Tiga pelajar Islam dibunuh kejam
- (Dari kiri) Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad dan Razan Mohammad Abu-Salha. (gambar kecil) Craig Stephen Hicks.
CAROLINA UTARA - AMERIKA SYARIKAT. Tiga pelajar Islam ditembak di
kepala di sebuah apartmen berdekatan dengan sebuah universiti, semalam.
Penyerang, Craig Stephen Hicks, 46 tahun ditahan selepas menyerah diri di balai polis.
Menurut CNN, pelajar dikenali sebagai Deah Shaddy Barakat, 23; Yusor Mohammad, 21; dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun.
Deah merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Carolina Utara. Yusor, isteri kepada Deah pula bakal meneruskan pengajian di universiti yang sama.
Adik kepada Yusor, Razan juga belajar di universiti yang sama.
Polis masih menyiasat punca serangan tersebut.

- Motosikal yang ditunggani mangsa berada dalam tali air selepas terbabas dalam kemalangan, semalam.
KOTA BHARU- Seorang wanita terkejut apabila kekasihnya seorang warga
Nepal ditemui tertiarap dalam tali air selepas motosikal yang ditunggang
lelaki itu terbabas di Kemumin, Pengkalan Chepa di sini di percayai
awal pagi semalam.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bertemu kekasihnya itu adalah pada malam kelmarin sebelum kejadian terbabit.
Menurut wanita itu, dia terkejut setelah dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian berkenaan dan bergegas ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tengah hari semalam, untuk membuat pengecaman mayat mangsa
bersama majikan kekasihnya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Govind Tharu, 28, merupakan pekerja sebuah kilang di daerah ini.
“Semasa mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi, keadaannya tertiarap di samping turut menemui sebuah motosikal dalam tali air terbabit. Hasil siasatan yang dilakukan, kita tidak menemui sebarang identiti pengenalan diri mangsa dan tiada
saksi bebas yang melihat kejadian,” katanya.
Rohaimi berkata, hanya ditemui sebuah telefon bimbit dalam lumpur berhampiran mayat mangsa dan pihaknya berjaya hubungi kekasih mangsa untuk memaklumkan mengenai kematiannya dan membuat pengecaman mayat.
“Mayat disahkan majikan mangsa kira-kira jam 1 petang dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
·
KOTA BHARU- Seorang remaja yang memakai pakaian lokap, terketar-ketar
ketika disoal polis berhubung rangka motosikal yang ditemui di sungai
Tukul, Kampung Mengkali, Limbat, Kubang Kerian, di sini, semalam.
Dalam keadaan tangannya bergari, remaja lelaki yang berusia 16 tahun itu, tidak keruan selepas berkali-kali disoal oleh polis berhubung tindakannya.
Remaja tersebut turut berpakat dengan seorang lagi rakannya meleraikan komponen motosikal dan membuang rangkanya ke sungai terbabit yang dipercayai bergerak aktif sejak setahun lalu.
Remaja berkenaan yang ditahan berasingan bersama tiga lagi rakannya pada 9 Februari lalu dalam Ops Bersepadu di rumah masing-masing kira-kira jam 5 pagi itu, dibawa ke kawasan terbabit untuk membantu siasatan.
Dalam keadaan ketakutan, dia turut menceritakan pergerakannya itu turut dilakukan bersama seorang lagi rakan yang berasal dari Kampung Limbat bagi mendapatkan upah dengan cara mudah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, remaja berkenaan bergerak aktif dalam kumpulan bersama beberapa rakannya, dan dalam kes ini kita berjaya tahan kesemua empat suspek yang terlibat.
“Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap remaja berkenaan termasuk rakan-rakannya, kita berjaya menemui lima rangka motosikal jenis Honda.
"Kami percaya masih terdapat banyak lagi rangka yang masih tertinggal dibuang di sungai terbabit dan akan berusaha mengesannya melalui unit skuba.
“Kita percaya kumpulan ini bergerak aktif sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian dan menjadikan kawasan berkenaan sebagai ‘port’ mereka untuk membuang bahan bukti," katanya.
Rohaimi berkata, dalam perkembangan kes curi motosikal sepanjang Januari lalu, sebanyak 131 kes kecurian motosikal dilaporkan di Kota Bharu dan pihaknya berjaya menyelesaikan 63 kes dengan tangkapan 16 orang.
“Dengan tangkapan terbaru ini, kita harap dapat menyelesaikan banyak kes kecurian di daerah Kota Bharu memandangkan tangkapan ini merupakan kejayaan terbesar pasukan pada tahun ini dan kesemua suspek di tahan di bawah seksyen 379 A Kanun
Keseksaan (KK) ,”katanya.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bertemu kekasihnya itu adalah pada malam kelmarin sebelum kejadian terbabit.
Menurut wanita itu, dia terkejut setelah dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian berkenaan dan bergegas ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tengah hari semalam, untuk membuat pengecaman mayat mangsa
bersama majikan kekasihnya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Govind Tharu, 28, merupakan pekerja sebuah kilang di daerah ini.
“Semasa mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi, keadaannya tertiarap di samping turut menemui sebuah motosikal dalam tali air terbabit. Hasil siasatan yang dilakukan, kita tidak menemui sebarang identiti pengenalan diri mangsa dan tiada
saksi bebas yang melihat kejadian,” katanya.
Rohaimi berkata, hanya ditemui sebuah telefon bimbit dalam lumpur berhampiran mayat mangsa dan pihaknya berjaya hubungi kekasih mangsa untuk memaklumkan mengenai kematiannya dan membuat pengecaman mayat.
“Mayat disahkan majikan mangsa kira-kira jam 1 petang dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Remaja terketar-ketar disoal polis
- Rohaimi (kiri) menyoal remaja berusia 16 tahun ini yang terlibat leraikan komponen motosikal dan membuangnya dalam sungai, semalam.
Dalam keadaan tangannya bergari, remaja lelaki yang berusia 16 tahun itu, tidak keruan selepas berkali-kali disoal oleh polis berhubung tindakannya.
Remaja tersebut turut berpakat dengan seorang lagi rakannya meleraikan komponen motosikal dan membuang rangkanya ke sungai terbabit yang dipercayai bergerak aktif sejak setahun lalu.
Remaja berkenaan yang ditahan berasingan bersama tiga lagi rakannya pada 9 Februari lalu dalam Ops Bersepadu di rumah masing-masing kira-kira jam 5 pagi itu, dibawa ke kawasan terbabit untuk membantu siasatan.
Dalam keadaan ketakutan, dia turut menceritakan pergerakannya itu turut dilakukan bersama seorang lagi rakan yang berasal dari Kampung Limbat bagi mendapatkan upah dengan cara mudah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, remaja berkenaan bergerak aktif dalam kumpulan bersama beberapa rakannya, dan dalam kes ini kita berjaya tahan kesemua empat suspek yang terlibat.
“Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap remaja berkenaan termasuk rakan-rakannya, kita berjaya menemui lima rangka motosikal jenis Honda.
"Kami percaya masih terdapat banyak lagi rangka yang masih tertinggal dibuang di sungai terbabit dan akan berusaha mengesannya melalui unit skuba.
“Kita percaya kumpulan ini bergerak aktif sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian dan menjadikan kawasan berkenaan sebagai ‘port’ mereka untuk membuang bahan bukti," katanya.
Rohaimi berkata, dalam perkembangan kes curi motosikal sepanjang Januari lalu, sebanyak 131 kes kecurian motosikal dilaporkan di Kota Bharu dan pihaknya berjaya menyelesaikan 63 kes dengan tangkapan 16 orang.
“Dengan tangkapan terbaru ini, kita harap dapat menyelesaikan banyak kes kecurian di daerah Kota Bharu memandangkan tangkapan ini merupakan kejayaan terbesar pasukan pada tahun ini dan kesemua suspek di tahan di bawah seksyen 379 A Kanun
Keseksaan (KK) ,”katanya.
1:40PM - 11 Feb 2015
Anwar 'keluar' penjara Selasa depan
Sekalipun dihukum penjara lima tahun kes kesalahan meliwat, Ketua Umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka muncul di khalayak umum di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa ini, seminggu selepas dijatuhi
hukuman itu semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh peguamnya J Leela kepada Malaysiakini hari ini.
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri akan dibawa untuk memberi keterangan dalam saman RM100 jutanya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Selain Leela, ketua pembangkang itu turut diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli.
Anwar diarah memberi keterangan lagi susulan dakwaan Anifah dalam pembelaannya bahawa beliau (Anifah) ditawarkan RM100 juta untuk memujuk beberapa anggota parlimen BN dari Sabah untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat dalam isu 16 September 2008.

JIKA KAMU PENJARAKAN SEORANG ANWAR MAKA AKAN LAHIR BERIBU-RIBU ANWAR LAGI...
REFORMASI
RE FO MO SI - ( API YANG TIDAK AKAN PADAM )

Jika fitnah 1998, Nurul Izzah bangkit membela ayahandanya.. Kini
fitnah 2015 kesemua anak perempuan Datok Seri Anwar Ibrahim akan
bangkit bersama-sama membela ayahanda mereka serta memperbetulkan
kepincangan dan kerosakan di dalam negara kita....
Allah takdirkan keluarga Datok Seri Anwar Ibrahim sebagai Pejuang Rakyat dan sememangnya mereka sekeluarga adalah ANUGERAH yang tidak ternilai buat kita rakyat Malaysia..
Anwar Ibrahim sendiri pernah dengan nada keras melarang Nurul Nuha terlibat dalam politik kerana baginya cukuplah Nurul Izzah seorang yang terlibat di dalam dunia politik.
Tetapi Kuasa dan Rahsia Allah tiada siapa yang tahu.. Jika Allah berkehendakkan ianya berlaku MAKA ianya pasti akan berlaku walaupun dihalang dan ditentang dengan keras.
DAN kini muncul Serikandi baru di dalam negara kita bagi membawa Obor Perjuangan Rakyat.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return

Rangka manusia disimen dalam tong
BUKIT BERUNTUNG - Dua pekerja ladang tidak menyangka bau busuk
berhampiran kolam SKC di sini, berpunca dari sebuah tong berisi rangka
tulang manusia.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga pekerja ladang estet Bukit Beruntung, mahu menjala ikan di kolam berhampiran, sebelum menemui rangka itu kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, jarak antara lokasi penemuan rangka tulang dan jalan utama hanya 4.4 kilometer.
"Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu yang dikerahkan ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong tong yang dikonkrit itu.
"Setelah tong dipecahkan terdapat tengkorak manusia di bahagian bawah tong, manakala badannya melunjur ke atas,” katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
“Identiti mangsa belum dikenal pasti dan punca kejadian masih disiasat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Raduan Mohsmad di talian 019-2810193 atau Asisten Superintendan Manimaran di talian 013-6879955,” katanya.

Petisyen untuk Obama bebaskan Anwar
Sebuah petisyen terhadap Barrack Obama sedang diusahakan supaya presiden
Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Petisyen orang ramai itu mensasarkan kutipan 100,000 tandatangan supaya gesaan mereka layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.
Kenyataan rasmi harus dikeluarkan selepas itu.
Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.
Baru 24 jam, petisyen di laman khas disediakan Rumah Putih itu kini sudah berjaya mengumpulkan hampir 20,000 (ketika berita ini ditulis) sokongan pelbagai pihak.
Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas “tuduhan yang direka-reka”.
"Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan.
“Pembebaskan Anwar Ibrahim dari penjara harus menjadi keutamaan dalam dasar AS terhadap Malaysia, untuk menjadikan maju dalam pelbagai bidang,” menurut petisyen itu.
Antara paling banyak sokongan
Menurut undang-undang AS, hak mempetisyen presiden termaktub dalam perlembagaannya supaya orang ramai dapat mengetengahkan pelbagai isu untuk perhatian negara itu.
Bagi memudahkan orang ramai, Rumah Putih menyediakan sebuah laman khas atas talian.
Antara pelbagai petisyen dikemukakan terhadap Obama (kiri), petisyen berkaitan Anwar menjadi antara yang paling banyak mendapat sokongan setakat ini.
Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengundang kebimbangan antarabangsa terhadap ketelusan sistem kehakiman Malaysia.
AS turut menyatakan perkara itu melalui kenyataan jurucakap Rumah Putih Bernadette Meehan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan