Awas kalau parkir 'macam celaka'
Hati-hati apabila meletakkan kenderaan. Jangan menyusahkan orang lain.
Ini kerana anda bukan sahaja boleh menjadi objek cemuhan tetapi juga mungkin dimalukan di Internet.
Laman Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) mengambil inisiatif itu dengan memuat naik gambar-gambar kenderaan yang diletakkan secara mementingkan diri sendiri.
Setakat ini kumpulan itu dapat menarik sebanyak lebih 18,000 ahli untuk menyertainya sejak diwujudkan enam bulan lalu.
Menurut pengendalinya, laman itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna kenderaan agar lebih berdisiplin.
Antara gambar yang dimuat naik termasuk gambar kereta yang parkir dengan senget atau tidak masuk dalam petak.
Turut menjadi sasaran utama adalah pemandu yang meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU) dan parkir berganda di tepi jalan sehingga menghalang pengguna lain.
Laman itu juga memuat naik beberapa keping gambar motosikal yang diparkir di petak letak kereta.
Facebook itu juga menjadi tempat orang ramai melepaskan kemarahan.
Ini dilihat melalui beberapa nota berang yang antaranya berbunyi “Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau”, "Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang" dan "Pandai bawa kereta, bodoh parkir".

Hadapi 3 tuduhan rogol gadis bawah umur
- Mohammad Amirul Hafiz mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun, semasa dihadapkan ke mahkamah sesyen, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dihadapkan ke mahkamah sesyen, di
sini, semalam atas tiga tuduhan merogol seorang gadis dipercayai teman
wanitanya yang berusia 15 tahun.
Tuduhan terhadap Mohammad Amirul Hafiz Hanifah, 22, dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas ketiga-tiga pertuduhan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohammad Amirul Hafiz didakwa merogol mangsa yang sudah tidak bersekolah itu di sebuah rumah di Kondo Rakyat Kuala Ibai, kira-kira jam 4.30 petang, 28 November tahun lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di lokasi sama, lebih kurang jam 8 pagi, 1 Januari dan 8 Januari lalu.
Hakim Azhar Othman menetapkan 18 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, Hakim Azhar turut menetapkan syarat tertuduh tidak boleh sesekali mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan dengan apa jua cara sekalipun.
Sekiranya tertuduh didapati melanggar syarat berkenaan, jaminan akan ditarik balik dan tertuduh akan direman sehingga perbicaraan selesai.

1:17PM - 5 Feb 2015
PAS: Penyokong Ismail seperti 'mabuk todi'
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan 92 ketua
Umno bahagian di seluruh negara yang menyokong gesaan Datuk Seri Ismail
Sabri supaya memboikot perniagaan kaum Cina.
Mahfuz mengumpamakan tindakan pemimpin Umno bahagian itu sebagai "membuta tuli bagai orang mabuk meminum todi".
Anggota parlimen Pokok Sena itu juga berkata pihak tersebut sepatutnya mendesak kerajaan supaya menurunkan harga barang bawah kawalannya terlebih dahulu.
"Sepatutnya mereka berhimpun di depan pejabat perdana menteri sebab kerajaan yang bertanggungjawab kena turunkan harga kawalan, bukan peniaga.
"Sehingga hari ini kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang bawah kawalan mereka.
Pentingnya para pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta.
"Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk meminum todi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Mahfuz turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membela tindakan menteri pertanian dan industri asas tani itu.
Ini kerana, kata Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, kenyataan Ismail di Facebook itu jelas menggesa supaya memboikot perniagaan kaum Cina.
"Perdana menteri juga memilih jalan yang sama untuk membela menteri kabinet tersebut.
"Sekiranya kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang, pasti pihak berkuasa sepantas kilat ingin mengheret ke mahkamah atas dakwaan Akta Hasutan," katanya.
Ismail sebelum ini menggesa agar orang ramai memboikot perniagaan orang Cina sekiranya mahu menurunkan harga barang.
Bagaimanapun, Ismail berkata, gesaannya itu merupakan saranan supaya pengguna dapat menggunakan kuasa mereka mendesak harga barangan diturunkan.

8 Keistimewaan Memelihara Kucing
Nurul Akmal Ibrahim
February 2, 2015
0 Comment
Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya
yang nakal dan manja amat mencuit hati. Saya tidak boleh ingat sudah
berapa ekor kucing yang pernah kami sekeluarga pelihara.
Tidak lama pergi pasti berganti baru. Pelbagai jenis dan pelbagai warna. Sudah bermacam-macam nama kucing pernah dipanggil di kawasan rumah kami bila tiba waktu untuk diberi makan.
Sehingga hari ini, kami masih ada kucing-kucing di rumah. Tahniah kepada anda peminat kucing! Anda telah mendapat pelbagai keistimewaan dengan menjaga haiwan ini. Ini antara keistimewaan yang telah anda terima.
Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.
Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.
Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu lupa dengan kepenatan seharian.
Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.
Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.
Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.
Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya.
Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.
Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.
Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.
Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.
Betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan derhaka pada Tuhan. Kenapa saya kata begitu?
Waktu Subuh saya dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan saya. Selagi tak bangun, selagi itulah kucing hitam ini akan berbunyi dengan nyaring betul-betul di telinga sambil menjilat-jilat telinga saya.
Sebaik sahaja saya mengalah dan bangun bersolat, barulah kucing ini berhenti mengganggu. Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan paling kenal siapa Tuhannya.
Di sini saya belajar suatu yang bermakna dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.
Satu lagi kisah mengenai kasih sayang kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tajam berbanding manusia.
Apabila terdapat sel-sel kanser di dalam tubuh tuannya, kucing akan cuba memberitahu tuannya itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya).
Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara.
Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan pastikan rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.
Mana ada kucing yang akan membiarkan haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah kami akan tunjukkan hasil tangkapan itu kepada kami (kucing-kucing kami tak makan buruan ni).
Sebagai tanda terima kasih, kami upah pula dengan pujian, usapan dan makanan yang enak untuknya.
Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu peka.
Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.
Ini belum ambil kira soal imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor tau.
Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah.
Maka tuan kucing mesti komited dan berdisiplin untuk menunjukkan perkara ini sehingga kucingnya pandai menjaga kebersihan diri.
Tambahan pula, jika kucing tidak menjaga soal kebersihan dan menganggu harta benda orang lain (mencuri ikan, ‘menanda kawasan’ di tempat orang dsbg), tuan kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya.
Ya, jadilah seorang tuan kucing yang bertanggungjawab dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Fahamilah bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau bau-bau ‘kotoran’ kucing anda boleh menganggu ketenteraman awam.
Ini belum ambil kira soal memberi mandi kucing, mengemas bulu dan memotong kuku lagi tau (lain spesis kucing, lain keperluannya).
Bila semua ini dilakukan, bukankah anda jadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab?
Berkata Ibn al Haitami dalam Fatwa:
Agaknya dah hilang akal sampai tak ingat Tuhan Maha Melihat setiap perbuatannya itu. Memalukan! Jangan lupa pada kisah seorang wanita yang dicampak ke dalam neraka kerana mengurung kucingnya tanpa diberi makan. Inikan lagi dicederakan sehingga begitu rupa.
Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.
Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.
Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.
Tidak ada satu pun yang dicipta Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir ‘an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa’ (2003), semua haiwan di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.
Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.
Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.
Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:
Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.
Saya berani katakan janji Allah swt ini sangat benar kerana bukti di depan mata saya sendiri. Rezeki harta adik perempuan saya yang sangat mencintai kucing dan paling berlemah-lembut kepada kucing sangat luas dan melimpah ruah berbanding saya yang biasa-biasa saja.
Sebelum keluar keputusan SPM, adik saya sudah mendapat tawaran sambung belajar dengan biasiswa penuh. Sebelum keluar keputusan ijazah, adik saya sudah mendapat kerja di Petronas. Keputusan akademiknya sangat cemerlang, kerja sekarang bergaji besar.
Alhamdulillah sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Sudah memiliki berapa buah rumah? Tak perlu saya kongsikan, percayalah memang murah rezekinya. Saya dan mak selalu berkata, Ummu Hurairah yang sentiasa didoakan kucing kerana kasih sayangnya pada kucing.
Ya, boleh jadi kerana doa kucing hidup kita aman. Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan dan kucing juga boleh mengadu dengan Allah swt tau. Saya bukan mendakwa tanpa asas tetapi melalui kisah Rasulullah saw sendiri.
Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?
Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.
Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.
Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.
Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.
Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?
Tidak lama pergi pasti berganti baru. Pelbagai jenis dan pelbagai warna. Sudah bermacam-macam nama kucing pernah dipanggil di kawasan rumah kami bila tiba waktu untuk diberi makan.
Sehingga hari ini, kami masih ada kucing-kucing di rumah. Tahniah kepada anda peminat kucing! Anda telah mendapat pelbagai keistimewaan dengan menjaga haiwan ini. Ini antara keistimewaan yang telah anda terima.
Keistimewaan #1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik
Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.
Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.
Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu lupa dengan kepenatan seharian.
Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.
Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.
Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.
Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya.
Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.
Keistimewaan #2 – Menjaga Kesihatan Fizikal
Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan otot?Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.
Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.
Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.
Keistimewaan #3 – Saling Berkasih-sayang
Anda ingin melihat contoh kasih sayang yang tak bertepi? Peliharalah kucing. Kucing menyayangi tuannya tanpa syarat.Betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan derhaka pada Tuhan. Kenapa saya kata begitu?
Waktu Subuh saya dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan saya. Selagi tak bangun, selagi itulah kucing hitam ini akan berbunyi dengan nyaring betul-betul di telinga sambil menjilat-jilat telinga saya.
Sebaik sahaja saya mengalah dan bangun bersolat, barulah kucing ini berhenti mengganggu. Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan paling kenal siapa Tuhannya.
Di sini saya belajar suatu yang bermakna dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.
Satu lagi kisah mengenai kasih sayang kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tajam berbanding manusia.
Apabila terdapat sel-sel kanser di dalam tubuh tuannya, kucing akan cuba memberitahu tuannya itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya).
Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara.
Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan pastikan rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.
Mana ada kucing yang akan membiarkan haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah kami akan tunjukkan hasil tangkapan itu kepada kami (kucing-kucing kami tak makan buruan ni).
Sebagai tanda terima kasih, kami upah pula dengan pujian, usapan dan makanan yang enak untuknya.
Keistimewaan #4 – Mendisiplinkan Diri & Membentuk Sifat Bertanggungjawab
Boleh ke jadi seorang yang berdisiplin bila memelihara kucing? Nampak seperti mudah tapi ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh tuan kucing sebenarnya.Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu peka.
Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.
Ini belum ambil kira soal imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor tau.
Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah.
Maka tuan kucing mesti komited dan berdisiplin untuk menunjukkan perkara ini sehingga kucingnya pandai menjaga kebersihan diri.
Tambahan pula, jika kucing tidak menjaga soal kebersihan dan menganggu harta benda orang lain (mencuri ikan, ‘menanda kawasan’ di tempat orang dsbg), tuan kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya.
Ya, jadilah seorang tuan kucing yang bertanggungjawab dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Fahamilah bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau bau-bau ‘kotoran’ kucing anda boleh menganggu ketenteraman awam.
Ini belum ambil kira soal memberi mandi kucing, mengemas bulu dan memotong kuku lagi tau (lain spesis kucing, lain keperluannya).
Bila semua ini dilakukan, bukankah anda jadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab?
Keistimewaan #5 – Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri & Kedekut
Memelihara kucing dapat belajar untuk menjadi manusia. Sesiapa yang ada hati yang keras macam batu tu, saya sarankan peliharalah kucing. Sesiapa yang ada jiwa yang sangat kedekut bak Haji Bakhil tu, silalah pelihara kucing.Berkata Ibn al Haitami dalam Fatwa:
“Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”Saya cukup tak faham bagaimana ada manusia yang tergamak untuk memijak, menyepak, memotong dan menyiram air panas pada binatang yang tak berdosa ni.
Agaknya dah hilang akal sampai tak ingat Tuhan Maha Melihat setiap perbuatannya itu. Memalukan! Jangan lupa pada kisah seorang wanita yang dicampak ke dalam neraka kerana mengurung kucingnya tanpa diberi makan. Inikan lagi dicederakan sehingga begitu rupa.
Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.
Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.
Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.
Keistimewaan #6 – Mendapat Pahala
Siapa kata berbuat baik pada binatang tidak mendapat apa-apa ganjaran? Mari kita renungi dulu ayat Al-Quran di bawah ini:Tidak ada satu pun yang dicipta Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir ‘an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa’ (2003), semua haiwan di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.
Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.
Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.
Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:
Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.
Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.
Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.
Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Riwayat Muslim
Keistimewaan #7 – Dimurahkan Rezeki
Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing.Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.
Saya berani katakan janji Allah swt ini sangat benar kerana bukti di depan mata saya sendiri. Rezeki harta adik perempuan saya yang sangat mencintai kucing dan paling berlemah-lembut kepada kucing sangat luas dan melimpah ruah berbanding saya yang biasa-biasa saja.
Sebelum keluar keputusan SPM, adik saya sudah mendapat tawaran sambung belajar dengan biasiswa penuh. Sebelum keluar keputusan ijazah, adik saya sudah mendapat kerja di Petronas. Keputusan akademiknya sangat cemerlang, kerja sekarang bergaji besar.
Alhamdulillah sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Sudah memiliki berapa buah rumah? Tak perlu saya kongsikan, percayalah memang murah rezekinya. Saya dan mak selalu berkata, Ummu Hurairah yang sentiasa didoakan kucing kerana kasih sayangnya pada kucing.
Ya, boleh jadi kerana doa kucing hidup kita aman. Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan dan kucing juga boleh mengadu dengan Allah swt tau. Saya bukan mendakwa tanpa asas tetapi melalui kisah Rasulullah saw sendiri.
Ya’la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan air mata.Ini kisah unta yang mengadu pada Rasulullah saw tentang layanan yang diterima dari tuannya. Apakah mustahil bagi haiwan lain seperti kucing untuk mengadu kepada Tuhan tentang tuannya? Apakah mustahil bagi kucing untuk mendoakan terus kebaikan tuannya kepada Tuhannya?
Rasulullah bertanya: “Di mana pemilik unta ini? Ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya.”
Riwayat Ahmad
Keistimewaan #8 – Sunnah Rasulullah saw & Sahabat
Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus melekat sehingga hari ini.Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?
Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.
Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.
Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:
“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.
Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.
Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan