-mana pihak.

Menurutnya, ramai pihak mengambil kesempatan terhadap keperibadian Allahyarham dengan melemparkan spekulasi yang kadang-kala berbaur fitnah.
“Ramai dalam kalangan pemimpin lain yang terkena, malah saya sendiri pernah dipanggil kerana dikatakan menipu dalam pembahagian tanah pusaka.

“Walaupun terbukti ia hanya fitnah, namun Tok Guru tak pernah menaruh dendam,” katanya.

Selain itu, Abdul Fatah berkata, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah cadangan Tok Guru kepada memimpin Pas ketika itu berhubung sagu hati sekiranya mahu berkahwin dua.

“Walaupun isu ini agak sensitif bagi golongan wanita, namun ia mendapat sokongan penuh daripada Tok Guru sendiri,” katanya.





Hidup 'sempoi' Tok Guru jadi tarikan
  • Lim Guan Eng Lim Guan Eng
1 / 1
KOTA BHARU - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menyifatkan kehidupan Nik Aziz yang 'sempoi' (sederhana) membuatkan rakyat tertarik hati dengan gaya kepimpinan beliau.

Setiausaha Agung DAP itu mengakui rasa kehilangan seorang tokoh yang bukan sahaja dihormati masyarakat Islam, tetapi disukai oleh orang bukan Islam.

“Keperibadian Tok Guru sangat disenangi kita, dia seorang yang sangat sempoi. Ia menjadi contoh kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada kerajaan negeri yang dikuasai PR,” katanya ketika menziarahi jenazah Allahyarham Tok Guru di Masjid Pulau Melaka.

Menurutnya, ketika PRU12, PR memenangi lima negeri, kesemua menteri besar yang dilantik masih baru dan kurang pengalaman.

“Jadi kita gunakan Tok Guru sebagai model kepimpinan kerajaan negeri untuk lebih berjaya,” katanya.

SUBHANALLAH.... TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT...
*Gambar di atas semasa hayatnya di Masjid Sultan Mizan
*Gambar di bawah semasa pemergiannya ke rahmatullah di Pulau Melaka
*Inilah antara insan terhebat sepanjang zaman
‪#‎TGNA‬ ‪#‎INNALILLAH‬ ‪#‎ALFATIHAH‬ ‪#‎ALLAHUAKBAR‬
Like ·
·




Tok Guru disemadi, lebih 50,000 hadir

Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Siti Nor Hidayatidayu Razali

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, 10.55 pagi tadi.
Terdahulu, lebih 20,000 orang menyertai solat jenazah di Masjid Tok Guru pada 9.55 pagi sebelum mereka mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba pada 9.45 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir turut menyertai solat jenazah bersama jemaah lain.
Lebih 50,000 orang setia menanti sehingga pengebumian selesai.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal kira-kira 40 tahun lalu.
Turut hadir di tanah perkuburan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia 9.40 malam tadi akibat kanser prostat.
Terdahulu, Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari lalu.
Ketika dibawa pulang, beliau terpaksa diusung menggunakan katil hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen.
Anaknya, Nik Mohamad Abduh kemudian mengesahkan Nik Abdul Aziz meninggal dunia di depan ahli keluarga.
Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 11:38 AM


JENAZAH Nik Abdul Aziz selamat disemadikan 11 pagi tadi. FOTO Khairull Azry Bidin

Nik Aziz ibarat seorang bapa - Wartawan






Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - Foto AFP
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih mesra disapa Tok Guru diibaratkan sebagai seorang bapa yang sentiasa tidak lekang dengan nasihat kepada anaknya.
Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zabidi Ishar, 46, berkata sepanjang 22 tahun bertugas sebagai wartawan di Kelantan, Nik Abdul Aziz bekas menteri besar Kelantan lebih dua dekad sejak 1990, dikenalinya sebagai seorang yang lembut walaupun tegas dalam pendiriannya.
"Tok Guru pernah memberitahu kami, tugas wartawan juga seperti pendakwah tetapi mestilah dilakukan dengan cara dan niat yang betul.
"Sepanjang mengikuti perkembangan kehidupannya, beliau seorang yang sangat mesra dan senang didekati," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Pulau Melaka di sini, pada 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, dirawat di hospital itu sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat.
Zabidi yang kini bertugas sebagai Pewarta di Muar, Johor berkata walaupun dalam keadaan uzur di saat-saat akhir kehidupannya Nik Abdul Aziz tetap akan memberi kerjasama bila diajukan soalan oleh wartawan.
"Pernah satu ketika, oleh kerana uzur beliau duduk di tangga rumahnya sambil menjawab soalan yang ditanya. Walaupun seminit beliau pasti memberi kerjasama dan menyatakan pendiriannya. Itulah Nik Aziz yang saya kenali.
"Secara peribadi saya turut terasa kehilangannya. Moga rohnya dicucuri rahmat," katanya.
Penulis khas Berita Harian, Veena Rusli, 45, berkata Nik Abdul Aziz merupakan seorang tokoh yang mudah didekati dan memahami tugas wartawan walaupun kerap diasak soalan provokasi terutama berkaitan isu politik tanah air.
Veena yang ketika itu bertugas di Kelantan pada 1996 hingga 2003 berkata Allahyarham merupakan seorang yang penuh dengan kiasan mendalam selain gemar berjenaka tetapi kerap disambung dengan "yang itu wartawan tak usah tulislah, saya nak juga bergurau dengan wartawan."
"Saya pernah bertanya apa doanya setiap kali didatangi orang ramai membawa botol air untuk dijadikan air penawar. Tok guru ketawa kecil sebelum menjawab: "Biasanya saya baca surah al-Fatihah. Itu saja. Lebih afdal jika ibu bapa sendiri yang doakan anak.
"Antara pesanan yang kerap diucapkan Allahyarham ialah tugas wartawan ni sama dengan tok guru. Saya mengajar agama, wartawan mendidik masyarakat. Di akhirnya nanti, kita sama-sama akan menjawab di depan Allah SWT," katanya.
Sementara itu, bagi pelajar Maahad Darul Anuar yang diasaskan oleh Nik Abdul Aziz, mereka turut merasai kehilangan tokoh ulama itu yang banyak berjasa dalam menubuhkan sekolah beraliran agama itu selepas Allahyarham pulang dari menuntut ilmu di luar negara.
Mohamad Firdaus Faezan, 14, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia sering melihat Nik Abdul Aziz menunaikan solat di Masjid Tok Guru Pulau Melaka yang bersebelahan dengan kediaman bekas menteri besar itu, namun tidak pernah bercakap dengannya.
"Saya sedih bila dapat tahu Allahyarham meninggal malam semalam. Beliau sering pesan dekat mudir supaya kami belajar bersungguh-sungguh dan teruskan perjuangan menegakkan Islam," katanya.
Rakannya, Ahmad Azfar Rosmadi, 14, dari Jeram Perdah, Pasir Mas berkata beliau memilih untuk belajar di maahad berkenaan kerana boleh berada dekat dengan golongan ulama.
"Allahyarham juga sering pesan supaya kami sentiasa bersopan-santun ketika berada dalam masjid," katanya. - BERNAMA
Like ·
· width="466">








Subhanallah





23 hrs ·
Tok Guru dah xde,, baru keluar artikel ni...
Artikel ni bukan dari Harakah... Dari The New Straits Times Press/metro.
"Menteri Besar Paling Bersih ".
Tok Guru ada kata;
"tapak Kaki kita kalau dah keras,pijak paku atau duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras.Tetapi kalau tapak Kaki yg lembut, terpijak duri sikit saja sudah berdarah.Demikian jugalah hati.Kalau ianya sudah keras,tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa".




Like ·
Like ·
· ·

Monday, 6 May 2013


Benciku Pada Tok Guru





Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera pada teman-teman dialam maya sekalian.



Apa khabar anda semua? Semoga masih diberikan kesihatan disamping keluarga tercinta.



Sungguh sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam nota alam maya ini. Mungkin anda semua terkejut bukan kerana tajuk nota yang saya kongsikan kali ini begitu hangat sesuai dengan hangatnya gelombang Pilihan Raya Umum yang ke 13 negara kita.



Saudaraku sekalian, memang benar sungguh saya pernah membenci Tok Guru Nik Aziz pada tujuh tahun yang lampau. Kenapa agaknya saya membenci beliau? Kerana pada ketika itu, saya baru berusia belasan tahun dan makanan media kami hanyalah media arus perdana.



Setiap hari kami diinduksikan dengan bahan-bahan berita keburukan beliau, keburukan Parti Islam Semelaysia (PAS) dan kemunduran negeri Kelantan. Saya masih ingat lagi ketika saya mempersendakan gaya Tok Guru di kelas bersama teman-teman sekelas dan mereka bergelak ketawa.



Namun begitu, Allah takdirkan ketika saya menyambung pelajar diperingkat pengajian tinggi saya menerima tawaran belajar itu di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan. Pada ketika itu semua saudara mara yang rapat dengan saya mengingatkan agar berhati-hati disana kerana itu negeri pembangkang.



Bila sebut negeri Kelantan, semua ada persepsi negatif kerana telah diolah kotak minda kami untuk mencurahkan rasa benci pada pimpinan dan negeri pembangkang itu.



Subhanallah.



Begitu hebat susunan Allah swt keatas diriku ini. Ingin sekali saya kongsikan pengalaman saya belajar di negeri pembangkang itu.



Hari pertama saya menjejakkan kaki disana sekitar pukul 5 pagi kerana kami baru tiba menaiki bas dari Kuala Lumpur, beg sandang saya mengandungi wang bernilai RM 1000 dan semua dokumen-dokumen penting untuk urusan sambung belajar tertinggal di stesen bas. Saya hanya menyedari beg sandang saya tidak ada pada pukul 9 pagi pada ketika saya sudah berada di asrama.



Segera saya meminta bantuan warden asrama untuk menghantarkan saya ke stesen bas itu agar saya mencari beg itu. Saya cukup bimbang kerana semua benda penting dan duit itu adalah duit belanja saya. Masih segar lagi di ngiang telinga saya kata-kata warden saya pada ketika itu:



"Jangan bimbang beg tu takkan hilang, kerana ini negeri Kelantan"



Saya seolah tidak mengerti kenapa warden itu berkata demikian. Adakah sekadar kata-kata memujuk untuk aku agar tidak begitu risau.



Allahurabbi.



Tatkala kami tiba disana, aku melihat beg sandang yang aku letak diatas bangku stesen bas itu langsung tidak berubah kedudukannya dan seolah-olah tidak pernah diusik langsung oleh sesiapa. Sungguh luarbiasa didikan negeri pembangkang ini terlintas dibenak fikiranku dan baru saya memahami maksud kata-kata warden tadi.



Kisah yang lain, ketika aku keluar bersiar-siar bersama rakan-rakan yang baru sampai dari Sabah untuk kebandar Kota Bharu. Alangkah terkejutnya kami semua bila melihat bandar Kota Bharu sebuah bandar yang maju, tidak seperti yang diwar-warkan kepada kami bahawa ia bandar yang mundur. Bahkan saya melihat ia lebih maju dari daerahku sendiri.



Bila kami perhati semua papan-papan iklan (Signboard) yang ada di Kota Bharu, apabila ia melibatkan gambar wanita pasti ia memakai tudung. Aku pernah melihat, seorang wanita orang putih memakai tudung disebuah iklan. Inilah didikan Tok Guru untuk masyarakatnya.



Demikian juga aku melihat papan tanda perniagaan di mana-mana hatta ia dimiliki oleh orang cina pun pasti ada tulisan jawi pada setiap papan tanda itu. Sungguh perjuangan mereka sampai kepada semua masyarakat tanpa mengira perbezaan fahaman agama.



Pada ketika aku dan teman-teman berjalan di sekitar pasar tamu di berhampiran pasar Siti Khadijah berlaku lagi suasana yang baru saya temui. Saat itu berkumandang azan asar, kami melihat segenap peniaga disekitar situ terus laksana meninggalkan perniagaan masing-masing tanpa menutup perniagaan mereka untuk solat. Subhanallah. Begitu tinggi keyakinan mereka dalam menjaga hak-hak Allah, pasti Allah menjaga hak-hak mereka.



Selama mana saya belajar di Kelantan tidak pernah sekali pun aku temukan papan-papan iklan yang menyebarkan iklan minuman-minuman arak dan sebagainya. Selama itu juga tidak pernah sekalipun saya temui pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pawagam. Sungguh aneh bagiku kerana benda itu tidak asing bagi kami di Sabah.



Bila menyebut Tok Guru, akhirnya saya bersua muka juga dengan Tok Guru. Pada ketika itu, ada seorang teman belajar mengajak saya ke medan ilmu katanya di Kota Bharu pada pagi jumaat. Saya pun ikut dan pergi kemedan ilmu itu, suasananya sungguh luar biasa. Kami terpaksa parking kereta lebih kurang 700 meter jauh dari tempat ceramah itu. Saya melihat begitu ramai orang hadir dan medan ilmu itu betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu.



Alangkah terkejutnya saya apabila menyaksikan sendiri ribuan orang sudah sampai dan dipentas sana aku melihat sebuah susuk tubuh yang tua dan orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya duduk mendengar ceramah beliau, dan sedikitpun saya tidak menemukan keburukan yang terkandung dalam ceramah beliau.



Itulah didikan seorang Menteri Besar Kelantan yang membudayakan ilmu pada masyakatnya. Kesannya saya memerhatikan besar atau kecil surau dan masjid-masjid yang terdapat di Kelantan pasti ada seorang Ustaz yang akan mengajarkan ilmu agama. Suasana ini tidak ada di negeriku.



Persepsi benci terhadap beliau beransur hilang. Masih lagi saya ingat saya pernah solat subuh di masjid madrasah beliau di Pulau Melaka. Saya menyaksikan begitu ramai jemaah baik dari penduduk tempatan mahupun pelajar madrasah itu datang memenuhi ruangan masjid itu. Beliau akan mengimamkan solat lima waktu di masjid itu bahkan beliau juga akan membuat pengisian ilmu disana.



Selesai solat subuh disana, saya sekali lagi berasa hairan kenapa ramai orang datang bahkan puluhan orang membawa bayi dan bertemu Tok Guru. Saya menyaksikan Tok Guru akan menggunting rambut bayi itu dan akan menyuapkan buah kurma pada bayi itu. Saya bertanya pada salah seorang sudah membawa bayi mereka untuk bergunting bersama Tok Guru.



"Kamu semua ni memang asal sini ke? Kenapa bawak bayi untuk bergunting dengan Tok Guru"



Inilah jawapan mereka:

"Tidak semua dari kami berasal dari Kelantan, malah ada yang datang dari Terengganu dan negeri-negeri lain. Kami mahu biarlah makanan pertama yang masuk kedalam mulut anak kami adalah dari tangan ulamak seperti  Tok Guru"



Allahu Rabbi. Rupanya selama ini saya membenci insan yang mulia kerana dia seorang ulamak dan dia bukan sahaja seorang menteri besar. Sungguh saya telah berdosa. Persepsi benciku itu meleset sama sekali terhadap Tok Guru. Saya difahamkan hampir setiap hari orang akan datang membawa bayi yang baru lahir untuk bergunting dengan Tok Guru.



Pernah juga saya menyaksikan disaat ada majlis besar peringkat IPT negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan. Entah kenapa saya seolah terasa gembira saat Tok Guru akan tiba, sengaja saya duduk di kerusi hujung tempat laluan orang yang akan masuk kedalam dewan itu, agar saya dapat memerhatikan Tok Guru dari jarak yang dekat.



Subhanallah. Saat Tok Guru lalu betul-betul disebelah saya, saya dapat memerhatikan beliau mengenakan kasut yang popular dengan jolokan kasut kungfu. Setahu saya harganya tidak kurang dari RM 10 sahaja. Saya menyaksikan pakaiannya yang biasa dan diserasikan dengan kain pelekat dan serban pada kepalanya. Sungguh zuhudnya pemimpin bergelar Menteri Besar sepertinya.



Selama saya belajar di Kelantan, tidak ada seorang pun yang kempen untuk kepada saya perihal PAS mahupun perihal kebaikan Tok Guru. Namun, hati saya terbuka untuk mendokong mereka kerana saya menyaksikan sendiri, pemerintahan seperti inilah pemerintahan sebenar. Kalau baik pemimpin sesebuah negara itu, maka baik pula natijah kepada negara dan masyarakatnya.



Pemimpin seperti beliaulah pemimpin yang diidamkan oleh masyarakat sebenarnya. Saya sendiri menyaksikan itu semua secara realitinya, dan barulah saya sedari rupanya segala tomahan dan fitnah dimedia arus perdana itu adalah rekaan semata bahkan ianya adalah cerita menipu rakyat.



Justeru itu, hari ini begitu bersejarah bagi saya. Saya baru balik melihat ceramah perdana PAS dan pakatan rakyat di daerah saya sendiri. Sungguh saya menangis kegembiraan, kerana tanda kemenangan itu telah hadir didaerah ini.



Kalau benar mereka mentadbir negeri ini, sungguh kisah-kisah yang telah kulalui di sana pasti akan kulalui juga disini. Justeru itu, teman-teman sekalian. Kita sayangkan negara ini, marilah kita memilih pemimpin yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat. In shaa Allah.



Tidak ada niat untukku berkempen dalam catatan ini. Namun, sekadar luahan hati seorang anak bangsa yang pernah membenci seorang ulamak namun kini cukup menyayangi dan mengagumi beliau. Segeralah kita membuka minda dan hati agar membuat keputusan yang terbaik dalam PRU kali ini.



Agar suatu masa nanti anak cucu cicit kita akan menerima budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan. In shaa Allah. Semoga kita semua diberikan kemenangan. Aamiiiin.



Mohon maaf andai catatan kali ini berunsur politik, namun tidak pula ingin meleraikan ukhuwah sesama muslim meskipun berbeza ideologi fahaman politik. Saya hormati prinsip anda dan saya mohon hormatilah prinsip kami yang ingin melihat negeri ini ditadbir oleh perjuangan yang membawa perubahan khususnya perjuangan negara Islam yang syumul.



Al Bakarah Ayat 208:



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"

Tiada ulasan: