Rabu, 4 Februari 2015

DAH ADA ANAK ELOKLAH...ALHAMDULLILLAH LAH...TAPI LEPAS TU PANTAULAH...BERI DIDIKAN AGAMA...JANGAN BIARKAN...JANGAN2 BAPA PUN DUA KALI LIMA GAK

Tukang masak dianggap berbahaya


JOHARI, (tengah) dan Nor Azlina (dua dari kanan) menyiram air mawar ke atas pusara Nursyuhada (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Jitra semalam.


JITRA – Bapa kepada arwah Nursyuhada Johari, gadis yang maut dikelar kawan lelakinya kelmarin pernah membuat laporan polis mengenai sikap suspek yang didakwa sering mengganggunya sejak mangsa belajar di Tingkatan Lima lagi.
Johari Hashim, 55, berkata, pemuda tersebut merupakan rakan berdekatan kampung mereka dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.
Namun Johari berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.
“Arwah semasa di Tingkatan Lima bersekolah di sekolah sama dengan suspek. Sejak itu suspek sering mengganggu arwah sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau telefon sehingga memaksa saya pernah berjumpa keluarga suspek bagi menghalangnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba di sini semalam.
Katanya, dia dan keluarga menganggap suspek seorang lelaki berbahaya kerana pada awal perkenalan dengan arwah, lelaki itu pernah menceroboh kawasan rumahnya dan melarikan anak­nya itu.

JITRA – Bapa kepada arwah Nursyuhada Johari, gadis yang maut dikelar kawan lelakinya kelmarin pernah membuat laporan polis mengenai sikap suspek yang didakwa sering mengganggunya sejak mangsa belajar di Tingkatan Lima lagi.
Johari Hashim, 55, berkata, pemuda tersebut merupakan rakan berdekatan kampung mereka dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.
Namun Johari berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.
“Arwah semasa di Tingkatan Lima bersekolah di sekolah sama dengan suspek. Sejak itu suspek sering mengganggu arwah sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau telefon sehingga memaksa saya pernah berjumpa keluarga suspek bagi menghalangnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba di sini semalam.
Katanya, dia dan keluarga menganggap suspek seorang lelaki berbahaya kerana pada awal perkenalan dengan arwah, lelaki itu pernah menceroboh kawasan rumahnya dan melarikan anak­nya itu.


Penjara nanti penghina Tunku Azizah


Kuantan: Penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali bakal menanti individu yang bertindak di luar batasan dengan menggunakan kata-kata kesat dan lucah terhadap Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan segera termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sudah meminta individu terbabit tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bagi memecahbelahkan keamanan.
“Kita terima dua laporan polis berhubung kata lucah berkenaan dipercayai tidak berpuas hati terhadap kenyataan Tunku Azizah Aminah Maimunah serta kain rentang dengan imej individu berkepala anjing memakai kot mempunyai logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lalu.
“Individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kata kesat dan lucah kepada Tengku Puan Pahang diminta tampil untuk siasatan lanjut manakala berhubung kain rentang itu, polis Pahang serahkan kepada polis Johor untuk tindakan susulan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Banjir di Sibu semakin buruk


Kuching: Situasi banjir di Sibu semakin buruk apabila mangsa dari bahagian dipindahkan bertambah kepada 995 orang membabitkan 218 keluarga, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,217 mangsa di negeri itu.
Menurut laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, sehingga jam 4 petang semalam, mangsa banjir di Sibu ditempatkan di dua pusat pemindahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tong Ah dan Rumah Panjang Watson, Selangau.
Manakala, di Betong, dua pusat penempatan masih dibuka iaitu di Dewan Panglima Rentap dan Klinik Kesihatan Nangsa Budu, Seratok menempatkan 172 mangsa, 27 keluarga.
Katanya, di Mukah, 50 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Baoh Ulu, Dalat.
Dalam perkembangan berasingan, Jalan Batu 9, Julau tidak boleh dilalui kenderaan ringan akibat dinaiki air kira-kira satu meter.
Selain itu, jalan lain yang turut terputus ialah jalan ke Rumah Panjang Empati, Merau Pakan; Jalan Sungai Langit, Rumah Panjang Sungai Kepayang dan Rumah Panjang Maribong kerana dinaiki air kira-kira 1.5 meter.
Malah, di Kilometer 16, Jalan Sungai Jaloh, juga tidak dapat dilalui kenderaan kerana tanah runtuh.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 6:42 AM

KAKITANGAN JKM dan bomba memunggah barang keperluan bagi membantu mangsa banjir di Sibu.

Stesen minyak gulung tikar jika harga terus jatuh


Kuala Lumpur: Pengusaha stesen minyak di negara ini bakal berdepan kerugian dan berkemungkinan boleh gulung tikar jika harga minyak berterusan menjunam.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata, penurunan harga yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini, menyebabkan ada pengusaha stesen minyak berdepan kerugian antara RM10,000 dan RM50,000.
“Kerugian berkenaan adalah anggaran kasar untuk setiap pengusaha dan ia berbeza bergantung kepada jumlah tangki yang ada.
“Ada pengusaha hanya memiliki tiga tangki saja dan ada yang mencapai had maksimum iaitu lapan tangki,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut Hashim, sebelum ini pihaknya tidak menjangkakan harga minyak jatuh sehingga 35 sen seliter pada penghujung tahun lalu menyebabkan ramai pengusaha mengalami kerugian besar.
Katanya, ketika itu ada pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian hingga RM100,000 kerana harga berkenaan adalah antara terendah sejak 2009.
“Kali ini kita sudah bersedia dengan beberapa langkah untuk membantu mengurangkan kerugian.
“Ini kerana kita tidak mahu berterusan mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan melupuskan stok lama sekiranya bekalan yang ada masih mencukupi untuk tempoh tertentu.
Katanya, langkah itu sedikit-sebanyak dapat mengurangkan kerugian yang dialami pengusaha stesen minyak di negara ini.
“Ketika kerajaan melaksanakan langkah menstabilkan harga minyak tidak lama dulu, pengusaha masih mendapat keuntungan berbanding dengan kaedah penetapan harga seiring dengan harga pasaran minyak mentah dunia.
“Kami merayu supaya kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi membantu mengurangkan kerugian yang ditanggung kerana jika berterusan, tidak mustahil perniagaan kami boleh terjejas,” katanya.

Tendang isteri tegur layan FB, WhatsApp


Kuala Lumpur: Ketagih melayari laman sosial Facebook (FB) dan WhatsApp menyebabkan seorang lelaki tergamak menendang isterinya di sebuah pusat beli-belah di Setapak di sini.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari kelmarin, mangsa berusia 43 tahun dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu bersama suaminya berusia 35 tahun.
Sumber berkata, mangsa bagaimanapun tidak tahan melihat gelagat suaminya leka bermain FB dan WhatsApp sehingga tidak mempedulikannya.
Menurutnya, wanita itu kemudian menegur perbuatan suaminya hingga mengundang kemarahan suspek.
“Suspek yang berang dengan teguran itu bertindak memarahi isterinya.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menendang perut isterinya berulang kali serta memukul kepala isterinya menggunakan kasut,” katanya.
Menurutnya, suspek terus memukul isterinya walaupun dirayu menghentikan tindakan itu.
“Malah suspek tidak mengendahkan kehadiran orang ramai yang turut menyaksikan perbuatan ganas itu.
“Mangsa kemudian bertindak nekad melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Perkosa isteri rakan serumah


Kuala Lumpur: Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suami di rumah.
Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, di sini.
Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.
Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu.
“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.
“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.
Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik.
“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.
“Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.
Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku.
“Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.
“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
 REMAJA PEREMPUAN KETAGIH PRONO PELIK
London: Seorang wanita berdepan hukuman penjara selepas mengaku memiliki imej ekstrem pornografi membabitkan beberapa haiwan dan lebih 600 imej tidak senonoh kanak-kanak ketika dia berusia 17 tahun.
Amy Hickson yang kini berusia 20 tahun mengaku terhadap 13 tuduhan termasuk menghasilkan imej tidak senonoh, memiliki imej terlarang dan sebuah filem kanak-kanak.
Menurut Mahkamah Winchester Crown, Amy mengaku memiliki 16 imej pornografi haiwan yang diklasifikasikan sebagai ekstrem, jijik dan lucah.
Tambahnya lagi, imej itu menunjukkan perbuatan seks dilakukan dalam keadaan ‘jelas atau realistik.’
Amy yang berasal dari New Cheriton memilih mengaku bersalah sejurus sebelum perbicaraannya dimulakan semalam.
Semua kesalahan dilakukan antara Jun 2011 dan Februari 2013 ketika Amy masih remaja.
Pertuduhan merangkumi lapan tuduhan menghasilkan gambar tidak senonoh seorang kanak-kanak dengan satu daripada pertuduhan itu saja membabitkan 596 imej.
Satu pertuduhan disebabkan menghasilkan imej palsu tidak senonoh membabitkan kanak-kanak.
Amy turut mengaku memiliki dua lagi akaun imej tidak senonoh kanak-kanak dan dua tuduhan memiliki imej melampau membabitkan haiwan.


 FACEBOOK MEMBAWA MAUT

London : Seorang lelaki bertindak kejam membunuh teman wanitanya apabila memijak kepala kekasihnya itu hanya kerana berang enggan diberi kata laluan Facebook.
Kane Boyce, 34, dituduh membunuh Paula Newman, 20, di kediaman mereka di Croydon, London selepas mengesyaki wanita itu menipunya.
Dia menafikan tuduhan itu dan mendakwa Paula mati akibat terjatuh dari kereta ketika memandu.
Jiran mendakwa mendengar mangsa menjerit ketika pasangan itu bertengkar malah Boyce didengar menggertak mangsa supaya memberi kata laluan akaun Facebooknya.
Dalam kejadian 13 November 2013 itu, pasangan berkenaan menaiki kereta Boyce dan pulang seketika kemudian. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan nampak ‘tidak sihat.’
Paramedik dipanggil ke kediamannya keesokannya selepas mangsa tidak sedarkan diri, namun gagal menyelamatkannya. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.
Malah, ketika paramedik merawat mangsa, Boyce sibuk memeriksa telefon bimbit dan pesanan suara mangsa.
Pegawai Pendakwa Gillian Etherton memberitahu mahkamah, Boyce menjadi taasub dengan akaun Facebook mangsa beberapa minggu sebelum kematiannya dan sering memaksa wanita berkenaan memberikan kata laluan.
“Lelaki ini suka mengawal mangsa, cemburu dan bersifat ganas sehingga sanggup membelasah dan memijak serta menendang kepala Paula,” katanya.
Sebelum ini mangsa pernah memberitahu rakannya dia merancang meninggalkan teman lelakinya dan meminta dia membantu keluar dari rumah kerana sutidak tahan dengan sikapnya.
Malah, Boyce didakwa pernah memberitahu rakannya, dia sudah meminta kata laluan Facebook Paula, namun wanita terbabit enggan mendedahkannya.
Dia juga kerap menuduh mangsa curang.



Pelajar ‘terlampau’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Rizal Abdullah

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki ‘terlampau’ cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.
Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.
Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.
Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.
Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.
“Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja’.
“Kata-kata lucah itu diselitkan bersama tiga keping gambar ‘panas’ itu dianggap satu bentuk serangan dan jenayah seksual. Perkara ini amat menakutkan dan membuktikan golongan remaja kini mudah terdedah dengan pelbagai gejala tidak sihat,” katanya.
Menurutnya, kes seumpama itu boleh disiasat mengikut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Kejadian seumpama ini bukan lagi kes terpencil berikutan semakin ramai pelajar sekolah terdedah dengan gangguan atau serangan seksual melalui pelbagai aplikasi sama ada WeChat atau WhatsApp.
“Sebagai contoh, seorang murid perempuan berusia 12 tahun pernah menjadi mangsa perkosa seorang lelaki berusia 27 tahun di Pantai Remis, Manjung, Perak November tahun lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat,” katanya.
Menurutnya, kejadian sama turut menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berasal dari Chukai, Terengganu apabila diperkosa teman lelaki dan tiga lelaki lain Julai tahun lalu.
“Mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun melalui laman sosial WeChat.
“Saya menasihatkan golongan remaja terutama perempuan supaya tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol,” katanya.
Kamal berkata, ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kandungan di dalam telefon bimbit atau pintar anak mereka.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 7:11 AM

Tiada ulasan: