pangkat/kuasa...wang
ringgit/kemewahan...wanita/lelaki jadi taruhan/idaman...ni zaman
mnunjuk2...zaman brmewahan ni bukan zaman
zuhud-muhud...bersederhana...xkira sape...ulamak trgulung sekali
Post by Sukan Star TV.
Post by Naraza Muda.
Anak Rindu Kata-Kata Mutiara Ayah (TGNA)
LIMA hari berlalu pemergian Allahyarham, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Nik Aziz (TGNA), anak-anaknya mula meluahkan kerinduan terhadap kata-kata mutiara daripada ayahnya.
Anak bongsunya, Nik Asma’ Salsabila,
berkata, sepanjang hayat ayahnya itu sentiasa memberikan pesanan yang
selama-lamanya akan melekat di dalam hati dan sanubari sebagai seorang
Muslim.
“Ketika ini saya rindu untuk mendengar kata-kata ayah dalam ceramah- ceramah yang mempunyai maksud mendalam, perumpamaan mudah untuk difahami dan membawa kebaikan kepada diri saya sendiri dan semua.
“Di saat-saat akhir ayah tidak berpesan apa-apa, tetapi paling saya ingat dan ayah sentiasa pesan ketika hayatnya jangan tinggalkan solat, selalu berselawat dan bacalah ayat Kursi apabila keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui
di Pulau Melaka semalam.
Biarpun ayah tidak berbahasa puitis
dengan anak-anak, namun Nik Asma’ Salsabila memberitahu tutur kata
arwahlah dalam memberi nasihat paling diingati untuk pegangan hidup.
Anak ke 10 hasil perkongsian hidup Nik
Aziz bersama pasangannya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak itu juga
memberitahu, ayahnya itu memang mengutamakan pendidikan agama dalam diri
anak-anak.
“Saya masih ingat lagi, semasa saya hendak makan di sisi ayah dan ketika itu ayah sedang membaca kitab, ayah akan berkongsi manfaat bacaannya itu kepada saya,” katanya.
Nik Asma’ Salsabila yang berusia 31
tahun dan mempunyai dua cahaya mata itu juga mengakui sebagai anak
bongsu dia lebih rapat dengan arwah bekas menteri besar Kelantan itu.
“Ayah memang tegas, tetapi seorang ayah yang penyayang. Masih teringat lagi ketika zaman kanak-kanak dahulu semasa ayah pulang dan mendapati saya tidur di katilnya, ayah tidak kejutkan saya, sebaliknya ayah yang tidur di bawah,” katanya sambil tersenyum.
Katanya, bilik kedua ibu bapanya itu
sangat eksklusif kerana ibunya yang dipanggil dengan panggilan mesra
‘Che’ itu sudah mendidik dari awal-awal lagi tidak boleh
sewenang-wenangnya dibenarkan masuk kecuali disuruh.
“Jadi di saat begini saya teringatkan ketika Che membenarkan saya masuk, dapat tidur menggunakan selimut ayah ketika itu dan perkara sedemikian adalah saat yang paling menggembirakan,” katanya.
Tambahnya, sentiasa menjadi pegangan
hidupnya apabila ayah selalu berpesan supaya jangan merumitkan keadaan
dan jadikan kehidupan itu sesuatu yang mudah.
Selain itu, Nik Asma’ Salsabila berkata,
ayahnya memang seorang yang gemarkan masakan kampung, namun dalam
tempoh setahun kebelakangan ini arwah lebih sukakan masakan barat
terutamanya spageti.
Sementara itu, kakaknya, Nik Amalina,
38, yang merupakan anak kesembilan daripada 10 beradik itu berkata,
arwah ayahnya itu memang menitikberatkan supaya menuntut ilmu untuk
bekalan dunia dan akhirat.
“Ayah berkata, jika mahu mencari ilmu sampai mana-mana pun ayah akan tanggung tetapi kalau nak suruh bawa berjalan (bersiar-siar jauh) tidak boleh.
“Ayah adalah seorang bapa yang baik kerana didikannya boleh mematangkan anak-anak. Masa saya zaman kanak-kanak, abang belajar di Timur Tengah dan ketika itu saya masih ingat dia mahu pulang kerana peperangan, tetapi ayah tidak benarkan dan ayah berkata ‘jika mati nanti kita bertemu di syurga’,” katanya.
Katanya, bukan tidak sayangkan anak,
tetapi mementingkan keluarga itu yang diajarnya, namun beliau lebih ke
arah mendidik supaya boleh berdikari dalam hidup.
Berkongsi mengenai kegiatan masa lapang
pula, Nik Amalina memberitahu arwah lebih suka membaca kitab dan dalam
masa sama berkebun.
“Masa lapang ayah dimanfaatkan dengan membaca kitab dan ayah juga akan menerangkan kepada kami secara sejelas-jelasnya isi kandungannya secara mendalam supaya menjadi panduan hidup.
“Pernah juga saya melihat ayah berjalan sekitar kawasan dengan pakaian kebun dan ada penduduk kampung yang tergamam memerhatikannya,” katanya.
Kongsinya lagi, arwah ayahnya memang
seorang yang garang tetapi keperibadiannya itulah menjadikan anak-anak
sentiasa hormat dengannya.
“Ayah tegur benda yang memang patut ayah marah seperti baca al-Quran tidak betul. Memang ayah marah.
“Saya reda dengan pemergian ayah. Rindu memanglah sebagai anak mesti terkenangkan ayah. Apatah lagi ketika memandu mesti teringatkan ayah. Namun ketentuan Ilahi itu lah terbaik dan sebagai hambanya kita perlu menerimanya,” katanya.
Katanya, setelah pemergian ayahnya
menemui Ilahi keluarga mendoakan yang terbaik demi insan banyak berjasa
kepada kami. Tenang dan damailah ayah di sana.
Al-Fatihah.
Pantang Umno tegur pemimpin di khalayak ramai
SHAH ALAM - Menegur pemimpin bukan tidak boleh namun mestilah mengikut
saluran yang betul lebih-lebih lagi Umno parti lama yang 'pantang'
ditegur di khalayak ramai.
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, meskipun apa yang ditegur oleh ahli Umno itu betul namun jika salurannya tidak betul, maka teguran itu boleh diterima.
“Pantang Umno ini adalah orang lawan di khalayak ramai. Ini kerana konsep feudal dan konsep parti yang lama. Jadi, orang Melayu, orang lawan ketua kita di khalayak ramai, mungkin ketua kita itu akan jatuh malu dan sebagainya walaupun apa yang ditegur itu mungkin betul.
“Mungkin apa yang perlu dibuat oleh NurJazlan adalah menegur dalam saluran yang sesuai. Banyak mesyuarat dan berjumpa dengan Perdana Menteri. Jadi, mungkin dia perlu cari saluran yang lebih sesuai,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dianggap tidak menghormati ketua apabila mengkritik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya tidak cukup tegas berhubung isu boikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang.
Sehubungan itu, Dr Mohammad Fuad membangkitkan persoalan terhadap Nur Jazlan sama ada teguran itu pernah disuarakan kepada Najib sebelum ini atau tidak sebelum ia diutarakan kepada umum.
“Mungkin persoalannya sekarang ini, apakah dia pernah menyuarakan perkara itu pada saluran itu dan PM buat tidak tahu sahaja?
“Ataupun dia tak pernah salurkan perkara itu dan ini kali pertama dia bercakap di khalayak ramai. Tapi, kalau teguran itu, pada saya, ia perlu disalurkan melalui saluran yang betul,” katanya.
Sementara penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berpandangan, komen secara terbuka itu bukan budaya Umno.
“Apatah lagi kalau menyentuh hidung Perdana Menteri yang juga Presiden Umno. Orang kiri dan kanan beliau sudah tentu tidak senang hati dengan kritikan sedemikian walaupun niat Nur Jazlan itu bagus.
“Saluran terbaik sudah tentu dalam mesyuarat. Tapi apabila sudah dilontarkan begitu, seolah-olah persepsi atau kenyataan pembangkang dan orang ramai adalah betul.
"Apatah lagi apabila diakui sendiri oleh pemimpin dalam parti. Jadi, itu tidak baik. Kritikan sedemikian tidak baik untuk pemimpin dan parti,” katanya.
Salasilah
Allahyarham TG Nik Aziz yang dikongsi di Facebook. Salasilah TG yang
disusun Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan Dan Dokumentasi, Jabatan
Pusat Sejarah, Negara Brunei Darussalam.
Ia adalah ihsan Dato’ Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Pengetua Pusat Sejarah.
Hanya Brunei yang sediakannya, Malaysia??
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, meskipun apa yang ditegur oleh ahli Umno itu betul namun jika salurannya tidak betul, maka teguran itu boleh diterima.
“Pantang Umno ini adalah orang lawan di khalayak ramai. Ini kerana konsep feudal dan konsep parti yang lama. Jadi, orang Melayu, orang lawan ketua kita di khalayak ramai, mungkin ketua kita itu akan jatuh malu dan sebagainya walaupun apa yang ditegur itu mungkin betul.
“Mungkin apa yang perlu dibuat oleh NurJazlan adalah menegur dalam saluran yang sesuai. Banyak mesyuarat dan berjumpa dengan Perdana Menteri. Jadi, mungkin dia perlu cari saluran yang lebih sesuai,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dianggap tidak menghormati ketua apabila mengkritik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya tidak cukup tegas berhubung isu boikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang.
Sehubungan itu, Dr Mohammad Fuad membangkitkan persoalan terhadap Nur Jazlan sama ada teguran itu pernah disuarakan kepada Najib sebelum ini atau tidak sebelum ia diutarakan kepada umum.
“Mungkin persoalannya sekarang ini, apakah dia pernah menyuarakan perkara itu pada saluran itu dan PM buat tidak tahu sahaja?
“Ataupun dia tak pernah salurkan perkara itu dan ini kali pertama dia bercakap di khalayak ramai. Tapi, kalau teguran itu, pada saya, ia perlu disalurkan melalui saluran yang betul,” katanya.
Sementara penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berpandangan, komen secara terbuka itu bukan budaya Umno.
“Apatah lagi kalau menyentuh hidung Perdana Menteri yang juga Presiden Umno. Orang kiri dan kanan beliau sudah tentu tidak senang hati dengan kritikan sedemikian walaupun niat Nur Jazlan itu bagus.
“Saluran terbaik sudah tentu dalam mesyuarat. Tapi apabila sudah dilontarkan begitu, seolah-olah persepsi atau kenyataan pembangkang dan orang ramai adalah betul.
"Apatah lagi apabila diakui sendiri oleh pemimpin dalam parti. Jadi, itu tidak baik. Kritikan sedemikian tidak baik untuk pemimpin dan parti,” katanya.
Jom lihat salasilah TG Nik Aziz
Hanya Brunei yang sediakannya, Malaysia??
Polis patut siasat semua yang akan didedah Sirul - Musa
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-patut-siasat-semua-yang-akan-didedah-sirul-musa-54221?cp
KUALA LUMPUR: Polis seharusnya menyiasat
apa sahaja dakwaan yang akan didedahkan bekas koperal Unit Tindakan Khas
(UTK) Polis, Sirul Azhar mengenai ada pihak yang memberinya arahan
bertindak di dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis juga seharusnya mengambil kira semua pendedahan Sirul dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang akan didakwa Sirul.
"Polis kena siasat apa sahaja dakwaan mengenai siapa yang menyuruhnya selain mengesahkan ia betul atau tidak, setiap perkara baru yang didedahkan perlu disiasat semula.
"Polis juga perlu mengesahkan dakwaan Sirul sama ada ia benar atau tohmahan semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Musa mengulas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan Sirul mengarut ketika di tanya wartawan mengenai dakwaan 'orang penting yang mempunyai motif' dalam kes itu yang masih bebas.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis juga seharusnya mengambil kira semua pendedahan Sirul dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang akan didakwa Sirul.
"Polis kena siasat apa sahaja dakwaan mengenai siapa yang menyuruhnya selain mengesahkan ia betul atau tidak, setiap perkara baru yang didedahkan perlu disiasat semula.
"Polis juga perlu mengesahkan dakwaan Sirul sama ada ia benar atau tohmahan semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Musa mengulas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan Sirul mengarut ketika di tanya wartawan mengenai dakwaan 'orang penting yang mempunyai motif' dalam kes itu yang masih bebas.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-patut-siasat-semua-yang-akan-didedah-sirul-musa-54221?cp
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
dilaporkan berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan
Altantuya.
Kata Musa lagi, kerajaan harus meminta Sirul untuk pulang ke negara ini untuk memberi peluang polis menyiasat segala dakwaannya.
Sirul sebelum ini dilaporkan kesal kerana dijatuhkan hukuman mati selepas melakukan apa yang diarahkan.
Dia berkata seandainya ditakdirkan mati, rohnya tidak akan aman kerana hanya melakukan apa yang diarah dan mendapat balasan demikian.
Musa merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang kelapan dan berkhidmat sejak 12 November 2006 sehingga 12 September 2010.
Kata Musa lagi, kerajaan harus meminta Sirul untuk pulang ke negara ini untuk memberi peluang polis menyiasat segala dakwaannya.
Sirul sebelum ini dilaporkan kesal kerana dijatuhkan hukuman mati selepas melakukan apa yang diarahkan.
Dia berkata seandainya ditakdirkan mati, rohnya tidak akan aman kerana hanya melakukan apa yang diarah dan mendapat balasan demikian.
Musa merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang kelapan dan berkhidmat sejak 12 November 2006 sehingga 12 September 2010.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-patut-siasat-semua-yang-akan-didedah-sirul-musa-54221?cp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan