Kartunis Zunar ditahan polis di bawah Akta Hasutan
Kartunis yang popular dengan nama Zunar itu berkata, pasukan polis tiba ke kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam ini.
“Polis datang ke rumah saya, mungkin akan masuk lokap malam ini,” kata Zunar kepada The Malaysian Insider sebelum telefon bimbitnya dirampas polis.
Selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Zunar dalam tulisannya di Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”
Status Twitter Zunar menyebabkan ketua polis negara mengarahkan kepada pasukannya untuk menyiasatnya.
Sehingga jam 11.30 malam tadi, The Malaysian Insider difahamkan Zunar masih dalam tahanan polis.
Sementara itu, isteri Zunar, Fazlina Rosley memaklumkan melalui Facebook prosedur reman akan dijalankan esok pada 9.00 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Fazlina berkata Zunar dibawa ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 10.05 malam oleh lima anggota polis yang tiba di rumah mereka.
Polis turut merampas barang-barang kartunis tersebut.
"Pegawai polis membuat inventori untuk barang yang hendak dirampas, pertama adalah handphone," katanya.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat pertama mendapat perhatian Khalid selepas dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Orang di bawah ini sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita akan ambil tindakan dibawah Akta Hasutan," katanya merujuk kiriman Twitter Nga.
Selepas keputusan mahkamah, Nga menulis di Twitter: "Rakyat berdoa untuk Datuk Seri Anwar tetapi tidak kesampaian. Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang zalim".
Manakala Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga akan disiasat, menurut Khalid, selepas ahli Parlimen Pandan itu mengirim gambar seorang hakim berjubah hitam berserta simbol dolar.
"@PDRMsia siasat juga tweet ini yg cuba menghasut Rakyat mempercayai Hakim di bayar," tulis Khalid.
Dalam reaksinya terhadap amaran ketua polis negara petang tadi, Zunar menyeru Khalid mendengar dengan sendiri keluhan rakyat di jalan raya.
"Jangan duduk pejabat dan baca tweet, dia harus turun ke jalan raya dan dengar keluhan rakyat bagai mana polis dan kehakiman telah hilang wibawa." – 10 Februari, 2015.
Anwar dipenjara, Tibai dibubar hari ini
- Sidang media pembubaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A RAJAK
Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, perjuangan mereka telah selesai apabila Anwar dipenjara.
"Ini sidang media terakhir Tibai. Saya umumkan Tibai dibubarkan secara rasmi. Kami puas hati dengan apa yang diperjuangkan selama ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Menurutnya, perjuangan mereka adil dan tidak melawan Anwar ketika tangan pemimpin pembangkang itu terikat.
"Tugas telah selesai. Alhamdulillah kita ada sedikit sebanyak sumbangan untuk menyedarkan rakyat," dakwanya lagi.
Ketika ditanya media kemungkinan Tibai kembali selepas Anwar bebas, bekas peguam Anwar, Datuk Zulkifli Nordin berkata, perkara itu akan dipertimbangkan.
Tibai ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PKR dan dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2012 lalu di Kelab Sultan Sulaiman.
Penubuhan Tibai disertai oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Senator Datuk S Nalakaruppan; bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.
Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh
10 Februari 2015 4:03 PM
KUALA
LUMPUR 10 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan
sebagai seorang anggota Parlimen berikutan keputusan Mahkamah
Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah menolak
rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara itu bagi kesalahan
meliwat bekas pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.
Anwar, 67, dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang mula bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum keenam pada April 1982 atas tiket Barisan Nasional dengan mengalahkan calon PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.
Beliau telah mempertahankan kerusi itu sehingga dijatuhi hukuman penjara pada 14 April 1999, dan kerusi tersebut dimenangi oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999.
Dr Wan Azizah telah terus mempertahankan kerusi itu sehingga meletak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi itu dalam pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh pada Ogos, 2008.
Anwar yang dibebaskan daripada penjara pada 2 Sept 2004, tidak dibenarkan berpolitik selama lima tahun berkuat kuasa daripada tarikh pembebasan.
Anwar memenangi semula kerusi itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memenangi majoriti 15,671 undi. - BERNAMA
Nuha: Saya sukar tidur malam
KUALA LUMPUR – “Terlalu banyak memori, sejujurnya kami memang tidak
boleh tidur,” demikian luahan puteri kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Nurul Nuha ketika menceritakan perasaannya dan keluarga ketika ini.
Nuha berkata, perasaan sukar tidur itu datang kerana mereka sering memikirkan bagaimana keadaan bapanya di dalam penjara.
“Mungkin ada lipas dan sebagainya, entah papa boleh tidur atau tidak.
“Kami mahu kembali sebagai satu keluarga, pelukan terakhir papa sebelum meninggalkan kami, menyebabkan segala memori tahun 1998 ‘muncul semula’,” katanya lagi pada sidang media, di sini, hari ini.
Mahkamah Persekutuan semalam, memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bermula semalam di Penjara Sungai Buloh.
Berkata lanjut, Nuha menegaskan, walaupun sesukar mana kehidupan mereka sekarang, mereka sekeluarga akan terus kuat untuk meneruskan kehidupan.
“Jangan tunjukkan yang kita lemah, sebab nanti mereka akan kalahkan kita, kami akan teruskan perjuangan ini,” katanya lagi.

Beri jaminan keselamatan Anwar di penjara
- Sidang Media Pelancaran Kempen "March To Freedom" di rumah kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut, Segambut Dalam pada 11 Febuari 2015. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar meminta pihak berkuasa memberi jaminan
kepada keluarganya berhubung keselamatan bapanya Datuk Seri Anwar
Ibrahim di penjara.
Nurul Izzah berkata, jaminan itu penting bagi membolehkan keluarganya berasa yakin mengenai tahap keselamatan bapanya dipenjara.
"Kita harap pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) beri jaminan. Ini bukan apa, sebelumnya bukan kita tidak percaya atau soal untuk menolak..soalnya kita letakkan kepercayaan pada malam 20 September 1999. Saya dan ibu saya kita minta jaminan daripada Ketua Polis Negara ketika itu dengan penuh hormat.
“Tetapi apa yang berlaku? Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor, memukul Datuk Seri Anwar sedang beliau bergari dan ditutup matanya. Apakah perasaan anda? Adakah anda berasa yakin,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika diajukan soalan mengenai keyakinan keluarganya terhadap pihak berkuasa terhadap keselamatan bapanya di penjara Sungai Buloh.
Dalam pada itu Izzah berkata hukuman penjara lima tahun bapanya tidak akan mematahkan semangat keluarganya untuk terus berjuang.
"Kami akan terus berjuang, terus mara dan tidak akan menyerah kalah demi Malaysia yang lebih baik," katanya.

Nurul Nuha lancar kempen "March to Freedom"
- Sedang berlangsung sidang media oleh Nurul Nuha Anwar dan ahli keluarganya di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar
hari ini melancarkan kempen "March to Freedom" selepas bapanya dihukum
penjara, semalam.
Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas bapanya sebelum ini.
"Perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini.
Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut.
Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.
Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.
Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.
"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.
Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk.
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tangisan keluarga Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengiringi keputusan Mahkamah Persekutuan semalam
yang memuktamadkan beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya,
Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, tujuh tahun lalu.
Di samping itu, pelbagai situasi luar biasa berlaku. Ia termasuk tindakan barisan hakim bertindak keluar dari kamar apabila Anwar mengecam sistem kehakiman negara semasa diberi ruang untuk mengemukakan rayuan.
Kerosakan kecil sistem pembesar suara juga mengganggu bacaan penghakiman. Namun, suasana di dalam galeri awam Dewan 1 Mahkamah Persekutuan yang dipenuhi ahli keluarga, pemimpin PR dan penyokong Anwar bertukar suram sejurus keputusan diumumkan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Membacakan keputusannya yang mengambil masa kira-kira dua jam itu, Arifin berkata pendakwaan berjaya buktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
Ketika keputusan itu mula dibacakan, Anwar yang pada mulanya tenang di kandang tertuduh dilihat beberapa kali berpaling ke belakang memandang ke arah isteri dan anak-anaknya.
Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan memohon mahkamah ditangguhkan seketika sebelum mengemukakan hujahan untuk diambil kira sebelum keputusan dibuat.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk anak-anaknya.
Bapa Wan Azizah, Wan Ismail Wan Mahmud juga kelihatan sebak ketika didakap menantunya. “You have to be strong (Bapa perlu tabah)," bisik Anwar ketika itu.
Ketika mahkamah bersidang semula kira-kira jam 1.15 petang, Gopal Sri Ram mengemukakan hujahnya memohon mahkamah mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia terutama ketika bersama kerajaan.
Katanya, tiada alasan untuk mahkamah menambah hukuman penjara sebaliknya mahkamah perlu mempertimbangkan untuk jatuhkan hukuman lebih ringan.
Pihak pendakwa raya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berhujah kesalahan itu serius dan hukuman penjara enam tahun perlu dikenakan.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas menolak rayuan peringanan hukuman oleh peguam bela. Arifin turut menolak rayuan pemberatan hukuman yang dikemukakan pendakwa raya.
Sejurus prosiding kes itu berakhir, salah seorang penyokong Anwar yang berada di dalam dewan mahkamah sempat melaungkan ungkapan 'reformasi dan takbir' yang disambut beberapa penyokong dan pemimpin PR.
Anwar kemudian bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarga dan penyokongnya sebelum dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Rayuan akhir Anwar didengar dari 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.
Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.
Pada 7 Mac 2014, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Wahi Yusof yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah dan jatuhkan hukuman penjara lima
Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas bapanya sebelum ini.
"Perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini.
Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut.
Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.
Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.
Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.
"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.
Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk.
Tangisan keluarga iringi keputusan mahkamah
Di samping itu, pelbagai situasi luar biasa berlaku. Ia termasuk tindakan barisan hakim bertindak keluar dari kamar apabila Anwar mengecam sistem kehakiman negara semasa diberi ruang untuk mengemukakan rayuan.
Kerosakan kecil sistem pembesar suara juga mengganggu bacaan penghakiman. Namun, suasana di dalam galeri awam Dewan 1 Mahkamah Persekutuan yang dipenuhi ahli keluarga, pemimpin PR dan penyokong Anwar bertukar suram sejurus keputusan diumumkan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Membacakan keputusannya yang mengambil masa kira-kira dua jam itu, Arifin berkata pendakwaan berjaya buktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
Ketika keputusan itu mula dibacakan, Anwar yang pada mulanya tenang di kandang tertuduh dilihat beberapa kali berpaling ke belakang memandang ke arah isteri dan anak-anaknya.
Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pembelaan memohon mahkamah ditangguhkan seketika sebelum mengemukakan hujahan untuk diambil kira sebelum keputusan dibuat.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk anak-anaknya.
Bapa Wan Azizah, Wan Ismail Wan Mahmud juga kelihatan sebak ketika didakap menantunya. “You have to be strong (Bapa perlu tabah)," bisik Anwar ketika itu.
Ketika mahkamah bersidang semula kira-kira jam 1.15 petang, Gopal Sri Ram mengemukakan hujahnya memohon mahkamah mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia terutama ketika bersama kerajaan.
Katanya, tiada alasan untuk mahkamah menambah hukuman penjara sebaliknya mahkamah perlu mempertimbangkan untuk jatuhkan hukuman lebih ringan.
Pihak pendakwa raya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berhujah kesalahan itu serius dan hukuman penjara enam tahun perlu dikenakan.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas menolak rayuan peringanan hukuman oleh peguam bela. Arifin turut menolak rayuan pemberatan hukuman yang dikemukakan pendakwa raya.
Sejurus prosiding kes itu berakhir, salah seorang penyokong Anwar yang berada di dalam dewan mahkamah sempat melaungkan ungkapan 'reformasi dan takbir' yang disambut beberapa penyokong dan pemimpin PR.
Anwar kemudian bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarga dan penyokongnya sebelum dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Rayuan akhir Anwar didengar dari 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu di hadapan panel lima hakim mahkamah tertinggi negara.
Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.
Pada 7 Mac 2014, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Wahi Yusof yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah dan jatuhkan hukuman penjara lima
Tiada ulasan:
Catat Ulasan