Isnin, 2 Februari 2015

MEMANG HARAM BUAT BINAAN BATU KEKAL PADA KUBUR... HARAM JUGA KITA MENINGGALKAN SOLAT...HARAM JUGA KITA BERJUDI...MINUM ARAK DAN JUGA MAKAN DUIT RAKYAT SECARA BATIL DAN PERKARA2 SEANGKATAN DENGANNYA


Haram Buat Binaan Batu Kekal Di Kubur – Mufti Pahang

Abdul Rahman (depan, kiri) ketika melawat Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri sambil diiringi pemimpin setempat untuk melihat proses menanda arah kiblat tanah perkuburan tersebut. Abdul Rahman (depan, kiri) ketika melawat Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri sambil diiringi pemimpin setempat untuk melihat proses menanda arah kiblat tanah perkuburan tersebut.
ROMPIN – “Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram,” tegas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebahagian masyarakat Islam kini yang gemar membuat binaan konkrit kekal pada pusara ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, tanah perkuburan adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh menjadi hak milik.

“Sekarang ni, ramai waris kepada pusara-pusara Islam buat binaan kekal seperti memasang konkrit yang siap dipasang batu marmar, kadang-kala siap dipasang pagar… itu tidak boleh.

Jika berlaku sedemikian, itu bermakna hak bahagian orang lain telah kita ambil. Sedangkan, tanah kubur adalah tanah wakaf. Maka, haram hukumnya di dalam Islam.

“Tetapi, jika waris hendak buat binaan kekal sedemikian ia boleh dilakukan, dengan syarat jenazah berkenaan dikebumikan di tanah milik sendiri.

Tetapi, jenazah umat Islam lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan iaitu di tempat yang ramai,” jelasnya ketika ditemui di majlis meletakkan papan tanda petunjuk arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri, di sini yang turut dihadiri Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat.

Menyentuh mengenai keadaan beberapa pusara di tanah perkuburan tersebut yang dilihat turut dibina binaan kekal oleh pihak waris, Abdul Rahman berkata, pusara-pusara lama sedemikian tidak perlu dipecahkan untuk diganti semula dengan yang baharu.

“Pusara-pusara lama di sini yang telah dibuat binaan kekal tidak mengapa… cuma kini kita akan fokus pada kubur-kubur baharu supaya pihak waris tidak membuat binaan kekal. Waris kepada pusara lama di sini mungkin tidak tahu mengenai hal ini sebelum ini. Sehubungan itu, ia tidak mengapa…” jelasnya. – Sinar Harian Online



Penuntut maut dikelar teman lelaki

Oleh Yahya Awang

am@hmetro.com.my

Taiping : Seorang wanita maut selepas dipercayai dikelar oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Bukit Gantang Taiping dalam kejadian 12 tengah hari tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang penuntut institut pengajian tinggi berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.
Menurutnya, seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.
"Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun," katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.
Katanya, polis turut menemui pisau yang mempunyai kesan darah dalam semak berhampiran tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:40 PM


MANGSA terjatuh di lokasi kejadian.

Mangsa tsunami tuntut janji
  • Ismail dan isteri, Maznah Ismail meneliti dokumen berhubung senarai mangsa terlibat tsunami
yang merayu agar hak mereka ditunaikan. Ismail dan isteri, Maznah Ismail meneliti dokumen berhubung senarai mangsa terlibat tsunami yang merayu agar hak mereka ditunaikan.
1 / 1
SUNGAI PETANI – Seramai 108 mangsa tsunami Kuala Muda, Kedah kempunan untuk berpindah ke rumah baharu sepertimana yang dijanjikan 10 tahun lalu.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tepi Sungai, Ismail Othman berkata, kebanyakan mangsa masih menetap di lokasi asal rumah mereka yang rosak dan sebahagian lagi sudah pun dipindahkan melalui fasa pertama.

Beliau yang berpengalaman menjadi pengerusi JKKK selama 10 tahun dan setiausaha JKKK selama 12 tahun berkata, bagi fasa pertama iaitu bagi kategori rumah musnah teruk, 123 umah siap dibina di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda, dua tahun selepas tsunami.

“Bagaimanapun, terdapat 108 mangsa (berdasarkan bancian terdahulu) yang masih menanti untuk dipindahkan kerana dijanjikan untuk terlibat dalam projek fasa kedua pembinaan,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Ismail mendakwa, kerajaan ketika itu telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM800juta untuk penempatan semula mangsa tsunami melibatkan 150 hektar tanah telah digazet untuk tujuan pembinaan rumah.

“Bayaran pampasan kepada pemilik tanah juga telah diberikan ketika itu bertujuan agar projek fasa kedua berjalan lancar,” dakwanya.

Katanya, fasa kedua melibatkan mangsa dari Kampung Tepi Sungai, Kepala Jalan, Padang Salim, Hujung Matang, Puyu dan Sungai Yu.

Namun, projek fasa kedua itu hanya tinggal harapan kerana belum dibina sehingga kini, mangsa pula telah membaiki semula rumah mereka dan ada yang membina rumah baru di tapak lama berikutan masih tidak berpindah.

“Namun, apa yang lebih terkilan, projek penempatan semula kerajaan dibangunkan di Pulau Pinang iaitu di Kuala Muda, Kepala Batas, Seberang Prai di mana sebanyak 425 rumah dibangunkan di Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas tiga tahun selepas tsunami,” dakwanya.

Ismail mendakwa, akan tetapi, hanya 11 rumah yang terjejas di Seberang Prai sedangkan kawasan berisiko tinggi ialah di pesisiran pantai Kuala Muda, Kedah sehingga berlaku kematian akibat tsunami 26 Disember 2004.

Menurutnya, masing-masing saling bertanyakan bila dan di mana akan dipindahkan seolah-olah telah dilupakan hak mereka yang dijanjikan kerajaan 10 tahun lalu.

“Penduduk masing-masing kempunan mahukan rumah yang dijanjikan, namun sehingga kini tiada perkembangan positif,” katanya.

Katanya, beliau telah berusaha pelbagai cara dengan menghantar surat ke kerajaan negeri dan persekutuan bagi menyuarakan kehendak mangsa yang bimbang sekiranya dilanda ombak tsunami buat kali kedua.

“Kami sedih apabila janji yang dilafazkan tidak ditunaikan malah ada sebilangan kecil mangsa tsunami tidak merasai untuk berpindah sehingga ada yang telah meninggal dunia, uzur, sakit dan berpindah lokasi,” katanya.

Menurut beliau, pendedahan dibuat bertujuan meraih simpati agar nasib mangsa tsunami di Kota Kuala Muda terbela atau menerima perhatian pihak tertentu.

Label GST haram: Adun buat laporan polis
  • Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid
1 / 1
BUTTERWORTH - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid hari ini membuat laporan polis terhadap seorang guru agama, yang didakwa menyatakan Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah haram bagi orang Islam ketika menyampaikan kuliahnya di Masjid Bagan Lebai Tahir di sini pada Jumaat lepas.

Jahara yang juga AdunTeluk Air Tawar berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Teluk Air Tawar kerana kenyataan guru agama berkenaan pada kuliah Maghrib itu boleh menimbulkan kekeliruan mengenai pelaksanaan GST.

"Saya menerima aduan daripada seorang anggota kariah masjid itu yang mendakwa ustaz berkenaan dalam kuliahnya menyatakan CBP haram dikenakan ke atas orang Islam dan hanya boleh dikenakan ke atas orang bukan Islam.  
  
"Kuliah yang disampaikan ustaz itu bercanggah dengan penjelasan Hukum Islam mengenai GST yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai pelaksanaan GST di Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Jahara turut mendesak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat syarahan ustaz berkenaan dalam kuliah Maghrib itu.
  
"Saya mohon pihak berkuasa Agama Islam Pulau Pinang memastikan masjid dan surau di negeri ini tidak digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan kekeliruan dan keraguan dalam kalangan orang Islam," katanya. - Bernama

GAMBAR MAKSIAT DISEBAR BEKAS TEMAN LELAKI


MANA NAK LETAK MUKA, GAMBAR MAKSIAT DISEBAR BEKAS TEMAN LELAKI | Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini. 
Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit. 

Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah..

Lihat laporan polis neh beb ;

Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb?

1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah.

2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account f@cebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali.

3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya..

4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa.

5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh.

Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu.. mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri.. dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh..

Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue..
Mangsa nekad rempuh peragut
  • Kereta mangsa terbabas dan merempuh tiang lampu di bahu jalan. Kereta mangsa terbabas dan merempuh tiang lampu di bahu jalan.
1 / 1
KAMUNTING – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua lelaki bertindak memecahkan cermin kereta dan meragut beg tangannya di persimpangan lampu isyarat, Masjid Kamunting, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Saksi kejadian, Amran, 34, berkata, mangsa bagaimanapun bertindak berani mengejar dua lelaki itu dan merempuh mereka hingga jatuh.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

"Dua lelaki terbabit kemudian ditangkap orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dua suspek terbabit  diserah kepada polis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, sebelum kejadian, wanita berkenaan berhenti di kawasan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki yang bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan objek keras.

"Suspek memecahkan cermin kereta sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

"Dua suspek turut cedera ringan akibat terjatuh daripada motosikal dan mereka ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dan ragut," katanya.

Ismail berkata, pihaknya memuji keberanian ditunjukkan mangsa yang berusia awal 30-an itu.

“Walaupun suspek berjaya melarikan beg tangan mangsa, namun sikap beraninya mengejar suspek membolehkan beg tangannya diperoleh semula," katanya.

Ditinggalkan pembantu rumah bersendirian

Muhammad HADIF HADFI MOHD. NAZIM (kanan) yang maut selepas terjatuh Muhammad HADIF HADFI MOHD. NAZIM (kanan) yang maut selepas terjatuh dari kediamannya di tingkat 8, Villa Ketapang, Taman Nirwana, Ampang, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Belum pun reda kisah menyayat hati seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh bangunan kelmarin, hari ini satu lagi tragedi yang sama berulang.
Dalam kejadian terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tujuh bulan ditemukan maut selepas terjatuh daripada rumahnya di tingkat lapan di Villa Ketapang, Taman Nirwana, Ampang dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Muhammad Hadif Hadfi Mohd. Nazim ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan menyayat hati iaitu tempurung kepalanya pecah dan otak bertaburan di tingkat bawah kondominium berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kanak-kanak yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu ditinggalkan bersendirian oleh pembantu rumah yang menjaganya.
Beliau memberitahu, ketika kejadian, ibu bapa mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing .
“Difahamkan, pembantu rumah yang berusia 45 tahun itu meninggalkan mangsa berseorangan ketika dia sedang tidur. Pembantu rumah warga Indonesia itu kemudian pergi kedai runcit berdekatan untuk membeli barang.
“Bagaimanapun, mangsa yang terjaga daripada tidur dikatakan mencari pembantu rumah berkenaan. Kanak-kanak itu membuka tingkap dan memanjat basikal yang terletak di luar balkoni namun mangsa terjatuh dan meninggal di tempat kejadian.
“Unit rumah yang didiami mangsa terletak di tingkat lapan iaitu merupakan penthouse. Keseluruhan tinggi bangunan adalah sembilan tingkat,” katanya di sini.
Tambah Khairuldin, berdasarkan keterangan pekedai berdekatan, pembantu rumah terbabit dikatakan ada datang ke kedai semasa kejadian berlaku.
“Pembantu rumah itu sudah empat tahun bekerja dengan majikannya dan kita kini sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejurus kejadian berlaku dan pemeriksaan patologi mengesahkan mangsa maut disebabkan kecederaan parah di leher dan kepala,” ujarnya.
Sementara itu, ibu saudara mangsa hanya mahu dikenali sebagai Liza berkata, anak saudaranya itu memang seorang yang lasak dan diketahui selalu bangun tidur sekitar pukul 10 atau 11 pagi.
“Malah dia juga diajar untuk tidak bermain di balkoni kerana sering diingatkan tentang bahaya berada di situ.
“Saya mengetahui kejadian ini melalui adik ipar saya, Mohd. Nazim yang menghubungi dan memaklumkan perkara ini. Seluruh keluarga masih lagi trauma dengan apa yang berlaku terutama ibu bapa dan dua beradiknya yang lain,” ujarnya.
 8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
Posted on Monday, February 02 @ 13:50:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.


Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Tiada ulasan: