Rabu, 25 Februari 2015

BILA DENGKI MENGUASI DIRI...BILA KITA BERAT SEBELAH...BILA DIAKHIRAT ALLAH MENGHUKUM PENGADILAN BERAT SEBELAH...MACAM BERMATA SATU...HANYA PANDANG SATU SUDUT SAJA

Sirul Perlu Jaga Nama Baik Negara

Gambar FotoGambar FotoKUALA LUMPUR : "Nasihat saya untuk Sirul, sila rujuk dan dapatkan nasihat peguam anda dan menjaga nama baik serta imej negara untuk kestabilan berkekalan."
Itu nasihat seorang peguam, Fakhrul Anwar Ramli kepada bekas Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Omar yang berdepan hukuman mati dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Fakhrul yang berkhidmat sebagai Peguambela & Peguamcara Tetuan Rahim & Lawrnee JB menegaskan isu membabitkan Sirul sama ada perlu memberi keterangan secara terbuka kepada umum menerusi media yang diaturkan PAS semalam sepatutnya tidak berlaku.
"Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan mengikut undang-undang yang adil dan kita harus menerima tanpa mempersoalkan keputusan mereka. Sirul dan Azilah sudah diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk membuktikan mereka tidak bersalah dan mereka gagal.
Gambar : mD
"Mereka berdua sudah terbukti bersalah oleh Mahkamah Tinggi Persekutuan. Kalau kita berkeras untuk membuka semula kes ini, ia akan menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang atau Rule Of Law dan menjadi duluan atau 'precedent' untuk kes-kes lain. Hal ini telah mengetepikan fungsi sebenar mahkamah.
"Rakyat Malaysia harus menghormati Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang, Jangan sibuk timbulkan isu berkaitan Sirul dan Azilah lagi. Kalau isu ini terus dipersoalkan, maka apa gunanya ada mahkamah dan undang-undang?
"Sidang media yang dilakukan oleh Mahfuz Omar semalam tidak releven dan saya rasa Mahfuz Omar lebih arif tentang hal undang-undang kerana beliau merupakan Ahli Parlimen yang berperanan sebagai penggubal undang-undang," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.
Menurutnya, adanya sidang media berkenaan seolah mencalarkan imej Mahfuz sendiri sebagai orang berpengaruh dalam politik.
"Saya percaya isu ini akan terus dibangkitkan atas kepentingan politik pihak tertentu," katanya. 

6:00PM - 25 Feb 2015

Demo 7 Mac turut tuntut Najib undur


Perhimpunan pada 7 Mac depan bukan semata-mata bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penganjur perhimpunan itu, dikenali sebagai #KitaLawan menjelaskan, tuntutan itu dibuat kerana Najib didakwa gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara.

“Jika dibiarkan, lebih banyak lagi kerosakan dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat,” kata sekretariat kumpulan itu.

“Justeru itu, kami mengajak rakyat Malaysia untuk mengambil langkah yang pertama untuk memperbetulkan hala tuju masa depan negara iaitu dengan bersama-sama menyertai anak muda untuk turun beramai-ramai pada 7 Mac 2015 bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dengan segera.”

Dalam kenyataan hari ini mereka menyenaraikan 12 “kegagalan” Najib, antaranya dalam isu institusi kehakiman, kewangan negara dan 1Malaysia Development Fund (1MDB) serta pengekalan Akta Hasutan 1998.

Turut dibangkitkan ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beban kos sara hidup, penyalahgunaan institusi kerajaan dan isu berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sementara itu, #KitaLawan juga berkata perhimpunan mingguan dirancang mereka di depan pusat membeli belah Sogo di ibu negara akan diteruskan seperti biasa walaupun terdapat penangkapan dibuat.

“Ini adalah sejajar dengan pendirian gabungan #KitaLawan yang mana himpunan akan diteruskan setiap minggu sehingga tuntutan kami dipenuhi,” katanya.

Dalam perhimpunan minggu lepas, aktivis Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Fariz Musa ditahan polis.

Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad terlepas dalam pergelutan itu dan ditahan sehari selepas itu di rumahnya di Shah Alam. 



Like ·
·
Rebut gadis: Polis dijel enam bulan
  • Rebut gadis: Polis dijel enam bulan Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
1 / 1
KOTA BHARU - Mengejutkan apabila seorang anggota polis antara yang dijel enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, kerana bergaduh dalam insiden tembakan merebut seorang gadis, 8 Februari lalu.

Konstabel berkenaan, Mohamad Izzat Irfan Md Khuzeh, 26, mengalirkan air mata dan dipeluk seorang lagi tertuduh, Farid Suria, 23, sejurus hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin.
Mohamad Izzat mengaku bersalah bergaduh di tempat awam dan mengganggu ketenteraman di sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan Off Jalan Sri Cemerlang, di sini, pada jam 11.45 malam, tarikh itu.
Dua lagi yang mengaku, Wan Mohamad Farif Wan Ahmad, 23, dan Mohamad Hasrizal Mazlan, 20, masing-masing dipenjara lima bulan.

Selebihnya, Shahrul Hafiz Shafie, 25; adiknya, Mohamad Shahrin, 22;  Mohamad Ridhuan Yusof, 22; Farid Suria; Nik Muhamad Nazrin Nik Ismail, 22; Wan Mohd Arham Wan Mansor,27, dan adiknya, Wan Mohammad Fahmi,22, menafikan tuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,600 setiap seorang kecuali Farid Suria, RM4,000.

Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. Nurliyana dalam hujah pemberatan hukuman memohon tiga tertuduh yang mengaku salah dihukum dengan setimpal.

“Sebagai penjawat awam, perkara ini tidak patut berlaku. Sepatutnya tertuduh menjaga ketenteraman awam, sebaliknya tertuduh pula yang terlibat. Punca insiden yang berlaku pula terlalu kecil dan amat memalukan. Ada banyak lagi perkara besar yang perlu diberi perhatian dalam hidup ini,” katanya.

Sementara, di mahkamah sesyen, di sini, semalam, Farid Suria dituduh pada satu lagi tuduhan berasingan di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus iaitu memiliki sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Austria tanpa lesen dan permit sah di sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan, Kampung Dusun Raja, di sini, pada jam 7 pagi, 9 Februari lalu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mac depan.

Dalam kejadian lalu, Sinar Harian melaporkan dua kumpulan terdiri lima dan tujuh orang bertengkar kerana perebutan seorang gadis yang memuat naik ‘pose’ manja di Facebook sehingga seorang dari mereka melepaskan dua das tembakan mengenai dua kereta berhampiran restoran itu. Tiada kecederaan dilaporkan.
Benarkan Anwar hadir sidang Parlimen Mac ini
  • rafizi ramli Rafizi Ramli
1 / 1
 SHAH ALAM – Sekretariat Parlimen PKR akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu hadir pada sidang Parlimen akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar wajar dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat kerana beliau masih kekal sebagai Ahli Permatang Pauh sehingga diputuskan Yang di-pertuan Agong kelak.

“Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, sebagai Ketua Pembangkang, beliau patut dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang bermula 9 Mac 2015 ini.

“Oleh yang demikian, persoalan Ketua Pembangkang dan pilihan raya kecil juga tidak timbul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Status Anwar ditentukan selepas pengampunan]

Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan isteri dan anak-anak Anwar menghantar permohonan pengampunan DiRaja kepada Yang Di-Pertuan Agung semalam.

“Mesyuarat mingguan Biro Politik PKR semalam telah menyatakan sokongan penuh kepada  (“royal pardon”) yang dibuat oleh keluarga beliau di atas ketidakadilan ketara (“gross miscarriage of justice”) yang telah berlaku terhadap beliau.

“Pihak kami juga memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarganya yang perlu dipisahkan dari pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami,” katanya lagi

Permohonan Pengampunan Anwar Wajib Ditolak

Datuk Zulkiflli NoordinDatuk Zulkiflli NoordinKUALA LUMPUR - Bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Zulkifli Noordin menegaskan permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan banduan sendiri.
"Banduan konsisten dengan pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan. Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan banduan?
"Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa persetujuan banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap banduan tersebut.
"Asas kepada permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kepada kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulangi lagi," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.
Beliau mengulas lanjut mengenai petisyen permohonan pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang dihantar oleh keluarga Anwar di Istana Negara, semalam.
Menurutnya, tindakan individu lain selain banduan untuk memohon pengampunan berkenaan bukan saja dianggap satu penghinaan tetapi tindakan wajar seharusnya diambil terhadap individu itu.
"Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan Diraja dengan menjadikan alasan 'kehakiman tidak telus' sebagai alasan. Ini satu penghinaan dan harus dikenakan tindakan sewajarnya.
"Ia juga satu bentuk penghinaan kepada badan kehakiman yang bernaung dibawah Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan alasan tersebut.
"Kebiasaannya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman.
"Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak 'luar biasa' untuk memohon pengampunan," katanya.
- mD









Guru SJKT dan bunuh diri — Bahagian 2

Uthaya Sankar
Selvi mengalami 'depressive disorder' akibat tekanan guru besar. — Foto hiasan dari internetSelvi mengalami 'depressive disorder' akibat tekanan guru besar. — Foto hiasan dari internetFEBRUARI 10 — Sejak Cikgu Selvi mendapat gred DG44, secara mendadak, dia mula diberikan beban kerja dan jumlah mata pelajaran di luar akal rasional. Dia terpaksa mengajar lima kelas Bahasa Inggeris, tiga kelas Sains, tiga kelas Muzik dan tiga kelas Pendidikan Jasmani.
Secara purata, Selvi perlu menanda 700 buku setiap minggu. Setiap dua hari, Puan Saraswathi akan menyemak buku-buku berkenaan secara rambang dan sengaja mencari kesalahan.
Pelbagai tekanan diberikan secara berterusan oleh guru besar itu. Misalnya, Saraswathi turut mempersoalkan mengapa Selvi tidak memberikan kerja rumah kepada murid-murid pada cuti hujung tahun!
Pada waktu itulah Selvi mula tidak mampu mengawal tekanan dan penderaan mental yang diterima. Akan tetapi, penderaan itu berterusan sehingga Selvi hanya mampu menangis pada setiap mesyuarat.
Sebaik sesi persekolahan bermula pada Januari 2012, Saraswathi masuk ke setiap kelas di mana Selvi mengajar. Dia akan sengaja mencari kesalahan dan menghinanya dengan sangat teruk di hadapan murid-murid setiap kelas.
“Guru besar akan sentiasa mengungkitkan bahawa sebagai guru DG44 yang mengatasi DG32 (guru besar itu), maka prestasi saya mesti lebih baik daripada dia,” Selvi mengeluh sambil mengimbas pengalaman itu.
Oleh kerana sudah tidak mampu menanggung segala penderaan mental dan emosional, Selvi pengsan di dalam kelas pada suatu hari semasa sedang dihina bertubi-tubi oleh Saraswathi.
Apabila dibawa ke pusat perubatan, pakar mengesahkan Selvi mengalami depressive disorder dan diberikan cuti sakit selama sepuluh hari. Sepanjang tempoh itu pun Saraswathi tidak berhenti daripada terus memberikan tekanan.
Guru besar meminta guru-guru lain dan kerani menelefon secara bertali-arus untuk menyuruh Selvi membatalkan cuti dan datang semula ke sekolah.
Saraswathi turut menelefon pegawai di pejabat pendidikan daerah (PPD) dan mengadu kononnya Selvi berpura-pura sakit. Kononnya doktor pakar memberikan surat cuti sakit yang palsu.
“Saya berada dalam keadaan mamai dan ketakutan selama sepuluh hari itu. Suami saya menceritakan (kemudian) bahawa apabila cuti sakit tamat, saya berpaut pada kakinya dan merayu supaya tidak diminta pergi semula ke sekolah berkenaan. Saya sudah tidak tahan dengan penderaan Saraswathi,” Selvi mengakui.
Kemurungan mencetuskan idea bunuh diri
Rawatan susulan diterima di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selvi diberikan ubat anti depression pada dos tinggi kerana doktor mendapati keadaannya agak teruk.
Anak-anak juga menerima kesan daripada keadaan kesihatan Selvi. Anak bongsu berumur lapan tahun pada waktu itu. Selvi masih dalam trauma dan sering kali tidak tahu apa yang sedang dilakukannya.
Emosi dan keadaan mentalnya sangat terganggu. Beberapa kali Selvi dikatakan cuba mencederakan anaknya sendiri. Selvi hanya tahu mengenai insiden itu apabila diceritakan beberapa bulan kemudian.
Sementara itu, Saraswathi tidak berhenti daripada mengganggu dengan terus menghubungi pegawai PPD dan mengadu kononnya Selvi berpura-pura atau berlakon seperti orang sakit kerana malas bekerja.
“Rakan-rakan kerja mengirim e-mel dan SMS untuk bertanya khabar. Semua SMS dan e-mel balasan saya dicetak oleh guru besar.
“Salinan itu dikemukakan kepada PPD sebagai bahan bukti kononnya saya masih mampu berkomunikasi secara waras, maka sepatutnya dipaksa kembali ke sekolah,” guru itu menceritakan.
Selvi sudah tidak mampu menanggung segala tekanan dan gangguan emosional apabila dihubungi secara bertalu-talu oleh sekolah untuk memintanya datang semula. Wajah Saraswathi sentiasa terbayang di depan mata.
Guru itu mula menjadi bertambah murung pada waktu tertentu dan ganas pada waktu lain. Anak-anaklah yang turut menerima kesan daripada semua ini. Anak bongsu yang tidak memahami apa-apa turut menjadi mangsa.
Selvi mengaku bahawa ada suara dalam hati yang menyarankan supaya segala penderitaan itu ditamatkan dengan cara mencabut nyawa sendiri.
Suara halus itu sentiasa muncul dalam fikiran dan cuba menghasutnya. Beberapa kali Selvi mengambil keputusan membunuh diri dengan terjun dari tingkat enam pangsapuri. Mujurlah anak bongsunya berjaya menghalang.
Kisah yang perlu dijadikan pengajaran
Anak-anak yang belajar dan menginap di luar semakin risau. Prestasi pelajaran mereka juga terjejas teruk kerana memikirkan kesihatan ibu mereka.
Keadaan diri Selvi tidak terurus. Anak sulung yang belajar di luar negara terkejut besar melihat keadaan ibunya sewaktu pulang bercuti. Selvi dibawa semula ke PPUM.
Doktor mengesahkan keadaannya semakin teruk dan diberi cuti sakit 90 hari. Selvi pulang ke rumah ibu bapanya di Perak untuk menerima penjagaan rapi. Anak bongsu dibawa bersama.
Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) tampil membantu sebaik sahaja kes ini dibawa kepada perhatian mereka oleh anak sulung Selvi.
Setiausaha Agung KPPK, Lok Yim Pheng, bersemuka dengan Saraswathi untuk membincangkan isu yang timbul. Selvi juga dihantar kepada kaunselor khas di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk khidmat kaunseling.
Guru itu tidak henti-henti berdoa dan memohon “dibebaskan” daripada terus menjadi mangsa penindasan dan kezaliman Saraswathi.
Selvi sudah serik dengan sikap guru besar itu yang bukan hanya memusnahkan hidupnya, tetapi hidup seluruh keluarganya.
Akhirnya, berkat campur tangan KPPK, pada Mei 2012, Selvi ditukarkan ke sekolah lain dan beliau bertugas dengan cemerlang di sana sehingga hari ini.
Prestasi murid-muridnya meningkat dari hari ke hari.
“Pada mulanya, saya masih dalam proses pemulihan. Saya cukup bertuah kerana guru besar di sekolah baru amat prihatin dan penyayang.
“Sokongan guru-guru dan kakitangan di SJKT itu juga menjadi terapi positif yang berjaya mengembalikan saya kepada diri saya yang asal,” Selvi mengakhiri ceritanya.
Kisah Selvi wajar menjadi rujukan, panduan dan pengajaran kepada semua pihak terbabit bagi memastikan guru-guru tidak dijadikan mangsa kerakusan, kezaliman, penindasan dan ketamakan guru besar serta sistem pendidikan negara yang kacau-bilau.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Malay Mail Online.

Tiada ulasan: