Selasa, 10 Februari 2015

BAGI ALLAH TAK DE YANG MUSTAHIL....KADANG2 KEJADIAN ITU JADI TAMSIL/PENYATAAN SUPAYA MANUSIA BERFIKIR



(Video) Cacing Besar & Panjang Keluar Dari Bangkai Labah-Labah 

 

 

 


Sebuah video amatur yang dirakam oleh seorang individu yang mana menunjukkan saat-saat seekor cacing aneh yang panjang dan besar keluar dari bangkai seekor labah-labah yang baru dibunuhnya.

BaskWith2 yang merupakan pemilik akaun yang berkongsikan video ini pada kira-kira dua tahun lalu bagaimanapun telah memuat naik sekali lagi dalam durasi yang lebih panjang pada dua hari lalu oleh individu lain pula.

Menurutnya, ketika sedang melakukan tugasan, perakam terkejut dengan kehadiran labah-labah besar ini dan terus menggunakan penyembur membunuh serangga ini.

Bagaimanapun, pekara yang lebih mengejutkan lagi berlaku apabila seekor cacing mula keluar dari bangkai labah-labah tersebut,

Cacing yang besaiz besar serta panjang itu berganda-ganda besar dari abdomen labah-labah yang menjadi habitatnya sangat memeranjatkan. ─ Siakapkeli.com.my

*Menonton video ini boleh menyebabkan anda merasa mual



Namun perkara tersebut tidaklah perkara yang aneh bagi para saintis dan pakar.

Cacing itu adalah merupakan parasit yang dikelaskan sebagai Mermithid Nematode. Ia sering menjadikan tubuh hidupan Arthropod seperti labah-labah, serangga dan krustasea sebaga perumahnya.

Parasit (Cacing) berkenaan akan membuatkan perumah itu menjadi dahaga dan setelah berada di kawasan berair contohnya tasik ataupun kolam ia akan berusaha keluar dari tubuh perumahnya dan terus membuatkan perumahnya itu mati. ─ Siakapkeli.com.my


8:11PM - 9 Feb 2015

SU: Kenyataan Hadi dipalsukan


Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan kekesalannya terhadap pengeluaran kenyataan palsu berkaitan sokongan presiden PAS itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kenyataan bertarikh hari ini mengenai “demo solidariti” terhadap Anwar “palsu” dan “tidak benar sama sekali”.

“Pihak Datuk Seri Tuan Guru (Hadi) merasa sangat kesal di atas penyalahgunaan surat PAS dan pemalsuan kenyataan media itu,” kata Ahmad dalam kenyataannya lewat petang ini.

Kenyataan palsu itu antaranya menyebut perhimpunan itu bukan pendirian atau seruan rasmi PAS.

"PAS tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demo tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara makruf,” menurut kenyataan palsu itu.

Kenyataan palsu itu juga menyebut parti Islam itu yakin dan percaya terhadap keadilan mahkamah.

Kenyataan rasmi PKR bagaimanapun berkata mereka tidak pernah merancang mengadakan sebarang perhimpunan sempena penyampaian keputusan rayuan akhir kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan esok. 




Bayi hamil anak kembar
  • Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin. Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin.
1 / 1
HONG KONG - Satu kejadian unik berlaku ke atas seorang bayi yang baru dilahirkan kerana didapati sedang ‘hamil’ anak kembar.

Menurut laporan Mirror.uk, bayi yang baru berusia 3 minggu tersebut dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang janin berkenaan.

Janin kembar yang berusia dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Kembar tersebut masing-masing mempunyai berat 14.2 gram dan 9.3 gram dan mempunyai tali pusat berasingan.

Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Keadaan yang dikenali sebagai ‘janin dalam janin’ berlaku dalam hanya satu dalam 500,000 kelahiran di dunia dan kurang daripada 200 kes pernah dilaporkan.

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Yu Kai percaya ia adalah kes pertama seumpama ini berlaku di sini.

Beliau berkata, ia adalah hampir mustahil untuk mengesan semasa pemeriksaan pranatal kerana embrio dalam bayi itu terlalu kecil.

“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya.
 
 
 
2:44PM - 9 Feb 2015

Pemain MU tertangkap aksi seks di tandas

Beberapa pemain Manchester United merakamkan video seorang rakan mereka yang sedang melakukan hubungan seks di sebuah tandas kelab eksklusif.

Video itu kemudiannya diedarkan sesama pemain di bilik persalinan, lapor The Independent hari ini, memetik berita The Sun pada Ahad.

Laporan itu menyebut, pihak pengurusan kelab tersohor Liga Inggeris itu kini sedang menyiasat perlakuan itu yang melibatkan seorang wanita berusia 20-an dengan pemain yang tidak dinamakan.

Rakan-rakannya dikatakan membuat rakaman sulit itu menggunakan kamera telefon melalui bawah dan atas pintu bilik tandas.

Laporan itu tidak menyebut sebarang nama pemain dan wanita muda itu.

Wanita itu dilaporkan menangis sepuas-puasnya dan berkata:

"Saya tidak akan menceritakan perkara itu buat masa ini."

Bagaimanapun, semuanya pemain berlagak seperti tiada apa-apa berlaku sewaktu menuju ke Upton Park bagi berdepan West Ham dalam Liga Perdana Inggeris.

Apa Sebab Peranti Elektronik Perlu Dimatikan Ketika Dalam Penerbangan?



Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak mengendahkannya.

Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit di dalam penerbangan bukan?


Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu. Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.

Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang? Berikut adalah penjelasannya.

Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang.


Selama ini, tidak pernah ada lagi kes dimana gangguan elektromagnetik daripada peranti elektronik mudah alih berjaya menjatuhkan sebuah kapal terbang komersial atau menjadi punca dalam kemalangan.

Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, "Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah."

"Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi."

"Satu masalah kecil yang disebabkan oleh peranti elektronik boleh mengalihkan perhatian juruterbang, pada masa yang sama mengurangkan tahap keselamatan kapal terbang dan menjejaskan keselesaan para penumpang di dalamnya," jelasnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini


Juruterbang sebelum ini telah melaporkan beberapa kes gangguan yang berpunca daripada peranti elektronik.

Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan.

Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.

Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?


Telefon bimbit tidak semestinya melumpuhkan radio juruterbang atau memutarbelitkan sistem dalam kapal terbang sehingga menyebabkan bencana. Senario itu dianggap tidak mungkin.

Tetapi pegawai-pegawai keselamatan bimbang bahawa peranti elektronik mudah alih boleh menyumbang kepada kemalangan.

Apa sebabnya?

Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.

Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.

Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.

Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih.


Hari ini, pengguna kapal terbang dilengkapi dengan telefon pintar dan tablet, WiFi dan e-book, teknologi Bluetooth dan macam-macam lagi fungsi.

Sementara itu, sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat moden masa kini dibina dengan peranti elektronik mudah alih dalam fikiran. Kapal terbang baru adalah lebih "kebal" berhadapan dengan gangguan elektromagnet, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna masa depan.

Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik - gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.

Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.

Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah.

Nasihat kami, untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. -  Says.com, Original Article


 

Tiada ulasan: