Kecoh pelajar diserang histeria
RAUB - Sebuah sekolah di sini kecoh seketika apabila beberapa
pelajarnya diserang histeria sebaik selesai melakukan latihan kebakaran
di padang bola jaring sekolah terbabit, semalam.Seorang pelajar yang enggan namanya dikenali memberitahu, kejadian dikatakan berlaku sebaik mereka memasuki dewan sekolah untuk acara seterusnya.
“Selepas selesai mengadakan latihan kebakaran, kami diminta oleh cikgu untuk berkumpul di dalam dewan untuk dengar ceramah.
“Sebaik masuk ke dalam dewan, terdengar jeritan seorang pelajar perempuan dan ia berjangkit dengan pelajar-pelajar lain,” katanya.
Tambah pelajar terbabit, dia melihat sekitar tiga hingga empat orang pelajar perempuan melompat dan menjerit sebelum ia berjangkit kepada beberapa pelajar lain.
“Suasana jadi kecoh apabila lebih ramai pelajar yang menjerit dan ada juga yang menangis. Cikgu kemudiannya meminta kami membaca surah Yasin.
“Sebaik membaca surah Yasin, keadaan kembali reda, namun cikgu kemudiannya meminta kami pulang ke rumah sekitar jam 10.30 pagi,” katanya.
Menurut kakitangan sekolah terbabit, dianggarkan lebih kurang 10 pelajar yang terkena histeria terbabit.
“Pagi tadi (semalam) ada latihan kebakaran di padang bola jaring dan semua pelajar sekolah ini kena berkumpul di padang bola jaring.
“Sebaik selesai latihan terbabit, pelajar diminta masuk ke dalam dewan dan ketika itulah segalanya bermula,” katanya.
Seorang penduduk di kawasan terbabit pula memberitahu, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh anak jirannya berkaitan kejadian terbabit.
“Saya pernah bersekolah di situ, dan khabar berita ini amat mengejutkan saya kerana belum pernah berlaku kejadian seumpama itu sebelum ini.
“Jika selama ini saya hanya mendengar cerita pelajar sekolah lain diserang histeria, tidak sangka pula kali ini ia berlaku di sekolah di kawasan kami ini,” katanya.
12:14AM - 7 Feb 2015
Kariah masjid tahan suspek lempar daging babi
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan memberitahu Bernama lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kariah masjid berkenaan sebaik menyedari kejadian itu dan kemudian menyerahkan suspek kepada polis.
Sementara itu, Setiausaha Masjid Telaga Air Ahmad Taufiq Saedon berkata lelaki itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika cuba melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
"Ketika kejadian lelaki itu membaling bungkusan plastik mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid dan melarikan diri dengan menunggang motosikal, tetapi tindakan pantas beberapa kariah berjaya menahan lelaki itu," katanya.
Imam Dua Masjid Telaga Air Mohd Asri Harun pula berkata kejadian dilempar bungkusan berisi daging babi awal pagi Jumaat bukan pertama kali berlaku.
Beliau berkata dalam beberapa kejadian sebelum ini, pihaknya telah membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan individu yang terbabit.
"Kami turut membuat majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk memohon doa dengan harapan perkara itu tidak lagi berulang. Perbuatan seumpama itu juga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang datang untuk bersolat malah ada yang berasa was-was," katanya.
- Bernama12:27PM - 6 Feb 2015
Hmmm
Mufti: PM hadir seakan penganut agama lain
Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegur ramai pemimpin,
termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara
agama bukan Islam dalam keadaan “seakan mereka sebahagian dari penganut
agama lain”.
“Saya berpendapat, ramai pemimpin termasuk YAB perdana menteri Malaysia, tidak mendapat nasihat yang jelas tentang hal ini sehingga mereka hadir dalam keadaan seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain,” kata Dr Asri.
Katanya, pemimpin Islam tidak boleh menzahirkan perbuatan seakan turut merayakan upacara agama lain seperti melakukan perbuatan ataupun memakai pakaian upacara.
“Penganut agama lain hendaklah menghormati agama pemimpin yang mengunjungi mereka dan tahu tujuan kehadiran pemimpin adalah untuk keharmonian yang ditonjol melalui kepimpinan yang terhormat, bukan dengan cara pemimpin turut melakukan upacara yang bukan ajaran agama pemimpin itu,” katanya.
Asri (atas) dipercayai merujuk kepada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini yang dihadiri Najib.
Bekas pensyarah di Universiti Sains Islam (USM) itu juga berkata, Islam menghormati beragama pihak lain dan menyeru ke arah kebaikan untuk semua manusia.
Bagaimanapun, katanya, dalam masa yang sama seorang Muslim wajib memelihara identiti akidah Islam.
Menulis di Facebook hari ini, Dr Asri berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.
Ia antaranya untuk menjalankan tugas yang memberikan manfaat untuk kemanusiaan seperti pegawai keselamatan yang hadir menjaga ketenteraman tau doktor yang merawat pesakit.
“Maka seorang pemimpin utama negara ataupun negeri yang beragama Islam boleh hadir tetapi bukan untuk turut merayakan upacara agama sebaliknya hadir sebagai menjalankan tugas kepimpinan seperti untuk berucap memberi nasihat umum tentang negara dan seumpamanya,” katanya.
6:00PM - 7 Feb 2015

Menteri: Jangan polemikkan isu kurta Najib
Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak terpengaruh
dengan pihak yang cuba menimbulkan 'kegusaran agama' dengan
mempolemikkan isu tertentu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam seharusnya berpandukan kepada sumber yang betul misalnya Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya kepada pegangan seseorang individu.
"Jangan timbul fitnah yang akan sebabkan sesama umat Islam berpecah, ini membawa kepada permusuhan dan kebencian yang dilarang dalam Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar kawasan Parlimen Jerai di Guar Chempedak.
Jelasnya isu kalungan bunga dan pakaian kurta yang dipakai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam Selasa lepas sepatutnya tidak timbul memandangkan ia berkaitan dengan tradisi kaum India.
Anggota Parlimen Jerai itu berkata sesetengah pihak seolah-olah cuba menimbulkan ketegangan dengan mengungkit isu yang sama setiap tahun sedangkan penjelasan yang sebenar telahpun diberi.
"Kurta ialah pakaian tradisi, ia tiada kaitan dengan konsep pengibadatan dan ataupun konteks ajaran agama.
"Kalungan bunga pula ialah cara penghormatan kaum India kepada tetamu yang mereka pilih, semua majlis mereka kalung bunga, tapi masyarakat kena faham batas agama lah, majlis fatwa tidak pernah bangkitkan larangan ini," kata Jamil Khir.
Selasa lepas Najib meluangkan masa menyaksikan perayaan Thaipusam ke-125 tahun di Kuil Subramaniyar Swamy di Batu Caves, Kuala Lumpur dan sebagai menghormati majlis, beliau berpakaian tradisional India, Kurta.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran Najib pada majlis itu tidak menyalahi syarak, berpandukan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005.
- Bernama
·
Beliau dilaporkan berkata di dalam Sinar Harian hari ini, penasihat perdana menteri perlu bertegas kepada penganjur program berkenaan demi memelihara kesucian agama Islam.
“Penasihat perdana menteri juga perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga kepada Najib atau memintanya memakai pakaian orang Hindu ketika menyambut acara keagamaan.
“Mereka perlu tegas dalam hal ini dan memaklumkan kepada penganjur Thaipusam di Batu Caves Najib boleh hadir dengan syarat tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk acara keagamaan penganut Hindu.
“Ini yang dilarang oleh Islam. Pemimpin Islam tidak dilarang menghadiri program penganut agama lain tetapi mesti ada had dan batasannya,” katanya kepada akhbar itu.
Katanya, Najib boleh menghadiri Thaipusam yang diadakan di Batu Caves, bagi meraikan rakyat beragama Hindu sejajar dengan amalan kepelbagaian agama di negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak boleh menyertai sebarang acara keagamaan mereka kerana ia menyalahi atau bertentangan ajaran Islam.
“Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian sedemikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau perdana menteri Malaysia dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia,” kata Asri.
Beliau juga mengambil contoh anggota polis Islam bertugas menjaga keselamatan di Batu Caves sempena Thaipusam dan itu tidak bermakna mereka turut merayakannya.
“Anggota polis menjaga keselamatan orang ramai dan memastikan perayaan itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan.
“Mereka tidak merayakan acara itu sebaliknya hanya menjalan tugas mengawal keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Asri berkata, sebagai perdana menteri yang menjaga kepentingan semua bangsa dan agama, Najib wajar meraikan penduduk berlainan agama yang mengadakan upacara masing-masing.
Beliau bukan hanya menjaga orang Melayu tetapi kaum lain juga yang mempunyai fahaman agama berbeza tetapi masih perlu diraikan, katanya. – 6 Februari, 2015. Mufti Perlis yang baru
dilantik semula, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meminta
penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih tegas
dalam menjaga batas yang ditegah Islam ketika pemimpin nombor satu
negara itu perlu menghadiri majlis keagamaan bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam seharusnya berpandukan kepada sumber yang betul misalnya Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya kepada pegangan seseorang individu.
"Jangan timbul fitnah yang akan sebabkan sesama umat Islam berpecah, ini membawa kepada permusuhan dan kebencian yang dilarang dalam Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar kawasan Parlimen Jerai di Guar Chempedak.
Jelasnya isu kalungan bunga dan pakaian kurta yang dipakai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam Selasa lepas sepatutnya tidak timbul memandangkan ia berkaitan dengan tradisi kaum India.
Anggota Parlimen Jerai itu berkata sesetengah pihak seolah-olah cuba menimbulkan ketegangan dengan mengungkit isu yang sama setiap tahun sedangkan penjelasan yang sebenar telahpun diberi.
"Kurta ialah pakaian tradisi, ia tiada kaitan dengan konsep pengibadatan dan ataupun konteks ajaran agama.
"Kalungan bunga pula ialah cara penghormatan kaum India kepada tetamu yang mereka pilih, semua majlis mereka kalung bunga, tapi masyarakat kena faham batas agama lah, majlis fatwa tidak pernah bangkitkan larangan ini," kata Jamil Khir.
Selasa lepas Najib meluangkan masa menyaksikan perayaan Thaipusam ke-125 tahun di Kuil Subramaniyar Swamy di Batu Caves, Kuala Lumpur dan sebagai menghormati majlis, beliau berpakaian tradisional India, Kurta.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran Najib pada majlis itu tidak menyalahi syarak, berpandukan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005.
- Bernama
6 cara mendapat kebahagiaan hidup.
1. Memelihara solat
2. Istiqamah membaca al-Quran
3. Melazimi hadir majlis ilmu
4. Infak di jalan Allah
5. Membaca dan mengikuti sejarah hidup orang-orang soleh
6. Membersihkan hati

Dr Zulkifli Mohamad al Bakri
Mufti wilayah persekutuan
6/2/2015
Ceramah di Seri Manjung, Nisa Kawasan Lumut Pas Kawasan Lumut DeeleeMaa MeeRaah

Jangan biar Najib pakai pakaian Hindu, kalungan bunga, kata mufti Perlis
Beliau dilaporkan berkata di dalam Sinar Harian hari ini, penasihat perdana menteri perlu bertegas kepada penganjur program berkenaan demi memelihara kesucian agama Islam.
“Penasihat perdana menteri juga perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga kepada Najib atau memintanya memakai pakaian orang Hindu ketika menyambut acara keagamaan.
“Mereka perlu tegas dalam hal ini dan memaklumkan kepada penganjur Thaipusam di Batu Caves Najib boleh hadir dengan syarat tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang bentuk acara keagamaan penganut Hindu.
“Ini yang dilarang oleh Islam. Pemimpin Islam tidak dilarang menghadiri program penganut agama lain tetapi mesti ada had dan batasannya,” katanya kepada akhbar itu.
Katanya, Najib boleh menghadiri Thaipusam yang diadakan di Batu Caves, bagi meraikan rakyat beragama Hindu sejajar dengan amalan kepelbagaian agama di negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak boleh menyertai sebarang acara keagamaan mereka kerana ia menyalahi atau bertentangan ajaran Islam.
“Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian sedemikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau perdana menteri Malaysia dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia,” kata Asri.
Beliau juga mengambil contoh anggota polis Islam bertugas menjaga keselamatan di Batu Caves sempena Thaipusam dan itu tidak bermakna mereka turut merayakannya.
“Anggota polis menjaga keselamatan orang ramai dan memastikan perayaan itu berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang gangguan.
“Mereka tidak merayakan acara itu sebaliknya hanya menjalan tugas mengawal keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Asri berkata, sebagai perdana menteri yang menjaga kepentingan semua bangsa dan agama, Najib wajar meraikan penduduk berlainan agama yang mengadakan upacara masing-masing.
Beliau bukan hanya menjaga orang Melayu tetapi kaum lain juga yang mempunyai fahaman agama berbeza tetapi masih perlu diraikan, katanya. – 6 Februari, 2015.
Rumah siap dalam masa lima hari
- Zakaria di hadapan rumah baharunya, dibina hasil kerjasama Fakulti Alam Bina UM dan PKMM Kelantan.
TUMPAT - Keperitan hidup keluarga Zakaria Mushim, 45, dari Kampung Pak
Jah, yang tidur di bawah khemah berakhir apabila rumah baharu siap
dibina dalam masa lima hari.
Rumah tersebut dibina secara gotong-royong, hasil kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM) dengan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kelantan bagi menggantikan rumahnya yang runtuh akibat banjir, Disember lalu.
Zakaria berkata, dia sekeluarga tidur di bawah khemah selama sebulan selepas rumahnya ranap dibawa arus banjir kuning.
Katanya, tanpa bantuan daripada pihak berkenaan, mungkin dia sekeluarga akan terus tidur di bawah khemah itu yang didirikan bersebelahan tapak rumahnya.
“Saya amat gembira, ia memberi sinar baharu kepada keluarga saya kerana akhirnya ada rumah tempat berteduh,” katanya.
Menurutnya, di sebalik musibah banjir itu ada hikmahnya kerana rumahnya yang runtuh itu uzur, namun diganti dengan rumah yang cantik.
Katanya, hanya tinggal kerja penambahbaikan di bahagian dapur, antara ruang terselamat ketika dilanda banjir.
“Saya akan mendiami rumah baharu ini dalam masa terdekat selepas bahagian dapur dibaik pulih sepenuhnya,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Zakaria sembilan beranak tidur di bawah khemah selama 15 hari selepas rumah pusaka berusia 42 tahun itu hampir ranap.
Khemah itu tidak dapat memuatkan semua anaknya dan sebahagiannya terpaksa tidur di ruang dapur yang retak itu.

NAJIB 'GADAI AQIDAH' - HARUSSANI
"Najib tak dengar nasihat saya." - Mufti Perak
17 Rabi'ul Awal 1433 H | 10 February 2012

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan
rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai
akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan
Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Perdana Menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Jalan Pudu selepas senja ‘Mini Hatyai’
Pelacur warga China dan
pondan atau 'mak nyah' dirakam sedang menjalankan aktiviti menjerat
pelanggan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada waktu malam. - Foto TRP/Zaini
Hardy
KUALA LUMPUR, 7 Februari:
Sebut saja tentang Jalan Pudu di Lembah Klang ini, semua orang tahu di situ adalah syurga untuk membeli barang-barang murah.
Daripada barangan dapur hinggalah ke
perkakasan rumah, semua barang tersebut boleh didapati di Jalan Pudu
dengan harga lebih rendah berbanding pusat beli belah atau pasar raya.
Tidak hairanlah sekiranya Pudu menjadi tumpuan orang ramai pada setiap hujung minggu yang fungsinya pelbagai.
Dari pagi hingga ke larut malam, Pudu
tidak pernah sepi daripada kunjungan individu tertentu kerana ada
sesuatu yang berlaku selepas senja di situ.
Ia menjadi tumpuan lelaki hidung belang yang mahu mencari kepuasan demi memuaskan nafsu dirinya.
Perkara yang dimaksudkan ialah aktiviti pelacuran dan pondan yang berlaku di situ sejak beberapa tahun lalu.
Ironinya, Jalan Pudu menjadi sangat popular kerana aktiviti itu hingga ia boleh dianggap sebagai ‘Mini Hatyai”
Bagi mereka yang tidak tahu tentang dosa
dan balasan azab seksa di dalam neraka, jalan itu menjadi kunjungan
utama untuk mereka melempiaskan nafsu syahwat dengan hanya membayar dari
RM30 hingga RM50 untuk sekali perkhidmatan.
Pelacur yang melakukan aktiviti
persundalan itu pula merupakan warga China yang tidak diketahui
identitinya sama ada masuk ke negara ini secara sah atau sebaliknya.
Manakala, pondan atau lebih sinonim
dengan nama lain ‘mak nyah’ pula menjalankan aktiviti sama seolah-olah
mereka itu berlawan-lawan dalam mengejar untung dalam aktiviti maksiat.
Apa yang menghairankan, keadaan seperti itu sememangnya tidak terkawal.
Difahamkan, lokasi pusat pelacuran
dan pondan di kawasan berkenaan sudah banyak kali diserbu oleh pihak
berkuasa polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) namun, tidak lama
selepas itu aktiviti mereka wujud kembali.
Seorang lelaki yang hanya dikenali
sebagai Sabirin, 37, berkata, dia yang bekerja di salah sebuah kedai di
bangunan tersebut sudah muak dengan pelawaan pelacur warga China yang
sering berkeliaran di situ.
Katanya, dia selalu digoda oleh
pelacur-pelacur terbabit yang cuba menawarkan seks kepadanya tanpa
langsung merasa takut atau malu.
“Saya sudah tidak tahu nak cakap apa lagi terhadap mereka ini.
“Pelacur-pelacur ini seolah-olah tidak
takut dengan undang-undang sehingga mereka berani menawarkan seks kepada
sesiapa sahaja yang ditemui,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post semasa melakukan tinjauan di kawasan berkenaan.
Sepanjang pemerhatian The Rakyat Post selama satu jam di situ, pelacur-pelacur terbabit akan beralih daripada seorang ke seorang hingga berjaya mendapat mangsanya.
Mereka akan menggunakan taktik menggoda
dengan cara mereka sendiri, antaranya cuba meraba pelanggan atau rela
alat sulit atau payudaranya diramas oleh si lelaki hidung belang.
Persoalannya, sejauh mana tahap kesihatan
pelacur-pelacur warga China terbabit yang dikongsi-kongsi oleh
pelanggan mereka yang juga terdiri daripada warga asing seperti lelaki
Vietnam, Bangladesh, Nepal, Indonesia dan sebagainya.
Ah Hock, seorang pekerja bengkel motor di situ memberitahu, aktiviti pelacuran di situ seperti tidak boleh dibendung meskipun pihak berkuasa pernah melakukan banyak operasi.
Katanya, sejak dia bekerja di bengkel
motor di situ sejak 10 tahun lalu, lebih lima kali serbuan oleh pihak
berkuasa dilakukan pada sebelah malam yang pernah dilihatnya.
“Tempat ini hanya akan sepi paling lama
pun setengah bulan, lepas itu pelacur dan pondan ini akan menjalankan
aktiviti mereka semula.
“Mereka itu (pelacur) memang ada yang
jaga. Kalau kena tangkap mereka akan lepas semula dan muka mereka boleh
dilihat bulan depannya.
“Saya bukan mahu menuduh tapi ini mungkin
ada berlaku salah laku oleh penguatkuasa hingga menyebabkan mereka
bebas dan kebal dengan undang-undang di negara kita,” ujarnya.
Seorang kakitangan swasta yang ditemui
dan enggan dikenali berkata, dia pernah terlihat beberapa remaja
melanggan pelacur dan pondan yang beroperasi di situ.
Katanya, pelacur dan pondan terbabit
tidak memilih pelanggan mereka asalkan ada yang tergoda dengan pujuk
rayu dan bersedia memberikan wang, itu dikira rezeki mereka.
“Sedih saya lihat orang muda terutama anak Melayu melanggan pelacur dan pondan ini.
“Mereka ini cuma tahu keseronokkan tanpa
melihat kesan yang akan ditanggung jika berlaku sesuatu pada diri mereka
nanti,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan