Jumaat, 20 Februari 2015

BILA MANUSIA SUSAH NAK MENERIMA KEBENARAN...DALAM HAL INI TAK KAN SYAITAN/IBLIS NAK BERDIAM DIRI...SIJAHIL...MEMANG JAHIL MEMANG MUDAH TERTIPU...YANG LAWAK SIJAHIL BERASA DIRI DAH SANGAT ALIM





Post by Muhammad Azri Syontot.








Post by Mohd Shukri.


 

Debat Liwat II hanya buang masa
  • Khairul Anwar Rahmat
1 / 1
KUALA LUMPUR - Debat mengenai kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dilakukan kerana hanya hanya membuang masa.

Ketua Sekretariat Perundangan Umno, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, ruang untuk mengadakan perdebatan sudah tertutup. Beliau berkata, sekarang adalah masa untuk memberi penjelasan di luar mahkamah kerana sudah lebih 16 tahun pembangkang memanipulasi kes itu kononnya konspirasi jahat kerajaan untuk mengenakan Anwar.

"Selama ini Umno tidak boleh menjawab isu tersebut kerana dibimbangi menghina mahkamah (contempt of court). Ini masa untuk menjelaskan segala keraguan yang pernah dibangkitkan pembangkang sebelum ini," katanya, Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin sedia untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung kes Liwat II. Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.

Khairul Anwar berkata, Muhammad Shafee tidak melanggar etika kerana beliau hanya membentangkan dan menerangkan fakta kes tersebut kepada orang ramai.
"Kes tersebut dibicarakan secara terbuka, tidak ada rahsia. Perbicaraan sudah tamat, sekarang adalah masa untuk memberi penerangan secara politik agar rakyat lebih jelas apa yang dilakukan  Anwar sebelum ini," katanya.


Tangki 400 gelen air timpa bilik tidur
  • Tangki 400 gelen air timpa bilik tidur
1 / 1
PUCHONG – “Rasa sedih sangat sebab tak dapat sambut Tahun Baru Cina di rumah ini selepas tangki air jatuh dari siling menimpa bilik tidur pada 25 November lepas,” kata pemilik sebuah unit kediaman mewah di Taman Aman Sari, Teresa Low.

Katanya, sikap pemaju yang enggan memberi maklum balas berhubung insiden berlaku selain kerosakan belum dibaiki menambahkan lagi kesedihan keluarganya yang kini terpaksa mendiami rumah lain.

Mengimbas kembali insiden yang menyebabkan siling rumah di tingkat satu dan dua diresapi air, Teresa berkata, dia bernasib baik kerana tiada sesiapa di rumah ketika itu.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan menyebabkan dia kerugian hampir RM100,000 apabila banyak peralatan elektrik mengalami kerosakan.

Apa yang dikesalkan, pemaju seolah-olah lepas tangan dan hanya menjanjikan pampasan sebanyak RM5,000 atas kejadian yang didakwanya boleh menyebabkan risiko keselamatan sekiranya dia berada di rumah ketika itu.

“Saya dah kerugian ratusan ribu ringgit apabila banyak barang rosak. Kontraktor beritahu kalau nak baiki semua ni mungkin babitkan kos hampir RM250,000,” katanya.

Suaminya, Leong Sonnie, 69, berkata, pada hari kejadian, dia yang pulang ke rumah di Taman Aman Sari, di sini kira-kira jam 10.25 pagi terkejut melihat air mencurah-curah bagaikan air terjun melimpah dari tangga rumah tiga tingkat yang dibeli pada 2006.

Cemas melihat insiden itu, Leong bergegas menutup meter paip utama sebelum ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya terkejut lihat tangki yang berisi hampir 400 gelen air terletak di atas siling bilik tidur jatuh ke lantai. Memang teruk,” katanya.

Sementara itu, Adun Kinrara, Ng Sze Han yang menerima aduan itu berkata, akibat kejadian, jiran berhampiran rumah mangsa kini diselubungi keresahan bimbang kejadian sama berlaku di kediaman mereka.

Katanya, perkara itu memang mengejutkan kerana ia membabitkan kediaman mewah.

“Saya difahamkan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan meminta perunding pemaju kemukakan laporan mengenai apa yang berlaku.

“Ia berkemungkinan berpunca daripada reka bentuk atau jenis material digunakan untuk menyokong tangki tersebut di bahagian siling,” katanya.

Beliau turut menasihatkan 142 pemilik kediaman sama melakukan pemeriksaan di tangki masing-masing untuk mengelakkan kejadian berulang.

Sementara itu, wakil Jabatan Bangunan MPSJ, Mohd Safiee Junun berkata, perunding pemaju perlu mengemukakan laporan mengenai kaedah pembaikan, status keadaan terkini dan punca bagaimana kejadian berlaku.

Arahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 71 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan UUK 258 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

“Siapa yang akan tanggung kos pembaikan diputus selepas laporan diteliti, majlis akan minta perunding pemaju untuk jalankan pemeriksaan di rumah-rumah lain di kawasan ini sebagai tindakan pencegahan,” katanya.






Post by Warga Prihatin.


DE MASALA VIDEO...XKUAR...SILA KLIK DISITU UTK PAUTAN

Tiada ulasan: